sivikt4

8
1 Apakah wawasan negara Malaysia yang ingin di- capai pada tahun 2020? A Melahirkan lebih ramai angkasawan terbilang B Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, makmur dan bersatu padu C Memajukan dasar perindustrian negara D Menjadikan bidang pertanian satu perniagaan 2 Kejayaan dalam mencapai wawasan diri ditentukan oleh A perancangan yang tepat dan teliti B perancangan jangka pendek yang tepat C perancangan jangka panjang yang teratur D perancangan jangka pendek dan jangka panjang 3 Berikut merupakan kepentingan perkembangan individu yang seimbang, kecuali A melahirkan insan yang bermaruah, berilmu dan bertamadun B melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang kuat C melahirkan pemimpin negara yang berwibawa dan baik D melahirkan insan yang bersifat individualistik 4 Apakah kepentingan berkeluarga bagi sesebuah negara dari aspek ekonomi? I Masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni II Ekonomi akan berkembang kerana banyak pembeli dalam negara III Membekalkan tenaga kerja yang mencukupi dalam pasaran buruh IV Dapat mengurangkan kemasukan pendatang tanpa izin A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 5 Antara berikut, perlakuan manakah yang berkaitan dengan penyalahgunaan teknologi? I Menggunakan perisian yang tidak asli II Membuat aduan kepada pihak polis melalui internet III Menyebarkan fitnah melalui internet IV Melayari laman web lucah A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 6 Berikut merupakan agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam menangani masalah penagihan dadah, kecuali A Kementerian Pertahanan B Kementerian Kesihatan C Kementerian Dalam Negeri D Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 7 Apakah punca utama berlakunya masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja? A Tahu memilih kawan B Kurang mendapat didikan agama C Aktif dalam kegiatan kokurikulum D Ibu bapa yang mementingkan disiplin 8 Mengapakah langkah kerajaan untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak masih gagal? I Kurang kesedaran dalam kalangan ibu bapa II Kursus keibubapaan yang kurang meluas III Langkah kerajaan mendapat sambutan yang positif dalam kalangan ibu bapa IV Kempen anti penderaan yang kurang berkesan A I, II, dan III C I, III, dan IV B I, II, dan IV D II, III, dan IV 9 Pilih pernyataan yang betul. A Ibu bapa menghalang anak-anak bergaul dengan rakan sebaya agar anak-anak mempunyai banyak masa di rumah. B Ibu bapa memberi semangat kepada anak-anak untuk mengembangkan potensi diri ke tahap yang lebih tinggi. C Ibu bapa memberi hukuman yang berat kepada anak-anak apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan agar mereka lebih berdisiplin. D Ibu bapa hendaklah memberi pujian semasa anak-anak berjaya dan memarahi mereka jika tidak berjaya.

Upload: handalah-abdul-karim

Post on 26-Jan-2016

252 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

t4

TRANSCRIPT

Page 1: sivikt4

� �

1 Apakah wawasan negara Malaysia yang ingin di-

capai pada tahun 2020?

A Melahirkan lebih ramai angkasawan terbilang

B Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

yang maju, makmur dan bersatu padu

C Memajukan dasar perindustrian negara

D Menjadikan bidang pertanian satu perniagaan

2 Kejayaan dalam mencapai wawasan diri ditentukan

oleh

A perancangan yang tepat dan teliti

B perancangan jangka pendek yang tepat

C perancangan jangka panjang yang teratur

D perancangan jangka pendek dan jangka panjang

3 Berikut merupakan kepentingan perkembangan

individu yang seimbang, kecuali

A melahirkan insan yang bermaruah, berilmu dan

bertamadun

B melahirkan insan yang mempunyai jati diri

yang kuat

C melahirkan pemimpin negara yang berwibawa

dan baik

D melahirkan insan yang bersifat individualistik

4 Apakah kepentingan berkeluarga bagi sesebuah

negara dari aspek ekonomi?

