soalan peperiksaan thn 1.doc

16
Bulatkan jawapan yang betul. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1 1. Puan Rosnani seorang kerani. ___________ mahir menaip surat. A Saya B Anda C Beliau 2. Pokok rambutan itu berbuah ____________. A lebat B kuat C manis

Upload: sabariah-abdul-rahman

Post on 01-Sep-2015

311 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

BAHASA MELAYU KERTAS 1

Bulatkan jawapan yang betul.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

1. Puan Rosnani seorang kerani. ___________ mahir menaip surat.

A Saya

B Anda

C Beliau

2. Pokok rambutan itu berbuah ____________.

A lebat

B kuat

C manis

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2

3. _____________ pijak rumput itu.

A Sila

B Tolong

C Jangan

4. ______________kah adik kamu ketawa ?

A Berapakah

B Bagaimana

C Mengapa

Soalan 5 berdasarkan Gambar 3

5. Rohana suka _________________ buku cerita.

A melukis

B membaca

C mewarna

6. Nora __________ Lili pengawas sekolah itu.

A dan

B lalu

C tetapi

Soalan 7 berdasarkan Gambar 4

7. Kakak meletakkan ikan goreng di _____________ meja.

A bawah

B atas

C dalam

8. ________________ murid beratur di padang.

A Tiga

B Berdua

C Semua

Soalan 9 berdasarkan Gambar 5

9. Farid memelihara seekor ______________ .

A harimau

B kuda

C gajah

Soalan 10 berdasarkan Gambar 6

10. Motosikal buatan negara kita ialah ____________________

A Honda

B Viva

C Kriss

Soalan 11 berdasarkan Gambar 7

11. Zaki __________________ motosikalnya.

A mengecat

B menunggang

C membasuh

Soalan 12 berdasarkan Gambar 8

12. Aqim memberi hadiah ____________ ibunya.

A kepada

B pada

C daripada

13. _________________kah pameran buku itu diadakan ?

A Berapa

B Mengapa

C Bila

14. ______________lah duduk, Amir.

A Sila

B Jangan

C Tolong

15. Gunung di hujung kampung itu sangat ______________ .

A besar

B tinggi

C ringan

Soalan 16 berdasarkan Gambar 9

16. Datuk membaca senaskhah _____________________ .

A surat aduan

B surat khabar

C surat tawaran

17. Ujian bulanan itu akan diadakan ______________ minggu depan.

A di

B ke

C pada

18. Alina ___________ adiknya belajar di sekolah itu.

A dan

B kerana

C atau

19. ______________, selamat berkenalan kata Johan

A Oh

B Hai

C Wah

Soalan 20 berdasarkan Gambar 10

20. Cuaca sangat ______________ di kutub utara.

A beku

B sejuk

C lambat

Soalan 21 berdasarkan Gambar 11

21. Ibu menyidai pakaian di ________________ .

A talian

B ampaian

C garisan

22. Siapakah yang mengambil buku _______________ ? tanya Amir.

A dia

B kami

C saya

23. Liza meletakkan buku itu di ______________ meja .

A atas

B bawah

C luar

Soalan 24 berdasarkan Gambar 12

24. Jamal pergi ____________ kedai runcit itu .

A di

B ke

C dari

25. Kek itu manis _____________ mangga itu masam.

A kerana

B kecuali

C tetapi

26. Nenek ______________ tikar mengkuang itu.

A mengayam

B menjahit

C menyulam

27. Corak pada kain itu sangat ______________.

A pudar

B cantik

C segar

28. Nazri memakai ___________________ kasut sukan.

A seketul

B sebentuk

C sepasang

Soalan 29 berdasarkan rajah 13

29. ___________________ Linda diragut oleh pemuda itu.

A Beg pakaian

B Beg tangan

C Beg sekolah

30. Suzana dan keluarganya __________________ di taman bunga itu .

A bersiar-siar

B berputar-putar

C bersama-sama

Soalan 31 hingga soalan 35.

Lihat gambar. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

31. Ini _________________ saya.

A bilik tidur

B ruang tamu

C bilik air

32. Saya ________________ di sini.

A mencuci

B berehat

C makan

33. Saya ________________ di sini.

A mengulang kaji

B memancing

C menyanyi

34. Tempat ini _________________.

A kemas

B berselerak

C kotor

35. Jagalah ____________________ bilik tidur kita.

A Keharuman

B kesihatan

C kebersihan

Soalan 36 hingga soalan 40

Lihat gambar di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

36. Gambar ini menunjukkan suasana di ____________________

A pasar malam

B klinik gigi

C klinik haiwan

37. Siapakah lelaki di dalam gambar ini ?

A Doktor haiwan

B Doktor mata

C Doktor gigi

38. Apakah yang dipakai oleh doktor itu ?

A Topeng penutup hidung

B Topi keledar

C Baju keselamatan

39. Mengapakah kita mesti berjumpa dengan doctor gigi?

A Untuk menggosok gigi

B Untuk membeli berus gigi

C Untuk memeriksa gigi

40. Pilih penyataan yang tidak benar tentang gambar di atas.

A Puan Salmah menemani anaknya ke klinik itu

B Sofea menangis kerana giginya sakit

C Seorang jururawat sedang menolong doktor itu

SOALAN TAMAT

JAWAPAN:

1. C

2. A

3. C

4. C

5. B

6. A

7. B

8. C

9. B

10. C

11. C

12. A

13. C

14. A

15. B

16. B

17. C

18. A

19. B

20. B

21. B

22. C

23. A

24. B

25. C

26. A

27. B

28. C

29. B

30. A

31. A

32. B

33. A

34. A

35. C

36. B

37. C

38. A

39. C

40. B

Gambar 7

z

Gambar 8

Gambar 9

Gambar 10

Gambar 11

Gambar 12

Gambar 13