soalan cerpen seekor manusia seorang binatang dan warna hati seorang datin

7
BANK SOALAN CERPEN TEKS MADU ILMU SOALAN STRUKTUR 1. Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut : Darah dagingnya itu ditinggalkan di atas batu yang terhampar lebar di bawah pokok menggading besar di pinggir sungai di dalam hutan Lembah Dara Terbelah di pinggir kota. Barulah dia berasa lega dadanya dan berasa puas hatinya sekarang. Tadi dalam remang-remang pagi muda, cepat-cepat dia mengatur langkah.... (Dipetik daripada Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli, m.s. 50) a. Berikan 2 latar tempat yang terdapat dalam petikan (2m) b. Nyatakan teknik yang digunakan oleh pengarang dalam petikan. (2m) 2. Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut : Dia menarik nafas panjang. Seakan ada sesuatu yang ingin dilepaskan. Kepedihan itukah? Kesedihan itukah? Atau menyesali nasib yang sudah ditentukan? Tiada siapa yang mengetahuinya. Langkah sepatu yang berderap-derap di hadapannya ditatap dengan kilatan sayu sepasang mata tua. (Dipetik daripada cerpen Gersang karya Masniyah Kalyubi, m.s. 94) a. Berikan dua gaya bahasa dalam petikan dan contohnya. (4m) 3. Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut; Dalam hati aku sangat bersyukur. Aku membiarkan rasa senang hatiku itu mengelus lembut diriku. Siapa kata, tak ada tempat untuk yang lama dalam dunia sekarang? Lihatlah atukmu ini cucuku. Nampaknya, sebelum aku mati aku boleh mengharapkan keajaiban itu hadir daripada salah seorang darah dagingku sendiri. (Dipetik daripada Tagung karya Witer Gunik, m.s. 113) a. Berikan maksud singkope. (1m) b. Berikan tiga contoh singkope dalam petikan. (3m) 4. Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut: a. Berikan dua pengajaran dalam petikan tersebut. [2M] b. Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen Benar Kata Ayah [2M] 5.Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut: Ayah terus mengomel. Pedih telinga aku mendengarnya. Tetapi aku terpaksa akur. Dia tetap ayahku. Ayah yang mahu anaknya menjadi seorang yang berjaya. Ayah yang mahu anaknya pandai berdikari. Ayah yang tidak mahu menjadi hamba kepada negara sendiri. Ayah mahu aku bangun menjadi seorang usahawan berjaya. Ayah mahu aku memegang tampuk ekonomi negara. Itulah impian ayah. Dipetik daripada cerpen Benar kata ayah ms 82 Dan, ketika mereka sampai di rumah madunya, Datin menyambut dengan penuh terharu. Mereka bersalaman. Berpelukan. Sama-sama merenung ke dalam mata masing-masing. Malah, dirasakan inilah kesedihan yang perlu dikongsi bersama. Bukan lagi waktu untuk benci-membenci, beriri hati seperti masa-masa lalu. Datuk telah pergi. Segala kepiluan haruslah menjadi milik bersama. Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin ms 61

Upload: snaseer

Post on 04-Oct-2015

46 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

BANKI SOALAN CERPEN

TRANSCRIPT

BANK SOALAN CERPEN

BANK SOALAN CERPEN

TEKS MADU ILMU

SOALAN STRUKTUR

1. Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut :

Darah dagingnya itu ditinggalkan di atas batu yang terhampar lebar di bawah pokok menggading besar di pinggir sungai di dalam hutan Lembah Dara Terbelah di pinggir kota. Barulah dia berasa lega dadanya dan berasa puas hatinya sekarang. Tadi dalam remang-remang pagi muda, cepat-cepat dia mengatur langkah....

