soalan 3 (2) kongresss (asia selatan) .docx

Upload: balqis-comel

Post on 04-Jun-2018

234 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    1/20

    1

    PENDAHULUAN

    India merupakan negara kedua terbesar di dunia dari aspek bilangan penduduk dan

    merupakan negara terbesar di selatan Asia. Secara geografinya, India merupakan salah sebuah

    tamadun awal dalam peradaban manusia apabila munculnya tamadun Indus di lembah Indus,

    India yang terbentuk daripada semenanjung setiga ke arah lautan Hindia.1 India disempadani

    oleh Pakistan, Nepal, Bhutan, Tibet dan China disebelah utara, Bangladesh, dan Sri Lanka di

    selatan.2 India mempunyai dataran yang luas, sungai yang panjang, tanah rendah tropika dan

    sistem pergunungan yang tertinggi di dunia.3

    Pengaruh dasar ekonomi ini hanya berlaku sehingga abad ke-18, setelah berlakunya

    revolusi perindustrian yang menuntut British mengubah dasar ekonomi sehingga mendesak

    negaranya untuk melakukan pencarian kawasan dan bahan mentah baru di luar kawasan Eropah.

    British telah melaksanakan dasar campur tangan ke atas negara lain iaitu menjadi kuasa kolonial

    yang berlayar keluar ke kawasan Asia untuk memenuhi tuntutan ekonomi. Maka, ekspedisi ke

    Timur telah menjadikan India sebagai destinasi untuk mendapatkan bahan mentah dan barang

    dagangan. Misalnya, British telah melakukan perdagangan di Gujerat pada tahun 1612 lagi yang

    menunjukan bahawa mereka telah sampai di Asia pada pertengahan abad ke-17 sebelum

    memaksa British melakukan ekploitasi ke atas India.4Seterusnya, wujud pelbagai usaha dalam

    kalangan masyarakat tempatan bagi membebaskan India sehingga pada tahun 1946 apabila India

    berjaya merdeka dan membentuk kerajaan demokrasi di bawah pimpinan Pandit Jawaharlal

    Nehru yang merupakan presiden kepada Kongres Kebangsaan India (Kongres). Kongres juga

    1Bushra Afzal Abbasi. 1997. Geography Of South Asia. Pakistan: Sang-e-Meel. Hlm 32Ibid.3Ensiklopedia Dunia, Jilid 9.2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 120.4Kumar Suresh Singh. 2002.People Of India Gujarat, Part 1. Mumbai: Popular Prakashan Pvt,Ltd. Hlm 6

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    2/20

    2

    telah berjaya menjadi asas kepada perkembangan nasionalisme yang bercorak liberal5di India

    melalui usaha-usaha yang telah dilaksanakan sejak dari awal pertubuhannya.

    Penubuhan Kongres Kebangsaan India pada tahun 1885 sememangnya telah menjadi asas

    kepada perkembangan nasionalisme bercorak liberal di India. Oleh itu, perjuangan Kongres

    dalam mewujudkan nasionalisme bercorak liberal akan dianalisis setiap tahapnya iaitu sejak dari

    awal penubuhannya sehinggalah sekitar tahun 1900 iaitu apabila Gandhi mentadbir Kongres.

    Setiap tahap perjuangan tersebut akan diperjelaskan dengan terperinci bagi menunjukkannya

    sebagai asas kepada perkembangan nasionalisme bercorak liberal di India.

    Selama dalam jajahan pemerintahan British di India, Kongres Kebangsaan India (KKI)

    merupakan sebuah persatuan yang membawa gelombang perubahan dalam arus gerakan politik

    di India. Di beberapa tempat jajahan British, pembentukan persatuan, kesatuan dan kelab

    merupakan satu bahagian penting dalam gerakan kesedaran di sesebuah negara misalnya

    Persatuan Belia Buddha (YMBA) di Myanmar, Gerakan Katipunan di Filipina, Kuomintang di

    China yang biasanya memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan kebudayaan, agama,

    pendidikan dan kedudukan sosio-ekonomi masyarakat. Namun gerakan ini beransur beralih

    kepada corak yang lebih politik dan radikal, keadaan ini kerana tuntutan dari sikap kuasa

    imperialis yang tidak mahu bertolak ansur dan melakukan penindasan. Sebuah persatuan harus

    ada pegangan dan garis panduan kepada semua aktiviti, halatuju dan dasar sesebuah organisasi

    atau kelompok merupakan asas dalam sesebuah perjuangan.

    LATAR BELAKANG KONGRES KEBANGSAAN INDIA

    5Liberal dapat diertikan sebagai berpandangan terbuka dan cenderung kepada pemerintahan bersifat demokratik.

    Lihat,Kamus Malaysiana, Jilid 14.1995. Shah Alam: Anzagain Sdn Bhd. Hlm. 319.

