buku modul bm pmr

51

Upload: david-harrison

Post on 26-Jul-2015

502 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Modul Bm Pmr
Page 2: Buku Modul Bm Pmr

KANDUNGAN

PRAKATA i PRAWACANA ii MODUL RINGKASAN BESTARI BAHASA MALAYSIA (PMR) 1 PENERANGAN RUMUS 2 PEMARKAHAN RINGKASAN 3 A(ii) PEMAHAMAN PETIKAN 4 STRATEGI MENJAWAB SOALAN MAKSUD RANGKAI KATA/FRASA 4 STRATEGI MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN DARIPADA PETIKAN 5 STRATEGI MENJAWAB KBKK (A(ii)) NO 3 6 APLIKASI LANGKAH MENULIS RINGKASAN 7 TEKNIK 23332 13 MODUL PENULISAN KARANGAN 18 JENIS-JENIS PENDAHULUAN 19 LATIHAN PENGUKUHAN 20 BAHAGIAN 2 : PENGUASAAN PENGEMBANGAN ISI 24 BAHAGIAN ISI KARANGAN 25 BAHAGIAN 3 : PENGUASAAN BAHAGIAN PENUTUP 30 PENULISAN (KARANGAN BERFORMAT) 33 SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI 37 FORMULA BIJAK KOMSAS BAHASA MALAYSIA 43 FORMULA BARNIAT 44

Page 3: Buku Modul Bm Pmr

PRAKATA (TITTPAN BUDI)

Dengan penuh kesyukuran saya merafakkan puj i -puj ian ke hadrat Al lah S.W.T keranadengan ke iz inan dan l impah-Nya, Modul Penul isan Lestar i Cemer lang T ingkatan T iga dapatd ihas i lkan. Saya merakamkan set ingg i - t ingg i penghargaan dan tahn iah kepada Unt t BahasaMalays ia , Sektor Pengurusan Akademik , Jabatan Pela jaran Neger i Sabah dan panel penul ismodul Bahasa Malays ia yang terd i r i dar ipada Guru Cemer lang dan Juru Lat ih Utama BahasaMalaysia kerana dapat menghasi lkan modul in i sehingga ber jaya di terbi tkan pada 2011.

Sesungguhnya, penghas i lan modul in i merupakan Pro jek Peningkatan Prestas i BahasaMelayu PMR yang ber tu juan untuk memenuhi hasrat Kementer ian Pe la jaran Malays ia (KPM).KPM te lah mengetengahkan isu bahawa terdapat pe la jar yang gagal da lam peper iksaan PMRkerana t idak menjawab ker las 2 dengan ba ik . Mur id d ikena l past i t idak menguasai cara a tautekn ik menjawab soa lan dengan betu l . O leh ha l yang demik ian, untuk membantu mur id lu lusda lam peper iksaan PMR maka Modul Penul isan Lestar i Cemer lang T ingkatan T igadiperkenalkan.

Modul in i sesua i d igunakan o leh guru dan mur id sebagai bahan sokongan pengaJarandan pembela jaran Bahasa Melayu. Saya berharap agar mur id-mur id dapat menguasai carapembela jaran menggunakan modul in i bag i meningkatkan lag i pera tus ke lu lusan Bahasa Melayudalam peperiksaan PMR Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Oleh i tu , saya juga mengambi l pe luang in i mengucapkan ter ima kas ih kepada panelpenul is modul in i , yang terd i r i dar ipada Guru Cemer lang Bahasa Melayu yang berusaha g ig ihuntuk menjayakan Pro jek Peningkatan Bahasa Melayu seh ingga terhas i lnya modulpembela jaran in i . Modul in i d iharapkan dapat membantu guru da lam proses pengajaran danpembelajaran seterusnya dapat melonjakkan prestasi murid dalam peperiksaan awam khasnyaPMR.

Sek ian.

DR. HAJI KASSI RAHIMKetua Sektbr.Sekt f rusan Akademik,Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Page 4: Buku Modul Bm Pmr

ii

PRAWACANA

Modul Penulisan Lestari Cemerlang PMR ini dihasilkan oleh Unit Bahasa Malaysia, Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan kerjasama Guru-guru Cemerlang daerah Kota Kinabalu dan Jurulatih Utama Bahasa Malaysia negeri Sabah . Modul ini diharap boleh membantu guru-guru Bahasa Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan seterusnya meningkatkan prestasi Bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, guru-guru juga digalakkan untuk menambah baik aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam modul ini mengikut tahap dan penguasaan murid.

PENYUMBANG IDEA

1. Pn. Danielle Fong Chai Yen (Maktab Sabah) 2. Pn. Haja Rujimah Binti Taip (SM St. Paul Beaufort) 3. Cik Halimah Hj. Ag Kanak @ Lis (SMK Pekan Kuala Penyu) 4. Pn. Harliana Binti Mohd Arifin (SMK Likas) 5. Pn. Juliah Binti Hj. Matnoor (Maktab Sabah) 6. Pn. Mariam Binti Ag. Damit (SMK Tebobon) 7. Pn. Mariatul Hanis Binti Abdullah (SM St. Michael, Penampang) 8. En. Mohd Suffian Bin Abdullah (SMK Bongawan 2) 9. Pn. Nor Reta Binti Khamis (SM Tinggi Kota Kinabalu) 10. Pn. Rahmah Binti Saleh (SMK Sanzac) 11. Pn. Rosviny Binti Manap (SMK Badin) 12. En. Sabri Che Seman (SMK Tunku, Lahad Datu)

PENYELARAS

Cik Noorartini Binti Haji Arjikal ( Sektor Pengurusan Akademik, JPN Sabah )

Page 5: Buku Modul Bm Pmr

1

MODUL RINGKASAN BESTARI BAHASA MALAYSIA

(PMR)

INGAT 6=INGAT RUMUS

6LANGKAH

BACA

PETIKAN

SEMPURNAKAN

AYAT DENGAN

MENAMBAH

WACANA

SUSUN

AYAT-AYAT

ISI IKUT

KEUTAMAAN

RINGKASKAN

AYAT GUNA ISI

TEKNIK

POTONG/GUGUR/

GANTI

5

ISI PENTING

KENALPASTI

KATA KUNCI

PETIKAN

(DALAM

ARAHAN)

Page 6: Buku Modul Bm Pmr

2

PENERANGAN RUMUS

1. LANGKAH SATU BACA PETIKAN

Baca petikan secara keseluruhan bagi mendapatkan gambaran idea secara umum.

2. LANGKAH DUA BACA ARAHAN

Kenal pasti kata kunci dalam arahan (dicetak tebal).

Cth: Kesan-kesan, usaha-usaha, faktor-faktor, langkah-lang kah, cara-cara, atau punca-punca.

3. LANGKAH TIGA LIMA ISI PENTING

Senaraikan isi penting yang berkaitan dengan kata kunci.

4. LANGKAH EMPAT

Pilih dan ringkaskan ayat isi menggunakan teknik penggantian penanda wacana dan kata hubung.

5. LANGKAH LIMA

Susun ayat-ayat isi ikut keutamaan perenggan.

6. LANGKAH ENAM

Sempurnakan ayat dengan menambah penanda wacana.

