soalan kuiz apiz

10
SOALAN KUIZ NAMA: NO MATRIK:D SEMESTER:1 MARKAH:20% 1)Sebutkan majalah yang terawal menyiarkan karya sastera dan apakah karya sastera berkenaan. Majalah Pengasuh menerbitkan cerpen pertama berjudul Kecelakaan Pemalas karya Al- Madrasi atau Nur Ibrahim sekitar dekad 1920-an. 2) Nyatakan secara ringkas apakah peranan yang di ,dimainkan oleh GAPENA? Peranan pertama yang dimainkan oleh GAPENA ialah menyatukan penulis tanah air yang menulis dalam bahasa kebangsaan. Kedua ialah mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepentingan penulis. Ketiga ialah memberikan sumbangan moral dan material secara positif kepada tujuan dan cita-cita gabungan. Keempat pula ialah mengusahakan peluang untuk penulis memajukan bakat mereka. 3) Senaraikan 11 Orang sastera Malaysia? 1

Upload: ahmad-zulhafiz

Post on 29-Dec-2015

41 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

soalan

TRANSCRIPT

Page 1: soalan kuiz apiz

SOALAN KUIZ

NAMA:

NO MATRIK:D

SEMESTER:1

MARKAH:20%

1)Sebutkan majalah yang terawal menyiarkan karya sastera dan apakah karya sastera

berkenaan.

Majalah Pengasuh menerbitkan cerpen pertama berjudul “Kecelakaan Pemalas” karya Al-

Madrasi atau Nur Ibrahim sekitar dekad 1920-an.

2) Nyatakan secara ringkas apakah peranan yang di ,dimainkan oleh GAPENA?

Peranan pertama yang dimainkan oleh GAPENA ialah menyatukan penulis tanah air

yang menulis dalam bahasa kebangsaan. Kedua ialah mempertahankan dan memperjuangkan

hak dan kepentingan penulis. Ketiga ialah memberikan sumbangan moral dan material secara

positif kepada tujuan dan cita-cita gabungan. Keempat pula ialah mengusahakan peluang

untuk penulis memajukan bakat mereka.

3) Senaraikan 11 Orang sastera Malaysia?

i- Kamaluddin Muhammad @ Keris Mas(1981)

ii- Dato’ Shahnon Ahmad (1982)

1

Page 2: soalan kuiz apiz

iii- Datuk Dr. Usman Awang(1983)

iv- Datuk A.Samad Said(1986)

v- Muhammad Dahlan bin Abdul Biang@Arena Wati(1988)

vi- Prof Dr. Muhammad Hj. Salleh(1991)

vii- Datuk Nordin Hassan(1993)

viii- Datuk Abdullah Hussain(1996)

ix- Syed Othman Kelantan(2001)

x- Dr .Anwar Ridhwan(2009)

xi- Datuk Dr. Ahmad Kamal@kemala(2011)

4) Sebarkan tiga cerpenis Mutakhir Malaysia yang berjaya menempah nama di

persada sastera negara?

Usman Awang

Khadijah Hasyim

Hamzah Hussain

5) Senaraikan karya-karya yang pernah dihasilkaan oleh Syed Sheikh Al-Hadi dan

Huraikan secara ringkas satu daripadanya.

Hikayat Faridah Hanum

Hikayat Pembelaan Dalam Rahsia atau kasih saudara kepada saudaranya.

2

Page 3: soalan kuiz apiz

Hikayat Nurul Ain

Hikayat Taman Cinta Berahi Mahir Affandi dengan iqbal Hanun

Ciri Cerita Rokambul( karya Adaptasi)

Tafsir juz Amma(1927)

Hikayat Faridah Hanum

Hikayat Faridah Hanom adalah novel hasil karya Syed Syeikh al-Hadi pada tahun 1925.

Novel ini menggunakan kata 'hikayat' sebagaimana 'Hikayat Abdullah' atau 'Hikayat

Inderputera'. Hikayat Faridah Hanom mengisahkan percintaan sepasang anak muda keturunan

bangsawan iaitu Faridah Hanom dengan Shafik Afandi.

Novel ini menggambarkan percintaan muda-mudi yang terhalang seperti yang

digambarkan dalam cerita liput lara Melayu. Pertemuan pasangan yang bercinta itu adalah

secara biasa dab tiada lagi diselitkan unsur-unsur khayalan seperti mimpi.Percintaan dalam

karya ini bukanlah percintaan antara seorang wira yang mencari seorang wanita yang

diilhamkan oleh mimpi, ataupun yang ditemui dalam pengembaraan seperti yang terdapat

dalam kebanyakkan hikayat, tetapi percintaan dalam Faridah Hanum mempunyai nilai

intelektual… percintaan antara keduanya lebih merupakan sebagai panduan spritual hasil

daripada cita- cita yang sama. Tema percintaan seumpama ini adalah tema percintaan yang

baru dalam kesusasteraan Melayu pada waktu ini.

