soalan lazim (faq) mengenai perintah kawalan...

12
Sehingga 25 Mac 2020 @ 7.00 malam 1 SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA (MOT) BILANGAN 2 DARAT 1. Adakah perkhidmatan kaunter Jabatan/Agensi di bawah MOT (JPJ, APAD, LPKP Sabah dan LPKP Sarawak) beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini? Semua kaunter perkhidmatan JPJ, APAD, LPKP Sabah dan LPKP Sarawak ditutup sepenuhnya kepada umum bermula 20 Mac 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Perkhidmatan JPJ di Pejabat Pos juga diberhentikan sepanjang tempoh ini. Namun begitu, sepanjang tempoh PKP ini, Menteri Pengangkutan telah menggunakan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 66(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dengan memberikan PENGECUALIAN kepada semua pemegang lesen memandu daripada KEPERLUAN MEMPERBAHARUI lesen memandu masing-masing melalui suatu undang-undang khusus berkuatkuasa pada 25 Mac 2020. Ini bermakna sesiapa yang mempunyai lesen memandu yang sudah luput masih boleh menggunakan kenderaan masing-masing dengan syarat kenderaan tersebut wajib memiliki perlindungan insurans yang sah dan pemandu dinasihatkan supaya membawa salinan sijil perlindungan atau e-cover note insurans ketika memandu sepanjang tempoh PKP ini. Para pemegang lesen perlu memperbaharui lesen masing-masing dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir. Sekali lagi dingatkan, seperti ketetapan undang-undang, semua pemilik kenderaan perdagangan dan pemilik kenderaan persendirian hendaklah memastikan kenderaan mereka

Upload: others

Post on 21-Oct-2020

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Sehingga 25 Mac 2020 @ 7.00 malam

    1

    SOALAN LAZIM (FAQ)

    MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA (MOT)

    BILANGAN 2

    DARAT 1. Adakah perkhidmatan kaunter Jabatan/Agensi di bawah MOT

    (JPJ, APAD, LPKP Sabah dan LPKP Sarawak) beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini? Semua kaunter perkhidmatan JPJ, APAD, LPKP Sabah dan LPKP Sarawak ditutup sepenuhnya kepada umum bermula 20 Mac 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Perkhidmatan JPJ di Pejabat Pos juga diberhentikan sepanjang tempoh ini. Namun begitu, sepanjang tempoh PKP ini, Menteri Pengangkutan telah menggunakan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 66(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dengan memberikan PENGECUALIAN kepada semua pemegang lesen memandu daripada KEPERLUAN MEMPERBAHARUI lesen memandu masing-masing melalui suatu undang-undang khusus berkuatkuasa pada 25 Mac 2020. Ini bermakna sesiapa yang mempunyai lesen memandu yang sudah luput masih boleh menggunakan kenderaan masing-masing dengan syarat kenderaan tersebut wajib memiliki perlindungan insurans yang sah dan pemandu dinasihatkan supaya membawa salinan sijil perlindungan atau e-cover note insurans ketika memandu sepanjang tempoh PKP ini. Para pemegang lesen perlu memperbaharui lesen masing-masing dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir. Sekali lagi dingatkan, seperti ketetapan undang-undang, semua pemilik kenderaan perdagangan dan pemilik kenderaan persendirian hendaklah memastikan kenderaan mereka

  • Sehingga 25 Mac 2020 @ 7.00 malam

    2

    mempunyai perlindungan insurans yang sah sepanjang tempoh PKP ini.

    2. Adakah aktiviti belajar memandu dan ujian memandu di Institut

    Memandu masih diteruskan sepanjang tempoh ini? Sebarang aktiviti dan semua kursus, ceramah Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP), latihan memandu, ujian teori dan amali memandi di Institut Memandu dan ujian Bahagian 1 (KPP01 – teori) di Pusat eKhidmat (MyEG, KOMMS dan MYSPEED) ditangguhkan berkuatkuasa 18 Mac 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Sebarang maklumat terkini berkenaan MYEG akan paparkan di laman sesawang https://www.myeg.com.my/.

    3. Adakah aktiviti penguatkuasaan oleh JPJ akan diteruskan

    sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?