Page 7: Buku Modul Bm Pmr

3

PEMARKAHAN RINGKASAN

ISI

5 ISI SAHAJA

Biasanya terdapat antara 7 hingga 10 isi dalam petik an.

CARA PEMBERIAN MARKAH ISI (10 markah)

1. Setiap satu isi 2 markah

-Isi maksimum 5 isi

-Markah 2 X 5 =10 markah

2. Menyalin ayat daripada petikan secara bulat-bulat memperoleh 50% daripada markah isi (maksimum 5 markah).

CARA PEMBERIAN MARKAH BAHASA

ISI MARKAH (10)

5 isi ke atas Baik (8-10) Sederhana (5-7)

Lemah(1-2)

4 isi ke bawah Baik (6 – 8 ) Sederhana (3 – 5)

Lemah (1 – 2)

Menyalin ayat daripada petikan secara bulat-bulat

Lemah (maksimum 2)

Page 8: Buku Modul Bm Pmr

4

A(ii) PEMAHAMAN PETIKAN

(10 markah)

STRATEGI MENJAWAB SOALAN MAKSUD RANGKAI KATA/FRASA

• Contoh: Wanita Pertama Malaysia=Isteri Perdana Menteri dan bukan Perempuan Nombor Satu Negara

• Contoh: Masa = waktu

• Contoh: Masa senggang = Waktu lapang. Bukannya waktu yang kita tidak membuat apa-apa kerja

• Tekaan

3. Teknik Padanan kata tidak boleh digunakan untuk Cogan Kata, Peribahasa, Kata-kata hikmat dan sesuatu konsep contoh

1. Mengenal pasti maksud rangkai kata/frasa berdasarkan maksud ayat

2. Teknik Padanan Kata/Sinonim

4. Jangan buat huraian

Page 9: Buku Modul Bm Pmr

5

STRATEGI MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN DARIPADA PETIKAN (A(ii) No 2

• Markah akan terjejas sekiranya menyalin ayat bulat-bulat

Page 10: Buku Modul Bm Pmr

6

STRATEGI MENJAWAB KBKK(A(ii) N0 3

• Pendapat sendiri yang munasabah

• Pada pendapat saya…..

Page 11: Buku Modul Bm Pmr

7

APLIKASI LANGKAH MENULIS RINGKASAN

1. Baca petikan secara keseluruhan untuk gambaran umum.

CONTOH PETIKAN : Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis satu ringkasan tentang langkah-langkah untuk menggalakkan remaja membaca . Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Penduduk negara ini, terutamanya golongan remaja dan pelajar, perlu diberi pendedahan tentang budaya dan kepentingan membaca sebagai salah satu cara untuk memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Pengarah Bahagian Gerakan Membaca, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), M. Kukanesan berkata bahawa faktor kurangnya tabiat membaca dalam diri ibu bapa sendiri merupakan sebab utama generasi muda sekarang kurang berminat untuk membaca.

Menurut beliau, ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak mereka mempunyai minat untuk membaca dan menjadikan buku sebagai teman pada masa lapang sebagai langkah untuk menanamkan tabiat suka untuk membaca sejak kecil lagi.

Beliau berkata bahawa semua lapisan masyarakat perlu membudayakan amalan membaca sebagai satu strategi untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mampu melahirkan idea-idea baharu dalam pelbagai bidang. Tanpa membaca, manusia tidak tahu atau tidak mendapat idea baharu sebaliknya akan terus terpinggir daripada kemajuan dan pembangunan pada alaf yang akan datang.

Atas kesedaran ini, PNM telah melaksanakan pelbagai cara dan kempen membaca yang berterusan seperti menjadikan bulan Ogos sebagai Bulan Membaca. Selain itu, kerajaan hendaklah membantu untuk memperlengkap perpustakaan sekolah dan mewujudkan perpustakaan bergerak secara lebih sistematik dan berbagai-bagai aktiviti lain.

Setiap keluarga pula digalakkan menyediakan sudut perpustakaan sendiri di rumah sebagai asas bagi mencetuskan dan memupuk minat membaca dalam kalangan ahli keluarga, terutama sekali kanak-kanak. Hal ini demikian kerana tabiat ahli keluarga yang lebih dewasa biasanya akan diikuti dengan mudah oleh ahli keluarga yang masih kecil.

Page 12: Buku Modul Bm Pmr

8

Langkah 2: Kenal pasti kata kunci dalam arahan (dicetak tebal). Contoh: Kesan-kesan, usaha-usaha, faktor-faktor, langkah-lan gkah,cara-cara, punca-punca. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis satu ringkasan tentang langkah-langkah untuk menggalakkan remaja membaca. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. LANGKAH 3: 5 ISI PENTING Senaraikan isi penting yang berkaitan dengan kata kunci (Cari dalam setiap perenggan) Langkah-langkah untuk menggalakkan remaja membaca

Langkah-langkah untuk menggalakkan remaja membaca

Langkah-langkah untuk menggalakkan remaja membaca

Langkah-langkah untuk menggalakkan remaja membaca

Penduduk negara ini, terutamanya golongan remaja dan pelajar, perlu diberi pendedahan tentang budaya dan kepentingan membaca sebagai salah satu cara untuk memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Pengarah Bahagian Gerakan Membaca, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), M. Kukanesan berkata bahawa faktor kurangnya tabiat membaca dalam diri ibu bapa sendiri merupakan sebab utama generasi muda sekarang kurang berminat untuk membaca.[ ]

Menurut beliau, ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak mereka mempunyai minat untuk membaca dan menjadikan buku sebagai teman pada masa lapang sebagai langkah untuk menanamkan tabiat suka untuk membaca sejak kecil lagi.

Beliau berkata bahawa semua lapisan masyarakat perlu membudayakan amalan membaca sebagai satu strategi untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mampu melahirkan idea-idea baharu dalam pelbagai bidang. Tanpa membaca, manusia tidak tahu atau tidak mendapat idea baharu sebaliknya akan terus terpinggir daripada kemajuan

Kata kunci dalam arahan

Isi 1

Tiada isi berkaitan

Isi 2 dan 3

Isi 4

Page 13: Buku Modul Bm Pmr

9

Langkah-langkah untuk menggalakkan remaja membaca

Langkah-langkah untuk menggalakkan remaja membaca

dan pembangunan pada alaf yang akan datang.

Atas kesedaran ini, PNM telah melaksanakan pelbagai cara dan kempen membaca yang berterusan seperti menjadikan bulan Ogos sebagai Bulan Membaca. Selain itu, kerajaan hendaklah membantu untuk memperlengkap perpustakaan sekolah dan mewujudkan perpustakaan bergerak secara lebih sistematik dan berbagai-bagai aktiviti lain.

Setiap keluarga pula digalakkan menyediakan sudut perpustakaan sendiri di rumah sebagai asas bagi mencetuskan dan memupuk minat membaca dalam kalangan ahli keluarga, terutama sekali kanak-kanak. Hal ini demikian kerana tabiat ahli keluarga yang lebih dewasa biasanya akan diikuti dengan mudah oleh ahli keluarga yang masih kecil.

