skrip majlis persaraan pn. azizah othman

7
SKRIP MAJLIS PERSARAAN PN. AZIZAH BINTI OTHMAN Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn. Azizah bt. Othman diiringi Guru Besar & Guru-guru Penolong Kanan masuk ke dalam dewan. Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis “Jasamu Dikenang” sempena persaraan Pn.Azizah bt Othman. BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T. Yang Berusaha En Firdaus b Hj Abu Hanifah Guru Besar SK Ulu Yam Bharu Yang Berusaha Pn. Kamariah bt Abdul Rashid Guru Penolong Kanan 1 SK Ulu Yam Bharu Yang Berusaha Pn. Hjh Suriati bt Hj Arshad Guru Penolong Kanan HEM SK Ulu Yam Bharu Yang Berusaha En. Yusmady bin Yusof GPK KOKO SKUYB Yang Diraikan Pn. Azizah bt Othman Seterusnya Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Upload: honey-irhoney

Post on 01-Feb-2016

39 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

persaraan

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Majlis Persaraan Pn. Azizah Othman

SKRIP MAJLIS PERSARAAN PN. AZIZAH BINTI OTHMAN

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn. Azizah bt. Othman diiringi Guru Besar & Guru-guru Penolong Kanan masuk ke dalam dewan.

Pagi yang indah penuh ceriaHari yang berbahagia penuh bermakna

Kami bawakan kepada anda Majlis “Jasamu Dikenang” sempena persaraan Pn.Azizah bt Othman.

BismilLahir Rahmanir RahimAssalamu `Alaikum W.B.T.

Yang BerusahaEn Firdaus b Hj Abu Hanifah

Guru BesarSK Ulu Yam Bharu

Yang BerusahaPn. Kamariah bt Abdul Rashid

Guru Penolong Kanan 1SK Ulu Yam Bharu

Yang BerusahaPn. Hjh Suriati bt Hj ArshadGuru Penolong Kanan HEM

SK Ulu Yam Bharu

Yang BerusahaEn. Yusmady bin Yusof

GPK KOKO SKUYB

Yang DiraikanPn. Azizah bt Othman

SeterusnyaBarisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

sekalian.

Selamat datang ke :Majlis “Jasamu Dikenang” sempena persaraan Yang Diraikan Pn. Azizah bt

Othman, Guru SKUYB.

Sirih berlipat sirih pinang

Page 2: Skrip Majlis Persaraan Pn. Azizah Othman

Sirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datang

Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang

akan dibacakan oleh Ustaz Nasuha bin Ismail.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Nasuha bin Ismail atas bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulang

Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Pn. Azizah bt Othman

sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir di SK Ulu Yam Bharu.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badan

Bagi meneruskan majlis, majlis menjemput Ahmad Muhammad b. Muhammad Hafiz, Ketua Murid SK Ulu Yam Bharu untuk menyampaikan

ucapan wakil murid.

Page 3: Skrip Majlis Persaraan Pn. Azizah Othman

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik Ahmad Muhammad di atas ucapan itu tadi.

Seterusnya,majlis diteruskan dengan ucapan guru besar SK Ulu Yam Bharu, En. Firdaus bin Hj Abu Hanifah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar di atas ucapan itu tadi.

Guru-guru dan murid-murid yang dihormati sekalian,Majlis diteruskan dengan bacaan biodata yang diraikan Pn. Azizah bt Othman

yang akan disampaikan oleh Pn. Noorazliza bt Alias. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Pn. Azizah bt Othman, Pn. Normala bt

Mohd Sidin dan En. Azaman bin Abu Bakar.

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan mereka Yang Diraikan. Mudah-mudahan ianya dapat memberi

sumber inspirasi buat kita semua.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Pn. Azizah bt Othman. Majlis dengan segala hormatnya ingin

menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Azizah bt Ohman atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatan

Page 4: Skrip Majlis Persaraan Pn. Azizah Othman

Buat kenangan sepanjang hayat

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang

Diraikan Pn. Azizah bt Othman.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada En Firdaus bin Hj Abu Hanifah, Guru Besar SK Ulu Yam Bharu untuk mengiringi Yang Diraikan Pn. Azizah bt Othman untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Dipersilakan wakil daripada :

1)

2)

3)

4)

5)

6)

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Pn. Azizah bt Othman.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Azizah bt Othman di atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut

merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha En Firdaus b Abu Hanifah mengiringi Yang Diraikan Pn. Azizah bt Othman sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Page 5: Skrip Majlis Persaraan Pn. Azizah Othman

Seterusnya, marilah kita sama-sama saksikan persembahan daripada murid – murid SKUYB khas untuk persaraan Pn. Azizah bt Othman.

1) Persembahan Prasekolah

2)

3)

4)

5)

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padiMawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladiBudi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampakEsok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Azizah bt Othman kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh

bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Pn. Azizah bt Othman bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis

“Jasamu Dikenang” ini.

Page 6: Skrip Majlis Persaraan Pn. Azizah Othman

Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Sessi Bersalaman diiringi lagu yang bertajuk __________________________________________________________________

Seterusnya, saya serahkan majlis kepada AJK-AJK Disiplin untuk menyusun pelajar sepanjang laluan ke pintu pagar utama

Para pelajar diminta beratur dari bawah sehingga ke pintu pagar utama bagi membuat lambaian perpisahan.