soal2013

Upload: mohamad-faizuddin

Post on 14-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 soal2013

    1/18

    KERTAS INI MENGANDUNGI 18 HALAMAN BERCETAKDAN 1 HELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN

    Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

    PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

    Semester 5

    MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN (ELEKTIF)

    ARAHAN KEPADA CALON

    1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian:Bahagian A : 20 soalan objektifBahagian B : 4 soalan strukturBahagian C : 3 soalan esei

    2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B dan 2 soalan dalam Bahagian C

    3. Jawab soalan:

    Bahagian A pada kertas saranan jawapan yang disediakan.Bahagian B pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan.Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan.

    4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama buku soalan dan diserahkanpadaakhir peperiksaan.

    UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

    BAHAGIAN NO. SOALAN/ MARKAH JUMLAH

    A

    (20 markah )1 - 20

    B(40 markah )

    1a 1b 2a 2b 3a 3b 4a 4b

    C(40 markah )

    1 2 3

    JUMLAH KESELURUHAN

  • 7/30/2019 soal2013

    2/18

    No. Kod : MTE 3109

    2 SULIT

    BAHAGIAN A( 20 markah )

    Jawab semua soalan.

    1. Seorang murid telah meneliti dua kumpulan susunan objek seperti Rajah 1. Apabiladitanya kumpulan mana mempunyai bilangan objek yang lebih banyak, diamenjawab kedua-duanya adalah sama banyak.

    Rajah 1

    Apakah ciri konsep awal nombor yang ditunjukkan oleh murid ini?

    A Mencorak

    B Klasifikasi

    C Pengekalan

    D Hubungan satu kepada satu

    2. Ali sedang berfikir bagi menentukan jawapan kepada situasi yang dinyatakan dalamRajah 2.

    Rajah 2

    Ali memberikan jawapan sebagai 36. Namun dua minit kemudian dia menyatakan36 adalah tidak mungkin kerana sebelum diedarkan Aminah mempunyai hanya 12pensel. Tentukan ciri-ciri kesedaran nombor yang ditunjukkan oleh Ali bagi situasiyang dinyatakan.

    A Memahami konsep dan operasi ke atas nombor.

    B Pembangunan strategi yang berguna untuk menangani nombor dan operasi.

    C Keupayaan dan kecenderungan menggunakan kefahaman tentang nomborsecara fleksibel untuk membuat keputusan.

    D Kebolehan mengira dengan tepat dan efisyen, dapat mengenal pastikesilapan, dan menentukan jawapan sebagai munasabah.

    Aminah mempunyai 12 batang pensel. Dia mengagihkan kesemua penseltersebut kepada tiga rakannya secara sama rata. Berapa pensel yang diterimaoleh setiap rakan Aminah?

  • 7/30/2019 soal2013

    3/18

    No. Kod : MTE 3109

    3 SULIT

    3. Suzi membilang enam objek dalam cara berikut: satu, dua, tiga, empat, lima, enam.Cikgu Ahmad kemudiannya bertanya berapakah jumlah objek kesemuanya, dan Suzimenjawab empat. Kenalpasti prinsip membilang yang tidak dipatuhi oleh Suzi?

    A Turutan objek dibilang adalah tidak penting.

    B Nama nombor terakhir yang digunakan memberikan bilangan objek.

    C Setiap objek yang dibilang mesti ditentukan satu dan hanya satu namanombor.

    D Senarai nama nombor mesti digunakan dalam turutan yang tetap setiap kalisekumpulan objek dibilang.

    4. Cikgu Liza memberikan tiga keping kad bernombor seperti dalam Rajah 3 kepadadua orang muridnya, Ali dan Ahmad. Mereka telah diminta untuk membentuk nombortiga digit terbesar menggunakan kombinasi kad bernombor itu dan Rajah 4 adalah

    susunan nombor oleh Ali dan Ahmad.

    Rajah 3

    Rajah 4

    Bagaimanakah Cikgu Liza boleh membantu muridnya untuk memahami konsep nilaitempat secara konkrit bagi menangani masalah yang dihadapi mereka?

