soalan

Upload: farah-farizat

Post on 28-Mar-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

soalan

TRANSCRIPT

SULIT

SOALAN TUTORIAL AKAUN WANG KERAJAANSOALAN 1Berikut adalah maklumat mengenai enrolmen pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Ukay (SEMANGKUK) pada 1 Oktober 2008 :

TingkatanBil. Pelajar

Satu hingga Tiga770

Empat Sains150

Empat Sastera120

Lima Sains140

Lima Sastera120

Jumlah1300

1. Maklumat Tambahan:

a) Mata pelajaran elektif bagi pelajar Aliran Sains di SEMANGKUK ialah Fizik, Kimia dan Biologi. Sekolah telah menetapkan bahawa seramai 60% daripada pelajar-pelajar tersebut mengambil mata pelajaran Teknologi Maklumat dan selebihnya Lukisan Kejuruteraan.

b) Seramai 300 orang pelajar sekolah ini sedang belajar bahasa asing; 200 orang mengambil Bahasa Arab Komunikasi dan selebihnya Bahasa Cina Komunikasi.

c) Seramai 60% daripada pelajar Tingkatan Empat dan Lima mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan. d) Kesemua pelajar Tingkatan Empat dan Lima Sastera mengambil mata pelajaran Sains Tambahan.e) Mata pelajaran elektif bagi Aliran Sastera adalah seperti berikut :

Bil.Mata pelajaran Bil. Pelajar

1. Perdagangan 60

2. Prinsip Perakaunan 40

3. Ekonomi Asas 40

4. Ekonomi Rumah Tangga 30

5. Geografi 35

6. Pendidikan Seni Visual 35

f) Oleh kerana terdapat seorang guru baru beropsyen Pendidikan Muzik, SEMANGKUK telah mewujudkan semula mata pelajaran Pendidikan Muzik bagi Tingkatan Satu. Bilangan pelajar yang mengikuti mata pelajaran ini adalah seramai 40 orang.

g) Terdapat seramai 30 orang pelajar Tingkatan Empat mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Sekolah juga menawarkan dua mata pelajaran Vokasional iaitu Pemprosesan Makanan dan Hiasan Dalaman Asas. Seramai 25 orang pelajar mengambil kedua-dua mata pelajaran ini.h) Oleh kerana prestasi pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sekolah ini telah meningkat, permintaan pelajar untuk memasuki SEMANGKUK telah bertambah. Oleh itu, pihak sekolah telah membuka sebuah lagi kelas Tingkatan Satu pada awal sesi persekolahan 2009. Bancian yang dibuat pada 7 Januari 2009 menunjukkan bilangan pelajar SEMANGKUK ialah 1350 orang. 2. Baki-baki Akaun Wang kerajaan pada 1 Mac 2009 adalah seperti berikut:Bil.ButiranRM

a.Teras 5,500.00

b.Wajib 2,450.00

c.Elektif

3,500.00

d.Pelbagai 5,800.00

e.Pusat Sumber Sekolah 1,900.00

f.Bimbingan & Kaunseling 500.00

3. Penerimaan yang berlaku di sepanjang bulan Mac 2009 ialah: 02 Mac Menerima semua peruntukan yang dipohon.

10 Mac Menerima Biasiswa Kecil Persekutuan berjumlah RM58,000.00

4. Pembayaran yang dibuat di sepanjang bulan Mac 2009 ialah: Tarikh Urusniaga

a.02 MacMenjelaskan semua bil air, elektrik, telefon dan Astro RM2,500.00.

b.04 MacMembeli peralatan kecil RM45.00 untuk keceriaan sekolah.

c.10 MacMembayar Koperasi Sekolah RM150.00 kerana membekal buku

Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan Satu.

d.16 MacMenjelaskan biasiswa kepada semua pemegang biasiswa.

e.18 MacMembayar Pustaka Sanmin RM4,800.00 kerana membekalkan buku-

buku dan majalah.

f.20 MacMembayar Kantin Sekolah RM1,500.00 kerana menyediakan makanan

bagi peserta-peserta Kursus Kepimpinan Pelajar.

g.23 MacRekupmen sebanyak RM45.00 kepada Panjar Wang Runcit kerana

belanja fotostat bahan pengajaran Fizik Tingkatan Empat.

h.26 Mac Membeli insurans perlindungan daripada Takaful Malaysia sebanyak

RM80.00 bagi empat orang guru yang membawa pelajar ke Majlis

Sukan Negeri.

i.27 MacMembeli minyak hitam dan kapur puteh untuk garisan padang. Peruntukan diperolehi daripada Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

j.30 MacMenyelesaikan invois RM5,100.00 kepada Syarikat Pump Tools kerana

membekal peralatan Kemahiran Hidup kepada sekolah.

DIKEHENDAKI:

Menyediakan Akaun Wang Kerajaan bagi bulan Mac 2009 dengan mengambilkira semua urusniaga di atas.

SOALAN 2Berikut ialah ringkasan enrolmen pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Delima (SMKJD) pada 1 Oktober 2006 :

TingkatanJumlah

Tingkatan Satu - Tiga720

Tingkatan 4 Sains 210

Tingkatan 4 Sastera190

Tingkatan 5 Sains 190

Tingkatan 5 Sastera170

Tingkatan 6 Atas Sains 35

Tingkatan 6 Atas Sastera 28

Jumlah1543

1. Maklumat Tambahan :

a. Berikut ialah bilangan pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga yang mengambil mata pelajaran Bahasa Asing.i) Bahasa Cina Komunikasi : 180 orangii) Bahasa Tamil Komunikasi : 60 orangiii) Bahasa Arab Komunikasi : 40 orangb. Matapelajaran elektif Sains Tulen bagi pelajar Aliran Sains ialah Fizik, Kimia dan Biologi. 40% daripada pelajar-pelajar tersebut mengambil mata pelajaran English for Science and Technology (EST), 30% Teknologi Maklumat dan bakinya Lukisan Kejuruteraan.

c. Seramai 65% pelajar Tingkatan 4 dan 5 mengambil matapelajaran Matematik Tambahan.

d. Sejumlah 20% daripada pelajar Tingkatan 4 dan 5 Sastera mengambil mata pelajaran Perdagangan, 20% Ekonomi Asas, 30% Reka Cipta dan bakinya Ekonomi Rumah Tangga. Hanya 70 orang pelajar sahaja yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

e. Sejumlah 40 orang pelajar mengambil matapelajaran Pendidikan Seni Visual dan 30 orang Kesusasteraan Melayu.

f. Kesemua pelajar Tingkatan 4 dan 5 Aliran Sastera mengambil mata pelajaran Sains Tambahan.

g. Kesemua pelajar Tingkatan 6 Atas Sains mengambil mata pelajaran Pengajian Am, Fizik, Kimia dan Biologi manakala pelajar Tingkatan 6 Atas Sastera mengambil mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi dan Pengajian Perniagaan.

h. Enrolmen pelajar pada 3 Januari 2007 telah bertambah seramai 70 orang. 35 orang adalah pelajar Tingkatan 1 dan 35 orang pelajar Tingkatan 4 Sains. (Tiada pertambahan bagi pelajar yang mengambil matapelajaran Bahasa Asing).2. Baki-baki Akaun Wang Kerajaan pada 1 Mac 2007 adalah seperti berikut :

a. Teras

RM8,800.00

b. Wajib

5,200.00

c. Elektif

12,500.00d. Pusat Sumber Sekolah 4,250.00e. Bimbingan & Kaunseling 500.003. Penerimaan yang berlaku di sepanjang bulan Mac 2007 ialah :

a. 01 Mac - Menerima semua peruntukan yang dipohon.

b. 12 Mac - Menerima biasiswa RM15,000 daripada Yayasan Hasba.4. Pembayaran yang dibuat di sepanjang bulan Mac 2007 ialah :

a. 01 Mac - Menjelaskan semua bil air, elektrik, telefon dan Astro berjumlah RM2,400.00

b. 02 Mac - Menjelaskan bil membaiki keretakan tangga berjumlah RM1,500.00 kepada Sentosa Berhad.

c. 10 Mac - Membayar Pustaka Asmah RM2,300.00 kerana membekalkan akhbar dan majalah pendidikan.

d. 14 Mac - Membayar Kantin Sekolah berjumlah RM250.00 kerana belanja menjalankan aktiviti Kursus Motivasi Tingkatan 5.e. 18 Mac - Menjelaskan hutang kepada Baboo Tools kerana membekalkan bahan dan peralatan Kemahiran Hidup berjumlah RM11,800.00

f. 20 Mac - Rekupmen RM45.00 kepada Panjar Wang Runcit kerana membeli minyak hitam untuk mengecat tiang pagar sekolah

g. 22 Mac - Menjelaskan hutang kepada International Sports RM2,450.00 kerana membekalkan peralatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

h. 26 Mac - Membayar Koperasi Sekolah kerana membeli buku latihan Sejarah berjumlah RM85.00

i. 30 Mac - Membayar Syarikat Bas Muthu RM250.00 kerana membawa pasukan olahraga sekolah ke Majlis Sukan Daerah .

