sns t 3 pemahaman 2

15
BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 Kertas 1Pemahaman UNIT 1SEKOLAHKU RUMAHKU (TATABAHASA) (KATA GANDA, KATA ADJEKTIF &KATA KERJA) ata UNIT 2 MARI BERSUKAN (PEMAHAMAN) ata UNIT 3 MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH SAYA (TATABAHASA) KATA NAMA AM, AYAT MAJMUK & AYAT SERU/PERINTAH ata

Upload: loyola09

Post on 20-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sns t 3 Pemahaman 2

BAHASA MALAYSIATAHUN 3

Kertas 1PemahamanUNIT 1SEKOLAHKU RUMAHKU

(TATABAHASA)(KATA GANDA, KATA ADJEKTIF &KATA KERJA)

ata

UNIT 2 MARI BERSUKAN(PEMAHAMAN)

ata

UNIT 3 MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH SAYA (TATABAHASA)

KATA NAMA AM, AYAT MAJMUK & AYAT SERU/PERINTAH

ata

UNIT 4 MALAYSIA bOLEH aminah(TATABAHASA)

KATA TANYA, SIMPULAN BAHASA& PENANDA WACANA

UNIT 5 MASYARAKAT PENYAYANG

Page 2: Sns t 3 Pemahaman 2

(PEMAHAMAN)

UNIT 6 JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT aminah(TATABAHASA)

Antonim, sinonim & ayat tunggal

UNIT 7 MARI BERTANI(PEMAHAMAN)

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan di bawah berdasarkan petikan.

Puan Jannah ibu tunggal yang tabah dan ringan tulang. Walaupun ibu tunggal, tetapi dia mempunyai keazaman yang kuat untuk terus berusaha demi membesarkan anak-anaknya.

Selain menternak ayam dan itik, Puan Jannah juga menanam sayur-sayuran seperti kacang panjang, terung dan cili. Puan Jannah turut mengambil upah member makanan kepada lembu-lembu kepunyaan Pak Mahmood.

Awal-awal pagi lagi, Puan Jannah sudah bangun untuk menguruskan anak-anaknya yang akan ke sekolah. Kemudian, dia menuju ke reban untuk memberi makanan kepada ayam dan itiknya.

Setelah selesai, tugasannya di rumah, Puan Jannah terus ke kebunnya untuk mengutip hasil sayur-sayuran. Setelah pulang dari kebunnya, Puan Jannah akan pergi ke ladang ternakan lembu Pak Mahmood untuk memberi makanan kepada lembu-lembu tersebut.

Pada sebelah petangnya pula, Puan Jannah akan membawa hasil ternakan dan tanamannya ke kedai Mak Som untuk di jual. Mak Som amat menyenangi sikap Puan Jannah yang rajin berusaha.

Puan Jannah berasa gembira kerana segala penat lelahnya selama ini membuahkan hasil. Puan Jannah sering dijadikan idola kepada wanita-wanita serta penduduk kampong yang lain. Mereka berbangga akan kejayaan yang dikecapi oleh Puan Jannah.

1.Mengapakah Puan Jannah bekerja dengan kuat?

A Untuk menggembirakan hati anak-anaknya.

B Untuk membesarkan anak-anaknya

C Untuk mendapatkan hasil yang lebih lumayan.

Page 3: Sns t 3 Pemahaman 2

D Untuk menjadi wanita contoh.

2.Apakah pekerjaan Puan Jannah?

A Jurujual

B Penggembala

C Petani

D Penguasha

3.Ke manakah Puan Jannah pergi selepas pulang dari kebun sayurnya?

A Ke kedai Mak Som

B Ke reban ayam dan itik

C Ke sekolah anak-anaknya

D Ke ladang lembu Pak Mahmood

4.Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

A Puan Jannah ialah ibu tunggal.

B Hasil tanaman Puan Jannah dijual kepada Mak Som.

C Puan Jannah menjadi idola kepada kaum wanita.

D Mak Som kurang menyenangi sikap Puan Jannah.

5.Apakah maksud frasa ringan tulang?

A Orang yang berani

B Orang yang rajin

C Orang yang sabar

D Orang yang yakin

Page 4: Sns t 3 Pemahaman 2

Jawapan

1. B 2. C 3. D 4. D 5. B

UNIT 8 MELANCONG KE SABAH DAN SARAWAK(TATABAHASA)

PENJODOH BILANGAN, SINONIM & ANTONIM)

Pilih jawapan yang betul.

1.Encik Johari memberi beberapa _________ sate kepada jirannya.

A batang

B cucuk

C biji

D buah

2.Abang makan se ______ tebu.

A ketul

B cubit

C buah

D ruas

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

Page 5: Sns t 3 Pemahaman 2

3.Sebahagian daripada rumah itu musnah dijilat api.

A rosak

B remuk

C hancur

D berkecai

4.Penduduk Kampung Bukit Jalil semakin cemas apabila air sungai mulai naik ke paras

bahaya.

A bimbang

B getir

C genting

D gembira

Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan bergaris.

5.”Kami diarahkan menanam rumput di kawasan asrama,” kata Johan.

A menyemai

B menimbus

C mencabut

D memotong

Jawapan

1. B(sederhana) 2. D(susah) 3. A(sederhana) 4. A(senang) 5. C(senang)

Page 6: Sns t 3 Pemahaman 2

UNIT 9 KESENIAN DAN KEBUDAYAAN(TATABAHASA)

KATA SENDI NAMA, KATA BILANGAN & KATA ARAH

Bulatkan jawapan yang betul.

1.Puan Rohana pergi ke pasar _________ hari Ahad.

A pada

B di

C ke

D untuk

2.Silva hanya berdiri di _______ kolam renang sambil memerhatikan kawan-kawannya

mandi-manda.

A tepi

B dalam

C tengah

D luar

3,Rumah Datuk Mokthar terletak di ______ sebuah padang dengan masjid.

A antara

B tengah

Page 7: Sns t 3 Pemahaman 2

C selatan

D tepi

4.Anim berjaya mendapat tempat _______ dalam pertandingan bercerita itu.

A dua

B kedua

C kedua-dua

D dua-dua

5.Ayah mengukur sudut itu dengan menggunakan ________.

A sesiku

B kekuda

C kekura

D bebola

Jawapan

1. A(senang) 2. A (sederhana) 3. A(sederhana) 4. B (senang) 5. A (susah)

UNIT 10 AMALAN HIDUP SIHAT(PEMAHAMAN)

Page 8: Sns t 3 Pemahaman 2

UNIT 11 MENEMPA KEJAYAAN MENCUIPTA SEJARAH(TATABAHASA)

AYAT TANYA, KATA MAJMUK & TANDA BACA

UNIT 12 CERITA-CERITA TELADAN(TATABAHASA)

KATA GANDA SELURUH/ SEPARA /BERIMA/ BERIMBUHAN

BAHASA MALAYSIA

TAHUN 3

PENULISANUNIT 1 SEKOLAHKU RUMAHKU

MEMADANKAN PERNYATAAN DENGAN GAMBAR YANG BETUL.

Page 9: Sns t 3 Pemahaman 2

UNIT 2 MARI BERSUKANMENULIS AYAT PERINTAH PADA GAMBAR YANG BETUL

UNIT 3 MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH SAYAMENYUSUN PERKATAAN SUPAYA MENJADI AYAT YANG BETUL

UNIT 4 MALAYSIA BOLEHMENGISI TEMPAT KOSONG MENGGUNAKAN PERKATAAN YANNG DIBERI

Arahan: Lengkapkan pernyataan di bawah ini dengan jawapan yang sesua

1.

Rakyat Malaysia perlu _________________ untuk membangunkan negara. (Aras senang)

2. Malaysia akan disanjung tinggi sekiranya rakyat ______________. (Aras sederhana)

3. Kita hendaklah bersunngguh –sungguh melakukan sesuatu perkara dan jangan mudah _________.(Aras sederhana)

keringat berpadu tenaga mengharapkan balasan berbudi pekerti menyerah kalah

Page 10: Sns t 3 Pemahaman 2

4. Malaysia telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang sukan hasil dari usaha dan ____________ yang dicurahkan.(Aras sukar)

5. Setiap pengorbanan yang dilakukan mestilah ikhlas dan tidak ______________.

(Aras senang)

Jawapan: 1. Berpadu tenaga 2.berbudi pekerti 3.menyerah kalah 4. keringat 5.mengharapkan balasan

UNIT 5 MASYARAKAT PENYAYANGMEMBINA SOALAN DARIPADA PERNYATAAN YANNG DISEDIAKAN

Arahan: Baca Puisi di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

IbuDalam sepi

Page 11: Sns t 3 Pemahaman 2

Arahan: Lengkapkan ayat tanya berikut , berdasarkan jawapan yang disediakan.

1. Ali membantu orang buta itu semasa hendak melintas jalan. ________________ Ali membantu orang buta itu? (Aras mudah) Jawapan : Bilakah

2. Sebelum pergi ke sekolah Aminudin akan bersalam dengan ibunya untuk memohon keberkatan.

__________________ Aminudin bersalam dengan ibunya sebelum pergi ke sekolah?

(Aras sederhana) Jawapan:Mengapakah

3. Ketua kampung menasihati penduduk kampung agar berbaik-baik dengan jiran dan tidak mudah marah walaupun berasa tersinggung.

__________________ nasihat yang diberikan oleh ketua kampung ? (Aras sederhana) Jawapan:Apakah

4.” Kalau kita ingin dihormati ,kita mestilah menghormati orang lain terlebih dahulu,” kata Tok Ketua kepada anak buahnya.

___________________ caranya supaya kita dihormati oleh orang lain? (Aras Sukar) Jawapan: Bagaimanakah

5.Mary membawa balik kucing yang dijumpainya di dalam longkang. ___________________ di manakah Mary menjumpai kucinng itu? ( Aras mudah ) Jawapan : Di manakah

UNIT 6 HARGA WARISAN KITAMEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR DENGAN FRASA YANG

DIBERIKAN

Page 12: Sns t 3 Pemahaman 2

UNIT 7 MARI BERTANIISI TEMPAT KOSONG DENGAN KATA HUBUNG YANG SESUAI

UNIT 8 MELANCONG KE SABAH DAN SARAWAKMEMBINA AYAT BERDASARKAKN GAMBAR DENGAN MENGGUNAKAN FRASA YANG DIBERIKAN.

UNIT 9 KESENIAN DAN KEBUDAYAANISI TEMPAT KOSONG DENGAN GANTI NAMA DIRI YANG BETUL.

UNIT 10 AMALAN HIDUP SIHATMELENGKAPKAN FRASA SUPAYA MENJADI AYAT YANG BETUL.

UNIT 11 MENEMPA KEJAYAAN MENCIPTA SEJARAHMENYALIN SEMULA AYAT YANG DISEDIAKAN DENGAN MEMBUBUH TANDA BACA YANG BETUL

UNIT 12 CERITA-CERITA TELADANMENYUSUN PERKATAAN SUPAYA MENJADI AYAT YANG BETUL

Page 13: Sns t 3 Pemahaman 2