gb6012 datin juriah 1

Upload: aprijon-anas

Post on 10-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    1/43

    1

    GB6012PENULISAN AKADEMIK 1

    (Semester I Sesi 2010/2011)

    PROF. DATIN DR. JURIAH LONG

    FAKULTI PENDIDIKAN

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    2/43

    2

    KULIAH 1

    PEMILIHAN DAN PENGGUNAANPELBAGAI JENIS AYAT DALAM

    PENULISAN AKADEMIK

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    3/43

    3

    Penulisan Akademik/Ilmiah

    Mohd Azhar et al. (2001: 20):

    Penulisan ilmiah/akademik merujuk kepada penulisanyang berlandaskan metodologi keilmuan atau saintifik.

    Digunakan bagi mengungkapkan fakta dan bukti untukmenyokong kebenaran melalui beberapa langkah: perumusan masalah, pembentukan hipotesis, deduksi hipotesis

    dan pengujian kebenaran Bahasa penulisan ilmiah/akademik biasanya denotasi

    iaitu: tepat dan jelas supaya tidak disalahertikan dengan makna-

    makna yang lain.

    Penulisan ilmiah/akademik bersifat objektif, jujur dantepat.

    Maklumat dalam penulisan akademik berlandaskandata/fakta dan tidak ditulis secara emotif.

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    4/43

    4

    Samad (2000) dan Azirah (2005)

    menjelaskan penulisan akademik meliputikertas kerja penyelidikan, tesis, kertas

    seminar, kertas projek & laporan akademik

    Rumusannya, penulisan akademik/ilmiahadalah penulisan;

    berformat , mengikut peraturan khusus

    dibuat berlandaskan metodologi saintifik

    menggunakan laras bahasa ilmiah

    bersifat objektif, jujur dan tepat

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    5/43

    5

    Ciri-ciri bahasa Ilmiah

    Keintelektualan bahasa: keupayaan untuk

    menyampaikan maklumat dan pendapat denganberkesan melalui perbendaharaan kata dan tatabahasa

    Kesempurnaan bahasa: tepat dan sesuai dengankonteks penggunaan

    Ciri-ciri bahasa yang sempurna

    Kestabilan: berperanan dan bersistem (dikodifikasikan)

    Kelenturan: boleh disesuaikan dengan sekitar danpembaharuan dalam persekitaran

    Kepelbagaian: mempunyai pelbagai cara dan gayapenyampaian fikiran dan pendapat

    Keberkesanan: berkeupayaan untuk memberi maksudyang tegas dan berkesan

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    6/43

    6

    Kecekapan bahasa Pengetahuan tentang rumus bahasa

    Ciri-ciri bahasa yang sempurna Kebolehan untuk menggunakan bahasa

    yang tepat dan sesuai dengan konteks

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    7/43

    7

    Ayat

    Mempunyai makna yang lengkap, terbentuk daripada

    satu perkataan atau susunan beberapa perkataan.Pengucapan dimula dan diakhiri dengan kesenyapan

    Dalam perhubungan ayat digunakan bagimenyampaikan mesej kepada orang lain. Oleh itu, ayatyang digunakan mestilah betul binaan dan maknanya.

    Frasa

    Unit tatabahasa yang terdiri daripada dua perkataanatau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan.

    Contoh: baju

    sehelai baju

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    8/43

    8

    Klausa

    Satu unit rangkaian perkataan yangmengandungi subjek dan predikat yang

    menjadi konstituen kepada ayat.

    Klausa terbahagi kepada 2 jenis:

    Klausa bebas Klausa tak bebas

    Contoh: Dia pandai kerana dia rajinMereka tertidur sebab keletihan

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    9/43

    9

    Binaan Ayat

    Ayat S

    ubjek + PredikatContoh:

    Subjek Predikat

    1. Penulisan itu karya En. Rahman

    2. Mereka menaiki kereta api

    ke Johor Bahru

    3. Pokok itu sangat tinggi4. Rombongan dari Amerika Syarikat

    pelancongan itu

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    10/43

    10

    Binaan Subjek & Predikat

    Subjek Frasa Nama

    Predikat Frasa Nama

    Frasa kata

    Frasa Adjektif

    Frasa Sendi Nama

    Binaan ayat dalam BM

    Subjek Predikat

    FN + FN

    FN + FK

    FN + FAFN + FSN

    Empat binaan ayat ini disebut 4 pola ayat dasar

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    11/43

    11

    Ayat Dasar

    Ayat ini yang menjadi dasar untuk pembentukansemua ayat lain

    Pola ayat dasar BM

    FN + FN (Sekolah Seri Intan pemenang

    peraduan itu)