I Masyarakat dapat hidup dalam keadaan

harmoni

II Ekonomi akan berkembang kerana banyak

pembeli dalam negara

III Membekalkan tenaga kerja yang mencukupi

dalam pasaran buruh

IV Dapat mengurangkan kemasukan pendatang

tanpa izin

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

5 Antara berikut, perlakuan manakah yang berkaitan

dengan penyalahgunaan teknologi?

I Menggunakan perisian yang tidak asli

II Membuat aduan kepada pihak polis melalui

internet

III Menyebarkan fitnah melalui internet

IV Melayari laman web lucah

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

6 Berikut merupakan agensi kerajaan yang

memainkan peranan penting dalam menangani

masalah penagihan dadah, kecuali

A Kementerian Pertahanan

B Kementerian Kesihatan

C Kementerian Dalam Negeri

D Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat

7 Apakah punca utama berlakunya masalah

pergaulan bebas dalam kalangan remaja?

A Tahu memilih kawan

B Kurang mendapat didikan agama

C Aktif dalam kegiatan kokurikulum

D Ibu bapa yang mementingkan disiplin

8 Mengapakah langkah kerajaan untuk mengatasi

masalah penderaan kanak-kanak masih gagal?

I Kurang kesedaran dalam kalangan ibu bapa

II Kursus keibubapaan yang kurang meluas

III Langkah kerajaan mendapat sambutan yang

positif dalam kalangan ibu bapa

IV Kempen anti penderaan yang kurang berkesan

A I, II, dan III C I, III, dan IV

B I, II, dan IV D II, III, dan IV

9 Pilih pernyataan yang betul.

A Ibu bapa menghalang anak-anak bergaul

dengan rakan sebaya agar anak-anak

mempunyai banyak masa di rumah.

B Ibu bapa memberi semangat kepada anak-anak

untuk mengembangkan potensi diri ke tahap

yang lebih tinggi.

C Ibu bapa memberi hukuman yang berat kepada

anak-anak apabila mereka melakukan sesuatu

kesalahan agar mereka lebih berdisiplin.

D Ibu bapa hendaklah memberi pujian semasa

anak-anak berjaya dan memarahi mereka jika

tidak berjaya.

Page 2: sivikt4

� �

10 Antara berikut, yang manakah merupakan

keperluan berkeluarga dari aspek sosial?

I Menyediakan tenaga kerja

II Mengembangkan zuriat

III Patuh kepada tuntutan agama

IV Mengelakkan maksiat

A I, II, dan III C I, III, dan IV

B I, II, dan IV D II, III, dan IV

Peraturan yang digubal oleh kerajaan

dan mesti dipatuhi oleh masyarakat

yang berkenaan.

11 Pernyataan di atas merujuk kepada maksud

A undang-undang C tatacara

B peraturan D prosedur

12 Norma komuniti dalam sesebuah masyarakat

penting kerana

A dapat membantu masyarakat supaya mematuhi

undang-undang negara

B dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang

disegani oleh dunia luar

C dapat membentuk anggota masyarakat yang

beradab, beretika, dan bertatasusila

D dapat membezakan identiti sesuatu kaum

13 Antara berikut merupakan langkah yang perlu

diambil untuk menyedarkan masyarakat agar

mematuhi peraturan dan undang-undang

keselamatan jalan raya, kecuali

A menambahkan kadar kompaun

B mengadakan kempen secara menyeluruh

C mengesan pemandu berbahaya secara

berterusan

D memberikan surat amaran kepada pemandu

berisiko

Tidak mencelah atau menyampuk ketika

bercakap dengan orang yang lebih tua.

14 Pernyataan di atas berkaitan dengan norma komuniti,

iaitu

A adab menziarahi orang sakit

B adab menghormati orang tua

C adab dalam majlis rasmi

D adab di meja makan

15 Apakah yang dimaksudkan dengan juvana?

A Seseorang yang boleh menanggung tanggung-

jawab jenayah yang ditetapkan di bawah

seksyen 70 Kanun Keseksaan dan di bawah

umur 22 tahun.

