soalan bab 2

13

Click here to load reader

Upload: nnuraimaniah

Post on 16-Nov-2015

40 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kimia

TRANSCRIPT

BAB 2

BAB 2 JIRIM DAN BAHAN

Soalan Objektif

1

Antara saintis berikut, siapakah yang mengemukakan model atom seperti di atas?

A Ernest Rutherford

B Sir Joseph John Thomson

C John Dalton

D Neils Bohr

2

K

O

L

P

N

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan perubahan keadaan fizik jirim. Antara proses berikut, yang manakah melibatkan pembebasan tenaga haba?

AK, M, P

B L, N, O

C L, M, P

D L, M, O

3 Zarah Cas

XNegatif

YPositif

ZNeutral

Jadual 1 di sebelah menunjukkan zarah-zarah yang terdapat dalam atom dengan casnya. Antara berikut, yang manakah zarah X, Y, dan Z?

X Y ZA Neutron Elektron Proton Jadual 1 B Elektron Proton

Neutron

C Proton Elektron Neutron

D Proton Neutron Neutron

4 Suatu atom mempunyai 9 elektron dan nombor nukleon 19. Berapakah bilangan neutron bagi atom itu?

A 9

B 10

C 19

D 28

5 Bahan-bahan yang dikelaskan sebagai bahan molekul ialah

A ammonia dan oksigen

B karbon dan sulfur

C besi dan karbon

D natrium klorida dan ammonia

6 Antara berikut, yang manakah bukan kegunaan suatu bahan bukan logam?

A Membuat mancis

B Membasmi kuman dalam loji air

C Sebagai bahan api

D Membuat dawai

Soalan 7 dan 8 berdasarkan Rajah 2 di bawah.

7

Rajah 2

Rajah 2 di atas menunjukkan beberapa unsur yang terletak dalam jadual berkala. Antara unsur berikut, yang manakah merupakan halogen?A R

B S

C T

D U

8 Antara pasangan unsur berikut, yang manakah apabila bergabung akan mengalirkan elektrik dalam keadaan leburan?

A R dan W

B R dan U

C W dan T

D T dan U

9

Rajah 3

Graf pada Rajah 3 di atas menunjukkan penyejukan cecair naftalena mengikut masa. Apakah yang berlaku pada tempoh masa X dan Y?

A Haba diserap dari sekitar

B Suhu naik secara mendadak

C Pergerakan zarah menjadi semakin lambat

D Zarah terpisah semakin jauh

10 Suatu bahan X mendidih pada suhu 103 C. Bahan X mungkin

A larutan natrium klorida

B cecair plumbum iodida

C air suling

D cecair naftalena

Rajah 4

Rajah 4 di atas menunjukkan model atom yang dikemukakan oleh seorang ahli sains. Siapakah

ahli sains itu?

A Sir J.J. Thomson

BSir James Chadwick

C John Dalton

D Ernest Rutherford

11 Antara kumpulan berikut, yang manakah terdiri daripada atom sahaja?

A Magnesium, besi, klorin

B Kalium, kalsium, zink

C Sulfur, plumbum, stanum

D Berilium, fluorin, neon

12 Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang Jadual Berkala?

A Unsur-unsur disusun berdasarkan nombor proton

B Kumpulan I merupakan unsur lengai

C Terdapat 7 kumpulan dan 8 kala

D Sifat kelogaman berkurangan dari kiri ke kanan Jadual Berkala

13 Antara berikut, yang manakah benar tentang zarah-zarah subatom dalam suatu atom neutral?

A Elektron terletak di dalam nukleus

B Jisim proton sama dengan jisim neutron

C Bilangan elektron sama dengan bilangan neutron

D Bilangan proton sama dengan bilangan neutron

Bahan Takat lebur (C)Kebolehan mengkonduksi elektrik dalam keadaan

pepejalleburan

X1 540BolehBoleh

Y800Tidak Boleh

Z115TidakTidak

Jadual 2

Jadual 2 di atas menunjukkan sifat-sifat bagi tiga bahan, X, Y, dan Z. Apakah jenis

zarah yang terkandung dalam bahan X, Y, dan Z?

