soalan pratrial bm 2 pmr 2009

10
8/14/2019 soalan pratrial BM 2 PMR 2009 http://slidepdf.com/reader/full/soalan-pratrial-bm-2-pmr-2009 1/10 02/2 Bahasa Melayu Kertas 1 Julai 2009 2 jam PEPERIKSAAN PRAPERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 BAHASA MELAYU Kertas 1 Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.  Kertas soalan ini mengandungi 4 bahagian 2. Jawab semua soalan 3. Semua jawapan hendaklah dijawab pada kertas jawapan yang disediakan ©Hak cipta MRSM Kota Putra Kertas soalan ini mengandugi 12 halaman bercetak [ Lihat sebelah SULIT - 1 -

Upload: mat-yusoff-b-che-mat

Post on 30-May-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: soalan pratrial BM 2 PMR 2009

8/14/2019 soalan pratrial BM 2 PMR 2009

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-pratrial-bm-2-pmr-2009 1/10

02/2Bahasa

Melayu

Kertas 1

Julai 20092 jam

PEPERIKSAAN PRAPERCUBAAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009

BAHASA MELAYU

Kertas 1

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.  Kertas soalan ini mengandungi 4 bahagian2. Jawab semua soalan

3. Semua jawapan hendaklah dijawab pada kertas jawapan yang disediakan

©Hak cipta MRSM Kota Putra

Kertas soalan ini mengandugi 12 halaman bercetak 

[ Lihat sebelah

SULIT 

- 1 -

Page 2: soalan pratrial BM 2 PMR 2009

8/14/2019 soalan pratrial BM 2 PMR 2009

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-pratrial-bm-2-pmr-2009 2/10

BAHAGIAN A (i)( masa yang dicadangkan : 40 minit)

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan

mendapatkan nasihat akademik di kampus. Panjang ringkasan anda handaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa

mengubah maksud asal petikan.

Bergelar mahasiswa baru ada keistimewaannya. Namun yang penting ialah

 persiapan mental dan sikap untuk menghadapi kehidupan yang jauh lebih mencabar 

sebagai seorang mahasiswa yang berkualiti.Banyak perkara yang perlu dilakukan oleh

mahasiswa selain daripada mentelaah pelajaran. Antara yang penting adalahmendapatkan nasihat akademik atau pensyarah. Yang lebih baik lagi, jadikan acara

mendapatkan nasihat akademik ini satu rutin setiap semester.

Terdapat beberapa sebab kenapa mendapatkan nasihat akademik adalah satu

keutamaan semasa mengikuti pengajian tinggi. Sebab yang utama kerana memenuhiaspek perancangan bagi seseorang mahasiswa. Seseorang mahasiswa baru yang

melangkah masuk ke universiti untuk kali pertama perlu membuat perancangan yang rapidari segi pendaftaran dan pengambilan subjek – subjek setiap semester agar pengajiannya

tamat tepat pada masanya.

Perancangan sebegini amat perlu bukan sahaja dari segi mengurangkan masa pengajian malah dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa

dan pelajar berkenaan.

Pada dasarnya dalam kursus – kursus yang ditawarkan di peringkat universiti,

terdapat subjek teras dan juga subjek elektif. Seseorang mahasiswa boleh membaca prospektus kursus, tetapi penasihat akademik akan memberitahu maklumat yang lebih

lagi. Ada juga subjek – subjek yang ditawarkan mengandungi ‘prerequisite’ iaituseseorang pelajar perlu mengambil dan lulus subjek tertentu sebelum dibenarkanmengambilnya.

Antara sebab utama yang lain adalah peri pentingnya mendapatkan nasihat

  bagaimana cara yang terbaik dan efektif untuk belajar dan lulus cemerlang dalamsesebuah kursus akademik. Kemahiran belajar boleh dikatakan kurang ditekankan di

sekolah – sekolah. Kalaupun ditekankan, suasana menara gading memerlukan kemahiran

 belajar yang agak berlainan serta lebih intensif.

Dari segi aspek motivasi dan sumber inspirasi, seseorang mahasiswa mampumeningkatkan kematangan dengan bertemu penasihat akademik untuk mendapatkan

nasihat dan tunjuk ajar. Kebiasaanya penasihat akademik akan berkongsi pengalaman

dengan mahasiswa, dan ini amat baik untuk seseorang mahasiswa.

