skema ledang soalanpenggal 1 2013

15
SKEMA PENGAJIAN AM PENGGAL 1 BAHAGIAN A 1. B 2. B 3. D 4. D 5. B 6. D 7. C 8. A 9. C 10. C 11. A 12. A 13. C 14. A 15. A BAHAGIAN B 16. i) Telah memperoleh taraf kewarganegaraan asing ii) Seseorang warganegara yang telah memperoleh keistimewaan sesebuah Negara asing iii) Seorang perempuan yang memperoleh taraf warganegara asing iv) Seseorang yang telah membuktikan melalui perbuatan atau percakapannya bahawa dia tidak setia akan persekutuan iv) Seseorang dalam sesuatu peperangan dalam mana-mana persekutuan telah mengambil bahagian seperti menjalin hubungan dengan pihak musuh

Upload: cucumber02

Post on 24-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

SKEMA PENGAJIAN AM PENGGAL 1BAHAGIAN A1. B2. B3. D4. D5. B6. D7. C8. A9. C10. C11. A12. A13. C14. A15. ABAHAGIAN B16. i) Telah memperoleh taraf kewarganegaraan asingii) Seseorang warganegara yang telah memperoleh keistimewaan sesebuah Negara asingiii) Seorang perempuan yang memperoleh taraf warganegara asingiv) Seseorang yang telah membuktikan melalui perbuatan atau percakapannya bahawa dia tidak setia akan persekutuaniv) Seseorang dalam sesuatu peperangan dalam mana-mana persekutuan telah mengambil bahagian seperti menjalin hubungan dengan pihak musuhv) Seseorang yang telah mendapatkan kewarganegaraan secara penipuan data atau memberi penyataan palsu(pilih 3 jawapan) 3 markah -

17. Dua Peranan Ketua Audit Negara: i) mengaudit akaun-akaun bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri (1m) serta membuat laporan tentangnya (1m)ii) melaksanakan sebarang kewajipan dan menjalankan sebarang kuasa berhubung dengan akaun-akaun Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri , pihak berkuasa awam dan badan-badan (1m) yang ditentukan dengan perintah Yang DiPertuan Agong (1m) 4 markah

18. Empat sumber hasil perolehan Kerajaan Persekutuan:i) Cukai Pendapatanii) Duti Eksport/ Importiii) Duti Eksaisiv) Cukai Perkhidmatanv) Cukai Jalanvi) Lesenvii) Sewaanviii) Pulangan balik perbelanjaanix) Hasil dari wilayah persekutuanx) Cukai kastamxi) Duti hiburan(pilih 4 sahaja) 4 markah

19. Empat kesan akibat daripada Sistem Penyampaian Khidmat Awam yang lemah:i) Mengakibatkan kos operasi yang tinggi dan mahalii) Wujudnya budaya kerja negative yang berleluasaiii) Tekanan dan banyak aduan dalam komunitiiv) Merosakkan hubungan dan kepercayaan antara kerajaan dengan pihak bisnes dan komunitiv) Mengakibatkan usaha pembangunan negeri dan Negara terjejasvi) Menjejaskan reputasi perkhidmatan awam dan kerajaanvii) Menjejaskan kemasukan pelabur-pelabur asing( pilih 4 sahaja) 4 markah

NOIsi UtamaHuraian

20Meskipun banyak usaha telah dibuat untuk mewujudkan perpaduan kaum di Negara ini, namun isu perpaduan sering tercabar.2 + 3/ 3 + 2 ( Usaha + Cabaran)

Usaha Mewujudkan Perpaduan:1. Dasar Pendidikan Melalui dasar pendidikan, semua sekolah di Malaysia menggunakan sukatan pelajaran yang sama, kurikulum yang sama, peperiksaan yang seragam dan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan Persamaan dalam sistem pendidikan Negara dapat mempercepatkan lagi perpaduan. Konsep sekolah satu aliran di sekolah rendah dilihat sebagai reformasi pendidikan dalam menjayakan perpaduan

2. Kegiatan sukan sebagai alat perpaduan Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan . Melalui kegiatan sukan yang dijalankan, semua kaum terlibat dalam aktiviti tersebut Pergaulan dan hubungan secara langsung dapat mengeratkan kerjasama serta menyemarakkan semangat perpaduan. Contoh: Sukan MSSM, SUKMA

3. Memperkenalkan konsep 1Malaysia Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Matlamat 1Malaysia ialah mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang menjadi kekuatan Malaysia Konsep Penerimaan Perbezaan dan Mencari Persamaan menjadikan jurang antara kaum semakin rapat dan erat. Hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan lagi sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran

4. Mengamalkan toleransi budaya dan agama Negara yang mempunyai masyarakat majmuk, perlu ditekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat iaitu seseuatu kaum menerima kaunikan budaya dan agama kaum yang lain Memberi ruang kepada semua kaum untuk mengamalkan budaya dan agama masing-masing tanpa gangguan atau campurtangan pihak lain contoh perayaan Thaipusam Sebarang masalah yang wujud diselesaikan secara bijak dan toleransi agar perpaduan terpelihara

5. Perkongsian kuasa politik Pemimpin tiga kaum utama iaitu melayu (termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak serta orang asli), cina dan India menyedari bahawa tolak ansur dan perkongsian kaum amat perlu dijaga. Jawatan penting dalam kerajaan, kerusi parlimen dan calon yang bertanding berpegang prinsip perkongsian kuasa Pemimpin yang memerintah hendaklah mewakili semua kaum dan bukan tertumpu hanya satu kaum sahaja. Contoh gabungan Barisan Nasional yang merangkumi UMNO (melayu dan bumiputera), MCA (Cina) dan MIC (India)

Cabaran:1. Kewujudan sekolah jenis kebangsaan (vernacular

Sekolah jenis kebangsaan menggunakan bahasa ibunda masing-masing dan kebanyakan sekolah jenis ini menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri dari kaum yang sama dalam satu sekolah Sistem pendidikan persekolahan yang berasingan mengikut kaum menjurus kea rah semangat perpaduan menebal Malah ini diperkuat dengan berkecenderungan masyarakat Malaysia menduduki sesuatu kawasan berdasarkan kaum. Contoh di Kuala Lumpur Pudu kawasan cina, Brickfields india dan kampong baru - melayu

2. Proses pemasyarakatan terbatas dalam kumpulan etnik sendiri Masyarakat sesuatu kaum tidak terdedah dengan adat-adat dan cara hidup etnik lain. Perbezaan kebudayaan yang meliputi agama, kepercayaan, adat resam dan cara hidup menghalang kepada perpaduan Sikap setiap kaum yang terlalu mempertahankan budaya mereka kerana mereka tidak dapat menerima amalan dan kepercayaan kaum yang berbeza dengan cara hidup mereka

3. Provokasi dari media massa Setiap kaum didapati lebih menggemari rancangan atau program televisyen dan radio yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing Permintaan akhbar juga mengikut komposisi penduduk Terdapat akhbar yang memainkan isu perkauman dengan membuat tuntutan yang jelas menyentuh dan mempertikaikan hak dan keistimewaan orang melayu Hal ini akan menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera yang merupakan penduduk asal dan majoriti penduduk

4. Politik Perkauman Parti politik di Malaysia kebanyakan dianggotai oleh satu kaum sahaja Setiap parti bebas menyuarakan pendapat, isi hati dan pelbagai tuntutan berteraskan kepentingan kaum masing-masing. Semangat perpaduan dan integrasi diketepikan menyebabkan semangat perkauman semakin kuat Dikeruhkan lagi dengan kumpulan-kumpulan yang ekstrem memperjuangkan tuntutan dan kepentingan kaum mereka tanpa menghiraukan sensitiviti kaum yang lain. Ini akan menggalakkan kaum lain juga menuntut demi perlindungan kaum mereka sehingga mencetuskan perbalahan kaum

21Perkhidmatan awam yang baik amat penting bagi melaksanakan sistem tadbir urus yang berkualiti. Bincangkan bentuk nilai-nilai murni dalam pentadbiran awam yang diperlukan

Kecekapan Nilai utama dalam pentadbiran Setiap pegawai perlu melepasi tahap kecekapan Pegawai yang gagal melepasi akan berhadapan dengan risiko seperti lewat disahkan dalam jawatan atau ditamatkan perkhidmatan Semua penjawat awam perlu meningkatkan kecekapan dalam pelbagai aspek kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, ICT,merancang dan bertindak Kecekapan ini akan menguntungkan organisasi, meningkatkan imej dan faedah kepada rakyat

Nilai Kesederhanaan Nilai kesederhanaan amat perlu dimiliki oleh kaki tangan awam yang merupakan nilai sejagat Pegawai utama dan pembuat dasar perlu bersederhana dalam perbelanjaan dengan mengelakkan amalan boros Perbelanjaan berhemah yang dituntut ialah membelanjakan wang Negara mengikut keperluan yang dirancang demi meningkatkan kecekapan

Ketelusan Ketelusan dalam perkongsian maklumat kepada pihak yang berkepentingan perlu ada dalam diri setiap penjawat awam Ketelusan boleh dilihat melalui proses kerja yang jelas dan mudah memahami. Sifat telus ini akan meningkatkan keyakinan orang awam dan masyarakat terhadap penjawat awam dan serta menggambarkan tadbir urus yang baik