    FN + FK (Pegawai itu sedang menyampaikan

    taklimat)

    FN + FA (Panggilan telefon temannya kerapbenar)

    FN + FSN (Rombongan kami ke Kuantan besok)

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    12/43

    12

    Kesulitan Berkait Dengan Binaan Ayat

    1. Ayat dengan Kata Pemeri ialah dan adalah Kata Pemeri dalam BM diguna sebagai

    - unsur penegas

    - unsur pemisahan subjek & predikat dalam ayat yang panjang

    Contoh:

    1. Projek yang dirasmikan oleh YB Menteri pagi tadiialah projek kelima di bawah Rancangan Malaysiake-9.

    2. Cadangan daripada mereka adalah sangat wajar

    3. Hadiah yang dibungkus dengan kertas biru adalahuntuk para jemputan

    IALAH diguna di hadapan frasa nama

    ADALAH diguna dihadapan frasa adjektif& frasasendi nama

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    13/43

    13

    SALAH

    Tindakan itu adalahmerupakan respons

    daripada pihak lawan

    Adalah dimaklumkanbahawa tindakan akandiambil terhadap sesiapa

    yang melanggar perintahini.

    Adalah diisytiharkanbahawa Hari Raya Puasa

    jatuh pada hari Selasa.

    Adalah saya merujukkepada surat tuanbertarikh 6 Jun 2007

    BETUL

    Tindakan itu merupakanrespons daripada pihak

    lawan

    Dimaklumkan bahawatindakan akan diambilterhadap sesiapa yang

    melanggar perintah ini.

    Dengan ini diisytiharkanbahawa Hari Raya Puasa

    jatuh pada hari Selasa.

    Dengan hormatnya sayamerujuk surat tuanbertarikh 6 Jun 2007

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    14/43

    14

    Ayat Terbitan

    Ayat yang dibentuk/diterbitkan daripada ayat dasar melaluiproses:

    Perluasan

    Pagi tadi rombongan kami bertolak ke Jakartab Perluasan ayat dengan kemasukan unsur pagi tadi

    b Dalam perluasan ayat perlu jelas dengan frasa utama dan frasabukan utama

    - Para peserta masih berlatih di padang / pada petang tadi

    - Pemandangan di tepi tasik / pada waktu petang sangatmempesonakan

    b

    Frasa bukan utama dalam predikat boleh berubahkedudukannya di bawa kedepan

    - Pada petang tadi para peserta masih berlatih di padang

    - Pada waktu petang pemandangan di tepi tasik sangatmempesonakan

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    15/43

    15

    PengguguranPelawat-pelawat yang baharu sampai itu

    masih belum tidur

    Pelawat-pelawat itu masih belum tidur

    Penyusunan semula

    Bola itu ditendang oleh Ali

    Disusun semula daripada:

    Ali menendang bola

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    16/43

    16

    Ayat Tunggal

    Ayat yang mengandungi 1 klausa dan mempunyai satukonstituen subjek + predikat

    Binaan Ayat Subjek + Predikat

    Subjek - kata nama

    - kata ganti nama- kata kerja yang berfungsi sebagai

    kata nama

    - kata adjektif yang berfungsi sebagaikata nama

    Binaan Predikat- Frasa nama

    - Frasa kerja

    - Frasa adjektif

    - Frasa sendi nama

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    17/43

    17

    Susunan Konstituen Ayat Tunggal

    Susunan biasaContoh:

    1) Beberapa buah rumah telah musnah dalam

    kebakaran itu.

    2) Semua pelajar sekolah ini telah berjaya

    dalam peperiksaan tahun lalu.

    Susunan songsang Konstituen predikat mendahului subjek

    untuk memberi penegasan

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    18/43

    18

    Pendepanan predikat

    Contoh: Pengetua kamu masih belum sampai

    Masih belum sampai pengetuakamu

    Pendepanan sebahagian daripada predikat

    Contoh: Hati saya terkilan tadiTerkilan hati saya tadi

    Pak Abu menanam jagung tahun ini

    Menanam jagung Pak Abu tahun ini

    Anaknya belum balik dari sekolah.