(Dipetik daripada Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli, m.s. 50)

a. Berikan 2 latar tempat yang terdapat dalam petikan (2m)

b. Nyatakan teknik yang digunakan oleh pengarang dalam petikan. (2m)

2. Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut :Dia menarik nafas panjang. Seakan ada sesuatu yang ingin dilepaskan. Kepedihan itukah? Kesedihan itukah? Atau menyesali nasib yang sudah ditentukan? Tiada siapa yang mengetahuinya. Langkah sepatu yang berderap-derap di hadapannya ditatap dengan kilatan sayu sepasang mata tua.

(Dipetik daripada cerpen Gersang karya Masniyah Kalyubi, m.s. 94)a. Berikan dua gaya bahasa dalam petikan dan contohnya. (4m)

3. Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut;Dalam hati aku sangat bersyukur. Aku membiarkan rasa senang hatiku itu mengelus lembut diriku. Siapa kata, tak ada tempat untuk yang lama dalam dunia sekarang? Lihatlah atukmu ini cucuku. Nampaknya, sebelum aku mati aku boleh mengharapkan keajaiban itu hadir daripada salah seorang darah dagingku sendiri.

(Dipetik daripada Tagung karya Witer Gunik, m.s. 113)

a. Berikan maksud singkope. (1m)b. Berikan tiga contoh singkope dalam petikan. (3m)

4. Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut:

a. Berikan dua pengajaran dalam petikan tersebut. [2M]

b. Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen Benar Kata Ayah [2M] 5.Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut:

Cerpen Warna Hati Seorang Datin banyak menerapkan nilai-nilai kemanusian dan dapat dijadikan panduan kepada pembaca.

a. Nyatakan nilai yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.

[2 M]

b. Nyatakan gaya bahasa yang yang terdapat dalam petikan di atas.[2 M]

SOALAN ESEI

1. Berdasarkan cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli :a. Nyatakan 2 isu sosial dalam cerpen ini. (4m)b. Berikan 3 pengajaran dalam cerpen. (6m)

c. Sambungkan cerpen ini mengikut kreativiti anda. (8m)

2. Berdasarkan cerpen Gersang karya Masniyah Kalyubi :

a. Jelaskan 5 nilai kemanusiaan dalam cerpen. (10m) b. Huraikan 5 latar masyarakat dalam cerpen. (10m)3. Berdasarkan cerpen Tagung karya Witer Gunik:

a. Huraikan tema cerpen ini. (4m)

b. Jelaskan empat persoalan dalam cerpen ini. (8m)

c. Huraikan empat perwatakan Atuk. (10m)

4. Berdasarkan cerpen Benar Kata Ayah karya Ria Asmira:

a. Nyatakan lima pengajaran dalam cerpen Benar Kata Ayah. [10M]

b. Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen Benar Kata Ayah [10M]

5. Berdasarkan cerpen Warna Hati Seorang Datin karya Rahman Haji Yusof:a. Huraikan persoalan-persoalan yang terdapat dalam cerpen ini.

[10 M]

b. Huraikan watak dan perwatakan Datin

[10 M]

SKEMA JAWAPANSOALAN STRUKTUR

1. a. Di bawah pokok menggading besar 1m

di pinggir sungai 1m

di dalam hutan Lembah Dara Terbelah 1m

di pinggir kota 1m

2. Efifora / itukah 2m

Kata ganda/ berderap-derap 2m

3. a. Maksud singkatan perkataan -1mb. contoh tak, ku, mu -3m

4 a. Pengajaran yang terdapat dalam petikan tersebut.

1. Kita hormat kepada orang yang lebih tua. 1m

2. Kita hendaklah berdikari jika ingin mencapai kemajuan 1m

3. Kita janganlah menghampakan harapan ibu bapa kita 1m

b. Latar masyarakat cerpen Benar Kata Ayah

i. Masyarakat yang berjiwa besar - 1m

Contoh: Ayah seorang yang berjiwa besar iaitu ingin melihat anaknya berjaya dalam hidupnya dan memajukan negara. - 1m

ii. Masyarakat yang taat akan perintah ibu bapa - 1m

Contoh: Dapat dilihat dalam watak aku. Aku mendengar segala leteran ayah dan berusaha untuk memenuhi impian ayah. - 1m

iii. Masyarakat yang cintakan tanah air. - 1m

Contoh: Watak ayah. Ayah ingin melihat negara maju hasil usaha anak bangsa sendiri tanpa mengharapkan bangsa asing -1m

