soalan ramalan bm kertas 2

11
SULIT 1103/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 September 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 . 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Lihat sebelah 2008 Hak Cipta SMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN SMJK CHUNG HWA, KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM

Upload: ganos

Post on 07-Jun-2015

16.732 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Soalan Percubaan SPM 2008 sekolah ambo

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Ramalan BM Kertas 2

SULIT 1103/2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008 1103/2BAHASA MELAYUKertas 2September2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 .

4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

Lihat sebelah 2008 Hak Cipta SMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN SMJK CHUNG HWA, KOTA BHARU,

KELANTAN DARUL NAIM

Page 2: Soalan Ramalan BM Kertas 2

SULIT 1103/2

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan negatif penggunaan telefon bimbit di sekolah dan usaha-usaha pihak sekolah untuk memastikan larangan penggunaannya dipatuhi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menarik balik penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar. Pelbagai komen dan pendapat diluahkan terhadap langkah terbaharu itu. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang membantah. Terdapat ibu bapa membantah kerana pada mulanya anak mereka dibenarkan membawa telefon bimbit. Mereka juga bimbang akan keselamatan anak mereka. Namun begitu, menurut Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, sudah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan anak-anak didik mereka selamat. Seandainya pihak sekolah gagal melaksanakan dan memastikan keselamatan pelajarnya, maka pihak sekolah perlu dipertanggungjawabkan. Ibu bapa tidak perlu risau akan keselamatan anak mereka apabila sudah berada di kawasan sekolah. Jika mereka sudah hilang kepercayaan, apalah gunanya mereka menghantar anak mereka ke sekolah. Alasan mahukan anak mereka menggunakan telefon bimbit supaya mereka mudah dipantau tidak masuk akal sama sekali. Yang pastinya, walaupun larangan dikenakan, para pelajar yang degil akan tetap membawanya ke sekolah.

Sesungguhnya, guru-guru tiada masa untuk bertindak terhadap pelajar yang degil itu. Tugas guru disiplin akan bertambah untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon ke sekolah. Guru mempunyai pelbagai tugasan akademik lain yang lebih penting untuk diuruskan. Sedarilah bahawa telefon bimbit ini menyebabkan tugas hakiki guru terganggu. Keburukan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar memang ketara. Banyak masa pelajar dihabiskan dengan melayan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada rakan di luar sekolah. Tidak mustahil, jika berlakunya pergaduhan dengan rakan sekelas, mereka ini akan menghubungi rakan mereka di luar sekolah untuk membalas dendam terhadap pelajar lain. Telefon bimbit juga menjadi punca kepada pelbagai masalah disiplin lain seperti menyebarkan gambar lucah, dan menipu semasa peperiksaan. Bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan sederhana, sudah pasti tidak mampu untuk membeli telefon bimbit. Melihat rakan-rakan membawa telefon bimbit akan wujud perasaan rendah diri dalam diri kerana menyedari diri tidak mampu. Sesetengahnya sanggup menggunakan perbelajaaan seharian dan keperluan membeli buku untuk membeli telefon bimbit atau kad prabayar. Bagi yang tangan panjang, mereka akan mencuri telefon bimbit rakan walaupun mengetahui jika ditangkap boleh dibuang sekolah.

Tujuan sistem pendidikan negara yang mewajibkan pelajar memakai uniform, dan melarang pelajar memperagakan barangan berharga adalah untuk mewujudkan keseragaman. Oleh itu, tiada pelajar yang berasakan diri terlalu kaya dan tiada pula yang berasa terlalu miskin. Dengan itu, fokus pelajar hanyalah kepada pelajaran, bukan perkara-perkara lain. Seandainya dibenarkan pula penggunaan telefon bimbit ini, maka akan wujudlah keadaan yang berkasta-kasta, iaitu yang kaya akan berkawan dengan yang kaya sahaja. Ada juga kemungkinan telefon bimbit disalahgunakan untuk merakam aksi pelajar perempuan di dalam tandas. Lebih membimbangkan, ketika guru sedang mengajar, keharmonian di dalam kelas akan terjejas kerana diganggu oleh deringan telefon yang pelbagai. Oleh hal yang demikian, larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah dalam kalangan pelajar memang wajar dan mempunyai rasional tertentu.

