soalan 2 phantom pregnancy

Upload: yamuna-nadarajan

Post on 18-Oct-2015

55 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu 3104

TRANSCRIPT

Soalan 2 ( Laporan Analisis )

Bagi menyelesaikan kes lampiran 9 The Phantom Pregnancy, Model Terapi Realiti Glasser merupakan model yang paling sesuai digunakan oleh guru tersebut. Menurut Glasser, beliau telah mencabar persepsi umum yang menyatakan bahawa motivasi intrinsik yang menggerakkan tingkah laku murid dan bukannya motivasi ekstrinsik. Di samping itu, Glasser juga memberi kenyataan bahawa tingkah laku yang terbaik terjadi hasil daripada pilihan yang terbaik. Beliau turut memfokuskan kepada perbincangan kelas untuk membina disiplin kelas.Merujuk kepada kes yang dihadapi oleh Barbara Thompson dan Teri Leigh, Barbara Thompson boleh menggunakan Model Glasser dalam membantu dan menyakinkan muridnya, Teri Leigh untuk membuat keputusan yang baik sebelum melakukan sesuatu. Bagi menyakinkan Teri Leigh, beliau boleh mencari dan mengumpul pelbagai maklumat dan bukti tentang keburukan kepada individu yang melahirkan anak ketika usia masih muda dan boleh menjelaskan risiko untuk mendapatkan penyakit jangkitan seks adalah sangat tinggi. Barbara Thompson harus bertanggungjawab untuk menyedarkan Teri agar dapat membuat keputusan yang baik. Melalui strategi tersebut, ia dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi terhadap Teri Leigh. Strategi kedua dalam menyelesaikan kes ini ialah melalui perbincangan bersama seperti dinyatakan oleh Glasser bahawa perbincangan akan menghasilkan disiplin. Dalam strategi ini, Barbara Thompson perlu mengenalpasti masalah utama Teri Leigh. Selain itu, beliau juga perlu berbincang dengan individu-individu termasuklah keluarga Teri, guru-guru yang mengajar Teri Leigh dan kaunselor untuk mendapatkan khidmat kaunseling. Barbara Thompson boleh mencari ibu kandung ataupun ibu angkat Teri Leigh untuk berbincang dengan mereka tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh anaknya. Di samping itu, beliau juga boleh menasihati kedua-dua ibu tersebut agar meluangkan masa untuk mengambil berat serta mendengar suara hati anak mereka. Tambahan pula, beliau boleh berbincang dengan guru-guru yang mengajar Teri Leigh dan berusaha bersama untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Kaedah kaunseling juga merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah kes tersebut. Kaedah kaunseling dapat menguatkan emosi dan psikologi dan Barbara Thompson boleh memberikan kaunseling kepada Teri. Jika tidak berkesan, beliau boleh membawa muridnya, Teri Leigh berjumpa dengan guru kaunselor atau pakar kaunselor untuk membantunya. Melalui kaunseling, mereka boleh memberitahu dan menasihatinya bahawa cara yang dilakukan olehnya untuk mendapatkan perhatian orang lain adalah langkah yang salah. Di samping itu, Barbara Thompson juga boleh membawa Teri Leigh pergi berjumpa dengan doktor psikologi untuk membantu dan merawatinya.

