sjh1106

9
ILYA ADIRA BINTI JAININ HAINI SHAFIKAH 1) Faktor Nasionalisme di Asia Tenggara Nasionalsime ialah perjuangan untuk memperoleh kebebasan daripada penjajahan atas wujudnya semangat cinta dan taat setia kepada tanah air. Nasionalisme juga ditakrifkan satu gerakan dan tindak balas rakyat terhadap ketidakadilan pemerintahan dari segi politik ekonomi dan sosial . Faktor-faktor kemunculan nasionalisme adalah antaranya dasar penjajahan barat, pengaruh agama, kemunculan karya sastera, sistem pendidikan, kemunculan golongan intelektual, pengaruh media massa, sisitem pengangkutan dan perhubungan dan pengaruh luar. Dasar-dasar kuasa barat yang telah dilaksanakan oleh kuasa penjajah barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kalangan rakyat tempatan di Asia Tenggara. Rakyat tempatan tidak diberikan peluang yang sewajarnya di dalam sistem birokrasi Barat. Mereka terus kekal dalam sistem ekonomi tradisional yang serba kemiskinan. Ini dapat dilihat di Indonesia dan Filipina, rakyat kedua Negara tersebut ditindas dengan pengenalan sistem Tanaman paksa dan Sistem polo. Bangsa penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial dengan menganggap bahawa mereka berada dalam kelas tersendiri dan hanya bergaul sesama mereka sendiri sahaja. Mereka hanya bergaul dengan rakyat tempatan yang terdiri daripada golongan elit dan golongan bangsawan serta golongan pegawai kerajaan yang berpendidikan barat. Dasar penjajah

Upload: lya-ilya

Post on 01-Jun-2015

2.355 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sjh1106

ILYA ADIRA BINTI JAININ

HAINI SHAFIKAH

1) Faktor Nasionalisme di Asia Tenggara

Nasionalsime ialah perjuangan untuk memperoleh kebebasan daripada penjajahan atas

wujudnya semangat cinta dan taat setia kepada tanah air. Nasionalisme juga ditakrifkan satu

gerakan dan tindak balas rakyat terhadap ketidakadilan pemerintahan dari segi politik ekonomi

dan sosial .

Faktor-faktor kemunculan nasionalisme adalah antaranya dasar penjajahan barat,

pengaruh agama, kemunculan karya sastera, sistem pendidikan, kemunculan golongan

intelektual, pengaruh media massa, sisitem pengangkutan dan perhubungan dan pengaruh

luar.

Dasar-dasar kuasa barat yang telah dilaksanakan oleh kuasa penjajah barat telah

menimbulkan perasaan tidak puas hati kalangan rakyat tempatan di Asia Tenggara. Rakyat

tempatan tidak diberikan peluang yang sewajarnya di dalam sistem birokrasi Barat.  Mereka

terus kekal dalam sistem ekonomi tradisional yang serba kemiskinan. Ini dapat dilihat

di Indonesia dan Filipina, rakyat kedua Negara tersebut ditindas dengan pengenalan

sistem Tanaman paksa dan Sistem polo. Bangsa penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial

dengan menganggap bahawa mereka berada dalam kelas tersendiri dan hanya bergaul

sesama mereka sendiri sahaja. Mereka hanya bergaul dengan rakyat tempatan yang terdiri

daripada golongan elit dan golongan bangsawan serta golongan pegawai kerajaan yang

berpendidikan barat. Dasar penjajah yang membawa masuk ramai buruh asing telah

menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat tempatan kerana penguasaan

ekonomi oleh golongan imigran terbabit.

Pengaruh agama juga telah memainkan peranan penting di dalam mencetuskan

nasionalisme di Asia Tenggara. Rakyat tempatan telah dapat disatukan di bawah lambang

agama dalam menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan barat serta agama Kristian.

Ini dapat dilihat pada Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta penubuhan

Persatuan Belia Buddha di Burma pada tahun 1906.  Agama telah dijadikan sebagai alat

perpaduan dan golongan agama pula sebagai pencetus semangat nasionalisme di Asia

Page 2: Sjh1106

Tenggara pada peringkat awal gerakan nasionalisme. Gerakan Islah di Tanah Melayu dan

Indonesia telah memperjuangkan Pan-Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam bagi menentang

penjajah Barat. Agama Kristian juga telah menyatupadukan penduduk peribumi di Filipina untuk

menentang kuasa Sepanyol.  Ini adalah disebabkan penganut Kristian tempatan dianggap kelas

kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.