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    3/20

    3

    Pada tahun 1885 merupakan tahun yang penting dalam perkembangan nasionalisme di

    India kerana berlaku perkembangan yang pesat dalam aspek pendidikan, suratkhabar dalam

    pelbagai bahasa dan hal ini telah menjurus kepada perkembangan idea liberal. Sistem kehakiman

    pula telah mengangkat semua orang adalah sama telah menegaskan bahawa setiap orang

    mempunyai hak yang dijamin undang-undang. Selain itu, muncul golongan pertengahan kesan

    daripada pendemokrasian pendidikan yang telah mencari satu wadah untuk menyuarakan

    pendapat mereka. Keadaan tersebut telah membawa kepada pertubuhan-pertubuhan politik

    seperti Kongres Kebangsaan India.6

    Kongres Kebangsaan India telah ditubuhkan pada 1885.

    7

    dan ahli-ahlinya pada

    permulaannya hanya terdiri daripada orang-orang elit India dan berpendidikan barat yang patuh

    kepada British serta tinggal di bandar-bandar seperti Calcuta, Bombay, Madras, Poona,

    Allahadab dan Lahore. Golongan tersebut hanya menuntut keadilan di dalam aspek pentadbiran

    oleh British di India.8Seorang Inggeris yang berfikiran liberal iaitu Allan Octavian Hume yang

    merupakan salah seorang pegawai Inggeris dan bekas pegawai kerajaan pada abad ke-19

    bersama dengan orang India berpendidikan barat dan beberapa orang yang berfikiran liberal telah

    menubuhkan Kongres Kebangsaan India pada tahun 1885.9 Beberapa persatuan yang terkenal

    sebelum Kongres Kebangsaan India ialah Persatuan rakyat Poona, Persatuan India yang berpusat

    di Calcutta, Persatuan Rakyat Madras, Persatuan Raykat Allahadab dan Persatuan India yang

    beroperasi di Lahore.10

    Rata-ratanya kepempinan persatuan ini dikuasai oleh golongan seperti

    peguam-peguam, pengarang akhbar dan guru-guru berijazah. Kepimpinan yang melayakkan

    6Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 295.7Lauren S. Bahr. 1997. Colliers Encyclopedia,Volume 12.New York: Colliers. Hlm. 569.8Neil Ryan. 1978.India: Nasionalisme dan Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn Bhd. Hlm. 12.9Masselos,Jim. 1972.Nationalism on the India Subcontinet. Singapura: Tien Wah Press. Hlm. 63.10R. Suntharalingam. 1985.Nationalisme Satu Tinjauan Sejarah. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn Bhd. Hlm. 156

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    4/20

    4

    mereka adalah kerana tahap pendidikan yang mereka miliki dan minda golongan ini telah

    terdedah dengan idea-idea dari barat.

    Penubuhan Kongres Kebangsaan India ini berikutan dengan peristiwa tindakan Lord

    Ripon yang mengantikan Lytton yang mahu menarik balik dasar-dasar diskriminasi yang

    memberikan layanan dan peluang yang sama terhadap kaum pribumi India. Yang di mana pada

    tahun 1883, telah memperkenalkan Rang Undang-Undang Libert Bill yang dibentangkan dalam

    Maljis Undangan Pusat yang memberikan kuasa kepada hakim pribumi mahkamah seksyen

    untuk membicarakan semua kes-kes kesalahan jenayah di daerah-daerah yang dilakukan orang

    eropah. Sehubungan dengan itu, masyarakat Eropah menentang di India, dan akhirnya telah

    membawa kehancuran pemerintahan dan kewibawaan Lord Ripon di India. Lord Ripon terpaksa

    bersetuju meminda undang-undang dengan membenarkan orang Eropah dibicarakan oleh juri

    yang separuhnya terdiri daripada orang Eropah. Persidangan pertama Kongres telah bermula

    pada tahun 1885 di Bombay.11

    W.C Bonnerjee merupakan priseden yang pertama kongres

    tersebut.12

    Pada awal tahap pertubuhannya, Kongres Kebangsaan India merupakan antara parti

    politik yang berpelembagaan dan sederhana pergerakannya. Hanya menjelang awal tahun 1870-

    an. Kumpulan-kumpulan ini mula bergiat cergas dalam lapangan politik dengan menubuhkan

    persatuan, menjalinkan persahabatan dengan kelas berjouis dan petani, mengutarakan masalah-

    masalah rakyat terutamanya melalui ruangan akhbar dan majalah yang dikelolakan oleh

    pemimpin-pemimpin tertentu. Antaranya isu yang diperjuangkan ialah kebebasan akhbar,

    pemindahan kuasa politik kepada rakyat tempatan, peniktirafan kesamaan taraf awam dan

    kehakiman, penurunan cukai yang ditanggung rakyat jelata dan penolakan dasar perluasan

    11Herman Kulke & Dietmar Rothermund. 2004. A History Of India 4thEdition. New York: Rouledge. Hlm. 207.12R R. Suntharalingam. 1985.Nationalisme Satu Tinjauan Sejarah. Hlm. 159

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    5/20

    5

    jajahan British yang membazirkan wang kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk

    pembangunan dalam negeri, khususnya asas pendidikan dan teknikal.