Isi 5

Isi 6

Isi 7

Isi 8

Page 14: Buku Modul Bm Pmr

10

LANGKAH 4: Pilih dan ringkaskan ayat isi menggunakan teknik potong,pengguguran dan penggantian. Contoh 1: sinonim langkah=usaha/cara, faktor=sebab, kesan=implikasi. Contoh 2: kata hubung gabungan dan pancangan Ayat-ayat yang mempunyai isi penting

Ayat-ayat yang telah melalui proses pengguguran, penggantian dan penyusunan semula

1. golongan remaja dan pelajar,

perlu diberi pendedahan tentang budaya dan kepentingan membaca.

2. ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak mereka mempunyai minat untuk membaca dan menjadikan buku sebagai teman pada masa lapang sebagai langkah untuk menanamkan tabiat suka untuk membaca sejak kecil lagi.

3. semua lapisan masyarakat perlu membudayakan amalan membaca sebagai satu strategi untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mampu melahirkan idea-idea baharu dalam pelbagai bidang.

4. PNM telah melaksanakan pelbagai cara dan kempen membaca yang berterusan seperti menjadikan bulan Ogos sebagai Bulan Membaca.

1. Remaja perlu didedahkan dengan budaya dan kepentingan membaca.

2. Ibu bapa perlu menanamkan minat membaca anak-anak mereka sejak kecil lagi.

3. Seluruh anggota masyarakat harus

mengamalkan budaya membaca supaya dapat melontarkan idea-idea baharu.

4. PNM telah melaksanakan kempen secara berterusan.

Page 15: Buku Modul Bm Pmr

11

5. kerajaan hendaklah membantu untuk memperlengkap perpustakaan sekolah.

6. mewujudkan perpustakaan bergerak secara lebih sistematik dan berbagai-bagai aktiviti lain.

7. Setiap keluarga pula digalakkan menyediakan sudut perpustakaan sendiri di rumah sebagai asas bagi mencetuskan dan memupuk minat membaca dalam kalangan ahli keluarga.

5. Kerajaan hendaklah memperlengkap perpustakaan sekolah.

6. Kerajaan hendaklah mewujudkan perpustakaan bergerak secara sistematik.

7. Ibu bapa hendaklah menyediakan perpustakaan mini di rumah untuk menyuburkan minat membaca sejak kecil.

LANGKAH 5: Susun ayat-ayat isi ikut keutamaan perenggan.

1. Remaja perlu didedahkan dengan budaya dan kepentingan membaca. 2. Ibu bapa perlu menanamkan minat membaca anak-anak mereka sejak kecil

lagi. 3. Seluruh anggota masyarakat harus mengamalkan budaya membaca supaya

dapat melontarkan idea-idea baharu. 4. PNM telah melaksanakan kempen secara berterusan. 5. Kerajaan hendaklah memperlengkap perpustakaan sekolah. 6. Kerajaan hendaklah mewujudkan perpustakaan bergerak secara sistematik. 7. Ibu bapa hendaklah menyediakan perpustakaan mini di rumah untuk

menyuburkan minat membaca sejak kecil.

Page 16: Buku Modul Bm Pmr

12

LANGKAH 6: Sempurnakan ayat dengan menambah penanda wacana.

Langkah untuk mengalakkan remaja membaca ialah mereka perlu didedahkan dengan budaya dan kepentingan membaca. Selain itu , ibu bapa perlu menanamkan minat membaca anak-anak mereka sejak kecil lagi. Seluruh anggota masyarakat pula harus mengamalkan budaya membaca. Seterusnya , PNM telah melaksanakan kempen secara berterusan. Bukan itu sahaja , kerajaan hendaklah memperlengkap perpustakaan sekolah dan mewujudkan perpustakaan bergerak secara sistematik. Langkah yang selanjutnya ialah ibu bapa hendaklah menyediakan perpustakaan mini di rumah.

(70 patah perkataan)

Page 17: Buku Modul Bm Pmr

13

TEKNIK 23332

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

PMR MODUL 1

Teknik : (23332)

Contoh 1. Teknik 23332

___________________________________________________________________ . __________________________________________________________________________

____________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

____________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________

___________________________________________________________________

__________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________

___________________________________________________________________ . __________________________________________________________________

(124 patah perkataan)

TEKNIK 23332

2 AYAT

3 AYAT

3 AYAT

3 AYAT

2 AYAT

Page 18: Buku Modul Bm Pmr

14

Contoh Bahan Rangsangan

Tema : Adat Resam

Bahagian B

(20 markah)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha mengekalkan adat resam dalam kalangan masyarakat majm uk di Malaysia . Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Usaha-Usaha Mengekalkan Adat Resam Dalam Kalangan M asyarakat Majmuk Di Malaysia

Page 19: Buku Modul Bm Pmr

15

Acuan 2 Modul 1 (Pendahuluan, Penutupan dan Penanda Wacana)

Malaysia mempunyai masyarakat majmuk. Masyarakat ini terdiri daripada tiga kaum terbesar iaitu kaum Melayu, Cina, dan India.

_________________________________________________________(Ayat 1) __________________________________________________________________( Ayat 2 ) . __________________________________________________________________( Ayat 3 ) .

Selain itu, ___________________________________________________(Ayat 1 ) . __________________________________________________________________(Ayat 2 ) . __________________________________________________________________(Ayat 3 ) .

Di samping itu, _______________________________________________( Ayat 1 ) .

__________________________________________________________________( Ayat 2 ) . __________________________________________________________________( Ayat 3 ) .

Kesimpulannya, semua pihak juga perlu sentiasa mengamalkannya agar kita boleh membantu untuk mengekalkan adat resam tersebut. Hal ini demikian supaya adat resam budaya kita tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

( patah perkataan)

2 AYAT

3 AYAT

3 AYAT

3 AYAT

2 AYAT

TEKNIK 2+3+3+3+2

Page 20: Buku Modul Bm Pmr

16

Acuan 2 Modul 1 (Pendahuluan, isi-isi dan penutupa n)

Malaysia mempunyai masyarakat majmuk. Masyarakat ini terdiri daripada tiga kaum terbesar iaitu kaum Melay, Cina dan India.

Sekolah memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan adat resam.

___________________________________________________________________(Ayat 2). ___________________________________________________________________(Ayat 3).

_______________, ibu bapa turut memainkan peranan penting bagi mengekalkannya.

__________________________________________________________________(Ayat 2) . __________________________________________________________________(Ayat 3) .

_______________,usaha-usaha badan tertentu juga penting dalam membantu mengekalkan adat resam kita. _________________________________________(Ayat 2). _________________________________________________________________ (Ayat 3).

Kesimpulannya, semua pihak juga perlu sentiasa mengamalkannya agar kita boleh

membantu untuk mengekalkan adat resam tersebut. Hal ini demikian supaya adat resam budaya kita tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

( patah perkataan)

2 AYAT

3 AYAT

3 AYAT

3 AYAT

2 AYAT

TEKNIK 2+3+3+3+2

Page 21: Buku Modul Bm Pmr

17

Acuan 3 Modul 1

Karangan Lengkap

Malaysia mempunyai masyarakat majmuk. Masyarakat ini terdiri daripada tiga kaum terbesar iaitu kaum Melayu, Cina dan India.

