soalan 2

28
1 1.0 Kaedah Pengayaan Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) mendefinisikan program pengayaan sebagai aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Kaedah ini juga merupakan satu kaedah yang baik bagi memenuhi keperluan murid pintar cerdas ini dan didasarkan mengikut kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar itu. Ia memberi peluang murid mendalami dan meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam sesuatu tajuk yang diberi. Melalui aktiviti ini, pelajar akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan lagi minat, sifat ingin tahu dan kebolehan yang ada pada diri mereka. Renzulli (1997) berpendapat guru sepatutnya melatih pelajar untuk mencari dan menggunakan maklumat dengan memberikan kemahiran dalam kaedah penyelidikan. Antara program yang sering dirujuk ialah program pengayaan Renzulli’s Schoolwide Enrichment Model atau SEM yang sudah dilaksanakan di Maktab Rendah Sains mara (MRSM). Model ini direka bagi menggalakkan pelajar didedahkan kepada pelbagai bidang melalui aktiviti seperti ceramah, lawatan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan aktiviti lain. Pengalaman yang dikutip mampu membantu pelajar untuk mengenalpasti bidang dan minat bagi menjalankan penyelidikan dan guru bertindak sebagai mentor. SEM ini bermula dari Aktiviti Jenis I, Jenis II dan Jenis III. Aktiviti Jenis I mendedahkan pelajar kepada dunia luar dan pelajaran yang tidak diajar di dalam kelas formal. Pengalaman dan penemuan yang diperolehi dapat membantu pelajar mengenalpasti minat dan bidang untuk diteroka dan diselidik

Upload: noriyanie

Post on 31-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

soalan 2

TRANSCRIPT

Page 1: soalan 2

1

1.0 Kaedah Pengayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) mendefinisikan program pengayaan

sebagai aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan

pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang

dipelajari. Kaedah ini juga merupakan satu kaedah yang baik bagi memenuhi

keperluan murid pintar cerdas ini dan didasarkan mengikut kemampuan dan

kekuatan mental seseorang pelajar itu. Ia memberi peluang murid mendalami dan

meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam sesuatu tajuk yang diberi.

Melalui aktiviti ini, pelajar akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan

lagi minat, sifat ingin tahu dan kebolehan yang ada pada diri mereka.

Renzulli (1997) berpendapat guru sepatutnya melatih pelajar untuk mencari

dan menggunakan maklumat dengan memberikan kemahiran dalam kaedah

penyelidikan. Antara program yang sering dirujuk ialah program pengayaan

Renzulli’s Schoolwide Enrichment Model atau SEM yang sudah dilaksanakan di

Maktab Rendah Sains mara (MRSM). Model ini direka bagi menggalakkan pelajar

didedahkan kepada pelbagai bidang melalui aktiviti seperti ceramah, lawatan,

pembacaan, penerokaan melalui internet dan aktiviti lain. Pengalaman yang dikutip

mampu membantu pelajar untuk mengenalpasti bidang dan minat bagi menjalankan

penyelidikan dan guru bertindak sebagai mentor.

SEM ini bermula dari Aktiviti Jenis I, Jenis II dan Jenis III. Aktiviti Jenis I

mendedahkan pelajar kepada dunia luar dan pelajaran yang tidak diajar di dalam

kelas formal. Pengalaman dan penemuan yang diperolehi dapat membantu pelajar

mengenalpasti minat dan bidang untuk diteroka dan diselidik seterusnya. Aktiviti

Jenis II bertujuan untuk memberikan pelajar kemahiran-kemahiran asas bagi

mengembangkan minat mereka.

Antara kemahiran yang diberikan ialah Kursus Kemahiran Berfikir yang

memberikan pendedahan dan latihan kepada pelajar untuk berfikir secara meluas,

kreatif, analisis, inovatif, kritis dan bentuk pemikiran yang lain lagi. Aktiviti Jenis III

pula merupakan gerak kerja pelajar sama ada menjalankan penyelidikan, mereka

cipta atau aktiviti-aktiviti yang mencabar kepada mereka. Guru haruslah sentiasa

mengawal perjalanan kumpulan masing-masing.

