skrip kajian

11
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUMPAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR BAGI MURID TAHUN 6 MENGGUNAKAN PRINSIP ANSUR MAJU Oleh : AZIZUL BIN AJI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini berfokus untuk meningkatkan kemahiran mengumpan dalam permainan bola tampar bagi murid tahun 6. Enam orang murid Tahun 6 yang terdiri daripada enam murid perempuan telah dikenalpasti sebagai kumpulan sasaran kajian di sebuah sekolah kebangsaan Terongkongan kudat. Pengkaji telah menjalankan intervensi dengan aktiviti yang berprinsipkan ansur maju bagi mengatasi masalah kumpulan sasaran kajian ini. Intervensi kajian ini telah dijalankan selama tiga minggu dengan dua kali sesi seminggu yang mana mengambil masa 30 minit dalam satu sesi. Instrumen penilaian perlakuan sebelum dan selepas intervensi terdiri daripada pemerhatian melalui senarai semak fasa perlakuan. Prinsip ansur maju telah digunakan oleh guru sebagai intervensi untuk meningkatkan dan memperbaiki teknik dan ketepatan kemahiran mengumpan melalui fasa lakuan. Keputusan kajian menunjukkan murid-murid berjaya memperbaiki teknik umpanan serta meningkatkan ketepatan kemahiran mengumpan ke arah sasaran hasil intervensi yang dilakukan. Kata kunci : Hantaran mengumpan bola tampar, prinsip ansur maju 1.0 PENDAHULUAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi lima elemen utama iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Kesemua elemen ini berkait

Upload: zul-alok

Post on 23-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Kajian

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUMPAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR BAGI

MURID TAHUN 6 MENGGUNAKAN PRINSIP ANSUR MAJU

Oleh :

AZIZUL BIN AJI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini berfokus untuk meningkatkan kemahiran mengumpan dalam

permainan bola tampar bagi murid tahun 6. Enam orang murid Tahun 6 yang terdiri daripada

enam murid perempuan telah dikenalpasti sebagai kumpulan sasaran kajian di sebuah sekolah

kebangsaan Terongkongan kudat. Pengkaji telah menjalankan intervensi dengan aktiviti yang

berprinsipkan ansur maju bagi mengatasi masalah kumpulan sasaran kajian ini. Intervensi

kajian ini telah dijalankan selama tiga minggu dengan dua kali sesi seminggu yang mana

mengambil masa 30 minit dalam satu sesi. Instrumen penilaian perlakuan sebelum dan selepas

intervensi terdiri daripada pemerhatian melalui senarai semak fasa perlakuan. Prinsip ansur

maju telah digunakan oleh guru sebagai intervensi untuk meningkatkan dan memperbaiki teknik

dan ketepatan kemahiran mengumpan melalui fasa lakuan. Keputusan kajian menunjukkan

murid-murid berjaya memperbaiki teknik umpanan serta meningkatkan ketepatan kemahiran

mengumpan ke arah sasaran hasil intervensi yang dilakukan.

Kata kunci : Hantaran mengumpan bola tampar, prinsip ansur maju

1.0 PENDAHULUAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi lima elemen utama iaitu jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial. Kesemua elemen ini berkait rapat dengan mata pelajaran Pendidikan

Jasmani. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan satu proses yang bertujuan untuk

meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang terpilih bagi mencapai keputusan

yang dikehendaki sekali gus membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal,

mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Permainan merupakan tunjang utama

dalam pendidikan jasmani dan perlu disertai oleh semua murid tanpa mengira kebolehan

menurut Holt, Strean dan Bengoecha (2002). Permainan menjadi tunjang utama dalam sukatan

pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Malaysia. Guru perlulah

memperkenalkan program latihan bagi meningkatkan prestasi murid- murid. Kajian yang

dijalankan Corbin (2002) serta Dodds, Griffin & Placek (2001) menunjukkan dengan pendekatan

Page 2: Skrip Kajian

program latihan yang dijalankan ini dapat menarik minat, meningkatkan prestasi permainan dan

meningkatkan kecergasan murid. Kaedah ansur maju adalah salah satu kaedah yang

digunakan dalam membolehkan murid melakukan kemahiran mengumpan dalam permainan

bola tampar. Kaedah ansur maju bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan

secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara

automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat

demikian. Teknik ansur maju adalah aktiviti pengulangan fasa – fasa atau kecekapan yang

dipelajari dari mudah ke susah. Semasa menjalani pengajaran dan pembelajaran, pengkaji

mendapati murid tidak dapat melakukan kemahiran mengumpan dalam permainan bola tampar

dengan tepat dan teknik yang betul. Ini menyebabkan objektif pembelajaran yang ditetapkan

tidak tercapai.

