ekonomi, - upsi digital repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/penggunaan kaedah penge… ·...

24
PENGGUNAAN KAEDAH PENGEKOSAN KITARAN HAYAT BERASASKAN AKTIVITI (ACTIVITY BASED LIFE CYCLE COSTING) DALAM MENGKAJI KOS PELAJAR DI FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Penyelidik: ROSMINI BINTI ISMAIL 760220-01-5370 KHALIZUL BIN KHALID 720320-07-5673 KOD PENYELIDIKAN 2011-0138-106-01 GERAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Upload: vutuyen

Post on 07-Feb-2018

292 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

PENGGUNAAN KAEDAH PENGEKOSAN KITARAN HAYAT BERASASKAN.

AKTIVITI (ACTIVITY BASED LIFE CYCLE COSTING) DALAM

MENGKAJI KOS PELAJAR DI FAKULTI PENGURUSAN

DAN EKONOMI, UNIVERSITI PENDIDIKAN

SULTAN IDRIS

Penyelidik:ROSMINI BINTI ISMAIL

760220-01-5370

KHALIZUL BIN KHALID

720320-07-5673

KOD PENYELIDIKAN 2011-0138-106-01

GERAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Page 2: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

iii

ABSTRAK

Menggunakan kaedah pengekosan kitaran hayat (Life Cycle Costing - LCC), kajian ini

mengira kos setiap pelajar yang mendaftar bagi program Sarjana Muda Perakaunan

Pendidikan ambilan semester 1 sesi 2008/200. Program ini dikendalikan oleh Fakulti

Pengurusan dan Ekonomi. Pengiraan kos ini melibatkan langkah-langkah yang terangkum

dalam kaedah Pengekosan Aktiviti (ABC) dan Pengekosan Kitar Hayat dalam membuat

anggaran kos bagi menghasilkan seorang garduan. Kos keseluruhan bagi menghasilkan

seorang graduan pada ambilan 2008/2009 ialah RM14,539 termasuk kos bergraduat.

Berpandukan langkah-langkah pengiraan kos yang dikira bagi program Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan Perakaunan, satu aplikasi ringkas menggunakan Microsoft Excel

sedang dibina bagi memudahkan proses pengiraan kos bagi program-program pengajian

lain di bawah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Adalah disarankan agar aplikasi ini

digunakan bagi mengira kos pelajar di fakulti lain, program pengajian jarak jauh dan

kursus-kursus pasca siswazah. Ini akan dapat membantu universiti untuk menilai aktiviti

semasa bagi mengoptimumkan sumber dan merancang pelan strategik masa hadapan

kewangannya.

iii

Page 3: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

-,iv

ABSTRACT

EmployingActivity based life cycle costing, this study calculates costper head ofstudents

enrolled for Bachelor in Accounting Education Semester 1 200812009 intake. The

program is within the Management & Economics Faculty. It involves steps ofAcitivity

Based Costing (ABC) and Life Cycle Costing in order to estimates costs to produce a

student. Step by step calculation were shown in tables in order to clearly illustrate cost

per semester until graduation. The total costs of producing a single Bachelor of

Accounting student for 200812009 intake were RM 14,539 including graduation cost.

Following the calculation steps of Bachelor Of Accounting Education, a simple

application using Microsoft Office Excel is being build to ease the calculation for other

programs under the Management & Economics Faculty. It is also recommended that this

applcations to be used for calculating the cost of students for other faculties, Distance

Learning programs andpost graduate level courses. This would assist the University to

evaluate its current activity in order to optimize resources and strategize future financial

plans.

iv

Page 4: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

v

KANDUNGAN

Mukasurat

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Latarbelakang Kajian1.2 Pemyataan Masalah

1.2.1 Persoalan Kajian1.3 ObjektifKajian1.4 Signifikan Kajian4.5 Limitasi Kajian

BAB2 SOROTANKAJIANLAMPAU

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Reka bentuk Kajian3.2 Kerangka Konseptual & Model

3.3 Proses Pengumpulan Data dan Kaedah Analisis

3.4 Kaedah Pengiraan Kos

BAB4 DAPATAN

BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

RUJUKAN

ii

iii

iv

v

vi

x

1

1

3

5

5

6

6

8

11

11

12

17

24

35

122

124

v

Page 5: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

vi

SENARAI JADUAL

Jadual

Jadual 1: Struktur Program

Jadual 2: Kursus Universiti

Iadual3: Kursus Teras: Kursus Profesional Pendidikan

Jadual 4: Kursus Major

Muka surat

27

27

27

28

Iadual5: Senarai Bidang Minor Untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan Dan

Kewangan) Dengan Kepujian 28

Jadual 6: Tempoh Pengajian Pelajar yang Terlibat dalam Kajian 29

Jadual 7: Cadangan Pendaftaran Kursus Mengikut Semester Untuk Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan (Perakaunan) Dengan Kepujian 30

Jadual 8: Cadangan Pendaftaran Kursus Mengikut Semester Untuk Ijazah SarjanaMuda

Pendidikan (Pengurusan Pemiagaan) Dengan Kepujian 31

Jadual 9: Cadangan Pendaftaran Kursus Mengikut Semester Untuk Ijazah SarjanaMuda

Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan) Dengan Kepujian 32

Jadual10: Cadangan Pendaftaran Kursus Mengikut Semester Untuk Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan (Ekonomi) Dengan Kepujian 33

Jadual 11: Bilangan Pelajar Ijazah Sarjanamuda PemdidikanMengikut Sesi Pengajian 36

