pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

32
SULIT 02/1  SULIT 02/1 BAHASA MELAYU Kertas1 Masa 1 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009 BAHASA MELAYU Kertas 1 Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan. 2. Jawab semua soalan 3. Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yang disediakan 4. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap- tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak @PKPSM Pahang 

Upload: chinwynncom

Post on 30-May-2018

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 1/32

SULIT 02/1

 

SULIT

02/1

BAHASA MELAYU

Kertas1

Masa 1 jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009

BAHASA MELAYU

Kertas 1

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan.

2. Jawab semua soalan

3. Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yangdisediakan

4. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan semua jawapan anda padakertas jawapan objektif yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak

@PKPSM Pahang 

Page 2: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 2/32

SULIT 02/1

 Soalan 1 – 7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Beras yang tumpah _________ di atas lantai itu disapu oleh kakak.

A berguguranB bersepahanC berhamburanD berserakan

2. Orang buta itu ________ dilanggar kereta ketika dia hendak menyeberang jalanraya.

A hampir-hampir

B dekat-dekatC akan-akanD tepat-tepat

3. Disebabkan beberapa masalah, mesyuarat bulanan persatuan itu terpaksa _______ ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. 

A dibubarkanB ditangguhkanC dihentikanD diberitahu

4. Para penonton terpeseona _______ kemerduan suara penyanyi itumendendangkan lagu nasyid.. 

A denganB tentangC kepadaD oleh 

5. Setelah bertahun-tahun menghilangkan diri, akhirnya ia ________ dikampungnya..

A munculB timbulC tampilD wujud

Page 3: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 3/32

SULIT 02/1

6. Ibu sangat gembira kerana pada pada hari jadinya, ayah telah menghadiahkan _______ kalung berlian.

A sebentukB seutas

C seuntaiD seurat

7. Puan Ziah bercadang untuk _______ perniagaan kainnya dengan membukacawangan di Kuala Lumpur.

A membesarB memperbesarkanC membesariD memperbesar

Soalan 8 – 14

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapatkesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiadakesalahan telah ditandakan D.Pilih jawapan yang paling sesuai.

8. Belakangan ini pemantauan pascaprojek pembangunan perlu dilakukan bagiA B

mempastikan keberkesanannya. Tiada kesalahanC D

9. Apabila menghadapi apa-apa jua masalah dalam kehidupan, kita hendaklahA B

Berdoa pada Yang Maha Esa. Tiada kesalahanC D

10. Ucapan tahniah atas perlantikan sebagai ketua pengarah bertalu-taluA B

diterimanya sejak pagi tadi. Tiada kesalahanC D

11. Semua kanak-kanak di situ dinasihati supaya tidak mandi dan bermain diA B C

lombong tinggal itu. Tiada kesalahanD

12. Aktivis masyarakat itu dianugerahkan pingat kebesaran atas jasanya dalamA B C

kerja-kerja kemasyarakatan. Tiada kesalahanD

SULIT 02/1

Page 4: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 4/32

SULIT 02/1

 

13. Emak membancuh air sirap setelah menjerang nasi untuk dihidangkan kepadaA B C

tetamu. Tiada kesalahan

D

14. Dalam majlis itu sultan telah mencemar duli apabila baginda berkenan untukA B C

santap bersama-sama dengan rakyat jelata. Tiada kesalahanD

Soalan 15 - 17 

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15. I Sesiapa yang bercita-cita hendak menjadi angkasawan haruslah beranimenongkah arus.II Orang muda tidak sepatutnya menongkah perbualan orang-orang tua.

III Mohd Muqri sentiasa menongkah dagu apabila guru sedang mengajar.IV Roslaiha tidak pernah menongkah arahan gurunya.

A I dan IIB I dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

16. I Pihak Inggeris dikatakan tidak bersedia ketika perlanggaran tentera Jepunterhadap Tanah Melayu dalam Perang Pasifik dahulu

II Motosikal yang ditunggangi oleh Abdul Rahim terbabas lalu perlanggaran  tiang elektrik.

III Perlanggaran peraturan sekolah oleh pelajar pada hari ini semakinmembimbangkan pihak sekolah.

IV Kes-kes perlanggaran sering berlaku di jalan-jalan utama di negara kitaakibat kecuaian pemandu.

A IVB I dan IIC III dan IVD I, III dan IV

Page 5: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 5/32

SULIT 02/1

17. I Nilai kereta itu semakin kusut setelah digunakan beberapa tahun.II Tubuhnya kelihatan kusut akibat demam yang dialaminya beberapa lama.

III Setelah mengadakan perbincangan, perkara yang kusut itu telah dapatdiselesaikan.

IV Keadaan benang itu telah kusut menyebabkan sukar untuk mencari

puncanya.