B Seseorang yang boleh menanggung tanggung-

jawab jenayah yang ditetapkan di bawah

seksyen 85 Kanun Keseksaan dan di bawah

umur 21 tahun.

C Seseorang yang boleh menanggung tanggung-

jawab jenayah yang ditetapkan di bawah

seksyen 80 Kanun Keseksaan dan di bawah

umur 18 tahun.

D Seseorang yang boleh menanggung tanggung-

jawab jenayah yang ditetapkan di bawah

seksyen 82 Kanun Keseksaan dan di bawah

umur 18 tahun.

Page 3: sivikt4

� �

Pilih jawapan yang betul bagi soalan berikut.

1 Pembinaan jasmani yang sihat dan cergas boleh

dilakukan dengan cara

A berdoa kepada Tuhan

B menonton rancangan kecergasan

C membaca pelbagai bahan bacaan

D menjaga pemakanan dan bersenam

2 Antara berikut, yang manakah merupakan cara bagi

seseorang itu mengawal perasaan marahnya?

A Bertindak agresif apabila ditegur

B Mengeluarkan kata-kata kesat

C Melepaskan kemarahan dengan membaling

barang

D Berdiam diri dan melupakan sahaja perkara

yang berlaku

• Sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhan

• Sentiasa berusaha ke arah pembentukan akhlak

yang mulia

3 Pernyataan di atas berkaitan dengan langkah untuk

A memastikan jasmani sihat

B meningkatkan daya intelek

C mendapatkan kekuatan rohani

D mengendalikan emosi dengan baik

Mengukuhkan keluarga ke arah pewujudan

masyarakat penyayang, penduduk berkualiti,

dan Malaysia yang progresif.

4 Pernyataan di atas merupakan visi sebuah agensi

yang terlibat secara langsung dalam membentuk

institusi keluarga. Agensi yang dimaksudkan ialah

A Majlis Amanah Rakyat (MARA)

B Institut Penyelidikan Kesihatan (IMR)

C Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

D Lembaga Penduduk dan Pembangunan

Keluarga Negara (LPPKN)

5 Antara berikut, yang manakah merupakan

tanggungjawab ketua keluarga dari aspek ekonomi?

I Mendidik anak-anak sejak dilahirkan

II Menghantar anak-anak ke sekolah

III Menyediakan keperluan asas kepada anak-anak

IV Melakukan aktiviti riadah bersama anak-anak

A I, II, dan III C I, III, dan IV

B I, II, dan IV D II, III, dan IV

6 Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan sesuatu

masalah yang timbul dalam keluarga?