( Diubahsuai daripada Penasihat Akademik dan Kepentingannya,

Esa Abd Samad, Majalah Fokus, Julai 2008)

[ 20 MARKAH ]

- 2 -

Page 3: soalan pratrial BM 2 PMR 2009

8/14/2019 soalan pratrial BM 2 PMR 2009

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-pratrial-bm-2-pmr-2009 3/10

BAHAGIAN A(ii) ; Pemahaman

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan – soalan yang berikut dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud prospektus kursus?

( 2 markah )

2. Nyatakan dua kelebihan penasihat akademik bagi seseorang mahasiswa?

( 4 markah )

3. Pada pendapat anda mengapakah setiap mahasiswa memerlukan penasihat

akademik sepanjang berada di universiti?

( 4 markah )

[ 10 MARKAH ]

- 3 -

Page 4: soalan pratrial BM 2 PMR 2009

8/14/2019 soalan pratrial BM 2 PMR 2009

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-pratrial-bm-2-pmr-2009 4/10

Bahagian B( Masa yang dicadangkan 25 minit )

Lihat carta di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda cara-cara memupuk 

semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita. Huraian anda

hendaklah tidak melebehi 120 patah perkataan.

SEMANGAT KEJIRANAN

[ 20 MARKAH ]

- 4 -

Page 5: soalan pratrial BM 2 PMR 2009

8/14/2019 soalan pratrial BM 2 PMR 2009

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-pratrial-bm-2-pmr-2009 5/10

BAHAGIAN C(masa dicadangkan 45 minit)

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan andaitu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

 

1. Anda mewakili maktab anda dalam pertandingan perbahasan peringkat daerah

yang bertajuk ”Pengajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

dapat menguasai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris”.

Tuliskan hujah-hujah anda itu selengkapnya.

2. Selain menumpukan bidang pelajaran, setiap pelajar digalakkan menyertaiaktiviti kokurikulum di sekolah, malah penglibatan pelajar dalam

kokurikulum diambil kira untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

Huraikan kepentingan menyertai kegiatan kokurikulum kepada para pelajar.

3. Kerajaan menggalakkan rakyat negara ini menggunakan pengangkutan awam

tetapi mutu perkhidmatannya sering menjadi rungutan pelbagai pihak.

  Nyatakan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan untuk 

meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

4. Baru-baru ini maktab anda menganjurkan Ekspo Buku yang dianjurkan oleh

Persatuan Usahawan Muda (PUM). Sebagai setiausaha kelab, anda dimintamenyediakan laporan tersebut.

Tuliskan laporan selengkapnya.

5. Orang Melayu kaya dengan peribahasa. Salah satu peribahasa itu ialah

’carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua’.

Tuliskan sebuah cereita berdasarkan peribahasa tersebut.

[ 40 MARKAH ]

- 5 -

Page 6: soalan pratrial BM 2 PMR 2009

8/14/2019 soalan pratrial BM 2 PMR 2009

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-pratrial-bm-2-pmr-2009 6/10

BAHAGIAN D( Masa yang dicadangkan: 10 minit )

Jawapan berdasarkan satu daripada novel – novel yang telah anda kaji sama ada ditingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3 .

i. Meniti kaca, karya R. Sabarudin R. Abdullah

ii. Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud

iii. Aku Anak Timur karya Siti Aminah Hj. Yusuf iv. Limpahan Darah Di Sungai Semur karya Zakaria Ismail

v. Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini

vi. Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnain

vii. Temulak Kapal Perang karya Azman Nordinviii. Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari

ix. Panas Salju karya Talib Samadx. Merdeka! Merdeka! Merdeka! karya A. Rahman Hanafiah

xi. Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh

xii. Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznah Nordin

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang berlaku pada setiap plot

di atas.

[ 10 MARKAH ]

KERTAS SOALAN TAMAT

- 6 -

Page 7: soalan pratrial BM 2 PMR 2009

8/14/2019 soalan pratrial BM 2 PMR 2009

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-pratrial-bm-2-pmr-2009 7/10

Skima Jawapan

Bahagian A (i)

Kepentingan mendapatkan nasihat akademik di kampus

1. Memenuhi aspek perancangan bagi seseorang mahasiswa2. Membuat perencanaan yang rapi dari segi pendaftaran dan pengambilan subjek – 

subjek setiap semester 

3. Perancangan mengurangkan masa pengajian malah dapat mengurangkan beban

kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar berkenaan.4. Memberitahu maklumat yang lebih tentang kursus – kursus yang ditawarkan di

 peringkat universiti

5. Mengetahui cara yang terbaik dan efektif untuk belajar dan lulus cemerlang

dalam sesebuah kursus akademik.6. Seseorang mahasiswa mampu meningkatkan kematangan dengan bertemu

 penasihat akademik untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar 7. Berkongsi pengalaman dengan mahasiswa

