soalan dan skema topikal tingkatan 3

Upload: iqbal-stab

Post on 17-Jul-2015

244 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

MODUL LATIH TUBIBAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN ISLAM PMR 45/1 Kertas 1

MODUL LATIH TUBI TOPIKAL TINGKATAN TIGA

_____________________________________________________________________

Kertas Latih Tubi dan Skema ini mengandungi 47 halaman bercetak.[Lihat sebelah

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 A) BAHAGIAN AYAT KEFAHAMAN

2

1) Surah al- Araf : 23 ( Memohon keampunan dan rahmat Allah )

a. Berikan maksud kalimah yang bergaris :b. Tuliskan potongan ayat yang membawa maksud i. Kami telah menzalimi diri kami sendiri ii. Nescaya kami termasuk orang yang rugi c. Berikan pengertian zalim d. Berikan pengertian keampunan e. Berikan pengertian Rahmat Allah f. Nyatakan dua sifat positif nabi Adam yang boleh dicontohi g. Senaraikan langkah-langkah untuk mendapat keampunan Allah h. Kemukakan dua cara mendapat rahmat Allah i. Terangkan jenis-jenis zalim beserta contoh j. Jelaskan ciri-ciri orang yang tidak mendapat rahmat Allah

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

3

(Surah al- Araf : 57-58 (Meyakini hari kebangkitan .2

a. Berikan maksud kalimah yang bergaris :b. Tuliskan potongan ayat yang membawa maksud i. Mudah-mudahan kamu mengambil pengajaran ii. Dan negeri yang baik tanahnya c .Senaraikan bukti-bukti kekuasaan Allah berdasarkan ayat di atas d. Tunjukkan dua perbezaan antara orang bersyukur dengan orang yang tidak bersyukur .e. Terangkan cara-cara bersyukur dengan hati, lisan dan amalan

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

4

f. Berikan pengertian bersyukur g. Nyatakan dua kepentingan air dalam kehidupan h. Terangkan dua faedah menyelidik khazanah Allah

(Surah al- Araf : 179 ( Memanfaatkan anugerah Allah .3

a. Berikan maksud kalimah yang bergaris :b. Tuliskan potongan ayat yang membawa maksud i. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak menggunakannya untuk berfikir untuk melihat ii. Mempunyai mata tetapi tidak menggunakannya

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

5

iii. Mempunyai telinga tetapi tidak menggunakannya untuk mendengar c. Senaraikan nikmat-nikmat kurniaan Allah berdasarkan ayat di atas d. Jelaskan fungsi mata, telinga, akal dan hati e. Nyatakan contoh-contoh penyalahgunaan nikmat di atas .f. Terangkan dua akibat penyalahgunaan nikmat di atas g. Tunjukkan dua perbezaan penggunaan nikmat antara manusia .dengan binatang h. Kemukakan dua ciri penghuni syurga dan penghuni neraka

B) BAHAGIAN HADIS 4) Amalan mukmin cemerlang:

: : ( ) a. Berikan maksud kalimah yang bergaris :b. Tuliskan potongan hadis yang membawa maksud

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

6

i. Bersuci itu sebahagian daripada iman ii. Solat itu cahaya iii. Sedekah itu bukti iv. Sabar itu sinaran v. Al-Quran itu hujah untuk engkau atau terhadap engkau vi. Alhamdulillah itu memenuhi timbangan c. Senaraikan amalan-amalan mukmin cemerlang yang terdapat dalam hadis di atas d. Nyatakan kelebihan-kelebihan beramal dengan amalan di atas e. Jelaskan cara berakhlak mulia terhadap Allah f. Jelaskan cara berakhlak mulia terhadap manusia g. Terangkan amalan-amalan yang mendapat pembelaan al-Quran h. Terangkan amalan-amalan yang mendapat pendakwaan al-Quran i. Kemukakan kepentingan beramal dengan amalan fardhu dan sunat dalam kehidupan muslim 5) Ihsan terhadap binatang :

: ( ) a. Berikan maksud kalimah yang bergaris :b. Tuliskan potongan hadis yang membawa maksud i. Berlaku ihsanlah ketika membunuh

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

7

ii. Jika kamu menyembelih .c. Berikan pengertian ihsan terhadap binatang d. Nyatakan kepentingan ihsan terhadap binatang. e. Jelaskan dua perlakuan ihsan ketika menyembelih f. Jelaskan dua perlakuan ihsan ketika membunuh g. Terangkan bentuk-bentuk penganiayaan terhadap binatang h. Senaraikan binatang-binatang yang harus di bunuh i. Kemukakan implikasi penganiayaan terhadap binatang

C) BAHAGIAN AKIDAH 6) Sifat-sifat Rasul a. Senaraikan sifat-sifat wajib bagi Rasul b. Senaraikan sifat-sifat mustahil bagi Rasul c. Nyatakan sifat yang harus bagi Rasul d. Terangkan kepentingan mencontohi sifat-sifat wajib bagi Rasul

7) Kesan beriman kepada Rasul a. Nyatakan kesan beriman kepada rasul terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara b. Jelaskan sebab manusia perlu mencontohi para Rasul c. Terangkan akibat menolak sunnah Rasul terhadap individu, keluarga dan masyarakat dan negara

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

8

d. Kemukakan implikasi yang menimpa pelajar yang berakhlak buruk 8) Ismatur-Rasul a. Nyatakan pengertian ismatur-Rasul b. Terangkan hikmah Rasul bersifat maksum c. Senaraikan sebab-sebab rasul dilantik di kalangan manusia d. Berikan pengertian mukjizat e. Senaraikan jenis-jenis mukjizat beserta contoh f. Jelaskan tujuan Allah mengurniakan mukjizat kepada Rasul g. Senaraikan contoh-contoh mukjizat nabi-nabi berikut: - Nabi Ibrahim, Nabi Salleh, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Sulaiman, Nabi Yunus & Nabi Muhammad 9) Kematian dan alam barzakh a. Berikan pengertian mati b. Apakah maksud alam barzakh ? c. Senaraikan amalan amalan yang akan mengiringi seseorang ke alam barzakh d. Kemukakan dua perbezaan kehidupan di alam barzakh bagi orang yang beriman dengan orang kafir dan fasiq e. Terangkan sebab-sebab manusia perlu bersedia menghadapi kematian dan alam barzakh f. Senaraikan hikmah mengingati mati dan alam barzakh h. Kemukakan amalan-amalan untuk menghadapi mati 10) Dosa jambatan ke neraka a. Apakah maksud dosa ? b. Senaraikan pembahagian dosa beserta contohnya

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

9

c. Terangkan cara-cara untuk menghapuskan dosa d. Kemukakan dua perbezaan antara dosa dan pahala e. Senaraikan nama-nama lain bagi dosa sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran. 11) Al-Hisab perhitungan yang adil a. Nyatakan pengertian al-Hisab b. Kemukakan proses pelaksanaan al-Hisab c. Senaraikan kepentingan beriman dengan al-Hisab dalam kehidupan d. Terangkan hikmah al-hisab e. Nyatakan amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah pada hari akhirat. 12) Al-Mizan neraca keadilan a. Berikan pengertian al-Mizan b. Senaraikan kepentingan manusia beriman dengan al-Mizan c. Kemukakan perbezaan antara al-Mizan dengan al-Hisab d. Terangkan hikmah beriman dengan al-Mizan e. Jelaskan dua perbezaan antara al-Mizan di akhirat dengan pertimbangan di dunia.