A Bertengkar sesama ahli keluarga

B Membuat keputusan berdasarkan undian

majoriti

C Berbincang dengan ahli keluarga

D Bersepakat menerima keputusan ketua keluarga

7 Antara berikut merupakan cara untuk membina

sebuah keluarga yang harmoni dan berkualiti,

kecuali

A setiap anggota keluarga mempunyai ilmu

agama

dan kemahiran sosial tentang keluarga

B ibu bapa tidak peka akan keperluan anak-anak

dari aspek emosi dan fizikal

C anak-anak bertanggungjawab melaksanakan

peranan masing-masing selain menghormati ibu

bapa

D ibu bapa membuat perancangan yang baik

dalam pengurusan kewangan keluarga

• Mempunyai bakal pemimpin negara yang

mencukupi

• Mempunyai rakyat yang berilmu

pengetahuan dan berguna kepada negara

Page 4: sivikt4

� �

8 Maklumat di sebelah menunjukkan kepentingan

berkeluarga dari aspek

A sosial C politik

B sahsiah D ekonomi

9 Antara berikut merupakan nilai yang perlu

diamalkan untuk membina institusi keluarga yang

kukuh, kecuali

A curiga C toleransi

B peka D bertanggungjawab

10 Masalah kewangan yang dialami oleh keluarga

boleh diatasi dengan cara

I berhenti sekolah

II berbelanja dengan berjimat cermat

III mencari alternatif untuk mengurangkan

perbelanjaan keluarga

IV berkongsi makanan dengan rakan pada waktu

rehat

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

11 Akta X yang dimaksudkan ialah

A Akta Racun 1952

B Akta Dadah 1990

C Akta Penagih Dadah

D Akta Dadah Berbahaya 1952

12 Antara berikut merupakan aktiviti yang dapat

mengelakkan remaja daripada terlibat dalam gejala

sosial, kecuali

A aktiviti kokurikulum di sekolah

B berkelah bersama rakan-rakan di tempat

percutian

C beriadah bersama keluarga pada hujung minggu

D menyertai aktiviti kemasyarakatan di kawasan

tempat tinggal

13 Apakah kesan daripada perbuatan vandalisme?

A Mengurangkan beban kerajaan menyelenggara

kemudahan awam

B Remaja dapat menonjolkan bakat mereka

C Kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang

banyak untuk membaiki kerosakan kemudahan

awam

D Orang ramai dapat menggunakan kemudahan

awam dengan sempurna

14 Pesalah juvana dan pesalah dewasa diasingkan

walaupun terlibat dalam kes jenayah yang sama

kerana

A remaja perlu diberi peluang untuk dibentuk dan

berubah

B kesalahan remaja masih boleh dimaafkan

C orang dewasa melakukan jenayah dengan

sengaja

D remaja mudah bertaubat dan mengakui

kesalahan

15 Apakah kelemahan diri individu yang menjadi

faktor dia tidak mencapai wawasan diri?

A Tidak menghargai pemberian orang lain

B Selalu memperkecilkan kebolehan orang lain

C Takut untuk mencuba lagi setelah gagal sekali

D Kurang beradab ketika berhadapan dengan

orang tua

Page 5: sivikt4

� �

Pilih jawapan yang betul bagi soalan berikut.

1 Wawasan diri merupakan _____ yang akan menjadi

panduan dan pendorong untuk berjaya dalam hidup.

A petunjuk diri

B matlamat hidup

C tingkat usaha

D petunjuk sebenar

2 Individu yang ingin berjaya mestilah mempunyai

I angan-angan yang banyak

II perancangan masa depan

III sikap yang berwawasan

IV sijil kursus keusahawanan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Alif seorang yang dapat mengawal tingkah laku

dan berdisiplin.

3 Berdasarkan pernyataan di atas, Alif merupakan

pelajar yang cemerlang dalam aspek

A emosi

B rohani

C intelek

D jasmani

4 Antara berikut, yang manakah merupakan

kepentingan rohani yang teguh dalam kehidupan

manusia?

A Dapat melakukan aktiviti riadah

B Dapat mengawal perasaan gemuruh

C Dapat membentuk individu yang berakhlak

mulia

D Dapat mengembangkan bakat serta kemahiran

• "Utamakan Keluarga : Semakin Hari Semakin

Sayang".

• "Rumahku Syurgaku".

5 Agensi kerajaan manakah yang bertanggungjawab

menganjurkan kempen ini?

A Kementerian Penerangan, Komunikasi dan

Kebudayaan

B Kementerian Belia dan Sukan

C Kementerian Pelancongan

D Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat

6 Antara berikut, yang manakah merupakan

kepentingan perkahwinan dan pembinaan keluarga

dari aspek sosial?