Sekolah memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan adat resam. Pihak

sekolah boleh menerapkannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Hal ini dapat diperkenalkan melalui persatuan seni budaya atau dalam mata pelajaran Sivik dan Bahasa Malaysia.

Selain itu, ibu bapa turut memainkan peranan penting bagi mengekalkannya. Anak-anak perlulah diberitahu tentang adat nenek moyang mereka. Adat resam seperti meminang, perkahwinan, dan pantang larang perlu diteruskan.

Di samping itu, usaha-usaha badan tertentu juga penting dalam mengekalkan adat resam kita. Badan pelancongan misalnya perlu memainkan peranan penting. Mereka dapat menyebarkan risalah-risalah tentang warisan budaya kita.

Kesimpulannya, semua pihak juga perlu sentiasa mengamalkannya agar kita boleh

membantu mengekalkan adat resam tersebut. Hal ini demikian supaya adat resam kita tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

(127 patah perkataan)

2 AYAT

3 AYAT

3 AYAT

3 AYAT

2 AYAT

TEKNIK 2+3+3+3+2

Comment [s1]:

Page 22: Buku Modul Bm Pmr

18

MODUL MENULIS KARANGAN

BAHAGIAN C

(pendapat, perbincangan , fakta)

Bahagian ini memuatkan 3 bahagian penting dalam penulisan karangan iaitu:

Bahagian 1. Penguasaan pendahuluan

Bahagian 2. Penguasaan dan pengembangan ayat isi.

Bahagian 3. Penguasaan penutup

BAHAGIAN 1

PENGUASAAN PENDAHULUAN

Perenggan pendahuluan mempunyai fungsi tarikan yang penting dan akan menentukan pembaca berminat untuk meneruskan pembacaan atau tidak. Perenggan pendahuluan mesti menggambarkan tajuk karangan. Perenggan ini merupakan gagasan idea yang menjadi inti kepada keseluruhan karangan.

PENDAHULUAN 4 – 5 ayat (antara 30

hingga 40 patah perkataan) , 1 perenggan sahaja.

Mengandungi ayat rangsangan (AR) dan ayat arahan (AA)

Page 23: Buku Modul Bm Pmr

19

JENIS-JENIS PENDAHULUAN

Terdapat 9 jenis pendahuluan dalam pembinaan karangan bahagian C yang boleh digunakan dalam penulisan karangan pelajar.

1. Jenis Persoalan

2. Jenis Pendapat / Pandangan tokoh

3. Jenis Petikan Sumber

4. Jenis Definisi

5. Jenis Sejarah

6. Jenis Situasi / Suasana

7. Jenis Peribahasa

8. Jenis Penjelasan / Fakta

9. Jenis Gabungan

Contoh Pendahuluan

1. Jenis persoalan

Pendahuluan persoalan merupakan pendahuluan yang menggunakan ayat-ayat soalan bagi merangsang pembaca tentang isu yang akan dibincangkan dalam pengembangan isi. Pelajar perlu mengemukakan ayat-ayat berbentuk soalan (lebih daripada 2 ayat).

Soalan : Sejak beberapa tahun belakangan ini, pencapaian ahli sukan kita masih menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan. Apakah langkah-langkah terbaik untuk meningkatkan mutu sukan negara kita supaya bertaraf dunia.

Contoh Pendahuluan Persoalan

Kita tidak dapat menafikan bahawa pencapaian ah li sukan kita semakin merosot kebelakangan ini. Mengapakah hal ini terus berlaku walaupun pelbagai cara telah dilakukan untuk meningkatkan pencapaiannya? Di manakah silapnya, sehingga pencapaian ahli sukan kita terus merosot? Siapakah yang harus disalahkan dalam hal ini? Kesemua persoalan ini tidak akan terjawab sela gi prestasi ahli sukan kita terus menjunam. Persoalannya kini, apakah cara terbaik bag i meningkatkan cara terbaik bagi meningkatkan prestasi ahli sukan kita supay a bertaraf dunia?

Page 24: Buku Modul Bm Pmr

20

Latihan Pengukuhan.

Soalan:

a. Ketika kemelesetan ekonomi melanda negara kita, kerajaan menggalakkan rakyat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Jelaskan apakah kepentingan berjimat cermat dalam kalangan penduduk negara ini.

……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………

b. Akhir-akhir ini, kejadian bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh sering terjadi. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan bencana ini berlaku?

……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………

2. JENIS PENDAPAT / PANDANGAN TOKOH

Jenis pendahuluan ini memerlukan pelajar menggunakan ayat-ayat yang dipetik daripada pandangan atau pendapat tokoh-tokoh terkenal yang berkaitan dengan tajuk.

Tokoh-tokoh lain yang bersesuaian boleh juga digunakan tetapi pastikan tokoh berkenaan mempunyai kaitan dengan isu yang dibincangkan (Nama tokoh dan kata-kata mesti betul)

Misalnya:

- isu pendidikan -. Menteri Pendidikan Malaysia -isu pendatang asing – Menteri Dalam Negeri -isu kenaikan harga barang – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna -isu kemalangan jalan raya – Menteri Pengangkutan atau Menteri Kerja Raya

Page 25: Buku Modul Bm Pmr

21

Soalan : Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah dewasa ini. Pada pendapat anda, siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini.

Kita semakin kerap didedahkan dengan kejadian je nayah yang membabitkan remaja pada masa ini. Demikian dinyatakan oleh Ke tua Polis Negara dalam sidang akhbarnya baru-baru ini. Beliau berkata demikian k etika diminta mengulas kejadian pembunuhan kejam yang dilakukan oleh seorang remaj a terhadap seorang kanak-kanak. Bagi menangani masalah ini daripada be rterusan, pelbagai pihak perlu memainkan peranan aktif bagi mencegahnya.

Latihan Pengukuhan:

Soalan:

a. Kepentingan bahasa Inggeris kepada rakyat dan negara. Bincangkan.

……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………

b. Membaca banyak mendatangkan faedah kepada rakyat. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menggalakkan rakyat membaca?

……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………

3. JENIS PETIKAN SUMBER

Pendahuluan jenis ini ditulis dengan memetik mana-mana sumber yang boleh digunakan sebagai perangsang dalam memulakan penulisan karangan.

(Contohnya daripada petikan sumber berita)

Sesetengah perkara boleh dieksploitasi untuk dijadikan pendahuluan dalam sesebuah karangan. Contohnya setiap hari berita –berita dalam akhbar memaparkan pelbagai isu. Pelajar boleh menulis tajuk-tajuk berita sebagaimana yang sering dibaca di dada akhbar bagi memulakan karangan dengan menggunakan tanda baca. Penggunaan tanda baca penting kerana ayat dalam tajuk berita biasanya tidak lengkap subjek dan predikatnya kerana ditulis secara ringkas sebagai kepala berita.

Page 26: Buku Modul Bm Pmr

22

Soalan:

Saban hari ada sahaja kejadian ragut yang berlaku di negara kita walaupun pelbagai kempen mencegahnya dilakukan oleh kerajaan. Jelaskan mengapakah perkara ini terus berlaku?