13) Titian al-Sirat a. Nyatakan pengertian al-Sirat b. Senaraikan kepentingan beriman dengan al-Sirat c. Ceritakan keadaan manusia ketika melalui titian al-Sirat d. Terangkan hikmah beriman kepada al-Sirat

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 10 TINGKATAN 3

e. Kemukakan usaha-usaha yang boleh dilakukan supaya berjaya melintasi titian al-Sirat

14) Kesan beriman kepada hari akhirat a. Nyatakan kesan beriman kepada hari akhirat terhadap individu, keluarga dan masyarakat b. Senaraikan ciri-ciri orang yang beriman kepada hari akhirat c. Kemukakan langkah-langkah untuk meningkatkan keimanan kepada Allah. 15) Beriman kepada Qada Dan Qadar a. Nyatakan maksud Qada dan Qadar b. Senaraikan jenis-jenis Qada serta maksudnya c. Nyatakan pengertian ikhtiar, tawakkal dan afalul-ibad d. Senaraikan hikmah tawakkal dalam kehidupan manusia e. Jelaskan hikmah beriman kepada Qada dan Qadar f. Huraikan bentuk-bentuk salah faham terhadap Qada dan Qadar g. Kemukakan hujah untuk menolak fahaman yang salah tentang Qada dan Qadar.

D) BAHAGIAN IBADAH 16) Solat sunat aidil-fitri dan solat sunat aidil-adha a. Nyatakan maksud solat sunat aidil-fitri dan solat sunat aidil-adha b. Senaraikan amalan-amalan yang boleh dilakukan sebelum

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 11 TINGKATAN 3

menunaikan solat sunat aidil-fitri dan solat sunat aidil-adha c. Terangkan bilangan takbir dan tasbih ketika menunaikan solat sunat aidil-fitri dan solat sunat aidil-adha d. Kemukakan perbezaan antara solat sunat hari raya dengan solat Jumaat e. Terangkan hikmah solat hari raya f. Senaraikan kepentingan takbir raya

17) Solat Sunat Hajat a. Nyatakan maksud solat sunat hajat b. Tuliskan tujuan seseorang melakukan solat sunat hajat c. Terangkan kaifiat solat sunat hajat secara ringkas d. Kemukakan dua perbezaan antara solat sunat hajat dengan solat sunat rawatib e. Senaraikan hajat-hajat yang sesuai dipohon menerusi solat sunat hajat f. Nyatakan tindakan yang perlu diambil apabila permohonan seseorang dimakbulkan g. Nyatakan tindakan yang perlu diambil apabila permohonan seseorang tidak dimakbulkan 18) Solat Sunat Tahajjud a. Nyatakan maksud solat sunat tahajjud b. Nyatakan waktu yang paling afdhal untuk menunaikan solat sunat tahajjud c. Senaraikan hikmah mengerjakan solat sunat tahajjud

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 12 TINGKATAN 3

d. Kemukakan perbezaan antara solat sunat tahajjud dengan solat sunat hajat e. Jelaskan bagaimana solat sunat tahajjud dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin

19) Zakat harta a. Nyatakan pengertian zakat harta b. Kemukakan perbezaan antara zakat, sedekah dan cukai c. Senaraikan syarat-syarat wajib zakat harta d. Nyatakan jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat e. Terangkan hikmah mengeluarkan zakat harta f. Senaraikan lapan asnaf penerima zakat g. Kemukakan hikmah penetapan asnaf penerima zakat h. Jelaskan peranan Pusat Pungutan Zakat i. Tuliskan dua cadangan untuk meningkatkan kesedaran umat Islam mengenai kepentingan mengeluarkan zakat D) BAHAGIAN SIRAH DAN TAMADUN ISLAM 20) Saidatina Aisyah ra a. Nyatakan biodata Saidatina Aisyah ra secara ringkas b. Senaraikan sifat-sifat mulia Saidatina Aisyah ra c. Terangkan faktor-faktor keunggulan jati diri beliau

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 13 TINGKATAN 3

d. Kemukakan jasa dan sumbangan Saidatina Aisyah e. Apakah maksud Ummul-Mukminin dan kenapa beliau diberi gelaran tersebut. f. Jelaskan sumbangan beliau dalam bidang tafsir dan kewanitaan g. Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda mencontohi sifat-sifat Saidatina Aisyah ra. h. Nyatakan peranan yang perlu diamalkan oleh wanita masa kini untuk menbangunkan negara 21) Piagam Madinah a. Apakah maksud Piagam Madinah ? b. Jelaskan peristiwa yang berlaku sebelum penggubalan Piagam Madinah c. Senaraikan isi-isi kandungan Piagam Madinah. d. Terangkan kesan Piagam Madinah. e. Jelaskan hikmah di sebalik pembentukan Piagam Madinah. f.Nyatakan kepentingan peraturan dalam kehidupan manusia g. Nyatakan akibat tidak mematuhi peraturan

22) Perjanjian Hudaibiah a. Nyatakan maksud Perjanjian Hudaibiah b. Bilakah tarikh Perjanjian Hudaibiah ditandatangani dan mengapa dinamakan demikian ? c. Terangkan sebab-sebab yang membawa kepada Perjanjian Hudaibiah d. Senaraikan tiga isi kandungan Perjanjian Hudaibiah e. Kemukakan tiga hikmah Perjanjian Hudaibiah

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 14 TINGKATAN 3

f. Nyatakan persiapan Rasulullah SAW semasa mengerjakan umrah g. Jelaskan tiga tindakan susulan yang dibuat selepas Perjanjian Hudaibiah

23) Pembukaan Kota Mekah a. Tuliskan tarikh berlaku Pembukaan Kota Mekah b. Nyatakan sebab dinamakan Pembukaan Kota Mekah c. Nyatakan strategi Rasulullah SAW semasa Pembukaan Kota Mekah d. Senaraikan langkah-langkah Rasulullah SAW selepas berjaya menawan Kota Mekah e. Terangkan faktor-raktor yang membawa kepada kejayaan Pembukaan Kota Mekah f. Senaraikan tiga kesan Pembukaan Kota Mekah g. Pembukaan Kota Mekah menjadi bukti bahawa Islam adalah agama yang harmoni. Bincangkan pernyataan di atas.

E) ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH 24) Adab Menjalankan Tugas a. Nyatakan konsep bekerja dalam Islam b. Senaraikan adab-adab ketika menjalankan tugas c. Jelaskan sikap-sikap negatif semasa bertugas d. Jelaskan ciri-ciri pekerja yang baik e. Terangkan kelebihan mengamalkan adab ketika bertugas

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 15 TINGKATAN 3

f. Jelaskan akibat tidak bertanggungjawab semasa bertugas g. Nyatakan adab-adab menjalankan tugas sebagai seorang pelajar

25) Adab berpidato a. Nyatakan maksud pidato b. Tuliskan format-format pidato c. Senaraikan adab-adab ketika berpidato d. Jelaskan dua perbezaan ciri-ciri pidato yang baik dengan yang tidak baik e. Jelaskan dua cara menjadi pemidato yang baik f. Jelaskan dua kesan pidato yang baik g. Jelaskan dua akibat tidak beradab semasa berpidato

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 16 TINGKATAN 3

SKEMA JAWAPAN SOALAN TOPIKAL TINGKATAN 3 SOALAN(1)

