sk tiak 2013

13
NAMA PROJEK : BAIK PULIH BANGUNAN LAMA NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TIAK ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TIAK 09200 TIAK KOD SEKOLAH : KBA 0026 MUKIM : KUPANG DEWAN NEGERI : KUPANG PARLIMEN : BALING 1.0 LATAR BELAKANG PROJEK Sekolah Kebangsaan Tiak telah bermula pada 1 Jun 1948 dengan hanya sebuah bangsal yang dibina di atas sebidang tanah atas inisiatif penduduk kampung. Pada 3 April 1951, bangunan kayu 2 tingkat telah dibina. Kemudian, pihak kerajaan mengambil alih pentadbiran Ssekolah Kebangsaan Tiak sepenuhnya pada tahun 1961. SK Tiak kini terletak di sebelah jalan utama timur selatan yang mana pemandangan dan suasana SK Tiak ini sentiasa menjadi perhatian penggguna jalan tersebut. Walaubagaimana pun, ketiadaan tembok yang lengkap dan pagar yang telah usang, mencacatkan pemandangan tersebut. SK Tiak mempunyai 2 blok bangunan 1 tingkat dan 1 blok bangunan 2 tingkat. Pada blok bangunan 1 tingkat ini terdapat bilik darjah, bilik guru, bilik sains, bilik tayangan, pusat sumber, kedai buku, bilik buku teks, bilik J-Qaf, kelas pemulihan khas, bilik pendidikan Khas, sebuah tandas guru, tandas murid lelaki dan perempuan. 2 blok bangunan 1 tingkat ini bersambung dengan kantin dan juga bilik kemahiran Hidup. Bangunan ini merupakan bangunan lama yang telah mengalami beberapa kerosakan dan terdapat 1 tangki air yang telah lama berhampiran dengannya. Bangunan ini juga mempunyai sistem pendawaian yang telah lama. Pada masa sekarang, sekolah ini mempunyai 231 orang murid dengan 10 bilik darjah termasuk Prasekolah, kelas Pemulihan dan kelas Pendidikan Khas. Jumlah guru seramai 21 orang. Kemudahan fizikal yang telah lama dan rosak menyebabkan usaha peningkatan

Upload: mohd-mahyuddin-bin-isa

Post on 10-Aug-2015

55 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

projek baik pulih

TRANSCRIPT

Page 1: sk tiak 2013

NAMA PROJEK : BAIK PULIH BANGUNAN LAMA

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TIAK

ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TIAK

09200 TIAK

KOD SEKOLAH : KBA 0026

MUKIM : KUPANG

DEWAN NEGERI : KUPANG

PARLIMEN : BALING

1.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Sekolah Kebangsaan Tiak telah bermula pada 1 Jun 1948 dengan hanya sebuah

bangsal yang dibina di atas sebidang tanah atas inisiatif penduduk kampung. Pada 3 April

1951, bangunan kayu 2 tingkat telah dibina. Kemudian, pihak kerajaan mengambil alih

pentadbiran Ssekolah Kebangsaan Tiak sepenuhnya pada tahun 1961.

SK Tiak kini terletak di sebelah jalan utama timur selatan yang mana pemandangan

dan suasana SK Tiak ini sentiasa menjadi perhatian penggguna jalan tersebut.

Walaubagaimana pun, ketiadaan tembok yang lengkap dan pagar yang telah usang,

mencacatkan pemandangan tersebut.

SK Tiak mempunyai 2 blok bangunan 1 tingkat dan 1 blok bangunan 2 tingkat. Pada

blok bangunan 1 tingkat ini terdapat bilik darjah, bilik guru, bilik sains, bilik tayangan,

pusat sumber, kedai buku, bilik buku teks, bilik J-Qaf, kelas pemulihan khas, bilik

pendidikan Khas, sebuah tandas guru, tandas murid lelaki dan perempuan.

2 blok bangunan 1 tingkat ini bersambung dengan kantin dan juga bilik kemahiran

Hidup. Bangunan ini merupakan bangunan lama yang telah mengalami beberapa

kerosakan dan terdapat 1 tangki air yang telah lama berhampiran dengannya. Bangunan

ini juga mempunyai sistem pendawaian yang telah lama.

