soalan-percubaan-perak

10
8/14/2019 soalan-percubaan-perak http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 1/10 Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am 900/2 * SULIT 1 KERTAS 2 Skema Jawapan Bahagian A Soalan 1 Cabaran ke tujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan  budaya penyayang. Masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat dengan anggota-anggotanya yang mesra dan bertimbang rasa. Bincangkan rasional kerajaan menekankan konsep masyarakat penyayang dalam Wawasan 2020. . Pengenalan Kemajuan dari negara barat yang dibawa masuk ke negara kita telah membawa bersama nilai-nilai negatif seperti sifat angkuh, materialistik, individualistik, dan penindas sehinggakan nilai-nilai murni yang sedia ada telah terhakis dan dilupai. Pengenalan konsep masyarakat penyayang diharapkan akan dapat memupuk kembali nilai-ilai ketimuran yang semakin ditinggalkan. Bil Idea/isi Huraian 1 RASIONAL Kurangnya amalan nilai- nilai kemasyarakatan   Nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan yang diamalkan oleh generasi tua seperti bekerjasama, saling mengambil berat dan lain-lain lagi telah dilupai oleh generasi masa kini.  Semangat kejiranan semakin luntur  Masyarakat masa kini mengamalkan sifat individualistik dan materialistik  Kekayaan yang dimiliki membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa bantuan  jiran tetangga. 2 Peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja  Gejala sosial seperti penagihan dadah, melepak,  bohsia, ponteng sekolah semakin berleluasadalam kalangan remaja.  Masalah ini perlu diatasi kerana ia boleh menggagalkan matlamat negara melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu 3 Pengabaian golongan tua / Golongan Kurang Upaya  Masyarakat kini lebih mementingkan kekayaan dan kebendaan daripada kasih sayang kepada keluarga.  Golongan tua terutamanya dianggap tidak produktif, tidak berguna, membebankan dan banyak kerenah.  Kebanyakan ibu bapa/golongan tua telah

Upload: mahendran-malayappan

Post on 04-Jun-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: soalan-percubaan-perak

8/14/2019 soalan-percubaan-perak

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 1/10

Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am

900/2 * SULIT

1

KERTAS 2

Skema Jawapan

Bahagian A

Soalan 1

Cabaran ke tujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan

 budaya penyayang. Masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat dengan

anggota-anggotanya yang mesra dan bertimbang rasa.

Bincangkan rasional kerajaan menekankan konsep masyarakat penyayang dalam Wawasan

2020.

.

Pengenalan 

Kemajuan dari negara barat yang dibawa masuk ke negara kita telah membawa bersama

nilai-nilai negatif seperti sifat angkuh, materialistik, individualistik, dan penindas

sehinggakan nilai-nilai murni yang sedia ada telah terhakis dan dilupai. Pengenalan konsep

masyarakat penyayang diharapkan akan dapat memupuk kembali nilai-ilai ketimuran yang

semakin ditinggalkan.

Bil Idea/isi Huraian

1

RASIONAL

Kurangnya amalan nilai-

nilai kemasyarakatan

•   Nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan yang

diamalkan oleh generasi tua seperti bekerjasama,

saling mengambil berat dan lain-lain lagi telah

dilupai oleh generasi masa kini.

•  Semangat kejiranan semakin luntur

•  Masyarakat masa kini mengamalkan sifat

individualistik dan materialistik

•  Kekayaan yang dimiliki membolehkan merekamenyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa bantuan

 jiran tetangga.

2 Peningkatan masalahsosial dalam kalangan

remaja

•  Gejala sosial seperti penagihan dadah, melepak, bohsia, ponteng sekolah semakin berleluasadalam

kalangan remaja.

•  Masalah ini perlu diatasi kerana ia boleh

menggagalkan matlamat negara melahirkan

masyarakat yang harmoni dan bersatu

3 Pengabaian golongan tua

/ Golongan Kurang

Upaya

•  Masyarakat kini lebih mementingkan kekayaan dan

kebendaan daripada kasih sayang kepada keluarga.