Karya-karya kesusasteraan yang terdapat di Asia Tenggara turut memainkan peranan

dalam membangkitkan nasionalisme di Asia Tenggara. Ia merupakan media

bagi menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah. Di

Filipina, karya yang ditulis oleh Jose Rizal melalui novelnya Noli Me Tangere telah

mencetuskan gerakan nasionalisme di Filipina dan inspirasi terhadap gerakan di nasionalisme

di Asia Tenggara. Di Indonesia pula terdapat karya-karya seperti cerpen Kerikil-kerikil tajam dan

Ke Makam Bonda karya Chiril Anuar juga berpengaruh dalam membangkitkan semangat

nasionalisme. Di Tanah Melayu terdapat karya Putera Gunung Tahan karya Pak Sako.

Peranan yang dimainkan oleh sistem pendidikan juga tidak dapat disangkal dalam

melahirkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Sikap penjajah yang mengamalkan dasar

pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan telah melahirkan perasaan tidak puas

hati dikalangan rakyat tempatan.  Penjajah mengamalkan dasar memberikan keutamaan

kepada sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.Pendidikan

hanya diberikan setakat peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk

Bandar. Ini dapat dilihat di Indonesia, Anak-anak golongan berkedudukan di Jawa (Priyayi )

diberikan pendidikan tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Di

Negara Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan telah mendaji

ancaman kepada sekolah Buddha. Di Tanah Melayu, lepasan sekolah Vernakular sukar

mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah inggeris. Sikap pilih kasih penjajah ini adalah

bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan.

Golongan intelektual juga merupakan pencetus kepada gerakan nasionalisme.  Mereka

berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat dan terdedah kepada idea Barat dan

Islam. Golongan ini kemudiannya telah bertindak sebagai pemimpin kepada pergerakkan

nasionalisme dengan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap penjajah yang

mengamalkan dasar diskriminasi.  Pada peringkat awalnya mereka hanya menuntut taraf hidup

bangsa mereka dibela tetapi akhirnya meminta penjajah membebaskan negara mereka.

Page 3: Sjh1106

Kewujudan Media massa seperti akhbar dan majalah telah meningkatkan lagi kesedaran

semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Idea-idea nasionalisme dan perasaan anti

penjajah dapat disebarkan kepada rakyat jelata walau dimana mereka berada. Peranan akhbar

dan majalah dalam menyebarkan idea-idea nasionalisme telah dilaksanakan hampir kesemua

negara di Asia Tenggara seperti di Vietnam dengan akhbarnya yang berjudul Tribune Indigene

dan Cloche Felee, Tanah Melayu iaitu Al-ikhwan, Saudara, Warta Melaya dan Majlis. Indonesia

ialah Medan Priyayi, Kaum Sunda serta Utusan Hindi manakala di Filipina ialah La Solidaridad.

Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga telah memainkan

peranan dalam kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. Kemunculan alat sebaran

am seperti telegraf dan telefon telah memudahkan hubungan dikalangan nasionalis. Kewujudan

jalanraya dan jalan keretapi telah dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang jauh di

pendalaman. Para pemimpin dapat menyampaikan idea-idea nasionalisme kepada rakyat.

Satu lagi faktor yang membantu dalam perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara

ialah pengaruh luar. Kemenangan Jepun dalam Perang Russia-Jepun ( 1905 ) dan Perang

China 1895 telah memberi ilham kepada pemimpin nasionalis di Asia Tenggara tentang

keupayaan sebuah Negara kecil mengalahkan Negara besar.  Perjuangan tokoh luar

seperti Mahatma Gandhi di India menentang British telah memberikan inspirasi kepada

nasionalis di Negara-negara Asia Tenggara.  Mahatma Gandhi adalah seorang Nasionalis yang

bersikap sederhana dalam memperjuangkan hak rakyat dan kemerdekaan. Beliau enggan

berkerjasama dengan penjajah dan mengadakan mogok lapar.

2) Faktor Pendudukan Jepun

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera ke-25 menyerang Tanah

Melayu pada 8 Disember 1941. Desakan ekonomi Jepun merupakan faktor utama Jepun

menduduki Tanah Melayu kerana tindakan Amarika Syaraikat yang mengenakan sekatan

ekonomi terhadap negara Jepun diatas kengganan Jepun berundur dari negara China.