Terdapat dua bentuk pengayaan iaitu pengayaan yang mendalam dan

pengayaan yang meluas. Pengayaan yang mendalam bermaksud membuka peluang

untuk pelajar belajar dengan lebih mendalam berkaitan bidang yang menjadi

sebahagian kurikulum biasa di sekolah. Manakala pengayaan yang meluas ialah

para pelajar akan dibimbing untuk mempelajari sesuatu bidang yang di luar daripada

Page 2: soalan 2

1

aktiviti kurikulum biasa iaitu bidang yang tidak ada di dalam silibus pelajaran mereka.

Kaedah pengayaan adalah kaedah pendekatan pendidikan yang didasarkan

mengikut kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar itu. Ini merupakan

satu pendekatan alternatif bagi model pendidikan luar biasa.

Pendekatan ini melibatkan tugasan bagi mengetahui sejauh mana kebolehan

pelajar dan menggunakan maklumat tersebut sebagai titik tolak dalam mencipta

lingkungan belajar. Implikasi daripada program pengayaan ini antaranya ialah

objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai di samping menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan bermakna. Kaedah ini juga

dapat mengelakkan pelajar dari kebosanan. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga

turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan. Bagi memantapkan

program pengayaan, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar

menerusi aktiviti seperti slot ceramah dan tazkirah supaya pelajar mempunyai nilai-

nilai semangat kewarganegaraan yang berlandaskan kepada kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Selain itu, semua pihak perlu melibatkan diri dalam

membangunkan sistem pengurusan kolaborasi di antara ibu bapa, guru, pihak

sekolah dan pelajar. Ini penting supaya semua pihak merasa bahawa diri mereka

dihargai selain dapat membantu merancang aktiviti yang bersesuaian.

1.1 Konsep dan Aktiviti Pengayaan

Kaedah ini merujuk kepada penyediaan pengalaman belajar yang berbeza

oleh guru dalam kelas. Konsep pengayaan ialah satu proses di mana aktiviti-aktiviti

tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-

aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan dalam

memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada

pada kanak-kanak, meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka, memberi

ruang untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari

dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang serta

memperkembangkan potensi murid kepada tahap yang paling maksimum.

Aktiviti pengayaan dijalankan dengan keperluan kognitif kanak-kanak sama

ada bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri atau

berbentuk lembaran kerja atau projek. Aktivitinya pula dijalankan secara tidak formal

dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah Bimbingan guru adalah

pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri. Hasil aktiviti

dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi

ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai Kaedah

Page 3: soalan 2

1

pengayaan mengisi masa kanak-kanak yang belajar lebih cepat dengan

menawarkan bahan atau kegiatan yang tidak membolehkan kemajuan cepat melalui

kurikulum yang ditetapkan. Kaedah pengayaan mungkin termasuk kanak-kanak

diperkenalkan ke bidang lain atau aktiviti lain seperti seni, muzik, menulis jurnal,

kelab atau kunjungan lapangan atau diberikan tanggungjawab seperti pembantu

guru di dalam kelas.

Sebagai contoh, pengayaan program matematik untuk kanak-kanak berumur

lapan tahun. Kanak-kanak tersebut tidak diperkenalkan dengan kurikulum untuk

umur yang lebih tinggi tetapi kanak-kanak tersebut diberikan soalan yang lebih

kompleks yang memerlukan kemahiran kanak-kanak tersebut. Selain itu, aktiviti

pengayaan dapat dijalankan dengan melibatkan aktiviti yang tidak disediakan dalam

bilik darjah seperti permainan catur, sudoku dan sebagainya.

Kaedah ini mengambil kira bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas adalah

cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka.

Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas

pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah.

Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan

pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh kanak-

kanak. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada mereka untuk

mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta

dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga

masyarakat.

Tujuan bagi kaedah pengayaan adalah untuk membolehkan kanak-kanak

menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka serta menambahkan minat

dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan

bakat mereka. Aktiviti ini juga dapat menambahkan minat mereka untuk belajar

sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan

pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti.