JAWAPAN A) BAHAGIAN TILAWAH AL-QURAN: Memohon keampunan dan rahmat Allah (Surah Al Araf : 23) (a) Maksud kalimah bergaris - Kami telah menzalimi - Dan memberi rahmat kepada kami - Orang-orang yang rugi (b) Potongan ayat:

- -

(c ) Pengertian zalim: - Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya (d) Pengertian keampunan Allah: - Penghapusan dosa oleh Allah kepada hambanya yang berdosa dan bertaubat kepadaNya (e) Pengertian Rahmat Allah: - Kasihan belas yang dilimpahkan oleh Allah kepada orang yang dikehendakiNya (f) Dua sifat positif Nabi Adam: - Menyesal atas kesalahan yang dilakukan - Menempelak diri sendiri - Segera bertaubat setelah melakukan dosa

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 17 TINGKATAN 3

(g) Langkah-langkah untuk mendapat keampunan Allah: - Mengaku kesalahan - Menyesal atas kesalahan yang dilakukan - Menempelak diri - Tidak berputus asa - Bertaubat (h) Dua cara mendapat keampunan dan rahmat Allah: - Berlaku adil terhadap orang lain - Bertaubat dengan ikhlas - Berazam tidak akan mengulangi dosa yang dilakukan - Beribadah dengan ikhlas dan sempurna - Membelanjakan harta pada jalan Allah -(i) Jenis-jenis zalim beserta contoh: Jenis-jenis zalim 1. Terhadap Allah 2. Terhadap diri sendiri 3. Terhadap sesama manusia 4. Terhadap alam sekitar contoh -Syirik -Tidak solat, menagih dadah, merempit -Membuli, mencuri -Membuang sampah merata-rata, membuat pembakaran terbuka

j) Ciri-ciri orang yang tidak mendapat rahmat Allah) - Kehidupan tidak diberkati - Tidak mendapat keampunan Allah - Jiwa tidak tenang dan tenteram

(2)

Meyakini hari kebangkitan ( Surah al-Araf : 57-58) (a) Maksud kalimah bergaris: - RahmatNya - Kering kontang / yang mati - Kamu mengambil pengajaran - Orang yang mahu bersyukur (b)Potongan ayat: - - : c) Bukti-bukti kekuasaan Allah berdasarkan ayat) - Allah berkuasa menghidupkan manusia selepas mati - Allah berkuasa menurunkan hujan

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 18 TINGKATAN 3

-

Allah berkuasa menumbuhkan tumbuhan di tanah yang kering kontang

(d) Dua perbezaan antara orang bersyukur dengan orang yang tidak bersyukur: Orang bersyukur 1.Rajin dan ikhlas beribadah 2.Berusaha memajukan diri, masyarakat & negara 3.Sabar menghadapi musibah Orang tidak bersyukur 1.Malas dan berpura-pura beribadah 2.Kurang berusaha ke arah kemajuan diri, masyarakat & negara 3. Mengeluh apabila ditimpa musibah

:e) Cara-cara bersyukur dengan hati, lisan & amalan) Hati Lisan Amalan Redha dengan segala pemberian Allah Bertambah cinta kepada Allah apabila menerima nikmat Ucap Alhamdulillah.1 Menyampaikan dakwah.2 Memelihara ibadat wajib.1 Memperbanyakkan ibadat sunat.2

(f) Bersyukur ialah: menyatakan rasa terima kasih kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan (g) Dua kepentingan air dalam kehidupan: - Sebagai kegunaan harian manusia - Menjana kuasa hidro-elektrik - Sumber minuman - Sebagai jalan pengangkutan - Untuk bersuci (h) Dua faedah menyelidik khazanah Allah: - Meningkatkan keimanan kepada Allah - Menunjukkan kekuasaan Allah - Memanfaatkan sumber alam untuk kegunaan manusia

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 19 TINGKATAN 3

(3)

Memanfaatkan Anugerah Allah ( Surah al-Araf : 179) (a) Maksud kalimah bergaris: - Jin dan manusia - Hati - Mata - Telinga - Golongan yang lalai. (b) Potongan ayat: i.

ii. iii. (c )Nikmat-nikmat kurniaan Allah berdasarkan ayat: - Mata - Telinga - Akal - Hati (d) Fungsi mata, telinga, akal dan hati: Mata Telinga Akal Hati -Melihat kekuasaan Allah -Melihat bahan-bahan ilmiah -Mendengar seruan Allah -Mendengar bimbingan dan nasihat -Memikirkan bukti-bukti kekuasaan Allah -Berfikir untuk kemajuan diri -Ikhlas beribadah kepada Allah -Meyakini ajaran al-Quran & al-Sunnah

(e) Contoh-contoh penyalahgunaan nikmat di atas: Mata Telinga Akal -Melihat perkara yang diharamkan: gambar-gambar lucah , kemungkaran dll -Mendengar perkara yang diharamkan: lagu yang mengkhayalkan, umpatan, kejian dll -Memikirkan / berkhayal perkara-perkara mungkar

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 20 TINGKATAN 3

Hati

dan maksiat -Lalai mengingati Allah

(f) Dua akibat penyalahgunaan nikmat di atas. - Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif - Hati menjadi keras - Kehidupan tidak berdisiplin - Bertindak mengikut nafsu (g) Dua perbezaan penggunaan nikmat antara manusia dengan binatang: Manusia -Dapat berfikir -Dipertanggungjawabkan sebagai khalifah di muka bumi -Hidup sentiasa berubah ke arah kemajuan Binatang -Tidak dapat berfikir -Tidak ada tanggungjawab -Hidup kekal berpandukan tabiat semulajadi

(h) Dua ciri penghuni syurga dan penghuni neraka: Penghuni syurga -Melaksanakan rukun Islam dengan sempurna -Menjadikan syariat Allah sebagai panduan hidup - Sentiasa mengingati Allah Penghuni neraka -Mengabaikan rukun Islam -Mengenepikan syariat Allah -Lalai daripada mengingati Allah B) BAHAGIAN HADIS: (4) Amalan Mukmin Cemerlang Maksud kalimah bergaris: Bersuci Dan segala pujian bagi Allah Dan Maha suci Allah Cahaya Sabar

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 21 TINGKATAN 3

Maksud potongan hadis:

- - - - - -

(c -

) Amalan-amalan mukmin cemerlang yang terdapat dalam hadis: Berwudhuk Bertahmid Bertasbih Solat Sedekah Sabar Membaca al-Quran

Kelebihan-kelebihan beramal dengan amalan di atas: Berwudhuk Bertahmid Bertasbih Solat Sedekah Sabar Al-Quran Dapat mengawal perasaan marah Dapat menyucikan diri daripada najis & kekotoran Dapat menguatkan ingatan Dapat pahala Dapat menenangkan hati Dapat melatih diri bersyukur Wajah berseri-seri Menyihatkan badan Mengeratkan silaturrahim Menambahkan rezeki Mendapat keampunan & rahmat Allah Dapat menyelesaikan masalah Penawar dalam kehidupan manusia Panduan hidup yang kekal & sempurna