(Diubahsuaikan daripada rencana‘Telefon Bimbit di Sekolah Memudaratkan,’

oleh Cucu Mat Kilau, Berita Harian, 16 Januari 2006)

2008 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT

2

Page 3: Soalan Ramalan BM Kertas 2

SULIT 1103/2

Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) — Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata “tidak masuk akal sama sekali”. [2 markah]

(ii) Kenapakah terdapat ibu bapa yang tidak bersetuju apabila penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah ditarik balik? [3 markah]

(iii) Ada kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan telefon bimbit dapat menjejaskan kesihatan seseorang pengguna. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk mengurangkan kesan sampingan itu ? [4 markah]

Soalan 2(b) — Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Daneng tersengih. Sinar mentari yang gagah menguasai suasana tengah hari. Tetapi kepanasannya tidak terasa di bawah rendangan pohon gerutu pasir di tepi danau. Angin gunung yang sejuk bertiup perlahan-lahan mendakap tubuh mereka dalam kesegarannya.

”Daneng tak ingin menyambung pelajaran?” Terlontar soalan itu daripada mulut Jo.”Tidak!” jawabnya setelah membisu seketika.”Mengapa?””Saya tak ingin meninggalkan tempat ini.” Jawabnya terputus-putus.”Bukankah merugikan? Kamu salah seorang pelajar yang mendapat keputusan baik dalam

peperiksaan PMR di sekolah asrama pada tahun lepas. Bukankah merugikan jika tidak menyambung pelajaranmu?”

Daneng tersenyum sinis. ”Sudah saya dengar hujah ini berpuluh kali. Saya sudah bosan. Cikgu tak faham perasaan saya. Sebenarnya cikgu tak kenal Daneng.”

”Cikgu faham. Tetapi keputusan kamu mungkin bukan yang sebaik-baiknya. Kamu perlu melihat dari semua segi.”

”Perkara terbaik untuk saya ialah berada di sini. Di tempat ini, nenek moyang saya hidup dan bersemadi. Jiwa saya terikat pada pohon tualang. Pada bukit-bukit ini. Pada pohon-pohon ini. Menghidu keenakan udara jati tempat ini, satu kemestian. Memanjat pokok, mendaki gunung, menuruni lurah, memetik buah-buah hutan, memancing ikan, berjalan berkaki ayam. Inilah kehidupan bagi saya. Saya mendambakan kehidupan di hutan ini. Inilah Daneng, cikgu.” hujahnya.

Jo agak kagum dengan kepetahan tingkah ucapan anak didiknya itu. ”Saya faham perasaanmu itu,” ucap Jo sambil memicit bahu kiri Daneng.

(Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan dalam antologi Anak Laut,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

2008 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT

3

Page 4: Soalan Ramalan BM Kertas 2

SULIT 1103/2

(i) Kenapakah Daneng tidak ingin menyambung pelajarannya? [3 markah]

(i) Pada pendapat anda, apakah langkah yang berkesan untuk meningkatkan tahap pendidikan anak-anak Orang Asli di kawasan pedalaman?

[3 markah]

(ii) Huraikan dua perwatakan Daneng daripada petikan dan satu perwatakan daripada keseluruhan cerpen.

[3 markah]

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Laksamana pun lelah terdiri di atas talam itu. Maka Hang Jebat pun berbangkit lalu berdiri. Maka kata Hang Jebat, ”Hai Laksamana, apa perimu akan membunuh aku?” Maka Laksamana pun berkata, ”Hai Si Jebat, bahawa tiada dengan kuasaku membunuh engkau; bahawa Tuhanku yang amat kuasa membunuh engkau; Insya-Allah Taala, mati juga engkau dalam tanganku.” Maka kata Hang Jebat, ”Hai Laksamana, sungguh-sungguh rupanya engkau hendak membunuh aku!” Maka kata Laksamana, ”Mengapakah maka tiada sungguh? Jika tiada engkau mati olehku, aku mati olehmu, maka sudahlah pekerjaan ini.” Maka Hang Jebat pun memekis katanya, ”Cih! Si Jebat dengan Si Tuah hulubalang raja Melaka mati tiada berguna! Jika Si Jebat dengan Si Tuah gerangan dititahkan raja Melaka menyerang negeri orang, aku dua orang itu pun alah.” Maka kata Laksamana, ”Sungguh seperti katamu itu; pada hatiku pun demikianlah. Sayang engkau berdosa. Jika lain daripada dosa ini, tiada engkau mati, barang tipunya dayaku pun kuperlepaskan juga engkau daripada mati.” Maka Hang Jebat pun menangis mendengar kata Laksamana demikian itu. Maka Laksamana pun menangis kasihan hatinya akan Hang Jebat. Maka kata Hang Jebat, ”Aku pun kerana melihat engkau dibunuh oleh Bendahara tiada dengan dosanya; sebab itulah maka sakit hatiku. Akan istimewa aku pula orang permainan tiada akan dibunuhnya, kerana raja itu membunuh tiada dengan periksanya.