1.2 AKTIVITI-AKTIVITI PENGAYAAN

1.2.1 Bacaan Tambahan

i. Kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema

ii. Buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak

iii. Majalah pelajar

iv. Surat khabat / keratan

Page 4: soalan 2

1

v. Risalah-risalah

1.2.2 Kerja-kerja Projek

i. Lawatan

ii. Melapor Peristiwa

iii. Menulis Cerita

iv. Membuat Zoo Mini Sekolah

v. Mengumpul setem, gambar, keratan akhbar – Buku Skrap

vi. Mengadakan pameran bilik darjah

vii. Minggu Bahasa [ Kuiz, Teka Silang Kata ]

1.2.3 Permainan dan Rekreasi

i. Teka Silang Kata

ii. Teka Benda

iii. Teka Teki

iv. Mencari Jalan Keluar

v. Menyambung Titik

vi. Mencari tajuk kepada sesuatu gambar /cerita

vii. Mencari benda tersembunyi

viii. Meneka bunyi

ix. Dam

x. Catur

xi. Sahiba

xii. Bingo

xiii. Ular dan Tangga

xiv. Jigsaw Puzzle

xv. Bermain bentuk geometri

2.0 DEFINISI PEMULIHAN

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983:371 ‘satu tindakan khusus yang

diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan

dari segi pembelajaran.

Menurut Pringle (1966) ‘pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang

diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta

Page 5: soalan 2

1

berkemahuan dan berkebolehan belajar, melalui latihan yang sistematik dan dapat

memenuhi keperluan-keperluan mereka.

Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh.

Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau

membetulkan sesuatu yang tidak betul.

2.1 PERANAN GURU KELAS BIASA DALAM PELAKSANAAN DAN PEMULIHAN

2.1.1 Mengatur langkah- langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan

2.1.2 Menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan

2.1.3 Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran

2.1.4 Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan

2.1.5 Menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan

2.1.6 Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

3.0 KAEDAH YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH SEORANG GURU BAGI

MENGATASI MASALAH PERBEZAAN INDIVIDU

Seseorang guru perlu mempunyai kesedaran tentang masalah perbezaan

individu, mengetahui bagaimana perbezaan ini mempengaruhi pengajaran dan

pembelajaran (P&P) dan peka pada faktor penyebab kepada perbezaan individu.

Antara langkah yang perlu diambil untuk mengenal pasti tahap setiap individu murid

adalah dengan mengetahui latar belakang, kekuatan dan kelemahan, minat,

matlamat, aspirasi dan sikap murid. Dapatkan semua ini melalui kad kumulatif,

pemerhatian tingkah laku, perbincangan dengan murid, berkongsi pendapat dan

pengalaman, mentadbir ujian psikologi serta diagnostik berdasarkan sikap, nilai

kerja, dan minat kerjaya. Menurut Mohd Salleh,(1991), di dalam buku Psikologi

Perkembangan Untuk Bakal Guru,1993 yang ditulis oleh Rohaty Mohd. Majzub, guru

perlu mempunyai gambaran yang jelas tentang sifat dan batasan perbezaan

tersebut, memahami dan membuat persediaan untuk menghadapi serta

menyelesaikan masalah-masalah yang timbul daripada perbezaan individu dengan

berkesan (termasuk kaedah mengajar, BBM / ABM) tempat yang berbeza ikut minat,

kebolehan & kemampuan individu.

Page 6: soalan 2

1

Beberapa kaedah berikut boleh diambil oleh guru bagi mengatasi

perbezaan individu :

3.1 Kaedah Kumpulan

Bagi mengatasi masalah perbezaan individu dalam kalangan murid, guru

boleh menggunakan kaedah kumpulan. Kaedah ini dijalankan kerana murid berbeza

dari segi keupayaan dan memudahkan guru menyediakan latihan serta bahan

sumber pembelajaran. Menurut Kamaruddin Hj. Hussin,(1990), di dalam buku

Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru,1993 yang ditulis oleh Rohaty

Mohd.Mazjub, Kaedah berkumpulan dapat memberikan kesan yang baik kepada

murid dan guru. Menurut Rohaty masjub di dalam ukunya lagi, beliau memetik ayat

G. Myers Blair, R. Stewart Jones, R.H. Simpson yang mana menyatakan sebahagian

besar daripada tugas guru adalah bekerja dengan kumpulan dan tidak dengan murid

secara individu.Dalam kaedah kumpulan, beberapa faktor berikut perlu diambil kira.

Tujuan pengumpulan ini ialah supaya setiap kelas mengandungi murid yang

homogen mengikut markat ujian pencapaian. Tiga aras pencapaian dibentuk, iaitu

aras tinggi, sederhana dan rendah. Rasional mengumpulkan murid sedemikian

adalah agar dia memperbaiki kecekapan dan keberkesanan guru kerana pengajaran

guru akan selaras dengan ciri-ciri kebolehan murid. Murid pencapaian rendah

memerlukan perhatian yang lebih, penjarak pengajaran yang agak lambat,

pengulangan serta latihan. Sementara kumpulan pencapaian tinggi pula

memerlukan autonomi yang lebih tinggi dan tugasan yang lebih kompleks dan

mencabar.

Pengumpulan jenis ini adalah berdasarkan hakikat bahawa kanak-kanak

mempunyai pelbagai bakat dan kebolehan dalam mata pelajaran yang berbeza-

beza. Misalnya, ada kanak-kanak yang lebih berkebolehan bermain alat-alat

muzik, lebih cenderung dalam kemahiran simpan kira atau dalam aspek pertukangan

kayu.Oleh hal yang demikian, seseorang guru perlu mengumpulkan atau

mengagihkan kumpulan murid dengan menyediakan bahan dan pengajaran yang

sesuai supaya mengikut tahap kebolehan dan minat murid itu sendiri.

3.2 Kaedah Dalton

Kaedah seterusnya ialah kaedah Dalton.Melalui kaedah ini murid digerakkan

dalam pembelajaran mereka dengan terlebih dahulu supaya mengetahui apa yang

Page 7: soalan 2

1

patut dibuatnya.Dalam kaedah Dalton, guru menjadi pembimbing dan perujuk

kepada kanak-kanak. Guru mencadangkan kegiatan murid serta mengadakan

perbincangan dengan mereka.Guru menyimpan graf kemajuan harian murid.

Dengan cara ini dianggarkan setiap murid belajar dan berjaya mengikut kebolehan

dan minat sendiri.Menurut Rohaty Mohd.Majzub di dalam bukunya, Psikologi

Perkembangan Untuk Bakal Guru,1993 Rancangan Dalton membolehkan murid

bebas sediakan tugasannya dan guru sebagai pembimbing murid sahaja.

3.3 Kaedah Gerak Balas

Seterusnya Kaedah gerak balas.Kaedah ini akan melibatkan penglibatan aktif

murid dalam suasana pembelajaran. Murid-murid tidak bersifat pasif atau menerima

sahaja maklumat daripada pengajaran guru.Oleh yang demikian mereka digalakkan

merancang projek menyelidik, merancang, menyusun dan membuat demonstrasi,

dan melaporkan hasil daripada projek yang berkenaan.

3.4 Kaedah Pendidikan Pemulihan

Menerusi kaedah pendidikan pemulihan guru akan membantu kanak-kanak

yang lemah dalam pelajaran mereka agar diberi pengajaran pemulihan sama ada

secara formal atau tidak formal. Pendidikan pemulihan bertujuan mengurangkan

masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid serta mengembangkan minat

mereka terhadap pelajaran ke tingkat keperluan yang memuaskan.

3.5 Kaedah Pengayaan

Kaedah Pengayaan adalah sejenis kaedah pembelajaran yang memberi

peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari,

daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.Pengayaan boleh merupakan

pengayaan mendatar dan menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktiviti

pengajaran berdasarkan kebolehan murid-murid dalam sesuatu kumpulan.

Pengajaran menegak adalah berdasarkan minat dan bakat murid dalam

kumpulan cerdas sahaja.

3.6 Kaedah Pengajaran Terancang

Kaedah ini lebih memfokuskan kepada perancangan seseorang guru

sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dalam

kaedah ini, guru perlu memfokuskan kepada beberapa faktor seperti berikut:

Page 8: soalan 2

1

3.6.1 Perancangan Kepelbagaian Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Seseorang guru perlu merancang strategi sama ada pendekatan,kaedah

serta teknik yang bakal digunakan sebelum melaksanakan sesuatu sesi P&P.Strategi

yang bakal digunakan haruslah pelbagai untuk menarik minat semua tahap murid

untuk mengikuti sesi P&P yang dijalankan.Menurut Robert Gayne di dalam bukunya

The Conditions of Learning, setiap jenis pembelajaran perlu keadaan dan kaedah

yang berlainan untuk perkembangannya, oleh itu program atau strategi pembelajaran

bagi setiap satu mungkin berbeza.