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 22 TINGKATAN 3

Cara berakhlak mulia terhadap Allah: Memelihara amalan fardhu Memperbanyakkan amalan sunat Sanggup berkorban masa, harta dan nyawa Cara berakhlak mulia terhadap manusia; - Saling bantu membantu antara satu sama lain - Sentiasa bermanis muka - Sentiasa bertegur sapa Amalan-amalan yang mendapat pembelaan al-Quran: - Memuliakan al-Quran - Membaca al-Quran dengan bertajwid dan beradab - Beramal dengan ajaran al-Quran Amalan-amalan yang mendapat pendakwaan al-Quran: - Menghina al-Quran - Mengingkari ajaran al-Quran - Tidak berusaha untuk meyakini al-Quran Kepentingan beramal dengan amalan fardhu dan sunat: - Meningkatkan keimanan kepada Allah - Jiwa menjadi tenang - Terpelihara daripada dosa dan maksiat (5) Ihsan terhadap binatang (a) Maksud kalimah bergaris: - Kamu membunuh - Maka berlaku ihsanlah - Kamu menyembelih (b) Maksud potongan hadis:

ii. i. (c ) Pengertian ihsan terhadap binatang:

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 23 TINGKATAN 3

-

Membuat kebaikan seperti bertimbang rasa & tidak menganiayainya ketika menyembelih

(d) Kepentingan ihsan terhadap binatang; Mendapat rahmat daripada Allah

-

Melahirkan masyarakat penyayang Menunjukkan rasa simpati terhadap binatang (e) Dua perlakuan ihsan ketika menyembelih: Memberi minum kepada binatang sebelum disembelih

-

Baringkan binatang di tempat yang rata Menggunakan pisau yang tajam

(f) Dua perlakuan ihsan ketika membunuh: Tidak membunuh dengan cara yang kejam seperti membakar Tidak menyiksa sebelum membunuh Memastikan alat yang digunakan sesuai untuk membunuh (g) Bentuk-bentuk penganiayaan terhadap binatang: - Memelihara burung dalam sangkar - Menyabung atau melaga binatang - Memukul binatang - Tidak memberi makanan kepada binatang peliharaan (h) Binatang-binatang yang harus di bunuh Binatang buas dan ganas seperti singa Binatang yang berbahaya, beracun dan berbisa seperti ular Burung yang menyambar mangsa dengan kuku seperti helang Binatang-binatang perosak dan kotor seperti tikus (i) Implikasi penganiayaan terhadap binatang: Mendapat dosa dan diazab di akhirat Hati menjadi keras dan sukar menerima teguran Bersikap bengis, kasar dan tidak bertolak ansur

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 24 TINGKATAN 3

-

Dibenci masyarakat

C) BAHAGIAN AQIDAH (6) Sifat sifat Rasul: (a) Sifat-sifat wajib bagi Rasul: - Siddiq / Benar - Amanah / Jujur - Tabligh / Menyampaikan - Fatonah / Bijaksana (b) Sifat-sifat mustahil bagi Rasul: - Kizbun / Dusta - Khianatun /Khianat - Kitmanun / Menyembunyikan - Baladatun/ bodoh (c )Sifat harus bagi Rasul : - Basyariah : para rasul bersifat sebagaimana manusia biasa seperti makan, minum, kahwin, sakit dll yang tidak menjejaskan martabat kenabian (d) Kepentingan mencontohi sifat-sifat wajib bagi Rasul: i. Siddiq - Disukai orang lain -Mendapat kepercayaan masyarakat ii. Amanah -Menjadi orang yang jujur dalam tindakan -Dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan iii. Tabligh -Dapat nasihat menasihati ke arah kebaikan -Dapat mencegah maksiat & kemungkaran iv. Fatonah -Rajin berusaha -Berfikir secara kritis & kreatif

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 25 TINGKATAN 3

(7)

Kesan beriman kepada Rasul: (a) Kesan beriman kepada rasul terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara: Individu Keluarga Masyarakat Negara -Meningkatkan keimanan kepada Allah -Memiliki akhlak mulia -Membina keluarga bahagia -Anggota keluarga kuat beribadah -Taat kepada Allah, rasul & pemimpin -Bekerjasama & tolong menolong -Sistem ekonomi negara bebas dari unsur riba -Membina kestabilan politik

(b) Sebab manusia perlu mencontohi para Rasul: Mereka adalah pilihan Allah Mereka membawa perkara-perkara yang hak Mereka menjadi contoh ikutan terbaik (c ) Akibat menolak sunnah Rasul terhadap individu, keluarga dan masyarakat dan negara: Individu Keluarga Masyarakat Negara -Hidup dalam kesesatan -Jauh dari rahmat Allah -Keluarga porak peranda -Anggota keluarga terdedah kepada kemungkaran -Masyarakat berpecah belah -Gejala social berleluasa dalam masyarakat -Huru hara -Mundur

(d) Implikasi yang menimpa pelajar yang berakhlak buruk: - Pelajar tidak berdisiplin

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 26 TINGKATAN 3

-

Terdedah kepada gejala sosial Dibenci oleh guru & rakan

(8)

Ismatur-Rasul: (a) Pengertian ismatur-Rasul: - Para Rasul terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat , dosa & perkara-perkara yang mencemarkan kemuliaan, ketaatan dan kemampuan mereka dalam menyampaikan wahyu Allah SWT (b) Hikmah Rasul bersifat maksum

-

Menjamin kewibawaan para nabi dan rasul Meyakinkan manusia tentang kebenaran risalah yang dibawa Menolak hujah orang yang mengingkari ajaran Rasul (c ) Sebab-sebab rasul dilantik di kalangan manusia: - Memudahkan manusia menerima ajaran rasul - Menjadi contoh dalam melaksanakan suruhan Allah SWT - Bersesuaian dengan sifat manusia sendiri (d( Pengertian mukjizat:

-

Perkara luar biasa yang dikurniakan Allah SWT kepada para Nabi dan Rasul (e) Jenis-jenis mukjizat beserta contoh: i. Maknawi : al-Quran ii. Hissi : Air keluar dari celah jari Rasulullah SAW (f) Tujuan Allah mengurniakan mukjizat kepada Rasul:

-

dibawa Membenarkan kenabian & kerasulan (g) Contoh mukjizat rasul:

Melemahkan musuh-musuh Allah SWT Membuktikan kebenaran risalah yang

1. Nabi Ibrahim : Tidak hangus dibakar api 2. Nabi Salleh: Unta keluar dari celah batu 3. Nabi Musa; Tongkat bertukar menjadi ular 4. Nabi Isa: Boleh menyembuhkan penyakit buta dan sopak

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 27 TINGKATAN 3

5. Nabi Sulaiman: Boleh memerintah angin 6. Nabi Yunus: Terselamat daripada perut ikan Nun 7. Nabi Muhammad: naik ke langit dalam peristiwa israk dan mikraj.