Jadual 12: Statistik Graduan ISMP (Mengikut Program) Bagi Tahun 2008-2012 37

Jadual 13: Enrolmen Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Mengikut Fakulti Bagi

Tahun 2008-2012 38

Jadual 14: Enrolmen Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Bagi Fakulti

Pengurusan &Ekonomi Bagi Tahun 2008 - 2012 39

Jadual 15: Statistik Graduan Bagi DPLI Tahun 2008-2012 (Mengikut program dan

Fakulti) 40

Jadual 16: Bilangan Pelajar Sarjana di Upsi Mengikut Fakulti dan Sesi 41

Jadual 17: Bilangan Pelajar Sarjana Fakulti Pengurusan & Ekonomi Mengikut Sesi 42

Jadual 18: Bilangan Calon Doktor Falsafah Mengikut Fakulti Dan Sesi Pengajian 43

VI

Page 6: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

vii

Jaduall9: Bilangan Calon Doktor Palsafah Pakulti Pengurusan & Ekonomi Mengikut

SesiPeng�ian 43

Jadual 20: Bilangan Pelajar Ijazah Sarjanamuda Pemdidikan Di Pakulti Pengurusan Dan

Ekonomi Mengikut Program Dan Sesi Pengajian 44

Jadual 21: Bilangan Pelajar PPE Mengikut Semester Bagi Sem 1 2008/2009 45

Jadual 22: Bilangan Pelajar PPE Mengikut Semester Bagi Sem 2 2008/2009 45

JaduaI23: Bilangan Pelajar PPE Mengikut Semester Bagi Sem 1 2009/2010 46

JaduaI 24: Bilangan Pelajar PPE Mengikut Semester Bagi Sem 2 2009/2010 46

Jadua125: Bilangan Pelajar PPE Mengikut Semester Bagi Sem 1 2010/2011 47

Jadual26: Bilangan Pelajar PPE Mengikut Semester Bagi Sem 2 2010/2011 47

Jadua127: Bilangan Pelajar ISMP PPE Mengikut Semester Bagi Sem 1 201112012 47

Jadual28: Unit Penggerak Kos Bagi Peringkat Universiti Dan Fakulti Pengurusan &

Ekonomi Bagi Sesi Pengajian 200812009 48

Jadual 29: Agihan Kos Tahun 2008 Bagi Sem 1 2008/09 49

Jadual30: Agihan Kos Tak Langsung Dan Langsung Mengikut Tahap Pengajian Bagi

Sem 1 2008/09 53

Jadual 31: Agihan Kos Mengikut Jabatan Bagi Sem 1 2008/09 54

Jadual 32: Agihan Kos Mengikut Jam Beban Tugas Bagi Sem 1 2008/09 55

JaduaI 33: Agihan Kos Kursus Mengikut Jam Kredit Bagi Sem 1 2008/09 56

Jadual 34: Bilangan Pelajar Bagi Sem 1 2008/2009 Mengikut Kursus 57

Jadua135: Agihan Kos Pelajar Program Pendidikan Perakaunan Bagi Semester 1

2008/2009 58

Jadual 36: Agihan Kos Tahun 2009 Bagi Sem 2 2008/09 59

JaduaI 37: Agihan Kos Tak Langsung dan Langsung Mengikut Tahap Pengajian Bagi

Sem 2 2008/09 63

Jadual38: Agihan Kos Mengikut Jabatan Bagi Sem 2 2008/09 64

Jadual39: Agihan Kos Mengikut Jam Beban Tugas Bagi Sem 22008/09 65

Jadua140: Agihan Kos Kursus Mengikut Jam Kredit Bagi Sem 2 2008/09 66

Jadual 41: Bilangan Pelajar Bagi Sem 2 2008/2009 Mengikut Kursus 67

Jadual 42: Agihan Kos Pelajar Program Pendidikan Perakaunan Bagi Semester 2

2008/2009 68

vii

Page 7: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

viii

Jadua143: Unit Penggerak Kos Bagi Peringkat Universiti Dan Fakulti Pengurusan &

Ekonomi Bagi Sesi Pengajian 2009/2010 69

Jadua144: Agihan Kos Tahun 2009 Bagi Sem 1 2009110 70

Jadua145: Agihan Kos Tak Langsung Dan Langsung Mengikut Tahap Pengajian BagiSem 12009/2010 74

Jadual46: Agihan Kos Mengikut Jabatan Bagi Sem 1 2009/2010 75

Jadua147: Agihan Kos Mengikut Jam Beban Tugas Bagi Sem 1 2009/2010 76

Jadual48: Agihan Kos Kursus Mengikut Jam Kredit Bagi Sem 1 2009/2010 77

Jadual49: Agihan kos pelajar program pendidikan perakaunan bagi semester 1 2009/2010

79

Jadual50: Agihan Kos Tahun 2010 Bagi Sem 22009/10 80

Jadual 51: Agihan Kos Tak Langsung Dan Langsung Mengikut Tahap Pengajian BagiSem 2 2009/2010 84