3.6.2 Perancangan Kepelbagaian Bahan Dan Alat Bantu Mengajar

(ABM dan BBM)

Guru perlu merancang penggunaan ABM dan BBM sebelum melaksanakan

sesi P&P. Sebagai seorang guru, penggunaan sudut pembelajaran juga merupakan

salah satu faktor yang perlu diberi perhatian kerana bahan yang menarik dan

pelbagai di sudut tersebut dapat mengatasi perbezaan individu dalam kalangan

murid. Rohaty Mohd Mazjub juga memetik kata-kata Glasser,1971 “penggunaan

sudut pembelajaran dalam kalangan murid yang mempunyai perbezaan individu

dapat memberi keselesaan dan meningkatkan minat mereka untuk belajar” di dalam

bukunya Perkembangan Untuk Bakal Guru,1993

3.6.3 Perancangan Kepelbagaian Bentuk Penilaian

Penilaian merupakan satu perkara yang penting untup memastikan tahap

pencapaian murid. Kadang kala guru perlu menilai murid berdasarkan minat atau

kemahiran murid belajar supaya murid yang lemah turut merasa diri mereka

dihargai.Untuk itu, semasa P&P guru harus memberi peneguhan positif untuk

membentuk tingkahlaku serta minat murid untuk terus berusaha mempertingkatkan

diri mereka dalam pelajaran.

3.6.4 Perancangan Kepelbagaian Tugasan

Guru juga perlu mengagihkan tugasan yang sesuai mengikut tahap murid dan

bervariasi. Sebagai contoh, guru boleh menyediakan tugasan seperti lakonan,

nyanyian ataupun tugasan yang melibatkan penggunaan kecanggihan teknologi

kini.Tugasan yang diberi haruslah sesuai dengan tahap keupayaan murid.Guru perlu

Page 9: soalan 2

1

mengetahui tahap kebolehan setiap murid dan sediakan tugasan selaras dengan

setiap tahap murid.

4.0 FAKTOR-FAKTOR MASALAH PEMBELAJARAN

Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan,

ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.

4.1 Kecederaan Otak

Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang

mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau

merokok. Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi

kekurangan oksigen. Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan

demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan

jangkitan seperti meningitis.

4.2 Keturunan

Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu

sebab kepada masalah pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-

50% kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau

bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah pembelajaran. Ini menunjukkan

masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya.

4.3 Ketidakseimbangan Biokimia

Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah

pembelajaran. Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca

kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi

tumpuan ke atas kerja sekolah.

4.4 Faktor Persekitaran

Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor

persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran.

Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang

tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan

bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi

boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.

Page 10: soalan 2

1

Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak

menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah

pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan

untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.

Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan-tanggapan

yang mungkin kurang tepat terhadap kanak-kanak yang kurang maju dalam

pelajarannya. Si anak dikatakan malas, tidak bermotivasi , bodoh atau asyik bermain

sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan

mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman, teknik mengajar tidak berkesan,

pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. 

Ramai ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti kelas

tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun saya akui

usaha-usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar

kanak-kanak, tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan

bantuan pembelajaran yang lebih khusus. Punca-punca timbulnya masalah

pembelajaran di kalangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu

punca biologi dan punca psikososial.

Punca biologi merangkumi faktor-faktor baka dan penyakit -penyakit yang

menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran

( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh

Page 11: soalan 2

1

menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ). Pakar kanak-kanak juga

telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah ( lead

poisoning ) seseorang kanak-kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah

pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca

masalah pembelajaran.

Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat

mengurangkan risiko anak-anak terdedah kepada penggunaan bahan-bahan

tersebut. Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh

sekitaran yang tidak sihat, kurang rangsangan, kurang perhatian ibu bapa dan

kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengalami masalah

pembelajaran. Umumnya, unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh

itu, setiap kanak-kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti

dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.

Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci  punca-punca

kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas

pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh Lembaga

Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama

Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikenal pasti

ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang

motivasi di kalangan kanak-kanak  itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran

membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah

lambat menguasai bahasa  yang seterusnya menjejaskan proses menguasai

kemahiran membaca.

Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah pengamatan

(perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri

sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan

Page 12: soalan 2

1

berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan

sebayanya. Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan

kemajuan yang amat menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. 

Perkembangan yang positif ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang

lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak tersebut. Setelah  mengenal pasti

dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru dapat menggunakan

kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kanak itu membaca, menulis

dan mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih

terhadap pelajaran anak mereka. Kanak-kanak itu  sendiri akan lebih bermotivasi

setelah mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru. 

Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu

dengan lain dari segi kekuatan dan kelemahan yang dimilikinya. Oleh itu, pendidikan

khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu perlulah diindividukan

berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut. Pelbagai corak dan fungsi

perkembangan ditemui di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah

pembelajaran.