    Walau bagaimanapun, penubuhan Kongres tersebut telah berjaya menjadi asas kepada

    perkembangan nasionalisme bercorak liberal di India apabila Kongres telah melaksanakan

    pelbagai usaha untuk membebaskan India daripada pengaruh British.

    PERJUANGAN KONGRES KEBANGSAAN INDIA

    Secara keseluruhannya, cara perjuangan Kongres Kebangsaan India boleh dijelaskan

    kepada tiga tahap. Tahap yang pertama adalah bersifat sederhana, tahap kedua lebih bersifat

    penentangan daripada golongan radikal seperti Bal Gangadhar Tilak13

    dan seterusnya pada tahap

    ketiga pula Kongres diterajui oleh Mahatma Gandhi sehingga tahun 1939 yang lebih bersifat

    liberal. Oleh yang demikian, setiap tahap perjuangan akan diperbincangkan dengan lebih

    terperinci agar ianya mampu menjelaskan bagaimana Kongres telah menjadi asas penting kepada

    pencapaian politik di India.

    Tahap Pertama

    Perjuangan Kongres lebih bersifat sederhana pada awalnya apabila meminta reformasi

    dilaksanakan di dalam pentadbiran kerajaan khususnya mencadangkan supaya peperiksaan dapat

    dijalankan untuk Perkhidmatan Awam di India dan juga di England. Ahli Kongres juga meminta

    supaya sebahagian daripada ahli perundangan harus dipilih dan majlis berhak untuk

    membincangkan mengenai belanjawan. Kerajaan telah meluluskan Akta Majlis India pada tahun

    1892 bagi meningkatkan penglibatan dan perwakilan orang India di Majlis Perundangan Pusat

    dan Wilayah. Namun begitu, usaha yang dilaksanakan oleh British tersebut tidak dapat

    13A.L Basham. 1998.A Cultural History of India.New York: Oxford University Press. Hlm. 373.

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    6/20

    6

    memuaskan hati rakyat India. Hal ini demikian kerana rakyat India tidak dapat memilih

    perwakilan di majlis dan tidak mendapat hak bagi mengundi belanjawan.14

    Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa tahap awal perjuangan Kongres bersifat

    sederhana seperti Hume yang menyatakan bahawa Kongres merupakan sebuah badan yang amat

    sederhana dan mempunyai tujuan yang secara langsung membolehkan semua pekerja berkenalan

    dengan lebih erat antara satu sama lain, berbincang dan mengambil keputusan bagi segala

    pergerakan-pergerakan politik seterusnya dan secara tidak langsung persidangan tersebut akan

    membentuk satu badan atau unit di parlimen India dalam mencari jawapan yang sahih terhadap

    persoalan yang menyatakan bahawa India tidak mampu mendapatkan institusi perwakilan

    walaupun dalam pelbagai bentuk.15

    Setelah itu, persidangan Kongres secara keseluruhannya terhad kepada kritikan-

    kritikan yang bersifat sederhana mengenai dasar-dasar kerajaan serta tuntutan-tuntutan yang

    dibuat juga munasabah untuk melakukan pemulihan-pemulihan dalam perkara-perkara seperti

    penghapusan Majlis India, pengembangan pendidikan am dan teknik, pengurangan perbelanjaan

    tentera dan latihan tentera bagi orang-orang India, pengasingan peranan kehakiman dan

    pemerintah di dalam pentadbiran keadilan jenayah, bilangan orang-orang India yang telah

    ditambah bagi menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam dengan mengadakan

    peperiksaan perkhidmatan awam sama ada di England mahu pun di India serta perluasan majlis-

    majlis pusat dan perundangan bagi membolehkan orang India yang dilantik oleh lembaga

    bandaran dan daerah mengikut bilangan yang sesuai.16

    14Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Haji Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah Asia

    Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. Hlm. 395.15Gilbert Khoo dan Dorothy LO. 1978. Asia Dalam Perubahan Sejarah Asia Tenggara, Selatan dan Timur Asia .

    Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd. Hlm. 1203.16Ibid., hlm. 1204.