•  Golongan tua terutamanya dianggap tidak produktif,

tidak berguna, membebankan dan banyak kerenah.•  Kebanyakan ibu bapa/golongan tua telah

Page 2: soalan-percubaan-perak

8/14/2019 soalan-percubaan-perak

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 2/10

Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am

900/2 * SULIT

2

ditempatkan di rumah orang-orang tua. Keadaan

menjadi lebih buruk apabila anak-anak tiada masa

untuk menziarah ibu bapa mereka.

•  Keadaan ini wujud kesan daripada tiadanya nilai

kasih sayang di antara satu sama lain dalam

kalangan anak-anak, keluarga dan masyarakat.

4 Penganiayaan terhadap

kanak-kanak semakin

meningkat

•  Masalah ini wujud kerana luputnya perasaan kasih

sayang dalam kalangan ibu bapa dan penjaga.

•  Anak-anak diseksa, dipukul, didera secara fizikal

mahupun mental kerana dianggap membebankan

dari segi kewangan dan masa.

•  Ada juga yang melakukan penderaan seksual

terhadap kanak-kanak tanpa belas kasihan sehingga

membawa maut seperti kes adik Nurin Jazlin.

5 Kegiatan anti sosial /rusuhan kaum yang

 berleluasa

•  Wujudnya masalah prasangka antara kaum dansemakin berleluasa

•  Terdapat sesetengah golongan anti sosial yang

memecah belahkan perpaduan yang sedia terjalin

erat dalam kalangan masyarakat di negara ini,

melalui demonstrasi, sepanduk dan ceramah

•  Berlakunya suasana huru hara dalam negara seperti

isu HINDRAF

•  Sifat toleransi, kerjasama, saling faham memahami

dan sayang kepada keamanan perlu dipupuk dan

diamalkan secara berterusan

6 Kegiatan vandalisme

yang semakin berleluasa•  Kemudahan-kemudahan awam seperti telefon awam,

 perhentian bas awam, tandas awam sering menjadi

sasaran kegiatan vandalisme

•  Pemusnahan ini akan menimbulkan kesukarankepada golongan yang memerlukan

•  Kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang

tinggi untuk membaik pulih kemudahan berkenaan

•  Pembaziran harta benda kerajaan menyebabkan

kerugian dan kebajikan masyarakat akan terjejas.

KesimpulanSemua pihak harus menggembleng tenaga bagi merealisasikan konsep masyarakat

 penyayang. Kita patut menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri. Tanpa jiwa

 penyayang, kita akan mengulangi kesilapan negara maju lain yang mengalami keruntuhan

moral dan akhlak yang tinggi.

Pilihan Jawapan :

(4+0)

Page 3: soalan-percubaan-perak

8/14/2019 soalan-percubaan-perak

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 3/10

Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am

900/2 * SULIT

3

Soalan 2

Inovasi dalam penghasilan pelbagai gajet sains dan teknologi telah memanfaatkan

kehidupan manusia namun ,jika disalahgunakan akan memudaratkan kita.

Jelaskan pernyataan di atas.

Pengenalan

Manusia hari ini lebih selesa dengan pengeluaran pelbagai gajet sains dan teknologi yang

telah merubah sebahagian besar aktiviti manusia. Gajet seperti komputer riba, iphone dan

sebagainya telah memudahkan lagi kehidupan manusia seharian. 

Bil Idea/isi Huraian

1A: Manfaat

Memperoleh maklumat

terkini dengan mudah 

•  Maklumat lebih mudah diteroka dengan

menggunakan komputer riba yang boleh dibawake mana-mana. Komputer riba dicipta untuk

memudahkan pengguna mengakses internet

melalui capaian jalur lebar tanpa batasan waktu.

•  Komputer riba kebanyakannya dilengkapi juga

dengan kamera untuk memudahkan lagi

maklumat yang akan disampaikan.

•  Pengguna juga boleh menggunakan internet

melalui iphone untuk mengakses maklumat

dengan cepat dan pantas. Misalnya berita

/peristiwa yang berlaku di seluruh pelusuk dunia

dapat dilihat atau dibaca dalam beberapa saatsahaja.

