slaid tokoh perniagaan

5
TOKOH-TOKOH PERNIAGAAN

Upload: azwar-anis

Post on 16-Aug-2015

14 views

Category:

Presentations & Public Speaking


0 download

TRANSCRIPT

  1. 1. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Civil Eng) dari University of Western Australia pada 1981 dan memperoleh Ijazah Sarjana dalam Sains Struktur Konkrit pada tahun 1986 dari Imperial College of Science and Technology London, United Kingdom. Tan Sri Hamdan dikenali dalam dunia perniagaan sebagai usahawan yang cepat maju. Beliau berjaya mentransformasikan Ranhill Berhad daripada hanya menyediakan khidmat perundingan kepada syarikat kejuruteraan Bumiputera yang menyerlah di Malaysia. Beliau kini menguasai 59.1% kepentingan dalam Ranhill Berhad. Beliau juga adalah pemegang saham yang memiliki kepentingan mengawal dalam Syarikat Lambang Optima Sdn. Bhd., syarikat yang dianugerahkan kontrak penswastaan Syarikat Air Johor Sdn. Bhd.
  2. 2. Adalah organisasi serba boleh yang banyak menyumbang kepada pembangunan Malaysia. Ranhill Berhad ditubuhkan pada 1973 sebagai syarikat yang menyediakan khidmat perundingan dalam bidang kejuruteraan. Selepas itu Ranhill Bhd. mengembangkan perniagaannya dalam bidang perolehan, pengurusan projek, pembinaan, pengurusankemudahan dan pembangunan, pemilikan projek, kemudahan perubatan dan kompleks pendidikan. Selain daripada itu, terdapat banyak lagi bidang yang diterajui oleh Ranhill Bhd seperti elektrikal, mekanikal, perparitan dan lain-lain.
  3. 3. Yang menariknya, selain mencari keuntungan, Tan Sri Hamdan turut memastikan syarikatnya melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Ranhill turut menaja penganjuran Kejohanan Tenis Antarabangsa Remaja Ranhill ITF Malaysia 2003 dan pelbagai lagi aktiviti kemasyarakatan. Ranhill Bhd. banyak menerima anugerah dan pengiktirafan seperti Anugerah Nilai Pemegang Syer Terbaik 2002 bagi kategori sektor Pembinaan dan Hartanah oleh firma perakaunan dan perundingan KPMG. Pada 29 Mac 2002 Ranhill Utilities Sdn. Bhd. menerima Anugerah Pengurusan Air Cemerlang oleh Persatuan Air Malaysia. Pada tahun 2001, majalah Euromoney memberi anugerah Syarikat Baru Yang Tersenarai Terbaik tahun 2001 kepada Ranhill Bhd. Tan Sri Hamdan sendiri merupakan penyandang jawatan Fellow Institut Jurutera Malaysia, Fellow Institut Jurutera Awam United Kingdom, Ahli Institut Jurutera Australia, Ahli Persatuan Antarabangsa Jurutera Jambatan dan Struktur dan lain-lain. Kejayaan Tan Sri Hamdan adalah kejayaan anak melayu yang wajar dicontohi.
  4. 4. HAMDAN MOHAMAD