skema pemarkahanpercubaan stpm 2011 pp1 kelompok m6

Upload: hazryle

Post on 07-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Skema Pemarkahanpercubaan Stpm 2011 Pp1 Kelompok m6

    1/13

    946/1 PERCUBAAN STPM 2011

    PENGAJIAN PERNIAGAAN

    KERTAS 1

    (TIGA JAM)

    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2011

    KELOMPOK M6

    SKEMA JAWAPAN

    Skema jawapan ini terdiri daripada 13 halaman bercetak.

  • 8/4/2019 Skema Pemarkahanpercubaan Stpm 2011 Pp1 Kelompok m6

    2/13

    2

    1 (a) Huraikan tiga kepentingan aktiviti pemiagaan kepada ekonomi negara. [ 3 ]Jawapan:Kepentingan pemiagaan kepada ekonomi:i.Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan [ fakta : m ]- melalui kutipan cukai keuntungan yang dibayar oleh pemiagaan. [ huraian: m ]

    [ fakta : m + huraian m = 1m ]ii.Meningkatkan kemudahan awam- kepada penduduk dengan pembinaan infrastruktur pengangkutan dan perhubungan.iii. Menawarkan keluaran yang berkualiti dan harga yang berpatutan- melalui persaingan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.iv. Menyediakan peluang pekerjaan- kepada penduduk sekitar dengan menggunakan sumber tenaga manusia untukmenjalankan aktiviti pemiagaan.v. Mewujudkan petempatan baru

    - bagi sesuatu kawasan geografi dengan adanya kumpulan firma seperti kawasanperindustrian baru.

    vi,Membangunkan industri pinggiran

    - seperti wujudnya tahap pemiagaan huluan dan hiliran.NOTA:Mana-mana 3 diatas sahaja.

    (b) Senaraikan enam elemen persekitaran tugas organisasi. [ 3 ]Jawapan:-Elemen tugas persekitaran organisasi:

    1. Pelanggan[ m ]2. Pembekal[ m ]3. Pembiaya dan pemodal[ m ]4. Pesaing[ m ]5. Kerajaan[ m ]

    6. Pekerja [ m ]

    (c) Jelaskan empat faktor dorongan yang dimaksudkan oleh Herberg. [ 2 ]JawapanFaktor dorongan tersebut ialah:i.Tanggungjawab [ m ]ii.Pengiktirafan[ m ]iii.Kemajuan kerja[ m ]iv.Cabaran[ m ]v.Kreativiti[ m ]NotaMana-mana 4 pertama di atas

    (d) Nyatakan alat kawalan yang sering digunakan dalam organisasi. [ 2 ]Jawapan:i. Analisis pulang modal. [ m ]ii.Belanjawan [ m ]iii.Carta Gantt [ m ]iv. analisis PERT/CPM [ m ]

  • 8/4/2019 Skema Pemarkahanpercubaan Stpm 2011 Pp1 Kelompok m6

    3/13

    3

    (e) Nyatakankan empat ciri perlakuan manusia mengikut 'teori Y' yang dianjurkan oleh DouglasMcGregor. [ 3 ]

    Jawapan:-Ciri perlakuan manusia mengikut "teori Y" yang dianjurkan oleh Douglas McGregor:i.Rajin bekerja [ 1m ]

    ii.Dapat membuat kerja tanpa arahan dan kawalan [ 1m ]

    iiiBersikap proaktif, imiginatif, dan kreatif [ 1m ]

    iv.Bersedia dan rela untuk menerima tanggungjawab [ 1m ]

    (f) Nyatakan empat langkah dalam proses pemasaran. [ 2 ]

    Mengkaji peluang perniagaan [ m ] Memilih pasaran sasaran [ m ] Membentuk campuran pemasaran [ m ] Menguruskan aktiviti pemasaran [ m ]

    (g) Nyatakan empat perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pembiaya dalam menentukanpolisi kredit. [ 2 ]

    Jawapan:Empat perkara yang dipertimbangkan oleh pembiaya dalam menentukan polisi kredit:i. Tempoh kredit diberi [ m ]ii. Tahap kredit pelanggan. [ m ]iii. Polisi kutipan. [ m ]iv. Diskaun/ rebet . [ m ]