    Belum balik anaknya dari sekolah

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    19/43

    19

    Binaan ayat dalam BM boleh berubah-ubah

    untuk menerbitkan ayat baru. Penerbitan ayat baru dibuat berasaskan

    peraturan/rumus

    Pelbagai proses binaan ayat boleh kita gunakan

    bagi menyampaikan gagasan/idea dalampenulisan akademik.

    Tetapi kita perlu menggunakan bentuk dan

    binaan yang tepat dan berkesan.

    Ayat yang pendek dan tepat lebih berkesan

    daripada ayat yang panjang dan berbelit-belit.

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    20/43

    20

    Contoh:Oleh sebab itu, salah satu jalan ialah

    membimbing anak ke arah kebebasan

    berfikir untuk meninggikan daya cipta yanglebih tinggi, diiringi pula oleh pengawasan

    yang teliti dan saksama daripada orang

    tua yang sekali gus perlu memahami

    kejiwaan anaknya.

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    21/43

    21

    Terdapat 3 gagasan/idea Fokus tidak jelas

    Ayat perlu dipecah kepada tiga mengikut fokus: Pentingnya kebebasan berfikir untuk meninggikan

    daya cipta

    Pentingnya pengawasan yang teliti dan saksamadaripada ibu bapa

    Pentingnya ibu bapa memahami masalah kejiwaananaknya

    Bina tiga ayat tepat dan jelas bagimenggambarkan 3 gagasan/idea tersebut.

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    22/43

    22

    Ayat Aktif dan PasifAyat Aktif Transitif

    Mengutamakan subjek sebagai judul

    Mempunyai kata kerja transitif dan diikuti oleh objek (FN)

    Contoh: 1) Pengetua memanggil saya

    2) Kami mengesahkan bahawacadangan itu bernas

    Yang menerima dua objek (me--i & me--kan)Contoh:

    Subjek + KKT + objek tepat + objek sepi

    Anaknya + membawakan + saya + secawan kopi

    Baginda + menganugerahi + pahlawan itu + bintang

    kebesaran

    Ayat Aktif Tak Transitif

    Mengandungi kata kerja tak transitif dan tiada objek

    Contoh: Bapa sedang tidur di dalam biliknya.

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    23/43

    23

    Ayat Pasif

    Ayat pasif dengan kata kerja pasif; e.g data

    kajian perlu dianalisis sebelum ditafsirkan

    Ayat pasif kata ganti nama pertama dan kedua

    Contoh:

    1) Kerja itu telah saya selesaikan semalam2) Laporan itu belum kusemak lagi

    3) Jadual itu perlu engkau tafsirkan dengan

    jelas

    4) Perkara itu belum kau putuskan sehingga

    kini

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    24/43

    24

    Dalam penulisan akademik ayat pasif sering

    digunakan

    b Ciri penulisan ilmiah tidak bersifat peribadi

    b Hasil/dapatan kajian lebih penting daripada

    pengkaji.

    Contoh:

    i) Jadual itu perlu ditafsirkan dengan jelas

    ii) Kaitan dialek Melayu di pulau Borneo dengan

    dialek lain patut ditekankan.

    iii) Setelah cakupan bibliografi ini dibicarakan, perlu

    juga dijelaskan susunan dan singkatannya.iv) Jikalau diteliti keadaan kebahasaan di Malaysia

    pada masa ini, gambaran yang kelihatan ialah satu

    dasar yang berkontradiksi.

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    25/43

    25

    Ayat Majmuk

    Terdapat 3 jenis:

    Ayat majmuk gabungan

    Ayat majmuk pancangan

    Ayat majmuk campuran

    Ayat Majmuk Gabungan

    Terdiri daripada dua atau lebih ayat yangdijadikan satu melalui kata hubung: dan, atau,

    tetapi dan lain-lain.Contoh: Murid-murid itu berkawat dan

    menyanyi lagu-lagu patriotik.

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    26/43

    26

    Gabungan susunan fakta berurutan melalui katahubung: dan, lalu, lagi, serta, sambil.

    Contoh:Pertama saya tidak senang, kedua saya kurangberminat dan ketiga saya terlalu sibuk di pejabat.

    Mula-mula saya disuruh duduk, kemudian diajakberbincang lalu akhirnya dibawa masuk berjumpa

    majikannya.