Umpamannya, seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun yang sungguh

cerdik sehingga boleh bermain dengan komputernya,  melukis gambar roket dengan

kemas dan membaca dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang

singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak membuat kerjanya di kelas kerana tidak

menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh gurunya. Sebaliknya,

perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya seperti

permainan komputer dan lukisan. 

Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah

pembelajaran.  Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah

Page 13: soalan 2

1

menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi

menghadapi kesulitan membaca dan menulis. 

Guru atau ibu bapa yang mengajarnya membaca dan menulis memerlukan

kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali. Dari itu, kanak-

kank ini akan lebih cepat dapat menangani masalah permbelajaran ini. Pakar kanak-

kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan-bahan makanan tertentu yang

boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak

mungkin menjadi lebih resah hiperaktif, lebih buas dan tidak boleh menumpukan

perhatian. Oleh itu, penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak-kanak

tersebut tidak diambil dengan teliti. 

Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku

yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan. Kadang kala,

terdapat kanak-kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya.

Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca, tidak faham

makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan-latihan tertentu perlu diberikan

untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak itu supaya dia dapat

memahami apa yang dibacanya. 

Ada beberapa cara untuk membantu murid-murid sekolah yang masih tidak

boleh membaca. Kanak-kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi

oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau

tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku-buku

pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak-kanak  ini boleh mendapat manfaat

daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru-guru yang

berpengalaman. 

Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia

bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik

flash-cards boleh mendatangkan minat membaca kepada kana -kanak berkenaan.

Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan.

Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan.

Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas-kertas kosong. Sesekali cabar dia

meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang

tertulis.

Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak-kanak yang

menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori ,

Page 14: soalan 2

1

iaitu masalah mengenal huruf (decording) dan masalah memahami apa yang

dibacanya (reading comprehension). Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak

boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah  peringkat

dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar

menarik.

Lazimnya, pada peringkat usia lima hingga enam tahun, kanak-kanak sudah

mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, kanak-kanak

semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila

berada dalam darjah dua atau tiga, kanak-kanak sudah cekap membaca tanpa

memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza

dengan kanak-kanak dalam darjah lima ke atas yang sudah mula berfikir tentang

makna setiap sesuatu yang dibacanya. Mereka mula mempersoalkan kesahihan

maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih

mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. 

Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau

singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami apa yang

dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut lebih

kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk

memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas

sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak

yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemas

maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan

prestasi akademik yang baik. 

Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca

akan mengalami masalah.  Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa

yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas. Oleh kerana masalah

membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah

pembelajaran di kalangan kanak-kanak, ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si

anak membaca dari kecil lagi. Kanak-kanak berbeza antara satu sama lain dari segi

kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan

interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya , peluang -

peluang serta sumber-sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak

itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang

sekelilingnya. 

Page 15: soalan 2

1

Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari

jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya.  Masalah pembelajaran dikalangan kanak-

kanak memang sering berlaku dan kebanyakannya boleh diatasi degan

menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu. 

Pendekatan-pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan

kelemahan kanak-kanak berkenaan. Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh

diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi kelemahannya. Gelaran-gelaran seperti

rencat akal (mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan sebagainya tidak ada

guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang sewajarnya.

Sebaliknya, adalah lebih baik diwujukan program-program bagi membantu

mengatasi masalah kanak-kanak ini. 

Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan

dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam pelajaran mereka.

Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya

terletak di atas bahu para  profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa

juga perlu mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut

latihan-latihan khas di rumah.

5.0 CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN

5.1 JENIS-JENIS PENAKSIRAN

Untuk mengenal pasti sama ada seorang pelajar itu bermasalah

pembelajaran, penaksiran perlu dilakukan. Antara kaedah penaksiran yang

digunakan ialah penaksiran formal, penaksiran dalam bilik darjah dan response to

intervention (RTI).

5.1.1 Penaksiran Formal

Ujian Rujukan Norma

Ujian Rujukan Norma ialah ujian yang mengukur pencapaian seseorang

individu untuk dibandingkan dengan pencapaian individu lain dalam sesuatu

kumpulan. Ia merupakan suatu ujian yang digunakan untuk menentukan prestasi

seseorang individu ke atas sesuatu tugasan supaya pencapaian individu tersebut

boleh dibandingkan dengan pencapaian individu lain yang melakukan tugasan yang

sama.