    Operasi penguatkuasaan akan terus berjalan seperti biasa demi menjamin tahap keselamatan orang ramai yang menggunakan jalan raya. Pihak JPJ akan memastikan semua anggota yang melaksanakan aktiviti penguatkuasaan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan yang bersesuaian.

    4. Adakah aktiviti pemeriksaan berkala yang diwajibkan ke atas kenderaan perdagangan dan pemeriksaan kenderaan secara sukarela kepada kenderaan persendirian masih diteruskan di premis-premis PUSPAKOM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

    Operasi Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM seluruh Malaysia termasuk Ibu Pejabat, perkhidmatan bergerak dan tapak lawatan ditutup sepenuhnya mulai 20 Mac 2020 sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak selaras dengan penutupan operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seluruh negara. Pelanggan yang telah membuat temujanji melalui My PUSPAKOM akan mendapat pemulangan bayaran penuh secara automatik. Isu berhubung keperluan untuk mendapatkan kelulusan daripada PUSPAKOM bagi pemandu kenderaan perdagangan untuk memperbaharui Competent Driver’s License (GDL) serta laporan kesihatan yang sah seperti yang diperlukan dalam syarat-syarat permohonan pembaharuan lesen kenderaan komersial tidak lagi

    https://www.myeg.com.my/

  • Sehingga 25 Mac 2020 @ 7.00 malam

    3

    berbangkit berkuatkuasa 25 Mac 2020 apabila keperluan untuk memperbaharui lesen tersebut telah DIKECUALIKAN sepanjang tempoh PKP ini. Namun begitu, para pemilik kenderaan perdagangan perlu memperbaharui LKM masing-masing dan adalah tertakluk kepada keperluan dokumen kelulusan berkenaan dalam tempoh 30 hari selepas PKP berakhir.

    5. Adakah proses permohonan Lesen Perdagangan Kenderaan

    Motor (LPKM) masih boleh dibuat di kaunter perkhidmatan PUSPAKOM dalam tempoh ini? Perkhidmatan permohonan Lesen Perdagangan Kenderaan Motor (LPKM) di kaunter perkhidmatan PUSPAKOM adalah ditutup mulai 20 Mac 2020 sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak.

    6. Adakah perkhidmatan bas, teksi dan ehailing (grab, MyCar dll.) masih boleh beroperasi sepanjang tempoh ini? Selaras dengan pengumuman oleh Menteri Kanan (Pertahanan) pada 23 Mac 2020, semua mod pengangkutan awam di seluruh negara hanya akan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 10.00 pagi dan jam 5.00 petang hingga jam 10.00 malam sahaja setiap hari berkuatkusa pada 25 Mac 2020 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Dengan itu, bas henti-henti, bas percuma seperti GoKL dan Smart Selangor serta semua feeder bas akan tertakluk kepada arahan ini. Bagaimanapun, perkhidmatan teksi dan e-hailing masih boleh meneruskan operasi seperti biasa megikut garis panduan yang telah ditetapkan sebelum ini.

    7. Sekiranya perkhidmatan bas, teksi dan ehailing dapat diteruskan, adakah pengendali dan pengguna perlu mendapatkan kebenaran keluar daerah sekiranya perkhidmatan tersebut melibatkan rentas negeri seperti Kuala Lumpur – Selangor dan lain-lain negeri?

    Perkara ini adalah tertakluk kepada arahan daripada PDRM.

    8. Adakah saringan suhu badan dijalankan di terminal-terminal pengangkutan awam bagi memastikan pegguna pengangkutan awam berada dalam keaadan yang baik?

    Pengendali terminal pengangkutan awam perlu memastikan semua penumpang menjalani pemeriksaan imbasan suhu badan sebelum memasuki balai pelepasan dan pintu masuk dan keluar utama.

  • Sehingga 25 Mac 2020 @ 7.00 malam

    4

    9. Sekiranya pengguna tidak melepasi saringan suhu badan,

    adakah pengguna tersebut dibenarkan untuk menaiki pengangkutan awam?

    Penumpang yang tidak melepasi ujian saringan suhu badan tidak dibenarkan untuk menaiki pengangkutan awam.