    A Menggunakan kalkulator untuk menunjukkan paparan nombor berkaitan.

    B Menggunakan blok asas sepuluh bersama dengan papan nilai tempat untukmodelkan nombor.

    C Menggunakan carta nombor hingga seribu bagi mengenal pasti kedudukannombor berkaitan untuk membandingkan nilai tempat.

    D Meminta murid untuk membilang dengan menggunakan butang bermuladengan 1, sehingga nombor-nombor yang berkaitan.

    1 3 0

    1 0 3 0 3 1

  • 7/30/2019 soal2013

    4/18

    No. Kod : MTE 3109

    4 SULIT

    5. Masalah bercerita merupakan satu cara yang baik untuk membantu kanak-kanakmemahami makna operasi tambah. Yang manakah antara masalah bercerita berikutmenghuraikan makna operasi tambah sebagai tokokan (increment).

    A Suhu air dalam sebuah bekas ialah 26oC. Setelah dipanaskan, suhu air telahnaik sebanyak 18oC. Apakah suhu air selepas dipanaskan?

    B Suhu air panas dalam sebuah bekas ialah 26oC. Setelah disejukkan, suhu airtelah turun kepada 18oC. Berapa banyakkah suhu air yang turun?

    C Suhu air dalam bekas A ialah 26oC. Suhu air dalam sebuah bekas B pulaialah 18oC. Berapakah beza suhu air dalam kedua-dua bekas?

    D Suhu air dalam sebuah bekas ialah 18oC . Apabila dipanaskan, suhu air telahnaik kepada 26 oC. Berapakah kenaikan suhu air tersebut?

    6. Operasi bahagi boleh dihuraikan dengan pelbagai definisi yang berbeza. CikguMaria telah menggunakan masalah bercerita berikut untuk membantu murid-muridTahun 1 memahami makna operasi bahagi.

    Rajah 5

    Apakah makna operasi bahagi yang digambarkan oleh masalah bercerita ini?

    A. Operasi bahagi sebagai tatasusunan (array).

    B. Operasi bahagi sebagai pembahagian ukuran.

    C. Operasi bahagi sebagai pembahagian berpetakan.

    D. Operasi bahagi sebagai penolakan berulang.

    7. Kalkulator boleh memainkan peranan yang penting dalam pengajaran matematikuntuk murid-murid sekolah rendah. Penggunaan kalkulator sebagai alat pengajaranyang sesuai adalah untuk______________.

    A memudahkan penerokaan corak nombor.

    B memberi keyakinan dan motivasi kepada murid.

    C memudahkan penyelesaian masalah matematik.

    D menghilangkan keresahan murid melakukan kesilapan kiraan.

    Azman mempunyai 12 biji rambutan. Dia memberikan 3 biji rambutan kepadasetiap orang adiknya sehingga habis semua rambutan itu. Berapa orang adikAzman yang telah mendapat rambutan itu?

  • 7/30/2019 soal2013

    5/18

    No. Kod : MTE 3109

    5 SULIT

    8. Faedah kiraan mental antaranya adalah menggalakkan murid berfikir secarafleksibel, celik nombor, dan bekerja secara kreatif dan efisyen dengan nombor.

    Rajah 6

    Sara diberikan masalah seperti yang terdapat dalam Rajah 6, dan menyelesaikannyamenggunakan beberapa strategi kiraan mental. Penerangan Sara tentang empatstrategi yang digunakan adalah seperti berikut:

    I Saya pisahkan nombor dan tambah bahagian-bahagiannya. 68tambah 4 ialah 72, tambah lagi 30, maka 102.

    II 60 tambah 30 ialah 90, 8 tambah 4 ialah 12, dan 90 tambah 12 ialah102.

    III 68 tambah 2 ialah 70, 70 tambah 30 ialah 100, 100 tambah 2 lagi

    ialah 102.IV 68, 78, 88, 98, 99, 100, 101, 102.

    Bandingkan strategi dan susun mengikut turutan; Menambah menggunakanpenghubung, Menambah dari kiri, Menambah pasangan serasi, Kira dalam sepuluhdan dalam sa.

    A I, II, III, dan IV

    B II, III, I dan IV

    C II, IV, I, dan III

    D IV, I, II, dan III

    9. Seorang murid, Anita diminta membuat anggaran jumlah bagi kiraan yang terdapatdalam Rajah 7.

    Rajah 7

    Anita menjelaskan anggaran jumlahnya adalah 1000, iaitu dengan mengikut caraberikut: 200 + 100+ 300 + 400.

    Strategi anggaran yang digunakan oleh Anita adalah strategi ___________.

    A kelompok

    B bahagian depan

    C nombor yang serasi

    D bahagian depan dengan penyesuaian

    68 + 34

    222 + 122 + 318 + 435

  • 7/30/2019 soal2013

    6/18

    No. Kod : MTE 3109

    6 SULIT

    10. Rajah 8 berikut adalah jawapan yang diberi oleh seorang murid apabilamenyelesaikan masalah operasi bercampur.

    4 + 6 x 5 = 50

    Rajah 8Cara yang terbaik untuk membetulkan salah konsep yang dihadapi oleh muridtersebut adalah melalui

    A demonstrasi

    B penggunaan objek konkrit

    C memberi banyak latihan berkenaan soalan yang serupa

    D penggunaan masalah dalam kehidupan sebenar untuk menggambarkansoalan

    11. Rajah 9 mengandungi sampel kerja murid dalam latihan penolakan yang melibatkannombor bulat.

    212

    73

    542

    564

    992

    436

    Rajah 9

    Teliti langkah kerja yang dilakukan murid dan kenalpasti kesilapan yang dilakukan.Cadangan yang paling sesuai yang boleh dilakukan oleh guru adalah ___________.

    A mengukuhkan fakta asas matematik

    B latih tubi penolakan dua nombor 100 sehingga 1000

    C mengukuhkan konsep penolakan menggunakan pembilang

    D pengukuhan nilai tempat dan pengumpulan semula dalam penolakan duanombor menggunakan blok asas sepuluh

  • 7/30/2019 soal2013

    7/18

    No. Kod : MTE 3109

    7 SULIT

    12. Jalur Kertas digunakan secara meluas untuk membandingkan pecahan wajar yangmudah. Melalui cara mengira setiap keping keseluruhannya, rajah 10 di bawah bolehdigunakan untuk membandingkan

    Rajah 10

    (A)2

    1and

    3

    1

    (B)3

    1and

    5

    2

    (C)3

    2and

    7

    4

    (D)4

    3and

    7

    5

    13. Anda dikehendak untuk menunjukkan operasi

    -

    di hadapan murid anda dan

    berikut adalah langkah-langkah pengajaran yang dicadangkan.

    I menggunting semua bahagian berlorek dan menyatakan nombor bercampuryang berkenaan

    II melorekkan dua keseluruhan sepenuhnya dan

    bahagian bagi keseluruhan

    ketiga

    III mengeluarkan

    bahagian daripada mana-mana keseluruhan dan

    menyatakan baki pecahan yang tinggal

    IV melakarkan tiga keseluruhan dalam bentuk bulatan dan membahagikansetiap satu kepada 8 bahagian sama rata

    Susunan langkah-langkah pengajaran manakah antara berikut paling sesuai untukdilaksanakan?

    A I, IV, III, II

    B II, I, IV, III

    C IV, II, III, I

    D IV, II, I, III

  • 7/30/2019 soal2013

    8/18

    No. Kod : MTE 3109

    8 SULIT

    14. 3

    boleh ditukarkan kepada nombor perpuluhan. dengan operasi di bawah kecuali

    A 3

    =

    = 3.4

    B 3

    =

    x 100% =

    = 3.4

    C 3

    = 3.0 +

    x 100 = 3.0 + 0.4 = 3.4

    D 3

    = 3.0 +

    x 100% = 3.0 +

    = 3.0 + 0.40 = 3.4

    15. Seorang murid tahun empat melakukan proses penolakan dua nombor perpuluhanseperti berikut:

    56.7 2.74 = 2.93

    Murid ini menghadapi masalah dalam

    A menolak nombor 3 digit.

