skema contoh bhg.a (2)

5
SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A [ 60 MARKAH ] Soalan 1 (Tatabahasa) [ 25 markah ] (a) Morfologi [ 10 markah ] Ayat-ayat di bawah mempunyai kesalahan penggunaan perkataan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan nyatakan jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan. 1. Guru itu berasa amat kecewa kerana ramai murid kelas itu tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Kesalahan Pembetulan ramai banyak 2. Peserta-peserta ekspedisi itu hanya berjaya sampai ke puncak gunung pada keesokkan harinya. Kesalahan Pembetulan keesokkan keesokan 3. Kenduri perkahwinan anak ahli perniagaan itu dilangsungkan semalam di perkarangan rumahnya. Kesalahan Pembetulan perkarangan pekarangan 4. Pekerja-pekerja syarikat itu sedang memperbesarkan sebatang jalan yang menghala ke kilang mereka. Kesalahan Pembetulan memperbesarkan membesarkan/ memperbesar 1

Upload: hajmai

Post on 19-Apr-2017

247 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skema Contoh Bhg.a (2)

SKEMA JAWAPAN

BAHAGIAN A [ 60 MARKAH ]

Soalan 1 (Tatabahasa) [ 25 markah ]

(a) Morfologi [ 10 markah ] Ayat-ayat di bawah mempunyai kesalahan penggunaan perkataan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan nyatakan jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan.

1. Guru itu berasa amat kecewa kerana ramai murid kelas itu tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

Kesalahan Pembetulanramai banyak

2. Peserta-peserta ekspedisi itu hanya berjaya sampai ke puncak gunung pada keesokkan harinya.

Kesalahan Pembetulankeesokkan keesokan

3. Kenduri perkahwinan anak ahli perniagaan itu dilangsungkan semalam di perkarangan rumahnya.

Kesalahan Pembetulanperkarangan pekarangan

4. Pekerja-pekerja syarikat itu sedang memperbesarkan sebatang jalan yang menghala ke kilang mereka.

Kesalahan Pembetulanmemperbesarkan membesarkan/memperbesar

5. Mereka sekeluarga tinggal di kawasan pendalaman itu semenjak ibu dan ayah mereka berpindah tugas ke kawasan itu.

Kesalahan Pembetulanpendalaman pedalaman

1

Page 2: Skema Contoh Bhg.a (2)

(b) Sintaksis [ 10 markah ] Ayat-ayat di bawah salah dari segi tatabahasa. Betulkan ayat-ayat tersebut. 1. Tiga orang penumpang cedera setelah bas yang mereka naiki terlibat dengan kemalangan di jalan raya. Tiga orang penumpang cedera setelah bas yang dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan di jalan raya. 2. Kedua-dua buah novel itu telah selesai dibaca oleh saya beberapa hari yang lalu. Kedua-dua buah novel itu telah selesai saya baca beberapa hari yang lalu.

3. Kereta baharu itu Ahmad beli di kedai berhampiran dengan rumahnya. Kereta baharu itu dibeli oleh Ahmad di kedai berhampiran dengan rumahnya.

4. Tiang lampu isyarat itu terlanggar lori. Tiang lampu isyarat itu terlanggar/dilanggar oleh lori.

5. Surat khabar itu telah ayah baca. Surat khabar itu telah dibaca oleh ayah.

(c) Peribahasa [ 5 markah ] Padankan peribahasa yang berikut dengan maksud peribahasa yang disediakan di bawah.

Jauhari juga yang mengenal manikam. Seperti anak ayam kehilangan ibu. Air dicencang tidak akan putus Bagai aur dengan tebing. Alah bisa tegal biasa.

1. Perbalahan orang yang sekaum atau bersaudara tiada akan cerai berai – Air dicencang tidak akan putus. 2. Berpecah-pecah kerana kehilangan tempat pengharapan – Seperi anak ayam kehilangan ibu. 3. Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa. Alah bisa tegal biasa. 4. Hanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui keelokan ilmu. Jauhari juga yang mengenal manikam 5. Dikatakan orang yang suka bertolong-tolongan – Bagai aur dengan tebing.

2

Page 3: Skema Contoh Bhg.a (2)

Soalan 2 ( Pemahaman) [ 20 markah ]

Pemahaman Prosa.

1. Mengapakah abah menangis ? [ 3 markah ] Abah menangis apabila melihat keadaan rambut Manis yang banyak gugur.

2. Mengapakah abah tidak mahu menggunting rambut lagi ? [ 3 markah ] Abah tidak mahu menggunting rambut lagi kerana berasa dirinya terlalu tua untuk menggunting rambut.

3. Sekiranya anda seorang daripada anak lelaki abah, apakah yang akan anda lakukan setelah ketiadaan Manis ? [ 4 markah ]

Mana-mana yang sesuai...

Pemahaman Puisi

1. Apakah yang dilakukan oleh burung sejak awal pagi ? [ 3 markah ] Sejak awal pagi burung mengirai sayap dan bersiul.

2. Apakah yang diperoleh oleh burung setelah melintas kota tandus ? [ 3 markah ] Setelah melintas kota tandus,burung memperoleh ulat-ulat lemak, secebis roti busuk dan remah anak-anak sekolah. 3. Pada pendapat anda, mengapakah penyajak mengatakan bahawa kota itu terlalu sempit bagi burung ? [ 4 markah ]

Mana-mana yang sesuai..

Soalan 3 ( Ulasan Grafik ) [ 15 markah ] Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis ulasan tentang gambar tersebut. Panjangnya ulasan anda hendaklah antara 60 hingga 80 patah perkataan.

Satu perenggan sahaja. Menyatakan perkara-perkara yang dilihat daripada grafik sahaja. Tidak kurang daripada 60 p.p dan tidak lebih 80 p.p. Semak secara impression. Tidak perlu pendahuluan dan penutup.

3