Seterusnya, penduduk Jepun pada masa itu semakin bertambah dan keluasan tanah tidak

mampu menampung penduduk Jepun yang semakin padat. Oleh yang demikian Jepun cuba

beralih ke sektor perindustrian tetepi tidak mempunyai bahan mentah yang mencukupi. Untuk

memasarkan hasil perindustrian, Jepun memerlukan kawasan pasaran baru, maka untuk

Page 4: Sjh1106

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Jepun, golongan tentera berpendapat bahawa

penaklukan adalah jalan yang terbaik. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga untuk

meluaskan kuasa terhadap orang Asia dengan cara menyebarkan slogan yang mempu menarik

kepercayaan orang Melayu iaitu “Asia untuk Orang Asia”. Jepun bahkan bertujuan untuk

mengiksplotasi ekonomi Tanah Melayu untuk tujuan perindustrian dan peperanagan serta ingin

mengawal kekayaan bahan mentah negara Asia Tenggara daripada jatuh di tanagan penjajah

lain. Tambahan lagi, pertahanan negara Asia Tenggara pada masa itu sangat lemah

disebabkan Britain memfokuskan peperangan dengan Eropah.

Di Indionesia, pendudukan Jepun adalah untuk menghapuskan pengaruh Barat dalam

kalangan penduduk serta untuk menyebarkan fahaman fasis negara Jepun di Indonesia.

Bahkan meraka turut menggunakan cogan kata seperti “Pemimpin Asia” untuk mencairkan hari

penduduk Indonesia agar menerima pendudukan Jepun di Indonesia. Jepun juga member

kebebasan berpolitik kepada semua penduduk Indonesia untuk meraih sokongan rakyat

Indonesia, bahkan untuk mengiksploitasi suber kekayaan ekonomi di Indonesia untuk

memperluaskan lagi pasaran perindustrian negara Jepun. Tambahan lagi,sebagai strategi

menyerang Austrian melalui kepulauan Indonesia.

Seterusnya di Myanmar, disebabkan sikap British yang tidak menyusun pentadbiran

Myanmar dengan tersusun menjadi salah satu cara Jepun mengalihkan kepercayaan penduduk

Myanmar agar mempercayaai keupayaan Jepun mampu membantu Myanmar dalam

menyusun sistem pentadbiran di Myanmar dengan lebih sistematik. Bahkan, sikap Gabenor

British di Myanmar yang masih enggan mengistiharkan darurat mendesak pendudukan Jepun di

Myanmar serta permintaan bantuan golongan Tahkin terhadap Jepun agar mengalahkan British

yang tetap berkeras untuk mentadbir Burma. Setelah kemasukan Jepun di Myanmar, Perdana

Menteri Burma iaitu Dr Ba Maw sanggup memberi taat setia kepada Jepun disebabkan beliau

menganggap bahawa perjuangan Jepun bersifat anti-Barat. Disamping itu, penduduk Burma

turut beranggapan bahawa imperialisme Jepun di Myanmar bersifat sementara dan sekadar

untuk memerdekaakan Myanmar dari penjajahan British.

Pendudukan Jepun di Vietnam pula adalah agar Perancis menurut kehendak Jepun

untuk menguasai ekonomi Vietnam, di samping memenuhi keperluan ketenteraan negara

Jepun. Manakala di Kemboja, Jepun ingin membantu Kemboja menentang Prancis yang

bersikap pro-Jepun di negara itu malah ingin memenuhi keinginan Son Ngoc yang ingin

menyusun semula Kampuchea sesuai dengan matlamat order baru Jepun di Asia. Laos yang

Page 5: Sjh1106

bertindak menjalinkan kerjasama Jepun dalam usaha mendapat perlindungan daripada

Kemboja kerana Laos bimbang akan tarap pegawai Vietnam akan semakin penting selepas

pegawai Prancis ditangkap oleh Jepun. Ini secara tidak langsung menjadi faktor pendudukan

Jepun di Laos.

Keseluruhannya, hampir semua negara di Asia Tenggara pernah dijajah oleh Jepun

dengan cara yang sama iaitu mereka menganggap kedatangan Jepun di negara-negara Asia

adalah sebagai penyelamat negara mereka.

3) Reaksi Penduduk terhadap penjajahan Jepun.

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu berlaku serentak dan sejajar dengan zaman Perang Dunia Kedua, iaitu antara tahun 1939-1945. Perang yang bermula di Eropah pada tahun 1939 itu merebak ke Asia apabila Jepun menyerang beberapa buah negara seperti Korea, China, Laos , dan seterusnya ke Tanah Melayu dan Singapura serta Sabah dan Sarawak pada tahun 1941. Pada 8 Disember 1941,Jepun telah menyerang Tanah Melayu . malah berjaya menguasai tanah Melayu pada 15 Februari 1942, iaitu dalam tempoh masa yang sesingkat 55 hari sahaja.