“Perempuan hamil, maut diragut”

“Warga emas, koma diragut cucu”

“Pelajar IPT dilanggar selepas di ragut”

Berita-berita seumpama ini bukanlah ses uatu yang mengejutkan kepada kita kerana kekerapannya tersiar di dada akhbar. Hampi r saban hari kita membaca berita tentang kejadian ragut yang berlaku di ne gara kita. Walaupun pelbagai usaha dan kempen dilakukan untuk menangani masa lah ini tetapi tragedi ini tetap berlaku. Terdapat beberapa faktor yang menyebabk an kadar kejadian ragut di negara ini terus meningkat.

Latihan Pengukuhan.

Soalan:

a. Kebanyakan pendatang asing menjadikan Malaysia sebagai destinasi untuk memulakan kehidupan baharu mereka. Bincangkan kesan-kesan yang wujud sebagai hasil daripada kedatangan pendatang asing ke negara ini.

……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………

b. Masalah disiplin pelajar kerap dipaparkan dalam media massa. Terangkan cara-cara mengatasi masalah disiplin pelajar di sekolah.

……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………

Page 27: Buku Modul Bm Pmr

23

4. JENIS DEFINISI

Pendahuluan jenis ini meminta pelajar memberikan definisi atau maksud tajuk karangan yang dikemukakan dalam soalan.

Soalan

Budaya lepak seolah-olah sudah menjadi budaya dalam kalangan remaja. Pihak berkenaan perlu mengambil inisiatif untuk menangani gejala yang merugikan ini. Bincangkan cara yang berkesan bagi mengatasi gejala ini daripada berterusan.

Lepak dapat ditakrifkan sebagai duduk-d uduk ataupun berpeleseran tanpa sebarang tujuan. Gejala ini dikatakan semakin membudaya dalam kalangan remaja pada masa ini. Gejala ini berlaku di mana-mana s ahaja tanpa mengira remaja lelaki ataupun perempuan. Kebanyakan remaja menjadikan pu sat beli belah ataupun kaki-kaki lima jalan sebagai tempat mereka melepak. L angkah-langkah yang drastik perlu dilakukan sebelum gejala ini bertambah seri us dan merosakkan generasi muda kita.

Latihan Pengukuhan.

Soalan:

a. Isu penderaan kanak-kanak masih lagi berlaku walaupun negara kita mencapai kemajuan yang pesat. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan kes ini sentiasa berlaku dan berulang.

……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………

b. Sejak akhir-akhir ini media masa sering memaparkan isu pendatang asing. Berikan pendapat anda tentang kesan-kesan kedatangan pendatang asing ke negara kita.

……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………

Page 28: Buku Modul Bm Pmr

24

BAHAGIAN 2.

PENGUASAAN PENGEMBANGAN ISI

ISI ( 3 – 4 ISI)

1 isi = 1 perenggan

Setiap isi mengandungi 4 – 5 ayat (anggaran 30 - 40 patah perkataan)

Binaan isi : AF- Ayat fakta/isi : 1 ayat

AH / M - Ayat Huraian: Mengapa? 1 ayat

AH / BK - Ayat Huraian: Bagaimana/kesan 1 ayat

AC - Ayat Contoh/bukti 1 ayat

AP - Ayat penegas 1 ayat

Page 29: Buku Modul Bm Pmr

25

BAHAGIAN ISI KARANGAN

1. Kaedah : AF – AH/M – AH/BK – AC - AP

CONTOH : Isi yang hendak dikembangkan

Soalan : Menabung banyak membawa kebaikan kepada kita semua. Pada pendapat anda, apakah kebaikan aktiviti menabung kepada rakyat dan negara?

AF – Isi yang hendak dinyatakan

Salah satu kebaikan menabung ialah kita akan mendapat keuntungan .

AH / M - mengapa

Hal ini terjadi demikian kerana wang yang disimpan di bank atau dalam bentuk saham akan berkembang atau bertambah.

AH / BK – bagaimana/kesan

Di negara kita, setiap simpanan akan dibayar faedah atau dividen.

AC - bukti

Sebagai contoh, jika kita menyimpan wang dalam akaun simpanan tetap, kita akan dibayar faedah mengikut kadar dan tempoh simpanan.

AP - penegasan

Oleh hal yang demikian, jika lebih lama wang itu disimpan, lebih banyak faedah yang akan kita peroleh.

Page 30: Buku Modul Bm Pmr

26

Contoh perenggan yang lengkap

Salah satu kebaikan menabung ialah kita akan mendapat keuntungan . Hal ini terjadi demikian kerana wang yang disimpan di bank atau dalam bentuk saham akan berkembang atau bertambah. Di negara kita, setiap simpanan akan dibayar faedah atau dividen. Sebagai contoh, jika kita menyimpan wang dalam akaun simpanan tetap, kita akan dibayar faedah mengikut kadar dan tempoh simpanan. Oleh hal yang demikian, jika lebih lama wang itu disimpan, lebih banyak faedah yang akan kita peroleh.

Latihan pengukuhan

1. Soalan: Isu penderaan kanak-kanak masih lagi berlaku walaupun negara kita sudah mencapai kemajuan yang pesat. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan kes ini sentiasa berlaku dan berulang.

AF :………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

AH/M

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

AH/BK

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

AC

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

AP

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Page 31: Buku Modul Bm Pmr

27

2. Soalan : Di negara kita, kemalangan jalan raya dikatakan berlaku hampir setiap hari. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kes kemalangan di jalan raya.

AF :…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………. AH/M ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… AH/BK ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… AC ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… AP ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

3. Soalan: Bincangkan punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak di negara kita merosot.

AF :………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

AH/M

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

AH/BK

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

AC

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

AP

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Page 32: Buku Modul Bm Pmr

28

2. Kaedah AF – AH –AC-AP

Soalan: Membaca banyak mendatangkan faedah kepada rakyat. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menggalakkan rakyat membaca.

AF –ayat fakta Untuk menarik minat membaca dalam kalangan rakyat, kerajaan juga hendaklah

mengadakan kempen secara berterusan melalui media elektronik dan media cetak.

AH-ayat huraian

Kempen-kempen seperti ini juga boleh dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri atau di peringkat kebangsaan.

AC-ayat contoh

Sebagai contohnya, usaha kerajaan menjadikan bulan Julai sebagai Bulan Membaca merupakan langkah yang bijak.

AP-ayat penegas

Oleh itu, usaha yang berterusan ini perlu disokong oleh semua pihak supaya minat membaca dalam kalangan rakyat dapat disuburkan.

Contoh perenggan yang lengkap

Untuk menarik minat membaca dalam kalangan rakyat, kerajaan juga hendaklah mengadakan kempen secara berterusan melalui media elektronik dan media cetak. Kempen-kempen seperti ini juga boleh dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri atau di peringkat kebangsaan. Sebagai contohnya, usaha kerajaan menjadikan bulan Julai sebagai Bulan Membaca merupakan langkah yang bijak. Oleh itu, usaha yang berterusan ini perlu disokong oleh semua pihak supaya minat membaca dalam kalangan rakyat dapat disuburkan.

Page 33: Buku Modul Bm Pmr

29

Soalan:

1. Perlakuan jenayah vandalisme semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat. Huraikan punca-punca berlakunya jenayah vandalism tersebut.