A I dan IIB I dan IVC III dan IVD II, III dan IV

Soalan 18 – 21

Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu

mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin jugatidak.Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah danperlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan

 jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

18. Terjawab juga oleh kami soalan-soalan yang sangat sukar itu.

A Dijawab juga kamiB Terjawab kami jugaC Dijawab juga oleh kamiD Terjawab juga oleh kami

19. Pelancong itu sedang menanyakan akan polis jalan menuju ke Muzium Negara.

A bertanya polisB menanyai polisC bertanyakan polisD menanyakan akan polis

20. Askar-askar itu berjuang demi untuk negara yang mereka cintai.

A demi negara yang mereka cintaiB demi negara yang dicintai merekaC untuk negara yang mereka cintaiD demi untuk negara yang mereka cintai 

21. Kedua-dua orang adik-beradik itu ialah anak kepada Pak Man.

A Kedua adik –beradik ituB Kedua-dua adik-beradik ituC Kedua orang adik-beradik ituD Kedua-dua orang adik-beradik itu 

Page 6: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 6/32

SULIT 02/1

Soalan 22 – 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22. Pihak pemaju perumahan digesa agar membina lebih banyak rumah kosrendah untuk keperluan golongan berpendapatan rendah. 

A. Golongan miskin sentiasa mengharapkan pemaju perumahan membinarumah kos rendah dengan lebih banyak.

B Rumah kos rendah hendaklah didirikan oleh pemaju perumahan keranadiperlukan oleh golongan berpendapatan rendah

C Golongan berpendapatan rendah memerlukan rumah kos rendah, yangbanyak dibina oleh pihak pemaju perumahan..

D Demi kepentingan golongan kurang berkemampuan, pemaju perumahandiminta supaya banyak mendirikan rumah kos rendah. 

23. Malaysia sebagai negara yang sedang membangun tidak harus terlalumengharapkan tenaga buruh asing.

A Sebagai negara yang sedang meningkat maju, Malaysia tidak sewajarnyabergantung kepada tenaga kerja luar.

B Malaysia tidak perlu mengharapkan tenaga buruh asing untukmembangunkan negara ini.

C Pengambilan buruh asing di negara yang sedang membangun tidakpatutnya dilakukan oleh Malaysia.

D Malaysia sebagai negara maju tidak sepatutnya mengharapkan tenaga kerjaasing untuk membangunkannya. 

24. Kempen inflasi sifar tidak berjaya sepenuhnya kerana kurang mendapatkerjasama daripada para peniaga. 

A Sokongan yang kurang daripada peniaga-peniaga menyebabkan kempeninflasi sifar gagal mencapai matlamat keseluruhannya..

B Sikap para peniaga yang mahu mengaut keuntungan yang tinggi telahmenggagalkan kempen inflasi sifar.

C Kurangnya kerjasama yang sepenuhnya daripada para peniagamenyebabkan kempen inflasi sifar telah gagal.

D Keberkesanan kempen inflasi sifar hanya akan berjaya jika para peniagamemberikan sokongan. 

Page 7: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 7/32

SULIT 02/1

Soalan 25 – 27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25. I Hanisah menyatakan yang dia tidak akan menyertai rombongan tersebut

walaupun telah dipujuk oleh gurunya.II Basikal itu dibeli ayah untuk saya kerana kejayaan saya dalam peperiksaanPMR lalu.

III Amirah menangis oleh kerana anaknya yang hilang itu belum ditemui lagi.IV Bas ekspres itu bolak-balik dari Kuantan ke Kuala Lumpur pada setiap

minggu.A I dan IIB II dan IIIC II dan IVD I, III dan IV

26. I Udara kotor di kawasan itu mencemarkan alam yang bersih.II Encik Razak mengambilkan isterinya ubat demam untuk dimakan..III Azizan membawakan gurunya hadiah pada hari guru.IV Petani itu sedang mengisi padi dalam guni untuk dibawa pulang.

A I dan IIIB II dan IIIC II dan IVD I, II dan IV

27. I Bapanya bukan pergi ke pejabat pada hari ini.II Kedua suami isteri itu bekerja keras demi masa depan anak-anaknya.

III Pelajar yang kena hukum oleh gurunya itu telah menginsafi kesilapannya..IV Kita harus berwaspada agar tidak diperalatkan oleh orang lain.

A IIIB I dan IIC III dan IVD I, II dan IV

Soalan 28 – 30

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.

28. Walaupun kehidupannya susah tetapi Pak Amri telah melakukan pelbagai kerjadan berjimat cermat dalam berbelanja untuk menyekolahkan anak-anaknya. inikehidupannya berubah setelah anak-anaknya berjaya dalam kerjaya masing-masing. Usaha Pak Amri boleh dikatakan seperti peribahasa berikut kecuali 

A Di mana ada kemahuan di situ ada jalanB Sehari selembar benang lama-lama menjadi kainC Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masakD Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,

bersenang-senang kemudian

Page 8: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 8/32

SULIT 02/1

 29. Asyraf berjaya mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur tetapi ibunya mahu dia

terus tinggal di kampung untuk membantunya. Situasi ini menyebabkan Asyrafberasa tertekan untuk membuat pilihan.Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi di atas ialah

A hilang di mata, di hati janganB rambut sama hitam, hati lain-lainC ditelan mati emak, diluah mati bapakD yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran

30. Emak menasihati adik supaya belajar bersungguh-sungguh agar mencapaikejayaan dalam pelajaran.Pernyataan di atas sesuai dipadankan dengan peribahsa

A Diam ubi berisi, diam penggali berkarat

B Hendak seribu daya tak hendak seribu dalihC Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak bergunaD Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Soalan 31 - 35