(Dipetik daripada Pertarungan Tuah Dengan Jebat, dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata ” maka sudahlah pekerjaan ini.” [2 markah]

(ii) Kenapakah Hang Jebat bertindak menderhaka terhadap raja? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan oleh Hang Tuah untuk mengelakkan pertumpahan darah antara beliau dengan Hang Jebat? [3 markah]

2008 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT

4

Page 5: Soalan Ramalan BM Kertas 2

SULIT 1103/2

Soalan 2(d) — Petikan Puisi

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DI RUANG GEMANYA

Telah kurangkumkan rebah setiakupada setiap pilu dan rindumelayang dan mengembangke hayat gemilang. Sejak itutidak kukesal lagigoda dan dugadi gerimis senja.

Telah kupahatkan lelah umurkupada setiap kerikil dan debudatang dan menghilangke hujung kenang. Sesudah itutidak kukenal lagihampa dan deritadi guruh pagi.

Gerimis senja guruh pagi

adalah titipan mayabakal kukongsikan hatimengukir tadbir di ruang gemanya.

DHARMAWIJAYAAntologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka.

i) Berikan maksud rangkai kata “gerimis senja guruh pagi”. [2 markah]

ii) Pada pandangan anda, bagaimanakah caranya seseorang rakyat menunjukkan kesetiaan terhadap negara? [4 markah]

iii) Nyatakan tiga nilai murni yang ada pada penyajak. [3 markah]

2008 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT

5

Page 6: Soalan Ramalan BM Kertas 2

SULIT 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) bekas

(ii) mentah

(iii) haus[6 markah]

(b) Tulis semula ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut.

Kita mestilah berhati-hati di jalan raya. Kemalangan mungkin terjadi pada bila-bila masa saja. Kemalangan menyebabkan kecederaan dan kecacatan. Kemalangan juga menyebabkan maut. Pelbagai undang-undang digubal. Undang-undang itu bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Undang-undang itu juga memupuk kesedaran rakyat terhadap keselamatan mereka ketika di jalan raya. Masih ada orang yang menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba. Mereka juga melepaskan geram. Mereka membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. [ ARAHAN ini seperti soalan BM JUN 2008]

(i) Oleh sebab terlalu seronok bermain ping pong di dewan sekolah hingga lewat malam, Han Hui dan Dimple ditegurkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas pada hari itu.

(ii) Akhir-akhir ini motorsikal berkuasa tinggi menjadi gilaan pemuda-pemudi di negara kita walaupun harganya terlalu mahal.

(iii) Hafizi telah memperolehi hadiah utama berupa pakej pelancongan ke Itali untuk dua orang semasa sessi cabutan nombor bertuah anjuran syarikat insurans itu di Kompleks Beli-belah Pelangi Jaya .

[6 markah]

2008 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT

6

Page 7: Soalan Ramalan BM Kertas 2

SULIT 1103/2

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula . [ARAHAN seperti soalan BM JUN 2008]

(i) “Mak, baju kebaya yang saya baru pakai itu sudah buruk dan alangkah baiknya jika dibeli yang baharu,” pujuk Elisya lagi.

(ii) Majalah akademik itu turut memuatkan kata-kata aluan Yang Berusaha Tan Sri Haji Abdul Halim bin Abdul Hamid, Ketua Pengarah Eksekutif Baycom Malaysia.

(iii) Baginda Sultan Melaka amat marah sekali bila baginda dipersembahkan dengan berita penderhakaan Hang Jebat itu.

[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi yang terdapat dalam setiap ayat tersebut.

(i) Malang sungguh nasib Puan Rajeswari. Dia baru saja bersedih atas kematian suaminya dua hari yang lalu. Hari ini anak sulungnya pula terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menghantar adik perempuan ke sekolah. Nasib Puan Rajeswari ini tidak ubah seperti ______________________ .

(ii) Walaupun Datin Rozita dilantik menjadi pengarah syarikat itu, namun kedudukannya belum selamat kerana dicabar oleh Datin Noraini yang lebih berpengaruh. Kedudukan Datin Rozita diibaratkan seperti _________________________________.

(iii) Ketika membeli-belah di kedai kain itu saya terserempak dengan seorang gadis yang wajahnya seperti Chin Ming, rakan sekelas saya. Rupa paras yang sama ini diumpamakan seperti __________________ .

[6 markah]

Soalan 4 : Novel

2008 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT

7

Page 8: Soalan Ramalan BM Kertas 2

SULIT 1103/2

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(iv) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Peringkat permulaan dalam binaan plot sesebuah novel amat penting untuk membantu pembaca memahami cerita dengan lebih jelas.

Jelaskan peringkat permulaan itu berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

2008 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT

8