sistem pemerhatian smarttrack bagi telefon gps...

24
SISTEM PEMERHATIAN SMARTTRACK BAGI TELEFON GPS DAN KEKOTAK PENJEJAKAN YEE JIA WEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lamthien

Post on 01-Apr-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SISTEM PEMERHATIAN SMARTTRACK BAGI TELEFON GPS DAN

KEKOTAK PENJEJAKAN

YEE JIA WEN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ii

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : SISTEM PEMERHATIAN SMARTTRACK BAGI TELEFON GPS DAN KEKOTAK PENJEJAKAN

SESI PENGAJIAN: 2004/2005

Saya YEE JIA WEN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 5988, KUALA INA CIK MARINA BINTI ARSHAD 73000 TAMPIN, MELAKA. Tarikh: 30 MAC 2005 Tarikh: 30 MAC 2005 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer”

Tandatangan : ........................................................

Nama Penyelia : CIK MARINA BINTI ARSHAD

Tarikh : 26 MAC 2005

SISTEM PEMERHATIAN SMARTTRACK BAGI TELEFON GPS DAN

KEKOTAK PENJEJAKAN

YEE JIA WEN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

Sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

dan Sistem Maklumat

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2005

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .............................................

Nama : YEE JIA WEN

Tarikh : 26 MAC 2005

iii

Untuk ayah dan ibu tersayang

iv

PENGHARGAAN

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

merakamkan jutaan terima kasih kepada semua AJK PSM, penyelia projek saya iaitu

Cik Marina Md. Arshad yang telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan

bimbingan kepada saya sepanjang tempoh penyediaan projek ini.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa saya.

Tanpa doa dan semangat mereka, tidak mungkin saya mampu menyiapkan projek ini

dengan sebaik-baiknya dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Akhir sekali, tidak lupa juga saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-

rakan seperjuangan saya atas dorongan dan bantuan yang diberikan kepada saya

dalam menyiapkan projek ini.

v

ABSTRAK

Global Positioning System(GPS) merupakan sistem yang digunakan untuk

mendapatkan lokasi mana-mana objek di permukaan bumi dengan 24 satelit. Tanpa

sistem pemerhatian, pengguna adalah sukar untuk menganalisa hasil penjejakan

kenderaan. Sistem Pemerhatian SmartTrack bagi telefon GPS dan kekotak

penjejakan disediakan fungsi panduan GPS dan peta. Sistem ini dibangunkan untuk

menjejaki dan memerhatikan kenderaan yang disertakan kekotak penjejakan dan

pengguna telefon GPS. Objektif sistem ini adalah untuk menyediakan sistem

pemerhatian yang ramah pengguna, membolehkan pengguna memerhatikan

kenderaan dan pengguna dengan mudah, menyediakan laporan yang berguna dengan

data penting dalam masa yang singkat, dan cara pengumpulan data yang lebih

sistematik. Metodologi yang digunakan untuk membangunkan sistem pemerhatian

ini ialah RAD iaitu pembangunan aplikasi pantas. Metodologi ini terbahagi kepada 6

fasa yang utama iaitu fasa perancangan, fasa analisa keperluan, fasa rekabentuk, fasa

pembangunan prototaip, fasa penilaian dan pengujian dan fasa implementasi. Sistem

ini banyak membantu dalam menjejaki dan memerhatikan kedudukan semasa

seseorang dan pergerakan kenderaan dengan bantuan peta digital. Di samping itu,

sistem ini turut membantu dalam meningkatkan keselamatan kita dan aset kita.

vi

ABSTRACT

Global Positioning System is an system with 24 satellites to locate any object

on earth. SmartTrack Monitoring System for GPS Phone and Tackbox is equipped

with a Global Positioning System (GPS) navigator and maps. Without monitoring

system, it is hard for user to analyze the vehicle tracking. The system is developed to

keep track and monitor the vehicles attached with Trackbox and the GPS phone

users. Objectives of this system is to provide a user friendly monitoring system,

allow users to monitor vehicles and people easily, provide helpful report with some

important data in very short time and more systematic information gathering

methods. Methodology of this system is RAD(Rapid Application Development).

This methodology divided into six phases, which are planning phase, requirement

analysis phase, design phase, valuation and testing phase and implementation phase.