    Gabungan fakta bertentangan: tetapi, sebaliknya,melainkan, padahal,

    Contoh:Ayah berniaga tetapi anaknya tidak berminat

    Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemaraupanas

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    27/43

    27

    Ayat Majmuk Pancangan

    Terdiri daripada ayat induk dan satu atau

    beberapa ayat kecil yang dipancangkan didalam ayat induk

    Ayat relatif ayat yang dipancangkan kedalam ayat induk melalui kata hubung yang

    Ayat komplemen ayat yang dipancangdalam ayat induk bagi melengkapkan ayattersebut bahawa

    Ayat keterangan ayat yang berfungsisebagai keterangan predikat. Terdapatbeberapa jenis keterangan:b Keterangan sebab, akibat, syarat, waktu, harapan,

    cara, tujuan dan perbandingan

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    28/43

    28

    Ayat Majmuk Campuran

    Ayat majmuk campuran ialah ayat majmuk yangterdiri daripada campuran ayat tunggal dan

    berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat majmuk

    campuran biasanya panjang.

    Ayat majmuk campuran banyak digunakandalam penulisan akademik. Pastikan perkara

    berikut diberi perhatian dalam pembentukan

    ayat:

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    29/43

    29

    a) Kesejajaran dalam Ayat

    Sesuatu gagasan/idea yang dinyatakan dalam bentuk kata namahendaklah diikuti dengan gagasan/idea lain dalam bentuk namajuga.

    Contoh 1: Ada kesejajaranLangkah pemulihan ekonomi negara hendaklah dimulakan denganpenghemahan belanja negara dan individu, pengurangan importbagi barangan yang kurang penting, penggalakan industri setempatdan peningkatan guna tenaga manusia.

    Contoh 2: Tidak ada kesejajaranLangkah memulihkan ekonomi negara hendaklah dimulakan

    dengan penghemahan belanja negara dan individu,mengurangkan import bagi barangan yang kurang penting,menggalakkan industri setempat dan meningkatkan guna tenagamanusia.

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    30/43

    30

    b) Penalaran dan Logik

    Keupayaan untuk menggunakan daya berhujahyang baik (reasoning) dan dapat diterima oleh

    akal.

    Contoh 1:

    Kerajaan memang bertanggungjawab untukmenyediakan kemudahan pendidikan kepadarakyat, tetapi negara sedang mengalamikemelesetan ekonomi dan pelancong tidak

    banyak yang datang ke negara ini.

    Hubungan antara fakta 1 & 2 Menyatakan pertentangan situasi

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    31/43

    31

    Kerajaan memang bertanggungjawab untuk menyediakankemudahan pendidikan, tetapi negara sedang

    mengalami kemelesetan ekonomi.

    Fakta yang ketiga tidak memperlihatkan perkaitandengan gagasan pertama penulis tidak dapat berhujahdengan baik untuk membuat kesimpulan yang

    sepatutnya seperti Contoh 2

    Contoh 2: Ada penalaran dan logik

    Kerajaan memang bertanggungjawab untuk

    menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyat,tetapi kemelesetan ekonomi yang dialami oleh negaramenyebabkan kerajaan tidak mampu untukmeningkatkan kemudahan yang sedia ada.

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    32/43

    32

    Pemilihan Ayat yang Berkesan

    Ayat yang sempurna dari segi bentuk dan

    makna 6 syarat:

    Kesatuan gagasan/idea

    Kesepaduan

    Penekanan

    Kepelbagaian

    Kesejajaran

    Penalaran dan logik

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    33/43

    33

    Jenis Ayat

    Berdasarkan tujuan/peranan/fungsi ayat Ayat penyata

    Ayat tanya

    Ayat perintah Ayat seruan

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    34/43

    34

    Ayat Penyata

    Bertujuan untuk menyata/memberi keterangan

    Ayat berita/keterangan

    Contoh: Nadiah adik saya

    Jurujual itu amat ramah

    Ayat Tanya Terbuka dan Tertutup

    Digolong berdasarkan struktur dan jawapan

    Ayat tanya tertutup memerlukan jawapanya/tidak

    Ayat tanya terbuka memerlukan jawapan yang

    tidak terhad

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    35/43

    35

    Ayat Perintah

    Ayat yang bertujuan untuk menimbulkantindakan

    Ayat suruhan

    bertujuan untuk perintah/arahan

    subjek ganti nama kedua digugurkan/dikekalkan untuk tujuan penegasan

    Menggunakan lah untuk penegasan

    Contoh:

    Keluar dari sini

    Awak keluar dari sini

    Keluarlah dari sini

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    36/43

    36

    Ayat larangan

    bertujuan untuk menegah

    menggunakan kata larangan jangan, usah, tak usah

    menggunakan lah untuk melembutkan

    larangan sifat umum yang tidak guna kata larangan

    Contoh: Dilarang merokok

    Ditegah berludah

    Ayat silaan

    bertujuan untuk menjemput dan mempersilakan menggunakan kata silaan sila/jemput

    Menggunakan -lah

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    37/43

    37

    Ayat permintaan bertujuan untuk memohon permintaan

    menggunakan kata tolong minta tidak bawa maksud negatif

    tidak boleh diguna dengan ayat larangan

    Contoh: Tolong jangan bising (salah)

    Jangan bising (betul)

    diganti dengan kata harapContoh: Harap jangan bising

    Ayat Seruan

    Bertujuan untuk melahirkan perasaan suka,duka dan lain-lain

    Contoh: Aduh, sakitnya!

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    38/43

    38

    Ayat Tesis dan Ayat Topik dalam

    Perenggan

    Ayat tesis dan ayat topik mendasari

    perenggan dan kesepaduan kosa kata,

    ayat dan perenggan bagi menghasilkanwacana yang komunikatif

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    39/43

    39

    Ayat Tesis

    Penting dalam penulisan teks/penulisanakademik

    Wujud pada bahagian awal perenggan bagimemandu pembaca memahami keseluruhanteks serta hala tuju perbincangan teks.

    Mempunyai dua fungsi: Menyatakan idea utama karangan

    Membantu penyusunan karangan

    Ayat tesis mempunyai ciri-ciri berikut:

    Ayat yang lengkap Ayat tesis boleh merupakan pendapat penulis

    Ayat tesis menyempitkan topik yang umum

    Satu idea utama dinyatakan dalam ayat tesis

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    40/43

    40

    Contoh:

    Sebenarnya kemalangan di jalan rayamelibatkan sikap manusia, keadaan

    kenderaan, peraturan lalu lintas dan suratan

    takdir. Memandu berhati-hati belummemadai.

    Terdapat keperluan penjagaan kenderaansecara berkala, keadaan kesihatan pemandu,

    kemahiran memandu di atas jalan yang licin,

    dan kemahiran mematuhi peraturan lalu lintas

    Ayat bercetak tebal (bold) ayat tesis.

    Ayat berbentuk italics ayat topik.

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    41/43

    41

    Ayat Topik

    Atau ayat fokus berfungsi bagi

    mengorganisasikan keseluruhan perenggan Ditempatkan pada permulaan perenggan

    Ayat topik tidak semestinya wujud dalam semuaperenggan terutama perenggan yang

    mengembangkan idea utama yang terdapatdalam perenggan terdahulu

    Boleh wujud dalam dua arah secara serentak: Ia menghubungkan perenggan kepada ayat tesis

    dalam teks. Jadi ia bertindak sebagai petunjukkepada penghujahan teks.

    Ia menghuraikan ruang lingkup setiap perenggan.Ada kalanya ayat topik menyokong ayat tesis.

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    42/43

    42

    Persamaan dan Perbezaan Ayat Tesis dan Ayat Topik/Fokus

    Perenggan

    pendahuluan

    Pendapat

    penulis

    Organisasi

    teks

    AYAT

    TESIS

    Tajuk

    teks

    Tema

    teks

    Perbezaan Ayat

    Tesis daripada

    Ayat Topik/Fokus

    Ayat

    Topik/Fokus

    Awal

    ayat

    Akhir

    ayat

    Tiap

    perenggan

    Sokongan

    tesisAyat

    sokongan

    Isi

    karangan/

    teksSatu

    ayat

  • 8/8/2019 GB6012 Datin Juriah 1

    43/43

    43

    Rujukan Tambahan

    Mohd Azhar Abd. Hamid, Halimah Meralip, Paimah Atoma,Sanitah Mohd Yusof, Sofri Ibrahim, Yusof Boon, ZalizaMohd Nasir & Zainudin Hassan. 2001. Pengenalankepada penulisan ilmiah. Skudai: Penerbit UniversitiTeknologi Malaysia.

    NikS

    afiahK

    arim, Farid M. Onn, Hashim Musa & AbdulHamid Mahmood. 1998. Tatabahasa Dewan. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Nik Safiah Karim: 2007. Liku-liku bahasa. Shah Alam: KPublishing Sdn. Bhd.