soalan peperiksaan lm_2023

9
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 3, 2011/2012 BAHASA MELAYU KERJAYA (SAINS SOSIAL) (LM 2023) BAHAGIAN A (10 MARKAH) ARAHAN: Tulis jawapan anda pada buku jawapan yang disediakan. 1. Satu Majlis Sambutan Hari Kualiti Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2012 akan diadakan di Dewan Seri Utama, Hotel De Palma, Kuala Lumpur. Majlis yang bakal disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan turut dihadiri oleh tetamu-tetamu kenamaan lain seperti senarai di bawah. 2

Upload: iium

Post on 12-Apr-2017

684 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan peperiksaan lm_2023

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 3, 2011/2012BAHASA MELAYU KERJAYA (SAINS SOSIAL) (LM 2023)

BAHAGIAN A(10 MARKAH)

ARAHAN: Tulis jawapan anda pada buku jawapan yang disediakan.

1. Satu Majlis Sambutan Hari Kualiti Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2012 akan diadakan di Dewan Seri Utama, Hotel De Palma, Kuala Lumpur. Majlis yang bakal disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan turut dihadiri oleh tetamu-tetamu kenamaan lain seperti senarai di bawah.

Berdasarkan maklumat di dalam jadual di atas, tuliskan yang berikut:

a) panggilan hormat bagi semua tetamu kehormat mengikut susunan keutamaan yang betul. (5 markah)

b) perenggan penutup ucapan yang lengkap oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam ucapan perasmian beliau.

(5 markah)

BAHAGIAN B

2

Bil. Nama Jawatan Warisan Kurniaan Pencapaian Ikhtisas/Akademik

a) Azizah binti Mohd. khalid

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

- Dato’ Seri -

b) Tajul bin Johari Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Nik Datuk Dr.

c) Ahmad Fuad Raja Ismail

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Raja Dato’ Insinyur

d) Mohd.Fadzil bin Mohd Khiar

Ketua Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia

Tengku - -

Page 2: Soalan peperiksaan lm_2023

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 3, 2011/2012BAHASA MELAYU KERJAYA (SAINS SOSIAL) (LM 2023)

(20 MARKAH)

ARAHAN: Jawab SEMUA soalan.

1.

Berdasarkan petikan di atas:

a) nyatakan jenis surat rasmi tersebut(1 markah)

b) berikan jenis ungkapan yang bercetak tebal (1 markah)

c) tuliskan ayat yang sesuai bagi perenggan keempat (3 markah)

2.

3

2. Saya bagi pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sekali lagi ingin membuat aduan mengenai kerosakan jalan raya berhampiran Kulliyyah Kejuruteraan yang semakin teruk sejak akhir-akhir ini. Pihak kami pernah menghantar surat aduan pada semester lalu tetapi sehingga kini masih belum ada tindakan diambil untuk membaiki jalan tersebut. 3. Kami memandang serius masalah ini kerana jalan tersebut merupakan laluan utama menuju ke kawasan kulliyyah. Kesesakan sering berlaku kerana kami terpaksa memperlahankan kenderaan untuk mengelak daripada terlanggar lubang.

4. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________________________________________________________

Sekian.

LAPORAN ANALISIS 368 HARGA BARANG KEPERLUAN BAGI BULAN MEI 2012

BERBANDING APRIL 2012

TujuanLaporan ini bertujuan memaklumkan mengenai kedudukan purata harga 368 barang keperluan pengguna yang dipantau oleh Pegawai Pemantau Harga bagi bulan Mei 2012 berbanding April 2012 di Semenanjung Malaysia, Labuan, Sabah dan Sarawak kepada Pengurusan Tertinggi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

PerbincanganHasil perbandingan purata harga 368 jenis barang keperluan pengguna bulan Mei 2012 berbanding bulan April 2012 adalah seperti berikut:

1. Di Semenanjung Malaysia sebanyak 196 jenis barang mengalami kenaikan harga, manakala di Sabah sebanyak 156 jenis barang. Di Sarawak, terdapat 181 jenis barang mengalami kenaikan harga;

2. Sebanyak 195 jenis barang menunjukkan penurunan harga di Semenanjung Malaysia, di Sabah 137 jenis barang manakala di Sarawak 135 barangan mengalami penurunan harga; dan

3. Di Semenanjung sebanyak 27 jenis barang, Sabah 67 jenis barang dan Sarawak 39 jenis barang yang tidak mencatatkan perubahan harga.

(Sumber: Diubah suai daripada Laporan Analisis 368 Harga Barang Keperluan Bagi Bulan Januari 2012 Berbanding Disember 2011, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

(KPDNKK), Febuari 2012)

Page 3: Soalan peperiksaan lm_2023

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 3, 2011/2012BAHASA MELAYU KERJAYA (SAINS SOSIAL) (LM 2023)

Berdasarkan laporan di atas, jawab soalan di bawah.

a) Berikan DUA faktor penurunan dan kenaikan harga barang keperluan di tiga negeri tersebut berserta contoh.

(3markah)

b) Cadangkan DUA langkah yang boleh diambil berserta contoh untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang.

(3 markah)

4

Page 4: Soalan peperiksaan lm_2023

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 3, 2011/2012BAHASA MELAYU KERJAYA (SAINS SOSIAL) (LM 2023)

3.

Berdasarkan minit mesyuarat di atas, tuliskan:

a) SATU perkara baharu (1 markah)

b) cadangkan SATU contoh perkara-perkara berbangkit(3 markah)

c) tuliskan SATU contoh hal-hal lain(3 markah)

5

2.0. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu2.1. Minit mesyuarat kali kedua telah dibentang dan disahkan tanpa sebarang

pindaan.

Pencadang : Encik Daud AbdullahPenyokong : Puan Johana Hashim

3.0. Perkara-perkara Berbangkit3.1. Pengerusi meminta semua ahli jawatankuasa menyerahkan laporan lengkap

secara bertulis dalam masa tiga hari.

3.2. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

4.0. Majlis Pelancaran Koleksi Pereka Royal Selangor International 4.1. Pereka loket

Mesyuarat dimaklumkan bahawa semua personaliti negara yang dipilih telah memberikan maklum balas positif.

4.2. Lokasi majlis pelancaranMesyuarat dimaklumkan bahawa keputusan mengadakan majlis pelancaran di Dewan Utama dikekalkan. Mesyuarat juga bersetuju untuk mengurangkan bilangan meja daripada 100 kepada 60 buah sahaja.

4.3. Tetamu kehormat ______________________________________________________________

______________________________________________________________

5.0. Hal-hal lain5.1. ______________________________________________________________

______________________________________________________________

Page 5: Soalan peperiksaan lm_2023

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 3, 2011/2012BAHASA MELAYU KERJAYA (SAINS SOSIAL) (LM 2023)

BAHAGIAN C (20 MARKAH)

ARAHAN: Pilih SATU soalan sahaja.

1. Divisyen Bahasa Melayu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Pertandingan Penulisan Artikel dalam Kalangan Remaja Negara Anggota Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM).

Selaku setiausaha, anda diminta untuk menyediakan kertas kerja cadangan lengkap berkenaan pertandingan tersebut bagi memohon tajaan daripada pihak-pihak tertentu.

2. Satu sesi temu duga bagi jawatan Pensyarah di salah sebuah kulliyyah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah diadakan di bilik mesyuarat bangunan pentadbiran. Sediakan dialog sesi temu duga tersebut selengkapnya.

KERTAS SOALAN TAMAT

6