slanga.docx

Upload: eqyn-pretiz-ever

Post on 14-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Slanga.docx

    1/2

    Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa ini. Antaranya ialahmasalah globalisasi. Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yangmenjadikan dunia kelihatan mengecil daripada segi perhubungan manusia disebabkan kepantasanperkembangan teknologi maklumat. Era globalisasi ini mula berkembang di seluruh pelusuk dunia.Perkembangan ini membawa banyak kesan positif walaupun kesan negatif yang diperoleh melaluiperkembangan ini tidak dapat dinafikan.

    Bahasa Melayu juga tidak ketinggalan dalam menerima kesan negatif akibat daripada perkembanganglobalisasi ini. Hal ini kerana perkembangan ini membawa kepada penggunaan telefon bimbit secaraberleluasa dan ini membawa kepada penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang menjadipenghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, sebenarnya mencemarkanbahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan sering berlaku dalam SMS. Tujuaanpenggunaan singkatan perkataan, lambang, angka atau kod tertentu adalah untuk menggantikan maksudsebenar. Hal ini berlaku disebabkan ruang yang disediakan cukup terhad. Kadang-kala ayat yang ditulisbercampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bergantung kepada perkataan mana lebihpendek supaya maksud yang hendak disampaikan difahami oleh penerimanya dalam ruang terhad itu,contohnya Nxt week blk umah tak? Bahasa SMS ini terbawa -bawa kepada penggunaan rasmi seperti

    karangan, surat rasmi dan memo hingga menyebabkan pencemaran bahasa.

    Di samping itu, budaya asing yang meresap masuk ke negara kita juga merupakan salah satu puncapencemaran bahasa ini berlaku. Hal ini dapat dikaitkan dengan budaya hip-hop yang semakin popular dalam kalangan remaja di Malaysia. Budaya hip-hop ini merupakan muzik jalanan yang muncul di NewYork, Amerika pada tahun 70-an. Muzik ini popular di Malaysia dengan kemunculan kumpulan-kumpulanmuzik seperti Too Phat, The Rebel Scum dan sebagainya. Kemunculan muzik ini membawa kepadapencemaran bahasa kerana penciptaan lirik lagu menggunakan bahasa pasar. Hal ini dapat disokongdengan kenyataan ketua kumpulan The Rebel Scum yang mengatakan bahawa, Pada kami,perumpamaan dan istilah bahasa pasar lebih senang untuk ditulis dan yang mendengar memahamimesej yang nak disampaika n. Perbuatan ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana parapendengar lagu hip-hop ini akan terbawa-bawa gaya tersebut dalam percakapan seharian sepertiYo,yo,yo, buat pe bro walaupun gaya ini dianggap sebagai bahasa seni dalam genre hip -hop.(http://www.gua.com.my/Entertainment/Showbiz-Detail.aspx?ArticleID=2538)

    Sektor pendidikan juga merupakan penyebab kepada pencemaran bahasa ini. Keadaan ini berlakuberikutan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyarankan bahawa unsur-unsur tatabahasa mestilahdiajarkan secara tidak formal. Penguasaan tatabahasa dalam kalangan pelajar menjurus ke arahpenggunaan ayat yang tercemar bahasanya dari segi tatabahasa, misalnya Saya berasal daripadaNegeri Sembilan. Ayat ini tercemar dari segi penggunaan tatabahasa kerana sepatutnya kata sendi dariyang harus digunakan dalam ayat tersebut untuk menunjukkan tempat. Mohd Zaki bin Zakaria (2001)dalam kajiannya mendapati ada sebilangan guru yang langsung tidak mengajar tatabahasa dalampengajaran berikutan saranan kementerian tersebut. Hal ini merupakan salah satu punca berlakunya

    pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini kerana perkara yang diajarkandi sekolah akan dijadikan ikutan sepanjang hidup dan sukar diubah seperti ikat boleh diubah, takukbagaimana mengubahnya?

    Seterusnya, buku yang berbeza huraian atau pegangan juga mengakibatkan pencemaran BahasaMelayu. Perkara ini disebabkan perbezaan pendapat tokoh itu sendiri. Di negara kita ini, ada pelbagaibuku, baik buku tatabahasa mahupun buku teks Bahasa Melayu, yang digunakan di sekolah. Bagipengguna bahasa yang mendalami bidang Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi, mereka pernahdidedahkan kepada buku tatabahasa yang ditulis Za'ba, Asmah Omar dan lain-lain. Pelajar sekolah pula

  • 7/27/2019 Slanga.docx

    2/2

    didedahkan kepada aspek tatabahasa berdasarkan buku tatabahasa pegangan, iaitu Tatabahasa Dewan.Hal ini mengakibatkan kekeliruan kerana ketidakseragaman huraian daripada segi ejaan, golongan katadan tatabahasa. Sebagai contoh, ayat yang berfungsi untuk menjemput dinamakan sebagai ayat silaandalam Tatabahasa Dewan manakala Arbak Othman pula menamakannya sebagai ayat ajakan dalamTatabahasa Bahasa Malaysia.