Pada masa sekarang, sekolah ini mempunyai 231 orang murid dengan 10 bilik darjah

termasuk Prasekolah, kelas Pemulihan dan kelas Pendidikan Khas. Jumlah guru seramai

21 orang. Kemudahan fizikal yang telah lama dan rosak menyebabkan usaha

Page 2: sk tiak 2013

peningkatan prestasi murid dan semangat belajar dikalangan murid tidak

memberangsangkan.

1.1 BIODATA

Nama sekolah Sekolah Kebangsaan Tiak

Daerah Baling

Status Sekolah Kebangsaan

Bilangan Guru 21 Orang

Bilangan Staf Sokongan 5 Orang

Bilangan Enrolmen Pelajar 231 Orang

Bilangan Bilik Darjah Ikut Pelan 10

Bilangan Kelas 10

Sesi Persekolahan 1 sesi

Kawasan Luar Bandar

Bagi merealisasikan matlamat pusat pengajian dan pembelajaran yang kondusif di

kalangan murid yang datang dari luar bandar maka keperluan membaik pulih bangunan

tambahan amat diperlukan. Faktor kekurangan kemudahan pusat pembelajaran yang

sempurna dan kondusif memberi banyak kesan kepada pencapaian prestasi murid di

Sekolah Kebangsaan Tiak. Projek baik pulih yang dicadangkan akan memberi kesan dan

keselesaan kepada murid.

2.0 OBJEKTIF PROJEK

2.1 Menyediakan kemudahan pembelajaran dan iklim persekitaran yang kondusif

kepada murid - murid SK. Tiak.

2.2 Kemudahan tembok dan pagar yang mencantikkan pemandangan sekolah.

2.3 Baik pulih bangunan akan mencernakan keselasaan di kalangan guru dan

kebajikan guru diutamakan.

3.0 KOMPENEN PROJEK

3.1 Kompenen Projek Baik pulih yang dicadangkan adalah terdiri daripada

i. Tembok sekolah

ii. Bengkel Kemahiran Hidup

iii. Pendawaian semula tenaga elektrik

Page 3: sk tiak 2013

iv. Kantin

v. Tangki air

vi. Bumbung dan Siling

vii. Dataran Ilmu

viii. Surau Sekolah

3.2 Membina tembok di bahagian hadapan sekolah dan baik pulih di beberapa

bahagian blok bangunan lama.

4.0 PERINCIAN ANGGARAN KOS

Kos Projek – RM 150,000.00

Bil Item Kos

1 Tembok sekolah

2 Bengkel Kemahiran Hidup

3 Pendawaian semula tenaga elektrik

4 Kantin

5 Tangki air.

6 Bumbung dan siling

7 Dataran Ilmu

8 Surau Sekolah

5.0 OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK

5.1 Keperluan bilik-bilik khas seperti Bilik Kemahiran Hidup, dan bilik-bilik khas

yang lain akan memudahkan dan meningkatkan susana proses pengajaran dan

pembelajaran.

5.2 Kemudahan prasarana yang lengkap setanding dengan sekolah lain dalam daerah

Baling akan memberi semangat dan kesungguhan serta suasana iklim sekolah

yang kondusif.

6.0 JUSTIFIKASI PROJEK

6.1 Pagar sekolah yang boleh mencacatkan pemandangan sekolah di mata pengguna

jalanraya utama Timur Barat.

Page 4: sk tiak 2013

6.2 Bengkel Kemahiran Hidup yang sempit dan tidak dapat menampung bilangan

murid bagi satu-satu kelas yang tidak selesa untuk belajar.