    (h) Berikan empat contoh risiko yang boleh diinsuranskan [ 2 ]Jawapan:1.Kebakaran [ m ]2.Kemalangan [ m ]3.Kecurian [ m ]4.Perkapalan [ m ]5.Penerbangan [ m ]6.Gadaian [ m ]7.Risiko liabiliti / tanggungan awam [ m ]8.Pecah amanah / Jaminan amanah setia . [ m ]

    4 fakta yang pertama( 4 x m = 2m)

    (i ) Bezakan keputusan rutindengan keputusan tidak rutin dan berikan contoh [ 3 ]Jawapan

    Keputusan rutin [1m] dibuat berdasarkan kepada masalah yang biasa/kerap berlaku/berulang-ulang [1m ]

    dalam organisasi.

    Contoh:- menambah pengeluaran [ m ]- menyelaraskan kerja [ m ]- mana-mana contoh yang sesuai [ m ]

    Maksimum 1 markah

  • 8/4/2019 Skema Pemarkahanpercubaan Stpm 2011 Pp1 Kelompok m6

    4/13

    4

    Keputusan tidak rutin [1m]- dibuat terhadap masalah yang tidak dijangka/jarang berlaku/sekali sekala/masalah

    baru [1m].

    - Contoh:- pelanggan mengubah spesifikasi produk [ m]- mana-mana contoh yang sesuai [ m ]

    Maksimum 1 markah

    (j ) Huraikan tiga tanda ketegangan yang boleh dikesan daripada seseorang individu [ 3 ]

    Jawapan(i) Perubahan tingkah laku [m]

    Keganasan, mengambil minuman keras, banyak makan [m](ii) Perubahan sikap [m]

    Perubahan psikologi dan emosi panas baran [m](iii) Penurunan prestasi [m]

    Hasil / mutu kerja merosot

    ponteng kerja(iv) Penurunan tahap kesihatan [m]

    Perubahan fisiologi cepat letih, darah tinggi,sakit jantung [m[ 3 fakta yang pertama , F=m, H=m]

    2 (a.) Lukiskan gambar rajah model gelagat pengguna. [ 5 ]

    Jawapan:

    b. Terangkan lima langkah dalam proses pembelian barangan pengguna. [10]

    Jawapan:

    i. Kenalpasti keperluan- (1m) dan huraian (menentukan apa yang diperlukan oleh mereka)(1m)

    ii. Mencari maklumat - (1m) - huraian (barangan, harga, tempat pembelian dll) (1m)iii. Menilai alternatif- (1m) - huraian (membanding harga, mutu, kemudahan dll) 1miv. Membuat keputusan pembelian (1m) dan huraian (memilih alternatif yang terbaik) (1m)v. Gelagat selepas pembelian 1m huraian (puas hati, ulangan pembelian dll) 1m

    Kotak Hitam Pembeli

    ( m )

    Maklum balas

    pengguna

    ( m )

    Rangsangan

    ( m )

    Pendapat dan sikap

    - suka /tidak suka

    ( m )

    Gelagat

    - Beli/tidak beli

    Proses

    membuat

    Keputusan

    pengguna( m )

    Ciri-ciri

    pengguna

    - Produk- Harga- Tempat- Promosi

    (m)

    -Ekonomi

    -Teknologi

    - Politik

    - Budaya

    ( m )

    -Budaya- sosial- individu- Psikologi

    ( m )

  • 8/4/2019 Skema Pemarkahanpercubaan Stpm 2011 Pp1 Kelompok m6

    5/13

    5

    c. Nyatakan dan jelaskan jenis-jenis konflik yang timbul di antara saluran agihan. [ 4 ]

    Jawapan:

    konflik mendatar- ialah konflik yang berlaku antara firma pada peringkat yang sama dalam saluran agihan iaitu

    antara dua atau lebih peruncit.

    - Contohnya,pengedar kereta Toyota LE di Tobiar membuat rugutan tentang pengedar kerataKancil di Paya Rawa yang mencuri pelanggannya dengan memberi tawaran harga yangrendah dan melakukan pengiklanan yang agresif di luar kawasan jualan yang telahditetapkan sebelumnya. Keadaan ini berlaku apabila orang tengah tidak diberi hakpengedaran eksklusif atau utama oleh pihak pengeluar.