Rentetan itu, terdapat rencaman reaksi penduduk tempatan terhadap kehadiran tentera jepun di Tanah Melayu. Ada yang menentang, dan ada pula yang menyokong kehadiran mereka ini. Namun walau apa pun pendirian mereka, nescaya ada sebab dan alasan-alasan nya tersendiri. Selain itu ,sebahagian besar orang Melayu tidak menentang sama sekali pada awalnya, malah ada yang mengalu-alukan kehadiran jepun.

Mereka berpendirian begini pada awalnya tidak lain tidak bukan hanyalah kerana terpengaruh dengan slogan-slogan yang disebar Jepun seperti, “asia untuk orang asia” dan “lingkungan kesemakmuran bersama asia timur raya”. Selain itu, Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah mengadakan hubungan sulit dengan pihak jepun.Kmm adalah di bawah pimpinan Ibrahim Bin Yaakob merupakan pertubuhan radikal anti British. Seterusnya, KMM telah mengerakkan inisiatif untuk menyebarkan propaganda pro jepun. Selain itu jepun telah bertindak memberi bantuan kewangan sebanyak $40000 kepada KMM untuk membeli akhbar Warta Malaya dan sebagai balasan pertolongan KMM itu tadi, tentera Jepun menjanjikan kemerdekaan Tanah Melayu.

Namun setelah menduduki Tanah Melayu ,tentera jepun mewujudkan satu pemerintahan baharu, Dasar-dasar pemerintahan yang diperkenalkan jepun juga rata-rata menyusahkan rakyat. Dengan itu, barulah orang Melayu sedar bahawa slogan-slogan yang mereka percaya dan sanjung pada awal nya itu hanyalah muslihat pihak jepun semata-mata. Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti apa yang dijanjikan. Janji-janji manis itu hanyalah sekadar janji sahaja. Malangnya, status tanah Melayu berubah menjadi tanah jajahan. Selain itu, yang membangkitkan kebencian masyarakat juga adalah kerana Jepun tidak

Page 6: Sjh1106

mengiktiraf kedudukan Raja-Raja Melayu. Jadi di sebab kan itu lah, sokongan orang Melayu tidak bertahan lama dan semakin berkurangan dari masa ke masa. Yang teruknya lagi, selepas jepun berjaya menipu penduduk , KMM jua telah dibubarkan oleh Jepun. Tidak boleh disangkal juga ,sikap orang Melayu berubah menjadi membenci jepun apabila jepun bersikap zalim terhadap mereka seperti merampas harta benda, memaksa mereka menjadi buruh paksa bagi membina Jalan Kereta Api Maut di sempada Thailand dan Burma serta tindakan perisikan tentera jepun yang kejam.

Manakala reaksi orang cina pula jelas dipengaruhi oleh Perang China-epun pada tahun 1937.Kebanyakan orang Cina terlibat dengan gerakan anti-Jepun. Selain itu, mereka telah memulaukan barangan jepun dan menjalankan pungutan derma untuk membantu negara China yang diserang Jepun. Tanpa boleh disangkal lagi,dasar jepun yang keras terhadap kaum China di Tanah Melayu telah membantu perjuangan kerajaan nasionalis china untuk menentang jepun sejak tahun 1937 apabila jepun mula memasuki Tanah Besar Asia bermula di China, sebelum ke Asia Tenggara.Orang china mendapat layanan yang buruk seperti ditindas dan dihantar untuk bekerja sebagai pembina Jalan Kereta Api Maut. Malah jepun semakin bertindak kejam apabila mendapati orang Cina menubuhkan MPAJA dengan sokong an kuat Parti Komunis Malaya yang begitu giat menentang pemerintahan Jepun.

Terdapat juga dikalangan pemuda cina yang pulang ke negara china untuk melibatkan diri dalam gerakan menentang jepun..justeru itu, setelah jepun menjajah tanah Melayu,orang cina telah menjadi mangsa balas dendam tentera jepun . kendatipun begitu, terdapat segolongan orang cina yang menyokong jepun demi menjaga perniagaan dan keselamatan nyawa mereka.

Selain itu, dasar jepun terhadap orang india hampir sama dengan dasar jepun terhadap orang Melayu.seperti orang Melayu, jepun juga memerlukan sokongan orang india bagi mengusir Inggeris di India . untuk tujuan itu, jepun menggalakkan orang india menganggotai Liga Kemerdekaan India yang ditubuhkan di Thailand untuk menentang Inggeris.Jepun juga telah mempengaruhi orang india yang berkhidmat dalam angkatan tentera British supaya bekerjasama dengan pihak jepun .