soalan dan jawapan titas

9
Jelaskan secara kritikal kesan-kesan pertemuan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Hindu yang berlaku dalam zaman Kesultanan Islam Delhi. Pendahuluan Kesultanan Delhi ialah satu rangkaian dari beberapa pemerintahan Islam yang berpusat di Delhi. Zaman kekuasaan Kesultanan Delhi ialah selama 320 tahun, bermula dari tahun 1206 hingga 1526 Masihi. Dinamakan Kesultanan Delhi kerana para pemerintahnya menggunakan gelaran Sultan dan pusat pemerintahannya ialah di Delhi. Kesan-kesan Di antara kesan pertemuan Tamadun Islam dengan Tamadun Hindu yang berlaku di bawah pemerintahan kesultanan Delhi ialah : Dalam ilmu pengetahuan Ajaran falsafah Islam telah membawa perubahan dalam bidang ilmu mistik Hindu dan ajaran mistik Hindu pula mempengaruhi kewibawaan sesetengah aliran tasawuf dalam Islam. Para intelek Islam banyak yang menyelidik falsafah Hindu, ilmu perubatan dan ilmu astrologi Hindu. Pakar- pakar astronomi Hindu pula banyak meminjam istilah- istilah astronomi Islam dan menerima teori dan pendapat pakar-pakar astronomi Islam. Penyair-penyair Islam telah memperkenalkan suatu bentuk karangan puisi kepada sastera Hindu. Dalam kesenian Tamadun Islam banyak mempengaruhi Tamadun Hindu khususnya dalam semi bina dan seni reka bentuk bangunan. Lebih jelas lagi dengan adanya percampuran antara orang-orang Islam dengan orang-orang Hindu telah melahirkan suatu bahasa baru yang terkenal sebagai bahasa Urdu. Kesimpulan Dijelaskan serba ringkas tentang adanya penyerapan Tamadun

Upload: azahari-bin-abdullah-azahari

Post on 15-Feb-2015

828 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

for education

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Dan Jawapan Titas

Jelaskan secara kritikal kesan-kesan pertemuan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Hindu yang berlaku dalam zaman Kesultanan Islam Delhi. PendahuluanKesultanan Delhi ialah satu rangkaian dari beberapa pemerintahan Islam yang berpusat di Delhi. Zaman kekuasaan Kesultanan Delhi ialah selama 320 tahun, bermula dari tahun 1206 hingga 1526 Masihi. Dinamakan Kesultanan Delhi kerana para pemerintahnya menggunakan gelaran Sultan dan pusat pemerintahannya ialah di Delhi. Kesan-kesanDi antara kesan pertemuan Tamadun Islam dengan Tamadun Hindu yang berlaku di bawah pemerintahan kesultanan Delhi ialah :   Dalam ilmu pengetahuan

Ajaran falsafah Islam telah membawa perubahan dalam bidang ilmu mistik Hindu dan ajaran mistik Hindu pula mempengaruhi kewibawaan sesetengah aliran tasawuf dalam Islam.

Para intelek Islam banyak yang menyelidik falsafah Hindu, ilmu perubatan dan ilmu astrologi Hindu. Pakar-pakar astronomi Hindu pula banyak meminjam istilah-istilah astronomi Islam dan menerima teori dan pendapat pakar-pakar astronomi Islam.

Penyair-penyair Islam telah memperkenalkan suatu bentuk karangan puisi kepada sastera Hindu.

 Dalam kesenian

Tamadun Islam banyak mempengaruhi Tamadun Hindu khususnya dalam semi bina dan seni reka bentuk bangunan.

Lebih jelas lagi dengan adanya percampuran antara orang-orang Islam dengan orang-orang Hindu telah melahirkan suatu bahasa baru yang terkenal sebagai bahasa Urdu.

 KesimpulanDijelaskan serba ringkas tentang adanya penyerapan Tamadun Islam dalam perkembangan Tamadun Hindu dan adanya pengaruh Tamadun Hindu di dalam perkembangan pemikiran Tamadun Islam.

Page 2: Soalan Dan Jawapan Titas

Galurkan pertembungan awal di antara orang-orang Islam dengan negeri China dalam bidang politik, ketenteraan dan perdagangan. PendahuluanHubungan di antara negeri China dengan orang Arab sudah terjalin beberapa abad sebelum kelahiran Islam, setidak-tidaknya sejak abad ke-4 Masihi. Pada ketika itu, hubungan mereka boleh dikatakan hanya terbatas dalam bidang perniagaan/perdagangan sahaja. Tetapi setelah kelahiran Islam, hubungan tersebut menjadi semakin luas, bukan sahaja yang berkaitan dengan aspek politik dan ketenteraan malah dalam bidang lain yang berkaitan dengan sosio-budaya. Isi-isi Pada tahun 651M, Maharaja China, Yong Hui telah mengirim tentera bantuan

kepada Maharaja Parsi, Yesdegrid III bagi memerangi tentera Islam di Merv (Khurassan), tetapi telah ditewaskan oleh gabenornya, Atnaf bin Qays al-Tamimi. Peristiwa ini berlaku pada zaman Khalifah Uthman bin Affan ra.

