sknp.treasury.gov.my buletin ict · sknp no.kad pengenalan katalaluan masuk sistem sknp windows 8 :...

8
SKNP No.Kad Pengenalan Katalaluan Masuk SISTEM SKNP WINDOWS 8 : Ciri-ciri Baru Yang Lebih Sofistikated Windows 8 secara rasmi telah dilancarkan pada 26 Oktober 2012... ms: 4 Penyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT kepada Warga Perbendaharaan Edisi 1 2013 www.treasury.gov.my BULETIN ICT Permohonan sknp.treasury.gov.my Ke Luar Negeri Atas Urusan Persendirian SISTEM PERMOHONAN KE LUAR NEGERI Umumnya ramai yang mengetahui penjawat awam perlu mengemukakan... ms: 2 Secara Online sknp.treasury.gov.my SISTEM PERMOHONAN KE LUAR NEGERI Atas Urusan Persendirian SKNP Windows® 8 POLISI ICT 5.0 versikemaskini Dalam memperkasakan kawalan terhadap teknologi maklumat, Perbendaharaan telah mengambil... ms: 8

Upload: lytuyen

Post on 12-Aug-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: sknp.treasury.gov.my BULETIN ICT · SKNP No.Kad Pengenalan Katalaluan Masuk SISTEM SKNP WINDOWS 8 : Ciri-ciri Baru Yang Lebih Sofistikated Windows 8 secara rasmi telah dilancarkan

SKNPNo.Kad

Pengenalan

Katalaluan

Masuk

SISTEM SKNP

WINDOWS 8 : Ciri-ciri Baru Yang Lebih Sofistikated Windows 8 secara rasmi telah dilancarkan pada 26 Oktober 2012... ms: 4

Penyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT kepada Warga Perbendaharaan

Edisi 1 2013 www.treasury.gov.my

BULETIN ICT

Permohonansknp.treasury.gov.my

Ke Luar NegeriAtas Urusan Persendirian

SISTEM PERMOHONAN KE LUAR NEGERI Umumnya ramai yang mengetahui penjawat awam perlu mengemukakan...

ms: 2

Secara Online

sknp.treasury.gov.my

SISTEM PERMOHONAN KE LUAR NEGERIAtas Urusan Persendirian

SKNP

Windows® 8

POLISI ICT 5.0 versikemaskini Dalam memperkasakan kawalan terhadap teknologi maklumat, Perbendaharaan telah mengambil...

ms: 8

Page 2: sknp.treasury.gov.my BULETIN ICT · SKNP No.Kad Pengenalan Katalaluan Masuk SISTEM SKNP WINDOWS 8 : Ciri-ciri Baru Yang Lebih Sofistikated Windows 8 secara rasmi telah dilancarkan

SIDANG REDAKSI BULETIN ICT

PENAUNG: YBhg. Dato’ Dr. Azizah bt Arifin

KETUA EDITOR: Pn. Rohani bt Mohamad

Cik Tan Siew Mooi

SIDANG EDITOR: Pn. Siti Sapura bt Raffee

Pn. Norliza bt Jumeri

SUMBANGAN BAHAN: Pn. Norliza bt Jumeri

Pn. Sharifah Norhazira bt Said HamidPn. Nur Azza bt Md Jalil

Pn. Nor Sharimah bt Mohd Shariff

REKA BENTUK: En. Saidi b Murtada

EDARAN: En. Asahar b Ahmat

Pn. Nik Fadhlina bt Nik Marwan

DITERBITKAN OLEH:

Bahagian Pengurusan Teknologi

Maklumat, Aras 7, Blok Selatan,

Kompleks Kementerian Kewangan,

No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, 62592 Putrajaya

T : 603-8882 3448 F : 603-8882 4052

P : www.treasury.gov.my

SISTEM PERMOHONAN KE LUAR NEGERI (PERSENDIRIAN)

Umumnya ramai yang mengetahui penjawat awam perlu mengemukakan permohonan kepada pihak

pengurusan jika ingin ke luar negeri sama ada atas urusan rasmi atau urusan persendirian.