    B memahami nilai tempat bagi nombor perpuluhan.

    C menukar bentuk ayat matematik ke bentuk algoritma.

    D menolak dua nombor yang melibatkan pengumpulan semula

    16.

    Rajah 11

    Seorang murid memberikan jawapan 2.81 bagi soalan seperti dalam Rajah 11.Apakah kemungkinan yang menyebabkan murid tersebut melakukan kesilapan?

    A jawapan tepat dan tiada sebarang kesilapan

    B jawapan salah kerana kecuaian membundarkan jawapan akhir

    C jawapan salah kerana memberi jawapan betul kepada 1 tempat perpuluhan

    D jawapan salah kerana melakukan pembundaran setiap nombor terlebih

    dahulu

    Apakah hasiltambah 0.478 dan 2.325 betulkepada 2 tempat perpuluhan?

  • 7/30/2019 soal2013

    9/18

    No. Kod : MTE 3109

    9 SULIT

    17.

    50% =

    =

    =

    75% =

    =

    =

    4

    3

    Rajah 12

    Kemahiran matematik dalam Rajah 12 sepatutnya diajar selepas murid-muridmenguasai kemahiran menukar peratus kepada ______________.

    A pecahan dengan penyebut 10

    B pecahan dengan penyebut 100

    C perpuluhan betul kepada 1 tempat perpuluhan

    D perpuluhan betul kepada 2 tempat perpuluhan

    18.

    Rajah 13

    Apakah strategi yang paling berkesan untuk membimbing murid anda menyelesaikanmasalah dalam Rajah 13?

    A menunjukkan jalan pengiraan,

    5000 = 400

    B menggunakan jumlah model wang kertas yang mencukupi dan melaksanakanpengiraan

    C membuat lipatan

    bahagian kertas segiempat sama diikuti lipatan

    bahagian

    secara bersudut tepat dan melorekkan kawasan pertindihanD membimbing murid mewarnakan 20 kotak daripada kertas petak 10

    diikuti melorekkan 4 kotak daripada kawasan berwarna tersebut

    Pendapatan bulanan Myra ialah RM5.000.00. Dia menyimpan 20%pendapatannya di dalam bank. Jika dia menyimpan 80% di dalam banktempatan, kirakan jumlah wang yang disimpan di bank luar negara.

  • 7/30/2019 soal2013

    10/18

    No. Kod : MTE 3109

    10 SULIT

    19.

    (ii)

    (i)

    Rajah 14

    Cikgu Omar menunjukkan dua rajah seperti dalam Rajah 14 semasa mengajarkonsep peratus. Seorang murid menyatakan bahawa kawasan berwarna gelap bagirajah (i) dan (ii) mewakili kawasan 50% dan 25% masing-masing.

    Apakah faktor utama yang menyebabkan kesilapan murid berkenaan?

    A Guru tidak melukis rajah dengan jelas

    B Murid tidak memahami konsep pecahan

    C Murid selalu mengaitkan peratus dengan saiz

    D Murid selalu mengaitkan peratus dengan keseluruhan

    20. Semasa melakukan pembahagian nombor perpuluhan dengan nombor bulat, Zaidtelah menggunakan cara penghapusan seperti dalam contoh berikut:

    3.1

    =

    = 3.1

    1

    Anda sebagai seorang guru matematik, apakah komen anda terhadap carapenyelesaian murid tersebut?