Setelah itu, Khalifah Uthman menghantar wakilnya ke negeri China dengan memberi amaran keras terhadap Maharaja China itu yang pada ketika itu memerintah Dinasti Tang (618-907).

Kerajaan Tang seterusnya mengikuti perkembangan tentera Islam serta mencatatkan kegagalan Muawiyah menawan kota Konstantinople pada tahun 675M.

Pada zaman Khalifah al-Walid bin Abdul Malik (705-715) suatu ekspedisi pimpinan Qutaibah bin Muslim al-Bahili telah dihantar ke kawasan Asia Tengah. Dalam ekspedisi ini, tentera Qutaibah telah bertempur dengan tentera dari India yang disokong oleh tentera dari negeri China, tetapi kemenangan adalah di pihak Qutaibah.

Pada tahun 713M, Qutaibah telah menghantar perutusannya seramai 6 orang ke negeri China bagi menyatakan hasratnya untuk menawan negeri tersebut setelah berjaya menundukkan beberapa buah negeri di kawasan Asia Tengah yang bersempadan dengan negeri China termasuk Bukhara dan Samarkand.

Pada tahun 726M, Khalifah Hisyam telah menghantar wakil/dutanya ke negeri China untuk menemui Maharaja Hsuan Tsung.

Di akhir-akhir pemerintahan Bani Umayyah, sekumpulan puak Syiah Zaidiah telah berhijrah dari Khurassan ke negeri China kerana takut diperangi tentera Bani Umayyah (Nur al-Din Muhamad al-Qufi, Kitab Jami al-Hikayut, Manuskrip British Museum, fol. 368 - dipetik oleh M. Broomhall dalam bukunya, Islam in China, h. 20).

Hubungan perdagangan antara negeri China dengan orang Arab sudah bermula sejak abad ke-4M lagi. Hubungan ini dilakukan menerusi dalan laut di antara pantai Semenanjung Arab di kawasan Teluk Parsi dengan kawasan pantai negeri China di sebelah Selatan, khususnya Canton.

Page 3: Soalan Dan Jawapan Titas

Menurut JC Van Leur dalam bukunya, Indonesian Trade and Society, 1960, h. 9, sekitar abad ke-4M sudah terdapat perkampungan Arab di Canton (Kwang Chow). Mereka itu bergiat dalam bidang perdagangan.

Pada tahun 618M dan 626M, perkampungan Arab Islam masih disebut-sebut oleh para penulis sejarah Islam di negeri China. Menurut H. Ibrahim Tien Ying Ma dalam bukunya, Perkembangan Islam di Tiongkok, Penerbit Bulan Bintang, Jakarta, 1979, h. 31, menjelang berakhirnya Dinasti Tang terdapat seramai 120,000 orang penghijrah di Tiongkok (China) dan 80% daripadanya adalah keturunan Arab yang bergiat dalam bidang perdagangan.

Kaum perniaga Arab yang berada di negeri China telah diislamkan oleh mubaligh yang terkenal iaitu Sa'd bin Lubaid al-Hasbyi dan rakannya bernama Yusuf. Mereka berdua tiba di negeri China di sekitar tahun 9H-14H.

Setelah itu ramai orang Islam datang berniaga di China, terutama di Canton, San Gan You dan Yunnan. Barang-barang yang diperniagakan (dari negeri China) ialah kertas, kain, teh, sutera, porselin, ubat-ubatan, (dari negeri Arab) ialah bau-bauan, permata, kulit binatang, mutiara, batu permata dan sebagainya.