Jadual52: Agihan Kos Mengikut Jabatan Bagi Sem 2 2009/2010 85

Jadual53: Agihan Kos Mengikut Jam Beban Tugas Bagi Sem 2 2009/2010 86

Jadual54: Agihan Kos Kursus Mengikut Jam Kredit Bagi Sem 2 2009/2010 87

Jadual 55: Kos Pelajar Perakaunan Bagi Sem 2 2009/2010 88

Jadual 56: Agihan Kos Pelajar Program Pendidikan Perakaunan Bagi Semester 2

2009/2010 89

Jadual57: Unit penggerak kos bagi peringkat universiti dan fakulti pengurusan &

ekonomi bagi sesi pengaj ian 2010/2011 90

Jadua158: Agihan Kos Tahun 2010 Bagi Sem 1 2010111 91

Jadual 59: Agihan Kos Tak Langsung Dan Langsung Mengikut Tahap Pengajian Bagi

Sem 1 2010/2011 95

Jadual 60: Agihan Kos Mengikut Jabatan Bagi Sem 1 2010/2011 96

Jadua161: Agihan Kos Mengikut Jam Beban Tugas Bagi Sem 1 2010/2011 97

Jadual62: Agihan Kos Kursus Mengikut Jam Kredit Bagi Sem 1 2010/2011 98

Jadua163: Kos Pelajar Perakaunan Bagi Bagi Sem 1 2010/2011 99

Jadual 64: Agihan Kos Pelajar Program Pendidikan Perakaunan Bagi Semester 1

2010/2011 100

Jadual65: Agihan Kos Tahun 2011 Bagi Sem 2 2010/2011 101

viii

Page 8: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

ix

Jadua166: Agihan Kos Tak Langsung Dan Langsung Mengikut Tahap Pengajian Bagi

Sem 22010/2011 105

Jadua167: Agihan Kos Mengikut Jabatan Bagi Sem 2 2010/2011 106

Jadua168: Agihan Kos Mengikut Jam Beban Tugas Bagi Sem 22010/2011 107

Jadua169: Agihan Kos Kursus Mengikut Jam Kredit Bagi Sem 2 2010/2011 108

Jadual 70: Kos Pelajar Perakaunan Bagi Bagi Sem 2 2010/2011 109

Jadual 71: Agihan Kos Pelajar Program Pendidikan Perakaunan Bagi Semester 2

2010/2011 110

Jadual 72: Unit Penggerak Kos Bagi Peringkat Universiti Dan Fakulti Pengurusan &

Ekonomi Bagi Sesi Pengajian 201112012 111

Jadual 73: Agihan Kos Tahun 2011 Bagi Sem 1 201112012 112

Jadual 74: Agihan Kos Tak Langsung Dan Langsung Mengikut Tahap Pengajian Bagi

Sem 1 201112012 116

Jadual 75: Agihan Kos Mengikut Jabatan Bagi Sem 1 2011/2012 117

Jadual 76: Agihan Kos Mengikut Jam Beban Tugas Bagi Sem 1 2011/2012 118

Jadual 77: Agihan Kos Kursus Mengikut Jam Kredit Bagi Sem 1 201112012 119

Jadual 78: Kos Pelajar Perakaunan Bagi Sem 1 2011/2012 120

Jadual 79: Agihan Kos Pelajar Program Pendidikan Perakaunan Bagi Semester 1

201112012 121

Jadua180: Kos Pengajian Pelajar Program Perakaunan Kemasukan Semester 1 Sesi

2008/2009 122

ix

Page 9: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

SENARAI RAJAH

Rajah 1: Doyle, Ken J. Life Cycle of Institutional Activities Contributing to Student Cost

13

Rajah 2 : Carta Organisasi UPS!

Rajah 3: Struktur Ringkas Klasifikasi Mengikut Fungsi dan Hubungan

Rajah 4: Klasifikasi PIJ mengikut Fungsi

Rajah 5: Klasifikasi PIJ Mengikut Hubungan

Rajah 6: Penggerak Kos Bagi Ptj-Ptj Di bawah Klasifikasi Unit Akademik

Rajah 7: Penggerak Kos Bagi Ptj-Ptj Di bawah Klasifikasi Unit Sokongan Akademik 20

Rajah 8: Penggerak Kos Bagi Ptj-Ptj Di bawah Klasifikasi Unit Pentadbiran 21

Rajah 9: Penggerak Kos Bagi Ptj-Ptj Di bawah Klasifikasi Lain-lain Unit

Rajah 10: Agihan kos di Fakulti mengikut peringkat pengajian

Rajah 11: Carta alir pengiraan kos pelajar mengikut kaedah pengekosan berasaskan

aktiviti

Rajah 12: Enrolmen ISM 2003-2012 UPS!

x

x

14

15

16

18

19

22

23

26

35

Page 10: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

BAB1

PENGENALAN

1.1 Latarbelakang Kajian

Dalam menjalankan operasi harian, Universiti perlu memastikan kos yang terlibat dalam

mengeluarkan produknya iaitu pelajar dilakukan secara efisyen. lni hanya dapat

dilakukan dengan cara meminimakan pembaziran sumber-sumbemya melalui kaedah

pengekosan yang sistematik. Sejajar dengan itu, adalah amat penting bagi Universiti

mengetahui kos bagi setiap aktiviti termasuk mengajar, pembelajaran pelajar-pelajar,

penyelidikan, pemasaran, kaedah penghantaran dan perkhidmatan sandaran. Di samping

itu, dengan mengetahui kos yang terlibat akan membantu dalam pembuatan kepuasan

bagi meminimakan kos tanpa mengorbankan kualiti.