2 Menjana pendapatan

individu/syarikat /negara•  Penggunaan Telekonferens telah memudahkan

 persidangan/mesyuarat antara ahli-ahli

 perniagaan yang memiliki rangkaian perniagaan

seluruh dunia.

•  Penghantaran pesanan boleh dilakukan hanya

dalam beberapa saat melalui email dan katalog

 jualan boleh dihantar kepada pembeli dengan

segera untuk pengesahan jualan.

•  Peniaga dapat menjimatkan masa dan seterusnyamengurangkan kos operasi. Keadaan ini

membolehkan peniaga bersaing dengan pengeluar

lain dari segi harga.

•  Seterusnya keuntungan syarikat individu dapat

dimaksimumkan dan seterusnya pendapatan

negara meningkat.

3 Memudahkan

 perhubungan/komunikasi•  Jurang digital antara penduduk luar bandar dan

 bandar telah dapat dikurangkan dengan adanya

 pelbagai kemudahan peralatan sains danteknologi.

Page 4: soalan-percubaan-perak

8/14/2019 soalan-percubaan-perak

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 4/10

Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am

900/2 * SULIT

4

•  Misalnya, syarikat-syarikat komunikasi seperti

CELCOM, MAXIS telah menyediakan capaian

tanpa wayar di kawasan luar bandar untuk

memudahkan komunikasi.

•  Maklumat terkini dapat disebarkan secaramenyeluruh kepada setiap lapisan masyarakat.

4 Meningkatkan mutu

 bidang fotografi dan

animasi/perfileman

•  Bidang fotografi lebih mudah dan canggih kerana

setiap gambar yang diambil boleh diedit supaya

lebih menarik seperti bidang pengiklanan.

Gambar-gambar dapat dipindahkan terus ke 

komputer dalam bentuk digital tanpa

menggunakan ‘USB’

•  Bidang perfileman/animasi pula telah wujud pelbagai kaedah menarik seperti penggunaan 3D

dalam filem Avatar.•  Kaedah stereoscopic 3D terbukti menarik, lebih

 bermutu dan ‘real’

•  Evolusi USB 3.0 dijangka mencapai kelajuan 10

kali ganda lebih pantas dan pemindahan fail

sekitar 400Mbps.Berdozen gigabait aplikasi,

muzik,filem dapat dipindahkan dengan lebih

 pantas.

5 Memudahkan bidang

 pendidikan •  Selain itu, pelajar dan tenaga pengajar dapat berhubung antara satu sama lain tanpa perlu

 bersua muka. Segala permasalah dalam

 pengajaran dapat diatasi dengan segera.

Penghantaran email lagi memudahkan

komunikasi antara kedua-dua pihak.

•  Guru juga boleh menyediakan blog-blog untuk

 pendidikan dan boleh dilayari dengan mudah oleh

 pelajar.

•  Proses P&P dapat berjalan dengan lancar dan

 jelas apabila penggunaan bahan seperti

LCD,video dan dan sebagainya.•  Inovasi peralatan ini dapat meningkatkan lagi

 pengetahuan pelajar serta dapat menjimatkan

masa.

6 B. KeburukanPenyebaran fitnah

/gambar porno

•  Penulis yang terlibat menyebarkan fitnah dan

gambar porno tidak menghiraukan etika

 penyiaran dan kebanyakannya hanya untuk suka-

suka sahaja.

•  Kemudahan internet, handfon,wifi dan lain-laingajet akan memudah maklumat yang berbentuk

fitnah disebarkan kepada orang ramai.

•  Maklumat seperti gambar porno akan tersebardalam sekelip mata. Kemudahan blutooth

Page 5: soalan-percubaan-perak

8/14/2019 soalan-percubaan-perak

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 5/10

Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am

900/2 * SULIT

5

memudahkan lagi kegiatan tidak bermoral ini

 beroperasi. Kemudian gambar –gambar ini akan

dimuatnaik ke Youtube dan dapat ditontoni

seluruh dunia.

•  Broadband mudahalih yang diperkenalkan

membolehkan pengguna mengakses internet di

lokasi yang lebih luas, dan menggalakkan lagi

 penyebaran fitnah/ gambar-gambar porno.