6.3 Pendawaian elektrik di bangunan blok B yang lama dan sering mengalami

masalah ketiadaan tenaga menyebabkan murid dan guru tidak selesa untuk

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, serta kedudukan suis yang

boleh mengundang bahaya pada bila-bila masa sahaja. Kipas dan lampu juga telah

lama dan banyak yang tidak berfungsi yang mengganggu perjalanan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

6.4 Kantin sekolah yang sentiasa mengalami kebocoran ketika hujan. Kedaan ini

bukan sahaja menyebabkan warga sekolah tidak selesa, malah boleh menyebabkan

keruntuhan siling yang boleh membahayakan terutamanya kepada murid sekolah.

6.5 Tangki air sekolah yang telah lama dan usang, telah berkarat dan telah mengalami

kebocoran yang boleh membahayakan murid sekolah.

6.6 Bumbung yang telah lama menyebabkan menyebabkan kebocoran serta

merosakkan siling. Siling semakin lama sekami reput dan sudah berlaku

keruntuhan. Hal ini sangat berbahaya murid sekolah.

6.7 Dataran ilmu yang telah dirancang sejak 2012 dan sudah mula dilaksanakan

asasnya. Namun, projek tersebut tenggendala akibat kekangan kewangan. Dataran

ini sangat memberi manfaat kepada murid sekolah terutamanya ketika masa

lapang dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

6.8 Surau sekolah yang dibina hasil daripada sumbangan pihak individu, tidak

mempunyai tangki air, dan sering mengalami tekanan air rendah menyebabkan

gangguan kepada kelas tasmik serta amali wuduk. Tempat wuduk perempuan juga

tidak mempunyai penghadang, mengekang amali wuduk murid-murid perempuan.

Page 5: sk tiak 2013

TEMBOK DAN PAGAR SEKOLAH

BIL GAMBAR KETERANGAN

1

Keadaan pagar sekolah yang berhampiran

jalan utama Timur Barat.

Kecacatan pemandangan sekolah sentiasa

dilihat oleh setiap pengguna jalan tersebut

Runtuhan tebing pada pagar juga sering

berlaku dan membahayakan keselamatan

murid.

2

Pagar sekolah yang telah usang serta

runtuh.

Banyak tempat yang rosak dan ada

kelompangan.

Keadaan ini boleh mengakibatkan

kemasukan binatang liar yang mengganggu

keselamatan murid sekolah.

Page 6: sk tiak 2013

BILIK KEMAHIRAN HIDUP

BIL GAMBAR KETERANGAN

1

Bangunan asal bengkel Kemahiran Hidup

yang bersambung dengan surau lama.

Bengkel Kemahiran Hidup ini dicadangkan

untuk dinaiktaraf untuk menambah

keluasan ruang, kemudian dibina satu bilik

khas disebelah bangunan ini untuk bilik

seni dan muzik.

2

Bengkel Kemahiran Hidup yang sempit.

Tidak dapat menampung bilangan murid

bagi satu-satu kelas.

Suasana yang tidak kondusif untuk belajar

3

Bengkel Kemahiran Hidup tidak

mempunyai ruang yang banyak untuk

meletak barang-barang Kemahiran Hidup

Ruang untuk meletak barang-barang

mengurangkan ruang untuk belajar.

Murid-murid terpaksa berhimpit ketika

belajar.

Page 7: sk tiak 2013

PENDAWAIAN TENAGA ELEKTRIK

BIL GAMBAR KETERANGAN

1

Pendawaian elektrik yang sudah lama

(melebihi 15 tahun).

Sering berlaku masalah putus tenaga.

Hal ini menimbulkan mengganggu aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang

seedang berjalan apabila kerap berlaku

putus tenaga.

2

Kotak suis ini jugak berada di luar bilik

dan kedudukannya agak membahayakan.

Keadaan ini mengganggu keselamatan

murid sekiranya terjadi perkara yang tidak

diingini.

Dicadangkan penggantian semula

pendawaian ini serta semua lampu dan

kipas di bangunan ini, kerana

kebanyakannya telah rosak.

Page 8: sk tiak 2013

KANTIN

BIL GAMBAR KETERANGAN

1

Siling di kantin yang sering berlaku

ketirisan.

Keadaan ini boleh mengganggu murid

ketika berada di kantin.

Hal ini membahayakan murid sekiranya

siling semakin reput dan terjatuh.

