sjh 1054

13
SJH 1054: KETAMADUNAN MANUSIA OLEH: MOHD ASYRAF AH & JASON MG

Upload: appy-hamid

Post on 24-Sep-2015

281 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

1054

TRANSCRIPT

SJH 1054: KETAMADUNAN MANUSIA

SJH 1054: KETAMADUNAN MANUSIAOLEH: MOHD ASYRAF AH & JASON MG

ASPEK TEMPAT TINGGALPALEOLITIK (BUKIT BUNUH, PERAK)Penemuan bukti di Bukit Bunuh menjadikannya salah sebuah tapak Paleolitik terpenting di dunia kerana mendedahkan sebuah kompleks Paleolitik seluas 4 km persegi dengan pentarikhan lebih 1.83 juta tahun, 40,000 dan 30,000 tahun dahuluIni meletakkan Bukit Bunuh sebagai tapak tertua dunia yang berada di luar Afrika, dan mempunyai pentarikhan kronometrik.Bukit Bunuh menjadi pilihan kawasan petempatan awal kerana ia menyediakan sumber alam yang diperlukan untuk menyediakan peralatan batu serta mempunyai persekitaran kuno yang mempunyai sumber air dari tasik kuno, flora dan fauna yang diperlukan merekaPenemuan bukti penggunaan kapak genggam yang diumumkan pada tahun 2009 menunjukkan bahawa kawasan ini adalah satu-satunya tapak Paleolitik dunia yang berfungsi sebagai bengkel membuat alat batu dan berterusan digunakan daripada semasa ke semasa sejak lebih 1.83 juta tahun dahulu

NEOLITIK (BUKIT TENGKORAK, SABAH)Hasil kajian arkeologi yang diperolehi menunjukkan bahawa Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak pembuatan tembikar prasejarah yang terbesar di Asia Tenggara. Antara bukti arkeologi yang telah ditemui terdiri daripada ribuan serpihan tembikar prasejarah dan tanah liat yang digunakan untuk pembuatan tembikar. Selain itu, kajian etnoarkeologi menunjukkan bahawa teknologi pembuatan tembikar masih lagi diamalkan sehingga hari ini oleh masyarakat Bajau di Semporna.Ekskavasi arkeologi di Bukit Tengkorak juga menunjukkan ia kaya dengan pelbagai artifak arkeologi seperti alat batu mikrolit (kecil), batu pemukul kulit kayu, beliung sisa-sisa tulang haiwan serta cengkerang dan tulang ikan laut. Asosiasi arifak-arifak berkenaan yang ditemui semasa ekskavasi menunjukkan bukti kewujudan aktiviti sibsisten seperti pemburuan haiwan dan penangkapan ikan serta pengumpulan cengkarang di laut.Kajian perbandingan jumpaan artifak seperti tembikar dan alat batu yang ditemui di Bukit Tengkorak menunjukkan banyak persamaan dengan artifak yang ditemui di tapak-tapak sezaman yang lain di Asia Tenggara dan lautan Pasifik.

LOGAM ( SUNGAI LANG, SELANGOR) Petempatan-petempatan awal zaman logam di sekitar Selangor telah dibuktikan dengan data-data arkeologi yang merujuk kepada jumpaan-jumpaan artifak kebanyakannya daripada gangsa dan besi. Antara artifak yang ditemui dan dikaitkan dengan masyarakat Zaman Logam adalah seperti gendang gangsa, loceng gangsa, mangkuk gangsa dan besi bersoket. Artifak gangsa yang ditemui lebih kepada barang dagangan kerana jumpaan artifak gangsa ini tidak banyak manakala artifak besi bersoket dipercayai adalah buatan tempatan. Kebanyakan petempatan masyarakat zaman logam di Selangor adalah berdekatan dengan sungai dan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan sungai kepada masyarakat ketika itu yang menjadi asas perkembangan budaya manusia .Pada tahun 1964, penduduk Kampung Sungai Lang telah menemui dua gendang gangsa yang bersebelahan antara satu sama lain dalam keadaan terbalik semasa pembersihan tanah untuk tujuan tanaman kopi. Keadaan fizikal tapak ini yang berbukit menjadi petunjuk bahawa artifak yang ditemui mempunyai fungsi utama dalam kegiatan sosial dan ekonomi kerana ia seakan sengaja dilakukan untuk tujuan penandaan.

Hal ini dibuktikan berdasarkan stratigrafi tanah yang menunjukkan lapisan atas merupakan tanah yang dikambus atau ditambak dan diikuti oleh lapisan tanah lumpur bakau. Kedua-dua gendang gangsa ini berkedudukan di atas kepingan kayu cengal yang dipercayai merupakan kepingan perahu (Peacock 1964, 1965; Leong Sau Heng 1989)