    Konflik menegak- ialah konflik yang berlaku antara beberapa tahap yang berbeza dalam saluran yang sama,

    seperti pengeluar dengan pemborong atau pemborong dengan perucit.- Contohnya, pengeluar telah memberi hak jualan dan pengedaran kepada pemborong tetapi

    pada masa yang sama pengeluar juga menjual barang yang sama, secara terus kepadapengguna.

    Pemarkahan:-- nyatakan = markah

    - jelaskan = 1 markah

    - contoh = markah

    2 markah x 2 = 4 markah

    d. Huraikan secara ringkas jenis-jenis pengedaran di bawah;

    i.Pengedaran intensif

    ii.Pengedaran selektif

    iii.Pengedaran eksklusif [ 6 ]

    Jawapan:i. Pengedaran intensif

    - merangkumi liputan paling luas atau maksimum ( 1 m )

    -memastikan produk mudah didapati oleh pengguna di merata kedai. ( 1 m )

    -Pengantara pemasar perlu menyimpan stok produk yang banyak. ( 1 m )

    -contoh pengeluar produk mudah beli. ( 1 m )

    Pemarkahan: Maksimum 2 markah

    ii. Pengedaran selektif

    - barangan beli-belah,istimewa dan industri yang memerlukan usaha jualan yang berbeza atau

    khusus oleh pihak pengantara pemasar. ( 1 m )

    - Strategi menghadkan pengedaran kepada beberapa pengantara atau orang tengah di satukawasan geografi berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh mereka.( 1 m )

    - digunakan kerana jumlah pembeli sedikit tetapi menyumbangkan sebahagian besar jumlah

    jualan( 1 m ) Pemarkahan: Maksimum 2 markah

    iii. Pengedaran eksklusif

    - Produk yang dianggap istimewa oleh pengguna seperti jam tangan ROLEX, barang ekslusif.

    ( 1m )

    - Strategi untuk menghadkan pengedaran hanya kepada satu outlet /kedai dalam satu kawasan

    geografi. ( 1 m )

    - untuk pengeluar yang inginkan penolakan ke dalam pasaran secara maksimum oleh pengantara

    pemasar ( 1 m )

  • 8/4/2019 Skema Pemarkahanpercubaan Stpm 2011 Pp1 Kelompok m6

    6/13

    6

    - bagi pengantara pemasar kerana usaha promosi yang dilakukan memberi faedah yang eksklusif

    kepada mereka dalam kawasan pasaran mereka beroperasi. ( 1 m )

    Pemarkahan: Maksimum 2 markah

    3 a) Barang industri ialah produk yang dihasilkan dari proses pengeluaran yang akan digunakan

    semula sebagai bahan mentah bagi pengeluaran barangan lain. Contohnya ubi kayu sebagai

    bahan mentah bagi kilang tepung ubi kayu. Tepung ubi kayu ini akan menjadi bahan mentah bagi

    perusahaan glu, bahan perasa dan lain-lain.

    Barang pengguna ialah barang yang dihasilkan untuk kegunaan pengguna akhir. Barang

    ini akan digunakan terus oleh pengguna. Contohnya ubi kayu digunakan sebagai bahan utama

    untuk membuat kerepek.

    {1 markah untuk huraian dan 1 markah untuk contoh lengkap} [4]

    b) Kelebihan Perkongsian dan kelemahan perkongsian

    Kelebihan:

    i. Dapat mengumpul modal yang lebihii. Dapat mengumpulkan kemahiran dan kepakaraniii. Perbincangan dan pengkhususan boleh dilakukan diantara rakan kongsiiv. Risiko/kerugian ditanggung bersamav. Perniagaan perkongsian tidak dikenakan cukai perniagaan

    Kelemahan:

    i. Mempunyai liabiliti yang tidak terhad kecuali pekongsi berhad

    ii. Kewujudannya tidak kekal, iaitu jika pekongsi meninggal, maka perkongsian akan bubaratau matlamat sudah tercapai dll.