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sebermula, maka tersebutlah perkataan juragan kapal. Telah hari siang, pagi-pagi hari, maka juragan pun bersiaplah naik ke darat diiringkan oleh anak-anakperahunya membawa naik anak itik itu. Maka baginda pun sudah hadir di atassinggahsana takhta kerajaan dihadapi oleh sekalian menteri, hulubalang, sida-sida,bentara, rakyat bala, hina dina hendak melihat temasya itu. Hatta baginda punmenitahkan seorang biduanda memanggil Ahlil Nujum Belalang dengan segeranya.Maka biduanda pun menyembah lalu turun berjalan ke rumah Ahlil Nujum Belalang.Maka katanya, "Titah tuanku memanggil Ahlil Nujum; Juragan dan sekalian orangtelah berhimpun di balai semuanya."

Maka Ahlil Nujum pun bersiap-siapkan sirehnya lalu menghadap baginda. Makasampailah di balairung seri. Maka titah baginda, "Marilah ke mari." Ahlil NujumBelalang pun dekatlah dengan baginda. Maka titah baginda, "Apakah hal AhlilNujum, hendak mengenal anak itik itu jantan betinanya?" Maka sembah PakBelalang, "Ampun tuanku beribu-ribu ampun, jenuh patik mencari di dalam buku tibpatik. Maka dapatlah patik di dalam buku kecil sahaja ada di dalam dua baris tertulisdi situ mengatakan demikian. Bahawasanya ada pun hendak mengenal anak itik

  jantan betinanya dengan air. "Maka titah baginda menyuruh ambilkan suatuterenang emas. Maka dibawa oleh dayang-dayang dipersembahkan kepadabaginda. Maka titah baginda, "inilah air, Ahlil Nujum."

Maka sembah Pak Belalang, "Kemudian dilepaskan seekor; mana-mana yangdahulu menyelam, itulah betina dan yang kemudian menyelam itulah jantannya."Maka titah baginda, "Lepaskanlah."

Sembah Pak Belalang, "Silakanlah tuanku melepaskannya. "Titah baginda. "Betatia tahu." Maka Pak Belalang pun bangun seraya menyembah melepaskan anak itikitu. Maka apabila dilepaskannya seekor di dalam terenang, maka anak itik itu pun

Page 9: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 9/32

SULIT 02/1

lalu menyelam. Maka sembah Pak Belalang, "Itulah betina, tuanku. "Kemudiandilepaskan pula seekor lagi, lambat menyelam.

Titah baginda, "Lambat pula menyelam itu." Sembah Pak Belalang, "yang lambatmenyelam itu jantan, tuanku."

Maka baginda pun memandang kepada juragan kapal itu. Titah baginda,

"Apakah benar juragan, betulkah seperti kata Ahlil Nujum beta itu?" Maka jawab  juragan itu seraya menyembah, "Benarlah tuanku seperti kata Ahlil Nujum ini. Di manakah hendak patik simpangkan perkataan yang sebenar ini?" 

Dipetik daripada."Pak Belalang"

(Antologi Anak Bumi Tercinta)

31. Mengapakah baginda memanggil Ahlil Nujum ke istana?

A Baginda telah menyanggupi untuk bertaruh dengan juragan kapalB Baginda ingin mendapatkan pandangan Pak Belalang tentang caramenentukan jantina anak itik

C Baginda mahu Pak Belalang mencari jawapan untuk bagindaD Baginda ingin mengetahui jawapan tentang cara menentukan jantina anak itik

32

Ungkapan di atas menggambarkan juragan seorang yang

A tidak berpura-puraB tidak bercakap bohongC tidak membohongi rajaD tidak mahu menyembunyikan jawapan

33. Berikut merupakan nilai-nilai yang terkandung dalam petikan, kecuali 

A jujurB bijaksanaC taat setiaD bercakap benar

34. Pilih urutan peristiwa berikut dengan tepat berdasarkan susunan peristiwadalam cerita Pak Belalang.

A Juragan menghadap raja persetujuan dicapai nyatakan pertaruhanrahsia bocor

B Juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan rahsia bocorpersetujuan dicapai

C Juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan persetujuan dicapairahsia bocor

D Persetujuan dicapai juragan menghadap raja nyatakan pertaruhanrahsia bocor

Di manakah hendak patik simpangkan perkataan yang sebenar ini?

Page 10: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 10/32

SULIT 02/1

 35. Bagaimanakah kesudahan cerita ini?

A Juragan terpaksa menyerahkan kapal dan segala muatannyaB Pak Belalang dapat menjawab soalan yang dikemukakan

C Juragan menyesal kerana bertaruh dengan rajaD Juragan dihantar pulang berserta dengan bekalan makanan ke negerinya

Soalan 36 - 40

Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

NEGERI CINTA

Alam adalah sebahagian daripada kita

alam adalah syurga kamicinta kepadanya cinta jutaan bunga-bungacinta kepadanya cinta jutaan jiwa manusiawi

Di sana negeri tercantiknegeri terlindung di luar penglihatannegeri kerinduan, negeri penghijrahandari buruan kehidupan yang mencekik.

Ini laut kita, lindungilah dari pencemaranini hutan kita, lindungilah dari pemusnahanini langit kita, lindungilah dari keracunanini sungai kita, lindungilah dari pembuangan.