7 Penipuan •  Kebanyakan pengguna mudah tertipu dengan

maklumat yang disebarkan melalui handfon,

internet dan lain-lain gajet.

•  Pengguna selalu mendapat maklumat palsu yang

menyebabkan kerugian beribu-ribu ringgit.

•  Keghairahan untuk memiliki gajet terkini seperti

kamera, komputer riba menyebabkan penggunatertipu dengan barang-barang tiruan yang

dikeluarkan oleh syarikat yang tidak

 bertanggungjawab.

•  Misalnya, produk Blueberry telah diciplak oleh

negara China walaupun baru 4 hari berada dalam

 pasaran.

8 Pembaziran wang •  Kebanyakan pengguna terlalu terikut-ikut

dengan perubahan gajet baru yang dikeluarkan

oleh pengeluar. Mereka berebut-rebut untuk

memiliki produk baru.

•  Akitiviti ini akan membazirkan wang dan

merugikan diri kerana harga produk lama telah

turun secara mendadak.

•  Lebih buruk lagi apabila pembelian dibeli secara

kredit, pihak penjual dan pihak bank akan

mengaup keuntungan yang tinggi.

•  Permintaan yang tinggi telah mendorong peniagamenaikkan harga dengan sewenang-wenangnya.

Penutup

Kemajuan dalam penghasilan gajet sains dan teknologi perlu dimanfaatkan dengan baik

supaya tidak memudaratkan pengguna. Justeru, pihak kerajaan perlumengawal kemasukan

dan penggunaan gajet untuk menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara.

Skema jawapan: 

2 + 2 

Page 6: soalan-percubaan-perak

8/14/2019 soalan-percubaan-perak

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 6/10

Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am

900/2 * SULIT

6

Bahagian B

Soalan 3

Aktiviti sukan berperanan untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup manusia yang

mengamalnya. Namun, jika tidak dimanfaatkan aktiviti ini boleh menjejaskan kehidupan kita.

Jelaskan.

Pengenalan

Aktiviti sukan yang sistematik dapat menjamin tahap kecerdasan individu. Individu yang

sihat amat diperlukan dalam pembangunan.

Bil Idea /Isi Huraian

1

A. Kebaikan sukan

Mencergaskan fizikal •  Aktiviti sukan yang dijalankan mengikut

 prosedur yang betul akan meningkatkan

kecergasan fizikal kita. Misalnya, aktiviti

 berkuda melibatkan seluruh anggota tubuh

 badan . Bentuk lekuk badan belakang kuda –

tempat tunggangan baik untuk merawat segala

masalah tulang. Semasa kuda bergerak

menyebabkan vertebra tulang belakang

manusia merangsang saraf-saraf tulang

 belakang, seterusnya mengelakkan sakit tulang

 belakang.•  Senaman berjoging, berbasikal dan sebagainya

 boleh meningkatkan keupayaan jantung.

Kekerapan melakukan latihan menjadikan otot-

otot lebih kuat.

•  Otot jantung yang kuat akan menghasilkan

tekanan yang tinggi dan membolehkan darah

yang mengandungi oksigen dihantar keseluruh

 badan. Saiz ruang jantung akan bertambah danmeningkatkan tahap kecerdasan individu.

2 Mencerdaskan minda •  Aktiviti sukan juga dapat mengurangkan stress

dan membolehkan kita tidur nyenyak. (tidur

yang berkualiti)

•  Misalnya,aktiviti sukan memanah dapat

meningkatkan kawalan minda dan kosentrasi

individu, keadaan ini menggalakkan otak

individu dalam keadaan tenang .

•  Kegembiraan dalam acara-acara sukan dapat

meningkatkan pengeluaran enzim adrenalin

yang dapat menenang dan mencergaskan

minda individu. Minda yang tenang akan lebihcerdas dan dapat berfikir dengan baik. 

Page 7: soalan-percubaan-perak

8/14/2019 soalan-percubaan-perak

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 7/10

Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am

900/2 * SULIT

7

3 Mengelakkan penyakit

kronik•  Individu yang selalu bersukan akan memenuhi

aspek-aspek fisologi dan psikologi. Keadaan

ini akan mencegah daripada penyakit-penyakit

seperti jantung, obesiti dan penyakit

hipokinetik.