    iii. Kemungkinan timbul konflik antara rakan kongsiiv. Keuntungan perlu dikongsi mengikut perjanjianv. Maklumat perniagaan tidak dapat dirahsiakan daripada pengetahuan rakan kongsi

    [10]

    c) Kelebihan dan kelemahan syarikatKelebihan:

    i. Mudah mendapat modal iaitu melalui tawaran sahamii. Dapat mengembang perniagaan dengan lebih luas

    iii. Liabiliti perniagaan terhadiv. Entiti syarikat adalah berasingan iaitu boleh didakwa dan mendakwa ahli dan syarikatv. Pemegang saham dilindungi undang-undangvi. Kewujudan perniagaan lebih kekal

    Kelemahan

    i. pengurusan dan pemilik dipisahkanii. Pengurusan dikawal oleh Lembaga pengarah dan bukan pemegang sahamiii. Aktiviti syarikat dikawal oleh undang-undangiv. Cukai yang dikenakan ke atas syarikat lebih tinggiv. Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit bertauliah.

    [11]

  • 8/4/2019 Skema Pemarkahanpercubaan Stpm 2011 Pp1 Kelompok m6

    7/13

    7

    4.a) Perancangan :

    - Menentukan matlamat

    - Menentukan kaedah untuk mencapai matlamat organisasi

    - Penyelarasan antara peringkat pengurusan atasan, pengurusan pertengahan danpengurusan bawahan.

    Fakta = m

    Kepentingan perancangan :

    - Menentukan hala tuju organisasi

    o Mengenal pasti aktiviti yang akan dijalankan

    o Menentukan bila, bagaimana dan siapa yang akan melaksanakan tugas

    o Menentukan hala tuju jangka pendek dan jangka panjang

    o Menentukan keperluan kewangan, ramalan jualan dan keperluan sumber- Faktor penyatu dalam membuat keputusan

    o Terdapat tiga peringkat pengurusan- pengurusan atasan, pengurusan

    pertengahan dan pengurusan bawahan

    o Mewujudkan tindakan yang selari antara tiga peringkat pengurusan

    - Merebut peluang perniagaan

    o Mengenal pasti peluang pada masa depan

    o Mengenal pasti masalah kini dan masa depan

    o Memastikan bekalan sumber yang mencukupi

    - Menentukan standard bagi tujuan pengukuran prestasi

    o Menentukan apa yang ingin dicapai dalam jangka masa tertentu.

    o Membuat perbandingan antara pencapaian sebenar dengan standard

    o Dapat mewujudkan suatu sistem pengawalan

    Fakta = 1 mMana-mana huraian = 1 m

    [ 4 x 2m = 8m]Pengawalan :

    - Memastikan aktiviti-aktiviti dilaksanakan mengikut perancangan

    - Perekodan hasil yang diperoleh

    - Perbandingan antara pencapaian sebenar dengan standard

    Fakta = m

    Kepentingan pengawalan :

    - Memastikan aktiviti dilaksanakan mengikut perancangan

    o Mewujudkan suatu ketetapan atau garis panduan

    o Mengelakkan penyelewengan

    - Mengelakkan penyelewengan yang dapat dijangka

  • 8/4/2019 Skema Pemarkahanpercubaan Stpm 2011 Pp1 Kelompok m6

    8/13

    8

    o Memastikan penyelewengan yang sama tidak berulang pada masa akan

    datang.

    - Mengesan penyelewengan baru

    o Melakukan pemantauan.

    o Dapat mengenal pasti penyelewengan baru

    o Mengambil tindakan pembetulan untuk mengatasi penyelewengan.

    - Mewujudkan suatu sistem maklum balas

    o Merekod semua aktiviti yang telah berlaku

    o Maklum balas dalam bentuk maklumat yang diperoleh

    Fakta = 1 mMana-mana huraian = 1 m

    [ 3 x 2m = 6m]

    b) Proses perancangan terdiri daripada aktiviti yang perlu dijalankan mengikut

    urutan tertentu.

    - Kitaran maklum balas yang berguna untuk perancangan pada masa akan dating

    - Maklumat baru yang diperoleh daripada pelaksanaan aktiviti akan menjadi input untuk

    proses perancangan seterusnya.