Page 16: soalan 2

1

Ujian Rujukan Kriteria

Ujian Rujukan Kriteria adalah ujian mengukur pencapaian individu dan

dibandingkan dengan kriteria yang telah ditentukan. Contohnya, ujian memandu di

mana pelajar perlu menunjukkan kecekapan yg telah ditetapkan sebelum dia

diluluskan. Prestasi seseorang itu tidak akan dibandingkan dengan prestasi orang

lain. URK ini boleh dibandingkan dengan satu kriteria yang telah ditetapkan terlebih

dahulu.

5.1.2 Penaksiran dalam Bilik Darjah

Pengukuran Berasaskan Kurikulum (CBM)

Istilah Pengukuran Berasaskan Kurikulum ( Curriculum Base Measurement)

difahamkan secara umumnya sebagai penaksiran prestasi pelajar berasaskan

kurikulum tempatan. Item yang digunakan dalam penaksiran diambil dari kurikulum

sekolah.

CBM digunakan untuk membantu guru menentukan apa yang hendak diajar

pada masa akan datang, memudahkan penilaian kemajuan pelajar di mana program

penilaian berasaskan kurikulum berperanan untuk melihat kaedah dan bahan

pengajaran yang digunakan adalah bersesuaian. Ia dikatakan sah dan ada

kebolehpercayaan di mana ia dikaitkan dengan isi kandungan serta dikatakan ada

kebolehpercayaan apabila kita mengulangi ujian ke atas pelajar yang sama. Namun

begitu CBM ini juga berperanan meningkatkan tahap pencapaian pelajar kerana ia

diuji berdasarkan kurikulum, berkesan untuk mengetahui apa yang hendak dilihat

dan murid mengetahui apa yang hendak dipelajari dan apa yang telah dikuasai. Di

samping itu juga berkesan untuk merekod kemajuan pelajar.

5.1.3 Portfolio

Portfolio merupakan satu folder atau fail yang mengandungi bahan-bahan

kutipan dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjelaskan

atau menerangkan perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu

tugasan yang pernah diarahkan. . Ia merupakan satu koleksi produk iaitu sampel

kerja kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam satu fail. Koleksi produk ini

menunjukkan apa yang telah dilakukan oleh pelajar. Inferens juga boleh dilakukan ke

atas pelajar dari segi kebolehan seseorang pelajar pada masa depan. Contoh-contoh

produk yang boleh dikumpulkan ialah tulisan, lukisan, lembaran kerja dan

sebagainya.

Page 17: soalan 2

1

5.1.4 Pemerhatian

Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah pembelajaran,

pemerhatian akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak

tersebut secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak

tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap

kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain.

Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti

bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara

berkumpulan dan sebagainya. Bentuk ini sukar diinterpretasikan kerana ia hanya

merekodkan apa yang dilihat sahaja dan orang lain mungkin memberikan interpretasi

yang sama atau berbeza.

5.1.5 Response To Intervention (RTI)

Response To Intervention (RTI) digunakan untuk mengenalpasti pelajar

bermasalah pembelajaran bagi menentukan intervensi awal. Ini dapat dicapai melalui

penilaian respon pelajar mencapai matlamat. Terdapat 3 peringkat model RTI :

i. Penyaringan pelajar berisiko (screening for at-risk students)

ii. Memantau tanggapan/ respon kepada pengajaran (monitoring of

responsiveness to instruction)

iii. Penentuan arah tindakan (determination of the course of action)

6.0 CADANGAN LATIHAN PENDIDIKAN BAGI PELAJAR BERMASALAH

PEMBELAJARAN

Pelajar bermasalah pembelajaran di dapati sukar menyusun maklumat, tidak

cekap menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi

pembelajaran dengan berkesan. Terdapat 2 pendekatan dalam pengajaran pelajar

bermasalah iaitu pengajaran secara langsung dan strategi pengajaran.

6.1 Pengajaran secara Langsung

Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun.

Guru perlu menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu

konsep. Pengajaran hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan

disampaikan langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas

sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti

Page 18: soalan 2

1

pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk

mengambil bahagian secara aktif.