5 a.Nilai keinsafan. [1m]

Contoh; Datin insaf dan kesal atas perbuatannya dahulu dengan membenci madu dan menyuruh anak-anaknya juga turut membenci ibu tirinya. Apabila Datuk meninggal, Datin insaf dan cuba menyatukan seluruh keluarganya demi untuk memenuhi hasrat Datuk. [1m]

b. Gaya Bahasa yang terdapat dalam petikan

i. Kata Ganda [1m]

Contoh : Benci-membenci, sama-sama, masing-masing [1m]

ii. Simpulan Bahasa [1m]

Contoh : iri hati [1m]

SOALAN ESEI

1. a. 2 Isu sosial :

Isu pembuangan bayi -2m

Isu bohsia 2m

Isu melepak 2m

Isu hubungan seks tanpa nikah -2m

Isu lari dari rumah 2m

b.3 pengajaran :i. Kita hendaklah menghargai nyawa -2mii. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap apa yang telah kita lakukan -2miii. Kita mestilah mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak -2miv. Kita janganlah suka melepak -2mv. Kita janganlah mengambil tindakan tanpa memikirkan kesannya terlebih dahulu. -2mvi. Kita perlulah menjaga maruah diri 2m

vii. Kita janganlah melakukan perkara yang dilarang oleh agama- 2m

viii. Kita janganlah bebas membuat hungan dengan lelaki -2m

c.Sambungan cerpen: Isi 2m Bahasa 2m

Teknik 2m

Kreativiti 2m

2. a. 5 Nilai kemanusiaan :

i. Kasih sayang Datuk tua sangat sayangkan cucu angkatnya Sumi walaupun tiada pertalian darah dengannya -2mii. Tanggungjawab Datuk tua bertanggungjawab menjaga Sumi yang dijumpai lima tahun yang lalu dalam tong sampah -2miii. Keikhlasan Warga tua yang ikhlas menghulurkan duit kepada datuk tua -2miv. Kecekalan dan ketabahan Datuk tua cekal dan tabah mengharungi hidup yang penuh kemiskinan dalam membesarkan Sumi yang tiada ibu dan bapa -2mv. Kesyukuran Datuk tua bersyukur dengan rezeki yang diterima setiap hari walaupun terpaksa menagih simpati daripada orang lain -2mvi. Simpati Datuk tua simpati dengan keadaan tubuh Sumi yang hampir dimakan oleh anjing -2m

b. 5 latar masyarakat :

i. masyarakat penyayang - Datuk tua sangat sayangkan cucu angkatnya Sumi walaupun tiada pertalian darah dengannyaii. masyarakat bertanggungjawab - Datuk tua bertanggungjawab menjaga Sumi yang dijumpai lima tahun yang lalu dalam tong sampah -2miii. masyarakat yang ikhlas - Warga tua yang ikhlas menghulurkan duit kepada datuk tua -2miv. masyarakat yang cekal dan tabah - Datuk tua cekal dan tabah mengharungi hidup yang penuh kemiskinan dalam membesarkan Sumi yang tiada ibu dan bapa -2mv. masyarakat yang bersyukur - Datuk tua bersyukur dengan rezeki yang diterima setiap hari walaupun terpaksa menagih simpati daripada orang lain -2m

vi. masyarakat yang simpati - Datuk tua simpati dengan keadaan tubuh Sumi yang hampir dimakan oleh anjing -2m