Malaysia negeri alam dunia sebelah sininegeri impian, negeri gemerlapanlindungi dari keganasan-keganasan modenisasi  negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan.

Nahmar Jamil

(Dipetik daripada Antologi Sehijau Warna Daun,Tingkatan 1, DBP)

36. Harapan penyajak kepada pembaca

A menghargai negeri yang cantikB melindungi alam daripada kemusnahan dan pencemaranC menghargai apa-apa sahaja yang tumbuh di muka bumi iniD mengekalkan keamanan dan keharmonian supaya terhindar daripada

sebarang ancaman

Page 11: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 11/32

SULIT 02/1

 37. Perkara-perkara yang berikut ingin dipertahankan oleh penyajak kecuali 

A keamananB kekuatan

C kebudayaanD perpaduan

38. Nilai yang berikut terdapat dalam sajak kecuali

A cinta akan alam semula jadiB cinta akan tanah airC kerjasamaD prihatin

39. Berdasarkan petikan "kehidupan yang mencekik" ialah gaya bahasa

A metaforaB perlambanganC personifikasiD paradoks

40. Pengajaran yang berikut terdapat dalam sajak, kecuali 

A Kita hendaklah menentang proses modenisasiB Kita hendaklah memelihara keindahan alam untuk kesejahteraanC Kita hendaklah menjaga kedamaian dan keharmonian antara kaumD Kita hendakalah merancang pembangunan yang menitikberatkan alam sekitar

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 12: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 12/32

 

SULIT02/1

Bahasa Melayu

Ogos 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3

SKEMA JAWAPAN

BAHASA MELAYU

Kertas 1

[Lihat sebelah

SULIT

02/1 © 2009 Hak Cipta JPNP

Page 13: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 13/32

 

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3

BAHASA MELAYU

Kertas 1

SKEMA JAWAPAN

NO JAWAPAN NO JAWAPAN

1 D 21 D

2 A 22 D

3 B 23 A

4 D 24 A

5 A 25 C

6 C 26 B

7 D 27 A

8 C 28 B9 C 29 C

10 A 30 D

11 D 31 A

12 A 32 B

13 B 33 C

14 D 34 C

15 B 35 D

16 A 36 B

17 C 37 B

18 D 38 C

19 B 39 C20 B 40 A

Page 14: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 14/32

SULIT02/2Bahasa MelayuKertas 22 jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR TAHUN 2009

BAHASA MELAYU

KERTAS 2

Masa : 2 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A,Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.

2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian :Bahagian A(i) danBahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-duabahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mestidijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalandan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.

3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawabBahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian Cdan 10 minit untuk bahagian D.

 _____________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

@PKPSM Pahang 

Page 15: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 15/32

SULIT 02/2

LIHAT SEBELAH2 http://dahliajournal.blogspot.com 

Bahagian A ( i )[ Masa dicadangkan : 40 minit ]

[ 20 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang faedah- 

faedah menyertai kegiatan kokurikulum kepada pelajar. Panjang ringkasan anda hendaklah  tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kokurikulum merupakan satu bentuk pendidikan tidak formal di luar bilik darjah.

Kokurikulum terbahagi kepada tiga kategori iaitu unit beruniform, kelab dan persatuanserta sukan dan permainan.

Aktiviti yang diadakan melalui kegiatan ini jelas memberikan manfaat kepada

mereka yang terlibat atau mengambil bahagian. Salah satu faktor rosaknya akhlak pelajar-pelajar masa ini disebabkan mereka tidak terbabit dalam aktiviti yang berfaedah.

Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum juga dapat mencerna minda pelajar-pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

Penglibatan dalam kerja-kerja berkumpulan pula membolehkan mereka belajar

hidup bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.Cara ini akan menjadikanpelajar lebih bertanggungjawab. Selain itu, pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum

di sekolah dapat memanfaatkan masa yang terluang dengan sebaik-baiknya. Oleh hal

yang demikian, mereka tidak ada lagi ruang untuk terlibat dalam kegiatan-kegiatan

negatif. Kegiatan kokurikulum juga dapat dijadikan medan untuk melahirkan bakalpemimpin pada masa hadapan.

Selain itu, sikap bertanggungjawab juga terbentuk dalam kalangan pelajar yangbergiat aktif dalam kokurikulum. Sikap bertanggungjawab ini bukan sahaja kepada diri

sendiri, keluarga dan sekolah, bahkan juga kepada negara. Hal ini dapat dibuktikan

melalui penyertaan pelajar dalam aktiviti silat, tae kwan do, dan sebagainya. Kemahirandan pengetahuan ini dapat digunakan semasa mereka berada di luar sekolah atau setelah

tamat persekolahan.

Aktiviti kokurikulum juga menjadikan seseorang pelajar itu cergas dan cerdas darisegi fizikal dan mental. Pelajar-pelajar yang menganggotai unit beruniform seperti

Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, dan sebagainya sering mengikuti aktiviti

yang lasak yang akhirnya pengalaman itu dapat membentuk mereka menjadi berani.