A Memenuhi hasrat keluarga

B Mengelakkan perlakuan sumbang

C Menambahkan ilmu keibubapaan

D Membentuk masyarakat yang bersatu padu

7 Antara berikut merupakan tindakan yang dapat

mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga,

kecuali

A setiap ahli keluarga saling membantu

B berkongsi kegembiraan bersama ahli keluarga

C tidak mencari jalan penyelesaian apabila timbul

konflik dan salah faham antara ahli keluarga

D berbincang sesama ahli keluarga sebelum

membuat keputusan yang melibatkan ahli

keluarga

8 Antara berikut merupakan masalah sosial yang

sering berlaku dalam masyarakat hari ini, kecuali

A lumba haram

B menconteng dinding

C penagihan najis dadah

D penciptaan mesin berteknologi tinggi

• Lahir anak luar nikah

• Maruah keluarga tercemar

9 Keadaan di atas berlaku disebabkan oleh

I ajaran agama dan nilai moral tidak dipatuhi

Page 6: sivikt4

� �

II terlalu mengikut budaya barat tanpa

memikirkan kesannya

III pergaulan bebas antara lelaki dengan

perempuan tanpa batas

IV terdesak kerana ingin mengecapi kehidupan

yang lebih moden

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

10 Apakah tindakan kamu sekiranya ternampak rakan

kamu sedang merosakkan kerusi dan meja sekolah?

A Mendiamkan diri

B Melaporkan kepada guru

C Melaporkan kepada ibu bapanya

D Memberitahu hal tersebut kepada rakan kamu

yang lain

11 Mengapakah operasi seperti Ops Sikap perlu

dijalankan apabila menjelang sesuatu perayaan di

negara kita?

A Peraturan jalan raya tidak diendahkan oleh

pemandu kerana tidak takut disaman

B Pemandu bersuka ria ketika perayaan sehingga

lupa akan keselamatan jalan raya

C Kadar kemalangan bertambah kerana banyak

pemandu mabuk di jalan raya

D Semakin banyak kenderaan, kemungkinan

berlaku kemalangan amat besar

12 Apakah kesan penderaan terhadap mangsa dari segi

emosi?

A Suka menyeksa diri sendiri atau orang lain

B Tidak berminat untuk belajar atau bergaul

dengan orang lain

C Trauma atau fobia terhadap sesuatu penderaan

yang dialami

D Kesan parut, kabur penglihatan, patah tangan

atau terseliuh

13 Antara berikut merupakan norma komuniti yang

dipraktikkan oleh masyarakat di Malaysia, kecuali

A bersalam-salaman ketika bertemu

B tidak membuka kasut ketika memasuki rumah

C pergaulan lelaki dan perempuan yang mengikut

adab ketimuran

D bantu-membantu ketika mengadakan sesuatu

majlis

Pertambahan penduduk di sesebuah negara

dapat membantu memenuhi keperluan tenaga

kerja.

14 Penyataan di atas merupakan kepentingan

berkeluarga dalam aspek

A ekonomi

B keselamatan

C politik

D sosial

15 Antara berikut merupakan amalan tingkah laku

yang tidak sihat dalam sesebuah keluarga, kecuali

A mengancam akan memukul anak-anak

sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan

keluarga

B berfikiran terbuka dan sentiasa berkerjasama

dengan anak-anak dalam perkara yang baik

C mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada

anak-anak

D menghalang anak-anak daripada bergaul

dengan orang lain

Page 7: sivikt4

� �

Pilih jawapan yang betul bagi soalan berikut.

1 Antara berikut, yang manakah merupakan perkara-

perkara yang diperlukan untuk mencapai wawasan

diri?

I Usaha yang cemerlang

II Sikap yang berwawasan

III Mudah putus asa

IV Mempunyai hala tuju

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

Berfikir secara kreatif dan kritis

2 Pernyataan di atas berkaitan dengan perkembangan

diri dari aspek

A rohani

B intelek

C jasmani

D emosi

3 Bagaimanakah cara untuk mengenali individu yang

mempunyai perkembangan diri yang lebih dalam

aspek emosi?

A Penguasaan yang baik dalam kemahiran asas

seperti membaca, menulis dan mengira

B Penguasaan ilmu pengetahuan yang tinggi

C Perasaan kasih sayang yang tinggi

D Tubuh badan yang sihat

4 Antara berikut, yang manakah bukan keperluan

berkeluarga dari aspek sosial?

