soalan kerja kursus mtsu2203 2014 dpli

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : DPLI (SM) NAMA GURU PELATIH: KOD DAN NAMA KURSUS: MTSU 2203 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK SEMESTER: 2/2014 TARIKH MULA: 21 JULAI 2014 TARIKH HANTAR: 1 SEPTEMBER 2014 Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Mengaplikasi kaedah pentaksiran dan penilaian dalam pentaksiran matematik. (2.4, 6.4) 2. Mengenalpasti punca dan jenis kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran matematik. (1.1, 4.6, 5.2) 3. Melaksanakan pengajaran pemulihan dan pengayaan serta mengenal pasti kebolehan, kesukaran, kesilapan dan keperluan pembelajaran pelajar dalam matematik. (1.3, 1.6, 2.2) 4. Merancang aktiviti yang sesuai untuk pemulihan, pengayaan dan pelajar berkeperluan khas. (1.6, 5.2) 5. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam merancang, mentadbir, menganalisis dan mentafsir pentaksiran. (1.4, 2.2, 2.4) Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, dan 5 Objektif Kerja Kursus Pada akhir projek ini, murid boleh 1. Membina jadual spesifikasi ujian berdasarkan topik yang telah diajar 2. Menggubal item ujian berunsur KBAT berdasarkan jadual spesifikasi ujian. 3. Mentadbirkan item ujian. 4. Menganalisa dan menginterpret skor ujian dan item ujian 5. Membuat refleksi ke atas proses pentaksiran yang telah dilaksanakan dan mencadangkan tindakan susulan ke atas murid dan soalan yang dibina Projek (100%) Membuat penilaian dan pentaksiran merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap guru. Melalui penilaian dan pentaksiran seorang guru bukan sahaja dapat mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya, tetapi membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajarannya selain pelajar sendiri tahu tentang kemajuan mereka. Tugasan ini akan menguji kefahaman guru dalam mengaplikasikan pengetahuan yang telah diperolehi dalam situasi sebenar.

Upload: amar-jairani

Post on 22-Nov-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Soalan Kerja Kursus MTSU2203 2014 DPLI

TRANSCRIPT

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK TUGASAN PROJEK

    TAJUK PROGRAM : DPLI (SM) NAMA GURU PELATIH:

    KOD DAN NAMA KURSUS: MTSU 2203 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

    SEMESTER: 2/2014

    TARIKH MULA: 21 JULAI 2014

    TARIKH HANTAR: 1 SEPTEMBER 2014

    Hasil Pembelajaran Kursus:

    1. Mengaplikasi kaedah pentaksiran dan penilaian dalam pentaksiran matematik. (2.4, 6.4)

    2. Mengenalpasti punca dan jenis kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran matematik. (1.1, 4.6, 5.2)

    3. Melaksanakan pengajaran pemulihan dan pengayaan serta mengenal pasti kebolehan, kesukaran, kesilapan dan keperluan pembelajaran pelajar dalam matematik. (1.3, 1.6, 2.2)

    4. Merancang aktiviti yang sesuai untuk pemulihan, pengayaan dan pelajar berkeperluan khas. (1.6, 5.2)

    5. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam merancang, mentadbir, menganalisis dan mentafsir pentaksiran. (1.4, 2.2, 2.4)

    Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, dan 5

    Objektif Kerja Kursus

    Pada akhir projek ini, murid boleh

    1. Membina jadual spesifikasi ujian berdasarkan topik yang telah diajar 2. Menggubal item ujian berunsur KBAT berdasarkan jadual spesifikasi ujian. 3. Mentadbirkan item ujian. 4. Menganalisa dan menginterpret skor ujian dan item ujian 5. Membuat refleksi ke atas proses pentaksiran yang telah dilaksanakan dan mencadangkan tindakan susulan ke atas murid dan soalan yang dibina Projek (100%) Membuat penilaian dan pentaksiran merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap guru. Melalui penilaian dan pentaksiran seorang guru bukan sahaja dapat mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya, tetapi membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajarannya selain pelajar sendiri tahu tentang kemajuan mereka. Tugasan ini akan menguji kefahaman guru dalam mengaplikasikan pengetahuan yang telah diperolehi dalam situasi sebenar.

  • Tugasan A (60%) : Pentaksiran dalam matematik

    1. Bina satu jadual spesifikasi ujian, gubal 10 soalan objektif dan 10 soalan berbentuk

    struktur bagi tajuk yang anda ajar di sekolah.

    2. Tadbirkan soalan kepada murid kelas anda.

    3. Buat analisis dan buat pentafsiran terhadap skor ujian tersebut dan item ujian sama ada

    menggunakan perisian Quest 2, Excel atau lain-lain perisian.

    Tugasan B (40%) : Refleksi pentafsiran

    Hasilkan satu penulisan refleksi terhadap proses pentafsiran yang telah anda jalankan dan

    cadangkan tindakan susulan yang sesuai ke atas murid dan soalan yang dibina.

    Panduan Pelaksanaan Projek

    1. Tugasan ini dilaksanakan secara individu. 2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

    Format laporan : font Arial saiz 11 dengan langkau 1.5 baris.

    Anda hendaklah menggunakan Format APA sebagai rujukan.

    Muka depan laporan adalah seperti berikut; Logo dan nama institut Nama Kursus dan Kod Kursus Nama pelajar . Nombor Angka Giliran Nombor Kad Pengenalan Kumpulan/unit Nama Pensyarah Tarikh Hantar

    3. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali 4. Hantar tugasan anda dalam bentuk hard copy dan soft copy 5. Anda perlu sediakan satu laporan. Laporan perlu disusun secara teratur dan mengandungi perkara berikut:

    Profil Pelajar

    Isi Kandungan

    Pengenalan/ Pelan Tindakan Tugasan

    Satu jadual spesifikasi ujian

    Item soalan ujian

    Analisis dan Pentafsiran skor ujian

    Analisis dan Pentafsiran item ujian

    Refleksi pentafsiran

    Tindakan susulan

  • Penutup/Rumusan

    Refleksi individu

    Bibliografi

    Lampiran ( bukti bacaan, kertas soalan pelajar (5 sampel daripada keseluruhan), rujukan dan bahan/dokumen lain)

    6. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

    Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut: 1. Pentaksiran dalam matematik

    - JSU yang sesuai dengan tujuan ujian - soalan yang menepati JSU dan mempunyai unsur KBAT - persembahan laporan yang baik - rujukan kepada sumber akademik yang luas - illustrasi /graf/gambarfoto yang dapat meningkatkan kualiti persembahan idea. 2. Refleksi pentafsiran

    - Ulas isi-isi penting dan mengaitkan contoh-contoh dan data untuk menyokong hujah anda.

    - mencadangkan aktiviti yang bersesuaian dan jelas Tugasan disediakan oleh: Di semak oleh:

    PN NORLIHA BINTI JEMAIN PN S. PARIMALARANI Penyelaras Kursus MTSU2203 Pakar Bidang (Pedagogi) Jabatan Matematik Jabatan Matematik IPG Kampus Pendidikan Teknik IPG Kampus Pendidikan Teknik

    Disahkan oleh:

    PN WAN NOOR ADZMIN BT MOHD SABRI Ketua Jabatan Matematik IPG Kampus Pendidikan Teknik