    10. Adakah kemudahan hand sanitizer disediakan di setiap

    pengangkutan awam?

    Kerajaan telah menyarankan agar pihak pengendali pengangkutan awam memastikan keperluan kebersihan dititikberatkan dengan mengambilkira aspek penyediaan hand sanitizer di mana pengguna boleh mendapatkan kemudahan tersebut di setiap kaunter pembelian tiket dan/atau pintu masuk dan keluar utama di terminal.

    11. Berapa kerap pengendali pengangkutam awam membuat proses

    sanitasi ke atas kenderaan pengangkutam awam?

    Pengendali pengangkutan awam dikehendaki menjalankan proses pembersihan dan nyahkuman/disinfekasi dengan kerap di kawasan yang selalu disentuh seperti pintu, kerusi dan tempat pemegang dan mana-mana tempat yang selalu di sentuh.

    12. Adakah terdapat larangan pergerakan kenderaan barangan di jalan raya?

    Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 berkuatkuasa mulai 18 hingga 31 Mac 2020 yang telah diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tiada peruntukan berhubung larangan pemanduan kenderaan barangan di jalan raya dalam tempoh tersebut. Sehubungan itu, JPJ tidak menguatkuasakan sebarang perintah larangan ke atas pergerakan kenderaan barangan dalam tempoh tersebut. Ini kerana JPJ berpandangan bahawa pergerakan kenderaan barangan di atas jalan raya bagi pengangkutan barangan keperluan harian adalah termasuk di dalam perkhidmatan perlu sepertimana yang dinyatakan di dalam Jadual Perkhidmatan Perlu Peraturan 2.

  • Sehingga 25 Mac 2020 @ 7.00 malam

    5

    13. Adakah MOT atau MKN akan mengeluarkan notis berkenaan dengan jenis muatan barang yang dibenarkan kepada pengusaha lori dan logistik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?

    Susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 bagi mencegah penularan wabak COVID-19, Kerajaan telah memaklumkan bahawa pengurusan COVID-19 adalah di bawah MKN sepenuhnya. Justeru, sebarang pemakluman dan notis haruslah melalui dan disahkan oleh MKN sahaja. Namun begitu, orang ramai disarankan untuk mengikuti secara dekat soalan lazim (FAQ) di laman web rasmi dan saluran Telegram rasmi MKN untuk maklumat tepat.

    14. Apakah status pengoperasian e-fulfillment hubs/warehousing

    operations dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?

    Kerajaan tiada halangan bagi pengoperasian e-fulfillment hubs/warehousing operations. Ini kerana, e-fulfillment hubs/warehousing operations tidak tertakluk di bawah Perintah Sekatan Pergerakan seperti yang digariskan dalam Warta Kerajaan Persekutuan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. Pihak industri diminta mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membendung penularan COVID-19.

    15. Adakah pengoperasian forwarding agent dan shipping agent di

    pelabuhan beroperasi dalam tempoh ini?

    Operasi pelabuhan akan berjalan seperti biasa. Oleh itu, pengoperasian forwarding agent dan shipping agent juga akan berjalan seperti biasa di pelabuhan-pelabuhan Malaysia. Ini selaras dengan Perintah Sekatan Pergerakan seperti yang digariskan dalam Warta Kerajaan Persekutuan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

    16. Adakah pergerakan kargo rentas sempadan melalui jalan darat

    di pintu masuk utama Malaysia (import, eksport dan transhipment) dibenarkan dalam tempoh ini?

    Tertakluk kepada arahan semasa MKN.

  • Sehingga 25 Mac 2020 @ 7.00 malam

    6

    17. Apakah status pergerakan barangan termasuk pemandu dan kelindan secara harian yang menghantar dagangan rentas sempadan ke Singapura?

    Tertakluk kepada arahan semasa MKN.

    18. Adakah rakyat layak mendapat semula bayaran tiket bas yang

    telah dibuat? Segala tuntutan berkaitan dengan tiket bas perlu dirujuk dengan syarikat yang mengeluarkan tiket tersebut.

