smkbp.pptx

74
TAKLIMAT GURU SEK.MEN.KEB.BUKIT PAYONG TAHUN 2013

Upload: mohd-fizal

Post on 05-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jghkuj

TRANSCRIPT

TAKLIMAT GURU SEK.MEN.KEB.BUKIT PAYONG

TAKLIMAT GURUSEK.MEN.KEB.BUKIT PAYONGTAHUN 2013

1 .0PAKAIAN SEMASA BERTUGAS1.1 Mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil. 6/851.2 Pakaian Yang Sopan,kemas,Sesuai Dengan Profesion Keguruan Dan Masyarakat Timur.1.3 Pakaian Berbentuk Seluar Dan Baju Tanpa Lengan Tidak Dibenarkan (Guru Perempuan).1.4 Guru Lelaki Dikehendaki Mempunyai Potongan Rambut Yang Sesuai.1.5 Guru Yang Mengajar PJK Dikehendaki Memakai Pakaian Yang Sesuai Iaitu: Guru Lelaki:seluar Trek Atau Seluar Panjang Yang Sesuai.Kemeja T/Kemeja Sukan,baju Trek Atau Jersi.Kasut Sukan Atau Kasut Getah Tanpa Tumit. Guru Perempuan:seluar Trek Atau Seluar Panjang Yang Sesuai.Kemeja T/Kemeja Sukan,baju Trek (Menutup Aurat).Kasut Sukan Atau Kasut Getah Tanpa Tumit.

2.0KEDATANGAN & WAKTU RASMIPERSEKOLAHAN2.1 Waktu mula rasmi : 7.40 pagi-2.20 petang.2.2 Kehadiran direkodkan dengan Thumb Print.2.3 Guru-guru tidak dibenarkan pulang lebih awal daripada 2.20 petang.2.4 Perlu tiba 5 minit lebih awal daripada loceng pertama.2.5 Tandakan waktu guru datang didalam Buku Kedatangan Guru.2.6 Guru yang bertugas pada minggu itu dikehendaki datang lebih awal dan pulang lebih lewat daripada biasa.2.7 Semua urusan peribadi guru hendalah dibuat diluar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan (Terdesak yang amat sangat). 3.0MENINGGALKAN KAWASANSEKOLAH3.1 Meninggalkan kawasan sekolah semasa bertugas (keluar waktu mangajar) dilarang sama sekali kecuali mendapat kebenaran Pengetua,GPK atau atas arahan JPN/PPD.

3.2 Direkod ke dalam Buku Keluar Guru & Kakitangan.4.0CUTI SAKIT4.1 Maklumkan Segera Kepada Pengetua/GPK/Pejabat (En.Mohd Rizal)- Sijil Sakit Swasta/kerajaan hendalah diserahakn dengan segera,termasuk sijil cuti bersalin.4.2 Cuti kecemasan /cuti sambilan (7 hari setahun)-maklumkan dan isi borang.4.3 Cuti tanpa gaji-dipohon di JPN.4.4 Keluar negeri/negara-perlu isi borang-termasuk cuti haji (setelah mendapat jadual penerbangan).5.0 BUKU REKOD MENGAJAR /BRM5.1 Ianya adalah hak kerajaan diberi awal tahun sebuah seorang dan bertanggungjawab terhadap keselamatan,kebersihan dan kekemasan buku tersebut,wajib diserah balik akhir tahun untuk menilai prestasi kerja guru,wajib dilengkapi:

Sukatan pelajaran berkenaan-mengikut tingkatan yang diajar.Nama-nama pelajar kelas-kelas yang diajar.Rancangan pelajaran.Jadual waktu kelas pesendirian.Biodata guru.Markah ujian-bulanan,penggal,setara dan OTI.Solan-soalan untuk tiap-tiap ujian.Buku-buku teks untuk rujukan yang digunakan.

