sistem saraf

8
Sistem Saraf Sistem saraf bertanggungjawab mengintergrasi dan mengawal semua fungsi system badan. Sistem ini berkebolehan untuk menerima dan bertindak balas terhadap impuls dari persekitaran dan internal serta menghantar impuls ke sistem saraf pusat. Impuls saraf dihantar dari satu neuron ke neuron yang lain dalam perjalanannya ke sistem saraf pusat. Klasifikasi sistem saraf Sistem saraf boleh dibahagi kepada dua bahagian berdasarkan struktur dan fungsinya. Bagi klasifikasi struktural sistem saraf terbahagi kepada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Sistem saraf pusat mengandungi otak dan saraf tunjang. Sistem saraf periferi pula terdiri daripada saraf kranial, saraf spinal dan ganglia. Klasifikasi fungsional pula hanya melibatkan sistem saraf periferi. Klasifikasi ini membahagikan sistem saraf periferi kepada sistem sensori atau aferen dan sistem motor atau eferen. Sistem motor atau eferen ini pula terbahagi kepada sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomic

Upload: mohd-ekhzan

Post on 30-Jun-2015

426 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Saraf

Sistem saraf

Sistem saraf pusat

otak

Saraf tunjang

Sistem saraf periferiSistem sensori

( Sistem aferen )

Sistem motor( Sistem eferen )

Sistem sarafsomatik

Sistem sarafautonomik

Sistem Saraf

Sistem saraf bertanggungjawab mengintergrasi dan mengawal semua fungsi system

badan. Sistem ini berkebolehan untuk menerima dan bertindak balas terhadap impuls

dari persekitaran dan internal serta menghantar impuls ke sistem saraf pusat. Impuls

saraf dihantar dari satu neuron ke neuron yang lain dalam perjalanannya ke sistem

saraf pusat.

Klasifikasi sistem saraf

Sistem saraf boleh dibahagi kepada dua bahagian berdasarkan struktur dan fungsinya.

Bagi klasifikasi struktural sistem saraf terbahagi kepada sistem saraf pusat dan sistem

saraf periferi. Sistem saraf pusat mengandungi otak dan saraf tunjang. Sistem saraf

periferi pula terdiri daripada saraf kranial, saraf spinal dan ganglia. Klasifikasi fungsional

pula hanya melibatkan sistem saraf periferi. Klasifikasi ini membahagikan sistem saraf

periferi kepada sistem sensori atau aferen dan sistem motor atau

eferen. Sistem motor atau eferen ini pula terbahagi kepada sistem saraf

somatik dan sistem saraf autonomic

Rajah 1 : klasifikasi sistem saraf

Page 2: Sistem Saraf

Sistem saraf pusat

Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang yang terletak pada kaviti

dorsal badan. Sistem ini berperanan sebagai pusat intergrasi dan kawalan system

saraf.

Otak

Terdiri daripada Otak Besar (serebrum), Otak Kecil (serebelum), Sumsum Sambung

(medulla oblogata) dan Hipotalamus

Rajah 2: gambarajah otak manusia

Page 3: Sistem Saraf

Rajah 3 : gambarajah keratan otak manusia

Otak Besar (serebrum)

Antara fungsi serebrum ialah menerima utusan saraf/impuls dan menafsir impuls.

Serebrum juga berfungsi sebagai Pusat intelek, ingatan, kewarasan dan pertimbangan.

Selain itu, ia juga berfungsi sebagai Pusat kawalan pergerakan (kaki,tangan,muka dan

lidah), Pusat kawalan pertuturan dan Pusat kawalan deria

(penglihatan,pendengaran ,bau, sentuhan,suhu dan tekanan)

Otak Kecil (serebelum)

Serebelum Merupakan fungsi utama dalam koordinasi gerakan otot yang terjadi secara

sedar. Ia juga berfungsi untuk menyelaras pergerakan badan serta Mengawal

keseimbangan badan

Page 4: Sistem Saraf

Medulla Oblogata (menyambung saraf tunjang ke otak)

Medulla oblongata Mengawal fungsi automatik tubuh badan (tindakan luar kawal).

Antara fungsi medulla oblongata ialah mengawal Kadar denyutan jantung, Kadar

respirasi ,Kadar peristalsis, Pengembangan & pengecutan salur darah Batuk,bersin ,

muntah dan berkelip.

Hipotalamus

Hipotalamus berfungsi Mengawal suhu badan, Keseimbangan air dalam badan,

Tekanan darah,emosi serta Penguraian karbohidrat, dan lemak

Saraf Tunjang

Saraf tunjang Bermula dari medula oblogata hingga ke hujung ruangan tulang

belakang. ia Mengalir melalui salur neural dan dilindungi oleh tulang belakang. Saraf tunjang

berfungsi Menghubungkan otak ke seluruh anggota badan dan sebagai Pusat tindakan

pantulan.

Rajah 4: gambarajah saraf tunjang

Page 5: Sistem Saraf

Medulla oblogata

Rajah 5: gambarajah saraf pusat

saraf

serebrum

serebellum

Page 6: Sistem Saraf

Sistem saraf periferi

Sistem ini terdiri dari saraf-saraf unjuran dari otak dan saraf tunjang. Saraf-saraf sensori

(aferen) membawa impuls dari reseptor sensori pelbagai bahagian tubuh ke sistem

saraf pusat sementara saraf motor (eferen) membawa impuls dari sistem saraf pusat ke

organ-organ, otot-otot dan kelenjar untuk menghasilkan sesuatu perlakuan.

Sistem saraf periferi boleh diklasifikasikan kepada system saraf somatik dan

sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik membolehkan kawalan otot-otot rangka.

Sistem saraf autonomik mengawal atur aktiviti-aktiviti otot-otot kardiak dan licin serta

kelenjar yang di luar kawalan.

Rajah 6: gambarajah arka refleks

Sumber: Hall, S.H.(2003), Basic Bi omechanics, 4th ed. , McGraw Hill

Afektor

ReseptorNeuron eferon

Neuron aferen

Sinaps

Page 7: Sistem Saraf