    - Contohnya : masalah baru yang wujud akan dijadikan sebagai garis panduan untuk

    mengatasi masalah yang mungkin wujud pada masa depan.

    [10]

    5 (a) Struktur organisasi jangkauan kawalan sempit dan struktur organisasi jangkauan

    kawalan luas serta kesesuaian penggunaannya.

    Jangkauan Kawalan Sempit Jangkauan Kawalan Luas Markah

    Ciri-ciri

    Seseorang pengurusmenyelia sedikit staf [ m ] Organisasi mempunyaistruktur yang tinggi [ m ] Pengurus dapat memberibimbingan dan kawalan yangmencukupi kerana bilanganstaf sedikit. [ m ]

    Ciri-ciri

    Seseorang pengurus menyelia ramaistaf [ m ]

    Organisasi mempunyai struktur yangrendah [ m ]

    Pengurus tidak dapat memberibimbingan dan kawalan yang mencukupikerana bilangan staf banyak. [ m ]

    1m

    6m

  • 8/4/2019 Skema Pemarkahanpercubaan Stpm 2011 Pp1 Kelompok m6

    9/13

    9

    Kesesuaian penggunaanjangkauan kawalan sempit

    Peraturan dan prosedurkerja adalah umum [ m ]

    Interaksi antara pengurus

    dan staf adalah tinggi[ m ]

    Masalah kerja yangdihadapi adalah banyakdan tidak berstruktur memerlukan penyeliaan.[ m ]

    Kesesuaian penggunaan jangkauan kawalanluas

    Peraturan dan prosedur kerja adalahkhusus dan jelas [ m ]

    Interaksi antara pengurus dan staf

    adalah rendah [ m ] Masalah kerja yang dihadapi adalah

    sedikit dan rutin tidak perlukan banyakpenyeliaan. [ m ]

    6m

    [ 13m ]

    5 (b) Langkah-langkah proses pengorganisasian yang perlu diambil oleh Encik Mustafa ialah :

    (i) Menentukan objektif [F1]

    Mengenal pasti matlamat organisasi

    Berdasarkan kemampuan dan berkebolehan untuk mencapainya

    Encik Mustafa menetapkan objektif menghasilkan roti yang mengandungi

    vitamin yang tinggi

    (ii) Mengenal pasti aktiviti [F2]

    Encik Mustafa mengenal pasti secara khusus aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam

    proses pencapaian matlamat

    Menyenarai dan mengelaskan aktiviti utama serta sampingan

    Contoh memesan tepung dan bahan mentah lain, menentukan resepi,

    pengadunan dan pembungkusan

    (iii) Pengkelasan aktiviti [F3]

    Kerja-kerja menyusun aktiviti-aktiviti mengikut kemahiran, kecekapan atau

    kriteria-kriteria tertentu berasaskan tenaga kerja

    Banyak aktiviti yang perlu dilakukan untuk mencapai objektif dan banyak jenis

    kemahiran pekerja diperlukan

    Kilang roti memerlukan tukang masak untuk melakukan aktiviti mengadun

    tepung, pekerja untuk membakar roti, jurujual dan sebagainya.

    (iv) Mengelompokkan aktiviti [F4]

    Mengumpul aktiviti-aktiviti berkaittan ke dalam kategori kategori tertentu

    Aktiviti yang sepadan dari segi fungsi akan dikelompokkan menjadi satu

    kumpulan kerja yang formal

    Contoh bekalan bahan mentah proses terlibat ialah memesan tepung, mengira

    stok dan memeriksa kualiti bahan mentah, operasi mengadun, memasak,

    menambah perisa.

  • 8/4/2019 Skema Pemarkahanpercubaan Stpm 2011 Pp1 Kelompok m6

    10/13

    10

    (v) Pengagihan tugas [F5]

    Mengagihkan tugas-tugas kepada ketua jabatan dan memaklumkan kepada

    mereka mengenai sasaran yang perlu dicapai.

    Pengurus jabatan akan mengagihkan tugas kepada individu-individu yang

    sesuai supaya tugas dilaksanakan dengan baik

    Tugas diberi berdasarkan kemahiran dan kebolehan pekerja

    contoh pekerja

    yang mempunyai kelayakan perakaunan akan ditugaskan menyediakan penyata

    kewangan.