Mengetahui kos pelajar mengikut program akan membantu Universiti merancang dan

menawarkan bidang-bidang yang mendapat permintaan tinggi dengan yuran yang

kompetitif. lni merupakan salah satu cara bagi Universiti untuk terus maju, reievan dan

merupakan langkah survival pada masa kini yang perlu mengurangkan kebergantungan

terhadap kerajaan dalam membiayai operasi universiti. Perkara ini begitu signifikan

terhadap Universiti Pendidikan Sultan ldris (UPSl) yang mana pelajar bagi program

1

Page 11: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

pendidikan semakin berkurang dan setiap Fakulti perlu menawarkan pelbagai program

baru. Dengan mengetahui setiap kos bagi setiap aktiviti universiti dan kos pelajar, akan

membantu membentuk program yang lebih efektif dan ekonomikal oleh Fakulti khasnya

dan Universiti umumnya.

Maka dengan itu, kajian ini akan membuat anggaran kos pelajar bagi program ljazah

Sarjanamuda Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) dengan menggunakan kaedah

pengekosan kitaran hayat berasaskan aktiviti (acitivity based life cycle costing). Kaedah

pengekosan berasaskan aktiviti (Activity Based Costing - ABC) merupakan kaedah yang

telah lama digunapakai dalam pelbagai industri terutama sekali perkilangan. Kelebihan

kaedah ini ialah dari segi pembahagian atau peruntukan kos tidak langsung atau kos

overhed dilakukan dengan lebih tepat berbanding kaedah tradisional. Manakala

pengekosan kitaran hayat (Life Cycle Costing - LCC) pula merujuk kepada pengiraan kos

bagi sepanjang pembuatan produk tersebut. Apabila kedua-duanya digabungkan, maka

apa yang terhasil ialah pengiraan kos produk yang meliputi kos langsung dan peruntukan

kos overhead mengikut aktiviti yang digambarkan mengikut kitaran hayat produk

tersebut. Walaupun kebanyakkan kajian lampau menunjukkan penggunaan ABC tanpa

melihat kitaran hayat. lni kerana kajian-kajian yang dilakukan di UTM dan di UKM

memfokus kepada pecahan perbelanjaan atau pengekosan mengikut fakulti di universiti

tersebut. Namun bagi kajian ini, fokus utama adalah pengekosan mengikut program.

Maka, adalah lebih bertepatan sekiranya pengiraan kos ditunjukkan dari perspektifkitaran

hayatnya.

Hasil yang diharapkan daripada kajian ini bukan sahaja maklumat bagi kewangan yang

terlibat dalam mengeluarkan seseorang pelajar tetapi juga, penilaian boleh dilakukan

secara terperinci bagi memastikan kos-kos yang terlibat dilakukan secara efisyen. Selain

daripada itu, kajian ni juga menghasilkan aplikasi komputer ringkas berdasarkan

pengiraan kos pelajar FPE yang diharapkan dapat digunapakai untuk pengiraan kos

pelajar program-program lain di UPSI. Selain itu, aplikasi ni juga boleh digunakan bagi

program-program di luar arus perdana, program eksekutif, pengijazahan khas guru,

diploma dan program pengajian luar.

2

Page 12: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

1.2 Pernyataan Masalah

Melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjanamuda kini lebih mudah berbanding 15

tahun dahulu yang memerlukan seseorang bakal pelajar itu memikirkan sumber kewangan

bagi membiayai pelajarannya. Ini kerana terdapat pelbagai skim pembiayaan pelajaran

yang mempunyai prosedur permohonan yang lebih mudah dan ianya tidak hanya terhad

kepada pelajar cemerlang yang ingin menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA), malah kemudahan ini boleh dinikmati oleh pelajar kurang cemerlang yang ingin

melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Tambahan pula,

faktor kemudahan untuk mencapai maklumat berkaitan universiti dan bidang-bidang yang

ditawarkan boleh diperolehi melalui internet.

Maka dengan itu, wujudnya persaingan antara IPTA dan IPTS untuk mendapatkan bakal

pelajar. Malah, dengan munculnya beberapa IPTA baru turut merancakkan persaingan ini.

Namun begitu, IPTA, buat masa kini masih lagi merupakan pilihan utama bakal pelajar.

Ini dibuktikan di mana terdapat seramai 79,633 enrolmen pelajar di IPTA di peringkat

pascasiswazah berbanding 20,267 di IPTS (Amanat Menteri KPT). Antara faktor yang

mempengaruhi pemilihan ini adalah daripada segi kos pengajian tersebut di mana yuran

pengajian IPTA adalah jauh lebih rendah berbanding di IPTS. Sebagai contoh, pengajian

program kejuruteraan di IPTS seperti di Vniversiti Tenaga Nasional dan Universiti

Petronas (VTP) adalah dalam lingkungan RM50,000 bagi program prasiswazah.

Manakala program yang sarna di IPTA seperti di Vniversiti Teknologi Malaysia (VTM)

dan Vniversiti Sains Malaysia (VSM), yuran pengajian adalah dalam lingkungan

RM13,OOO. Yuran rendah yang dikenakan oleh IPTA adalah disebabkan sebahagian besar

kos operasi universiti dibiayai oleh kerajaan persekutuan. IPTS pula membiayai

operasinya dengan pendapatan yang diperoleh daripada yuran pengajian pelajar. Namun

begitu, melihat kepada perkembangan terkini, kerajaan telah mula menggalakkan IPTA

untuk menjana pendapatannya sendiri. Sekiranya pada masa hadapan, pembiayaan

3

Page 13: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

semakin berkurang atau tiada langsung, maka IPTA periu beroperasi seperti IPTS iaitu

dengan mengenakan yuran yang sepatutnya bagi menampung perbelanjaan operasinya.

Sebagai salah satu IPTA, Universiti Pendidikan Sultan ldris (UPSI) juga menerima

pembiayaan daripada kerajaan persekutuan. Tidak seperti IPTA yang lain, di peringkat

Ijazah Sarjana muda, UPSI hanya menawarkan program-program pendidikan. lni

menimbulkan masalah kerana kemasukan bilangan pelajar semakin menurun disebabkan

unjuran dari Kementerian Pengajian Tinggi. Namun begitu, fakulti-fakulti di UPSI kini

telah mula menawarkan pelbagai program-program lain di peringkat Diploma, Sarjana

dan Doktor Falsafah. Sekiranya, pembiayaan dari kerajaan pusat semakin dikurangkan,

bilangan pelajar bagi program Ijazah Sarjana muda yang semakin sedikit tidak mungkin

dapat menampung perbelanjaan menghasilkan pelajar ini sendiri. Malah persoalan juga

boleh ditimbulkan sejauh manakah program-program lain yang ditawarkan dapat

menampung perbelanjaan mereka sendiri.

Oleh itu, membuat kajian kos pelajar adalah sangat bertepatan masanya bagi

membolehkan penilaian terhadap perbelanjaan bagi aktiviti universiti ini dilakukan.

Penggunaan kaedah Activity Based Costing bagi mengira kos pelajar adalah kaedah ini

telah berulang kali dibukti sebagai kaedah pengekosan yang memberikan hasil yang tepat

berbanding kaedah konvensional. lni dibuktikan dengan pelbagai institusi pengajian yang

telah mula menggunakan ABC untuk mengira kos pelajar. Contohnya di Malaysia, UTM

dan UKM telah membuat pengiraan kos menggunakan kaedah yang sarna. Manakala

sebilangan IPT di Amerika Syarikat yang telah mengaplikasikan ABC, kebanyakan

penggunaannya terhad kepada peruntukan kos overhed dalam unit perpustakaan dan unit

pendaftaran. Manakala di UK pula, beberapa lnstitusi Pengajian Tinggi telah

menggunakan ABC dan berjaya memperbaiki pengurusan kewangan dan peruntukkan

sumber kewangan. Selain dari itu, pentadbir Kansas State University (K-State)

menyedari bahawa panduan-panduan dalam ABC boleh digunakan untuk pengajian

tinggi. Dengan itu, K-State telah melaksanakan dan menyesuaikan pendekatan ABC di

mana peruntukkan masa ahli-ahli fakulti kepada jenis-jenis aktiviti yang berbeza.

Universiti New Castle, Australia juga mengaplikasikan pengekosan berasaskan aktiviti

4

Page 14: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

dalam perkhidmatan perpustakaan dan teknologi maklumat manakala di Universiti

Teknologi, Sydney pula menggunakan kaedah ini untuk pengiraan kos pelajar separuh

masa dengan bantuan konsultan Ernst & Young.

Berdasarkan contoh-contoh IPT luar dan dalam negara, dapat kita lihat bahawa

penggunaan kaedah pengekosan aktiviti tidak terbatas kepada sektor pembuatan sahaja

malah ia juga sesuai digunakan di sektor perkhidmatan mengikut aktiviti yang

bersesuaian. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengira kos pelajar Fakulti Pengurusan

dan Ekonomi berasaskan aktiviti dari perspektif kitaran hayat pelajar tersebut. Maka,

dengan itu, kajian ini akan menjawab beberapa persoalan utama berkaitan pengaplikasian

kaedah pengekosan aktiviti dalam menganggarkan kos bagi program perakaunan. Secara

umumnya, persoalan kajian tertumpu kepada aspek berikut:

1.2.1 Persoalan Kajian

• Apakah aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam pengiraan kos bagi program

Ijazah Sarjana muda Pendidikan Perakaunan, Ekonomi, Pengurusan

Perniagaan serta Perdagangan dan Keusahawanan di UPSI?

• Apakah penggerak kos yang sesuai digunakan untuk mengira kos?

1.3 ObjektifKajian

Kajian ini telah memfokuskan kepada beberapa objektif iaitu:

• Mengenal pasti semua aktiviti yang wujud dalam program pengajian

termasuk sandaran (pentadbiran dan kewangan).• Mengenal pasti semua sumber yang dibelanjakan dalam program pengajian

seperti gaji/orang, susut nilai, utiliti dan lain-lain.

• Mengenal pasti jenis-jenis kos yang wujud (kos tetap, kos berubah, kos

peringkat)

5

Page 15: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

• Mengenal pasti penggerak kos atau kos pemandu seperti bilangan pelajar,

bilangan komputer, amaun ruang dan lain-lain bagi setiap sumber untuk

menghubungkan sumber kepada aktiviti yang dibelanjakan dalam program

ini.

• Mengkoskan aktiviti sepenuhnya dengan sumber kewangan yang digunakan

melalui kos pemandu.• Mengira kos yang terlibat mengikut pelajar-pelajar dengan membuat agihan

berasaskan aktiviti yang telah dikenal pasti.

1.4 Signifikan Kajian

Walaupun, kajian ini hanya membuat pengiraan bagi program Ijazah Sarjanamuda Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, namun aplikasi ringkas yang dihasilkan

boleh diguna pakai bagi mengkaji kos program-program lain di peringkat

Diploma, Sarjana, Doktor Falsafah serta program Pengajian Luar.

4.5 Limitasi Kajian

i. Pengiraan kos pelajar hanya mengambil kira perbelanjaan di Kampus Sultan

Abdul Jalil Shah. Ini kerana kitaran penghasilan pelajar di Kampus Sultan

Azlan Shah baru sahaja bermula pada tahun 2012. Oleh itu, pengiraan kos

pelajar ini adalah untuk pelajar yang memasuki UPSI pada 2008 dan selesai

dan bergraduat 2011.

ii. Pengesanan bagi gaji pensyarah mengikut jabatan di Fakulti Pengurusan dan

Ekonomi diperuntukkan sebaik mungkin mengikut pusat koso Namun terdapat

beberapa elemen yang diabaikan dalam membuat peruntukan tersebut seperti

pensyarah yang mengajar kursus teras fakulti dan universiti serta pelajar minor

dari luar fakulti yang menghadiri kelas di FPE. Dalam erti kata lain,

pembahagian gaji pensyarah adalah mengikut jabatan.

6

Page 16: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

iii. Penggerak kos utama yang dikenal pasti adalah bilangan pelajar.

Memandangkan pelajar UPSI di peringkat Ijazah Sarjana muda mempunyai

aktiviti yang hampir sarna bagi kos tidak langsung, maka penggerak kos yang

sarna digunakan bagi mengagihkan kos tidak langsung ini. Namun begitu,

sekiranya kajian ini dilanjutkan untuk mengkaji kos pelajar bagi program

Pengajian Luar, maka terdapat beberapa penggerak kos yang perlu digunakan.

Contohnya, gaji tenaga pengajar menggunakan jam mengajar, manakala kos

utiliti boleh diagihkan mengikut ruang dan jam penggunaan.

iv. Kos penginapan pelajar di asrama tidak dimasukkan dalam pengiraan

memandangkan terdapat sebahagian pelajar yang menetap di kediaman luar.

v. Terdapat beberapa penggerak kos yang telah dikenal pasti tetapi tidak dapat

digunakan kerana sistem pelaporan bagi kebanyakan urusan tidak dapat

dihasilkan dalam bentuk yang lebih sistematik. Sebagai contoh, pelaporan bagi

aduan kerosakan bilik kuliah tidak dapat dilaporkan mengikut fakulti. Begitu

juga untuk mendapatkan laporan mengenai urusan kewangan dan aset

mengikut fakulti, sarna ada ia tidak tersedia ataupun memerlukan masa untuk

mengolah data tersebut bentuk yang diperlukan. Disebabkan ketiadaan data

bagi maklumat-maklumat tersebut, penyelidik terpaksa menggunakan

penggerak kos yang paling hampir. Sebagai contoh, penggerak kos yang

paling sesuai untuk mengagihkan kos dari JPPHB adalah jumlah penggunaan

bilik kuliah mengikut program dan fakulti. Namun, bagi mendapatkan data

penggunaan bilik kuliah oleh fakulti, walaupun sistem pengkomputeran telah

digunakan, staf dari JPPHB terpaksa meluangkan terlalu banyak masa hanya

untuk menyediakan maklumat yang dikehendaki bagi tujuan kajian ini. Ini

mungkin berlaku kerana maklumat yang dikehendaki tidak diperlukan oleh

pengurusan universiti sebelum ini. Maka sistem yang sedia ada tidak dibina

bagi memaparkan pelaporan dalam bentuk yang diperlukan oleh kajian.

7

Page 17: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

BAB2

SOROTAN KAJIAN LAMPAU

Pengekosan berasaskan aktiviti (ABC) adalah alat perakaunan pengurusan yang mendapat

perhatian sejak ia diperkenalkan. Ia dibangunkan oleh Cooper dan Kaplan (1988)

digunakan dalam sektor pengeluaran kerana kurang berpuas hati dengan teknik

perakaunan tradisional yang bergantung kepada kaedah berasaskan volum dalam

mengagihkan overhed kepada produk. Cooper dan Kaplan (1988) mengatakan kaedah

pengekosan aktiviti memberikan kos produk yang lebih tepat berbanding dengan kaedah

pengekosan tradisional kerana ABC turut mengambil kira aktiviti bukan volum

pengeluaran. Kelemahan pengekosan tradisional sememangnya mendapat kritikan kerana

ia menjuruskan kepada kesilapan dalam membuat peletakan harga. Sejak diperkenalkan

kelebihan yang ada pada ABC dipersetujui oleh ramai penyelidik sehingga ke hari ini

seperti Zeller, Siegel, Kaciuba & Lau (1999), Fayek (2001), Cardinaels, Roodhooft &

Luk (2004), Rivero & Emblemsvag (2007), Carmo & Padovani (2012) dan ramai lagi.

Sistem pengurusan kos tradisional selalunya mengagihkan kos overhed perkhidmatan

kepada perkhidmatan atau jabatan pada mulanya untuk menyumbangkan overhed tersebut

bagi tujuan pelaporan kewangan. Kos-kos diagihkan melalui proses satu langkah

menggunakan kaedah pembahagian yang mudah selalunya memberikan maklumat yang

8

Page 18: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

tidak tepat dan salah. Dalam banyak institusi perkhidmatan sumbangan overhed telah

dilihat sebagai tidak penting dan tidak relevan. Di samping itu, sistem pengekosan

tradisional gagal untuk memahami bahawa jarak aktiviti yang dijalankan dalam institusi

menimbulkan kos dan setiap aktiviti ini dipandu oleh keunikan seperti keseragaman dan

ciri-ciri yang tertentu. Berbanding dengan kaedah pengekosan aktiviti yang lebih

tertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk menghasilkan beberapa keluaran

contohnya satu pendidikan kepadajenis-jenis pelajar tertentu.

Selain daripada industri pengeluaran, pengekosan berasaskan aktiviti (ABC) adalah juga

mendapat perhatian daripada organisasi perkhidmatan.Ini adalah kerana kebanyakan

sistem pengekosan dalam sektor perkhidmatan adalah diambil daripada sektor

pengeluaran. Majoriti organisasi perkhidmatan mengikut langkah dengan mengguna

pakai teknik yang serupa untuk membantu dalam pengurusan koso Di peringkat awal,

ABC tidak dikaitkan dengan institusi pendidikan yang mana masih mengekalkan sistem

perakaunan tradisional. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, perubahan telah

berlaku di mana Australia dan di beberapa buah negara lain telah menilai penggunaan

pengekosan aktiviti di Institusi Pengajian Tinggi. Sebagai contoh, Ellis-Newman (2003)

membuat pengiraan kos pelajar bagi penggunaan di perpustakaan. Manakala Krishnan

(2006) pula mengkaji sarna ada penggunaan ABC di institusi pengajian tinggi boleh

membantu meningkat kecekapan dan pemantau terhadap koso Hasil kajiannya mendapati

bahawa dengan menggunakan ABC bagi mengira kos pelajar, ia akan membantu

universiti untuk menilai setiap aktiviti bagi mencapai kos yang optimum dalam

mengeluarkan pelajar.

Seperti yang kita ketahui, kaedah pengekosan aktiviti ini telah dipraktikkan secara meluas

oleh syarikat-syarikat besar di seluruh dunia terutama bagi syarikat pembuatan atau

pengilangan . Walau bagaimanapun terdapat juga sektor perkhidmatan seperti kesihatan,

perbankan dan insurans menggunakan sistem ABC ini. Perlu ditekankan bahawa kaedah

pengekosan aktiviti ini adalah alat pengurusan yang lebih berguna untuk pengurus

universiti di mana ia memberi maklumat tentang kos menyediakan perkhidmatan dan apa

yang menyebabkan kos itu terlibat. Selain itu, kaedah ini juga menyediakan kepada

9

Page 19: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

pengurus tentang maklumat yang membolehkan mereka mengetahui keputusan berkenaan

pembahagian sumber-sumber secara optimum (Ismail, 2010; Lima, 2011; Lutilsky &

Dragija, 2012; Maelah, Amir, Ahmad, & Auzair, 2011). Dengan itu, mana-mana sumber

yang tidak menambah nilai boleh ditangguhkan dan sumber-sumber tersebut diagih

kepada aktiviti yang memberikan nilai tertinggi kepada universiti. Ini menyebabkan

penggunaan ABC di IPTA sarna ada di dalam negara (Amir, Auzair, Maelah, & Ahmad,

2012; Ismail, 2010; Krishnan, 2006) mahupun luar negara (Al-Awawdeh & Al-Sharairi,

2012; Alejandro, 2000; Burton, 1998; Croppera & Cook, 2000; Evans, 2004; Granof,

Platt, & Vaysman, 2000; Heskin & Sharma, 2000; Lutilsky & Dragija, 2012; Moore,

1998; Valderramaa & Sancheza, 2006) kini semakin mendapat perhatian. Pengumpulanmaklumat yang tepat tentang perbelanjaan kos akan membantu dari segi masalah

kewangan yang dihadapi dan sekali gus membolehkan pihak IPT membuat keputusan

yang lebih baik agar dapat mengekalkan prestasi akademik di samping tidak

membebankan penuntutnya.

Kaedah pengekosan aktiviti (ABC) menganalisis kos di peringkat aktiviti selain daripada

di peringkat unit. Reka bentuk semula proses ini membawa kepada peringkat produktiviti

yang lebih tinggi sarna ada mengekalkan atau mengurangkan koso Di peringkat pengajian

tinggi menghadapi masalah serupa, kaedah ABC dilaksanakan di persekitaran kolej atau

universiti. Dengan rasa untuk 'balik kepada asas' iaitu mengenal pasti aktiviti, mengenal

pasti kos dan menjana semula proses-proses dan konsep-konsep tersebut, kolej atau

universiti telah merancang dan mengurus sumber kewangan dengan efisien.

Oleh kerana, penggunaan ABC memberi manfaat kepada institut pengajian tinggi, kajian

ini mengira kos pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Namun begitu, terdapat

sedikit perbezaan pengiraan yang dilakukan berbanding dengan kajian-kajian lampau.

kajian membuat pengiraan dari segi peringkat pengajian (prasiswazah dan pasca

siswazah), kajian ini membuat pengiraan yang lebih terperinci di peringkat program

pengajian mengikut semester. Seterusnya aplikasi ringkas akan dibangunkan daripada

kajian ini.

10

Page 20: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

BAB3

METODOLOGI

3.1 Reka bentuk Kajian

Kajian ini telah memfokuskan kepada sumber-sumber aktiviti yang telah dikenal pasti

bermula dengan pengiraan kos pelajar perakaunan dan berakhir dengan kos seorang

pelajar Ijazah Sarjana muda bagi semua program di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi,

UPSI Tanjong Malim. Dua perkara akan difokuskan dalam kajian ini iaitu sumber yang

digunakan akan dianggarkan mengikut aktiviti yang telah dikenal pasti bagi mengira koso

Kedua ialah melihat perbezaan di antara yuran yang dikenakan bagi setiap pelajar dengan

kos sebenar pelajar apabila kaedah ini digunakan.

Selain itu, kajian ini memfokuskan kepada kos yang terlibat mengikut kitaran pengajian

iaitu bermula dari tahun pertama sehinggalah pelajar selesai pengajian dan bergraduat.

Dalam erti kata lain, peruntukan kos bagi aktiviti pengajian mengikut kitaran seperti kos

latihan mengajar dan bergraduat hanya dimasukkan sekali sahaja iaitu pada tahun akhir

pengajian. Untuk itu,

11

Page 21: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

3.2 Kerangka Konseptual & Model

Kajian ini menggunakan kaedah pengekosan berasaskan aktiviti (ABC) bagi mengirakankitar hayat pengajian pelajar. Oleh itu, selain daripada kaedah-kaedah ABC yang

dikemukakan dalam kajian lampau, kajian ini juga akan merujuk kepada kaedah-kaedah

pengekosan kitar hayat produk (life cycle costing method - LCC). Rajah 1 (Doyle, 1991)

menyenaraikan jabatan-jabatan dan unit-unit yang kebiasaannya terdapat di institut

pengajian tinggi. Terdapat unit-unit yang terlibat secara langsung dalam mengeluarkan

seorang pelajar dan ada yang terlibat secara tidak langsung.

Rajah 2 pula menunjukkan jabatan-jabatan dan unit-unit yang terdapat di Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Kos-kos yang terlibat bagi setiap jabatan akan diagihkan

mengikut penggerak kos yang bersesuaian untuk mengira kos pelajar yang lebih tepat.

Bagi memudahkan pengiraan agihan kos sumber, klasifikasi dilakukan kepada peringkat

yang lebih tinggi dan lebih terperinci dilakukan bagi setiap kategori hierarki organisasiSemua pusat tanggungjawab (Ptj) dikenal pasti dan dikategorikan mengikut fungsi

masing-masing iaitu unit akademik (sekiranya ada), unit sokongan akademik, unit

pentadbiran dan unit lain-lain.

Langkah seterusnya, Ptj-Ptj diasingkan pula mengikut jenis hubungan iaitu sarna ada PTj

tersebut berurusan secara langsung atau tidak langsung dengan proses pengeluaran

pelajar. Contohnya, kebanyakan jabatan-jabatan di bawah bidang tanggu jawab Timbalan

Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa akan di anggap berhubung kait secara

langsung dengan proses pengeluaran pelajar. Pusat Latihan Mengajar dan Industri

(PULAMI) dikategorikan sebagai unit akademik yang secara langsung menghasilkan

pelajar. Akan tetapi bagi Bahagian Pembangunan Akademik & Kualiti (BPAQ), Ia

terlibat secara tidak langsung dengan pelajar tetapi di kategorikan sebagai akademik.

Contoh lain pula, Bahagian Hal Ehwal Akademik yang terlibat secara langsung dengan

pelajar, namun ianya dikategorikan sebagai unit pentadbiran di bawah tanggungjawab

Pendaftar. Manakala Pusat Pembangunan Keusahawanan yang di bawah tanggungjawab

TNCHEP terlibat secara langsung dengan pelajar dan di kategori sebagai unit sokongan

12

Page 22: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

akademik. Struktur ringkas bagi pengklasifikasian secara umum ditunjukkan dalam

Rajah 3. Manakala Rajah 4 menyenaraikan Ptj-Ptj yang diklasifikasikan mengikut fungsi.

Rajah 1: Doyle, Ken 1. Life Cycle of Institutional Activities Contributing to Student Cost

Admissions Enrolment/ Re- Course

Advertising-UAC enrol information

-Promotion -Enquiry office -admin staff -Calendars

-Brochures -Admin Staff -forms/ processing -Timetables

-Career -Faculty Borads -computing/ -Course outlines

�n�lrn+ -Graduate records -Course notes

-manual files -Facultvadmin

Overheads­Admin-Admin staff-utilities

-security-maintenance

communication

Overheads­academic

support-researchoffice-Accreditation& reviewoffice

STUDENTCOSTS

Central Overheads- VC division

-U/Secretary's division-Planning & MIS

-System review/Audit-HRU

Graduation-Admin staff-notification

/paperwork-space-faculty boards-gowns/hoods

13

Library-Admin staff

-Opening hours

Hardware/software

-Space/carrels

Teachingcosts

-By discipline-By level-Admin costs

Assessment

Exams/papers/ processing-Admin staff

Page 23: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

Rajah 2 : Carta Organisasi UPSI

CARTA ORG'A,NI'SASI UPSI' (IVIAC 2(12)

.Ir '··1

NAIB CANSELOR

TIMBALAN NAJBCANSELOR ("&1)_W1"�"1:CI(.J;;:l_

1.

Sumber: http://www.upsi.edu.my/ms/halaman-utama/upsi-sepintas-IaluIcarta-organisasi-upsi

14

Page 24: EKONOMI, - UPSI Digital Repositorypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1054/1/PENGGUNAAN KAEDAH PENGE… · iii ABSTRAK Menggunakankaedah pengekosan kitaranhayat (LifeCycle Costing-LCC),

Rajah 3: Struktur Ringkas Klasifikasi Mengikut Fungsi dan Hubungan

NAIBCANSELOR

1 1 1 1-

-1-----

I r--

1CANSELORI PENDAFTAR TNCA TNCPI TNCHEPA PERPUSTAKAAN JPPHB BENDAHARI

I I\/ 1 1 1

UNIT SOKONGAN AKADEMIK I UNIT lPENTADBliRANUNITAKADEMIK

\I; 1 1 1 1 1SECARA II SiI��� II SECMA I SECARA S:E;CARA �ARALANGSUNG

LANGSUNGLANGSUNG .• TIDAK DAK

LANGSUNGLANGSUNG GSUNG

15

I LAIN-LAIN I