3.a. i. Tema Usaha mempertahankan budaya masyarakat. -2m

ii. Watak Atuk yang cuba mempertahankan alat muzik tradisi masyarakat Kadazandusun iaitu Tagung walaupun tidak disokong oleh masyarakat dan keluarganya sendiri. -2mc. 4 persoalan :

i. Kasih sayang dalam keluarga 1m

Atuk sangat sayangkan anaknya Ursula dan cucu-cucunya iaitu Ito, Atom, Atin dan Uji manakala Ito sayangkan adik-adiknya.-1m

ii. Budaya cara hidup moden 1m

Pesta kahwin masyarakat tidak lagi menggunakan alat muzik tradisional tetapi menggunakan band. -1m iii. Komputer melekakan kanak-kanak 1m

Atuk berasa risau cucu-cucunya Atom dan Atin yang leka bermain permainan komputer sehingga tidak menghiraukan orang disekelilingnya..-1m

iv. Cinta akan budaya sendiri -1mIto ingin membuat kajian terhadap alat muzik tradisional masyarakatnya kerana sikap cintanya terhadap warisan budaya msyarakatnya. -1m

v. Sikap syak wasangka terhadap orang lain -1m

Masyarakat Kadazan dusun memandang serong terhadap keinginan Atuk mempopularkan kembali alat muzik Tagung. -1mvi. Sikap berani menegakkan pendapat -1m

Atuk berani menegakkan pendapat tentang usaha memperkenalkan tagung dalam mesyuarat sebelum Pesta Keamatan. -1m

d. 4 perwatakan Atuk:

i. Berani Atuk berani menengakkan pendapat dalam mesyuarat sempena Pesta Keamatan -2m

ii. Penyayang Atuk sayang akan anak dan cucu-cucunya -2m

iii. Cekal dan tabah Atuk cekal dan tabah dalam usaha mempertahankan budaya masyarakatnya -2m

iv. Cinta akan budaya sendiri Atuk sangat cinta akan warisan kebudayaannya seperti alat muzik tradisional tagung

v. Bersyukur- Atuk bersyukur kerana cucunya Ito sependapatnya dalam usaha mempertahankan alat muzik tagung 2m4a. Lima pengajaran dalam cerpen Benar Kata Ayah.

i. Kita hendaklah patuh terhadap ibu bapa. - 1m

Contoh: Dapat dilihat melalui watak aku yang patuh akan perintah ayahnya supaya memajukan syarikat sekaligus membangunkan negara. - 1m

ii. Kita haruslah cinta akan tanah air - 1m

Contoh: Watak ayah. Ayah sangat mencintai tanah airnya dan meminta anaknya meneruskan perjuangan menaikkan nama bangsa supaya setaraf dengan bangsa asing. - 1m

iii. Kita hendaklah sentiasa tegas dalam mendidik anak-anak - 1m

Contoh: Ayah begitu tegas dalam mendidik aku supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh supaya tidak mundur dan ketinggalan. - 1m

iv. Kita haruslah menyayangi ibu bapa - 1m

Contoh : Walaupun aku sering dimarah oleh ayah namun aku tidak pernah menyimpan perasaan benci terhadapnya, malah aku semakin sayang akan ayah kerana telah menyedarkan aku. - 1m

v. Kita haruslah berfikiran rasional - 1m

Contoh: Aku tidak menyalahkan ayah kerana sering berleter sebaliknya aku menganggap leteran itu sebagai satu semangat untuk aku terus berjuang

vi. Kita hendaklah mengenang jasa - 1m

Contoh:Aku amat menghargai jasa ayah yang merupakan seorang pejuang negara.- 1mb. Gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen Benar Kata Ayah

i. Personifikasi [1m]

Contoh : Alam tersenyum (ms 83) [1m]

Angin pagi menerpa masuk (ms 81) [1m]

ii. Simile [1m]

Contoh :Bagaikan halilintar membelah bumi (ms 80) [1m]

iii. Metafora [1m]

Contoh :Menikam hulu jantungku (ms 83) [1m]

iv. Hiperbola [1m]

Contoh :hatiku dibalut seribu keharian apabila melihat ayah menangis (ms 89) [1m]

v. Peribahasa [1m]

Contoh :macam pahat dengan penukul (ms 84) [1m]

macam luncai dengan labu-labunya (ms 82) [1m]

vi. Sinkope [1m]