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    7/20

    7

    Oleh itu, dapat dilihat bahawa perjuangan Kongres pada peringkat awal bersifat

    sederhana dan tiada penentangan yang lantang dilakukan melainkan hanya memberi kritikan dan

    cadangan kepada kerajaan. Namun begitu, segala usaha yang telah dilaksanakan oleh Kongres

    pada tahap ini merupakan suatu petanda bahawa ianya telah membawa kepada perkembangan

    nasionalisme liberal apabila menajdi pencetus kepada gerakan seterusnya yang lebih radikal

    namun sedikit sebanyak telah mencetuskan kepada pembentukan nasionalisme yang bercorak

    liberal di India.

    Tahap Kedua

    Unsur-unsur radikal mula diserap ke dalam politik dalaman Kongres selepas reformasi

    dilakukan oleh pihak British melalui Akta Majlis India pada tahun 1892.17

    Hal ini demikian

    kerana Kongres tidak berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan British di

    dalam reformasi tersebut serta sudah mula hilang kepercayaan terhadap pentadbiran British di

    India. Selain itu, mereka juga tidak berpuas hati dengan pemimpin Kongres iaitu Gopal Krishna

    Gokhale yang lebih bersifat sederhana dalam pentadbiran Kongres.18 Selain itu, wujud juga

    masalah lain seperti penghapusan cukai tarif pada tahun 1879 oleh British sehingga menjejaskan

    industri tempatan di India. Hal ini demikian kerana pengusaha kapas daripada Lancashire telah

    mendapat lebih banyak faedah dan keuntungan serta merugikan pengusaha tempatan pada tahun

    1895 kerana perlu membayar cukai sebanyak 5%. Hal ini telah menyebabkan ekonomi rakyat

    tempatan menjadi merosot dan Kongres berpecah kepada dua golongan.19

    17Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Haji Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah Asia

    Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 395.18Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 395.19Ibid., Hlm. 297.

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    8/20

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    9/20

    9

    Sejak tahun 1906, pengaruh kalangan pelampau telah semakin meluas di dalam Kongres

    oleh Tilak dan demonstrasi telah menjadi medium bagi menunjukkan penentangan terhadap

    British di Bengal dan Punjab sehingga terpaksa diletakkan di bawah Ordinan Kecemasan pada

    tahun 1907.23

    Selain itu, golongan penentang juga telah menerbitkan akhbar bertajuk Yugantar

    bermaksud era baru pada tahun 1908 yang cetakannya mencapai sehingga 10 000 naskhah.

    Akhbar tersebut secara lantang telah menyeru penduduk tempatan agar menyingkirkan orang

    asing walau dengan apa keadaan sekali pun. Tilak telah mengadakan lawatan ke seluruh

    Maharstha untuk mengutip derma dan mendapatkan sokongan terhadap perjuangan tersebut.

    Selain itu, pada 30 April 1908 dua wanita Inggeris di Bengal telah terbunuh akibat bom

    yang telah diletupkan oleh Khudiran Bose. Akibatnya, Tilak telah dibicarakan dan didapati

    bersalah serta dipenjarakan di Mandalay selama 6 tahun. Pada tahap kedua perjuangan Kongres

    dapat dikatakan bahawa wujud unsur perkembangan nasionalisme bercorak liberal di India

    apabila Tilak menggunakan saluran akhbar bertajuk Yugantarbagi menyebarkan fahaman beliau

    kepada masyarakat India.

    Perang Dunia Pertama

    Tercetusnya perang Dunia Pertama telah menjadi aras penting dalam menilai perjuangan

    golongan ekstrem tersebut kerana mereka merasakan bahawa usaha mereka dalam

    menyingkirkan British dari India akan berjaya.24

    Perang Dunia Pertama telah meletus pada

    tahun 1914 dan England menyarankan agar sekutu-sekutunya juga berjuang di atas prinsip

    kebebasan dan penentuan persendirian negara-negara. Pihak British telah meminta agar seluruh

    penduduk India bekerjasama dan perkara tersebut telah disokong oleh pejuang nasionalisme

    23Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 299.24Ibid. 300.

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    10/20

    10

    India yang cuba untuk menghapuskan perbezaan dan perasaan anti-British serta turut memberi

    sumbangan berbentuk wang, tenaga dan material dalam membantu British.25

    Para pejuang berbuat demikian kerana percaya dengan slogan kuasa Barat untuk memberi

    demokrasi dan penentuan diri di negara yang dijajah serta hak berkerajaan sendiri akan diberikan

    oleh British kepada kerajaan India selepas perang tamat. Malah terdapat deklarasi tahun 1917

    yang dikeluarkan oleh British bagi memberi India peluang untuk berkerajaan sendiri.26

    Walaupun begitu, kerajaan British gagal menunjukkan penghargaannya kepada usaha dan

    pertolongan daripada India hingga menyebabkan perasaan muhibbah orang-orang India mulai

    merosot.