Di samping itu, pelajar juga dapat menghabiskan masa mereka dengan melakukan

perkara-perkara yang berfaedah. Mereka dapat mengisi masa lapang mereka denganmenjalankan aktiviti persatuan, kelab permainan, dan badan beruniform. Semangat

bekerjasama antara rakan,,bermuafakat, dan perpaduan turut terbentuk apabila pelajar

melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

Page 16: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 16/32

SULIT 02/2

LIHAT SEBELAH3 http://dahliajournal.blogspot.com 

Bahagian A ( ii ) : Pemahaman

[ 10 markah ]

  Berdasarkan petikan Bahagian A ( i )  , jawab soalan-soalan yang berikut dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

1 Berikan maksud rangkai kata tidak ada lagi ruang dalam petikan di atas. [ 2 markah ]

2 Apakah bukti bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulumberguna kepada mereka?

[ 4 markah ]

3 Nyatakan dua langkah yang pada pendapat anda dapat memupuk minat

pelajar agar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

[ 4 markah ]

Page 17: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 17/32

SULIT 02/2

LIHAT SEBELAH4 http://dahliajournal.blogspot.com 

Bahagian B

[ 20 markah ]

  Rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang. sumbangan persatuan  Bulan Sabit Merah Malaysia kepada masyarakat  Panjangnya huraian anda hendaklah 

tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sumbangan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

PERSATUAN

BULAN SABIT

MERAH

MALAYSIA

PBSM

MERAWAT

KECEDERAAN

KECIL AHLI

SUKAN

RAWATAN AWAL

MANGSA

KEMALANGAN

BANTUAN

RAWATAN

MANGSA

BENCANA ALAM

Page 18: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 18/32

SULIT 02/2

LIHAT SEBELAH5 http://dahliajournal.blogspot.com 

Bahagian C

[ 40 Markah ]

Tulis  sebuah karangan tentang  satu daripada perkara di bawah. Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

1 Kepentingan menguasai pelbagai bahasa amat dititikberatkan dalamdiri seseorang pelajar sejajar dengan perkembangan ilmu sains danteknologi.

Kemukakan pendapat anda.

2 Anda menuntut disebuah sekolah berasrama penuh dan berkesempatanmenyertai lawatan sambil belajar ke tempat peranginan.

Tulis sepucuk surat kepada keluarga untuk menceritakan pengalamananda itu. .

3 Persatuan Sejarah Sekolah anda telah mengadakan lawatan sambilbelajar ke sebuah Muzium . Sebagai setiausaha persatuan, andadikehendaki menulis satu laporan tentang lawatan itu.

Tulis laporan tersebut selengkapnya.

3 Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini kianterhakis.

Huraikan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk memupuksemangat kejiranan.

5 Sektor pertanian semakin mendapat tempat dalam usaha memajukannegara.

Jelaskan langkah-langkah untuk memajukan sektor ini.

Page 19: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 19/32

SULIT 02/2

LIHAT SEBELAH6 http://dahliajournal.blogspot.com 

Bahagian D

[ 10 markah ]

Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 danTingkatan 2.

( i ) Limpahan Darah di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh.

( ii ) Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin 

Berikan dua contoh peristiwa daripada novel Tingkatan Satu dan dua contohperistiwa daripada novel Tingkatan Dua berdasarkan pernyataan di atas.

KERTAS SOALAN TAMAT

Semangat cinta akan tanah air

Page 20: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 20/32

1

02/2Bahasa MelayuOgos 20092 jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMRNEGERI PAHANG TAHUN 2009

 ________________________________________________________________ 

BAHASA MELAYU

Kertas 2

PERATURAN PEMARKAHAN

Page 21: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 21/32

2

SKEMA PEMARKAHAN

BAHASA MELAYU KERTAS 2 (02/2)PEPERIKSAAN PERCUBAN PMR 2009

Bahagian A (i) – 20 markahBahagian A (ii) – 10 markah

Bahagian B – 20 markahBahagian C – 40 markah

Bahagian D – 10 markah

-----------------JUMLAH : 100 markah

___________

BAHAGIAN A (i) – RINGKASAN (20 Markah)

Markah Isi : 10 markah

BILANGAN ISI MARKAH

5 9 – 10

4 7 – 8

3 5 – 6

2 3 – 4

1 1 – 2

Markah Bahasa : 10 markah

-  Kesalahan bahasa ditanda seperti penandaan karangan-  Bahasa dinilai secara impression

- Kriteria pemeringkatan markah seperti di bawah :

Peringkat Markah Deskripsi

Cemerlang 9 – 10 - Bahasa baik dan lancar

- Guna ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat gramatis

dan penanda wacana sesuai- Ejaan dan tanda baca betul

Baik 6 - 8 - Bahasa baik dan lancer

- Masih berupaya guna ayat sendiri, pemilihan kata

agak terhad, ayat masih gramatis dan penandawacana masih sesuai

- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang

minimum

Page 22: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 22/32

3

Memuaskan 3 – 5 - Bahasa kurang lancer

- Terdapat kesalahan yg ketara dalam ayat, ejaan dan

tanda baca

atau – menyalin ayat daripada petikan asal secara

terpilih

PenguasaanMinimum 1 – 2 - Keseluruhan jawapan menggamabarkan penguasaanbahasa yang lemah

- Menyalin secara terus daripada petikan

Cadangan Cara Penandaan Ringkasan

1.  Isi minimum 5. Pemeriksa dikehendaki menanda / apabila terjumpa isi yang betul dan tulis

1 untuk isi yang pertama dan tulis 2 untuk isi yang kedua dan seterusnya (hingga isi kelima.)

