sistem saraf

12
1.0 Pengenalan Kepada Sistem Saraf Sistem saraf bertanggungjawab mengintergrasi dan mengawal semua fungsi sistem badan. Setiap pemikiran, tindak balas dan emosi menunjukkan aktiviti sistem saraf ini. Bagi melakukan peranan yang biasa, sistem saraf mempunyai tiga fungsi. (rajah 1) Sistem ini berkebolehan untuk menerima dan bertindak balas terhadap impuls dari persekitaran dan dalaman serta menghantar impuls ke sistem saraf pusat. Ia mengerakkan berjuta-juta reseptor deria untuk mengesan perubahan yang berlaku di dalam dan luar badan. Perubahan ini dikenali sebagai stimuli. Impuls saraf dihantar dari satu neuron ke neuron yang lain dalam perjalanannya ke sistem saraf pusat. Rajah 1.1 Fungsi sistem saraf

Upload: hafizuddin

Post on 11-Jan-2016

180 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1 sistem saraf.docx

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Saraf

1.0 Pengenalan Kepada Sistem Saraf

Sistem saraf bertanggungjawab mengintergrasi dan mengawal semua fungsi sistem

badan. Setiap pemikiran, tindak balas dan emosi menunjukkan aktiviti sistem saraf ini.

Bagi melakukan peranan yang biasa, sistem saraf mempunyai tiga fungsi. (rajah 1)

Sistem ini berkebolehan untuk menerima dan bertindak balas terhadap impuls dari

persekitaran dan dalaman serta menghantar impuls ke sistem saraf pusat. Ia

mengerakkan berjuta-juta reseptor deria untuk mengesan perubahan yang berlaku di

dalam dan luar badan. Perubahan ini dikenali sebagai stimuli. Impuls saraf dihantar dari

satu neuron ke neuron yang lain dalam perjalanannya ke sistem saraf pusat.

Rajah 1.1 Fungsi sistem saraf

Input deria ialah maklumat-maklumat yang terkumpul dari stimuli (1). Integrasi

memproses dan mengintepretasikan maklumat input deria serta membuat keputusan

tentang tindak balasnya seterusnya pada masa itu (2). Selepas itu, motor output

mengaktifkan otot dan kelenjar (3). Walau bagaimanapun, sistem saraf tidak berfungsi

sendiri untuk mengawal dan mengimbangkan homeostasis badan, malah ia

memerlukan sistem endokrine bagi proses homeostasis ini. Sistem endokrine

menghasilkan hormon yang mengalir dalam darah berdasarkan sistem saraf.

Page 2: Sistem Saraf

1.1 Klasifikasi Sistem Saraf

Sistem saraf boleh dibahagi kepada dua bahagian berdasarkan struktur dan fungsinya.

Bagi klasifikasi struktural sistem saraf terbahagi kepada sistem saraf pusat dan sistem

saraf periferi. Sistem saraf pusat mengandungi otak dan saraf tunjang. Sistem saraf

periferi pula terdiri daripada saraf kranial, saraf spinal dan ganglia. Saraf spinal

membawa impuls dari dan ke saraf tunjang. Manakala, saraf cranial membawa impuls

dari dan ke otak. Saraf-saraf ini berfungsi sebagai talian komunikasi. Ia

menghubungkan kesemua bahagian badan dengan membawa impuls dari deria

reseptor ke CNS dan dari CNS ke kelenjar dan otot yang sesuai.

Klasifikasi fungsional pula hanya melibatkan sistem saraf periferi. Klasifikasi ini

membahagikan sistem saraf periferi kepada sistem sensori atau aferen dan sistem

motor atau eferen. Sistem motor atau eferen ini pula terbahagi kepada sistem saraf

somatik dan sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik membolehkan kita

mengawal otot rangka dan dikenali sebagai voluntary nervous system. Sistem saraf

autonomik mengawal tindakan automatik atau involuntary, seperti otot licin dan otot

kardiak. Sistem saraf autonomic terbahagi kepada parasympathetik dan sympathetic

yang membawa kesan yang bertentangan.

Rajah 1.2 Organisasi sistem saraf

Page 3: Sistem Saraf

Rajah 1.3 Gambar rajah sistem saraf

2.0 Tisu Neural

2.1 Neuroglia

Sel saraf yang berfungsi untuk menyokong atau menguatkan lagi sel neuron. Setiap

jenis neuroglia yang dipanggil sebagai glia atau glial sel mempunyai fungsi khas. Glia

sistem saraf pusat terdiri daripada astrocyte, sel microglial, sel ependymal dan sel

oligodendrocyte. Glial sistem saraf periferi terdiri daripada sel Schwann dan sel satellite.

Walaupun, struktur glia serupa neuron tetapi ia tidak dapat menghantar impuls saraf.

Selain itu, glia tidak pernah hilang keupayaan untuk membahagi. Sebanyakan tumor

otak merupakan gliomas ataupun tumor terbentuk oleh sel glial

Rajah 2.1 Organisasi sel glial bagi saraf tisu

Page 4: Sistem Saraf

Rajah 2.2 Sel glial bagi saraf tisu

Sel Glial Fungsi

Sistem Saraf Pusat

(a) Sel Microglia Berfungsi sebagai spiderlike phagocytes yang memakan tisu

otot yang telah mati termasuk sel-sel otak yang mati dan

bakteria.

(b) Sel

Oligodendrocyte

Membalut sambungan mendatar dengan ketat desekeliling

gentian saraf, dan menghasilkan fatty insulating coverings

yang dipanggil myelin sheath.