6.2 Strategi Pengajaran

Pelajar bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran

yang berkesan. Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang

digunakan oleh seseorang dalam menghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Ia

melibatkan individu itu mengetahui apa yang harus dilakukan, bagaimana hendak

dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana dia berjaya melakukan. Antara strategi

pembelajaran yang perlu diajar ialah membuat nota, menggunakan pengetahuan

sedia ada untuk membantu kefahaman, strategi mendengar, penyelesaian masalah

dan sebagainya.

7.0 Pilihan Penempatan Pendidikan

Penempatan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada

masa kini merupakan salah satu isu yang paling berkontroversi. Tempat di mana

seseorang pelajar bermasalah pendidikan itu menerima pembelajaran sebenarnya

akan memberi kesan kepada sikap, pencapaian dan perkembangan sosial mereka.

Terdapat beberapa pilihan penempatan yang biasanya ditawarkan kepada kanak-

kanak bermasalah pembelajaran, antaranya:

7.1 Bilik Darjah Biasa

Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa di tempatkan di dalam

bilik darjah yang sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti,

kesediaan guru dan sistem sokongan yang lengkap. Hanya penempatan pelajar

secara fizikal di dalam bilik darjah biasa tidak cukup untuk memastikan peningkatan

pencapaian akademik dan penerimaan sosial pelajar bermasalah pembelajaran.

Guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dalam pengendalian

kelas. Guru pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk

mengajar.

7.2 Guru Pendidikan Khas sebagai Penasihat

Guru pendidikan khas sebagai penasihat membantu guru biasa dengan

kaedah mengajar pelajar bermasalah pembelajaran. Dia membantu dalam

penyusunan persekitaran fizikal, menyediakan atau mengadaptasi rancangan

pengajran dan bahan serta membina prosedur penilaian dan pengredan pelajar

Page 19: soalan 2

1

bermasalah pembelajaran. Dia juga mengumpul maklumat, membuat pemerhatian

dan mempermudahkan perbincangan tentang pengajaran pelajar bermasalah

pembelajaran. Pengajaran secara langsung dijalankan oleh guru biasa.

7.3 Bilik Sumber

Pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan di sekolah biasa akan

pergi ke bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi

membantu mereka dalam pembelajaran. Contohnya, perkhidmatan penaksiran dan

pengajaran pemulihan disediakan. Bilik sumber membolehkan pelajar bermasalah

pembelajaran mendapat faedah daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang

sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah. Guru bilik

sumber mestilah seorang yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat

bekerjasama dengan guru biasa, membuat penaksiran pembelajaran dan tingkah

laku, membina pengajaran individu serta bekerja secara efektif dengan ibu bapa dan

keluarga. Program bilik sumber yang ditawarkan harus cukup fleksibel untuk

disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar.

7.4 Bilik Darjah Berasingan

Dalam kelas berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah

kecil (dicadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa). Pelajar

dikumpulkan mengikut mereka yang mempunyai masalah pembelajaran sahajaatau

dikumpulkan mengikut mereka yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai jenis

kategori ketidakupayaan. Biasanya, pelajar bermasalah pembelajaran, menghadapi

gangguan emosi dan kerencatan mental ditempatkan dalam satu kelas. Kelas

berasingan mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah mereka dapat

mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik berbanding pelajar bermasalah

pembelajaran yang ditempatkan dalam kelas biasa. Ini berlaku mungkin kerana

persaingan di kelas biasa memerlukan beberapa kriteria yang tidak dapat dicapai

oleh pelajar bermasalah pembelajaran. Sesetengah pelajar ini juga menunjukkan

kemajuan yang lebih di kelas berasingan berbanding kelas biasa. Kelas berasingan

menawarkan keadaan paling berkesan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang

teruk dan serius yang memerlukan pengajaran yang lebih bertumpu.

Page 20: soalan 2

1

8.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi

kesukaran dalam pembelajaran disebabkan oleh faktor psikologi dan faktor

persekitaran. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah dalam kognitif,

akademik, sosial dan emosi serta tingkah laku.

Penaksiran pelajar bermasalah pembelajaran boleh lakukan melalui

beberapa kaedah seperti RTI yang digunakan untuk mengenalpasti kewujudan

masalah pembelajaran. Selain itu, penaksiran formal dan penaksiran tidak formal

juga boleh digunakan. Terdapat beberapa penempatan yang ditawarkan serta

kaedah pengajaran yang sesuai kepada pelajar bermasalah pembelajaran bagi

memastikan pembelajaran mereka dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.