    27

    Kejadian tersebut langsung tidak melemahkan semangat Kongres untuk terus

    berjuang menuntut kemerdekaan India apabila terdapat pelbagai usaha terus dilaksanakan oleh

    Kongres.

    Penyatuan Parti Politik India

    Puan Besant telah mengasaskan Liga Pemerintahan Tempatan (Home Rule League) pada

    tahun 1916.28

    Penubuhan Liga tersebut adalah untuk menyatukan semua parti politik dan kaum

    dalam menuntut Swaraj. Pemimpin-pemimpin Kongres dan Liga Muslim telah bermesyuarat

    pada bulan Disember 1916 di Lucknow.29

    Mohammad Ali Jinnah yang merupakan Presiden

    Liga Muslim telah menyatakan bahawa kerajaan tersendiri adalah matlamat politik orang-orang

    Muslim di India. Seterusnya, Kongres dan Liga telah menandatangani Perjanjian Lucknow yang

    menyatakan bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk menerima satu matlamat untuk India dan

    memutuskan satu sistem yang seragam bagi membentuk kerajaan tersendiri.

    25 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Haji Mad Aros dan Suffian Mansor. Sejarah Asia

    Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 396.26Ibid. Hlm. 396.27Gilbert Khoo dan Dorothy LO. 1978. Asia Dalam Perubahan Sejarah Asia Tenggara, Selatan dan Timur Asia.

    Hlm. 1210.28Ibid.29Ibid. Hlm. 1211.

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    11/20

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    12/20

    12

    Selepas Perang Dunia Pertama telah berlaku perubahan yang besar terhadap perjuangan

    Kongres. Perubahan tersebut adalah mengenai dasar bekerjasama kepada dasar tidak

    bekerjasama oleh Mahatma Gandhi. Pada tahun 1919, dua rang undang-undang Akta Rowlatt

    telah diperkenalkan yang memberi hak kepada kerajaan untuk mengawal penerbitan akhbar,

    membenarkan hakim-hakim membicarakan membicarakan pesalah-pesalah politik tanpa

    melibatkan juri dan mengesahkan penahanan dalam penjara orang-orang yang disyaki

    melaksanakan aktiviti subversif.34

    Malah pada 10 Ogos 1920, Gandhi telah melancarkan

    kempen Satyagraha dan hal ini secara langsung telah menyebabkan beliau menjadi seorang

    pemimpin yang terunggul mengatasi pemimpin politik lain seperti Motilal Nehru dan Chittarajan

    Das.35

    Kempen Satyagraha juga dikenali sebagai kempen yang melaksanakan strategi

    perjuangan Kongres iaitu pengingkaran tanpa kekerasan.36

    Tambahan lagi, Gandhi turut menerbitkan bukunya yang bertajuk Satyagraha in

    South Africa yang memperjelaskan perjuangan orang India dalam menuntut hak mereka dan

    penentangan terhadap undang-undang yang bersifat penindasan dan berat sebelah seperti cukai

    kepala yang dikenakan kepada penduduk tempatan. Oleh itu, kempen Satyagrahatelah merebak

    dan disokong oleh Kongres serta jutaan penduduk India.37

    Kempen tersebut telah dilaksanakan

    dengan tidak bekerjasama dengan British dan menutup kedai serta melakukan pemogokan.

    Walau bagaimanapun, mogok secara aman telah diadakan di Jallaianwala Bagh, Amritsar telah

    bertukar kepada perhimpunan berdarah apabila pihak berkuasa British melepaskan tembakan.

    Oleh yang demikian, seramai 379 orang telah terkorban dan 1200 orang lagi telah cedera. Hal ini

    telah menyebabkan Gandhi menghentikan kempen tersebut.

    34Gilbert Khoo dan Dorothy LO. 1978. Asia Dalam Perubahan Sejarah Asia Tenggara, Selatan dan Timur Asia.

    Hlm. 1214.35Azharudin Mohd Dali. Tamadun India. Hlm. 302.36Marcus Franke. 2009. War and Nationalism in South Asia.London: Routledge. Hlm. 103.37Mohd Afandi Awang. 2006.Komunalisme dan Kesannya Ke Atas Peradaban India.Hlm. 42.

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    13/20

    13

    Seterusnya, Gandhi juga telah memboikot barangan asing yang akhirnya

    menimbulkan rusuhan pada tahun 1922 di Chauri Chaura dan menyebabkan 22 orang pegawai

    polis terbunuh hingga Gandhi memutuskan untuk menghentikan rusuhan tersebut. Beliau telah

    dipenjarakan dan kekosongan jawatan beliau dalam Kongres telah disandang oleh Pandit

    Jawaharlal Nehru.38

    Jelaslah menunjukkan bahawa usaha yang telah dilakukan oleh Kongres

    telah menjurus kepada nasionalis liberal di India apabila kempen Satyagrahadilihat berkesan ke

    atas pemerintahan di India pada masa tersebut.

    Penyatuan Kongres

    Antara perubahan penting yang telah dilakukan oleh Gandhi terhadap Kongres adalah

    menyatukan kesemua masyarakat India dalam satu matlamat perjuangan yang sama. Kongres

    sebelumnya hanya dikenali sebagai sebuah parti politik yang dianggotai oleh golongan

    menengah dan berpendidikan Inggeris tetapi penglibatan Gandhi dalam Kongres telah merubah

    identiti tersebut. Hal ini demikian kerana Gandhi telah membawa golongan bawahan dan juga

    pekerja menyertai Kongres. Gandhi telah berjaya mengubah Kongres daripada sebuah

    pertubuhan politik bersifat elit kepada sebuah gerakan massa yang mewakili pelbagai kelompok

    masyarakat tanpa mengira kelas bawahan mahu pun atasan. Usaha Gandhi dalam mendapatkan

    kerjasama daripada masyarakat Islam di India untuk turut serta di dalam perjuangan politik di

    India dan hal ini dapat dilihat dalam sokongan Kongres terhadap pergerakan Khilafat. Keadaan

    tersebut telah membawa kepada sokongan orang Islam di India terhadap perjuangan politik

    Gandhi menerusi pergerakan Kongres dan ini telah menandakan bahawa wujudnya corak

    pentadbiran demokrasi apabila semua pihak diberi peluang yang sama rata.39

    Gerakan Khilafat

    38 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Haji Mad Aros dan Suffian Mansor. Sejarah Asia

    Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 396.39Azharudin Mohd Dali. Tamadun India. Hlm. 302.

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    14/20

    14

    Pembabitan kerajaan Turki di dalam Perang Dunia Pertama telah mengheret

    masyarakat Islam yang lain termasuk masyarakat Islam di India kerana menganggap bahawa

    empayar Uthmaniah Turki sebagai mewakili pemerintahan Islam. Keadaan ini juga dilihat turut

    melibatkan masyarakat Islam di India apabila Turki melaungkan slogan jihad bagi menentang

    tentera bersekutu serta seruan bagi melindungi dan mempertahankan kedudukan khalifah Turki

    sebagai khalifah Islam. Seterusnya, pada 27 Oktober 1919 hari Khilafat telah ditetapkan dan

    segala bentuk kerjasama dengan pihak British telah ditarik balik, gelaran-gelaran daripada

    kerajaan British dikembalikan, tidak membayar cukai dan tidak terlibat di dalam semua aktiviti

    yang dianjurkan oleh kerajaan serta semua pusat perniagaan juga ditutup.

    40

    Oleh itu, India sebagai sebuah darul-harb telah diisytiharkan oleh Maulana Abdul Basri,

    Abdul Kalam Azad Khan dan Shaukat Ali dan masyarakat Islam haruslah berhijrah ke darul-

    Islam. Akibatnya, sekitar 500 000 hingga dua juta orang orang Islam terutamanya dari Punjab

    dan Sind telah melaksanakan perjalanan ke Afghanistan tetapi masalah telah wujud apabila

    pemerintah Afghanistan gagal memenuhi keperluan golongan penghijrah yang terlalu ramai

    hingga usaha tersebut gagal dilaksanakan.41Walaupun begitu, Kongres telah memberi sokongan

    kepada usaha yang dijalankan oleh masyarakat Islam di India yang menunjukkan bahawa wujud

    kerjasama antara masyarakat Islam dengan Kongres. Gerakan tersebut terhenti apabila Turki

    ditadbir olah golongan sekularisme iaitu Mustafa Kamal Pasha yang bertindak menghapuskan

    kedudukan khalifah pada tahun 1924.42

    Malah sokongan Kongres terhadap Khilafat terhenti

    apabila berlaku kebangkitan Moplah pada tahun 1921 yang berlaku apabila orang Hindu telah

    dibunuh oleh orang Islam hingga menyebabkan perpaduan yang selama ini terbentuk telah

    40Azharudin Mohd Dali. Tamadun India. Hlm. 303.41Ibid. Hlm. 304.42Ibid.

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    15/20

    15

    terhapus.43

    Walau bagaimanapun, usaha Kongres di dalam Khilafat telah menandakan wujudnya

    demokrasi di dalam perjuangannya apabila tidak bersifat berat sebelah apabila turut membantu

    orang Islam India.

    Pandit Jawaharlal Nehru

    Semasa Gandhi dipenjarakan kerana mengadakan rusuhan di Chauri Chaura pada

    tahun 1922 Kongres telah dipimpin oleh Pandit Jawaharlal Nehru.44

    Hal ini telah membawa

    kepada keretakan hubungan antara orang Hindu dengan orang Islam yang melibatkan polisi parti,

    percanggahan pendapat mengenai usaha tidak bekerjasama sama ada perlu diteruskan atau tidak.