Latihan pengukuhan 1- AF :………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………. 2- AH ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… 3- AC ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… 4- AP ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… 2. Permainan tradisional semakin dilupakan dan dipinggirkan. Nyatakan langkah-langkah

bagi menghidupkan permainan tradisional tersebut. 1- AF :………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………. 2- AH ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… 3-AC ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… 4-AP ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Page 34: Buku Modul Bm Pmr

30

BAHAGIAN 3

PENGUASAAN BAHAGIAN PENUTUP

Penutup karangan

Guna formula → K – H - KN

K – Kesimpulan

Beri penilaian/ pendapat anda

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas

Mulakan ayat dengan frasa seperti:

Intihanya, · Konklusinya,

PENUTUP

2/ 3 ayat (anggaran 30 patah perkataan) - 1 perenggan mengandungi

pendapat penulis /anda secara keseluruhan, cadangan/harapan.

Page 35: Buku Modul Bm Pmr

31

· Dengan ini diharapkan · Bukan itu sahaja

· Mudah-mudahan perkara ini · Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa

· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …

.Konklusinya, tanpa kesedaran daripada pengguna jalan raya, maka perangkaan kemalangan tetap tinggi walaupun pelbagai usaha terus dijalankan.

.

H - harapan

Oleh yang demikian, pemandu hendaklah mengamalkan pemanduan berhemat di samping mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan kerana pandu cermat jiwa selamat.

KN - Kesan kepada Negara

Generasi kita adalah cermin masa depan Negara.

Page 36: Buku Modul Bm Pmr

32

Contoh penutup.

1. Konklusinya, tanpa kesedaran daripada pengguna jalan raya, maka perangkaan kemalangan tetap tinggi walaupun pelbagai usaha terus dijalankan. Oleh yang demikian, pemandu hendaklah mengamalkan pemanduan berhemah di samping mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan kerana pandu cermat jiwa selamat.

2. Sebagai kesimpulan, untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan kita mestilah ingat akan pepatah yang mengatakan biarlah putih tulang jangan putih mata. Sekali sahaja perpaduan di negara kita hancur, sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat mengembalikannya seperti yang terungkap dalam peribahasa ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya.

Latihan pengukuhan;

Soalan.

1. Salah satu kaedah belajar yang kerap dipraktikkan oleh pelajar untuk mengulang kaji pelajaran ialah belajar secara berkumpulan. Huraikan faedah-faedah yang akan diperoleh daripada kaedah tersebut.

Ayat1 : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Ayat 2 :

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

2. Gejala lepak dalam kalangan remaja berpunca daripada kurangnya pengawasan daripada ibu. Berikan pendapat anda.

Ayat1 : …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Ayat 2 :

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Page 37: Buku Modul Bm Pmr

33

PENULISAN (KARANGAN BERFORMAT)

KARANGAN BERFORMAT

SURAT KIRIMAN RASMI

FORMAT KARANGAN

1. Jawatan dan alamat pengirim ditulis di sebelah kiri.

2. Terdapat satu garis panjang yang memisahkan alamat pengirim dengan alamat penerima.

3. Alamat penuh penerima juga ditulis di sebelah kiri.

4. Perkataan terakhir (negeri/bandar) pada alamat penerima digarisi dan ditulis dengan menggunakan huruf besar keseluruhannya.

5. Tarikh pengiriman surat ditulis di sebelah kanan, setentang dengan perkataan terakhir pada alamat penerima. Gunakan huruf besar apabila menulis nama bulan. Tarikh yang lengkap ditulis mestilah disudahi dengan tanda noktah.

6. Panggilan hormat yang bersesuaian dengan kedudukan atau pangkat penerima, seperti tuan, puan, datuk, cikgu, dan lain-lain ditulis selepas baris terakhir alamat penerima.

7. Perkara yang menjadi inti atau tujuan surat rasmi dihantar/dikirim perlu disertakan selepas panggilan hormat. Huruf pertama setiap perkataan ditulis dengan menggunakan huruf besar, kecuali kata sendi atau kata hubung.

8. Bahagian isi mengandungi tiga bahagian, iaitu perenggan kedua dan seterusnya, serta perenggan penutup. Perenggan kedua dan seterusnya perlu dinomborkan. Perenggan penutup sama seperti perenggan permulaan.

9. Pengakuan pengirim, seperti ’Yang benar’, ’Yang menurut perintah’, ’Salam hormat’, dan lain-lain ditulis di sebelah kiri surat. Huruf pertama pada perkataan pertama ditulis dengan huruf besar. Letakkan tanda koma pada hujung rangkai kata tersebut.

10. Tandatangan pengirim dibuat di bawah pengakuan pengirim. Nama penuh dan jawatan pengirim perlu disertakan selepas tandatangan. Nama ditulis dengan menggunakan huruf besar keseluruhannya serta ditulis dalam kurungan.

Page 38: Buku Modul Bm Pmr

34

--------------------------------------

-------------------------------------- Alamat pengirim

--------------------------------------

-------------------------------------- Nama dan alamat penerima

-------------------------------------

Tarikh ------------------------------------

Tuan,

---------------------------------------------------------------------------------- Perkara

-------------------------------------------------------------------------------------------

2 -------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------

3 -------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------

4 --------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------

5 --------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

----------------------------------- Tandatangan

Nama dan jawatan

Page 39: Buku Modul Bm Pmr

35

Contoh Lengkap Surat Rasmi

Tulis sepucuk surat kepada jabatan elektrik daerah anda untuk menyatakan tentang masalah gangguan bekalan elektrik dan lampu jalan raya kerap berlaku di kampung anda. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Lot 37, Lorong Jalan Bakawali, Jalan Penampang, Taman Stephen, 88200, Kota Kinabalu. ___________________________________________________________________

Pengarah , Sabah Elektrik Berhad, Jalan karamunsing, 88000, Kota Kinabalu . 7 OGOS 20___

Tuan,

Gangguan Bekalan Elektrik

Merujuk perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk Taman Stephen , ingin memaklumkan kepada pihak tuan berkenaan perkara tersebut. Kami telah mengalami masalah ini sejak lima bulan lepas.

2. Gangguan bekalan elektrik ini banyak menimbulkan masalah kepada kami. Gangguan ini berlaku tidak kira masa. Ada ketikanya gangguan ini berlaku sepanjang malam, sebelah pagi, atau petang saja. Malah ada ketikanya gangguan ini berlanjutan selama dua hari dua malam. Akibatnya, aktiviti seharian yang memerlukan tenaga elektrik tidak dapat dijalankan.Kami terpaksa menggunakan lilin dan pelita minyak tanah untuk menerangi kegelapan, mencuci pakaian tanpa menggunakan mesin basuh, dan berbagai-bagai kesukaran lain lagi.

3. Perkara yang paling membimbangkan kami ialah ketiadaan lampu jalan. Pejalan-pejalan kaki, khususnya pekerja kilang yang berkerja malam, menghadapi kesukaran pada waktu malam kerana lampu jalan yang tidak berfungsi. Bagi kenderaan lain pula, masalah di simpang-simpang jalan kerap berlaku. Mereka tidak dapat mengesan simpang di sepanjang jalan yang mereka lalui.