    (vi) Autoriti dan tanggungjawab [F6]

    Autoriti merupakan hak seseorang pengurus mengambil keputusan dan

    tindakan melibatkan rantaian arahan kepada staf bawahan.

    Tanggungjawab ialah kewajipan individu menjalankan tugas dengan baik dan

    berkesan.

    Contoh kerani jualan diberi autoriti untuk memberikan diskaun kepada pengedar

    roti.

    Fakta = 1m

    Mana-mana Huraian = 1m

    [ 6 x 2m = 12m ]

    6 a). Maksud:

    i. Temuduga terbuka ialah satu bentuk pemilihan yang dilakukan tanpa melalui proses-proses normal pengrekrutan. Melalui temuduga terbuka, pemohon sesuatu jawatan hanyaperlu datang sendiri ke tempat pemilihan calon diadakan dengan membawa dokumen-dokumen pengenalan diri dan kelayakan yang dimiliki untuk dikemukakan kepada pihakberkenaan. (2m)

    ii. Resume merupakan pengenalan diri yang ditulis oleh pemohon sesuatu pekerjaan yangmenyatakan tentang diri sendiri mengenai kelayakan, kemahiran yang ada, kelulusan danpengalaman bekerja. Biasanya ditulis dalam format tertentu. (2m)

    iii. Ganjaran kewangan merupakan faedah yang diperolehi oleh seseorang pekerja dalambentuk wang seperti gaji, upah, bonus dan hadiah wang atau baucer. (2m)

    b) Proses-proses yang mesti dilakukan oleh Pengurus Sumber Manusia sebelum iklan di atasdapat dilakukan ialah:i. Perancangan sumber manusia(1m) dimana pihak psm akan mengenalpasti (1m)

    dan menentukan keperluan sebenar sumber manusia atau tenaga kerja yang

    diperlukan oleh organisasi. (1m)

    ii. Membuat analisis kerja (1m) iaitu menentukan tugas dan tanggungjawab seseorangkakitangan / petugas yang dikenal sebagai penghuraian kerja (1m) dan, keperluankemahiran, pengalaman individu untuk sesuatu kerja atau tugas yang disebutkansebagai spesifikasi kerja.(1m)

    iii. Pengrekrutan(1m) iaitu suatu usaha yang dilakukan oleh organisasi untukmempelawa sebilangan calon (1m) untuk memohon sesuatu jawatan kosong.Biasanya iklan akan dikeluarkan untuk makluman umum. (1m)

  • 8/4/2019 Skema Pemarkahanpercubaan Stpm 2011 Pp1 Kelompok m6

    11/13

    11

    c) Langkah-langkah yang akan dilakukan oleh Hotel Seri Malaysia seterusnya bagi jawatan-jawatan utama yang bertanda # di atas ialah:

    i. Menerima borang permohonan dan resumeii. Menyemak resume dan borang permohonan samada lengkap atau tidak.iii. Menyenaraikan pemohon mengikut jawatan yang dipohoniv. Menyenarai pendek calon-calon yang layak untuk ditemuduga awalv. Mengeluarkan surat panggilan temuduga awalvi. Membuat temuduga awalvii. Membuat senarai akhir pemohon yang perlu ditemuduga akhirviii. Membuat temuduga akhirix. Memilih calon yang sesuaix. Mengeluarkan surat tawaran kerja kepada calon yang berjaya untuk melapor diri

    bagi menjalankan tugas.[Jawapan mesti ikut urutan,

    1 langkah x 1m =10m]

    7. a) (i) En. Razif berada pada peringkat pengurusan pertengahan(1) , manakala En. Johan

    berada pada peringkat pengurusan atasan(1) . (2m)

    (ii) En. Razif :

    1. Kemahiran kemanusiaan

    - Kemahiran paling penting.

    - Kerana dia merupakan orang tengah antara pengurusan atasan dengan

    pengurusan bawahan.