1 2 3 4 5

Contoh : / / / / / 

2. Jawapan calon diperiksa sehingga 80 patah perkataan, tetapi dibenarkan sehingga habisperkataan dalam ayat terakhir. Buat satu garisan panjang selepas 80 patah perkataan. 

3. Kalau calon menulis berperenggan, periksa seperti biasa.

4. Calon menyalin isi secara terpilih tanpa sebarang perubahan ayat asal, markah isi seperti

biasa, tetapi markah bahasa – maksimum 5 markah. 

5. Calon menyalin isi secara terpilih tetapi ada wacana bahasa dan kosa kata yang sesuai

sebagai penyambung ayat, diperiksa seperti biasa.

6. Jika calon menyalin isi secara terpilih dan ditulis dalam bentuk poin, markah untuk isi

adalah seperti biasa tetapi markah maksimum untuk bahasa ialah 4 markah.

7. Calon menyalin terus daripada petikan tanpa membuat apa-apa perubahan – (menyalin bulat-

bulat ) = Markah isi dibahagi dua dan markah bahasa maksimum 2 markah

Buat catatan : Calon menyalin petikan.

* Menyalin bulat-bulat bermaksud menyalin keseluruhan petikan yang diberikan ataukeseluruhan daripada mana-mana perenggan.

8. Isi yang tidak berturutan diperiksa seperti biasa. 

9. Jawapan dalam bentuk poin tetapi ayatnya lengkap – markah isi diberi seperti biasa tetapi

markah bahasa – maksimum – 8 markah

10. Penandaan jawapan calon seperti penandaan karangan tetapi tiada pemotongan markah untuk kesalahan ejaan.

Page 23: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 23/32

4

Cara penulisan markah ringkasan

1. I = 5x2 = 10

B = 10

J = 20

2. I = 5x2 = 9 (mungkin ada isi yang kurang lengkap)

B = 8

17

3. I = 5x2= 10 (calon menyalin isi secara terpilih)

B = 5 (Markah bahasa maksimum 5)

15

* Menyalin isi secara terpilih

4 I = 2x2= 4 (bahagi 2) = 2 (calon menyalin bulat-bulat)B = 2 (markah bahasa maksimum 2)

4

* Menyalin petikan

BAHAGIAN A (ii) : PEMAHAMAN (10 MARKAH )

1.  Petikan pemahaman umum berdasarkan petikan ringkasan

2.  Jawab soalan pemahaman dengan menggunakan ayat sendiri

3.  Tidak ada markah setengah (1/2) bagi jawapan bahagian ini.

4.  Setiap isi yang diterima ditanda (/)

5.  Kesalahan bahasa , cth ejaan, frasa ditanda seperti biasa (penandaan karangan)

Soalan 1 : Maksud rangkai kata (2 markah)

- memberikan maksud rangkai kata berdasarkan konteks petikan- ayat jawapan mesti lengkap – subjek & predikat

2 markah – Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis

1 markah – Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap

1 markah – Maksud kurang tepat mengikut konteks/isi tersurat sahaja

1 markah – Hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata / ayat

gramatis0 markah – Maksud tidak tepat mengikut konteks

Page 24: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 24/32

5

Soalan 2 - Soalan pemahaman berdasarkan petikan (4 markah)– menjawab berdasarkan isi dalam petikan (4 m)

- kemukakan sekurang-kurangnya 2 isi/jawapan

-  1 jawapan yang betul – 2 markah, 2 jawapan yang betul – 4 markah

- jawapan mesti betul termasuk dari segi tatabahasa / ejaan

4 markah – Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis

3 markah – Isi cukup dan lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis

2 markah – Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi ayat gramatis

1 markah – Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan serta ayat kurang

gramatis

0 markah – Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis

0 markah - Isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatis

Soalan 3 : Soalan Pemahaman Kemahiran Berfikir (4 markah)- Jawapan berdasarkan pendapat sendiri yang berkaitan dengan petikan

- 2 jawapan diperlukan – 1 jawapan /isi yang sempurna – 2 markah dan tanda (/)

- jawapan mesti betul termasuk dari segi tatabahasa / ejaan

MARKAH DESKRIPSI

4 markah - Isi relevan mengikut tugasan dan ayat yang gramatis

3 markah - Isi relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis

2 markah - Isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis

1 markah - Isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis

0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis

- Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis

Page 25: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 25/32

6

SOALAN BAHAGIAN B (KARANGAN BAHAN RANGSANGAN) Karangan Respons Terhad (20 markah)

1.  Jawapan mestilah dalam bentuk karangan berperenggan – Pendahuluan – Isi –

Penutup

2.  Jawapan bukan dalam bentuk rumusan – tiada isi tersurat dan tersirat3.  Periksa secara golbal/holistik. Nilai dari segi idea dan bukan isi. Idea hendaklah

dihuraikan sebaik mungkin.4.  Gambar – sebagai rangsangan idea

i. idea yang sesuai dan bebas bagi soalan respons terbuka

ii. isu semasa/ faktor-faktor/punca/kesan/ cara menangani/kesimpulan5.  Jumlah perkataan – tidak lebih 120 patah perkataan/100-120 pp

6.  Karangan lebih 120 pp – diperiksa seperti biasa – tiada kesalahan

7.  Karangan pendek = kurang 100 pp – impression turun

8.  Pemeriksaan secara impression : 4 perkara – 1. menjawab tugasan – 2. bahasa – 3.idea relevan – 4. pengolahan. Kemudian nilaikan dan tetapkan peringkat karangan

berdasarkan kriteria penskoran.9. Penandaan kesalahan seperti karangan Bahagian C.