1.1 Pengenalan

Permainan bertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan disamping sebagai

pengenalan kepada permainan-permainan utama. Ia adalah satu saluran untuk mempraktikkan

integrasi dan toleransi bagi membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan disamping

mengglakkan murid-murid berfikir, menyelesaikan masalah dan berfikiran kreatif. Selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melalui Pendidikan Jasmani membantu murid menjadi

cergas, aktif dan berpengetahuan melalui pemupukan kemahiran, nilai dan amalan kecergasan.

Dalam sukatan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998),

kemahiran mengumpan bola merupakan salah satu jenis kemahiran dalam permainan bola

tampar yang perlu dipelajari oleh murid tahun 6. Objektif am semasa mempelajari kemahiran ini

ialah diharapkan murid tahun 6 dapat mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan,

olahraga, gimnastik irama dan gimnastik artistik dengan betul dan selamat.

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), pengkaji mendapati murid-murid dari kelas

Tahun 6 terlalu gembira dan seronok melibatkan diri dalam permaian bola tampar yang

dilaksanakan. Namun begitu, pengkaji mendapati terdapat segelintir murid kurang mahir dalam

kemahiran mengumpan semasa P&P dijalankan. Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan

kajian-kajian lepas, pengkaji telah membuat keputusan untuk menggunakan kaedah ansur maju

untuk meningkatkan kemahiran mengumpan segelintir murid yang dikenalpasti. Pengkaji

Page 3: Skrip Kajian

berharap supaya perancangan yang telah dibuat akan membantu subjek kajian untuk

memperbaiki dan meningkatkan kemahiran asas mengumpan dengan lakuan yang betul.

2.0 FOKUS KAJIAN

Menurut Gallahue (1982), murid berumur 10 – 12 tahun seharusnya sudah boleh menguasai

kemahiran asas yang dipelajari. Semasa melakukan pemerhatian, pengkaji mendapati murid

kurang menguasai kemahiran asas mengumpan dalam permainan bola tampar dengan betul.

Oleh itu, pengkaji telah merancang satu sesi intervensi bagi menyelesaikan permasalahn yang

dihadapi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Objektif umum : Objektif am kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan

kemahiran murid dalam melakukan kemahiran mengumpan

melalui kaedah ansur maju.

ii. Objektif khusus : a) Meningkatkan kemahiran mengumpan permainan bola

tampar dengan menggunakan kaedah ansur maju.

b) Meningkatkan teknik lakuan mengumpan permainan

bola tampar murid tahun 6 melalui prinsip ansur maju

c) Meningkatkan ketepatan hantaran umpanan permainan bola

tampar murid tahun 6 melalui prinsip ansur maju.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini terbatas kepada murid sekolah tahun 6 Sekolah yang terletak di Daerah Kudat.

Subjek yang diambil adalah seramai 6 orang yang terdiri daripada enam murid perempuan.

Subjek yang dipilih berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan ketika pengajaran dan

pembelajaran dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada tajuk kemahiran bola

tampar.

Page 4: Skrip Kajian

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Perancangan

Pengkaji telah merancang melaksanakan intervensi kemahiran mengumpan dalam permainan

bola tampar bagi murid tahun 6. Pengkaji menggunakan prinsip ansur maju dalam tempoh tiga

minggu dengan dua sesi pengajaran dan pembelajaran selama 30 minit setiap sesi sebagai

intervensi manakala instrument yang digunakan pengkaji ialah senarai semak lakuan mengikut

fasa. Terdapat tiga fasa dalam ansur maju hantaran mengumpan iaitu fasa persediaan, fasa

lakuan dan fasa ikut lajak.

Demonstrasi

Dalam langkah ini, pengkaji akan menjadi pemudahcara dalam semua aktiviti dengan menjadi

penunjuk cara sebelum murid melakukan sebarang perlakuan teknik yang dikehendaki. Guru

terlebih dahulu akan menunjukkan cara mengumpan bola kepada rakan menggunakan teknik

serap daya bahagian tapak tangan sebelum bergerak kepada perlakuan yang dinamik dan

bergerak. Sebelum melakukan sebarang demonstrasi, adalah menjadi tanggungjawab guru

untuk memahirkan diri dengan perlakuan yang hendak diajar kepada murid. Namun, guru boleh

meminta murid menjadi penunjuk cara seandainya perlakuan tersebut mudah difahami oleh

murid.

Permainan kecil

Pengkaji akan menggunakan satu kaedah latihan yang digunapakai di salah sebuah kelab di

England untuk mengajar pasukan bawah 12 tahun dan 15 tahun. Kaedah latihan ini telah

diubahsuai dan dibentuk agar dapat menarik minat murid untuk menyertai latihan dan

meningkatkan kemahiran mengumpan dalam bola tampar. Kaedah latihan yang diubahsuai ini

disesuaikan pula dengan konsep “play practice” yang terkandung di dalam Model Bunker &

Thorpe.

i. Latihan “mike-style”

Latihan ini diubahsuai daripada kaedah latihan “passing,receiving and combination play” yang

direka oleh Steffen freund, Jurulatih kelab DFB yang berpengkalan di England. Latihan yang

telah diubahsuai ini lebih memfokuskan kepada hantaran mengumpan dan perlakuan

menggunakan bahagian tangan untuk menghantar bola kepada rakan. Berikut adalah perincian

bagi setiap sesi.

Page 5: Skrip Kajian

• Memanaskan badan – latihan bayangan dinamika. Memanaskan badan dengan

melakukan latihan bayangan kemahiran mengumpan untuk menghantar bola kepada rakan

menggunakan tangan sambil bergerak dan meregangkan otot-otot utama tubuh badan.

• Latihan 1 – mengumpan ke dinding utk 5 minit

Murid akan melakukan kemahiran mengumpan menggunakan tangan ke dinding dengan

menggunakan bola secara individu untuk 5 minit.

• Latihan 2 – mengumpan kepada rakan (berpasangan) utk 5 minit

Murid akan melakukan hantaran mengumpan dengan menggunakan bola secara berpasangan

dengan rakan selama 5 minit.

• Latihan 3 – mengumpan kepada rakan berkumpulan dalam satu bulatan

Dalam latihan 3 ini, murid akan melakukan kemahiran mengumpan secara individu ke arah

rakan secara rambang dalam kumpulan. Aktiviti dijalankan selama 10 minit.

• Latihan 5 – permainan bersyarat (diubah-ubah utk setiap sesi)

Permainan bersyarat akan dijalankan secara 1 minggu 1 permainan bersyarat yang diulang-

ulang dalam sesi latihan sehingga lengkap 1 minggu.

Permainan bersyarat akan dijalankan secara berkumpulan.

• Cooling-down – regangan otot tangan.

5.2 CARA PENGUMPULAN DATA

i. Pemerhatian

• Pengkaji akan membuat pemerhatian dengan menggunakan rakaman video terhadap

penguasaan kemahiran oleh murid semasa guru mengajar kemahiran untuk setiap sesi.

Pengkaji akan membuat analisis berdasarkan rakaman video tersebut. Pengkaji juga akan

meminta bantuan daripada guru lain yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam

permainan bola tampar untuk turut sama membuat pemerhatian terhadap pengajaran

Page 6: Skrip Kajian

ii. Borang skor

• Berdasarkan pemerhatian, pengkaji akan membuat borang skor bagi mengukuhkan lagi

pemerhatian yang dibuat. Borang skor itu akan mengandungi aspek-aspek yang akan dinilai

oleh guru dalam tindakannya.

iii. Nota lapangan

Pengkaji akan menggunakan nota lapangan sebagai catatan tentang apa yang berlaku semasa

sesi latihan murid-murid ini. Nota lapangan ini juga adalah sebagai salah satu instrumen

pemerhatian bagi mengesan kemajuan murid dan keberkesanan latihan yang direka.