This system helped a lot in observing and keeping track of somebody and vehicles

with the digital map.Besides that, SmartTrack Monitoring System is able to improve

the security of ourself and our property.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI ISTILAH xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah 2

1.3 Matlamat Projek 3

1.4 Objektif Projek 3

1.5 Skop Projek 4

1.6 Kewajaran Projek 5

viii

2 KAJIAN LATAR BELAKANG

2.1 Sejarah Perkembangan Pemanduan dan

GPS

6

2.2 Cara GPS berfungsi 8

2.3 Segmen-segmen GPS 9

2.4 Aplikasi GPS 12

2.5 Sejarah Benefon 14

2.6 Bidang Kegunaan Produk Benefon 17

2.7 Sistem Pemerhatian Yang Sedia Ada 19

2.8 Perbandingan antara Sistem Lama

dengan Perisian yang Telah

Dibangunkan

27

2.9 Rumusan 29

3 METODOLOGI PROJEK

3.1 Pengenalan 30

3.2 Kewajaran Pemilihan Metodologi 31

3.3 Metodologi Pembangunan Aplikasi

Pantas

31

3.4 Keperluan Perkakasan dan Perisian 35

3.4.1 Keperluan Perkakasan 35

3.4.2 Keperluan Perisian 36

3.5 Rumusan 36

4 HASIL ANALISIS DAN REKABENTUK

4.1 Pengenalan 37

4.2 Rajah Kes Guna 38

4.2.1 Pengguna Telefon GPS 38

ix

4.2.2 Pentadbir Sistem 40

4.3 Rajah Jujukan 42

4.3.1 Rajah Jujukan bagi Pentadbir

Sistem

42

4.3.2 Rajah Jujukan bagi Pengguna

Telefon GPS

44

4.4 Spesifikasi Keperluan 45

4.4.1 Keperluan Pengguna 46

4.4.2 Keperluan Kefungsian 47

4.4.3 Keperluan Bukan Kefungsian 47

4.5 Rekabentuk Keseluruhan Sistem 48

4.5.1 Justifikasi Rekabentuk

Keseluruhan Sistem

50

4.6 Rekabentuk Senibina Sistem 51

4.6.1 Gambaran Senibina Sistem

Pemerhatian SmartTrack

51

4.6.2 Rekabentuk Modul 52

4.7 Rekabentuk Pangkalan Data 54

4.8 Rekabentuk Antaramuka 55

5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN 56

5.1 Pengenalan 56

5.2 Persekitaran Pembangunan 56

5.3 Implementasi Sistem Pemerhatian

SmartTraack

57

5.3.1 Pendaftaran Kenderaan 57

5.3.2 Penjejakan dan Paparan

Kedudukan Kenderaan

58

5.4 Modul-modul Sistem 60

5.4.1 Modul Log Masuk 61

5.4.2 Modul Pengurusan Kenderaan 61

x

5.4.3 Modul Sambungan Modem

GSM

64

5.4.4 Modul Papar Maklumat 67

5.4.5 Modul Menetapkan Titik

Tempat

71

5.4.6 Modul Menggerakkan Peta 73

5.4.7 Mendapatkan Kedudukan

dalam Unit Darjah dan Minit

75

5.5 Pengujian Sistem 77

5.5.1 Pengujian Kekotak Hitam 77

5.5.2 Pengujian Integrasi 80

5.5.3 Pengujian Keseluruhan 80

5.6 Rumusan 80

6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 81

6.1 Pencapaian Projek 81

6.2 Kekangan Sistem 82

6.3 Cadangan Pembaikan Projek 83

6.4 Kesimpulan 84

RUJUKAN 86

LAMPIRAN A-C 88-100

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbandingan antara sistem lama dengan 28

perisian yang telah dibangunkan

3.1 Enam Fasa utama metodologi RAD 33

5.1 Pengujian Kekotak Hitam 78

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Persilangan Tiga Satelit 9

2.2 Stesen Tapak Utama 11

2.3. Antaramuka OziExplorer 20

2.4 Antaramuka AutoDESPATCH 21

2.5 Antaramuka Beneprotect 23

2.6 Antaramuka Shadow Tracker Profesional 25

2.7 Antaramuka utama sistem lama 26

3.1 Metodologi RAD sebagai proses pembangunan berulangan 33

4.1 Peranan Pengguna Telefon GPS 39

4.2 Peranan Pentadbir Sistem 40

4.3 Rajah jujukan bagi pentadbir sistem log masuk 43

4.4 Rajah jujukan bagi pentadbir sistem memilih fungsi 43

4.5 Rajah jujukan bagi pentadbir sistem membaca laporan 44

4.6 Rajah jujukan bagi pengguna menghantar mesej 45

4.7 Rekabentuk Keseluruhan Sistem Pemerhatian SmartTrack 50

4.8 Modul-modul utama sistem 52

4.9 Antaramuka utama Sistem Pemerhatian SmartTrack 55

5.1 Langkah-langkah pendaftaran kenderaan 57

5.2 Langkah-langkah paparan kedudukan kenderaan 59

5.3 Pengesahan pengguna 61

5.4 Kelas vehiclePropertyInfo 62

5.5 Menyimpan maklumat kenderaan 62

5.6 Menghasilkan kumpulan kenderaan yang baru 63

5.7 Menghapuskan kumpulan kenderaan 63

5.8 Fungsi accessPort( ) 65

xiii

5.9 Membaca mesej yang diterima 66

5.10 Perlaksanaan koman AT 67

5.11 Pertukaran mesej daripada bentuk heksadesimal kepada binari 68

5.12 Pertukaran mesej daripada bentuk binari kepada rentetan aksara 69

5.13 Bentuk mesej yang belum dibahagikan 69

5.14 Pembezaan mesej yang diterima mengikut jenis mesej 70

5.15 Pembahagian mesej kepada bahagian-bahagian tertentu 70

5.16 Paparan mesej dalam dua jadual 71

5.17 Menetapkan kursor dan nilai valueWP 72

5.18 Menetapkan titik tempat pada panel 73

5.19 Fungsi setLocation( ) 74

5.20 Fungsi moveit( ) dalam kelas Panner 75

5.21 Fungsi getPositionNE( ) 76

xiv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN PERKATAAN PENUH

GPS Global Positioning System

GSM Global System for Mobile communications

MPTP Mobile Phone Telematics Protocol

RAM Random Access Memory

UML Unified Modeling Language

RAD Rapid Application Development

JAI Java Advanced Imaging

PDU Protocol Data Unit

xv

SENARAI ISTILAH

BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS

Sistem Pengoperasian Operating System

Kursor Cursor

Penetapan Setting

Sulit / Nyahsulit Encrypt / Decrypt

Sistem Kedudukan Global Global Positioning System

Kekotak Jejakan Trackbox

Unit Pemprosesan Pusat Center Processing Unit

Cakera Keras Hard Disk

Antaramuka Interface

Prosidur Prosidure

Fasa Phase

Sistem Pemerhatian Monitoring System

Titik Tempat Waypoint

Pemanduan Navigation

Log masuk Login

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta Gantt Projek 87

B Setup dan Konfigurasi 90

C Manual Pengguna Sistem 93

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sistem Kedudukan Global (GPS) merupakan sistem yang menggunakan dua

puluh empat satelit untuk mendapatkan lokasi mana-mana objek di permukaan bumi.

Dengan menggabungkan teknologi Kedudukan dengan sistem komuikasi, Sistem

Pemerhatian SmartTrack bagi Telefon GPS dan Kekotak Penjejakan telah dihasilkan

dengan matlamat menjaga keselamatan aset dan meningkatkan bidang pengurusan

dalam syarikat pengangkutan.

Tanpa sistem pemerhatian SmartTrack, pentadbir sistem syarikat

pengangkutan akan menghadapi banyak masalah dalam menjejaki kenderaan.

Misalnya kekeliruan berlaku apabila menjejaki banyak kenderaan dalam satu masa,

tidak dapat menggambarkan kedudukan semasa kenderaan secara jelas, dan tidak

dapat menyimpan rekod jejakan kenderaan dengan baik.

Untuk memudahkan pengguna dan meningkatkan keberkesanan produk GPS,

Sistem Pemerhatian SmartTrack telah dibangunkan untuk menjejaki dan

memerhatikan kenderaan yang disertakan kekotak penjejakan dan pengguna telefon

GPS.

Sistem Pemerhatian SmartTrack ini menggunakan modem GSM untuk

berkomunikasi dengan telefon GPS Benefon. Telefon GPS Benefon mempunyai

fungsi GPS yang biasa misalnya dapat mengenalpasti kedudukan semasa, kelajuan

2

dan arah tujuan kenderaan. Untuk menjejaki kedudukan sesuatu kenderaan, mesej

kedudukan semasa bagi kenderaan perlu didapatkan daripada telefon GPS tersebut.

Dengan adanya mesej kedudukan ini, sistem ini dapat menunjukkan

kedudukan semasa kenderaan dalam peta digital dan menyediakan antaramuka yang

ramah pengguna bersama pelbagai fungsi yang berguna.

Antara fungsi yang disediakan ialah menyusun maklumat penjejakan

kenderaan dalam jadual, membenarkan pengguna mewakilkan dan membahagikan

kenderaan kepada kumpulan tertentu, serta penetapan-penetapan kenderaan seperti

memberitahu pengguna apabila kenderaan melebihi kelajuan tertentu.

1.2 Pernyataan Masalah

Untuk menjejaki dan memerhatikan pergerakan objek di permukaan bumi,

pelbagai produk Benefon khususnya telefon GPS dan kekotak penjejakan telah

dihasilkan, tetapi kekurangan sistem pemerhatian yang lengkap akan menyebabkan

penjejakan objek kurang berkesan terutamanya dalam menjaga keselamatan individu

dan harta benda.