Skema Pemarkahan Karangan Bahan Rangsangan (Respons Terhad)Peringkat

Pencapaian

Deskripsi

Cemerlang16-20 m

C1 = 18-20 m

C2 = 16-17 m

- Penggunaan kata dan ayat yang gramatis

- Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat

-  Ejaan dan tanda baca yang betul

-  Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata.

-  Idea yang relevan berdasarkan tugasan.

-  Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulansesuai serta berkembang

-  Pengolahan yang menarik dan berkesan

Baik11-15 m

B1 = 13-15 m

B2 = 11-12 m

- Penggunaan kata dan ayat yang masih gramatis- Penggunaan kosa kata tepat/tidak luas

- Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata, frasa dan

ayat.

- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum

- Idea masih relevan berdasarkan tugasan- Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan

kurang dikembangkan

- Pengolahan masih menarik/kurang berkesan

Page 26: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 26/32

7

Memuaskan06-10 m

M1 = 08-10 m

M2 = 06-07 m

- Penggunaan kata dan ayat yang kurang gramatis

- Penggunaan kosa kata terhad

- Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan kata, frasa dan ayat- Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

- Idea kurang relevan berdasarkan tugasan

- Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan

terhad- Pengolahan tidak menarik 

-  Karangan bercampur aduk dalam peringkat ini.

Penguasaan

minimum01-05 m

- Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasayang tidak cekap

- Idea kabur/tidak berkaitan dengan tugasan

SOALAN BAHAGIAN CKarangan Respons Terbuka (40 markah)

1.  Periksa karangan berdasarkan impression.Jumlah perkataan karangan tidak perlu dikira,

2.  Isi minimum :- 1 isi 

3.  Penolakan markah berdasarkan ejaan: ½ markah ditolak bagi setiap ejaan yang salah,

tetapi tiada penolakan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang. Contoh : disamping

itu, di terima

Maksimum markah ejaan ditolak ialah 2 markah. 

(4 kesalahan ejaan dan ke atas ).

•  Format: Tiada penolakan markah format (karangan berformat) mulai tahun 2005.

4. Pemeriksa hendaklah membaca karangan calon terlebih dahaulu untuk mendapatkan kesan

(impression) daripadanya. Perkara yang perlu diberi perhatian untuk memberi pertimbanganialah menjawab tugasan, bahasa, idea yang relevan dan pengolahan. Kemudian, nilaikan dan

tetapkan peringkat karangan berdasarkan kriteria penskoran.

5. Baca karangan itu dengan teliti sekali lagi untuk pertimbangan yang muktamat. Sambil

membaca karangan itu, tandakan kesalahan-kesalahan bahasa,ejaan dan tanda baca danisi/fakta seperti yang berikut:

( ) Kesalahan isi

____ Kesalahan bahasa, perkataan

 /  Kesalahan ejaan //  Kesalahan ejaan yang berulang

Kesalahan tanda baca

Page 27: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 27/32

8

KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULIS

KRITERIA DESKRIPSI

1. BAHASA - Kegramatisan : Kata (Morfologi) dan Ayat (Sintaksis)

- Ejaan dan tanda baca betul- Kosa kata luas dan tepat

2. IDEA - Isi-isi yang sesuai (Bilangan isi tidak ditekankan)

- Huraian isi yang jelas

- Contoh yang sesuai

3. PENGOLAHAN - Pengolahan menarik dan berkesan

- Pemerengganan sesuai

- Format menepati tugasan

- Unsur keindahan bahasa (Cth- peribahasa/pantun/ungkapan/frasa yang

menarik)

PERINGKAT KARANGAN BAHAGIAN C

PERINGKAT MARKAH

Cemerlang 33 – 40

Kepujian 25 – 32

Baik 17 – 24

Memuaskan 09 – 16

Penguasaan Minimum 01 - 08

Page 28: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 28/32

9

PERINGKAT PEMARKAHAN KARANGAN SOALAN BAHAGIAN C

Soalan Bahagian C : Karangan Respons Terbuka (40m)

Peringkat Deskripsi

Cemerlang

(33 - 40)

C1 (37 - 40)C2 (33 - 36)

- Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat

-  Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang

minimum.

-  Penggunaan penanda wacana yang betul

-  Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.

-  Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

-  Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh yang sesuai

-  Pengolahan menarik dan berkesan, pemerengganan yang sesuai dan format

menepati kehendak tugasan.

- Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan

kata dan frasa yang menarik dll.