5.2 BRM wajiblah dihantar ke pejabat sekolah pada tiap-tiap hari khamis tiap-tiap minggu untuk tujuan pemantauan/peperiksaan oleh Pengetua/GPK/ketua bidang.5.3 Jika seseorang guru bercuti/berkursus BRM wajiblah diserahkan kepada G.Penolong Kanan.5.4 Pekeliling KP 256 mengenai tujuan penggunaan BRM hendalah dibaca oleh guru.5.5 Rancangan harian mestilah ditulis sebelum proses P&P bermula.sesuatu rancangan yang tidak dapat dijalankan hendalah diberikan catatan dibawahnya.5.6 Rancangan bagi tingkatan yang berlainan kelas bolehlah ditulis secara bergabung jika berkaitan.5.7 Rancangan harian seharusnya megandungi tajuk,objekktif,isi pengajaran,aktiviti,nilai,ABM dan penilaian.

5.8 Penolong kanan & guru kanan mata pelajaran dan ketua PMP adalah diberi kuasa untuk menyemak perjalan matapelajaran masing-masing dan apabila diperlukan memberikan laporan kepada Pengetua.5.9 BRM wajiblah dibawa bersama (juga dengan buku teks/nota/LCD komputer) ketika masuk kekelas untuk P&P dan wajib diletakkan diatas meja guru (Pekeliling Bil.3/99).5.10 Guru yang ditugaskan menjadi guru ganti diwajibkan mencatat dalam BRM perkara-perkaraberikut:(Pekeliling Bil.3/81).Mata pelajaran,tingkatan ,waktu (memadai dengan keratan relaif diletakan pada hari berkenaan). format KBSM (mencatatkan hasil pembelajaran dalam bentuk refleksi pencapaian)wajib digunakan untuk menyediakan BRM (pekeliling bil.3/99) menggunakan KBKK dan Mastery Learning.5.11 Pengetua/GPK akan menandatangani rancangan pelajaran dan sukatan pelajaran dalam BRM-diberi masa 2 minggu pertama.5.12 BRM adalah dokumen penting seorang guru-menggantikan SKT untuk pnilaian SSM baharu.

6.0WAKTU MENGAJAR ADALAH CORE BUSINESS6.1 Keselamatan pelajar adalah tanggungjawab guru sewaktu pelajarannya (mula masuk kelas hingga tamat).6.2Kelas wajiblah dipastikan dalam keadaan teratur dan bersih (pekeliling bil.14/89).6.3 Kenalpasti pelajar TH-direkodkan dalam BKK-jika tiada direkodkan sebagai ponteng-direkodkan (dalam buku khas) untuk tindakan selanjutnya.Guru wajiblah tandatangan BKK (buku kawalan kelas).6.4 Hendalah benar-benar berlaku P&P (Pekelilingbil.1/88)6.5 Mematuhi Jadual waktu persendirian dengan penuh amanah.7.0BUKU NOTA,BUKU KERJA&BUKU LATIHAN PELAJAR7.1 Wajib sentiasa diperiksa dengan teliti dan diserahkan balik kepada pelajar (segera) dengan arahan membuat pembetulan.7.2 Turunkan tandatangan dan cop.7.3 PENGETUA/GPK/GPK HEM/GPK KO/GKMP akan menyemak buku-buku tersebut (mengikut jadual yang diedarkan) secara berkala.7.4 Ibu bapa/penjaga juga diminta membuat semakan dengan menandatagani pada buku berkenaan .7.5 Gunakan pen warna merah untuk menandatagani buku pelajar (makluman : untuk urusan biasa digunakan dakwat warna hitam/biru untuk pemeriksaan digunakan warna merah dan audit digunakan dakwat hijau).8.0JADUAL KEDATANGAN(DOKUMEN AUDIT&RASMI YANG SANGAT PENTING)8.1 Ditulis dengan dakwat hitam (sahaja) oleh guru tingkatan/penyelaras tingkatan.dilarang keras diserah kuasa kepada pelajar.8.2 Mula Ditulis didalam buku JK mulai minggu kedua persekolahan (sebelum itu ditulis didalam borang khas).8.3 Wajib Diletakkan di pejabat sekolah mulai waktu ketiga.8.4 Nombor kemasukan pelajar wajib ditulis pada tiap-tiap bulan.8.5 Dilarang disimpan di tempat lain atau membawa balik ke rumah atau disimpan di bilik guru atau di dalam kereta.8.6 Kehilangan merupakan satu kesalahan.8.7 Dilarang keras menggunakan liquid paper untuk memadan atau membaiki kesilapan.Jika berlaku kesilapan gunakan dakwat merah(atau hitam) untuk membuat pembetulan setelah dibuat pemotongan.8.8 Guru Tingkatan wajiblah mengisi butiran-butiran berikut ke dalam JK:

No.daftar pelajar (tiap-tiap bulan).Namapenuh pelajar seperti dalam kad pengenalan.Tarikh lahir.Jantina.Nama dan alam ibu bapa/penjaga serta no.telefon.Analisis kedatangan bulanan.No.resit yuran dan bayaran PMR&SPM.Mengemaskini maklumat jika ada perubahan.Ditandakan (/) untuk hadir,(0) tidak hadir,(S) sakit,(L) lewat-dikira hadir,(P) ponteng-tidak hadir tanpa sebab.9.0SEMUA GURUADALAH GURU DISIPLIN9.1 Semua guru SMKBP adalah guru disiplin dan guru bimbingaan.9.2 Sentiasa Mengamalakan budaya penyayang dan perkhidmatan mesra pelanggan /penyayang(sebagai anak sendiri)-Kebajikan pelajar adalah paling utama.9.3 Mengurus pelajar berumbikan peraturan sekolah,tidak boleh ikut selera.9.4 Menegur/menasihati/merujuk kepada Pengetua/GPK HEM/Kaunselor mengenai salahlaku pelajar di dalam dan di luar sekolah.9.5 Bekerja Sebagai satu pasukan,bersama-sama tolong menolong atas perkara-perkara kebajikan dan taqwa dan tidak boleh bertolong-tolongan di atas dosa dan permusuhan.9.6 Tahap mencegah mungkar-dengan tangan,mulut dan hati.10.0KESELAMATAN PELAJAT&HARTA BENDA SEKOLAH10.1 Tanggungjawab semua guru menjaga keselamatan pelajar semasa berada di dalam kawasan sekolah (program sekolah selamat).10.2 Jika berlaku kecemasan/kemalangan/kecederaan-guru wajib segera hubungi Pengetua/GPK/GPK HEM (dalam masa 24 jam).10.3 Seniasa melapor/rujuk kepada keluarga pelajar ibu bapa/penjaga.10.4 Jika melibatkan JPN/PPD perlu buat laporan bertulis-diserahkan segera kepada Pengetua/GPK/GPK HEM (dalam masa 24 jam).10.5 Latihan kebakaran-minimum setahun sekali untuk sekolah dan sekali untuk Asrama.

11.0MESYUARAT GURU&KAKITANGAN11.1 Semua Guru dan kakitangan wajib hadir dan kehadiran hendalah direkodkan ke dalam buku kehadiran mesyuarat.11.2 Perlu diminitkan setiap mesyuarat rasmi.11.3 Satu salinan mesyuarat akan disampaikan kepada Pengetua/GPK/GPK HEM/GPK KK.11.4 Notis mesyuarat hendalah sehari lebih awal (sekurang-kurangnya) kecuali hal-hal kecemasan.11.5 Semua guru dan kakitangan hendalah berpakaian rasmi (pakaian kerja) sewaktu menghadiri mesyuarat guru.