Hikayat Faridah Hanum menampilkan perkahwinan paksa antara Faridah Hanum

dengan sepupunya Baharuddin Affandi. Sebagai tanda protes terhadap amalan ini, pengarang

mengambarkan perkahwinan yang ditetapkan oleh orang tua itu tidak membahagiakan. Tema

seumpama ini terdapat dalam novel Hikayat Faridah Hanom dan Salah Asuhan.

Novel ini mengangkat emansipasi wanita yang menampilkan watak Faridah Hanum

seorang perempuan yang berpendidikan. Yahya Ismail (1963: 438) meletakkan Syed Sheikh

3

Page 4: soalan kuiz apiz

Al-Hadi sebagai pelopor tema emansipasi wanita dalam novel di Malaysia. Melalui watak

Faridah Hanum wanita tidak lagi berada di bawah kongkongan lelaki malah wajar berdikari.

Namun begitu wanita juga disarankan supaya menjaga batas-batas pergaulan agar tidak

terkeluar dari nilai dan normal masyarakat pada ketika itu.

6) Sebutkan 10 puisi yang pernah dihasilkan oleh Datuk Usman Awang

Ibuku

Membunuh mimpi

Guru oh guru

Jentayu

Warganegara Dunia

Gadis kecil

Berkayung rindu di selat seberang

Sahabatku

Kambing Hitam

Arca dan puisi.

7) Nyatakan nama lima orang penyair terkenal mutakhir indonesia

Amir Hamzah

Chairil Anwar

Subagio sastrowardojo

Sitor Situmorang

Taufik Ismail

Gunawan Mohamad

4

Page 5: soalan kuiz apiz

8) Muslim Burmat adalah Pengarang terkenal Brunei Darussalam.Nyatakan secara

ringkas latar belakang dan karya-karya yang pernah dihasilkannya.

Muslim Burmat merupakan nama penanya. Sedangkan nama asli dari Muslim Burmat

adalah Awang Haji Muslim bin Haji Burut. Muslim Burmat merupakan salah satu dari orang

yang berketurunan Kedayan. Dia dilahirkan pada 15 April 1943, di Kampong Kiarong, Brunei

Darussalam. Mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris di tempat kelahirannya. Beliau

menerima S.E.A Write Award di Bangkok pada tahun 1986 dan Anugerah Sasterawan

Nusantara di Johor Bahru, Malaysia pada tahun 1999. Kini beliau menjadi Penulis Tamu di

Jabatan Kesusasteraan Melayu di Universiti Brunei Darussalam.

Muslim Burmat merupakan salah satu pegarang dari Negara Brunei Darusalam. Dia juga

pernah bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam. Karya-karya

Muslim Burmat banyak terpublikasikan dalam media massa seperti Radio Brunei, Pelita

Brunei, Dewan Bahasa, Dewan Sastera, Suara Brunei, Pangsura, dan Bintang Harian. Antara

karya beliau yang telah diterbitkan ialah kumpulan cerpen Debu Berterbangan, Puntung

dalam Gerimis, Gelas di Atas Meja, Manisku Sayang, dan Jalinan, dan Pelarian (1977). Lari

Bersama Musim (1982) merupakan novel pertamanya diikuti oleh Hadiah Sebuah Impian

(1983), Puncak Pertama (1988), Terbenamnya Matahari (1996), Sebuah Pantai di Negeri

Asing (1995), dan Urih Pesisir (1999). Kumpulan cerpen dan noveletnya ialah Dari Sini

Kita Bermula (1993).

Kesungguhan Muslim Burmat dalam berkarya mengangkat karyanya sampai

memenangi beberapa hadiah. Novel Beliau yang berjudul Hadiah Sebuah Impian

mendapatkan tempatan kedua dalam Peraduan menulis novel Sempena tahun 1980 dari

Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam. Pada tahun 1983 novelnya yang berjudul

Puncak Pertama mendapatkan penghargaan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei

5

Page 6: soalan kuiz apiz

Darussalam. Tahun 1982 cerpennya yang berjudul Hujan Hingga ke Senja mendapatkan

penghargaan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam. Dan pada tahun 1992

novelnya yang berjudul Terbenamnya Matahari juga mendapat tempat pertama dalam

Peraduan Menulis Novel Sempena dari Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam.

Selain itu, novel-novel Muslim Burmat yang lain dan sudah diterbitkan adalah Lari

Bersama Musim, Sebuah Pantai di Negeri Asing, Urih Pesisir, Terbang Tinggi, Makna

Sebenar Sebuah Ladang, dan Maka. Dan semua novelnya itu diterbitkan oleh penerbit yang

sama yaitu Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam.

9) Prof Madya Dr Talib Semat adalah pensyarah UPSI yang pernah memenangi

Anugerah Buku Negara.Sebutkan lima buah buku yang pernah dihasilkannya.

Panas Salju

Salam kembara

Doa Ibu

Fajar Di Bumi Permata

Tenang Dalam Gelora

10) Nyatakan secara ringkas tentang latar belakang pejabat karang mengarang.

Pejabat Karang-Mengarang ditubuhkan pada 19 November 1922 di Tanjung Malim,

Malaysia. pengetuanya ialah OT Dussek dan pembantunya ialah Zaaba. pembantu. Matlamat

Pejabat Karang mengarang terbahagi dua iaitu rancangan jangka panjang dan rancangan

jangka pendek. Rancangan jangka panjang ialah mengeluarkan jurnal-jurnal bergambar,

mengadakan perpustakaan yang dibawa ke kampung-kampung, membawa buku-buku ke

kampong untuk dijual, menulis dan menterjemahkan serta menyunting novel-novel lalu

6

Page 7: soalan kuiz apiz

menyenggalarakan pencetakannya, memperluaskan pengaruh ke kampung-kampung dengan

mengadakan khutubkhanah(perpustyakaan) dimerata-rata, melatih penterjemah baru dan

menterjemahkan perkara-perkara yang hendak diterjemahkan oleh jabatan kerajaan.

Rancangan jangka pendek ialah mengeluarkan sebanyak mungkin buku-buku sekolah Melayu

dan mengeluarkan bahan bacaan untuk masyarakat umum.

Aktiviti-akitiviti yang telah dijalankan oleh Pejabat Karang Mengarang ialah menulis

(mengarang), menjalankan usaha-usaha penterjemahan dan kerja-kerja penyuntingan dalam

bidang penerbitan buku-buku yang tertentu serta menyenggalarakan penerbitannya (buku-

buku pelajaran dan novel-novel moden). Peranan Pejabat Karang Mengarang dalam bidang

penterjemahan pula adalah seperti menterjemahkan perkara-perkara yang hendak

diterjemahkan oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan dan bergiat dalam usaha melatih penterjemah-

penterjemah baru dengan cara mengambil mereka bekerja dengan Pejabat Karang Mengarang.

11) Apakah tajuk cerpen remaja yang terkenal karya Ali Majod?

Pensel Sebatang

12) Nyatakan tajuk puisi karya Usman Awang yang bertemakan sumbangan dan

pergorbanan seorang guru?

Guru O guru

13) Nyatakan dengan ringkas proses kreatif Ihsan Noorzali seperti yang terdapat dalam

antologi pilar-pilar waiduri.

7

Page 8: soalan kuiz apiz

Proses terbentuk daripada jiwa ,bukan sekadar permainan kata. Ihsan Noorzali telah

memulakan perjalanan tanpa dorongan orang-orang yang paling dekat dalam kehidupan.

Beliau berkata puisilah yang paling dimesrainya dan beliau juga didorong oleh perasaan

sendiri untuk mendampingi teman-teman penulis Angkatan Sasterawan Nasional Kedah

( asasi) sekitar awal tahun 1980-an. Ihsan Noorzali percaya bahawa menulis puisi adalah

percakapan diri dan hati. Puisi bukan permainan kata-kata seperti anak-anak kecil bermain

menyusun ‘puzzle’ atau membina ‘istana pasir’ di pantai. Ia lahir dari perasaan dan

sememangnya kadang-kadang tidak disedari saya sudah memiliki sebuah puisi lengkap

dengan kata-kata. Menurutnya ,puisi adalah puitis dalam siratan makna. Selain itu, beliau juga

berkata bahawa di Negara ini hidup tidak boleh menjadi kaya dengan menulis puisi. Yang

pasti nilai diri seorang pemuisi tidak pernah sama dengan menilai diri seorang artis.

14) Senaraikan lima buah Persatuan penulis yang terdapat di Malaysia.

GAPENA(Gabungan Penulis Nasional Malaysia)

PENA(Gabungan Penulis Nasional Malaysia)

Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM)

Persatuan Penulis Budiman

Persatuan Penulis Skrim Malaysia

15) Sebutkan tiga orang pelajar zaman ASAS 50 Di Singapura

Muhd Ariff Ahmad atau Mas

Masuri SN

Awang Il-Sarkam

8

Page 9: soalan kuiz apiz

16)Apakah nama majalah khas berkaitan kesusateraan melayu terbitan Dewan Bahasa

Dan Pustaka

Majalah Dewan Sastera.

17) Hari apakah disisipkan karya sastera cerpen dan puisi edisi jawi terbitankumpulan

utusan melayu.

Isnin

18) Siapakah nama wartawan Berita Harian yang memenangi Hadiah satera utusan

Exxon-Mobil 2011 baru-baru ini yang menggondol hadiah RM 10 000

HAFIZAH

Mohd Nazmi

19) Sebutkan salah seorang puisi terkenal karya Hamzah Fansuri

Syair Burung Unggas

Syair Dagang

Syair Perahu

Syair Si Burung pipit

Syair Si Burung Pungguk

Syair Sidang Fakir

20) Siapakah nama penyair indonesia yang berketurunan batak yang menghasilkan

puisi sebaris “malam Lebaran”

Sitong Situmorang.

9