•  Latihan senamrobik atau aerobik dapat

meningkatkan sistem pengaliran darah dan

membakar lemak-lemak yang terkumpul dalam

salur darah dan jantung. Aktiviti ini juga dapat

mengekalkan paras gula dalam darah dapat

mengelakkan penyakit diabetis serta mengawal

 berat badan. 

4 Meningkatkan jangka

hayat•  Individu yang kekal dalam aktiviti sukan dari

usia muda dapat meningkatkan jangka hayat

kerana tahap kesihatan tubuh badan yang baik.

•  Tahap kesihatan yang baik dapat mengelakkanindividu daripada pengambilan ubat-ubatan

yang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia

yang terdapat dalam ubat-ubatan moden akan

mendatangkan kesan sampingan bagi individu

yang mengambilnya.

•  Justeru, individu yang sihat dapat mengelakkan

diri daripada kesan jangka panjang

 pengambilan ubat-ubatan moden seperti

 penyakit buah pinggang, kegagalan hati dan

sebagainya.

5 B. Keburukan sukan

Penyalahgunaan dadah

•  Sesetengah ahli sukan sama ada sengaja atau

tidak mungkin terlibat dalam penyalahgunaan

dadah. Mereka menggunakan dadah untuk

meningkatka tahap keupayaan sukan dan jika

dibiarkan boleh membawa maut.

•  ‘Doping ‘ adalah penggunaan kaedah yang

selalu digunakan oleh para atlit seperti

mengambil ubat untuk merawat sesuatu

 penyakit tanpa disedari mengandungi dadah.

  Bahan ini juga digunakan untuk meningkatkan prestasi sukan. Dadah adalah sejenis bahan

atau campuran bahan kimia psikoaktif yang

digunakan bukan untuk tujuan perubatan tetapi

 pengambilannya secara haram, boleh

meninggalkan kesan ketagihan dan

menyebabkan perubahan yang buruk dalam

fungsi atau struktur fisiologi organisma.

•  Misalnya, Ben Johnson pelari Kanada telah

menggunakan dadah dalam acara olahraga

dalam Sukan Olimpik.

6 Menghidap penyakit

Page 8: soalan-percubaan-perak

8/14/2019 soalan-percubaan-perak

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 8/10

Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am

900/2 * SULIT

8

 berbahaya/kecederaan

serius •  Sesetengah acara sukan amat berbahaya dan

 boleh mengancam nyawa. Hal ini terbukti

apabila para atlet mengalami kecederaan yang

serius selepas sesuatu pertandingan seperti

tinju dan gusti.

•  Kecederaan yang didapati mungkinmenyebabkan mereka cacat seumur hidup

seperti dideritai oleh Mohamad Ali

(Parkinson)

•  Menurut perangkaan yang pernah dikeluarkan

oleh Majlis Sukan Negara, ahli sukan yang

yang terlibat dengan jenis sukan seperti tinju,

gusti, karate, tae-kwon-do, dan ski,

mempunyai 80 peratus kemungkinan untuk

mendapat kecederaan yang parah.

7 Kualiti hidup terjejas •  Bagi ahli-ahli sukan yang mengambil langkah

untuk berhenti secara tiba-tiba mungkin akan

menjejaskan kualiti hidup mereka.

•  Individu ini akan mengalami perubahan fizikal

yang mendadak iaitu penambahan berat

 badan. Kadar metabolism individu yang tidak

aktif menjadi perlahan dan melambatkan

 proses pembakaran lemak. Keadaan ini

menyebabkan lemak-lemak terkumpul danmenyempitkan saluran darah.

•  Otot dan organ badan akan mengalami

 perubahan yang drastik menyebabkan

 berlakunya kekejangan otot dan stamina

semakin menurun.

•  Keadaan ini akan menjejaskan pergerakan

individu yang telah biasa bergerak cergas. 

KesimpulanAktiviti sukan dapat menjamin individu menikmati hidup yang yang lebih selesa dan

 berkualiti.