12.0KEWAJIPAN MENJALANKAN AKTIVITI KO-KURIKULUM12.1 Semua guru wajib terlibat dengan aktiviti koko.12.2 Tugas ini hendalah dijalankan dengan cekap dan teratur.12.3 Kehadiran guru bertugas pada waktu ditetapkan adalah wajib.12.4 Tandatangan buku kehadiran koko (disediakan oleh GPK KK).12.5 Semua pelajar diwajibkan menyertai aktiviti koko (masing-masing satu unit beruniform,persatuan/kelab dan sukan /permainan).13.0PERHIMPUNAN SEKOLAH13.1 Diwajibkan kepada semua guru dan pelajar.13.2 Guru perhimpunan memastikan keadaan tempat perhimpunan teratur dan sempurna sebelum majlis bermula.13.3 Guru bertugas minguan diwajibkan bertuga mengawal pelajar dengan bantuan pengawas semasa dan selepas perhimpunan (untuk dibuat checking).13.4 Ucapan dan pengumuman wajiblah ringkas,tepat dan padat sesuai dengan masa yang diperuntukan (elakkan meleret-leret).13.5 Berdasarkan Pekeliling Bil.4/1984.13.6 Menggunakan bahasa yang elok dan baik serta sebutan baku mengikut Pekeliling 2/93,9/89 dan 11/88.13.7 Guru perhimpunan memasikan sesiapa yang alan berucap pada sesuatu perhimpunan dan dimaklumkan kepada pengacara majlis (pelajar/pengawas yang telah dijadualkan untuk setahun).13.8 Pakaian guru semasa perhimpunan mengikut Pekeliling Bil.6/85 (Baju Kot/Bush Jaket,Tali Leher).14.0SURAT RASMI&SURAT YANG DITERIMA14.1 Kesemua surat rasmi hendalah menggunakan surat rasmi/letter head sekolah.14.2 Surat-surat hendalah ditulis dengan baik ,tepat dan bahasa yang betul.14.3 Semua surat rasmi untuk JPN & PPD hendalah disemak oleh Pengetua,GPK,GPK HEM,GPK KOKO terlebih dahulu.14.4 Semua surat rasmi hendalaha dikirimkan melalui pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.14.5 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan guru berkenaan seharusnyalah mengambil tindakan dengan segera.jika surat itu ditunjukkan kepada guru dan ada s.k pengetua,maka surat itu bolehlan disimpan sendiri setelah diambil tindakan.14.6 Jika surat itu ditujukan kepada pengetua dan pengetua mengedarkannya untuk seseorang guru mengambil tindakan maka prosedur seharusnya: Mengambil fai yang berkenaan di pejabat sekolah. Mengambil tindakan yang diperlukan. Memulangkan semula fail itu ke pejabat sekolah dan memastikan surat asal dimasukkan ke dalam fail tersebut.3215.0ACARA RASMI SEKOLAH15.1 Semua acara rasmi sekolah yang disertai oleh pelajar : perkemehan,kursus pelajar,lawatan,majlis sekolah,wajiblah diberikan surat kebenaran ibu/bapa/penjaga.15.2 Semua acara rasmi di atas hendalah mendapat persetujuan Pengetua/GPK/GPK HEM/GPK KOKO.15.3 Semua guru diwajibkan hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

16.0PENGGUNAAN ALAT@HARTA SEKOLAH16.1 Alat-alat atau harta sekolah adalah harta kerajaan.16.2 Dilarang menggunakan alat-alat/harta sekolah (seperti telefon,mesin rumput dll) untuk tujuan peribadi.16.3 Penggunaan untuk keselesaan peribadi hendalah mendapat izin dan direkodkan (dalam buku penggunaan).16.4 Alat-alat yang dipinjam untuk kepentingan sekolah lain,PPD dan JPN hendalah mendapat permohonan bertulis dari unit-unit berkenaan dan dan direkodkan.16.5 Pastikan alat-alat yang dipinjamkan dihantar balik /dipulangkan dengan cara menelefon pihak berkenaan atau menulis surat.16.6 Jika ada bayaran diberikan hendalah dimasukkan ke dalam tabung kebajikan sekolah.16.8 Semua guru di minta memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah.pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tersalah hendalah ke pengetahuan pihak sekolah.16.9 Ketua PMP/Guru Kanan wajiblah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal,bengkel dll.17.0PEMBELIAN ALAT@BUKU DAN LAIN-LAIN17.1 Pembelian buku-buku untuk P&P hendalah dibuat oleh guru-guru mata pelajaran setelah diluluskan dalam mesyuarat P&P.17.2 Semua pesana hendalah dibuat melalui guru mata pelajaran berkenaan (tandatangan borang minta).17.3 Jika harga barang melebihi RM2,000.00 (satu unit) wajiblah dibuat pembelian berdasarkan sebut harga.17.4 Setiap pembelian wajiblah sentiasa mematuhi AP dan Perintah Am.17.5 Setiap bil belian/invois hendalah diserahkan kepada GPK (untuk diserahkan kepada Pembantu Tadbir bagi mengelakkan terjadinya ABB (Akaun Belum Bayar) yang menyebabkan audit bersyarat.18.0PENJUAL DAN PENGEDAR18.1 Setiap pengedar dilarang mempromosikan barang dan berjumpa dengan guru/pelajar di sekolah tanpa kebenaran Pengetua.18.2 Guru dan kakitangan dilarang menjadi pengedar/penjual barang-barang kepada pelajar.18.3 Edaran barang-barang boleh dibuat oleh koperasi sekolah.19.0PELAWAT19.1 Tiada seorang pelawat pun dibenarkan berjumpa dengan guru atau pelajar tanpa kebenaran Pengetua/GPK HEM/GPK KOKO.19.2 Jika murid perlu dibawa keluar,borang kebenaran keluar kawasan sekolah hendalah diisi dan direkodkan ke dalam buku keluar pelajar (oleh guru bertugas/GPK HEM).19.3 Layanan kepada pelawat wajiblah baik dan mesra pelanggan tetapi wajiblah berhati-hati agar tiada pelajar & guru yang menjadi mangsa penipuan.