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 28 TINGKATAN 3

(9)

Kematian dan alam barzakh: (a) Pengertian mati: Proses perpindahan daripada hehidupan di alam dunia ke alam barzakh (b) Pengertian alam barzakh:

-

Alam bagi orang yang telah meninggal dunia sementara menunggu hari kebangkitan semula pada hari kiamat (c) Amalan amalan yang akan mengiringi seseorang ke alam barzakh Sedekah jariah Ilmu yang bermanafaat Doa anak yang soleh (d) Dua perbezaan kehidupan di alam barzakh bagi orang yang beriman dengan orang kafir & fasiq: 1. Orang beriman: - Kubur diluaskan - Kehidupan seumpama berada di taman syurga 2. Orang kafir & fasiq: - Dihimpit oleh kubur - Dikelilingi binatang berbisa (e) Sebab-sebab manusia perlu bersedia menghadapi kematian dan alam barzakh: Manusia tidak boleh kembali ke dunia lagi Nyawa keluar dengan mudah Selamat dari azab kubur Selamat dari azab neraka (f) Hikmah mengingati mati dan alam barzakh Mendorong diri beramal soleh Istiqamah dalam ibadah (g) Amalan-amalan menghadapi mati Bertaubat kepada Allah Melaksanakan segala perintah Allah Berkasih sayang sesama manusia

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 29 TINGKATAN 3

(10)

Dosa jambatan ke neraka: (a) Maksud dosa:

-

Balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hambanya yang tidak mematuhi perintah atau melanggar laranganNya (b) Pembahagian dosa beserta contohnya: - Dosa besar : berzina - Dosa kecil : Tidak mengurus diri (c) Cara-cara untuk menghapuskan dosa: - Dosa besar : bertaubat dengan taubat nasuha : memperbanyakkan istighfar - Dosa kecil : melakukan amalan-amalan sunat : memperbanyakkan istighfar (d) Dua perbezaan antara dosa dan pahala: Dosa -Balasan kejahatan -Mendapat nikmat neraka Pahala -Ganjaran kebaikan -Menfapat ganjaran syurga

(e) Nama-nama lain bagi dosa sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran. Al-ithmu Al-sayyiah Al-isyan (11) Al-Hisab perhitungan yang adil: (a) Pengertian al-Hisab: - Perhitungan amalan manusia di dunia sama ada baik atau jahat (b) Proses pelaksanaan al-Hisab: Allah menghitung semua amalan manusia Semua amalan di dunia akan didatangkan semula pada hari akhirat Setiap manusia akan diberi buku catatan

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 30 TINGKATAN 3

(c ) Kepentingan beriman dengan al-Hisab: - Supaya manusia tidak menyimpang daripada matlamat hidup - Mendorong manusia supaya tidak melakukan kezaliman - Membentuk masyarakat yang sanggup berjihad (d) Terangkan hikmah al-hisab: Berwaspada melakukan sesuatu perkara Takut melakukan dosa Menunjukkan keagungan dan kekuasaan Allah (e) Amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah pada hari akhirat: Ibadat solat

(12)

Al-Mizan neraca keadilan: (a) Pengertian al-Mizan: Neraca atau penimbang amalan manusia pada hari akhirat

(b) Kepentingan manusia beriman dengan al-Mizan: - Menentukan tempat seseorang sama ada ke syurga atau neraka - Mendorong seseorang rajin dan istiqamah melakukan amal soleh supaya timbangan kebaikan menjadi berat

(c) Perbezaan antara al-Mizan dengan al-Hisab:

-

Al-Mizan berlaku selepas al-Hisab

Al-Mizan adalah prosrs penentuan keputusan manakala al-Hisab mensabitkan amalan manusia samada baik atau jahat (d) Hikmah beriman dengan al-Mizan: Membuktikan keadilan Allah secara mutlak Mendorong manusia melakukan amalan

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 31 TINGKATAN 3

soleh Mecegah manusia daripada melakukan kejahatan (e) Dua perbezaan antara al-Mizan di akhirat dengan pertimbangan di dunia: Al-Mizan di akhirat 1. Menyeluruh, adil dan telus Pertimbangan di dunia 1. Terbatas dan tidak terjamin ketepatannya 2.Dilaksanakan tanpa dipengaruhi 2. Terdedah kepada pengaruh emosi emosi 3. Tetap dan tegas 3. Boleh berubah-ubah

(13)

Titian as-Sirat: (a) Pengertian al-Sirat: Titian yang merentang di atas neraka menuju ke syurga (b) Kepentingan beriman dengan al-Sirat: Melengkapkan kepercayaan kepada rukun iman

-

Melahirkan individu muslim yang baik

Amalan yang dilakukan bertepatan dengan syariat Allah (c ) Keadaan manusia ketika melalui titian al-Sirat: Bergantung kepada amalan masing ketika hidup: bergerak pantas bagi orang yang beramal soleh, manakala akan tergelincir bagi orang yang kufur (d) Hikmah beriman kepada al-Sirat: Meningkatkan ketakwaan kepada Allah Memberi kesedaran beramal soleh semasa di dunia Menberi keinsafan kepada manusia agar menjauhi larangan Allah (e) Usaha-usaha yang boleh dilakukan supaya berjaya melintasi titian alSirat:

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 32 TINGKATAN 3

-

Beristiqamah melakukan kebaikan Mematuhi hukum-hakam yang telah ditetapkan Memelihara diri supaya tidak tergelincir daripada manhaj Islam.

(14)

Kesan beriman kepada hari akhirat: (a) Kesan beriman kepada hari akhirat terhadap individu, keluarga dan masyarakat: 1. Individu: - Menunaikan ibadah dengan khusyuk - Bercakap dengan percakapan yng baik 2. keluarga: - Berkasih sayang dan hormat menghormati - Mewujudkan suasana ibadah dalam rumah tangga 3. Masyarakat: - Masyarakat hidup aman dan damai - Bekerjasama (b) Ciri-ciri orang yang beriman kepada hari akhirat: Melakukan perkara yang bermanafaat Memakai pakaian yang menutup aurat, kemas & sopan Tekun belajar Membuat perangan dengan teliti (c ) Langkah-langkah untuk meningkatkan keimanan kepada Allah: - Menuntut ilmu - Berzikir dan bertahlil - Berfikir dan mengambil iktibar daripada bencana alam - Menziarahi dan menunaikan solat jenazah

(15)

Beriman Kepada Qada dan Qadar: (a) Maksud Qada dan Qadar;

-

Qada : ketentuan Allah SWT yang azali terhadap semua makhluk Qadar : pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah SWT yang azali (b) Jenis-jenis Qada serta maksudnya:

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 33 TINGKATAN 3

1. Qada mubram : sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah dan tidak boleh berubah,. Contohnya kejadian siang & malam 2. Qada Muallaq : ketentuan Allah SWT terhadap sesuatu sesuai dengan usaha dan ikhtiar manusia. Contohnya kejayaan manusia bergantung kepada usaha & ketekunan namun hasilnya tidak dapat diketahui sebelum ia berlaku (c) Pengertian ikhtiar, tawakkal dan afalul-ibad; - Ikhtiar : Usaha manusia untuk melakukan sesuatu mengikut kehebdaknya bagi mencapai matlamat - Tawakkal : Berserah kepada Allah SWT setelah berusaha dan berikhtiar dengan bersungguhsungguh - Afalul-ibad : Perbuatan-perbuatan manusia (d) Hikmah tawakkal dalam kehidupan manusia:

-

Memantapkan keyakinan bahawa Allah SWT berkuasa melakukan apa-apa yang dikehendakinya Berusaha dan bekerja dengan bersungguhsungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan Tidak kecewa atau putus asa apabila mengalami kegagalan Memiliki jiwa yang tenang dan berani menghadapi pelbagai dugaan hidup. Tidak sombong, takabbur dan bangga diri (e) Hikmah beriman kepada Qada Dan Qadar: Memantapkan akidah seseorang Melahirkan sifat berani dan tetap pendirian Menghindarkan diri dari perkara-perkara haram

-

Sabar dan redha dengan takdir Allah SWT. Tidak putus asa walaupun gagal

(f) Bentuk-bentuk salah faham terhadap Qada dan Qadar:

-

Fahaman bahawa segala perkara telah ditentukan oleh Allah SWT dan manusia tidak perlu berusaha Fahaman yang meletakkan kesalahan kepada takdir apabila mengalami kesusahan hidup Fahaman bahawa beriman kepada Qada dan Qadar