Bahagian A(ii)

1. Maksud  prospektus kursus ialah buku panduan pengajian, kursus – kursus diinstitusi.

2. Dua kelebihan penasihat akademik bagi seseorang mahasiswa• membuat perancangan untuk mahasiswa

• Membuat perencanaan segi pendaftaran dan pengambilan subjek – subjek setiap

semester 

• mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar 3. Mahasiswa memerlukan penasihat akademik sepanjang berada di universiti

kerana

• Syarat semua pelajar wajib mempunyai seorang penasihat akademik 

• Sebagai sumber rujukan bila mempunyai masalah berkaitan pelajaran

• Pemberi nasihat, panduan dan tunjuk ajar 

- 7 -

Page 8: soalan pratrial BM 2 PMR 2009

8/14/2019 soalan pratrial BM 2 PMR 2009

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-pratrial-bm-2-pmr-2009 8/10

BAHAGIAN B

Diharapkan calon menulis karangan panjang tidak melebehi 120 patah perkataan

Cara-cara memupuk semangat kejiranan

1. Ziarah - menziarahi jiran tetangga2. Kempen di media massa

3. Elakkan sifat pentingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar 

4. Amalkan sikap seperti aur dengan tebing/kerjasama

BAHAGIAN C

Soalan 1

Format : PerbahasanTiada format – tolak 2 markah

Diharap calon dapat menulis hujah perbahasan bertajuk ” Pengajaran Sains Dan

Matematik Dalam Bahasa Inggeris dapat menguasai kemahiran komunikasi dalamBahasa Inggeris”

Kemungkinan – Pelajar berhujah tentang kesan negatif pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.

Soalan 2

Format- tiada formatDiharapkan calon dapat mengemukakan kepentingan menyertai kegiatan kokurikulum.

Antaranya ialah;

a) Menyihatkan badan

 b) Mengisi masa lapangc) Mengeratkan silaturahim antara ahli

d) Memenuhi kriteria 10 % syarat kemasukan ke universiti

Kemungkinan – Tiada

- 8 -

Page 9: soalan pratrial BM 2 PMR 2009

8/14/2019 soalan pratrial BM 2 PMR 2009

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-pratrial-bm-2-pmr-2009 9/10

Soalan 3

Format – tiadaDiharapkan calon dapat menyatakan usaha-usaha untuk meningkatkan mutu

 perkhidmatan pengangkutan awam. Antaranya ialah;

a) Menyediakan jadual perjalanan yang kosisten b) Kemudahan tempat duduk bagi orang kurang upaya (OKU)

c) Tambang yang setimpal dengan mutu perkhidmatan

d) Maklumat perjalanan yang tepat dan sentiasa dikemas kini

Kemungkinan – Tiada

Soalan 4

Format – laporanTiada format – tolak 2 markah

Diharap calon dapat menulis satu laporan tentang Ekspo Buku yang dianjurkan oleh

Persatuan Usahawan Muda (PUM)

Kemungkinan – Tiada

Soalan 5

Tiada format

Diharap calon dapat menulis sebuah berdasarkan peribahasa ”belakang parang jika diasahlagikan tajam”

Kemungkinan – Pelajar menerangkan peribahasa secara umum – diterima markah B2

- 9 -

Page 10: soalan pratrial BM 2 PMR 2009

8/14/2019 soalan pratrial BM 2 PMR 2009

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-pratrial-bm-2-pmr-2009 10/10

BAHAGIAN D

a) Plot Novel Limpahan Darah di Sungai Semur

Permulaan -

Klimaks -

Penyelesaian -

b) Plot Novel Timulak Kapal Perang

Permulaan -

Klimaks -

Penyelesaian -

c) Plot Novel Ekspedisi

Permulaan -Hadi dan rakannya akan menyertai ekspedisi Gunung Itik yangdiketuai oleh Cikgu Murad. Pak Salleh tidak membenarkan Hadi

menyertai tetapi Hadi tetap menyertainya.

Klimaks -Cikgu Murad ditrangkap polis dan ditahan di lokap. Banyak 

 penduduk kampong tidak mempercayainya.

Penyelesaian -Pihak polis sedar bahawa Cikgu Murad tidak bersalah.Sebenarnya Pak Salleh tersilap orang kerana wajah penjenayah

mirip Cikgu Murad

- 10 -