skrip padra pibg 2015
DESCRIPTION
Feel free to download. Semoga bermanfaat!TRANSCRIPT
-
PADRA PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN RIMBA TERJUN
Di pintu rumah, Mak Ilah dan anaknya, Mira sibuk bersiap mengunci pintu untuk pergi ke
Mesyuarat PIBG SK Rimba Terjun.
Mak Ilah : Mira, cepatlah. Lambat nanti kan dah susahkan cikgu-cikgu pula. (kalut)
Mira : Alah, mak (sambal kerutkan dahi dan tergesa-gesa kunci pintu)
Menjeling tajam ke rumah Pak Mat,
Biasa pagi diucapnya selamat;
Usah awal usah lewat,
Biar lambat asal rumah selamat.
Mak Ilah : Ada-ada sajalah kau ni, Mira. Kecil-kecil menjawab, nanti mak babab!
(sambil acah-acah nak pukul Mira yang pandai menjawab)
Di rumah sebelah, Mak Senah dan suaminya, Pak Mikail bersiap juga untuk keluar rumah.
Mak Senah : Mike, cepatlah! Lembab! Tak sayang you nanti baru tahu!
(buat gedik pukul manja Pak Mikail)
Pak Mikail : Mike, Mike! Cuba awak panggil saya abang. Saya ni suami awak!
(buat-buat marah tapi takut takut)
Mira : Ha, mak! Tengok tu Mak Senah pun baru nak pergi! Hai, Mak Senah!
(sambil juihkan bibir pada Mak Senah dan lambai tangan)
Mak Senah : Sengih macam kerang busuk. Nak ke mana kau orang berdua ni pagi-pagi
buta?
Mak Ilah : Mesyuarat PIBG la Senah oi Takkan lah kau tak dapat jemput.
Mak Senah : Buat apa pergi? Baik saya bercuti. Ni ha Dah siap-siap nak pergi
Langkawi (sambil kuis beg guna kaki)
Mira : Lemah gemalai dia datang,
Bawak daun dibuat pecal;
Kalau dijemput wajib datang,
Insya Allah Mak Senah takkan sesal.
Mak Senah : Isi kelapa dibuat sira,
Batang kelapa memang tumpat;
Sehari setahun tetap dikira,
Cuti saya ni susah nak dapat.
-
Pak Mikail : Pergi ke kedai beli tauhu,
Tauhu kering dia mahu,
Aktiviti sekolah tak pernah ambil tahu,
Nanti kalut cakap tak tahu.
Ha. Saya cakap Samad tak pergi tusyen tapi melepak. Awak tak percaya,
Awak apa tahu??? (tegur sambil takut-takut tunduk sahaja).
Mak Ilah : Sudah.. sudah Jangan bertekak pagi hari.. Rezeki depan pintu lari pergi
taman lain nanti!
Mak Senah.. Kalau kita pergi mesyuarat PIBG ni, untung anak-anak kita.
Segala masalah, kita bincang. Segala yang kita tak pernah tahu, kita tahu.
Segala hal anak kita, lagi senang kita nak tahu.
Mak Senah : Ala. Hal anak saya hujung jari saya tahu. Dah.. dah.. Malas layan kak Ila
ni.. Saya nak gerak dulu. Nanti kalau Samad balik dari tusyen, tolong jenguk
ya. Saya balik dua hari lagi. Nak bercuti! Bye bye..
Mira : Ape ke tusyen ni, mak? (sambil lihat Mak Ilah). Kan hari ini PIBG.
Mak Senah : (Berhenti jalan dan terus lihat Mira). Kalau hari ini PIBG, takkan ada tusyen
pulak??
Mira : Saya tak tahu (sambil berlindung belakang ibunya).
Pak Mikail : Saya dah cakap dah
Mak Senah : Abang!!!! Kita pergi sekolah! Batalkan cuti-cuti Malaya ni. Kita tengok apa
betul Samad di sekolah atau tidak! Kalau betul tak ada tusyen.. siap!!
Pak Mikail : Baru nak sedar sekarang sayang. Mari pergi mesyuarat PIBG.