soalan

Upload: najihah-tarmizi

Post on 07-Jan-2016

4 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kolonial

TRANSCRIPT

Soalan: Adakah cukai dan duti dikenakan jika British mengekalkan ekonomi bebas?

Jawapan:

Ya, ekonomi bebas masih dikenakan. Sebagai contoh, duti eksport timah dikenakan di Selangor. Walau bagaimanapun, duti eksport timah tidak ditetapkan bayarannya kerana ia mengikut harga pasaran. Duti eksport boleh meningkat atau menurun kadarnya. Menurut Tan Ding Eing, pada tahun 1877, duti eksport timah berkurangan dari 65.00 sebahara menjadi 122.00 sebahara pada tahun tersebut.

Dari segi cukai pula, British telah menurunkan kadar cukai lama dari $19 per bahara dengan dengan $13 cukai pengeluaran. Kadar cukai ini tidak ditetapkan oleh pentadbir, tetapi berdasarka harga timah semasa.

Soalan: British mengatakan bahawa mereka mengenakan ekonomi bebas. Tetapi, mereka bertindak mewujudkan duti eksport dan cukai. Sepertinya, tindakan ini tidak selari dengan apa yang mereka perjuangkan, iaitu ekonomi bebas?

Jawapan:

Dalam soal ini, sebenarnya British masih mengekalkan konsep ekonomi bebas. Hal ini demikian kerana adanya kemudahahan urusan eksport dan pelabuhan bagi membiayai kos pengurusan pelabuhan itu sendiri. Sesebuah pelabuhan itu masih dianggap pelabuhan bebas jika cukai yang dikenakan untuk membiayai kos pengendalian pelabuhan tersebut.Soalan: Salah satu perubahan British yang amat ketara adalah penghapusan adat perhambaan. Sebagai mana yang kita ketahui, sistem perhambaan merupakan suatu lambang kekuasaan dan kebanggaan golongan pemerintah. Tindakan Birch menyembunyikan hamba tebusan yang melarikan diri terutama hamba perempuan dianggap oleh orang Melayu sebagai perbuatan mencuri semata-mata. Kejadian hamba melarikan diri daripada tuannya sebenarnya adalah perkara yang biasa ia sentiasa berlaku sejak zaman berzaman. British seperti membantah adat perhambaan. Apakah komen saudari panel mengenai keadaan ini?

Menurut P.L Burns beliau mengatakan bahawa perhambaan adalah adat Perak yang diwarisi sejak zaman yang sangat lama dan Birch sebenarnya tiada hak untuk mengubah adat yang telah lama diamalkan itu. Adat yang telah lama diamalkan malah sejak zaman Melaka lagi apabila ingin dihapuskan sudah tentu akan menimbulkan reaksi negatif kerana orang melayu sangat mementingkan adat. British sepatutnya memilih residen yang berfikiran tajam dan halus dan bijak serta benar-benar tahu mengenai adat istiadat dan hal ehwal orang Melayu untuk menghapuskan amalan perhambaan di Perak.

irch seharusnya bersikap dengan lebih bertoleransi dan menghormati supaya dengan cara itu dia dapat menghapuskan perhambaan tanpa menimbulkan kemarahan kepada golongan pemerintah. Birch masih menanggap hamba seperti di barat sedangkan hamba di negeri-negeri Melayu mempunyai hak kemasyarakatannya sendiri, walaupun hamba dipunyai oleh tuannya, tetapi hamba masih boleh mengambil upah dari orang lain.Orang-orang Eropah cenderung mentakrifkan hamba abdi menurut pengertian barat dan melihat hamba abdi sebagai sekumpulan manusia yang tidak dibezakan dan menempuh kehidupan yang penuh penyeksaan.Sedangkan pemerintah Melayu mempunyai 2 jenis hamba secara am iaitu hamba abdi dalam erti kata barat dan hamba berhutang atau hamba tebusan. Berlaku salah faham mengenai erti hamba di barat dan eropah. Perbezaan ini masih dianggap seperti barat dan mereka sebulat suara mengutuk amalan itu. Akan tetapi bagi hamba raja ia adalah satu kebanggaan jika mereka menjadi hamba raja dan mereka menerima layanan yang berlainan berbanding hamba lain.

Soalan: British mengatakan bahawa mereka mengenakan ekonomi bebas. Tetapi, mereka bertindak mewujudkan duti eksport dan cukai. Sepertinya, tindakan ini tidak selari dengan apa yang mereka perjuangkan, iaitu ekonomi bebas?

Jawapan:

Dalam soal ini, sebenarnya British masih mengekalkan konsep ekonomi bebas. Hal ini demikian kerana adanya kemudahahan urusan eksport dan pelabuhan bagi membiayai kos pengurusan pelabuhan itu sendiri. Sesebuah pelabuhan itu masih dianggap pelabuhan bebas jika cukai yang dikenakan untuk membiayai kos pengendalian pelabuhan tersebut.

Soalan: Kehadiran kolonial, British ke Tanah Melayu sepertinya telah membawa perubahan yang ketara. Imigran Cina dan India telah dibawa masuk ke sini. Sudah tentu mereka ini terlibat sama dalam perubahan yang sedang berlaku. Adakah mereka juga terlibat dalam perubahan ekonomi yang sedang dilakukan oleh British, dan apakah ini mempengaruhi keadaan masyarakat Melayu?