Sungguhpun negeri-negeri di Semenanjung Arab sebelum turunnya al-Quran masih mundur namun mereka tidaklah terpisah dari tamadun dunia. Bincangkan faktor-faktor yang menghubungkan mereka dengan tamadun dunia. PendahuluanSemenanjung Arab terbahagi kepada dua kawasan: tengah dan pinggir. Kawasan tengah diliputi padang pasir dan hampir terbiar dan tidak terdedah kepada pengaruh asing. Tetapi kawasan pinggir laut adalah sebaliknya. Ia terdedah kepada pengaruh asing. Dari kawasan pinggir inilah verlaku perhubungan di antara orang Arab dengan bangsa-bangsa asing termasuk Greek, India, Rom, Parsi dan sebagainya. Kawasan pinggir laut pula boleh dibahagikan kepada dua: Selatan dan Utara. Di sebelah Utara terdapat beberapa buah kerajaan: Anbat (Nabatean), Tadmur (Palmyra), Ghassan dan Hirah. Sementara di sebelah Selatan pula ialah Kerajaan Ma'in, Saba' dan Himyar. Kerajaan-kerajaan tersebut juga boleh dibahagikan kepada dua kategori: yang dipengaruhi secara langsung oleh bangsa asing, yang dipengaruhi secara tidak langsung oleh bangsa-bangsa asing seperti Kerajaan Ma'in, Qataban dan Saba' di Selatan, Anbat dan Tadmur di Utara. Sementara yang dipengaruhi secara langsung oleh bangsa asing ialah Kerajaan Ghassan dan Hirah di Utara, Himyar di Selatan. Faktor-faktorGeografiSemenanjung Arab terletak di pertengahan jalan perdagangan antara Barat dan Timur.   Perdagangan Semenanjung Arab, khususnya bahagian pantai, mempunyai eksport seperti rempah, bau-bauan, kulit binatang dan lain-lain. Di situ juga terdapat beberapa pelabuhan penting

Page 4: Soalan Dan Jawapan Titas

seperti Adna dan Siraf di Selatan, Ubullah dan Syu'aibah di Utara bagi mengendalikan pertukaran barangan, import dan eksport. Di sinilah berlakunya perhubungan di antara orang-orang Arab dengan saudagar-saudagar yang datang dari negeri India, China, Parsi dan sebagainya. Negara Habshah dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Hijaz. Orang-orang daripada negara itu pada zaman Kerajaan Ma'in, Saba' dan Himyar sering berulang alik ke Hijaz kerana ingin memonopoli perniagaan rempah di sana.   Hubungan Diplomatik Negara-negara Arab tersebut mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara asing termasuk Greek, Rom, Parsi dan India. Malah ada antaranya yang mengikat perjanjian dan bernaung di bawah kuasa-kuasa asing, iaitu Ghassan di bawah Rom, Hirah di bawah Parsi. Manakala Himyar jatuh ke tangan Habshah untuk beberapa tahun setelah itu.   Ketenteraan Empayar Rom dan Parsi sering berperang untuk mendapatkan kuasa di Semenanjung Arab. Justeru itu, negera-negara Arab di kawasan pantai telah meniru sistem pentadbiran tentera Rom dan Parsi.   Agama Bangsa-bangsa asing telah membawa agama masing-masing ke Semenanjung Arab. Orang-orang Rom dan Habshah membawa agama Kristian. Orang-orang PArsi membawa agama Majusi. Sementara pedagang-pedangan dan pelarian Yahudi membawa agama Yahudi dan fahaman monoteisme. Agama Kristian tersebar di Najran, agama Yahudi di Yathrib, Wadi al-Qura sementara agama Majusi di Yaman dan Hirah.   Ilmu Pengetahuan Dengan kedatangan bangsa-bangsa asing itu, bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti kejuruteraan, senibina, pertanian, kebudayaan dan politik tersebar di kawasan pinggir Semenanjung Arab.   Menerusi Parsi dan Habshah, pengaruh bahasa turut juga berlaku, sementara orang-orang Yahudi pula turut mempengaruhi penduduk Hijaz dalam kegiatan pertanian, perdagangan dan pertukangan.

Orang Arab Jahiliah merupakan bangsa yang bertamadun. Bincangkan. Pendahuluan

Tamadun hendaklah diertikan sebagai pembangunan duniawi yang terbatas kepada aspek fizikal semata-mata seperti politik, ekonomi dan seumpamanya.

Jahiliah hendaklah diertikan sebagai bodoh atau kebodohan hanya berkaitan dengan soal keagamaan semata, iaitu kebodohan orang Arab zaman itu dari aspek aqidah kepercayaan, hukum-hukum dan akhlak. Oleh itu, kebodohan meerka

Page 5: Soalan Dan Jawapan Titas

tidaklah bererti bahawa mereka itu tidak bertamadun dan berkamajuan dalam aspek duniawi.

 Aspek-aspek Tamadun Orang Arab JahiliahAspek Kebudayaan

Orang Arab Jahiliah telah mencapai kemajuan yang tinggi dalam bahasa. Di kalangan mereka dapat penyair-penyair yang terkenal hingga ke hari ini. Di antaranya seperti Umar al-Qais, Antarah, Shear, Naqabat dan lain-lainnya. Mereka telah menghasilkan karya-karya sastera yang amat tinggi mutunya, idea-idea yang terdapat di dalamnya mengandungi pemikiran dan unsur-unsur falsafah.

Orang-orang Arab Jahiliah mempunyai kemahiran di dalam seni bina seperti Empangan Maa'rib.

Orang-orang Arab Jahiliah mempunyai kemahiran dalam bidang membuat barangan seperti bertenun pakaian dan membuat alat-alat dan perabut.

 Aspek Ekonomi

Orang Arab Jahiliah telah mencapai kemajuan ekonomi dalam bidang perdagangan. (a) Kota Mekah telah menjadi pusat perdagangan yang terkenal pada zaman itu; (b) Orang-orang Quraisy telah menjadi pedagang-pedagang yang terkenal. Pada musim sejuk, mereka berdagang ke Yaman dan di musim panas ke Syam. Mereka juga telah mengadakan perdagangan dengan pelbagai negeri luar seperti India, Parsi, Mesir dan sebagainya.

Orang Arab Jahiliah juga telah mencapai kemajuan ekonomi dalam bidang pertanian. Empangan Maa'rib bukan sahaja dapat mencegah banjir tetapi juga dapat mengairkan ladang.

 Aspek Politik

Orang Arab Jahiliah telah mewujudkan pemerintahan yang berbentuk kerajaan yang lengkap seperti Kerajaan Main dan Himyar di sebelah Selatan, Kerajaan Hirah, Tadmur, Nabat dan Ghassan di Utara.

Di kota Mekah sendiri mempunyai satu sistem pentadbiran yang teratur yang dikuasai oleh kaum Quraisy.

 Aspek EkonomiDalam aspek sosial orang Arab Jahiliah telah menunjukkan ciri-ciri kemajuan yang bernilai tinggi dalam susunan masyarakat mereka yang berkabilah itu terdapat di dalamnya nilai-nbilai baik dan peraturan yang berkesan.

Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin ummah. Terangkan sifat-sifat kepimpinan baginda berdasarkan riwayat hidup baginda sewaktu berada di Kota Madinah. Pendahuluan

Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang Nabi, Rasul dan pemimpin ummah. Sejarah perjuangan baginda melalui 2 tahap atau zaman. Zaman Mekah (13 tahun) dan Zaman Madinah (10 tahun). Sewaktu di Mekah, tumpuannya adalah kepada

Page 6: Soalan Dan Jawapan Titas

soal-soal aqidah dan akhlak, sementara di Madinah, skop perjuangan adalah lebih luas lagi merangkumi aspek-aspek aqidah, akhlak, perundangan, politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan. Oleh itu, era Madinah adalah era mencabar.

Latar belakang masyarakat Madinah. Konsep ummah adalah konteks masyarakat Madinah.  Sifat-sifat Kepimpinan Nabi Muhammad di Madinah

Bidang keagamaan: Baginda bersifat toleransi dan berdakwah secara hikmah serta menunjuk ajar tentang Istam secara teratur lagi bijaksana. Masjid dijadikan sebagai institusi utama di dalam Islam. Dengan sebab itu, baginda segera mendirikan masjid Quba' dan Nabawi di Madinah.

Bidang sosial: Baginda menunjukkan sifat-sifat keadilan dan penyamaan taraf di antara sesama manusia iaitu satu dari hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh Islam. Ikatan persaudaraan di antara Muhajirin dan Ansar adalah contoh utama yang ditunjukkan oleh baginda.

Bidang ekonomi: Baginda telah menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang peniaga dan pengembala yang tekun dan gigih sewaktu di Mekah. Sifat-sifat ini diikuti sahabat-sahabat baginda sewaktu mereka berada di Madinah. Saiyidina Uthman dan Abdul Rahman Bin  Auf' terkenal sebagai hartawan dan saudagar besar.

Bidang politik: Baginda memang terkenal sebagai negarawan yang pintar. Baginda telah mengendalikan urusan perjanjian Aqabah dengan bijaksana sehingga terlaksana sebuah Kerajaan Islam yang kukuh di Madinah. Dalam pada itu, baginda berjaya mendamaikan puak-puak yang bersengketa iaitu di antara Kaum Yahudi, Aus dan Khazraj. Baginda juga berjaya mengatasi masalah Kaum Munafiq yang selalu menimbulkan fitnah.

Bidang ketenteraan: Baginda telah menunjukkan sifat keperwiraannya dan tabah di dalam perjuangan ketika menentang musuh. Baginda sentiasa bersifat adil dan bertimbang rasa, dengan sebab itu baginda dihormati dan disegani oleh pihak kawan dan lawan.

Bidang kehakiman: Selain dari memimpin tentera, mengurus hal ehwal negara, baginda juga bertindak sebagai seorang hakim yang bertanggungjawab menyelesaikan segala bentuk masalah yang dihadapi oleh umat Islam berdasarkan kepada wahyu yang diturunkan kepadanya ataupun berdasarkan ijtihad baginda sendiri.

Sifat peribadi: Baginda adalah contoh yang terbaik (uswah hasanah) untuk diikuti dan diteladani. Baginda sangat pemaaf, penyabar, pemalu, bergaul dengan sesiapa sahaja dengan baik dan lain-lain lagi.