20.0WAKTU PENGUMUMAN20.1 Waktu yang dibolehkan membuat pengumuman menggunakan pembesar suara adalah: waktu pertama sebelum doa dibaca. waktu sebelum loceng waktu rehat pertama. waktu sebelum pulang. waktu darurat-(dalam pengetahuan Pengetu/GPK/GPK HEM/GPK KOKO).20.2 Pengumuman dibuat oleh pelajar atau guru.21.0TATALAKU UMUN SEBAGAI GURU21.1 Kita sebagai pegawai perkhidmatan awam terikat oleh perintah Am.peraturan 21(1) peraturan Am kakitangan awam (kelakuan dan tatatertib melarang kakitangan pengurusan atasan serta kumpulan pengurusan dan profesional daripada bergiat secara aktif dalam mana-mana parti politik.Ketua Jabatan mempunyai ministrial rensposibility terhadap organisasi yang dipimpin.21.2 Sentiasa melakukan munasabah dan ingatkan akan OPV (other people view).21.3 Guru-guru dilarang sama sekali membuat penyataan akbar berhubung dengan sekolah atau PPD/JPN. 22.0MUTU PERKHIDMATAN22.1 Sentiasa berazam meningikan mutu perkhidmatan.22.2 Sentiasa bersyukur dan menyemai rasa kasih sayang kepada pelajar seperti anak sendiri.22.3 Tidak mudah melenting apabila ditegur/dinasihati.23.0SERAH TUGAS &DOKUMEN23.1 Apabila guru bertukar/pada akhir tahun.23.2 Serahakn kepada GPK/GPK HEM/Pembantu Tadbir semua dokumen penting.24.0SIJIL KERJA KURSUSSPM24.1 Mulai tahun 2000 (Sijil SPM Terbuka) semua sijil kursus (Fizik,kimia,Biologi Dan PAI) diuruskan oleh sekolah masing-masing mengikut format yang dibekalkan oleh kementerian.24.2 Semua sijil kursus tersebut hendalah diserahkan kepada pelajar-pelajar bersama-sama dengan Slip Peperiksaan SPM. 25.0 BUKU TEKS25.1 Buku teks adalah untuk penggunaan lama: lima tahun atau berubah sukatan.25.2 Perlu penjagaan baik-disampulkan,digunakan sepenuhnya.25.3 Perlu dibuat spot check sekali sekala.25.4 Tulis nama pelajar dan tingkatannya (yang meminjam).25.5 Dikenakan denda kepada pelajar yang merosakkannya dan menghilangkannya.26.0 PERHUBUNGAN SESAMA GURU26.1 Sebagi guru maka hubungan peribadi dan profesionalnya yang baik dan sihat serta sentiasa dapat mengawal tutur kata.26.2 Juga diharap akan dapat mewujudkan kerjasama dan kerja berkumpulan.26.3 Guru tidak mempengaruhi atau memaksa dalam pandangan,fahaman,pendapat kepada guru/pelajar atau staff sokongan. 27.0BILIK GURU27.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru-termasuklah keselamatan harta benda didalam bilik guru.27.2 Waktu guru tidak mengajar dinamakan non teaching period (bukan free period)-gunakanlah masa tersebut untuk kebaikan P&P.27.3 Guru hendalah berada didalam sekolah semasa non teaching period.27.4 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada didalam bilik guru.27.5 Suasana dan kententeraman bilik guru diharapkan positif.28.0PENJAWATAN &PENGAJARAN28.1 Guru-guru yang bermasalah dalam penjawatan diminta berurusan dengan Pembantu Tadbir (En.Amran).28.2 Guru-guru yang bermasalah dalam bidang pengajaran boleh berurusan dengan Guru Kanan PMP,Ketua Bidang atau Guru Penolong Kanan.29.0TUGAS29.1 Guru-guru diberikan tugas-tugas berbentuk kurikulum,kokurikulum dan pentadbiran sekolah.Laksanakan dengan cekap,dedikasi dan tanggungjawab.29.2 Tugas yang diamanahkan hendalah dipikul sendiri jangan dipindahkan kepada orang lain tanpa pengetahuan Pengetua/GPK.29.3 Rancangan pengajaran&pembelajaran ditulis ke dalam BRM.29.4 Mengadakan ujian-ujian yang sesuai mengikut keperluan atau mengikut topik atau secara bulanan dan menganalisis ujian tersebut untuk menjadi panduan mengajar style mastery learning.29.5 Meningkatkan minat pelajar kepada ilmu pengetahuan.29.6 Menganggotai PMP.29.7 Mengantikan guru yang tidak hadir bila diperlukan oleh Pengetua.