Namun, masih ramai yang tidak mengetahui prosedur permohonan berkenaan. Oleh yang demikian, satu inisiatif telah dilaksanakan dengan membangunkan Sistem Permohonan ke Luar Negeri (Persendirian) – SKNP bagi menguruskan permohonan warga Perbendaharan ke luar negeri atas urusan persendirian secara atas talian (online).

Antara ciri-ciri unik sistem ini adalah ia merupakan web-based system, sebarang notifikasi adalah melalui e-mel dan juga diintegrasikan dengan Sistem SatuID. Warga Perbendaharaan hanya perlu mengisi permohonan secara online yang kemudiannya akan dihantar terus ke Seksyen Pengurusan Sumber Manusia (PSM). Keputusan permohonan akan diterima oleh pemohon melalui e-mel dan pemohon boleh mencetak keputusan permohonan.

Sistem ini mula dibangunkan pada Jun 2011 dan telah digunapakai pada Jun 2012. Ia telah mendapat sambutan yang baik oleh warga Perbendaharaan di mana ia membantu dalam pengurusan permohonan ke luar negeri atas urusan persendirian yang lebih cekap, pantas dan efisyen.

SKNPNo.Kad

Pengenalan

Katalaluan

Masuk

Page 3: sknp.treasury.gov.my BULETIN ICT · SKNP No.Kad Pengenalan Katalaluan Masuk SISTEM SKNP WINDOWS 8 : Ciri-ciri Baru Yang Lebih Sofistikated Windows 8 secara rasmi telah dilancarkan

BUTIRAN DIRI BUTIRAN LAWATAN INSURANS KESIHATAN DOKUMEN SOKONGAN

Permohonan hendaklah 2 minggu labih awal dari tarikh bertolak

Nama Pegawai :

Jawatan :

Emel :

No.K/P :

No.Passport :

Alamat Jabatan :

No.Tel.Pejabat :

Alamat Rumah :

No.Tel :

3Sistem SKNP : Permohonan Ke Luar Negeri Secara OnlineBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2013

LOG MASUKMasukkan nombor kad pengenalan dan katalaluan Satu ID.

PERMOHONAN BARUIsi semua ruangan kosong pada borang pada bahagian Butir Diri, Butir Lawatan, maklumat waris untuk Insurans Kesihatan dan Dokumen Sokongan seperti permohonan cuti yang telah diluluskan dan kelulusan pengistiharan harta boleh dimuat naik.

HANTAR PERMOHONANHantar permohonan anda apabila semua borang telah dilengkapkan dan dokumen sokongan telah dimuat naik.

MAKLUMAT LANJUTDapatkan manual pengguna Sistem Permohonan Ke Luar Negeri atas urusan persendirian di:

http://sknp.treasury.gov.my

01

02

03

!

Page 4: sknp.treasury.gov.my BULETIN ICT · SKNP No.Kad Pengenalan Katalaluan Masuk SISTEM SKNP WINDOWS 8 : Ciri-ciri Baru Yang Lebih Sofistikated Windows 8 secara rasmi telah dilancarkan

4 Windows® 8 : Ciri-ciri Baru Yang Lebih SofistikatedBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2013

START SCREEN

Start screen bertindak sebagai Start menu pada sistem operasi ini. Selepas proses login, pengguna akan dibawa ke Start Screen yang menempatkan pelbagai tile aplikasi yang antaranya berasaskan teknologi HTML5. Menariknya, aplikasi Windows 8-style ini memudahkan pengguna mengakses sesuatu informasi tanpa perlu membuka dan melayari internet dengan menggunakan pelayar web. Selain daripada tile untuk aplikasi Windows 8-style, terdapat juga tile untuk program yang biasa dilihat pada desktop conventional Windows seperti Internet Explorer, Desktop, Control Panel dan lain-lain.

WINDOWS STORE

Melalui Windows Store, pengguna boleh mendapatkan aplikasi Windows 8-style seperti aplikasi jaringan sosial, berita, muzik dan video serta permainan yang sememangnya menarik untuk pengguna. Antara aplikasi yang menarik untuk dimuat-turun ialah Tweetro for Windows 8, Skype for Windows 8, Jetpack Joyride dengan sokongan Xbox Live, Fresh Paint, dan Awesome Picture yang boleh didapati secara percuma.