Contoh : kupenuhi (ms 91) - sepatutnya aku [1m]

vii. Bahasa Arab [1m]

Contoh : Nabi Muhammad (ms 87) [1m]5 a.Persoalan-persoalan yang terdapat dalam cerpen Warna Hati Seorang Datin

i. Amalan berpoligami dalam perkahwinan. [1m]

Contoh: Semasa hayatnya Datuk merupakan seorang yang mempunyai dua orang isteri iaitu Datin dan Siti Halijah. Datuk juga pernah berkahwin dengan Cikgu Juliah dan Syarifah Aminah tetapi tidak kekal kerana mereka bercerai. [1m]

ii. Pergolakan hidup isteri yang dimadukan suami. [1m]

Contoh: Datin amat benci dengan madunya iaitu Siti Halijah dan anak-anaknya. Sehinggakan dia mendidik anak-anaknya membenci madunya dan darah dagingnya. [1m]

iii. Kerenggangan hubungan kasih sayang ayah dengan anak.[1m]

Contoh: Hubungan Datuk dengan sembilan orang anaknya sangat renggang dan tidak akrab seperti dahulu setelah anak-anaknya dewasa. [1m]

iv. Keinsafan [1m]

Contoh: Datin insaf akan kesalahan yang dilakukan terhadap madu-madunya setelah kematian suaminya. [1m]

v. Amanat yang perlu ditunaikan [1m]

Contoh: Datin menunaikan amanat suaminya yang ingin melihat isteri-isterinya hidup dalam keadaan aman dan damai tanpa ada perasaan dendam dan iri hati. [1m]

b.Watak dan perwatakan Datini. watak utama [1m]

ii. isteri pertama Datuk [1m]

iii. hidup bermadu [1m]

Contoh : madunya bernama Siti Halijah [1m]

iv. dikurniakan 9 orang anak [1m]

Contoh: antara anaknya ialah Jahara, Suhada, Afifah, Aziah, Azuan, Zek, Efa, Basir (cacat anggota) [1m]

v. benci akan madu dan anak tirinya [1m]

Contoh: menghasut dan meracuni pemikiran anak-anaknya supaya membenci isteri dan anak-anak Datuk yang lain [1m]

vi. insaf dengan kesalahan diri [1m]

Contoh : Datin merasa insaf dengan kesalahan yang dilakukan terhadap madu-madunya selepas kematian Datuk [1m]

vii. seorang yang sabar [1m]

Contoh: Sabar dengan sikap Datuk yang kerap melukakan hatinya dalam alam perkahwinan [1m]

viii. seorang yang penyayang [1m]

Contoh: Rasa kasih sayang terhadap arwah Datuk terserlah sebelum arwah dikebumikan [1m]

ix. seorang yang setia terhadap suami [1m]

Contoh: Datin tetap kekal setia menjadi isteri Datuk sehingga ke akhir hayat Datuk walau pun Datuk mengamalkan poligami [1m]

Ayah terus mengomel. Pedih telinga aku mendengarnya. Tetapi aku terpaksa akur. Dia tetap ayahku. Ayah yang mahu anaknya menjadi seorang yang berjaya. Ayah yang mahu anaknya pandai berdikari. Ayah yang tidak mahu menjadi hamba kepada negara sendiri. Ayah mahu aku bangun menjadi seorang usahawan berjaya. Ayah mahu aku memegang tampuk ekonomi negara. Itulah impian ayah.

Dipetik daripada cerpen Benar kata ayah ms 82

Dan, ketika mereka sampai di rumah madunya, Datin menyambut dengan penuh terharu. Mereka bersalaman. Berpelukan. Sama-sama merenung ke dalam mata masing-masing. Malah, dirasakan inilah kesedihan yang perlu dikongsi bersama. Bukan lagi waktu untuk benci-membenci, beriri hati seperti masa-masa lalu. Datuk telah pergi. Segala kepiluan haruslah menjadi milik bersama.

Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin ms 61