    19. Adakah Kursus Kod Amalan Bekerja Selamat Di Ruang

    Terkurung (ICOP) APAD akan diteruskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan? Kursus ICOP APAD akan ditangguhkan buat sementara waktu.

    20. Adakah Perintah Kawalan pergerakan ini memberi kesan kepada

    operasi Electric Train Service (ETS) dan KTM Komuter? Perkhidmatan ETS dan Komuter akan beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 10.00 pagi dan jam 5.00 petang hingga jam 10.00 malam sahaja setiap hari berkuatkusa pada 25 Mac 2020 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

    21. Adakah tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sektor utara masih beroperasi seperti biasa? KTMB tidak membenarkan tren-tren State Railway of Thailand (SRT) beroperasi di stesen Padang Besar bagi mengurangkan pelancong keluar masuk. Walau bagaimanapun, operasi South Thai Cargo (STC) akan berjalan seperti biasa kerana ia tidak melibatkan sektor pelancongan.

    22. Adakah semua perkhidmatan rel oleh Prasarana masih beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?

    Semua perkhidmatan tren dan bas kendalian Prasarana seperti LRT, MRT dan Monorel KL akan beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 10.00 pagi dan jam 5.00 petang hingga jam 10.00 malam sahaja setiap hari berkuatkusa pada 25 Mac 2020 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan

  • Sehingga 25 Mac 2020 @ 7.00 malam

    7

    23. Apakah langkah pencegahan yang dilaksanakan di stesen dan tren kendalian Prasarana?

    Pihak Prasarana telah menyediakan hand sanitizer di setiap kaunter khidmat pelanggan, di kawasan berbayar (concourse) dan platform di setiap stesen LRT, MRT dan Monorel. Prasarana juga telah meningkatkan kekerapan mencuci eskalator, pemegang tangan, lif dan mesin pembelian token di semua stesen.

    24. Berapa kerapkah Prasarana membuat proses sanitasi ke atas

    tren?

    Semua set tren akan dicuci setiap hari di luar waktu puncak untuk semua laluan LRT/ MRT dan Monorel. Pembersihan dalaman tren juga dilakukan di setiap stesen terminal/stesen terakhir pada waktu puncak (pagi dan petang) oleh kakitangan pembersihan.

    25. Apakah langkah pencegahan yang dijalankan oleh Prasarana

    untuk kakitangan barisan hadapan?

    Semua kakitangan stesen (pegawai khidmat pelanggan, polis bantuan dan kakitangan pembersihan harus memakai topeng muka dan sarung tangan getah (mengikut keperluan). Setiap kakitangan juga diwajibkan untuk memeriksa suhu badan sebelum memulakan tugas setiap hari.

    26. Adakah semua perkhidmatan rel oleh ERL masih beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?

    Semua perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan beroperasi akan beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 10.00 pagi dan jam 5.00 petang hingga jam 10.00 malam sahaja setiap hari berkuatkusa pada 25 Mac 2020 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

    27. Apakah langkah pencegahan yang dilaksanakan di stesen dan tren ERL?

    Pihak ERL akan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut: ● Menyedia bahan penyah kuman (hand sanitizer) di setiap kaunter tiket;

  • Sehingga 25 Mac 2020 @ 7.00 malam

    8

    ● Meningkatkan kekerapan mencuci dan menyahjangkit (disinfect) semua permukaaan dan susuir tangan termasuk eskalator, tangga, lif , kaunter tiket dan mesin pembelian tiket di semua stesen. Topeng muka juga akan ditawarkan kepada pengguna yang dilihat mempunyai simptom; dan ● Menyahjangkit (disenfect) permukaan dan pemegang tangan dalam tren serta melakukan pembersihan stim tempat duduk (steam cleaning) setiap malam.

    28. Apakah langkah pencegahan yang dijalankan oleh pihak ERL

    untuk kakitangan barisan hadapan?

    Di antara langkah pencegahan yang dijalankan untuk kakitangan barisan hadapan adalah seperti berikut: ● Semua kakitangan bahagian hadapan (frontline) memakai topeng muka dan dibekalkan dengan bahan penyah kuman (hand sanitizer).; ● Bacaan suhu badan pekerja diambil pada setiap hari sebelum memulakan tugas; dan ● Semua kakitangan diingatkan untuk sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial (social distancing) demi mengelakkan jangkitan Covid-19.