Windows® 8

Ciri-ciriBaru YangLebihSofistikated

Windows 8 secara rasmi telah dilancarkan pada 26 Oktober 2012. Sistem operasi milik Microsoft ini hadir dalam tiga versi, iaitu Windows 8, Windows 8 Pro, dan Windows

8 RT. Microsoft menjamin para pengguna Windows 8 akan merasakan pengalaman yang sama bagi pengguna desktop, tablet, mahupun smartphone. Dengan kata lain, walaupun menggunakan komputer meja atau riba, anda akan merasakan seolah-olah sedang menggunakan sebuah tablet ataupun telefon pintar. Pengguna diberi pilihan samada berinteraksi menggunakan jari, mouse ataupun stylus pen bagi mengendalikan peranti ini. Berikut dipaparkan beberapa fungsi baru yang diperkenalkan untuk Windows 8.

Page 5: sknp.treasury.gov.my BULETIN ICT · SKNP No.Kad Pengenalan Katalaluan Masuk SISTEM SKNP WINDOWS 8 : Ciri-ciri Baru Yang Lebih Sofistikated Windows 8 secara rasmi telah dilancarkan

5Windows® 8 : Ciri-ciri Baru Yang Lebih Sofistikated Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2013

Windows 8 tampil dengan versi pelayar web yang telah dipertingkatkan iaitu Internet Explorer 10. Pelayar web ini tampil dalam dua versi pada Windows 8, iaitu Internet Explorer 10 versi Windows 8-style dan Internet Explorer 10 versi Desktop. Internet Explorer 10 versi Desktop merupakan versi pelayar web yang masih lagi meneruskan pelayaran web yang serba pantas serta sokongan plug-in dan extension padanya. Internet Explorer 10 versi Windows 8-style pula merupakan pelayar web dengan antara muka modern User Interface (UI) yang didatangkan dengan sokongan plug-in Adobe Flash selain menggunapakai teknologi HTML 5.

PICTURE PASSWORD

Salah satu fungsi yang menjadi daya tarikan Windows 8 adalah fungsi Picture Password yang sememangnya dilihat sebagai satu inovasi yang kreatif untuk membuka kata laluan. Melalui fungsi ini, kata laluan dapat dibuka dengan hanya melakukan beberapa bentuk seperti garisan atau bulatan pada atas gambar yang telah ditetapkan oleh pengguna. Jika pengguna tidak dapat melakukan atau terlupa untuk membuat bentuk garisan atau bulatan pada gambar, pengguna masih boleh menggunakan kata laluan biasa untuk log masuk ke Windows. Fungsi ini boleh diaktifkan melalui Control Panel versi Windows 8-style.

LOCK SCREEN

Fungsi Lock Screen yang sangat popular digunakan pada telefon pintar masa kini turut diimplementasikan pada Windows 8. Fungsi ini dapat diaktifkan setelah pengguna lock PC mereka yang dilihat amat penting bagi pengguna komputer tablet. Windows 8 membolehkan pengguna menukar gambar pada Lock Screen tersebut dengan enam pilihan gambar latar belakang yang telah disediakan atau gambar yang lain mengikut pilihan pengguna. Paparan Lock Screen pada Windows 8 memaparkan waktu serta notifikasi yang berlatar belakangkan wallpaper lock screen yang telah ditetapkan pengguna tersebut.

Untuk keluar daripada Lock Screen, pengguna perlu mengheretkan Lock Screen tersebut ke atas dan Windows akan membawa pengguna ke paparan login screen (jika password dipasang) atau ke tempat sebelum Lock Screen diaktifkan seperti Desktop atau Start Screen semula.

InternetExplorer 10

Page 6: sknp.treasury.gov.my BULETIN ICT · SKNP No.Kad Pengenalan Katalaluan Masuk SISTEM SKNP WINDOWS 8 : Ciri-ciri Baru Yang Lebih Sofistikated Windows 8 secara rasmi telah dilancarkan

Open Source Software (OSS) atau lebih dikenali dengan OSS merupakan perisian sumber terbuka di mana ia boleh diperolehi secara percuma dan boleh dikongsi dengan komuniti. Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia telah membangunkan Pelan Induk OSS Sektor Awam bagi membangun dan memperluas penggunaan OSS kearah perkhidmatan awam yang efisyen, selamat dan berkualiti.