A Menyediakan pasaran pengguna barang

B Memenuhi keperluan agama

C Mengelakkan berlakunya perbuatan sumbang

D Melahirkan ramai anak untuk menambah

jumlah anggota keluarga

Ibu bapa bertanggungjawab memberikan

pendidikan yang sempurna kepada anak-anak

sama ada secara formal atau tidak formal.

5 Apakah kesan daripada pernyataan di atas kepada

anak-anak?

A Terlibat dalam gejala buli di sekolah

B Terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral

C Melupakan jasa dan pengorbanan ibu bapa

D Menjadi insan yang berguna kepada agama,

bangsa, dan negara

6 Antara berikut, pernyataan manakah yang berkaitan

dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan

Keluarga Negara (LPPKN)?

I Menyediakan perkhidmatan guaman untuk

pasangan suami isteri yang ingin bercerai

II Merancang aktiviti untuk kemajuan dan

pembangunan institusi keluarga

III Menyediakan perkhidmatan bantuan kepada

pasangan suami isteri untuk membina keluarga

yang bahagia

IV Terletak di bawah Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga, dan Masyarakat

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

7 Apakah punca-punca berlakunya masalah sosial

dalam kalangan masyarakat hari ini?

I Terpengaruh dengan ajakan rakan

II Ingin melepaskan tekanan perasaan

III Ketidakstabilan politik

IV Ingin mengejar kemewahan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Page 8: sivikt4

� �

8 Antara berikut, yang manakah bukan masalah

gejala sosial?

A Gengsterisme

B Penderaan

C Pembangunan

D Vandalisme

9 Pilih pernyataan yang benar mengenai masalah

penderaan.

A Penderaan merupakan salah satu cara ibu

bapa menunjukkan kasih sayang terhadap anak-

anak.

B Penderaan akan menyebabkan mangsa

mengalami kecederaan fizikal dan tekanan

emosi.

C Penderaan merupakan salah satu cara terbaik

untuk mendidik anak-anak.

D Penderaan hanya berlaku ke atas golongan

wanita sahaja.

10 Norma komuniti bermaksud

A peraturan dalam masyarakat yang ditetapkan

untuk meninggikan martabat seseorang

B peraturan yang telah ditetapkan oleh nenek

moyang agar kita menjadi insan yang sopan

dan beradab

C peraturan atau tingkah laku yang telah menjadi

kebiasaan dalam sesuatu masyarakat

D peraturan yang menjadi asas kepada undang-

undang negara

11 Kadar kemalangan jalan raya boleh dikurangkan

dengan cara

I umur untuk mendapatkan lesen kereta motor

harus dikurangkan

II penguatkuasaan undang-undang oleh pihak

berkuasa

III perubahan sikap pengguna jalan raya

IV penggunaan kenderaan lama lebih dari 10 tahun

harus dihapuskan

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

12 Antara contoh jenayah juvana ialah

I peras ugut

II lumba haram

III mengintai

IV jenayah seksual

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

• Beragama dan berakhlak

• Mampu menyara keluarga

13 Maklumat di atas penting untuk

A memilih pasangan hidup

B menjadi wakil anggota masyarakat

C menjadi pelajar contoh

D menjadi anak yang berguna

14 Hala tuju bermaksud

A wawasan yang telah dicapai

B halangan yang perlu diatasi bagi mencapai

kejayaan

C jalan yang perlu dilalui untuk sampai ke sesuatu

destinasi

D arah matlamat seseorang individu untuk men-

capai sesuatu yang diinginkan

15 Apakah faktor yang mempengaruhi remaja terlibat

dalam gejala sosial?

I Hubungan kekeluargaan yang erat

II Ketidakprihatinan masyarakat

III Kurangnya didikan agama

IV Sikap ibu bapa yang terlalu liberal

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV