soalan kertas 1 2010 ogos

Upload: mohd-nor-fitri

Post on 14-Jan-2016

246 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

INI ADALAH CONTOH KOLEKSI KERTAS SOALAN DARI BULAN OGOS

TRANSCRIPT

Kertas Model PMR 3

Kertas 1

Satu jamKertas ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Soalan 1 hingga Soalan 7Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Sebelum membeli basikal itu, Alfian telah _________ harganya di pasaran.

Amenyemak BtersemakCdisemakiDsemak

2 Air mata ibu _____________ apabila mendapat tahu yang anaknya ditangkap polis.

Abertaburan BberlinanganCmembasahiDberselerakan3 Duit raya yang diperoleh Abu ________nya disimpan di dalam bank.

Aseolah-olah

Bsebaik-baik

Csebetul-betul

Dsebenar-benar

4 Gempa bumi yang melanda Indonesia tahun lalu merupakan gempa bumi yang terburuk yang pernah _________ oleh penduduk kawasan itu.

Adirasai

Bdialami Cdihayati

Ddijumpai5 Roziah menggantungkan gambar perkahwinannya _______ dinding rumahnya.

Adi

Bpada

Ckepada

Ddengan

6 Ubi yang direbus Halimah masih belum ________ kerana apinya terlalu perlahan.Arangup

Bempuk

CrapuhDlunak7 Pak Abu berjaya _______________ sungai yang dalam itu dalam masa lima minit sahaja.

Amenyeberangi

CmerempuhBmerentangi

DmerentasSoalan 8 hingga Soalan 14Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B, C, dan D.Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

8 Peluang untuk bertemu semula anaknya amat nipis. Tiada kesalahan. A B C D

9 Acara itu diadakan bagi mengenangi jasa mereka kepada negara. Tiada kesalahan. A B C D10Para petugas amat komited terhadap tugas semasa temasya Sukan Sea yang

A B C

lalu. Tiada kesalahan.

D 11 Projek memperlebarkan jalan itu sedang giat dijalankan. Tiada kesalahan. A B C D

12Ramai yang tidak suka akan Nor Aman kerana dia suka bercakap tercungap-cungap. A B CTiada kesalahan. D

13Sambil memberi penerangan, Encik Ali menunjuk ke arah jam dinding kelasnya. A B C Tiada kesalahan. D

14Syarikat bapa Ali telah mengambil alih projek itu daripada Syarikat Kembang Maju. A B CTiada kesalahan. D

Soalan 15 hingga Soalan 17Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.

15IBangunan itu sangat tinggi.

IICikgu menasihati Imran dengan suara yang tinggi. IIIAyah Azam sangat kaya kerana berpendapat tinggi. VIBuku yang berkulit tebal dan tinggi itu mahal harganya.

AI dan II sahaja

BII dan III sahajaCI, II dan IV sahajaDII, III dan IV sahaja16INor Aisyah menduduki rumah itu sejak setahun yang lalu. IIEncik Abu telah menduduki rumah tangga buat kali ketiga. IIIAzran masih belum menduduki set sofa yang baru dibelinya. IVSemua calon telah bersedia untuk menduduki peperiksaan pada minggu depan.AI, II dan III sahajaBI, II dan IV sahaja

CI, III dan IV sahaja

DII, III dan IV sahaja17IPak Samad ialah seorang kaki judi.

IIKaki seluar budak itu sangat sempit.

IIIAhmad sakit kaki kerana tersepak batu.

IVMas Mona membeli beberapa kaki daun pandan di pasar malam.

AI, II dan III sahaja

BI, II dan IV sahaja

CI, III dan IV sahaja

DII, III dan IV sahaja

Soalan 18 hingga Soalan 21Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.

18 Nazira sering mengingati terhadap ayahnya yang berada di kampung halaman.Asering teringat Bsering teringat akanCsering mengingatkan

Dsering mengingati terhadap19 Harun berulang kali menasihatkan adik supaya berubah perangai yang buruk.

Aberulang kali nasihatBberulang kali menasihatCberulang kali menasihati Dberulang kali menasihatkan 20 Iskandar masih belum bertemu dengan calon isteri yang sesuai.Abelum bertemuBmasih belum temuCmasih belum ditemuDmasih belum bertemu21 Cikgu Khairul amat tegas dalam menjalankan tugasnya sebagai guru disiplin.Asemasa tugasanBsemasa ditugaskannyaCsemasa selesai bertugasDdalam menjalankan tugasnyaSoalan 22 hingga Soalan 24Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.22 Sehingga usianya sekarang, Suresh berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburinya.

ASepanjang usianya kini, apa sahaja bidang yang diceburi oleh Suresh pastinya

berjaya.BBidang yang diceburi Suresh sepanjang usia berjaya semuanya.

CSuresh berjaya dalam bidang yang diceburinya apa saja.

DSekiranya semua bidang diceburi Suresh pasti berjaya.23 Pagi-pagi lagi Rosli telah membantu bapanya menolak kereta jiran mereka kerana kerosakan.

AKereta jiran ditolak oleh Rosli dan bapanya awal-awal pagi lagi kerana

mengalami kerosakan.

BKereta Rosli ditolak bapa dan jirannya pada awal-awal pagi lagi kerana mengalami

kerosakan.

CKereta bapanya ditolak Rosli dan jiran mereka awal-awal pagi lagi kerana

kerosakan.

DKereta menolak bapa Rosli dan jiran mereka kerana kerosakan awal-awal pagi lagi.

24 Penyokong Terengganu terdiam seketika apabila pasukan lawan menyamakan kedudukan pada masa separuh kedua.

APenyokong pasukan Terengganu terdiam sejenak apabila pasukan lawan

menyamakan kedudukan pada masa separuh kedua.

BSetelah pasukan lawan menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua,

maka penyokong Terengganu pun terdiam.

CPenyokong Terengganu terdiam setelah pasukan lawan selesai menyamakan

kedudukan kedua-dua pasukan.

DPenyokong Terengganu yang terdiam itu telah menyamakan kedudukan pada

separuh masa kedua.

Soalan 25 hingga Soalan 27Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang sesuai.

25 IEncik Ibrahim pernah memenangi pertandingan puisi bersempena dengan

sambutan bulan kemerdekaan.IIEncik Rahim membonceng basikal seorang diri pada waktu petang ke sekolah.IIIAdib berbasikal ke sekolah tiap-tiap hari bersama dengan kakaknya.IVHadiah itu disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah kepadanya.

AI, II dan III sahaja

BI, II dan IV sahaja

CI, III dan IV sahaja

DII, III dan IV sahaja26IPak Sugiro masih berkemampuan untuk menyara anaknya walaupun miskin harta.

IIKedai Mak Su sentiasa menjadi buruan para pelanggan yang suka akan nasi

kerabu.

IIISetiap pagi ayah menunggang basikal ke kedai kopi Wak Selamat di simpang

kampung.

IVKomputer sekolah telah berjaya dibaiki oleh kami bertiga dengan bantuan

daripada guru penasihat.

AI, II dan III sahaja

BI, II dan IV sahaja

CI, III dan IV sahaja

DII, III dan IV sahaja27IKematian Allahyarham Sudirman merupakan kehilangan besar bagi industri

hiburan negara.

IIPembunuh yang didapati bersalah wajar dikenakan hukuman mati.

IIIAdik Ahmad adalah pemain gitar terkenal di sekolahnya kini.

IVPenyamun itu telah berjaya ditangkap untuk disiasat soal.

AI dan II sahaja

BII dan III sahaja CI, II dan IV sahaja

DII, III dan IV sahaja

Soalan 28 hingga Soalan 30Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah.28 Tabiat Ali yang suka membaca pelbagai buku sememangnya telah sebati dengan dirinya kerana telah dididik oleh ayahnya sejak kecil lagi.

ASeekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalitBMelentur buluh biarlah daripada rebungnya CBagai cembul mendapat penutupnyaDSekali air bah sekali pantai berubah

29 Pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tak lupakan pelandukMaksud yang paling sesuai dengan peribahasa di atas ialah

Aorang yang berhutang selalu lupa namun orang yang memberi hutang takkan lupa

akan hutangnya.

Bseseorang yang selalu hidup dalam kesenangan meskipun banyak hutang.

Cseseorang yang suka meninggi diri walaupun dirinya kurang sempurna.Dseseorang yang hidup menderita akibat perbuatannya sendiri.30 Sejak datang ke Kuala Lumpur, gaya Amin semakin berubah berbanding dengan gayanya semasa tinggal di kampung.Keadaan Amin itu tepat dengan peribahasaAseperti kacang lupakan kulit. Bjauhari jua yang kenal manikam.

Cjalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa.

Dmasuk kandang kambing mengembek masuk kandang kerbau menguak.Soalan 31 hingga Soalan 35Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Maka adalah pula seorang tua sedang pertengahan umur, namanya Pak Kaduk, tinggal di tepi sungai hujung negeri itu juga. Adapun akan Pak Kaduk ini terlalulah dungu serta dengan betulnya. Maka adalah pada suatu hari, Pak Kaduk berkata kepada isterinya, katanya.Aku ini Mak Siti, ingin pula rasanya hendak pergi menyabung ke gelanggang baginda itu, kerana terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung beramai-ramaian di situ, mari kita sabung ayam Biring Si Kunani kita itu, kerana ayam itu pada petuanya terlalu bertuah boleh kita taruhkan kampung kita ini kepada baginda; kalau menang kita, tentulah kita mendapat duit baginda itu.

Maka ujar isteri Pak Kaduk, Jikalau begitu baiklah, pergilah awak menyabung bawa ayam kita itu. Maka sahut Pak Kaduk, Jahitkanlah baju dan seluar aku dahulu dengan kertas yang baru aku beli ini; lekaslah tinggi lagi. Maka kata isterinya, Bagaimana awak hendak membuatkan baju dan seluar kertas ini? Jikalau dipakai kelak tentulah carik bertelanjang di tengah gelanggang sabungan itu. Bukankah awak malu besar?(Dipetik daripada prosa tradisional Pak Kaduk,

antalogi Seuntai Kata untuk Dirasa, Tingkatan 2, DBP)

31 Mengapakah isteri Pak Kaduk mempersoalkan kehendak Pak Kaduk mahu bajunya dibuat daripada kertas?AKurang berkemampuanBPak Kaduk memintanyaCMengikut adat pertandingan DMemalukan Pak Kaduk sendiri jika koyak32 Mengapakah Pak Kaduk berminat untuk menyabung ayam?

AHobinya menyabung ayamBIngin menunjukkan kekuatan ayamnyaCSupaya dapat mengubah nasib hidupnyaDIngin memperagakan kecantikan ayamnya

33Apakah simpulan bahasa yang sesuai dengan rangkai kata dungu serta dengan betulnya?AKera sumbang

COtak udangBLurus bendulDKepala batu34Cerita Pak Kaduk termasuk dalamAcerita rakyat.

Bcerita moden.

Ccerita nasihat.

Dcerita legenda35 Pengajaran yang tidak terdapat dalam prosa di atas ialahAorang tamak selalu rugi.Bbertindak sebelum berfikir.Cberhati-hati dalam tindakan.Dkurang peka dengan nasihat orang.Soalan 36 hingga Soalan 40Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Siakap senohong gelama ikan duri,

Bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Mengata dulang paku serpih,

Mengata orang dia yang lebih.

Banyak udang banyak garam,

Banyak orang banyak ragam.

Mentimun bongkok di balik tiang,

Ayam berkokok alamat nak siang.

Gendang gendut tali kecapi,

Kenyang perut suka hati.

Sudah gaharu cendana pula,

Sudah tahu bertanya pula.

Dahulu parang sekarang besi,

Dahulu sayang sekarang benci.

Tokok takal muka pintu,

Orang nakal memang begitu.

Keli masuk ruan keluar,

Matahari masuk bulan keluar.

Duduk inding enggang tap,

Senduk di dinding, panggang di atap.

Secupak padi, setahil berangan,

Tersepak kaki, terkehel tangan.

Kapal belayar dalam semak,

Perut lapar semua lemak.(Dipetik daripada antalogi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1, DBP)36Pantun adalah salah satu daripada golongan

Aprosa Melayu moden

Bpuisi Melayu moden

Cprosa Melayu tradisional

Dpuisi Melayu tradisional

Banyak udang banyak garam,Banyak orang banyak ragam.37Apakah maksud rangkap pantun di atas?

APerangai udang yang bermacam-macam.

BSaiz udang dan manusia adalah berbeza-beza.

CManusia memang berlainan orang lain saiznya.

DBanyak orang lagi banyak ragam dan perangainya.38 Berapakah jumlah suku kata baris Keli masuk ruan keluar,Matahari masuk bulan keluar?

ALapan belas

BSembilan belas

CDua puluh

DDua puluh satu

39 Pengulangan vokal a dalam Banyak udang banyak garam ialah unsur

Aepifora.

Banafora.Caliterasi.Dasonansi.40 Apakah nilai yang boleh diambil daripada pantun tersebut?

AKekuatan

BKejujuran CKekayaanDKeganasa

Kertas 2

2 jam

Kertas ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki untuk menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Masa yang dicadangkan ialah 40 minit. Bahagian B mesti dijawab. Masa yang dicadangkan ialah 25 minit. Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda dikehendaki supaya menjawab satu soalan sahaja. Masa yang dicadangkan ialah 45 minit. Bahagian D mesti dijawab. Masa yang dicadangkan ialah 10 minit.

Bahagian A (i): Ringkasan[20 markah]Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang Pencemaran Alam Sekitar. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pada tanggal 1 Jun tiap-tiap tahun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan bahawa tarikh tersebut adalah Hari Alam Sekitar Sedunia. Hari Alam Sekitar diwujudkan bertujuan supaya manusia di dunia ini dapat mencari cara bagaimana untuk melindungi alam ini daripada pencemaran.

Bumi ialah ciptaan Tuhan kepada manusia. Dengan pengetahuan seperti ini, maka manusia secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan alam. Manusia juga dianugerahkan akal fikiran yang membolehkan manusia berfikir tentang kepentingan menjaga alam ini. Di negara kita, pencemaran yang paling ketara ialah pencemaran yang berkaitan dengan air, udara, dan bunyi.

Kebiasaannya pencemaran air berpunca daripada pembuangan sisa toksik yang dilakukan oleh manusia ke dalam sungai atau di tempat lain sebagai jalan mudah untuk mereka menjimatkan masa dan belanja. Longkang-longkang di sekitar tempat tinggal juga sering tersumbat angkara perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Akibat daripada perbuatan tersebut, banyak hidupan air telah menjadi mangsa akibat kerakusan manusia seperti ini.

Pencemaran udara juga tidak dapat dielakkan kerana dalam keadaan negara yang sedang membangun ini, banyak projek mega dijalankan. Penggunaan kenderaan dan pembangunan yang pesat menyebabkan udara terdedah kepada pencemaran. Aktiviti perindustrian dan kilang-kilang juga mengakibatkan pencemaran yang mengeluarkan gas karbon dioksida, karbon monoksida serta sulfur dioksida. Untuk mengurangkan pencemaran, penggunaan petrol tanpa plumbum, pengurangan penggunaan penyaman udara, dan pengharaman pembakaran sampah terbuka telah diperkenalkan.

Dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran, kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mementingkan ciri-ciri pengawalan. Pencemaran merupakan masalah yang sering mengakibatkan kepupusan hidupan dan hutan yang hijau serta mengakibatkan kemerosotan ekonomi negara. Kita sepatutnya mendisiplinkan diri supaya menjaga dan mencintai alam sekitar.

Bahagian A(ii): Pemahaman[10 markah]Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1 Apakah maksud rangkai kata jalan mudah yang terdapat dalam petikan? [2 markah]

2 Bagaimanakah pencemaran senang berlaku di negara kita? [4 markah]

3 Pada pendapat anda, apakah kesan yang berlaku akibat daripada pencemaran?

[4 markah]

Bahagian B[20 markah]

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengatasi gejala lumba haram. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi daripada 120 patah perkataan.

Bahagian C[40 markah]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

(a)Anda dan rakan anda baru sahaja mengulang kaji pelajaran. Semasa berhenti rehat, anda berbincang dengan rakan tentang bahaya merokok. Tulis perbualan anda dengan rakan anda itu.

(b)Kegiatan Kokurikulum Tidak Penting Berbanding dengan Kurikulum. Sebagai pembangkang pertama, bahaskan tajuk tersebut.

(c)Nilai-nilai murni harus diterapkan sejak di bangku sekolah lagi. Bincangkan.

(d)Anda seorang pelajar yang miskin dan sering kali gagal dalam peperiksaan. Ceritakan pengalaman anda berusaha untuk mengubah keadaan tersebut.

(e) Aku bersyukur kepada Tuhan. Kemudian, aku memerhati ke bawah. Hanya awan putih yang aku lihat. Kapal terbang yang aku naiki semakin laju menuju ke negara matahari terbit. Akhiri cerita anda dengan petikan di atas.Bahagian D

[10 markah]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel yang telah anda kaji sama ada Tingkatan 1, Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.

Jelaskan nilai yang terdapat dalam sesebuah novel yang telah anda kaji.

Arah Pendidikan Sdn Bhd

7

Bahasa Melayu PMR