soalan perpaduan pelbagai etnik di malasyia

Upload: fiona-ting

Post on 11-Oct-2015

66 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Soalan perpaduan pelbagai etnik di Malasyia

TRANSCRIPT

1. Pada pendapa anda, apakah kebaikan perpaduan antara pelbagai etnik di Malaysia?Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Perpaduan memainkan peranan penting kepada Negara kita kerana ia dapat mendatangkan banyak kebaikan. Perpaduan antara pelbagai etnik di Malaysia dapat mempertingkatkan keamanan Negara apabila amalan perpaduan telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu.Perpaduan dalam kalangan etnik di Negara ini akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan Negara ini daripada luar dan dalam Negara. Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.Bukan itu sahaja, imej Negara di mata Negara lain juga akan menaikan. Perpaduan antara pelbagai etnik membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.Perpaduan juga dapat mendatangkan kebaikan dalam aspek ekonomi Negara. Perpaduan dapat memajukan ekonomi Negara melalui sektor pelancongan Negara. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanta boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi negara.Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Kita juga harus bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti.http://ainulshahman.blogspot.com/2013/05/hubungan-etnik-antara-kaum.html2. Pada pendapat anda, bagaimanakah dasar pecah dan perintah menjejaskan perpaduan di Malaysia?Penjajahan British telah melaksanakan dasar pecah dan perintah. Dasar ini akan menyebabkan menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap kerana tinggal di wilayah yang berbeza Hal ini merenggangkan perhubungan dan interaksi serta memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan anggota setiap etnik. Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan prasangka dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.Melalui dasar ini, Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri dan masih menggunakan sukatan pelajaran yang diamalkan di negara asal mereka. Setiap kaum menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kaum Melayu belajar di sekolah Melayu dan menggunakan Bahasa Melayu. Orang India belajar di sekolah Tamil dengan menggunaka Bahasa Tamil. Orang Cina juga belajar di sekolah cina yang menggunakan bahasa Mandari. Keadaan ini menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama.Dari aspek ekonomi pula, Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berbeza jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan terancam. Contohnya orang Cina tinggal di Bandar dan bekerjasa sebagai peniaga dan pelombong. Orang India tinggal di estat dan menjadi penoreh getah dan buruh. Orang Melayu pula tinggal di luar Bandar dan bekerja sebagai petani. Kesannya, wujud jurang pendapatan yang berbeza antara etnik. Perbezaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik tertentu. Secara tidak langsung, perkara ini memperkukuhkan lagi semangat perkauman3. apakah cara yang sesuai untuk merapatkan hubungan etnik-etnik di kalangan masyarakat Malaysia?Peranan kerajaan memainkan peranan dalam merapatkan hubungan etnik di Negara kita. Program Latihan Khidmat Negara PLKN merupakan salah satu yang dapat merapatkan hubungan etnik. PLKN mula dilaksanakan pada tahun 2004 dan merupakan kursus latihan wajib selama 3 bulan secara berkhhemah dan berasrama bagi remaja lepasan SPM. PLKN ini dilaksanakan berteraskan Rukun Negara. Ia bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotic dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. Melalui program ini, pelbagai etnik dapat berhubung antara satu sama lain. Mereka akan tinggal bersama dan bermain bersama melalui program ini. Selain itu, melalui rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan. Setiap golongan etnik di Malaysia akan sering kunjung mengunjungi ke rumah jiran tetangga walaupun berlainan etnik. Contohnya, semasa perayaanTahun Baru Cina. Etnik cina akan berusaha menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput mereka dating ke rumah. Hal ini telah menunjukkan etnik cina mengambil berat dan memahami budaya etnik Melayu. Aktiviti sukan juga salah satu caranya. Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar.Cara yang terakhir ialah menyambut bulan kemerdekaan. Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Acara yang boleh dilaksanakan di sekolah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran Jalur Gemilang, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Setiap pelajar perlu terlibat dengan program sambutan ini. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

4. dari segi perpaduan, apakah yang anda pelajari melalui hubungan etnik?Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian social yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungan etnik di Malaysia sentiasa berasa dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaaan baik, segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapiran masyarakat.Setiap kaum perlu tahu dan memainkan peranan mereka supaya mengelakan berlaku konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang semula. Perpaduan kaum sangat penting bagi menjadikan Malaysia sebuah Negara maju menjelang 2020.Segala kerjasama semua pihak seperti kerajaan, masyarakat dan pertubuhan badan bukan kerajaan amatlah diperlukan untuk meningkatkan hubungan etnik di Negara kita. Bak kata perpatahbersatu kita teguh, bercerai kita roboh.