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 34 TINGKATAN 3

boleh membawa kepada kemunduran dan menghalang kemajuan

(g) Hujah untuk menolak fahaman yang salah tentang Qada dan Qadar. - Beriman kepada Qada dan Qadar mendorong manusia supaya lebih berusaha gigih dan bersungguh-sungguh kerana manusia tidak mengetahui ketentuan Allah SWT. Beriman kepada Qada dan Qadar menjana sifatsifat positif ke arah kecemerlangan hidup

-

Beriman kepada Qada dan Qadar dapat mengeratkan hubungan manusia dengan Allah SWT. D) BAHAGIAN IBADAH: (16) Solat Aidil-fitri & Aidil Adha: (a) Maksud solat sunat aidil-fitri dan solat sunat aidil-adha: Solat hari raya Aidilfitri : Solat sunat dua rakaat yang ditunaikan pada pagi 1 syawal Solat hari raya Aidil Adha : Solat sunat dua rakaat yang ditunaikan pada pagi 10 zulhijjah (b) Amalan-amalan yang boleh dilakukan sebelum menunaikan solat sunat aidil-fitri dan solat sunat aidil-adha: Menghidupkan malam raya dengan beribadah kepada Allah Mandi sunat pada pagi hari raya Memakai pakaian yang baru dan bersih Memakai wangi-wangian bagi kaun lelaki Bermaafan dengan ibu bapa dan keluarga Pergi awal ke masjid (c ) Bilangan takbir dan tasbih ketika solat sunat Aidil-fitri dan solat sunat Aidil-adha: Pada rakaat pertama: Takbir : 7 kali Tasbih : 6 kali Pada rakaat kedua: Takbir : 5 kali Tasbih : 4 kali (d) Perbezaan antara solat sunat hari raya dengan solat jumaat: Solat Hari Raya Solat Jumaat

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 35 TINGKATAN 3

-Hukum sunat -Lelaki & perempuan -Waktu : pagi -Khutbah : selepas solat

-Hukum wajib -Lelaki sahaja -Waktu : zohor -Khutbah : sebelum solat

(e) Hikmah solat hari raya : Menzahirkan kesyukuran dan meningkatkan keimanan kepada Allah Mengukuhkan perasaaan kasih sayang Mengeratkan hubungan silaturrahim Menzahirkan syiar Islam Mendapat ilmu dan pengajaran menerusi khutbah raya (f) Kepentingan takbir raya: Melahirkan kesyukuran kepada Allah Meninggikan syiar Islam Mengingatkan kita tentang kebesaran Allah Memantapkan semangat perjuangan umat Islam

(17)

Solat sunat hajat: (a) Maksud solat sunat hajat: Solat yang ditunaikan untuk kita memohon sesuatu hajat kepada Allah sama ada ingin mendapat sesuatu kebaikan atau menolak sesuatu keburukan (b) Tujuan seseorang melakukan solat sunat hajat: Mendekatkan diri kepada Allah Mengakui kelemahan diri serta memohon sesuatu hajat kepada Allah Melatih diri supaya sentiasa berharap kepada pertolongan Allah Mengimbangi jiwa redha dengan ketentuan Allah (c ) Kaifiat solat sunat hajat secara ringkas:

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 36 TINGKATAN 3

-

Pada rakaat pertama : Lafaz niat Takbiratulihram Membaca doa iftitah Baca surah al-fatihah Baca surah al-kafirun Rukuk dan sujud seperti biasa

Pada rakaat kedua Baca surah al-fatihah Baca surah al-Ikhlas Rukuk, sujud, tahiyat akhir dan memberi salam Membaca doa (mana-mana doa atau doa yang mathur)

(d) Dua perbezaan antara solat sunat hajat dengan solat sunat rawatib: Solat hajat -Boleh dilakukan bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan -Boleh dilakukan dua, empat atau dua belas rakaat -Terdapat doa khusus yang mathur -Boleh dilakukan secara berjemaah Solat rawatib -Dilakukan sebelum atau selepas solah fardhu -Dilakukan dua atau empar rakaat sahaja -Tidak terdapat doa khusus -Hanya dilakukan secara bersendirian

(e) Hajat-hajat yang sesuai dipohon menerusi solat sunat hajat: Mendapat sesuatu kebaikan duniawi Mendapat sesuatu kebaikan ukhrawi Dijauhkan daripada keburukan duniawi Dijauhkan dari keburukan ukhrawi (f) Tindakan yang perlu diambil apabila permohonan seseorang dimakbulkan:

-

Bersyukur kepada Allah SWT dengan mengerjakan solat sunat syukur Menggunakan anugerah yang diperolehi untuk tujuan kebajikan Bersikap merendah diri Istiqamah melakukan solat sunat hajat

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 37 TINGKATAN 3

(g) Tindakan yang perlu diambil apabila permohonan seseorang tidak dimakbulkan: Tidak berputus asa melakukan solat sunat hajat

-

Bertawakkal kepada Allah SWT

Meyakini Allah SWT memberi pahala pada hari akhirat atas solat hajat yang dilakukan Bertaubat kepada Allah SWT

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 38 TINGKATAN 3

(18)

Solat Sunat Tahajjud: (a) Maksud solat sunat tahajjud; Solat sunat yang dilakukan setelah terjaga daripada tidur pada waktu malam walaupun tidur hanya sebentar (b) Waktu yang paling afdhal untuk menunaikan solat sunat tahajjud : 1/3 malam (c ) Hikmah mengerjakan solat sunat tahajjud: Sentiasa mendapat pengawasan dan pemeliharaan Allah Dipermudahkan hisab dan senang melalui titian as-sirat pada hari akhirat Menerima buku catatan amalan pada tangan kanan Allah mudahkan urusan hidupnya Doa dimakbulkan dan dimurahkan rezeki (d) Perbezaan antara solat sunat tahajjud dengan solat sunat hajat: Solat tahajjud -Dilakukan sebagai permulaan ibadah pada waktu malam -Masa: setelah terjaga daripada tidur pada waktu malam -Afdhal dilakukan secara bersendirian Solat hajat -Dilakukan kerana memohon bantuan Allah -Boleh dilakukan pada waktu malam atau siang -Boleh dilakukan bersendirian atau berjemaah

(e) Solat sunat tahajjud dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin: Sentiasa menepati masa Sentiasa mengingati Allah Takut melakukan kesalahan Sentiasa melakukan kebaikan

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 39 TINGKATAN 3

(19)

Zakat harta: (a) Pengertian zakat harta: Mengeluarkan sebahagian harta tertentu, untuk diberikan kepada golongan tertentu, pada masa tertentu, dan dengan syarat-syarat tertentu (b) Perbezaan antara zakat harta, sedekah dan cukai: Zakat harta -Wajib -Sekali dalam setahun -Jenis harta :ditentukan syarak -Kadar:ditentukan syarak Cukai -Tanggungjawab disisi undangundang -Bila-bila masa -Sekali dalam setahun -Sebarang harta yang -Harta atau halal pendapatan -Mengikut -Ditentukan oleh kemampuan pihak kerajaan -Sunat Sedekah

(c ) Syarat-syarat wajib zakat harta: Islam Merdeka Cukup nisab Genap haul Sempurna milik (d) Jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat: Binatang ternakan Hasil pertanian Hasil perniagaan Emas, perak dan mata wang Harta rikaz dan galian (e) Hikmah mengeluarkan zakat harta:

-

Dapat beribadat kepada Allah dengan harta kekayaan Dapat membuktikan kesyukuran terhadap nikmat anugerah Allah Membentuk sifat pemurah, prihatin dan suka menghulurkan pertolongan Mengurangkan jurang perbezaan kekayaan dalam masyarakat Mengeratkan hubungan silaturrahim antara

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 40 TINGKATAN 3

orang kaya dan orang miskin (f) Lapan asnaf penerima zakat: Fakir Miskin Amil Muallaf Hamba

-

Al-gharimin (orang yang berhutang pada jalan Allah) Fi sabilillah (orang yang berjuang menegakkan syiar Islam) Ibnu Sabil (orang musafir yang terputus perbelanjaan) (g) Hikmah penetapan asnaf penerima zakat: Membantu orang fakir dan miskin meneruskan kehidupan Menghargai sumbangan tenaga Amil Menarik orang yang baru memeluk Islam supaya berusaha mendalami ajaran Islam Supaya hamba beroleh kemerdekaan dengan segera Memberi peluang kepada orang yang berhutang bebas daripada belenggu hutang Untuk membantu orang yang musafir dalam perjalanan (h) Peranan Pusat Pungutan Zakat: Memungut, mengumpul dan meningkatkan kutipan zakat negeri Memudahkan umat Islam mengeluarkan zakat Membuat agihan zakat kepada lapan golongan asnaf dengan adil dan berkesan Memberi penerangan keutamaan mengeluarkan zakat kepada masyarakat (i) Dua cadangan untuk meningkatkan kesedaran umat Islam tentang kepentingan mengeluarkan zakat: Memperkenalkan cara yang sistematik menerusi operasi komputer secara on-line Memperbanyakkan kaunter-kaunter bayaran zakat di pusat-pusat membeli belah Mengedarkan risalah risalah berkaitan zakat untuk orang ramai

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 41 TINGKATAN 3

E) BAHAGIAN SIRAH DAN TAMADUN ISLAM: (20) Saidatina Aisyah ra: a. Biodata Saidatina Aisyah secara ringkas: - Nama: Aisyah bt. Abu Bakar as-Siddiq - Gelaran: Al-Humaira - Tempat lahir : Mekah al-Mukarramah - Nama suami : Muhammad b. Abdullah b. Sifat-sifat mulia Saidatina Aisyah ra: - Bersungguh-sungguh menuntut ilmu - Sabar, cekal dan tabah - Dermawan - Taat dan patuh kepada ibu bapa dan suami c. Faktor-faktor keunggulan jati diri beliau: - Keimanan yang kukuh - Mendampingi Rasulullah SAW setelah menjadi isteri baginda - Ilmu pengetahuan yang tinggi dan mendalam - Bersemangat jihat yang tinggi - Memelihara maruah diri d. Jasa dan sumbangan Saidatina Aisyah ra: - Meriwayatkan lebih dari 1210 hadis - Menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai e. Maksud Ummul-Mukminin dan kenapa beliau digelar sedemikian: Maksud : Ibu kepada seluruh orang yang beriman Sebab: Menjadi tempat rujukan selepas kewafatan Rasulullah f. Sumbangan beliau dalam bidang tafsir dan kewanitaan: Bidang Tafsir Bidang kewanitaan -Memperkaya bidang tafsir al-Quran -Sering dijadikan tempat rujukan bagi para sahabat -Memberi fatwa tentang hal-hal berkaitan kewanitaan -Seorang pejuang Islam yang bersama-sama

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 42 TINGKATAN 3

Rasulullah dalam beberapa peperangan . g. Cara mencontohi sifat-sifat Saidatina Aisyah sebagai seorang pelajar: - Bersungguh-sungguh menuntut ilmu - Mentaati ibubapa - Suka menghulurkan bantuan - Menyampaikan ilmu kepada orang lain h. Peranan yang perlu diamalkan oleh wanita masa kini untuk membangunkan negara: Menceburkan diri dalam bidang pendidikan

(21)

Menceburkan diri dalam bidang perubatan

Piagam Madinah (a) Maksud Piagam Madinah: Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui bersama oleh semua golongan yang terdiri daripada orang Islam dan yahudi yang menjadi warga negara Madinah di bawah pimpinan Rasulullah SAW (b) Peristiwa yang berlaku sebelum penggubalan Piagam Madinah: Perjanjian Aqabah I Penerimaan masyarakat Yathrib terhadap agama Islam Perjanjian Aqabah II (c ) Isi-isi kandungan Piagam Madinah:

-

Mengakui Muhajirin dan Ansar sebagai satu umat yang bertanggunggjawab terhadap Allah, Rasul & umat Islam Mengakui kewujudan orang Yahudi Setiap kaum mempunyai kebebasan beragama Setiap individu tidak boleh menyakiti, menzalimi dan memusuhi individu atau kaum lain

-

Rasulullah SAW sebagai ketua agama

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 43 TINGKATAN 3

(d) Kesan Piagam Madinah: Politik: Terbentuk negara Islam pertama Semangat patriotik mempertahankan negara Pentadbiran

-

-

Rasulullah SAW diiktiraf sebagai ketua negara Penempatan masyarakat yang tersusun Sosial Perpaduan kaum dapat diwujudkan Kemakmuran negara dapat dirasai bersama Ekonomi Perdagangan berjalan dengan pesat Bidang penternakan, pertanian dan perusahaan semakin meningkat

(e) Hikmah di sebalik pembentukan Piagam Madinah: Wujud peruntukan yang melindungi hakhak individu Pelaksanaan syariat Islam secara menyeluruh Bukti Islam satu cara hidup yang lengkap Dakwah Islam berkembang pesat Keamanan dan keharmonian terjamin (f) Kepentingan peraturan dalam kehidupan manusia: Memastikan wawasan kerajaan tercapai Menyusun kehidupan sosial Melaksanakan setiap perancangan ekoomi Menjamin pembahagian kekayaan dengan saksama dan adil Menjalankan program pendidikan yang berkesan (g)Akibat tidak mematuhi peraturan:

-

Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri Masyarakat hidup dalam keadaan huruhara

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 44 TINGKATAN 3

-

Berlaku perbalahan dan pergaduhan Negara nenjadi mundur Imej bangsa dan negara akan tercemar

(22)

Perjanjian Hudaibiah: (a) Maksud Perjanjian Hudaibiah:

-

Perjanjian damai yang membawa kepada gencatan senjata antara Rasulullah SAW dengan masyarakat Quraisy. (b) Tarikh Perjanjian Hudaibiah Bulan zulkaedah, tahun 6 hijrah Sebab dinamakan demikian : sempena nama tempat perjanjian dimeterai iaitu Hudaibiah (c ) Sebab-sebab yang membawa kepada Perjanjian Hudaibiah:

-

Keputusan Rasulullah SAW untuk menunaikan umrah bersama-sama sahabat dihalang Ketaatan dan kepatuhan para sahabat kepada kepimpinan Rasulullah SAW. Kebijaksanaan Rasulullah SAW mengatur strategi menghadapi kaum musyrikin Quraish Sikap umat Islam yang cintakan keamanan (d) Tiga isi kandungan Perjanjian Hudaibiah: Gencatan senjata selama 10 tahun Orang Islam tidak dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun tersebut Kedua-dua pihak dibenarkan membuat perjanjian lain yang disukai Orang Mekah yang datang ke Madinah , hendaklah dihantar balik ke Mekah, sebaliknya orang Madinah yang datang ke Mekah tidak akan dipulangkan semula kepada pihak Islam Madinah (e) Tiga hikmah Perjanjian Hudaibiah: Terhindar daripada pertumpahan darah