(c) Astrocyte Membentuk satu living barrier antara kapilari darah dan

neuron serta memainkan peranan dalam pertukaran bahan

antara kedua-dua.

Membantu untuk melindungi neuron dari bahan yang

berbahaya yang mungkin terdapat dalam darah.

Page 5: Sistem Saraf

Membantu mengawal persekitaran kimia yang terdapat di

dalam otak.

(d) Sel Ependymal Sel-sel glial ini berbaris di rongga pusat otak dan saraf

tunjang. Degupan cilia membantu untuk peredaran cecair

cerebrospinal yang memenuhi rongga dan menghasilkan

perlindungan mengelilingi sistem saraf pusat.

Sistem Saraf Periferi

(a) Sel Schwann Menghasilkan myelin sheath mengelilingi serat fiber yang

terdapat di sistem saraf periferi.

(b) Sel satellite Bertindak sebagai sel pelindung.

Rajah 2.3 Fungsi sel glial

Neuron

Rajah 2.4 Struktur neuron

Neurons juga dikenali subagai sel saraf, yang menghantar mesej (nerve impulse) dari

satu bahagian tubuh badan ke lain. Walaupun, neurons secara strukturnya berbeza, ia

mempunyai banyak ciri biasa. Kesemua neuron mempunyai badan sel atau cell body

yang berfungi sebagai pusat metabolisme dan mengandungi nucleus.

Sel saraf mungkin mempunyai seratus cabang dendrites bergantung kepada jenis sel

saraf tetapi hanya mempunyai satu axon sahaja. Kesemua cawangan axon mempunyai

Page 6: Sistem Saraf

beratus atau berjuta axon terminal pada penghujungnya. Terminal ini mempunyai

beratus tiny vesicles atau membranous sacs, yang mengandungi kandungan kimia

yang dikenali sebagai neurotransmitters. Setiap axon terminal terbahagi dari neuron

yang lain disebabkan ruang yang terpencil antara neuron yang dikenali sebagai

synaptic cleft. Walaupun rapat, neuron sebenarnya tidak menyentuh neuron yang lain.

Myelin sheaths, tisu saraf yang terpanjang diselaputi dengan whitish, fatty minerals

yang dikenali sebagau myelin. Axons di luar sistem saraf pusat myelinated oleh sel

Schwann. Sel ini membalutm diri sendiri mengelilingi axon dalam jelly-roll fashion. Pada

mulanya, sel membrane ini longgar tetapi cytoplasm sel Schwann secara beransur-

ansur memasuk dalam lapisan membrane. Selepas proses pembalutan, satu gegelung

yang ketat akan terbentuk, myelin sheath. Luaran myelin sheath dipanggil sebagai

neurilemma. Tisu myelinated terdapat di sistem saraf pusat juga.

Rajah 2.5 Perhubungan sel Schwann ke axon di dalam sistem saraf periferi

Klasifikasi struktur sel saraf

Page 7: Sistem Saraf

Neuron dapat diklasifikasikan menurut bentuknya atas neuron unipolar, bipolar dan

multipolar

Neuron unipolar hanya mempunyai satu serabut yang dibagi menjadi satu cabang

sentral yang berfungsi sebagai satu akson dan satu cabang periferi yang berguna

sebagai dendrite. Jenis neuron ini merupakan neuron-neuron sensorik saraf periferi

(misalnya, sel-sel ganglion cerebrospinalis)

Neuron bipolar mempunyai dua serabut, satu dendrite dan satu axon. Jenis neuron ini

dijumpai dalam epithel olfaktorius, dalam retina mata dan dalam telinga dalam

Neuron multipolar mempunyai beberapa dendrite dan satu axon. Jenis neuron ini

merupakan yang paling sering dijumpai pasa sistem saraf pusat.

Rajah 2.6 Klasifikasi neuron

Neurofisiologi

Page 8: Sistem Saraf

Komponen listrik dari transmisi saraf menangani transmisii impuls sepanjang neuron.

Permabiliti membrane sel neuron terhadap ion natrium dan kalium bervarisasi dan

dipengaruhi oleh perubahan kimia serta listrik dalam neuron tersebut. Dalam keadaan

rehat, permabiliti membrane sel menciptakan kada kalium yang tinggi dan kadar

natrium sel dalaman yang rendah, pada kadar natrium sel luaran yang tinggi. Impuls

listrik timbul oleh pemisahan muatan akibat perbezaan kadar ion sel dalaman dan sel

luaran yang dibatasi oleh membrane sel.

Rajah 2.7 Komunikasi neuron di synapse

kimia

Page 9: Sistem Saraf

Polarized

Keadaan listrik pada membrane

polarized. Sel luaran mempunyai lebih

banyak ion natrium, sebaliknya sel

dalaman mempunyai banyak sel kalium.

Membrane dalam keadaan relative

impermeable terhadap kedua-dua ion.

Stimulus

Potensial membrane polarized berubah

dengan adanya stimulus. Ion natirum

masuk de dalam sel dalaman dengan

cepat. Pembentukan potensial aksi pada

tempat perangsangan.

Depolarisasi

Jika stimulusnya cukup kuat, potensial

aksi akan dialirkan secara cepat ke

sepanjang membrane sel.

Repolarisasi

Potensial polarized kembali berlaku. Ion

kalium keluar dari sel dalaman dan

permealiti membrane berubah kembali.

Pemulihan keadaan negatif akan terjadi

di dalam sel dan positif diluar sel.