Strategi yang lain untuk menyelesaikan kes ini ialah melalui kaedah pemerhatian. Barbara Thompson boleh menjalankan pemerhatian terhadap Teri Leigh yang berkaitan tentang hubungannya dengan keluarga, guru-guru dan rakan-rakan serta pemerhatian tingkah laku yang ditunjukkan oleh Teri Leigh. Sepanjang pemerhatian, Barbara Thompson haruslah sentiasa merekodkan hasilnya. Dengan itu, beliau dapat mengenalpasti masalah utama dan cuba mencari penyelesaian yang terbaik dalam membantu Teri Leigh. Seperti yang dinyatakan dalam kes tersebut, Teri Leigh adalah murid yang berfikiran matang dan berkelakuan baik. Melalui rekod pemerhatian tersebut, Barbara Thompson boleh mengetahui mengapa muridnya mengeluarkan kenyataan akan melahirkan anak serta beruasaha mencari penyelesaian. Ini akan menunjukkan bahawa Barbara Thompson amat mengambil berat terhadap muridnya. Dengan itu, sikap prihatin dan mengambil berat yang ditunjukkan oleh beliau dapat memberikan perangsang kepada muridnya, Teri Leigh untuk membuat keputusan yang bijak. Di samping itu, Teri Leigh juga akan berasa gembira kerana masih terdapat seorang guru yang mengambil beratnya. Justeru, masalah kes ini dapat ditangani dan diselesaikan dengan sempurna dan baik. Selain daripada Model Terapi Realiti Glasser, Model Skinner iaitu dengan teknik riverse psikology juga boleh digunakan untuk kajian kes ini. Teknik ini menyarankan guru memahami psikologi murid berkenaan serta mengenal pasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya. Tujuan menggunakan teknik ini adalah untuk menginsafkan Teri agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkah laku yang diingini. Model Akibat Logikal Dreikurs juga dapat dikaitkan dengan kes ini. Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan. Menurut Dreikurs, masalah tingkah laku dalam bilik darjah terdiri terdorong oleh motif-motif murid seperti inginkan perhatian, menggunakan kuasa, membalas dendam dan memaparkan kekurangan. Bagi kes ini, perlakuan Teri yang memberikan gambar bogel kepada murid lelaki adalah disebabkan dia inginkan perhatian daripada murid-murid lelaki supaya mereka menyukainya dan dia dapat mempopularkan diri dalam kalangan murid lelaki tersebut. Barbara boleh meyediakan senarai semak ataupun jadual yang perlu dipatuhi oleh Teri agar Teri mendisiplinkan dirinya. Sebagai contoh, Barbara boleh menyediakan jadual apa yang perlu dilakukan oleh Teri pada hari ahad seperti pergi ke Gereja dan melakukan kerja-kerja amal di Gereja.

Selain itu, Model Disiplin Asertif Canter boleh digunakan bagi kes ini. Dalam kaedah ini, guru menetapkan peraturan dan memberi arahan yang tegas dan jelas. Pada masa sama, guru akan menjelaskan akibat apabila melanggar peraturan. Guru harus menggunakan langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi murid. Dalam kes ini, Pn. Barbara mengawasi tingkah laku Teri dengan tegas supaya dapat mengawal masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah. beliau memerhati tingkah laku Teri yang kurang baik seperti membawa pakaian bayi ke kelas. Pn.Barbara menjelaskan akibat yang akan dikenakan jika melanggar peraturan yang telah ditetapkan di dalam bilik darjah. Pn. Barbara mewujudkan hubungan yang rapat dengan Teri. Beliau juga dapat berbincang dengan Teri untuk mengetahui masalahnya dan berusaha untuk menyelesaikannya. Beliau juga menjelaskan akibat daripada mengandung pada usia muda ini. Pn. Barbara menggunakan langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Teri. Masalah kes The Phantom Pregnancy dapat diselesaikan oleh Barbara Thompson dengan menggunakan strategi-strategi dan model-model yang dinyatakan di atas. Di samping itu, seorang guru harus senantiasa mengambil berat dan prihatin terhadap murid-murid yang menghadapi pelbagai jenis masalah dan cuba membantu menyelesaikannya agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar. Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, para guru boleh mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan model-model yang sesuai untuk mencari jalan penyelesaian yang berkesan. Selain itu, guru juga perlu memikirkan akibat dan kesan daripada keputusan yang dibuat. Oleh itu, seseorang guru harus memahami dan menyelami perasaan murid serta peka terhadap persekitaran kelas demi mewujudkan disiplin yang tinggi dan suasana pembelajaran yang kondusif.