    2. Kemahiran teknikal

    - Agak penting

    -Menggunakan teknologi dan kemahiran untuk kerja harian

    3. Kemahiran konsep

    - Kurang penting

    - Melihat peluang dan menjangka ancaman

    En. Johan :

    1. Kemahiran konsep

    - Paling penting

    - Terlibat dalam perancangan strategik jangka panjang organisasi

    2. Kemahiran kemanusiaan

    - Agak penting

    - Memberi arahan / tugas

    3. Kemahiran teknikal

    - Kurang penting

    - Menggunakan kaedah/ prosedur untuk melaksanakan kerja

    (Nyatakan 1, huraian 1) x5

    (max: 10m)

  • 8/4/2019 Skema Pemarkahanpercubaan Stpm 2011 Pp1 Kelompok m6

    12/13

    12

    b). (i) Proses membuat keputusan ialah proses penyelesaian masalah (1) dengan

    memilih satu jalan atau tindakan (1) antara beberapa alternatif. Ia merupakan proses yang

    logikal dan konsisten(1) dalam mengenal pasti serta memilih alternatif yang terbaik (1)

    untuk menyelesaikan masalah atau mencapai sesuatu objektif. (max:3m)

    (ii). Faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan :

    1. Sifat masalah

    -bergantung kepada berstruktur atau tidak berstruktur

    2. Jangka masa yang terlibat

    - Masa yang diperuntukkan mempengaruhi maklumat yang dikumpulkan dan juga

    kualiti keputusan yang dibuat.

    3. Pengalaman pengurus

    - Keupayaan dan sikap pengurus amat membantu dalam menjamin kualiti

    keputusan

    4. Maklumat dan data yang diperolehi

    - Maklumat dan data yang diperolehi perlu lengkap dan mencukupi supaya

    keputusan yang lebih baik dapat dibuat

    5. Sikap organisasi

    - Dasar organisaasi akan menentukan sejauhmana para pekerja akan terlibat

    dalam pembuatan keputusan.

    (Nyatakan 1, huraian 1) x5

    8. a) (i) Kenal pasti punca :

    - Kebebasan peranan : mesti mendapat kebenaran setiap kali keluar

    - Kekaburan peranan : tingkatkan jualan tetapi tidak menetapkan sasaran yangjelas

    - Keperluan kerja : tiada kenderaan

    - Konflik peranan : diarahkan untuk memberi kursus asas perakaunan sedangkan

    dia selaku pegawai pemasaran

    (nyatakan 1, huraian 1) x4

    (ii) Cadangan mengurangkan ketegangan

    - Peranan perlu jelas dari segi objektif dan hasil kerja- Pertindihan/pencegahan arahan , perlu dielakkan

    - Tugas dibuat dalam tempoh yang berpatutan

    - Maklumat yang cukup dan tepat(untuk kursus)

    - Beri autoriti

    - Sokongan fizikal dan moral rakan sekerja atau pihak atasan

    (nyatakan 1, huraian 1)x4 (max:7m)

    b) Tujuh ciri membentuk pekerja yang berjaya seperti yang dicadangkan oleh Covey:

    (i) Bersikap proaktif- Bertindak tanpa diarah dan berinisiatif

  • 8/4/2019 Skema Pemarkahanpercubaan Stpm 2011 Pp1 Kelompok m6

    13/13

    13

    (ii) Memulakan sesuatu dengan mengingati matlamat

    - Menetapkan matlamat dahulu sebelum bertindak

    (iii) Lakukan perkara yang utama dahulu

    - Melakukan sesuatu yang penting dahulu

    (iv) Berfikiran menang-menang

    - Melakukan sesuatu keputusan yang memberi kebaikan dan manfaat kepadasemua pihak

    (v) Bersenergi

    - Mewujudkan kerja berpasukan

    (vi) Tajamkan gergaji

    - Meningkatkan kemahiran, mengadakan pembaharuan kepada diri sendiri

    (vii) Cuba untuk memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami.

    - Bersikap empati iaitu mendengar dengan teliti supaya dapat memahami situasi

    orang lain dengan lebih mendalam. Memahami situasi orang lain dahulu barulah

    menyampaikan idea kita dengan lebih efektif dan kreatif.

    (nyatakan dan huraian 1 ) x 5 (max:10m)