skrip dj majlis kahwin

Download Skrip DJ Majlis Kahwin

If you can't read please download the document

Upload: mohd-najmi-suib

Post on 18-Sep-2015

304 views

Category:

Documents


129 download

DESCRIPTION

skrip

TRANSCRIPT

Panas kering siapakan tahuHujan rintik di Pulau PandanBerjalan seiring bersentuh bahuSamalah cantik samalah padanDiiringi paluan kompang, berjalan ke arah Pelamin, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; En. Mohd Farhan bin Redwan dan Puan Asma Ilyani binti Kadar.Anak Cina memasang lukahLukah dipasang di Tanjung SelasihPasangan pengantin segak melangkahMara menuju mahligai kasihHadirin dan hadirat sekalian, Majlis seterusnya ingin mempersilakan kepada kedua-dua mempelai bersama pengapit mereka dan wakil ahli keluarga kedua-dua mempelai untuk naik ke atas pelamin. Dipersilakan.Dipersilakan juga kepada ahli keluarga yang lain untuk duduk di meja yang telah disediakan.Burung Nuri hinggap di balaiBalai seri buatan Pak TuaTempat berehat rakan dan taulanDuduk tersenyum kedua mempelaiMenadah tangan memanjatkan doaMoga jodoh sentiasa berkekalanDengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan memanjatkan doa kehadhrat ilahi semoga pasangan raja sehari kita diberkati dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat insyaallah.Doa__________________Hari ini menugal jagungHari esok memintal taliHari ini kita berkampungMeraikan mempelai dua sejoliDi malam hari terang senegeriMemberi cahaya di tengah balaiMajlis indah bertambah seriUntuk meraikan kedua mempelaiMelayang serindit di atas permatangMerbah berkicau di hujung muaraPemanis kata selamat datangAwal BismilLah pembuka bicaraOrang jauh dikenang-kenangHanya terkenang pada yang satuMula berkenalan kemudian bertunangAkad dilaksana sama bersatuAnak Cina mengail patinMengail patin di tepi titiSenyum terukir pasangan pengantinTanda gembira penuh di hatiUntuk pengetahuan semua, kedua-dua mempelai ini telah selamat diijabkabulkan pada 10 Januari 2014.Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.Tiup serunai di atas kotaUda memupuk bunga melatiMula kenal kemudian bercintaCinta tersemai di dalam hatiPuan dibawa ke Gunung LedangDibawa dengan penuh beradabPinggan mangkuk telah terhidangKini masa makan beradabMajlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab.Semerbak bunga serojaDibelai dara pingitanLauk pauk penuh semejaJemput mempelai menikmati hidanganInilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama berjalan telah sampai di destinasiTiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.Tanam langguna tumbuh kelapaTerbit bunga pucuknya matiBudi semua tak kami lupaSudah terpaku di dalam hati__________________________________________________________________________________Tuan puteri tersenyum-senyumMelihat laksamana bermain rodatSenyum-senyum jangan tak senyumSudah sempurna segala adatPergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali