smkdm -kepentingan pelbagai sumber

11

Click here to load reader

Upload: panitia-geografi-daerah-jempol-jelebu-2010

Post on 01-Jul-2015

433 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: smkdm -kepentingan pelbagai sumber
Page 2: smkdm -kepentingan pelbagai sumber

1. Sumber-sumber mineral, hutan dan air merupakan bahan mentah bagi kebanyakan industri tempatan.

2. Minyak mentah merupakan bahan mentah bagi industri petrokimia dan industri penapisan petroleum di Tangga Batu(Melaka), Kerteh(Terengganu), Lutong dan Miri(Sarawak).

6. Bijih besi dan arang batu dihantar ke Seberang Perai untuk kegunaan industri besi dan keluli.

3. Petroleum merupakan sejenis sumber mineral yang ditapis untuk mendapatkan pelbagai bahan bakar.

4. Petroleum dan gas juga digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan tenaga elektrik terma dan bahan api yang terpenting di Malaysia.

5. Gas asli adalah bahan mentah untuk industri pencairan gas asli dan industri baja urea di Bintulu.

7. Bijih timah pula merupakan bahan mentah untuk industri peleburan timah dan piuter di Butterworth dan Klang.

Page 3: smkdm -kepentingan pelbagai sumber

8. Kaolin pula digunakan untuk membuat barangan seramik seperti jubin salur pembetung longkang, tembikar, dan pasu bunga.

9. Bauksit digunakan sebagai bahan mentah asas aluminium untuk membuat periuk, badan kenderaan seperti kapal terbang, dan kereta api.

10.Sumber hutan seperti balak dan rotan pula digunakan untuk membuat perabot, papan dan barangan kraf tangan.

11. Buah-buahan, daun dan akar-akar tumbuhan boleh dijadikan sebagai bahan mentah bagi industri herba, rempah-ratus dan ubat-ubatan tradisional.

12. Hidupan laut seperti ikan dan sotong merupakan bahan mentah bagi industri mengetin ikan, sotong, udang dan sardin serta membuat keropok ikan, udang dan sotong.

13. Air laut sangat diperlukan untuk menghasilkan garam. Contohnya kilang garam di Kudat, Sabah menghasilkan garam daripada air laut.

14. Tanih adalah sumber penting bagi kegiatan bagi pertanian. Hasil-hasil tanaman menjadi bahan mentah untuk industri minyak masak(kelapa sawit dan kelapa), minuman(kopi dan koko), mengetin nanas, sirap nanas serta teh.

Page 4: smkdm -kepentingan pelbagai sumber

• Pada tahun 2002, terdapat 1.3 juta penduduk negara yang bekerja dalam sektor pertanian dan perhutanan.

• Sumber hutan seperti kayu balak menyediakan peluang pekerjaan bermula daripada proses membalak hingga kepada pemasaran. Antara contoh pekerjaan adalah pembalak, pengurus, dan pekerja dalam pemasaran dan pengangkutan kayu balak dari hutan kepada pengguna. Sebilangan penduduk bekerja di sektor kerajaan dalam pelbagai jabatan yang berkaitan dengan pengurusan hutan seperti Jabatan Perhutanan dan PERHILITAN.

• Sumber tanah pertanian memberi peluang kepada penduduk negara kita bekerja dalam bidang pertanian sebagai petani. Antaranya ialah buruh ladang, pengurus, pekerja dalam bidang pemasaran, pengeksport, dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga tenaga profesional yang terlibat dalam sektor ini seperti saintis dan penyelidik yang berusaha untuk mempertingkat mutu dan hasil tanaman. Sektor ini menyumbangkan 12% daripada keseluruhan guna tenaga di negara kita.

Page 5: smkdm -kepentingan pelbagai sumber

• Sektor pelombongan juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Pada tahun 2002, seramai 27500 orang bekerja secara langsung dalam bidang perlombongan, termasuk mineral tenaga dan mineral bahan mentah. Mereka bekerja sebagai jurutera lombong, ahli geologi, pekerja am, lombong, kakitangan pengurusan lombong, dan pekerja yang terlibat dalam pengangkutan dan pemasaran hasil lombong.

• Selain itu, seramai 50600 penduduk negara ini bekerja dalam sektor yang mengeluarkan dan memasarkan sumber tenaga seperti gas dan elektrik. Mereka berkerja sebagai juruteknik, jurutera, pegawai pemasaran dan kerani.