XYZ

Aionmolekulatom

B molekulionatom

Catommolekulion

Datomionmolekul

14 Bahan-bahan yang dikelaskan sebagai sebatian molekul ialah

A natrium klorida dan plumbum bromida

B gula dan naftalena

C oksigen dan hidrogen

D aluminium dan zink

15 Atom X mempunyai nombor atom 12 dan nombor jisim 25. Ini bermakna atom X yang

neutral mempunyai

A 12 elektron

B 13 elektron

C 12 neutron

D 13 proton

16 Suatu leburan natrium klorida dibiarkan menyejuk sehingga membeku selengkapnya. Graf

suhu melawan masa yang paling baik untuk menggambarkan perubahan ini ialah

]

17 Oksigen mempunyai nombor atom 8 dan nombor jisim 16. Suatu bahan lain dikatakan isotop

bagi oksigen jika ia mempunyai

Nombor jisimNombor atom

A178

B169

C179

D167

18 Antara berikut, yang manakah menerangkan sebab hablur mempunyai bentuk yang sekata?

A Zarahnya sangat kecil

B Zarahnya tersusun secara tertib

C Zarahnya berbentuk sfera

D Zarahnya menarik antara satu sama lain

19 Suatu atom neutral mempunyai nombor atom 17. Dapat dibuat kesimpulan bahawa atom itu mempunyai

I 17 neutron

II 17 elektron

III nombor jisim 34

A II sahaja

B I dan II sahaja

C II dan III sahaja

D I, II, dan III

Rajah 5

Rajah 5 di atas menunjukkan struktur bagi satu zarah oksigen. Antara berikut, yang manakah

benar tentang zarah itu?

I Nombor atomnya 8

II Nombor jisimnya 16

III Zarah itu merupakan atom oksigen yang neutral

A I dan II sahaja

B I dan III sahaja

C II dan III sahaja

D I, II, dan III

20 Nukleus atom 20 Ca terdiri daripada

I 20 proton

II 20 neutron

III 20 elektron

A II sahaja

B I dan II sahaja

C II dan III sahaja

D I, II, dan III

21 Antara berikut, yang manakah sifat bahan ion?

I Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal sahaja.

II Mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi.

III Biasanya wujud dalam keadaan cecair dan gas pada suhu bilik.

A I sahaja

B I dan II sahaja

C II dan III sahaja

D I, II, dan III

22 Antara berikut, yang manakah adalah sama bagi unsur-unsur sepasang isotop?

I Bilangan proton

II Bilangan neutron

III Bilangan elektron

A I sahaja

B I dan III sahaja

C II dan III sahaja

D I, II dan III

Rajah 6

Rajah 6 di atas menunjukkan perubahan jirim bagi suatu bahan. Antara berikut, yang

manakah berlaku semasa perubahan jirim itu?

I Zarah-zarah membebaskan tenaga

II Daya tarikan antara zarah-zarah dilemahkan

III Zarah-zarah terbebas ke udara

A III sahaja

B I dan II sahaja

C I dan III sahaja

D II dan III sahaja

23 Antara berikut, yang manakah benar tentang pepejal?

I Zarah-zarahnya bergerak bebas

II Daya tarikan antara zarah-zarahnya adalah kuat

III Tenaga kinetik zarah-zarahnya bergantung pada suhu

A I dan II sahaja

B I dan III sahaja

C II dan III sahaja

D I, II, dan III

Rajah 7

Bahan yang ditunjukkan dalam Rajah 7 di atas berkemungkinan besar ialah pepejal

I aluminium

II naftalena

III natrium klorida

A I sahaja

B II sahaja

C I dan II sahaja

D II dan III sahaja

24 Antara berikut, yang manakah sifat logam?

I Mengalirkan elektrik

II Tidak larut dalam pelarut organik

III Mempunyai daya tarikan antara zarah yang kuat

A I dan II sahaja

B I dan III sahaja

C II dan III sahaja

D I, II, dan III

25 Nukleus atom Cl terdiri daripada

I 17 proton

II 18 elektron

III 18 neutron

A I sahaja

B I dan II sahaja

C I dan III sahaja

D II dan III sahaja

Soalan Struktur

1

Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan Jadual Berkala dengan unsur-unsur berhuruf R, S, T, dan U.

Jawab soalan berikut dengan menggunakan huruf-huruf itu.

(a) Apakah yang diwakili oleh nombor Roman I hingga VIII?

___________________________________________________________________(b) Manakah antara unsur-unsur tersebut mempunyai bilangan proton yang paling banyak?

_________________________________________________________________________

(c) Satu daripada unsur tersebut tidak bertindak balas dengan unsur lain. Apakah unsur itu?

_________________________________________________________________________

(d) Dua daripada unsur itu boleh bergabung untuk membentuk sebatian ion. Pilih pasangan unsur itu.

_________________________________________________________________________

(e) Jika atom unsur R mempunyai 11 elektron dan 12 neutron dalam nukleusnya, berapakah nombor jisim unsur R?

_________________________________________________________________________

[5 markah]

2

UnsurNombor protonNombor nukleon

A1228

B1735

C1737

D1840

Jadual 1

Jadual 1 di atas menunjukkan nombor proton dan nombor nukleon bagi unsur-unsur A, B, C

dan D.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan

(i) nombor proton

______________________________________________________________________

(ii) nombor nukleon

______________________________________________________________________

(b) Tuliskan satu persamaan yang dapat menghubungkaitkan nombor nukleon, nombor proton, dan bilangan neutron.