4. Oleh sebab itu, saya sebagai wakil penduduk Taman Stephen, berharap pihak tuan akan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini justeru adalah lebih baik jika pihak tuan dapat menghantar juruteknik SESB untuk membuat pemeriksaan serta membaiki kerosakan pada stesen jana kuasa di tempat kami dengan segera.

Page 40: Buku Modul Bm Pmr

36

5. Jasa baik tuan dalam mengatasi masalah ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Juliah (JULIAH HJ.MATNOOR) Wakil Penduduk, Taman Stephen,Kota Kinabalu. Latihan Surat Rasmi 1. Persatuan belia di tempat anda akan mengadakan gotong-royong membersihkan

kawasan dengan tujuan untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes. Selaku setiausaha persatuan, anda diminta menulis sepucuk surat kepada semua penduduk di tempat anda untuk memohon kerjasama mereka membersihkan kawasan lapang. Tulis surat anda itu selengkapnya.

2. Persatuan kaunseling sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah negeri. Sebagai setiausaha persatuan, anda dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Pengetua sekolah anda untuk meminta kebenarannya. Tulis surat itu selengkapnya.

3. Permohonan anda untuk tinggal di asrama ditolak. Tulis sepucuk surat rayuan kepada Pengetua sekolah anda agar permohonan anda dipertimbangkan semula.

4. Sampah sarap di taman perumahan anda tidak dipungut mengikut jadual. Keadaan ini telah menyebabkan kawasan tersebut kotor dan berbau busuk serta boleh menyebabkan penyakit berjangkit. Selaku setiausaha Persatuan Penduduk, anda diminta untuk menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk menyatakan masalah tersebut.

5. Sekolah anda ingin mengadakan ceramah motivasi kepada pelajarnya dengan tujuan untuk menggalakkan mereka menceburi kegiatan kokurikulum. Sebagai guru hal-ehwal murid, tulis sepucuk surat lengkap untuk mengundang seorang penceramah terkenal.

Page 41: Buku Modul Bm Pmr

37

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Format karangan

1. Alamat lengkap pengirim - Ditulis di sudut atas sebelah kanan.

2. Tarikh surat ditulis - Ditulis selang sebaris selepas alamat. Di hujungnya hendaklah dibubuh tanda noktah.

3. Kata penghadapan/pembuka kata - Ditulis ke dalam sedikit dan mestilah bersesuaian dengan penerima surat. Penulisannya hendaklah dibuat setelah melangkau satu atau dua baris selepas menulis tarikh.

4. Kata sapaan/kata panggilan - Ditulis di bahagian tepi kiri surat, yakni selepas melangkau satu baris daripada kata-kata penghadapan.

5. Isi - Merupakan bahagian terpenting. Dalam bahagian inilah segala tujuan pengiriman surat ditulis (sebagaimana diarahkan oleh soalan). Format pemerengganan hendaklah dipatuhi.

6. Penutup masih mengikut format pemerengganan yang betul.

7. Pengakuan pengirim - Ditulis di sebelah kanan. Huruf pertama hendaklah ditulis dengan huruf besar dan disudahi dengan tanda koma. Antara pengakuan pengirim yang biasa digunakan ialah ‘Yang ikhlas’, ‘Sahabatmu’, ‘Anakanda yang jauh’, dan lain-lain lagi.

8. Tandatangan - Ditulis di bawah pengakuan pengirim. Tidak perlu menulis nama pengirim selepas tandatangan.

9. Yang berikut ialah senarai panggilan hormat bagi penerima dan pengirim surat tidak rasmi:

Darjat/pangkat Sapaan Pen erima Sapaan Pengirim Ibu Bonda Anakanda Bapa Ayahanda Anakanda Bapa saudara Ayahanda/Pak cik Anakanda Ibu saudara Bonda/Mak cik Anakanda Datuk Nenda/Tuk/Aki Cucunda Nenek Nenda/Wan Cucunda Anak Anakanda Ayahanda/Bonda Cucu Cucunda Nenda Kakak/Abang Kakanda Adinda Adik Adinda Kakanda Sepupu Kakanda/Adinda Kakanda/Adinda Sahabat Saudara/Saudari Saya Guru Cikgu/Ustaz Saya Pengetua Cikgu Saya

Page 42: Buku Modul Bm Pmr

38

_______________________________ ,

Alamat Pengirim ______________________________ ,

______________________________.

Tarikh _____________ .

(Pembuka kata) __________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________________ . Kata ganti diri penerima _________________, (Isi surat) _________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ . ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________ . ___________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________________________________________________________________ . (Penutup) ___________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________________________________________

Pengakuan Pengirim ___________________

Tanda tangan Pengirim ___________________ .

Page 43: Buku Modul Bm Pmr

39

Latihan Surat kiriman Tidak Rasmi

1. Sahabat pena anda ingin mengetahui cara-cara anda bersedia untuk menghadapi peperiksaan PMR yang menjelang tiba. Tulis surat tersebut dengan lengkap.

2. Anda berpeluang untuk bercuti di rumah keluarga angkat anda. Tulis sepucuk surat untuk menceritakan pengalaman anda itu kepada keluarga anda di kampung.

3. Anda baru sahaja memulakan persekolahan di sebuah sekolah berasrama penuh. Pelbagai pengalaman baharu telah anda lalui. Tulis sepucuk surat kepada keluarga anda di kampung untuk menceritakan pengalaman anda itu.

4. Keluarga anda baru sahaja berpindah ke kawasan lain. Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda untuk mengkhabarkan perpindahaan anda dan juga menceritakan tempat tinggal baharu anda.

5. Anda mendapat seorang kenalan baharu dari negara asing. Tulis sepucuk surat kepadanya untuk memberitahu budaya menarik masyarakat di negara anda.

Page 44: Buku Modul Bm Pmr

40

Penulisan Laporan

Format karangan

1. Tajuk laporan → Ditulis dengan menggunakan huruf besar pada setiap awal perkataan. Keseluruhan tajuk tersebut mestilah digaris.

2. Isi → Dimulai dengan pendahuluan, isi-isi penting laporan dan penutup.

3. Pengakuan pelapor - Ditulis di sebelah kiri laporan, sejajar dengan bahagian isi. Perkataan awal pada pengakuan pengirim hendaklah dimulai dengan huruf besar dan disudahi dengan tanda koma.

4. Tarikh laporan → Ditulis di sebelah kanan laporan, setentang dengan pengakuan pengirim. Tarikh ditulis selengkapnya dan disudahi dengan tanda noktah.

5. Tandatangan pelapor → Ditulis betul-betul di bawah pengakuan pelapor. Nama penuh pelapor ditulis di dalam kurungan dengan menggunakan dengan menggunakan huruf besar keseluruhannya.

6. Jawatan pelapor → Ditulis di bawah nama. Huruf awal setiap perkataan dimulai dengan menggunakan huruf besar.

Page 45: Buku Modul Bm Pmr

41

Karangan contoh 1

Sebagai Penguat kuasa perdagangan, anda telah ditugaskan memeriksa barangan tiruan yang banyak dijual di pasaran. Keadaan ini telah menjejaskan perniagaan barangan asli. Tulis sebuah laporan lengkap kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna tentang hal ini. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Laporan Tentang Penjualan Barangan Tiruan di Pasar Jalan Sentul, Kuala Kubu, Selangor.