Kepujian

(25 - 32)

K1 (29 - 32)

K2 (25 – 28)

- Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat

-  Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang

minimum-  Penggunaan penanda wacana yang sesuai.

-  Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. .

-  Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

-  Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta contoh yang sesuai.

-  Pengolahan menarik dengan pemerengganan sesuai dan format menepati

kehendak tugasan.- Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa/kata hikmat,

pantun, cogan kata dan frasa yang menarik.

Baik(17 - 24)

B1 (21 - 24)

B2 (17 - 20)

-  Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai.

-  Penggunaan pelbagai ayat majmuk gabungan yang gramatis tetapi terdapat

kesalahan yang minimum.

-  Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai.

-  Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum.

-  Penggunaan kosa kata umum tetapi terdapat kesalahan yang minimum.

-  Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas.

- Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan dan format yang masih sesua

mengikut tugasan. 

Memuaskan

(09 - 16)

M1 (13 - 16)

M2 (09 - 12)

- Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad

-  Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum.-  Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat..

-  Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.

-  Isi masih relevan / idea bercampur aduk dengan huraian yang tidak jelas.

-  Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai dan format kurang

tepat/format bercampur aduk.

Page 29: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 29/32

10

Penguasaan Minimum

(01 - 08)

PM1 (05 - 08)

PM2 (01 - 04)

- Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap

dan lemah.- Karangan terpesong termasuk dalam peringkat ini.

BAHAGIAN D – NOVEL ( 10 MARKAH )

PERINGKAT PEMARKAHAN BAGI SOALAN BAHAGIAN D (NOVEL)

Pemarkahan:- Markah penuh (maksimum) = 10 markah

- Isi = 6 markah 

- Bahasa = 4 markah 

- Jawapan hendaklah dibuat dalam bentuk karangan - huraian dan disertakan contoh- Jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis.

- Berikan 1 markah bagi setiap pernyataan yang betul.

- Berikan 1 markah bagi huraian atau contoh yang berkaitan.- Markah maksimum bagi pernyataan dan huraian atau contoh ialah 6 markah.

- Markah maksimum bagi bahasa ialah 4 markah dan diberi berdasarkan impression.

- Kalau jawapan berbentuk ‘point-form’ tanpa huraian dan contoh, tolak markah isi 50%dan markah bahasa ialah 1 markah.

- Kalau jawapan berbentuk ‘point-form’ tetapi ada huraian dan contoh – isi - terima

seperti biasa tetapi markah bahasa 1 atau 2 markah-Jika calon menjawab bagi ketiga-tiga novel, pilih markah tertinggi sahaja.

- Jika jawapan calon bercampur-campur novel, pilih satu novel sahaja.- Jika jawapan calon salah atau calon menyalin soalan, berikan 1 markah bahasa 

sahaja.

Kriteria Markah Bahasa

Peringkat Markah Deskripsi

Cemerlang 04 - Bahasa baik dan lancar

- Ayat gramatis- Ejaan dan tanda baca yang betul

Baik 02 – 03 - Bahasa masih baik dan masih lancar- Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat

kesalahan yang menimum

- Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum

Memuaskan 01 - Bahasa tidak cekap

- Ayat tidak gramatis

- Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

Page 30: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 30/32

Page 31: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 31/32

12

BAHAGIAN A (i) : RINGKASAN

Cadangan isi Ringkasan Bahagian A ( i )-  Membina akhlak pelajar

-  Mencerna minda pelajar untuk berfikir secara kreatifdan kritis

-  Penglibatan dalam kerja-kerja berkumpulanmembolehkan pelajar hidup bekerjasama dan salingmembantu

-  Memanfaatkan masa yang terluang dengan sebaik-baiknya

-  Menjadi medan unntuk melahirkan bakal pemimpinpada masa hadapan

-  Membentuk sikap bertanggungjawab dalam kalanganpelajar

-  Menjadikan seseorang pelajar cergas dan cerdas darisegi fizikal dan mental

[Beri 2 markah bagi setiap isi yang tepat.]

Bahagian A (ii) : Pemahaman

1. maksud rangkai kata tidak ada lagi ruang :

- tidak berkesempatan

2. Buktinya ialah:

- kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh dapat digunakansemasa mereka berada di luar sekolah

- pengalaman dapat membentuk mereka menjadi berani

3. Langkah-langkahnya:- Aktiviti menarik- Mengambil kira markah penglibatan dalam kokurikulum- Memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang

aktif- Bantuan dan subsidi uniform kepada pelajar yang kurangberkemampuan

- Galakan pihak sekolah

[ terima mana-mana jawapan yang sesuai]

Page 32: pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

8/14/2019 pmr percubaan 2009 pahang bahasa melayu

http://slidepdf.com/reader/full/pmr-percubaan-2009-pahang-bahasa-melayu 32/32

BAHAGIAN B – KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

Cslon dikehendaki menulis semua isi yang terdapat pada soalan.

BAHAGIAN D – KAJIAN NOVEL

Diharapkan :Calon dapat memberikan dua contoh peristiwa daripada novel Tingkatan 1dan dua contoh peristiwa daripada novel Tingkatan 2.

Perhatian : Beri 1 ½ markah bagi setiap contoh peristiwa yang lengkap.Markah isi 1 ½ x 4 = 6Markah bahasa = 4

------10 markah