2

Siling yang semakin teruk, menunggu masa

untuk terjatuh.

Kebocoran di siling ini juga boleh berlaku

litar pintas.

3

Keadaan bumbung yang tidak sempurna

dan usang serta bocor.

Boleh mewujudkan satu suasana yang tidak

selamat.

Perlu kepada penggantian bumbung dan

naik taraf segera.

Page 9: sk tiak 2013

TANGKI AIR

BIL GAMBAR KETERANGAN

1

Tangki air yang lama, telah berkarat dan

bocor.

Sering berlaku kebocoran yang

menyebabkan tanah lembut.

Kebocoran ini menyebabkan berlakunya

pembaziran.

Tangki berkarat dibimbangi keracunan

air kepada murid.

2

Tapak tangki air yang semakin lembut

akibat sering berlaku kebocoran.

Hal ini membahayakan murid

terutamanya kelas Pendidikan Khas dan

juga Makmal Komputer yang

bersebelahan dengan tangki tersebut.

Page 10: sk tiak 2013

BUMBUNG DAN SILING

BIL GAMBAR KETERANGAN

1

Garaj yang diperbuat daripada kayu dan

atap terpakai yang lama.

Boleh mengakibat perkara yang tidak

diingini.

Keadaan ini boleh mengancam keselamatan

murid sekolah.

2

Keadaan siling di bilik Pemulihan Khas

yang membahayakan keselamatan murid.

Siling ini boleh runtuh bila-bila masa

sahaja.

3

Keadaan siling di bilik darjah 5 Pintar.

Keadaan ini boleh menyebabkan litar pintas

dan keruntuhan siling yang sangat

membahayakan murid.

4

Keadaan bumbung dibeberapa kaki lima

yang telah rosak.

Keadaan ini boleh menyebabkan runtuhan

dan mendatangkan kecederaan kepada

murid.

Dicadangkan naik taraf semua bumbung

sekolah dengan gantian metal deck.

Page 11: sk tiak 2013

Pondok dihadapan Prasekolah yang telah

berlaku kerosakan pada bumbungnya.

Pondok ini menjadi kawasan aktiviti dan

juga kawasan rehat.

Kerosakan sebegini boleh mendatangkan

kecederaan kepada murid.

Page 12: sk tiak 2013

DATARAN ILMU

BIL GAMBAR KETERANGAN

1

Projek Dataran Ilmu dihadapan Pusat

Sumber Sekolah yang tergendala

menyebabkan pembaziran sekiranya

tidak diteruskan.

Dataran Ilmu ini sangat memberi manfaat

kepada murid sekiranya dapat

dilaksanakan dengan sempurna.

2

Terdapat kerusi dan meja simen untuk

diletakkan di Dataran Ilmu, namun

terpaksa diletak di ruang yang sempit ini.

Tempat ini menjadi tumpuan murid di

waktu lapang untuk membaca dan

mengulangkaji pelajaran.

Alangkah baiknya jika Dataran Ilmu ini

siap, maka kerusi dan meja simen ini

boleh digunakan dengan lebih sempurna

dan kondusif di Dataran Ilmu.

Page 13: sk tiak 2013

SURAU SEKOLAH

BIL GAMBAR KETERANGAN

1

Gambar bilik air dan tempat wuduk surau

sekolah yang tiada tangki air.

Kedudukan surau di atas tanah tinggi

menyebabkan berlaku masalah air.

Masalah ini boleh mengganggu kelas

tasmik untuk murid-murid j-QAF.

2

Tempat wuduk perempuan yang tidak

mempunyai penghadang, menyukarkan

murid perempuan untuk berwuduk.

Paip air juga kurang mencukupi.

Keadaan ini mengganggu perjalanan

amali wuduk dan menyukarkan murid

untuk menguasai amali wuduk dengan

sempurna.

3

Tempat wuduk tambahan yang tiada

bumbung dan penghadang bagi murid

perempuan.

Ia juga memberi kesan yang tidak baik

kepada murid sertaboleh mengundang

bahaya.