Seramai lima orang Pegawai Penguat kuasa perdagangan telah menjalankan pemeriksaan terhadap premis-premis perniagaan di sekitar Jalan Sentul, Kuala Kubu pada 4 Febuari 2006 berikutan dengan aduan daripada pengguna bahawa kini semakin banyak barang tiruan yang dijual di kawasan yang berkenaan. Saya Azman Haji Abu Bakar, selaku Pegawai Penguat kuasa perdagangan telah ditugaskan memeriksa barangan yang dijual di kawasan ini.

Setelah menjalankan pemeriksaan, kami dapati penjualan barangan tiruan ini membawa banyak kesan negatif terhadap pengguna dan boleh menjejaskan perniagaan barangan asli. Antara kesan negatif yang dialami, mereka tidak mendapat pulangan yang sama dengan jumlah wang yang dibelanjakan kerana barang tersebut rendah kualitinya. Tambahan pula kebanyakan barangan tiruan tersebut memang tidak menjalani sebarang ujian oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia(SIRIM). Tanpa disedari, sebenarnya para pengguna telah ditipu kerana membeli barangan yang rendah mutunya sedangkan wang yang dibayar adalah berlebihan.

Terdapat juga barang makanan dan pakaian tiruan yang turut dijual di kawasan ini. Pihak kami mendapati ada penggunaan bahan pengawet, bahan pewarna dan perasa tiruan telah digunakan secara berlebihan. Antara barang makanan tiruan yang dijual di sini ialah makanan ringan, makanan di dalam tin, dan jeruk buah-buahan. Manakala, pakaian tersebut pula dikatakan menggunakan jenama terkenal tetapi kualitinya rendah. Mereka mendapati pakaian tersebut luntur, nipis, mengecut dan mudah koyak apabila dibasuh. Antara pakaian tersebut ialah seluar jeans, kemeja, pakaian wanita, dan baju kanak-kanak. Barangan tiruan yang dibawa masuk dari negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

Alat-alat penjagaan kulit tiruan yang berjenama juga didapati dijual di sini. Daripada sampel-sampel yang kami peroleh di kawasan ini dan maklum balas pengguna-pengguna, kami mendapati alat-alat penjagaan kulit tadi mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan wajah. Pengguna mengatakan selepas mereka menggunakan alat-alat penjagaan

Page 46: Buku Modul Bm Pmr

42

kulit yang dijual di sini, kulit mereka berjerawat, mengelupas, dan mengeluarkan minyak yang berlebihan. Kami mendapati kandungan yang digunakan bukanlah seperti kandungan asal.

Ada antara penjaja atau penjual-penjual ini yang bukan terdiri daripada rakyat tempatan. Malahan pihak kami pernah menahan beberapa penjual daripada Rusia, Jerman, dan Australia yang menjual barangan tiruan secara tidak sah. Mereka tidak mempunyai lesen dan permit. Kegiatan penjualan barangan tiruan ini semakin berleluasa dan ramai pengguna menjadi mangsa penipuan mereka. Kami juga tidak mahu penjaja dan penjual di Jalan Sentul yang tidak bersalah tercemar nama mereka dan mengganggu imej perniagaan mereka.

Tindakan menangkap penjaja yang menjual barang-barang tiruan ini telah kami lakukan dengan bantuan pihak polis dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Diharapkan dengan tindakan tegas dan berterusan daripada pihak kami, kegiatan menjual barangan tiruan ini dapat dibanteras dan pengguna akan terjamin hak kepenggunaan mereka.

Laporan disediakan oleh, 20 OKTOBER 2010

TéÅtÇ (AZMAN HAJI ABU BAKAR) Ketua Penguat Kuasa Perdagangan, Kementerian Perdagangan Malaysia.

Page 47: Buku Modul Bm Pmr

43

FORMULA BIJAK KOMSAS BAHASA MALAYSIA ( Tingkatan 1, 2 dan 3 )

Panduan Menggunakan Modul Bahasa Melayu PMR

Bahagian D : Novel

1. Guru memperkenalkan formula “BARNIAT” iaitu akronim bagi sabar, berani, dan taat. 2. Formula ini boleh digunakan untuk menjawab soalan berikut:

i. Nilai kemanusiaan ii. Mesej dan Pengajaran iii. Latar masyarakat iv. Persoalan v. Watak dan perwatakan

3. Guru memberikan soalan latihan untuk dijawab oleh murid. 4. Guru memberikan bimbingan tatacara menjawab soalan novel yang betul.

NOVEL KOMSAS

Tingkatan 1: Istana Menanti

NOVEL KOMSAS

Tingkatan 2: Timulak Kapal Perang

NOVEL KOMSAS

Tingkatan 3: Ekspedisi

Page 48: Buku Modul Bm Pmr

44

FORMULA BARNIAT

(BARNIAT)

Persoalan Sampingan Watak &

Perwatakan

Nilai

Kemanusiaan

Mesej & Pengajaran

Latar Masyarakat

BARNIAT

SABAR

BERANI

TAAT

Page 49: Buku Modul Bm Pmr

45

Contoh soalan. NOVEL TINGKATAN 3 : EKSPEDISI Huraikan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel yang anda kaji?

1. Nilai sabar menempuh pelbagai dugaan. Contohnya ialah ................................................................

2. Nilai berani menghadapi kesusahan hidup. Contohnya ialah ...............................................................

3. Nilai taat kepada orang tua. Contohnya ialah ............................................................... Contoh soalan. NOVEL TINGKATAN 2 : Timulak Kapal Perang. Huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda kaji?

1. Kita hendaklah sabar menempuh pelbagai dugaan hidup. Contohnya ialah .........................................................................................................................

2. Kita haruslah berani menghadapi kesusahan hidup. Contohnya

ialah................................................................................................

3. Kita hendaklah taat kepada orang tua/ibu bapa. Contohnya ialah..............................................................................................

Page 50: Buku Modul Bm Pmr

46

Contoh Jawapan Bahagian D

Novel yang saya kaji ialah Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh. Terdapat beberapa persoalan yang dipaparkan dalam novel tersebut antaranya, persoalan kesabaran anggota ekspedisi mendaki Gunung Itik. Hal ini dapat dibuktikan apabila Hadi dan anggota ekspedisi lain sabar menempuh pelbagai dugaan seperti melalui kawasan yang batu-batunya berceracakan dan kawasan yang curam.

Selain itu, persoalan kedua yang terdapat dalam novel tersebut ialah keberanian Hadi dan rakan-rakannya semasa menyertai ekspedisi. Keberanian Hadi dan rakan-rakannya tergambar apabila mereka tidak menunjukkan rasa panik semasa mereka berhadapan dengan situasi yang mencemaskan seperti bertembung dengan harimau semasa pendakian mereka.

Akhir sekali persoalan taat kepada perintah Allah turut dipaparkan dalam novel ini. Hal ini dapat dibuktikan apabila mereka tetap menunaikan solat walaupun berada di dalam hutan. Pak Musa telah mengarahkan anggota ekspedisi berhenti daripada meneruskan perjalanan untuk menunaikan solat.

Page 51: Buku Modul Bm Pmr