    MARITIM 29. Adakah pelabuhan-pelabuhan di Malaysia akan beroperasi

    sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan? Semua pelabuhan di Malaysia masih terus beroperasi kecuali pelabuhan-pelabuhan yang mengendalikan kapal persiaran.

    UDARA 30. Adakah rakyat layak mendapat semula bayaran tiket

    penerbangan yang telah dibuat? Segala tuntutan berkaitan dengan tiket penerbangan perlu dirujuk dengan syarikat yang mengeluarkan tiket tersebut. Tertakluk kepada syarat-syarat tiket penerbangan, syarikat penerbangan akan mempertimbangkan 3 pilihan seperti berikut:

  • Sehingga 25 Mac 2020 @ 7.00 malam

    9

    (i) Penumpang boleh menunda penerbangan ke satu tarikh lain tanpa bayaran tambahan; atau

    (ii) Penumpang diberi bayaran balik dalam bentuk credit

    shell/points dimana credit shell/points tersebut boleh digunakan untuk membeli tiket penerbangan ke destinasi sama atau destinasi lain pada tarikh yang lain; atau

    (iii) Sesetengah syarikat penerbangan memberikan bayaran balik

    sepenuhnya kos tiket penerbangan termasuk fi dan caj berkaitan.

    Penumpang-penumpang adalah digalakkan untuk berhubung dengan syarikat penerbangan yang mengeluarkan tiket penerbangan masing-masing untuk mengenalpasti pilihan yang diberikan oleh mereka kepada penumpang.

    31. Adakah kapal terbang dalam negeri masih beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan? Operasi penerbangan bagi sektor domestik dan antarabangsa akan diteruskan tertakluk kepada syarat-syarat dan sekatan perjalanan yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

    32. Adakah operasi syarikat penerbangan penumpang negara dan

    asing - sama ada perkhidmatan penerbangan berjadual dan tidak berjadual, boleh terus disediakan bagi membawa penumpang warganegara asing keluar, dan warganegara Malaysia masuk ke Malaysia? Operasi syarikat penerbangan penumpang negara dan asing – sama ada perkhidmatan penerbangan berjadual dan tidak berjadual boleh terus disediakan tertakluk kepada syarat-syarat dan sekatan perjalanan yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

    33. Adakah sekatan ini turut melibatkan perkhidmatan penerbangan berjadual dan tidak berjadual kargo, masuk dan keluar daripada Malaysia ? Operasi syarikat penerbangan kargo negara dan asing yang melibatkan penyediaan perkhidmatan penerbangan berjadual dan tidak berjadual kargo, masuk dan keluar daripada Malaysia dibenarkan.

  • Sehingga 25 Mac 2020 @ 7.00 malam

    10

    34. Adakah operasi syarikat penerbangan jet peribadi (non-revenue private flight/business flight) yang melibatkan kemasukan warganegara asing dan pengeluaran warganegara Malaysia dibenarkan bagi operasi penerbangan ini ? Operasi syarikat penerbangan jet peribadi boleh diteruskan. Walau bagaimanapun, kemasukan warganegara asing dan perjalanan keluar warganegara Malaysia adalah tertakluk kepada syarat sekatan kemasukan warganegara asing dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

    35. Adakah lapangan terbang masih beroperasi semasa Perintah

    Kawalan Pergerakan ini?

    Ya, Perintah Kawalan Pergerakan telah mengkategorikan lapangan

    terbang sebagai perkhidmatan penting negara.

    36. Siapakah yang terlibat dengan larangan keluar dari Malaysia?

    • Rakyat Malaysia dan Penduduk Tetap tidak dibenarkan ke luar negara untuk bercuti semasa tempoh penguatkuasaan ini.

    • Diplomat Malaysia yang berkhidmat dibenarkan meninggalkan negara ini.

    • Rakyat Malaysia dan Penduduk Tetap yang memegang permit kerja dari negara lain yang hendak kembali ke negara tempat di mana anda bertugas adalah dibenarkan, tetapi hanya dibenarkan masuk semula selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

    • Anda dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan semasa perlepasan.