Akauntabiliti Sifat akauntabiliti perlu ada pada seseorang pentadbir Setiap penjawat awam perlu bertanggungjawab secara individu dan secara pasukan kepada pelanggannya Jika terdapat sebarang masalah atau rungutan daripada pelanggan, mereka mestilah membantu menyelesaikan semua urusan Sifat akauntabiliti akan meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan dan meningkatkan keyakinan pelanggan

Integriti Ketelusan dalam perkhidmatan Seseorang pegawai terutamanya yang berkedudukan dan boleh membuat keputusan perlu bersifat telus terhadap pelanggan dan organisasi mereka Seseorang pegawai perlu meletakkan kepentingan organisasi dan menggambarkan imej yang baik terhadap sesebuah agensi Dari segi kos, amalan integrity boleh mengurangkan kos awam

Berdisiplin Asas kejayaan sesebuah organisasi Semua pegawai awam tertakluk kepada suruhanjaya yang melantik mereka Contoh, disiplin pegawai perkhidmatan awam tertakluk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sifat disiplin yang baik seperti dating dan pulang pada mengikut waktu dan berdisiplin semasa bekerja dapat meningkatkan mutu kerja Hanya dengan disiplin sahaja perkhidmatan awam mampu mencapai prestasi yang tinggi

22Malaysia Bebas Dadah. Banyak cabaran yang dihadapi dalam usaha mencapai hasrat ini. Jelaskan2 + 3 / 3 + 2 = Usaha + cabaran

Cabaran1. Taktik pengedar yang sentiasa berubah-ubah Pelbagai taktik digunakan oleh pengedar dadah dan taktik yang sering berubah-ubah menjadi cabaran kepada pihak keselamatan Contoh: taktik menyeludup dadah dengan menelan dadah yang diseludup dilakukan oleh warga asing pelbagai negara Malah ada yang menggunakan taktik memproses dadah sebelum diedarkan dalam pelbagai bentuk dan cara seperti merendam tuala dalam larutan dadah

Program pemulihan masih kurang berjaya 80% penagih yang dipulihkan dilaporkan menagih semula Hal ini menunjukkan sebilangan besar penagih perlu lebih daripada sekali proses pemulihan Mereka membuat taktik dan tindakan agresif untuk mendapatkan bekalan dadah berdasarkan pengalaman penagih lama Penagih baru akan cepat belajar untuk mencari bekalan termasuk nekad membunuh

Sokongan masyarakat yang rendah Terdapat pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong usaha kerajaan membantu memulihkan penagihan dadah tetapi sokongan masyarakat masih rendah, masih tidak memberi ruang kepada bekas penagih untuk memasuki masyarakat Mereka selalu dipandang serong, dipulaukan sehingga memberi tekanan kepada mereka menyebabkan mereka kembali ke dunia dadah

Jenis dadah /dadah sintetik Wujud pelbagai jenis dadah khususnya dadah sintetik atau buatan manusia yang menyukarkan pihak berkuasa mengesannya Antaranya pil kuda, estacy, yang mengandungi pelbagai campuran bahan kimia, kaca, racun dan sebagainya

Usaha membanteras dadah

Peranan pertubuhan sukarela / NGO / swasta Membantu bekas penagih dadah mengintegrasi diri dalam masyarakat Memberikan sokongan padu dengan mengambil bahagian dalam setiap program pemulihan dan aktiviti pencegahan Menyumbangkan idea, masa, tenaga dan wang ringgit dalam usaha membanteras dadah Menyediakan alternatif untuk penagih dadah mendapatkan kepulihan Mengakui kebolehan bekas penagih untuk bekerja

Peranan masyarakat Membantu dan menjana perlaksanaan program pemulihan Melibatkan diri dengan menyumbangkan idea, saranan dan tenaga bagi penyelesaian permasalahan dadah Penerimaan bahawa bekas penagih dadah masih berguna pada masyarakat Menyokong usaha ke arah membebaskan kawasan persekitaran dengan dadah Membimbing bekas penagih supaya lebih bertanggungjawab Memupuk semangat bencikan dadah Sentiasa bekerjasama dengan semua pihak untuk menyekat kemasukan dadah ke kawasan setempat

Pendidikan Sekolah(program 5 minit antidadah) Skim Lencana Antidadah Ceramah dan Pameran antidadah Kaunseling kelompok dan individu Seminar Pendidikan keibubapaan (Parenting education) Program Motivasi

Media massa Menyalurkan maklumat tentang kesengsaraan hidup yang dibelunggu oleh dadah dipaparkan di majalah bagi memupuk kesedaran orang ramai. Beri sokongan kepada badan terlibat program pencegahan dadah(contoh: PEMADAM ,PENGASIH) Menarik minat penonton dengan menyelitkan hiburan agar mesej dapat disampaikan denganjelas