soalan kemahiran berfikir aras tinggi.doc

3
: Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT - HOTS) Posted by Admin on 2013/7/19 10:10:23 (320 reads) KUALA TERENGGANU: Mengikut sumber yang boleh dipercayai, soalan-soalan yang melibatkan KBAT akan dimasukkan ke dalam UPSR, PMR dan SPM pada masa akan datang. Dengan itu guru-guru harus bersedia melatih pelajar-pelajar mereka menjawab soalan- soalan berkenaan. Guru-guru boleh merujuk kepada soalan-soalan PISA dan TIMSS. KBAT ialah "Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu." [BPK 2013] KBAT adalah proses kitaran dari pemikiran aras rendah (KBAR) ke pemikiran aras tinggi (KBAT). KBAT memasukkan ciri-ciri berfikir secara kreatif, kritis, logik dan metakognitif. Memerlukan seseorang menyelesaikan masalah yang tidak kerap berlaku (not familiar) dan pelbagai bentuk soalan atau dilema yang tidak pasti keputusannya. Dengan menggunakan KBAT, murid mampu memberi penjelasan, membuat keputusan, menyelesai masalah, menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil akhir mengikut konteks yang diperlukan. Ciri-ciri item KBAT: 1. Stimulus Menggunakan stimulus secara ekstensif untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritis. Stimulus boleh terdiri daripada petikan, gambar rajah, dan graf. 2. Pelbagai tahap/aras pemikiran

Upload: syarfayc

Post on 01-Oct-2015

45 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

:Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT - HOTS)Posted byAdminon 2013/7/19 10:10:23(320 reads)

KUALA TERENGGANU: Mengikut sumber yang boleh dipercayai, soalan-soalan yang melibatkan KBAT akan dimasukkan ke dalam UPSR, PMR dan SPM pada masa akan datang. Dengan itu guru-guru harus bersedia melatih pelajar-pelajar mereka menjawab soalan-soalan berkenaan. Guru-guru boleh merujuk kepada soalan-soalan PISA dan TIMSS.

KBAT ialah "Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu." [BPK 2013]

KBAT adalah proses kitaran dari pemikiran aras rendah (KBAR) ke pemikiran aras tinggi (KBAT). KBAT memasukkan ciri-ciri berfikir secara kreatif, kritis, logik dan metakognitif. Memerlukan seseorang menyelesaikan masalah yang tidak kerap berlaku (not familiar) dan pelbagai bentuk soalan atau dilema yang tidak pasti keputusannya.

Dengan menggunakan KBAT, murid mampu memberi penjelasan, membuat keputusan, menyelesai masalah, menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil akhir mengikut konteks yang diperlukan.

Ciri-ciri item KBAT:1. StimulusMenggunakan stimulus secara ekstensif untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritis. Stimulus boleh terdiri daripada petikan, gambar rajah, dan graf.

2. Pelbagai tahap/aras pemikiranMentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif untuk memberi impak yang lebih besar.

3. Konteks yang baharuKonteks yang merujuk kepada situasi baharu yang tidak lazim kepada murid. Keadaan ini bertujuan untuk merangsang murid berfikir dan bukannya menyatakan semula apa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.

4. Situasi sebenar dalam kehidupan harianMencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan pembelajaran daripada pelbagai disiplin.

5. Item tidak berulangItem pelbagai atau berbeza setiap tahun melangkaui bahan buku teks untuk mewujudkan situasi yang baharu.

Kemahiran kognitif dalam KBAT:

KBAT berfokus kepada pemikiran aras tinggi dengan memberi tumpuan kepada

1. MengaplikasiKebolehan menggunakan pengetahuan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu seperti menjalankan eksperimen dan membuat binaan.

2. MenganalisisMencerakinkan atau menstrukturkan maklumat ke dalam bahagian yang lebih kecil, menentukan bagaimana bahagian struktur keseluruhan atau matlamat berkaitan antara satu sama lain.

3. MenilaiMembuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard melalui memeriksa dan mengkritik.

4. MenciptaMenyatukan elemen untuk membentuk sesuatu (rekacipta) dengan menyusun, menjana dan merancang atau menghasilkan semula elemen ke dalam corak atau struktur yang baharu (inovasi).