    • Semua pelawat dan warganegara asing dibenarkan meninggalkan Malaysia dan hanya dibenarkan masuk semula pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

    37. Siapa yang dibenarkan memasuki Malaysia?

    • Rakyat Malaysia dan Penduduk Tetap dibenarkan untuk pulang ke tanah air semasa tempoh penguatkuasan ini.

  • Sehingga 25 Mac 2020 @ 7.00 malam

    11

    • Pasangan dan anak-anak warganegara Malaysia yang memegang pas jangka panjang dibenarkan untuk memasuki Malaysia.

    • Diplomat asing yang berkhidmat di Malaysia dibenarkan memasuki

    Malaysia. Keluarga diplomat asing juga dibenarkan memasuki Malaysia sekiranya dapat menunjukkan Pas Tanggungan.

    • Semua pemegang ‘Expatriate Pass’, Pas Pelajar, Pas Tanggungan, Pas Pekerja Sementara dan Pas MM2H tidak dibenarkan memasuki Malaysia. Sekiranya pas anda sudah tamat tempoh semasa berada di negara kediaman, anda akan dibenarkan memasuki Malaysia setelah Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.

    Sebagai makluman, semua kemasukan ke Malaysia perlu melalui proses pemeriksaan kesihatan dan dikenakan kuarantin diri untuk jangkamasa 14 hari. Kru penerbangan, kargo dan jet peribadi dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum melepasi imigresen.

    38. Adakah penumpang antarabangsa boleh transit di lapangan

    terbang?

    Penumpang transit yang mempunyai penerbangan sambungan dan

    tidak perlu melepasi imigresen dibenarkan menyambung perjalanan

    semula. Sila hubungi syarikat penerbangan untuk memastikan bagasi

    anda telah dipindahkan ke penerbangan sambungan yang

    seterusnya.

    Sila ambil maklum yang transit di antara terminal (KLIA-klia2 atau

    klia2-KLIA) tidak disediakan semasa penguatkuasaan ini.

    39. Bolehkah warganegara Malaysia atau pelawat asing (yang kini

    berada di Malaysia) terbang dari Semenanjung Malaysia ke

    Sabah atau sarawak dan sebaliknya?

    Tidak, warganegara Malaysia atau warga asing (yang kini berada di

    Malaysia) tidak dbenarkan terbang dari Semenanjung Malaysia ke

    Sabah atau Sarawak dan sebaliknya.

  • Sehingga 25 Mac 2020 @ 7.00 malam

    12

    Bagaimanapun, bagi warga Sabah dan Sarawak yang berada di

    Semenanjung Malaysia sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan

    Pergerakan dan berhasrat untuk kembali ke negeri masing-masing

    adalah dibenarkan. Anda perlulah menunjukkan tiket penerbangan

    sebelum ini dan kad pengenalan atau pasport semasa melalui proses

    imigresen. Perkara yang sama perlu dilakukan oleh warga

    Semenanjung Malaysia yang kini berada di Sabah dan Sarawak yang

    ingin kembali ke Semenanjung Malaysia.

    40. Adakah premis-premis perniagaan, perkhidmatan dan premis

    makanan di lapangan terbang dibuka sepanjang tempoh

    penguatkuasaan ini?

    Perintah Kawalan pergerakan telah menggariskan hanya farmasi,

    pasar raya dan kedai serbaneka yang menjual barang keperluan

    dibenarkan untuk beroperasi di lapangan terbang. Pelanggan tidak

    dibenarkan untuk makan di premis dan hanya dibenarkan untuk

    membungkus makanan.

    41. Adakah terdapat pengangkutan awam untuk saya ke atau

    pulang dari lapangan terbang?

    Ya, Perintah Kawalan Pergerakan telah menggariskan pengangkutan

    awam sebagai perkhidmatan penting untuk kegunaan orang awam.

    Bagaimanapun, kekarapan operasi mungkin dikurangkan. Sila rujuk

    jadual terkini dengan syarikat-syaikat yang menyediakan

    perkhidmatan berkenaan.

    KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA 25 MAC 2020