iv.        Fotografi

Pengkaji akan menggunakan kaedah ini sebagai alternatif kepada rakaman video yang dibuat

semasa pemerhatian. Fotografi akan menjadi salah satu bukti yang kukuh untuk mengesan

peningkatan penguasaan yang dilakukan oleh murid. Teknik fotografi ini juga sebagai salah

satu pelan kontigensi sekiranya video yang dirakam tidak dapat dianalisis atas sebab-sebab

yang tidak dapat dielakkan.

5.3 CARA MENGANALISIS DATA

Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan teknik menganalisis data kualitatif. Cara

menganalisis data adalah seperti yang ditunjukkan di bawah :

i.            Pemerhatian - Pemerhatian berstruktur seperti borang skor akan dianalisis

menggunakan frekuensi dan peratus melalui senarai semak yang disediakan.

ii.            Borang Skor – Borang skor akan dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus.

iii.            Nota Lapangan – nota lapangan pula akan dianalisis dalam bentuk naratif dengan

cara memerihalkan semula apa yang terdapat pada catatan nota lapangan pemerhatian serta

menyebut petikan perbualan guru-pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Morrison,

1993).

iv. Fotografi – Fotografi dianalisis dalam bentuk naratif atau penceritaan dengan cara

memerihalkan semula apa yang terdapat pada fotografi semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran

Page 7: Skrip Kajian

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Ujian kemahiran mengumpan dalam permainan bola tampar dijalankan semasa pengajaran dan

pembelajaran pendidikan jasmani kelas tahun 6. Melalui ujian kemahiran ini, seramai enam

orang subjek telah dipilih. Ujian kemahiran ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kebolehan

murid terhadap kemahiran yang akan diuji. Daripada pemerhatian tersebut, pengkaji dapat

mengenal pasti subjek berada pada tahap lemah, sederhana atau baik. Tahap kemahiran setiap

subjek dicatatkan ke dalam borang ujian. Selepas ujian kemahiran, pengkaji memilih subjek

kajian dan pengkaji menggunakan satu bateri ujian untuk menguji tahap kemahiran

mengumpan dalam permainan bola tampar. Bateri ujian yang dijalankan ialah ujian pra

menggunakan senarai semak lakuan mengikut fasa-fasa lakuan. Aspek yang diperhatikan ialah

lakuan untuk fasa persediaan, fasa hantaran dan fasa ikut lajak.Keputusan lakuan setiap subjek

dicatatkan ke dalam borang senarai semak pra kemahiran mengumpan dalam permainan bola

tampar.

Jadual 3 : Borang skor tinjauan awal

BIL

MURID

BIL PERCUBAAN JUMLAH

R1

R2

R3

R4

R5

R6

R7

R8

Page 8: Skrip Kajian

6.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Bil Perkara Cadangan Tarikh

pelaksanaan

1 Mengenalpasti masalah murid semasa pengajaran dan

pembelajaran pendidikan jasmani

6/07/2014 sehingga

17/7/2014

2 Mengenalpasti murid yang kurang mahir dalam kemahiran

mengumpan bola tampar

20/7/2014

3 Mengenalpasti fokus kajian 21/7/2014 sehingga

2/8/2014

4 Mengenalpasti kumpulan sasaran 5/8/2014 sehingga

9/8/2014

5 Menetapkan fokus kajian

Melakukan tinjauan literatur

12/8/2014 sehingga

23/8/2014

6 Mula menulis kertas cadangan kajian.

Merancang langkah tindakan yang sesuai.

26/8/2014 sehingga

30/9/2014

7 Melaksanakan tindakan

Mengumpul data

1/10/2014 sehingga

20/10/2014

6.2 KOS KAJIAN

BIL BAHAN DAN PERALATAN KUANTITI HARGA

1 BOLA TAMPAR 6 RM120

2 SKITEL 10 RM15

3 NET 1 RM15

4 WISEL 1 RM5

5 KERTAS A4 1 RIM RM8

6 JAM MASA 1 RM 20

JUMLAH RM 183