6 OSS SELF RELIANCE Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2013

Tahukah anda apa itu OSS Self Reliance? Ia merupakan salah satu program yang diwujudkan bagi merealisasikan Pelan Induk

OSS Sektor Awam yang diterajui oleh Open Source Competency Centre (OSCC) MAMPU.

Menggunapakai piawaian, polisi dan garis panduan yang telah dimulakan oleh OSCC.

Menyediakan kemudahan teknologi di agensi bagi menyokong operasi OSS dalaman.

Meningkatkan modal Insan di agensi melalui Pensijilan OSCC dan Latihan OSS.

Membolehkan pemilikan dan kebertanggungjawaban agensi bagi operasi Sokongan Teknikal OSS.

Teras Self Reliance

»»7Menggalakkan pembentukan eko-sistem OSS bagi bidang khusus agensi berdasarkan kepada model Perkongsian Pintar OSCC.

Menggalakkan projek pembangunan penyelesaian (solutions) OSS yang selari dengan Pelan Pelaksanaan Teknikal OSCC.

Mengeksport kepakaran OSS agensi ke peringkat global.

Melalui pelan

ini, terdapat tiga (3) fasa

pelaksanaan OSS dan kini kita berada di Fasa 3

iaitu Self Reliance. Melalui fasa ini (2013-2015), MAMPU mensasarkan

pembentukkan Kolaborasi Perkongsian Pintar dan Eko Sistem

agensi bagi mempercepatkan inovasi OSS dan Pembangunan aplikasi OSS agensi yang telah

dipertingkatkan serta produk baru bagi kegunaan domestik dan global.

OSS SELFRELIANCE

ST1 ST5

ST2

ST6

ST3

ST7ST4

Page 7: sknp.treasury.gov.my BULETIN ICT · SKNP No.Kad Pengenalan Katalaluan Masuk SISTEM SKNP WINDOWS 8 : Ciri-ciri Baru Yang Lebih Sofistikated Windows 8 secara rasmi telah dilancarkan

7Kalendar Kursus/Latihan ICT di Perbendaharaan 2013Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2013

13-14

MEI

06

JUN

19-20

JUN

MS PowerPoint 2010High Impact PresentationSesi ke-1

Latihan Asas Pengendalian Peralatan PCSesi ke-2

MS PowerPoint 2010High Impact PresentationSesi ke-2

15-17

MEI

10

JUN

MySQL AdministratorBasic to Intermediate

Penggunaan Emel Secara Berkesan - ZimbraSesi ke-2

07-09

MEI

03-05

JUN

MS Excel Expert 2010Sesi ke-2

MS PowerPoint 2010Intermediate to AdvanceSesi ke-2

20-22

MEI

17-18

JUN

MS PowerPoint 2010Intermediate to AdvanceSesi 1

Adobe InDesign & Adobe PdfPenyediaan Buletin, Brosur & PosterSesi 2

27-28

MEIAdobe InDesign & Adobe PdfPenyediaan Buletin, Brosur & PosterSesi 1

JADUAL KURSUS DAN LATIHAN ICT DI PERBENDAHARAAN 2013

SR1

SR2

SR5

SR3

SR4

• Kesedaran.

5 Tahap Self Reliance

• Menyediakan Pelan Migrasi OSS.• Menetapkan Polisi dan Garis

Panduan OSS.

• Mempunyai pasukan OSS yang terlatih dan diiktiraf.

• Melaksanakan penyelesaian OSS di sekurang-kurangnya satu (1) bidang penyelesaian.

• Memantapkan Pasukan Sokongan OSS.

• Menyediakan bantuan teknikal OSS secara ‘in-house’.

• Menyediakan ‘online helpdesk’untuk bantuan teknikal OSS.