    Semasa Kongres di bawah Pandit Jawaharlal telah mengambil keputusan untuk bertanding di

    dalam pilihan raya 1924. Kongres yang diketuai oleh swaraj telah berjaya memenangi

    sebahagian besar kerusi-kerusi di semua wilayah kecuali Madras tetapi majoriti ahli-ahlinya

    dipilih di Benggala dan Wilayah-wilayah Tengah sahaja. Oleh itu, dapat dilihat Kongres semakin

    berpengaruh apabila dapat mengawal belanjawan negara India.45

    Tambahan lagi, semasa Gandhi dipenjarakan kerajaan British telah menjalankan dasar

    memecahbelahkan perpaduan masyarakat India yang termasuk juga kumpulan Paria dengan

    memperkenalkan pengundian yang dilaksanakan secara berasingan. Walau bagaimanapun, usaha

    ini dapat dipatahkan oleh Gandhi menerusi perjuangannya bersama dengan Kongres apabila

    beliau dibebaskan semula pada tahun 1924 dengan mengadakan mogok lapar dan tamat apabila

    wujudnya Pakatan Poona pada tahun 1932 yang bersetuju bahawa pemilihan akan dilakukan

    bersama dengan golongan paria dan pengasingan pemilihan dilaksanakan.46

    Oleh itu, dapat

    43Neil Ryan. 1978.India: Nasionalisme dan Kemerdekaan. Hlm. 27.44Ibid.45Ibid. Hlm. 28.46 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Haji Mad Aros dan Suffian Mansor. Sejarah Asia

    Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm.398.

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    16/20

    16

    dilihat bahawa perjuangan Kongres telah mengasaskan nasionalis berbentuk liberal di India

    apabila Kongres berjuang melalui pilihan raya yang bersifat demokrasi.

    Perarakan Garam

    Peristiwa tersebut wujud kerana kesedaran Gandhi mengenai masyarakat India yang

    semakin ditekan oleh British. Gandhi telah mendesak Wizurai Lord Irwin supaya beberapa

    peraturan yang menekan masyarakat diberi perhatian seperti menjaga barangan buatan India

    terutamanya tekstil daripada saingan tekstil buatan luar, nilai mata wang rupee dikawal, cukai

    tanah dikurangkan dan cukai garam dihapuskan. Tindakan kerajaan menaikkan harga garam

    telah menimbulkan kesusahan kepada golongan bawahan. Kongres telah terlibat secara langsung

    dalam pembuatan dan penjualan garam kepada masyarakat umum. Malah kain buatan asing juga

    dipulaukan. Seterusnya, pihak British telah menangkap pemimpin Kongres sehingga menjadi

    pertubuhan haram. Akhirnya, Britsih mengadakan perdamaian dengan Kongres dengan

    mengadakan Persidangan Meja Bulat yang telah diadakan sebanyak tiga kali dari tahun 1930

    hingga 1932.47

    Walaupun persidangan tersebut tidak membawa suatu keputusan yang muktamad

    namun keadaan tersebut telah menunjukkan bahawa Kongres telah berjaya mengadakan

    perbincangan secara terbuka dengan British dan ini telah menjadi petunjuk kepada pembentukan

    nasionalis bercorak liberal di India.

    Perang Dunia Kedua

    Tanpa sebarang rundingan India telah dibawa masuk ke dalam kancah Perang Dunia

    Kedua. India memberi bantuan tentera seramai 205 058 orang pada tahun 1939 kepada 2 251 050

    orang pada Julai tahun 1945. Selain itu, India juga memberi bantuan yang bernilai sebanyak

    47Azharudin Mohd Dali. Tamadun India. Hlm. 309.

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    17/20

    17

    286.5 juta rupees dalam bentuk kelengkapan ketenteraan, pakaian dan lain-lain.48

    Oleh yang

    demikian, Kongres telah membuat tuntutan kemerdekaan India sebagai balasan kerjasama yang

    diberikan semasa menghadapi masalah Jepun dan telah diterima oleh Winston Stafford Cripps

    iaitu Perdana Menteri Britain. Disebabkan Kongres enggan bekerjasama dengan British Liga

    Muslim telah bersekutu dengan British. Oleh itu, kerajaan British telah menimbangkan untuk

    menubuhkan sebuah negara Islam bagi Liga Muslim.