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 45 TINGKATAN 3

antara orang Islam dengan Musyrikin Mekah Perjanjian ini adalah faktor utama kepada Pembukaan Kota Mekah

-

Orang Islam dan Musyrikin Quraisy bebas berinteraksi antara satu sama lain Orang Islam bebas menyebarkan dakwah Islam Ramai daripada kaum Quraisy telah memeluk Islam secara terang-terangan (f) Persiapan Rasulullah SAW semasa mengerjakan umrah:

-

Memakai pakaian ihram di Zulhulaifah Membawa binatang ternakan Sentiasa bertalbiah sepanjang perjalanan Sentiasa bermesyuarat dalam membuat sesuatu keputusan (g) Tiga tindakan susulan selepas perjanjian Hudaibiah: Menghantar utusan ke negara asing untuk menyeru Raja-rajanya memeluk Islam Menghantar utusan kepada kabilah-kabilah sekitar Madinah Memantapkan kedudukan negara Islam Madinah dan bersedia kembali semula ke Mekah apabila mendapat peluang. (23) Pembukaan Kota Mekah: (a) Tarikh berlaku Pembukaan Kota Mekah: Bulan Ramadhan, tahun 8H (b) Sebab dinamakan Pembukaan Kota Mekah:

-

Pembebasan kota Mekah dari sebarang pengaruh dan amalan kafir Quraisy tanpa sebarang pertumpahan darah. (c ) Strategi Rasulullah SAW semasa Pembukaan Kota Mekah: Mengemukakan tiga tuntutan terhadap

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 46 TINGKATAN 3

Musyrikin Quraish

-

Mendirikan khemah Menyalakan unggun api Tawaran keselamatan Masuk ke Kota Mekah melalui 4 penjuru yang berlainan (d) Langkah-langkah Rasulullah SAW selepas berjaya menawan Kota Mekah:

Kaabah

Memusnahkan berhala di sekeliling Solat sunat di Maqam Ibrahim

-

Laungan azan oleh Bilal bin Rabah ra Memberi ucapan pertama kepada penduduk Mekah Memberi pengampunan kepada pihak musuh (e) Faktor-faktor yang membawa kepada kejayaan Pembukaan Kota Mekah:

-

Strategi Rasulullah SAW yang berkesan Semangat jihad umat Islam yang tinggi Penduduk Mekah tertarik dengan Islam Perpaduan umat Islam yang kukuh Pembesar Quraisy memeluk Islam Tentera musyrikin Quraisy bertambah

lemah

(f) Tiga kesan Pembukaan Kota Mekah: Tanah haram Mekah menjadi kawasan larangan kepada orang bukan Islam

-

Dakwah Islam berkembang pesat sehingga tersebar luas di luar Semenanjung Tanah Arab Masyarakat Mekah hidup aman dan damai Penduduk Mekah memeluk Islam beramairamai (g) Pembukaan Kota Mekah menjadi bukti bahawa Islam adalah agama yang harmoni: Tidak berlakunya pertumpahan darah Strategi dilakukan dengan terancang dan

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 47 TINGKATAN 3

tersusun Amalan memberi kemaafan kepada orang lain Perpaduan ummah menjamin kejayaan F) ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH (24) Adab Menjalankan Tugas: (a) Konsep bekerja dalam Islam: Bekerja adalah tuntutan dan tanggungjawab manusia di muka bumi Setiap orang wajib melaksanakan kerja mengikut keupayaan dan kepakaran yang dianugerahkan oleh Allah

-

Orang yang menjalankan tugas dengan sempurna akan mendapat ganjaran pahala (b)Adab-adab ketika menjalankan tugas: Mulakan tugas dengan lafaz bismillah Menyelesaikan tugas pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan Sentiasa berpakaian menutup aurat, kemas & sesuai semasa menjalankan tugas Bertoleransi dan bekerjasama semasa bertugas Mematuhi arahan ketua (c ) Sikap-sikap negatif semasa bertugas: Menyiapkan tugas tidak mengikut masa yang telah ditetapkan Mementingkan diri sendiri dan tidak bertimbang rasa Tidak bekerjasama dengan rakan setugas Malas berusaha dan mencuri tulang

-

Bekerja hanya untuk mendapat pujian dan sanjungan semata-mata (d) Ciri-ciri pekerja yang baik: Menganggap pekerjaan sebagai satu ibadah Melaksanakan kerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 48 TINGKATAN 3

Bertanggungjawab, jujur dan amanah semasa bekerja Istiqamah dalam pekerjaan Tidak meninggalkan ibadah wajib (e) Kelebihan mengamalkan adab ketika bertugas: Kerja dan tugas yang dilakukan mendapat keberkatan Ganjaran atau pendapatan yang diperolehi menjadi rezeki yang halal Hasil kerja yang dilakukan mendapat faedah yang berpanjangan Hubungan silaturrahim antara rakan setugas menjadi lebih rapat

(f) Akibat tidak bertanggungjawab semasa bertugas: Kerja yang diamanahkan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna Tidak dapat mencapai matlamat sesuatu program Hasil pengeluaran atau dapatan tidak berkualiti

-

Hilang kepercayaan daripada orang ramai Membantut dan menghalang kemajuan sesebuah negara (g) Adab-adab menjalankan tugas sebagai seorang pelajar: Belajar dengan bersungguh-sungguh Sentiasa berdisiplin semasa belajar Tidak ponteng kelas atau ponteng sekolah Sentiasa mematuhi arahan guru Tidak membazirkan masa dengan perkaraperkara yang tidak berfaedah (25) Adab berpidato: (a) Maksud pidato:

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 49 TINGKATAN 3

Ucapan yang disampaikan oleh seseorang di khalayak ramai (b) Format-format pidato: Mukaddimah / pendahuluan Isi Penutup (c ) Adab-adab ketika berpidato: Berpakaian kemas, bersesuaian dengan kehendak Islam

-

sopan Ucapan yang tidak menyentuh peribadi seseorang

Menyampaikan pidato secara berhikmah Isi kandungan sesuai dengan tajuk Ucapan tidak menyentuh perkara sensitif Menggunakan bahasa yang sesuai dan

(d) Perbezaan ciri-ciri pidato yang baik dengan pidato yang tidak baik: Pidato yang baik Menggunakan bahasa yang sopan, nada suara dan gaya yang sesuai Ucapan tidak terlalu lama dan tidak terlalu ringkas Bersandarkan kepada hujahhujah al-Quran dan hadis Ucapan yang penuh keyakinan, fasih dan lancar Pidato yang tidak baik Menggunakan suara yang kasar dan kesat Ucapan terlalu lama atau terlalu ringkas Tiada hujah yang kukuh Ucapan yang gagap dan tersekat-sekat

(e) Dua cara menjadi pemidato yang baik: Berilmu pengetahuan Ada kemahiran berpidato Penuh keyakinan Peribadi yang baik (f) Dua kesan pidato yang baik: Pidato yang disampaikan boleh mengubah

SOALAN TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM 50 TINGKATAN 3

sikap pendengar

-

Dapat menyatupadukan masyarakat Memberi motivasi ke arah perpaduan

(g) Dua akibat tidak beradab semasa berpidato: Tidak memberi sebarang kesan positif Menjatuhkan maruah seseorang Masyarakat berpecah belah dan bersengketa