Skema Jawapan:

2 + 2

Page 9: soalan-percubaan-perak

8/14/2019 soalan-percubaan-perak

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 9/10

Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am

900/2 * SULIT

9

Soalan 4

Kini, kepupusan fauna semakin membimbangkan semua pihak. Ancaman terhadap

spesies ini selari dengan tuntutan pemodenan, walaupun pelbagai inisiatif telah diambil bagi

mengawalnya. Bincangkan.

PengenalanKita tidak dapat lari daripada tuntutan arus pemodenan. Malangnya, kita sering kali alpa

dalam memastikan pengekalan habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai punca yang menjadi

 pemangkin kepada masalah ini.

Bil Idea/isi Huraian

1 A: PUNCA

Kemusnahan habitat•   penyahutanan, penerokaan kawasan baru

untuk pembangunandan pembakaran hutan

  Hal ini menyebabkan hábitat fauna musnah.•  Boleh mengecilkan hábitat fauna

•  Mengganggu rantaian makanan

•  Menyebabkan kematian dan pengurangan populasi

2 Pemburuan haram untuk

 perubatan tradisional dan

sumber makanan

•  Permintaan yang tinggi untuk haiwan eksotik

seperti tenggiling, musang

•   perubatan tradisional – menggunakan

 bahagian-bahagian tertentu fauna seperti hati,

 jantung yang dikatakan mujarab dalam

meningkatkan tenaga manusia dan mengubati penyakit-penyakit kronik (sakit jantung,

kanser dan lain-lain)

3 Pencemaran •  Pencemaran air dan pencemaran alam sekitar(udara, daratan)

•  Kegiatan carigali dan tumpahan minyak di

laut menyebabkan kepupusan hidupan

akuatik. Minyak melitupi permukaan air dan

menyebabkan pancaran matahari terhalang

dan bekalan oksigen terjejas.

  Pencemaran alam mengganggu rantaianmakanan, cth : kepupusan pokok buluh di

China menyebabkan pengurangan populasi

 panda.

4 Perubahan suhu dunia •  Fenomena el-Nino meningkatkan suhu dunia.

•  Sesetengah spesies fauna tidak sesuai dengancuaca panas yang melampau

•  Hal ini menyebabkan kematian kerana

kekurangan air

5 B:LANGKAH

Penyelidikan dan

 pembangunan

•  Pengklonan – untuk menambahkan

kepelbagaian genetik bagi meningkatkan

 populasi fauna.•  Menjalan kajian tentang punca kematian

Page 10: soalan-percubaan-perak

8/14/2019 soalan-percubaan-perak

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 10/10

Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am

900/2 * SULIT

10

fauna dan menghasilkan vaksin yang boleh

meningkatkan daya rintangan penyakit

•  Membiakbaka fauna yang terancam seperti

tapir,penyu

6 Pemeliharaan.  •  Spesies yang terancam kepupusan perlu

dipelihara dan dibiakkan di pusat jagaan khas.

Cth :zoo, pusat pembiakan orang utan sepilok

dll

•  Spesies fauna ini akan dilepaskan semula kehabitat asal setelah dewasa / matang

7 Kemandirian habitat •  Melindungi habitat daripada ancaman semua

aktiviti manusia

•  Mengekalkan rantaian makanan

•  Kemandirian spesies fauna lebih terjamin

apabila habitat lebih terjamin.

8 Pemantauanmenggunakan teknologi

satelit 

•  Spesies fauna yang terancam akan dipilih dandipakaikan gelang Sistem Penentu

Kedudukan Global (GPS)

•  Pergerakan fauna tersebut boleh dipantau

untuk menjamin kelansungan hidup

•  Satelit mampu mengesan kawasan hutan yang

terbakar, banjir dan ancaman yang lain

•  Memudahkan pemindahan fauna ke kawasan

yang lebih selamat.

Penutup

Kesimpulannya, pemodenan sememangnya penting bagi sesebuah negara. Namun,

dalam mengejar arus pemodenan kita seharusnya tidak meminggirkan aspek zoologi.

Skema:2+2