_________________________________________________________________________

(c) (i) Berdasarkan Jadual 1, nyatakan dua unsur yang menunjukkan keisotopan.

_____________________________________________________________________

(ii) Berikan satu sebab bagi jawapan anda dalam (c)(i).

_____________________________________________________________________

[6 markah]

Soalan Esei

1 (a) Apakah jirim?

[1 markah]

(b) Jirim boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair, dan gas.

Bandingkan keadaan jirim pepejal dan gas dari segi

(i) susunan zarah,

(ii) daya tarikan antara zarah,

(iii) kandungan tenaga kinetik,

(iv) kadar resapan, dan

(v) kemampatan.

[5 markah]

(c) Dengan menggunakan Teori Kinetik Jirim, terangkan perubahan keadaan jirim bagi proses-proses berikut:

(i) peleburan

(ii) pembekuan

[4 markah]

2 (a) Apakah perbezaan antara proton, elektron, dan neutron dari segi cas dan jisim relatif?

[2 markah]

(b) Terangkan sejarah perkembangan model atom dari model Dalton hingga model Bohr-Chadwick.

[8 markah]

JAWAPAN BAB 2

Soalan Objektif

1 C2 B3 B4 B5 A

6 D7 D8 B9 C10 A

11 A12 B13 D14 B15 D

16 B17 A18 C19 A20 B

21 A22 A23 D24 C25 B

26 A27 C28 A29 A30 C

Soalan Struktur

1 (a) Kumpulan

(b) U

(c) T

(d) R dan S/R dan U

(e) 23

2 (a) (i) Menunjukkan bilangan proton dalam sesuatu atom

(ii) Jumlah bilangan proton dan neutron dalam sesuatu atom

(b) Nombor nukleon = nombor proton + bilangan neutron

(c) (i) Unsur B dan C

(ii) Kerana kedua-duanya mempunyai nombor proton yang sama tetapi nombor nukleon

yang berlainan

Soalan Esei

1 (a) Jirim terdiri daripada zarah-zarah seni dan diskrit serta mempunyai jisim dan isi padu.

(b)

SifatPepejalGas

(i)Susunan zarah Tersusun rapat dan teraturTidak tersusun, zarah terpisah jauh

(ii)Daya tarikan antara zarahSangat kuatSangat lemah

(iii)Kandungan tenaga kinetikRendahTinggi

(iv)Kadar resapanSangat rendahSangat Tinggi

(v)KemampatanTidak boleh dimampatkanMudah dimampatkan

(c)(i) Apabila pepejal dipanaskan, zarah pepejal akan menerima tenaga haba dan

bergetar dengan lebih cepat.

Tenaga kinetik zarah pepejal bertambah dengan kenaikan suhu.

Pada takat lebur, zarah-zarah memperoleh tenaga haba yang mencukupi untuk mengatasi daya tarikan antara zarah pepejal. Zarah terpisah dari kedudukan tetap dan bergerak bebas.

(ii) Apabila suhu diturunkan, zarah cecair akan kehilangan tenaga kinetik.

Gerakan zarah cecair menjadi lebih perlahan.

Daya tarikan antara zarah menjadi lebih kuat.

Pada takat beku, zarah kehilangan tenaga dan tersusun dalam kedudukan yang rapat dan teratur.

2

Zarah subatomCasJisim relatif

ProtonPositif1

1840 = 0.0054

NeutronTiada1

(b) 1 Model Dalton (1808)

Atom ialah zarah yang keras, tidak dapat dibahagikan atau dimusnahkan.

2 Model Thomson (1900)

Atom ialah zarah pepejal yang mengandungi cas-cas positif dan negatif.

3 Model Rutherford (1912)

Atom terdiri daripada satu pusat yang bercas positif (nukleus). Di sekeliling nukleus

ialah ruang kosong dan elektron-elektron (bercas negatif) mengorbit nukleus.

4 Model Bohr-Chadwick (1932)

Atom terdiri daripada nukleus yang mengandungi proton ( bercas positif ) dan

neutron (zarah tidak bercas). Elektron (bercas negatif) mengorbit nukleus.

Terangkan berdasarkan nota di atas.

Lukis rajah bagi setiap model.

Atom ialah sfera keras yang tidak boleh dibahagi atau dibelah bahagi.

Gas

M

Cecair

Pepejal

V

R

U

T

S

W

YY

X

masa (minit)

suhu (C

C

A

suhu

D

suhu

B

suhu

suhu

masa

masa

masa

masa

8 proton

8 elektron

nukleus

elektrod

VIII

I

R

T

S

U

VII

III IV V VI

II

Elektron

Negatif

PAGE 1