DIKEHENDAKI:Sediakan Akaun Wang Kerajaan bagi bulan Mac 2007 dengan mengambilkira semua urusniaga di atas.

SOALAN 3Berikut ialah maklumat mengenai enrolmen pelajar di Sekolah Menengah Sains Pulau Indah (SMSPI) pada 1 Oktober 2004 :

TingkatanJumlah

Tkn. Satu - Tiga480

Tkn. 4 185

Tkn. 5 195

Jumlah860

a. Maklumat Tambahan :

i) Semua pelajar Tingkatan Empat dan Lima mengambil mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan dan English for Science and Technology (EST).

ii) Seramai 40% daripada pelajar Tingkatan Empat dan Lima mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, 30% Teknologi Maklumat dan bakinya Rekacipta.

iii) Kesemua pelajar sekolah ini perlu mengambil mata pelajaran asing sama ada Bahasa Perancis atau Bahasa Jerman.

iv) Seramai 10 orang pelajar Tingkatan Lima telah mendaftar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam SPM 2005. Pembelajaran dibuat secara persendirian.

v) Semua pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga mengambil mata pelajaran Pendidikan Muzik.

vi) Pada bulan Januari 2005, sebuah lagi kelas Tingkatan Satu telah dibuka dengan pelajar seramai 44 orang. Semua pelajar ini mengambil Bahasa Perancis atau Bahasa Jerman. b. Baki-baki Akaun Wang Kerajaan pada 1 Mac 2005 adalah seperti berikut : RMi) Teras 5,780.00ii) Wajib 3,555.00iii) Elektif

10,500.00iv) LPBT / LPK

2,790.00 v) Pusat Sumber Sekolah 1,990.00vi) Bimbingan & Kaunseling 80.00

c. Penerimaan yang berlaku di sepanjang bulan Mac 2005 ialah :

i) 02 Mac - Menerima semua peruntukan yang dipohon.

ii) 11 Mac - Menerima Biasiswa Kecil Persekutuan RM46,750.00.

d. Pembayaran yang dibuat di sepanjang bulan Mac 2005 ialah :

Tarikh Urusniaga

i.01 MacMenjelaskan bil membaiki kebocoran siling RM450.00 kepada

Johan Trading.

ii.02 MacMembayar Kantin Sekolah RM55.00 kerana menyediakan makanan

kepada penceramah Kursus Peningkatan Kualiti PMR.

iii.10 MacMenyelesaikan invois RM6,870.00 kepada Syarikat Biker kerana

membekal peralatan Sains kepada sekolah

iv.14 MacMenjelaskan semua bil air, elektrik, telefon dan Astro RM2,990.00

v.18 MacMembayar Syarikat Bas Edar RM200.00 kerana menghantar

penyokong bagi Pertandingan Kuiz Sain Peringkat Daerah.

vi.20 MacRekupmen sebanyak RM88.00 kepada Panjar Wang Runcit kerana

membeli bahan masakan bagi Panitia ERT dengan menggunakan wang peruntukan panitia.

vii.22 MacMembayar Pustaka Haslam RM2,300.00 kerana membekalkan buku-

buku dan majalah.

viii26 MacMembayar RM30.00 kepada Cikgu Man kerana menghantar

pelajar sakit pulang ke rumah.

ix.28 MacMembayar biasiswa kepada semua pemegang biasiswa

x.30 MacMembayar Koperasi Sekolah RM200.00 kerana membekal buku

Latihan Matematik.

DIKEHENDAKI:

Sediakan Akaun Wang Kerajaan bagi bulan Mac 2005 dengan mengambilkira semua urusniaga di atas.

SOALAN 4Berikut ialah ringkasan enrolmen pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kerayong (SMKSK) pada 1 Oktober 2007 :

TingkatanJumlah

Tingkatan Satu - Tiga700

Tingkatan 4 Sains 215

Tingkatan 4 Sastera155

Tingkatan 5 Sains 185

Tingkatan 5 Sastera205

Jumlah1460

1. Maklumat Tambahan :

b. Matapelajaran elektif Sains Tulen bagi pelajar Aliran Sains ialah Fizik, Kimia dan Biologi. Semua pelajar Aliran Sains juga mengambil matapelajaran English for Science and Technology (EST).

c. Bilangan pelajar SMKSK yang mengambil mata pelajaran Bahasa Asing adalah seramai 500 orang.d. Seramai 40% pelajar Aliran Sains tersebut mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan selebihnya mengambil Teknologi Maklumat. e. Seramai 65% pelajar Tingkatan 4 dan 5 mengambil matapelajaran Matematik Tambahan.

f. SMKSK juga menawarkan matapelajaran Perdagangan, Ekonomi Asas dan Prinsip Perakaunan kepada pelajar Aliran Sastera. Seramai 35% daripada pelajar Tingkatan 4 dan 5 Sastera mengambil mata pelajaran Perdagangan, 35% Ekonomi Asas dan 30% Ekonomi Rumah Tangga. Bilangan pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan adalah seramai 80 orang.

g. Bilangan pelajar yang mengambil matapelajaran Sains Sukan dikekalkan kepada 40 orang sahaja manakala hanya 50 orang pelajar mengambil mata pelajaran elektif Pendidikan Seni Visual.

h. Kesemua pelajar Tingkatan 4 dan 5 Aliran Sastera mengambil mata pelajaran Sains Tambahan.

i. Enrolmen pelajar pada 29 Februari 2008 telah bertambah seramai 50 orang, kesemuanya pelajar Tingkatan Satu. Kesemua pelajar tersebut mengambil Bahasa Asing.

2. Baki-baki Akaun Wang Kerajaan pada 1 Mac 2008 adalah seperti berikut:

RM

a. Teras

8,000.00

b. Wajib

2,800.00

c. Elektif

6,200.00d. Pusat Sumber Sekolah 200.00e. Bimbingan & Kaunseling 50.00

f. Pelbagai

880.003. Penerimaan yang berlaku di sepanjang bulan Mac 2008 ialah :

b. 05 Mac - Menerima semua peruntukan yang dipohon.

c. 10 Mac - Menerima Biasiswa Kecil Persekutuan berjumlah RM25,000.00.

d. 22 Mac - Menerima Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin berjumlah RM50,000.4. Pembayaran yang dibuat di sepanjang bulan Mac 2008 ialah :

Tarikh Urusniaga

a.01 MacMenjelaskan bil membaiki kebocoran tandas RM220.00 kepada De Vocor

Enterprise.

b.02 MacMembayar Syarikat Bas Maju RM450.00 kerana menghantar peserta dan

pelajar ke Pertandingan Kuiz Sains Peringkat Daerah.

c.10 MacMembayar Koperasi Sekolah RM180.00 kerana membekal buku

Bahasa Arab KomunikasiTingkatan Satu.

d.14 MacMembayar biasiswa kepada semua pemegang biasiswa. Menjelaskan

semua bil air, elektrik, telefon dan Astro RM2,780.00.

e.18 MacMembayar Pustaka Kingston RM1,200.00 kerana membekalkan buku-

buku dan majalah.

f.20 MacMembayar Kantin Sekolah RM1800.00 kerana menyediakan makanan

kepada fasilitator Kursus Kecemerlangan Pelajar.

g.22 MacMenyelesaikan invois RM8,800.00 kepada Syarikat Pure Tools kerana

membekal peralatan Kemahiran Hidup kepada sekolah.

h.26 MacMembeli minyak hitam dan kapur puteh untuk garisan padang. Peruntukan

diperolehi daripada Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

i.28 MacMembayar wang KWAPM kepada semua pelajar yang disenaraikan.

j.30 MacRekupmen sebanyak RM45.00 kepada Panjar Wang Runcit kerana

belanja fotostat bahan pengajaran Biologi Tingkatan Empat.

DIKEHENDAKI:

Sediakan Akaun Wang Kerajaan bagi bulan Mac 2008 dengan mengambilkira semua

urusniaga di atas. (Tunjukkan semua jalan kerja)SOALAN 6Berikut ialah ringkasan enrolmen pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad At-Tarbiah Ad-Dinniah (SMAAD) pada 1 Oktober 2010 :

TingkatanJumlah

Tingkatan Satu Tiga700

Tingkatan 4 Sains 215

Tingkatan 4 Sastera155

Tingkatan 5 Sains 185

Tingkatan 5 Sastera205

Tingkatan 6 Rendah40

Tingkatan 6 Atas40

Jumlah1540

1. Maklumat Tambahan :

j. Matapelajaran elektif Sains Tulen bagi pelajar Aliran Sains ialah Fizik, Kimia dan Biologi. Semua pelajar Aliran Sains juga mengambil matapelajaran English for Science and Technology (EST) dan Bahasa Arab Tinggi.

k. Bilangan pelajar SMAAD yang mengambil matapelajaran Bahasa Asing adalah seramai 500 orang.l. Seramai 40% pelajar Aliran Sains tersebut mengambil matapelajaran Lukisan Kejuruteraan dan selebihnya mengambil Teknologi Maklumat. m. Seramai 470 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 mengambil matapelajaran Matematik Tambahan. Manakala seramai 50 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 mengambil matapelajaran Tasawur Islam.n. SMAAD juga menawarkan matapelajaran Perdagangan, Ekonomi Asas dan Prinsip Perakaunan kepada pelajar Aliran Sastera. Seramai 40% daripada pelajar Tingkatan 4 dan 5 Sastera mengambil matapelajaran Perdagangan, 40% Ekonomi Asas dan 20% Ekonomi Rumah Tangga. Bilangan pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan adalah seramai 90 orang.

o. Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 SMAAD mengambil matapelajaran Al-Quran & As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.

p. Kesemua pelajar Tingkatan 4 dan 5 Aliran Sastera mengambil matapelajaran Sains Tambahan.q. Kesemua pelajar Tingkatan 6 mengambil matapelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Syariah, Usuluddin, Ekonomi, dan Pengajian Perniagaan dan MUET.r. Enrolmen pelajar pada 29 Februari 2011 telah bertambah seramai 50 orang, kesemuanya pelajar Tingkatan Satu. Kesemua pelajar tersebut mengambil Bahasa Asing.2. Baki-baki Akaun Wang Kerajaan pada 1 Mac 2011 adalah seperti berikut:

RM

g. Teras

9,000.00

h. Wajib

3,200.00

i. Elektif

7,200.00j. Pusat Sumber Sekolah 300.00k. Bimbingan & Kaunseling 70.00

l. Pelbagai

980.00

3. Penerimaan yang berlaku di sepanjang bulan Mac 2011 ialah :

e. 05 Mac - Menerima semua peruntukan yang dipohon.

f. 10 Mac - Menerima Biasiswa Kecil Persekutuan berjumlah RM30,000.00.

g. 22 Mac - Menerima Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin berjumlah RM70,000.4. Pembayaran yang dibuat di sepanjang bulan Mac 2011 ialah :

Tarikh Urusniaga

a.01 MacMenjelaskan bil membaiki kebocoran tandas RM200.00 kepada Prestasi

Enterprise.

b.02 MacMembayar Syarikat Bas UNIC Liner RM470.00 kerana menghantar peserta dan

pelajar ke Pertandingan Kuiz Matematik Peringkat Daerah.

c.10 MacMembayar Koperasi Sekolah RM200.00 kerana membekal buku

Bahasa Arab KomunikasiTingkatan Satu.

d.14 MacMembayar biasiswa kepada semua pemegang biasiswa. Menjelaskan

semua bil air, elektrik, telefon dan Astro RM3,000.00.

e.18 MacMembayar Pustaka Longman RM1,200.00 kerana membekalkan buku-

buku dan majalah.

f.20 MacMembayar Kantin Sekolah RM2000.00 kerana menyediakan makanan

kepada fasilitator Kursus Kecemerlangan Pelajar.

g.22 MacMenyelesaikan invois RM9,500.00 kepada Syarikat Pure Tools kerana

membekal peralatan Kemahiran Hidup kepada sekolah.

h.26 MacMembeli minyak hitam dan kapur puteh untuk garisan padang. Peruntukan

diperolehi daripada Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

i.28 MacMembayar wang KWAPM kepada semua pelajar yang disenaraikan.

j.30 MacRekupmen sebanyak RM45.00 kepada Panjar Wang Runcit kerana

belanja fotostat bahan pengajaran Biologi Tingkatan Empat.

DIKEHENDAKI:

Sediakan Akaun Wang Kerajaan bagi bulan Mac 2011 dengan mengambilkira semua

urusniaga di atas. (Tunjukkan semua jalan kerja)SOALAN 6

Berikut ialah ringkasan enrolmen pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad At-Tarbiah Ad-Dinniah (SMAAD) pada 1 Oktober 2010 :

TingkatanJumlah

Tingkatan Satu Tiga700

Tingkatan 4 Sains 215

Tingkatan 4 Sastera155

Tingkatan 5 Sains 185

Tingkatan 5 Sastera205

Tingkatan 6 Rendah40

Tingkatan 6 Atas40

Jumlah1540

1. Maklumat Tambahan :

s. Matapelajaran elektif Sains Tulen bagi pelajar Aliran Sains ialah Fizik, Kimia dan Biologi. Semua pelajar Aliran Sains juga mengambil matapelajaran English for Science and Technology (EST) dan Bahasa Arab Tinggi.

t. Bilangan pelajar SMAAD yang mengambil matapelajaran Bahasa Asing adalah seramai 500 orang.

u. Seramai 40% pelajar Aliran Sains tersebut mengambil matapelajaran Lukisan Kejuruteraan dan selebihnya mengambil Teknologi Maklumat. v. Seramai 470 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 mengambil matapelajaran Matematik Tambahan. Manakala seramai 50 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 mengambil matapelajaran Tasawur Islam.

w. SMAAD juga menawarkan matapelajaran Perdagangan, Ekonomi Asas dan Prinsip Perakaunan kepada pelajar Aliran Sastera. Seramai 40% daripada pelajar Tingkatan 4 dan 5 Sastera mengambil matapelajaran Perdagangan, 40% Ekonomi Asas dan 20% Ekonomi Rumah Tangga. Bilangan pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan adalah seramai 90 orang.

x. Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 SMAAD mengambil matapelajaran Al-Quran & As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.

y. Kesemua pelajar Tingkatan 4 dan 5 Aliran Sastera mengambil matapelajaran Sains Tambahan.

z. Kesemua pelajar Tingkatan 6 mengambil matapelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Syariah, Usuluddin, Ekonomi, dan Pengajian Perniagaan dan MUET.

aa. Enrolmen pelajar pada 29 Februari 2011 telah bertambah seramai 50 orang, kesemuanya pelajar Tingkatan Satu. Kesemua pelajar tersebut mengambil Bahasa Asing.

2. Baki-baki Akaun Wang Kerajaan pada 1 Mac 2011 adalah seperti berikut:

RM

m. Teras

9,000.00

n. Wajib

3,200.00

o. Elektif

7,200.00

p. Pusat Sumber Sekolah 300.00

q. Bimbingan & Kaunseling 70.00

r. Pelbagai

980.00

3. Penerimaan yang berlaku di sepanjang bulan Mac 2011 ialah :

h. 05 Mac - Menerima semua peruntukan yang dipohon.

i. 10 Mac - Menerima Biasiswa Kecil Persekutuan berjumlah RM30,000.00.

j. 22 Mac - Menerima Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin berjumlah RM70,000.

4. Pembayaran yang dibuat di sepanjang bulan Mac 2011 ialah :

Tarikh Urusniaga

a.01 MacMenjelaskan bil membaiki kebocoran tandas RM200.00 kepada Prestasi

Enterprise.

b.02 MacMembayar Syarikat Bas UNIC Liner RM470.00 kerana menghantar peserta dan

pelajar ke Pertandingan Kuiz Matematik Peringkat Daerah.

c.10 MacMembayar Koperasi Sekolah RM200.00 kerana membekal buku

Bahasa Arab KomunikasiTingkatan Satu.

d.14 MacMembayar biasiswa kepada semua pemegang biasiswa. Menjelaskan

semua bil air, elektrik, telefon dan Astro RM3,000.00.

e.18 MacMembayar Pustaka Longman RM1,200.00 kerana membekalkan buku-

buku dan majalah.

f.20 MacMembayar Kantin Sekolah RM2000.00 kerana menyediakan makanan

kepada fasilitator Kursus Kecemerlangan Pelajar.

g.22 MacMenyelesaikan invois RM9,500.00 kepada Syarikat Pure Tools kerana

membekal peralatan Kemahiran Hidup kepada sekolah.

h.26 MacMembeli minyak hitam dan kapur puteh untuk garisan padang. Peruntukan

diperolehi daripada Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

i.28 MacMembayar wang KWAPM kepada semua pelajar yang disenaraikan.

j.30 MacRekupmen sebanyak RM45.00 kepada Panjar Wang Runcit kerana

belanja fotostat bahan pengajaran Biologi Tingkatan Empat.

DIKEHENDAKI:

Sediakan Akaun Wang Kerajaan bagi bulan Mac 2011 dengan mengambilkira semua

urusniaga di atas. (Tunjukkan semua jalan kerja)