    Kongres pula telah melancarkan Gerakan Meninggalkan India yang bertujuan memaksa

    British meninggalkan India kerana merasakan dengan pengunduran British maka Jepun tidak

    mempunyai sebarang alasan untuk menyerang India. British telah bertindak balas dengan

    menangkap dan memenjarakan ahli Kongres termasuk Jawaharlal, Gandhi dan sekitar 20 000

    ahli Kongres ditangkap. Gerakan Meninggalkan India telah mencetuskan suasana yang huru-

    hara dan menjadi semakin buruk apabila terjadi pertembungan dengan orang Islam sehinggalah

    perang tamat pada tahun 1945.49

    Oleh yang demikian, jelaslah bahawa usaha Kongres untuk membentuk kerajaan sendiri

    telah menjadi asas kepada perkembangan nasionalis bercorak liberal di India. Usaha tersebut

    ternyata membuahkan hasil apabila India berjaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1947

    dengan pemisahan Pakistan daripada India. Segala perjuangan Kongres dari awal penubuhannya

    yang bercorak liberal diperjelaskan dan dikaitkan dengan kesannya yang telah menjadi asas

    perkembangan nasionalisme bercorak liberal.

    KESIMPULAN

    Secara keseluruhannya, perjuangan Kongres Kebangsaan India telah dapat dibahagikan

    kepada tiga tahap. Tahap pertama Kongres bersifat sederhana, tahap kedua pula bersifat militan

    48C.A Bayly, (ed.). 1990. The Raj India and the British 1600-1947. London: National Potrait Gallery Publications.

    Hlm. 406.49Azharudin Mohd Dali. Tamadun India. Hlm. 315.

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    18/20

    18

    oleh Tilak dan tahap ketiga merupakan tahap yang paling penting yang telah diterajui oleh

    Mahatma Gandhi dan Pandit Jawaharlal Nehru yang memperjuangkan pelbagai dasar seperti

    dasar tidak bekerjasama dan gerakan meninggalkan India. Penjelasan dibuat dengan

    memperincikan mengenai setiap aspek perjuangan Kongres dalam setiap tahap tersebut yang

    boleh dikaitkan dengan liberal bagi menunjukkan Kongres sebagai asas nasionalis bercorak

    liberal.

    Perjuangan yang telah dilaksanakan oleh Kongres sejak dari awal penubuhannya dilihat

    telah menjadi asas kepada perkembangan nasionalisme bercorak liberal di India seperti Liga

    Muslim dan lain-lain. Kejayaan Kongres yang telah berupaya mendapatkan kemerdekaan bagi

    pihak India telah membuktikan bahawa Kongres sememangnya telah menjadi asas kepada

    perkembangan nasionalisme berbentuk liberal di India sehingga India merdeka pada 15 Ogos

    1947 dengan Pandit Jawaharlal Nehru yang memperjuangkan perjuangannya menerusi Kongres

    telah menjadi Perdana Menteri India yang pertama.

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    19/20

    19

    BIBLIOGRAFI

    A.L Basham. 1998.A Cultural History of India.New York: Oxford University Press.

    Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Haji Mad Aros dan Suffian Mansor.

    2003. Sejarah AsiaTenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Shah Alam: FajarBakti Sdn Bhd.

    Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Bushra Afzal Abbasi. 1997. Geography Of South Asia. Pakistan: Sang-e-Meel.

    C.A Bayly, (ed.). 1990. The Raj India and the British 1600-1947. London: National Potrait

    Gallery Publications.

    Ensiklopedia Dunia, Jilid 9.2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Gilbert Khoo dan Dorothy LO. 1978. Asia Dalam Perubahan Sejarah Asia Tenggara, Selatan

    dan Timur Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.

    Herman Kulke & Dietmar Rothermund. 2004.A History Of India 4th

    Edition. New York:

    Rouledge.

    Kamus Malaysiana, Jilid 14.1995. Shah Alam: Anzagain Sdn Bhd.

    Kumar Suresh Singh. 2002.People Of India Gujarat, Part 1. Mumbai: Popular Prakashan

    Pvt,Ltd.

    Lauren S. Bahr. 1997. Colliers Encyclopedia, Volume 12.New York: Colliers

    Masselos,Jim. 1972.Nationalism on the India Subcontinet. Singapura: Tien Wah Press

    Marcus Franke. 2009. War and Nationalism in South Asia.London: Routledge.

    Mohd Afandi Awang. 2006.Komunalisme dan Kesannya Ke Atas Peradaban India.Kuala

    Lumpur: Universiti Malaya.

    Neil Ryan. 1978.India: Nasionalisme dan Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia

    Sdn Bhd.

  • 8/13/2019 soalan 3 (2) kongresss (ASIA SELATAN) .docx

    20/20

    20

    R. Suntharalingam. 1985.Nationalisme Satu Tinjauan Sejarah. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn

    Bhd.

    William H. McNeill. 1994.Kebangkitan Barat Sejarah Masyarakat Manusia. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.