• Perkongsian Sumber OSS.• Kolaborasi OSS dengan agensi, IPTA

atau komuniti OSS; ATAU

• Mempunyai pasukan R&D OSS yang khas.

• Melaksanakan Projek R&D OSS.

Kementerian Kewangan telah dianugerahkan Sijil Pencapaian Self Reliance OSS Tahap 5“

Sempena Seminar Regional Programme Open Source Software (OSS) Sektor Awam Fasa III – Self Reliance & Klinik/Demo Produk Open Source Competency Centre (OSCC) yang diadakan pada 26 - 28 Mac 2013 di PICC baru-baru ini, Kementerian Kewangan telah dianugerahkan Sijil Pencapaian Self Reliance OSS Tahap 5. Kementerian Kewangan adalah salah satu dari sembilan (9) kementerian yang berjaya memperolehi sijil tersebut seperti berikut:

1. Jabatan Perdana Menteri2. Kementerian Kewangan3. Kementerian Kerja Raya4. Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan5. Kementerian Kesihatan Malaysia6. Kementerian Wilayah Persekutuan dan

Kesejahteraan Bandar7. Kementerian Pertanian dan Asas Tani8. MOSTI9. Kementerian Dalam Negeri

Page 8: sknp.treasury.gov.my BULETIN ICT · SKNP No.Kad Pengenalan Katalaluan Masuk SISTEM SKNP WINDOWS 8 : Ciri-ciri Baru Yang Lebih Sofistikated Windows 8 secara rasmi telah dilancarkan

8Polisi ICT 5.0 versi kemaskiniBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2013

POLISI ICT 5.0 versi kemaskini.Antara tajuk baru yang telah ditambah adalah:

i. Penyataan Polisiii. Penilaian Risiko Keselamatan ICTiii. Perkara 4 – Keselamatan Sumber Manusia 4.1 Keselamatan Sumber Manusia Dalam Tugas Harian

iv. Perkara 6 – Pengurusan Operasi Dan Komunikasi 6.3.2 Perlindungan Dari Mobile Code 6.8.1 Pengauditan dan Forensik ICT 6.8.4 Pemantauan Log

v. Perkara 7 – Kawalan Capaian 7.5 Kawalan Capaian Sistem Pengoperasian 7.7.2 Kerja Jarak Jauh

Selain itu, terdapat juga sebilangan klausa yang telah ditambah bagi memperjelas maksud kandungan polisi. Berikut disenaraikan klausa tersebut:

i. Perkara 2 – Organisasi ICT 2.1.4 Pegawai Keselamatan ICT 2.1.8 Pentadbir Sistem ICT 2.1.12 Koordinator ICT Bahagian 2.1.13 Koordinator Web Bahagian 2.1.14 Pengguna

ii. Perkara 5 – Keselamatan Fizikal dan Persekitaran 5.1.1 Kawasan Larangan 5.2.2 Media Storan 5.2.5 Penyelenggaraan Perkakasan 5.2.6 Peralatan di Luar Premis

iii. Perkara 6 – Pengurusan Operasi dan Komunikasi 6.2.2 Penerimaan Sistem Aplikasi 6.2.3 Penerimaan Perkakasan dan Perisian Sistem Baru 6.5.1 Kawalan Infrastruktur Rangkaian

iv. Perkara 7 – Kawalan Capaian 7.3.3 Pengurusan Alamat IP 7.7.1 Penggunaan Peralatan Mudah Alih

v. Perkara 8 – Perolehan, Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem 8.3.1 Pembangunan Sistem Aplikasi 8.4.1 Kawalan Fail Sistem

Polisi ICT Perbendaharaan ini boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan di url:www.treasury.gov.my

Dalam memperkasakan kawalan terhadap teknologi maklumat, Perbendaharaan telah mengambil inisiatif untuk mengemaskini Polisi ICT Perbendaharaan ke versi 5.0. Ia adalah versi yang telah ditambahbaik dari Polisi ICT versi 4.0 dimana beberapa bidang keselamatan yang tidak dinyatakan sebelum ini telah dikenalpasti dan digarap untuk memantapkan lagi penguatkuasaan Polisi ICT bagi warga Perbendaharaan.