Page 6: smkdm -kepentingan pelbagai sumber

• Penjualan sumber mentah seperti petroleum, gas, kayu balak, jongkong emas, arang batu, dan besi, mendatangkan pendapatan kepada semua pihak yang terlibat dalam pengeluarannya. Pihak pekerja memperoleh pendapatan bulanan, pihak pemilik lombong memperoleh keuntungan, dan negara mendapat hasil dalam bentuk cukai individu dan cukai syarikat.

• Sungai, kawasan hutan, paya, dan tasik juga dibangunkan sebagai kawasan ekopelancongan. Contohnya Tasik Chini, Taman Negara, Tasik Kenyir, dan Tasik Bera. Industri pelancongan tersebut turut menambahkan pendapatan negara.

Page 7: smkdm -kepentingan pelbagai sumber

• Sumber alam menjadi pendorong kepada pembukaan kawasan baru.• Petempatan kecil boleh berkembang menjadi bandar.• Penerokaan sumber mineral tenaga seperti petroleum dan gas asli juga mendorong perkembangan Bandar seperti Kerteh dan Paka di Terengganu serta Bintulu dan Miri di Sarawak.• Kegiatan pelombongan telah membuka kawasan baru seperti Mamut (kuprum), Raub (emas), Ipoh, dan Taiping (bijih timah).• Kegiatan Pertanian turut membawa kepada pembukaan kawasan baru. Contohnya,Bandar Baru Jengka Tiga Segi (kelapa sawit), Dataran Kedah (padi), Teluk Intan (kelapa), Sri Aman (lada hitam), Kluang, Kulai, dan labis (nanas).• Kawasan-kawasan baru juga dibuka untuk dijadikan pusat memproses sumber-sumber. Cthnya, Kerteh, Miri& Luting (menapis petroleum), Bintulu (mencairkan gas asli), & Butterworth (melebut bijih timah). • Penerokaan hutan untuk kegiatan pembalakan telah membangunkan kawasan petempatan baru seperti Sandakan di Sabah. • Menarik penduduk dan menjana kegiatan ekonomi seperti pertanian dan pelancongan.

Page 8: smkdm -kepentingan pelbagai sumber

Kegiatan penanaman padi

Dataran Kedah

Pelombongan Kuprum

Penanaman kelapa sawit

Perindustrian(Gas asli & baja urea)

Penanaman kelapa sawit

- Pelabuhan kontena- Pelombongan bijih timah- Perindustrian

Perlombongan bijih timah

Pembalakan

Penapisanpetroleum

KegiatanPerlombongan

petroleum

Delta Kelantan

KertehJengka Tiga Segi

KlangBintulu

Mamut

Page 9: smkdm -kepentingan pelbagai sumber

• Penerokaan sumber membolehkan infrastruktur seperti kemudahan pengangkutan dan bekalan elektrik dimajukan.

• Laluan kereta api dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang dimajukan hasil kegiatan perlombongan bijih timah.

• Kegiatan perlombongan petroleum di Kerteh,Lebuh Raya Jerangau dibina menghubungkan Kuantan dengan Kuala Terengganu.

• Lapangan Terbang Kerteh dibangunkan untuk memudahkan dan mempercepatkan perjalanan.

• Hasil kegiatan petroleum membangunkan Perlabuhan Kemaman,Pelabuhan Miri,dan Pelabuhan Bintulu.

Page 10: smkdm -kepentingan pelbagai sumber

• Penerokaan sumber di sesuatu kawasan mewujudkan banyak peluang pekerjaan.• Kedatangan buruh luar dan penduduk yang sedia ada akan menyebabkan sesuatu kawasan terpencil berubah menjadi sebuah bandar.• Dengan adanya sumber sebagai bahan mentah, pelbagai industri dapat diwujudkan.• Industri hiliran yang menggunakan sumber berasaskan kayu juga diwujudkan.• Penerokaan sumber juga menggalakkan pembinaan infrastruktur.• Kemudahan jalan raya dibina bagi memindahkan hasil diangkut ke kawasan pemprosesan dan untuk dieksport.• Jalan raya juga dapat meningkatkan mobiliti penduduk ke kawasan bandar yang berhampiran. • Sumber alam dapat digunakan sebagai bahan mentah dalam sektor perindustrian. Cthnya, bijih timah (piuter), bauksit (aluminium), dan getah (tayar). Kekayaan sumber alam telah membangunkan sektor perindustrian dalam negara. • Peningkatan produktiviti kesan daripada penggunaan jentera dan mesin menyebabkan jumlah keluaran sektor perindustrian turut bertambah.

Page 11: smkdm -kepentingan pelbagai sumber