    A bersetuju dengan cara penyelesaiannya kerana jawapan murid tersebut

    adalah betul

    B meminta murid menyelesaikan contoh lain yang serupa dan membuatkesimpulan sendiri

    C tidak bersetuju dengan cara penyelesaian dan menunjukkan carapenyelesaian yang betul

    D memberitahu murid bahawa cara penyelesaian tersebut adalah tidak tepatwalaupun jawapan adalah betul

  • 7/30/2019 soal2013

    11/18

    No. Kod : MTE 3109 Angka Giliran : _________________________

    11 SULIT

    BAHAGIAN B( 40 markah )

    Jawab semua soalan.

    1. a. Membangun konsep pra nombor dalam kalangan murid adalah pentingsebagai asas kepada kemahiran dengan nombor pada peringkat selanjutnya.

    i) Nyatakan dua konsep pra nombor yang perlu dimiliki oleh murid.

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    [2 markah]

    ii) Jelaskan tiga aktiviti yang boleh seorang guru lakukan untukmengukuhkan konsep pra nombor yang telah anda nyatakan di atas.

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    [3 markah]

    b. Seorang murid telah menulis empat ratus dan tujuh puluh enam sebagai40076.

    i) Berikan kemungkinan sebab mengapa murid anda menulis nomborsedemikian.

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________[2 markah]

  • 7/30/2019 soal2013

    12/18

    No. Kod : MTE 3109 Angka Giliran : _________________________

    12 SULIT

    ii) Cadangkan satu strategi dengan lakaran bahan bantu belajarbersesuaian, yang boleh anda lakukan bagi menangani masalah diatas.

    [3 markah]

    2. a. Anda telah menggunakan kalkulator dalam satu sesi pengajaran danpembelajaran untuk murid sekolah rendah. Seorang bapa kepada murid andatelah meluahkan kegusarannya tentang anda menggunakan kalkulator.

    i) Nyatakan tiga alasan yang anda dapat jelaskan kepada bapa tersebutatas tindakan anda menggunakan kalkulator di dalam kelas.

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________[3 markah]

  • 7/30/2019 soal2013

    13/18

    No. Kod : MTE 3109 Angka Giliran : _________________________

    13 SULIT

    ii) Cadangkan satu aktiviti yang bersesuaian dengan menggunakankalkulator untuk murid sekolah rendah.

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    [2 markah]

    b. Terdapat beberapa strategi berbeza yang boleh digunakan oleh guru untukmenggalakkan pengiraan secara mental dalam kalangan murid.

    i) Bagi masalah yang dinyatakan dalam Rajah 15, kemukakan dua (2)teknik kiraan mental yang sesuai, dan terangkan dengan lengkaplangkah-langkah yang dilakukan.

    Rajah 15

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    [2 markah]

    245 + 99

  • 7/30/2019 soal2013

    14/18

    No. Kod : MTE 3109 Angka Giliran : _________________________

    14 SULIT

    ii) Kemahiran membuat kiraan mental dan anggaran adalah pentingdalam kehidupan seharian. .

    Banding beza garis panduan yang perlu ada dalam pemikiran seorangguru matematik apabila ingin melaksanakan kemahiran kiraan mentaldan anggaran dalam kalangan murid.

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    [3 markah]

    3. a. Nombor bercampur berkait rapat dengan pecahan tak wajar. Oleh itu,

    nombor bercampur boleh ditukar kepada pecahan tak wajar dan sebaliknya.

    i) Nyatakan maksud nombor bercampur.

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    [1 markah]

    ii) Lukiskan satu gambarajah yang boleh membantu murid sekolahrendah memahami penukaran:

    [2 markah]

  • 7/30/2019 soal2013

    15/18

    No. Kod : MTE 3109 Angka Giliran : _________________________

    15 SULIT

    iii) Cikgu Rahmat menggunakan cara pengiraan berikut untuk

    menjelaskan penukaran

    kepada pecahan tak wajar seperti

    ditunjukkan dalam rajah 16.

    = 18 4= 4 baki 2

    = 4

    = 4

    Rajah 16

    Tunjukkan satu cara pengiraan lain untuk menukar

    kepada nombor

    bercampur.

    ____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    [2 markah]

    b. Cikgu Jehan ingin menggunakan bahan bantu mengajar untuk menunjukkanperbezaan antara dua operasi seperti dalam Rajah 17.

    3 x

    dan

    x 3

    Rajah 17

    i) Lukiskan gambarajah yang sesuai bagi membantu Cikgu Jehanmenunjukkan perbezaan tersebut.

    [3 markah]

  • 7/30/2019 soal2013

    16/18

    No. Kod : MTE 3109 Angka Giliran : _________________________

    16 SULIT

    ii) Seterusnya tunjukkan bagaimana Cikgu Jehan boleh mengukuhkankefahaman murid berkenaan dua operasi dalam Rajah 15 denganmemberikan contoh yang sesuai dalam situasi harian yang sesuai.

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    ____________________________________________________________

    [2 markah]

    4. a. Peratusan boleh dikaitkan dengan konsep keuntungan dan kerugiandalam perniagaan.

    i) Jelaskan maksud keuntungan dan kerugian dalam perniagaan.

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    [ 2 markah ]

    ii) Berdasarkan satu masalah bercerita yang sesuai, tunjukkan dengan

    bantuan gambarajah bagaimana keuntungan atau kerugian dapatdikira dalam bentuk peratus.

    [3 markah]

  • 7/30/2019 soal2013

    17/18

    No. Kod : MTE 3109 Angka Giliran : _________________________

    17 SULIT

    b.

    Rajah 18

    i) Jelaskan bagaimana anda membantu murid menyelesaikan masalah

    dalam Rajah 18 di atas.

    [3 markah ]

    (ii) Seterusnya tunjukkan bagaimana anda boleh mengukuhkankefahaman murid dengan memberikan contoh yang sesuai dalamsituasi harian.

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    ____________________________________________________________

    [2 markah ]

    2

    x 150 %

  • 7/30/2019 soal2013

    18/18

    BAHAGIAN C( 40 markah )

    Jawab mana-mana dua soalan.

    1. Kecekapan dalam operasi tolak adalah penting dalam kalangan murid dan perluseiring dengan kefahaman konsep dan juga prosedur yang berkaitan dengannya.Sebagai seorang guru Matematik, huraikan bagaimana anda akan menjelaskankonsep yang terdapat dalam Rajah 19. Penerangan anda perlu disertakan denganbahan bantu mengajar konkrit yang bersesuaian.

    Rajah 19

    Operasi bahagi mempunyai hubungan yang rapat dengan operasi tolak di manaoperasi bahagi boleh dijelaskan dalam beberapa cara. Anda dikehendakimenghuraikan operasi bahagi yang membawa maksudpenolakan berturut-turutdan

    kongsi sama rata. Huraian anda bagi kedua-dua maksud di atas perlu menggunakancontoh masalah matematik berayat dan disertakan dengan ilustrasi yangbersesuaian.

    [20 markah]

    2. Carta pecahan ialah bahan bantu mengajar untuk mengajar pecahan. Anda diminta

    melukis suatu carta pecahan untuk menunjukkan pecahan sehingga12

    1. Dengan

    menggunakan gambarajah tersebut, terangkan bagaimana anda akan menggunakancarta pecahan sebagai alat bantu mengajar visual bagi mengajar murid-muridmemahami setiap konsep berikut: membandingkan dua nilai pecahan yangpengangka dan penyebutnya berbeza danpecahan setara.

    [20 markah]

    3. Terangkan bagaimana anda akan mengajar murid-murid anda menukar

    kepada

    perpuluhan dan peratus dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuaiberserta gambarajah yang lengkap. Berkaitan dengan tajuk nomborperpuluhan,didapati dua nombor perpuluhan yang ingin didarabkan, bolehditunjukkan dengan menggunakan model luas. Anda dikehendaki mencadangkansatu aktiviti pengajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar dangambar rajah untuk menjelaskan bagaimana anda mengajar murid anda untukmelaksanakan pendaraban dua nombor perpuluhan dengan menggunakanmodel luas.

    [20 markah]

    25 tolak 17 ialah 8