29.8 Mengendalikan kegiatan kokurikulum selaku guru pengawas persatuan/kelab/unit beruniform/permainan atau sukan mengikut yang ditetapkan oleh pengetuan dari masa ke semasa.29.9 Mengendalikan dan menyempurnakan tugas-tugas khas seperti Guru Tingkatan,guru Kanan,guru Bertugas Harian,guru Bimbingan dan Kaunseling,setiausaha Sukan,guru Buku Teks,koperasi dll.29.10 Memberi kerjasama dalam kerja-kerja urusan pejabat sekolah seperti mengemaskan stok dan mengisi borang-borang,pengangkutan dll.29.11 Sentiasa berusaha memberi khidmat yang sebaik-baiknya kepada pelajar-pelajar serta menjadikan diri sebagai contoh yang ideal kepada mereka.29.12 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

30.0KEBERSIHAN30.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah.30.2 jadual giliran bertugas hendalah disediakan oleh guru tingkatan.30.3 Alatan membersihkan kelas hendalah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan baik dan selamat.30.4 Guru-guru yang mempunyai bilik khas seperti bilik khas dan bilik kaunseling,bilik matematik,bilik SAL adalah bertanggungjawab untuk menjaga bilik berkenaan.30.5 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru,staf sokongan,pekerja swasta dan pelajar.31.0KE JPN/PPD31.1 Guru-guru tidak digalakkan pergi ke JPN/PPD tanpa tujuan-hanya untuk urusan peribadi.

31.2 Pemergian guru-guru ke JPN/PPD wajiblah direkodkan kedalam buku keluar guru dan kakitangan setelah dimaklumkan kepada Pengetua/GPK.

32.OKUNCI32.1 Semua kunci dan alatan kemudahan sekolah mestilah disimpan di pejabat sekolah.

32.2 Guru-guru yang menyimpan kunci-kunci bilik tertentu mestilah mendapat kebenaran Pengetua dan guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.

33.0KELAB KELUARGA33.1 Semua guru dan kakitanga secara automatik menjadi kelab ahli kelaurga dan PIBG sekolah.33.2 Jumlah yuran yang ditetapkan tertakluk kepada keputusan mesyuarat kelab keluarga.33.3 Bersama-sama membina kelab keluarga dan bukan meruntuhkannya.

34.0ISYTIHAR HARTA34.1 Semua guru dan kakitangan diwajibkan mengisytiharkan harta masing-masing.34.2 Wajib mengisytiharkan harta apabila dilantik ke dalam perkhidmatan awam atau.34.3 Apabila dikehendaki oleh kerajaan,atau34.4 Memperoleh harta tambahan,atau34.5 Untuk melupuskan harta.34.6 Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima(5) tahun.

SEKIAN TERIMAKASIH