Pergerakan kenderaan dan kedudukan semasa seseorang juga tidak dapat

digambarkan dengan jelas dan tepat dengan hanya menggunakan telefon GPS dan

kekotak penjejakan. Oleh itu, keselamatan aset tidak dapat ditingkatkan.

Tanpa sistem pemerhatian yang baik, pengumpulan maklumat misalnya

kedudukan semasa seseorang, kelajuan semasa kenderaan dan status bateri

merupakan masalah yang amat besar bagi pegguna produk GPS kerana kerja-kerja

pengumpulan data ini tidak dapat dilakukan dengan sistematik melalui cara manual.

3

Tanpa sistem pemerhatian, keselamatan data dan simpanan fail juga tidak

dapat dijaga dengan baik terutamanya bagi syarikat yang menjejaki banyak

kenderaan pada satu masa. Rujukan masa depan susah dilakukan kerana

penyimpanan data tidak dilakukan secara teratur dan tersusun.

Tanpa bantuan sistem pemerhatian, pengguna adalah sukar untuk

menganalisa hasil penjejakan kenderaan kerana tidak mempunyai satu laporan

keseluruhan penjejakan. Misalnya bagi syarikat pengangkutan, mereka ingin tahu

bahawa bilakah lori yang membawa stok akan sampai ke suatu destinasi. Tanpa

laporan penjejakan ini, adalah sukar untuk mereka menjangka masa ketibaan lori itu.

1.3 Matlamat Projek

Membangunkan satu sistem pemerhatian bagi telefon GPS dan kekotak

penjejakan yang melibatkan komunikasi modem GSM dalam persekitaran sistem

pengoperasian Windows untuk memudahkan penjejakan kenderaan.

1.4 Objektif Projek

Objektif projek ini adalah:

i) Menjanakan laporan dalam masa yang singkat berpandukan maklumat

diperolehi supaya pengguna dapat membuat keputusan yang penting.

Misalnya pegawai syarikat bas boleh mengambil tindakan sewajarnya

apabila mengetahui basnya melebihi kelajuan atau menghala ke arah

yang salah.

4

ii) Membolehkan syarikat pengangkutan menjejaki dan memerhatikan

pergerakan kenderaan kegunaan syarikat dalam peta digital dengan

lebih jelas..

iii) Menjadikan pengumpulan maklumat lebih sistematik dengan

memaparkan data-data penting dalam bentuk jadual terutamanya

apabila menjejaki banyak kenderaan dalam satu masa.

iv) Menjaga keselamatan data dengan menyimpan semua data-data

penting dalam fail secara tersusun untuk rujukan masa depan.

1.5 Skop Projek

Skop projek ini adalah:

i) Penjejakan kenderaan hanya dilakukan pada selatan Semenanjung

Malaysia yang merangkumi Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan

Johor.

ii) Sistem ini hanya menerima mesej penjejakan daripada telefon GPS

Benefon dalam bentuk PDU (Protocol Data Unit) dan menggunakan

protokol MPTP (Mobile Phone Telematic Protocol).

iii) Sistem ini hanya menggunakan modem GSM dalam komunukasi

sistem dengan telefon GPS Benefon.

iv) Sistem ini dibangunkan dengan bahasa pengaturcaraan JAVA.

5

v) Sistem ini hanya membenarkan pengguna menerima amaran apabila

kenderaan melebihi kelajuan tertentu atau berada dalam lingkugan

kawasan tertentu.

1.6 Kewajaran Projek

Projek ini dipilih kerana penggabungan teknologi GPS dengan sistem

komunikasi dapat meningkatkan keberkesanan penjejakan dan sistem pemerhatian

ini merupakan sistem yang berkesan dan memudahkan pengguna dalam menjejaki

pergerakan kenderaan dengan bantuan peta digital.

Sistem pemerhatian ini penting dalam menggambarkan kedudukan kenderaan

secara jelas dan tepat dalam peta digital. Maka pentadbir sistem dapat menjejaki

kedudukan kenderaan dengan mudah dan keselamatan aset juga dapat ditingkatkan.

Dengan adanya Sistem Pemerhatian SmartTrack, pengumpulan dan

penyimpanan maklumat penjejakan dapat dilakukan dengan rapi dan tersusun. Ini

secara langsungnya dapat mengurangkan ralat dalam penjejakan kenderaan dan

seterusnya meningkatkan keberkesanan penjejakan kenderaan.

Sistem Pemerhatian SmartTrack dapat memastikan keselamatan data dengan

kaedah penyimpanan maklumat yang tersusun dan baik. Rujukan masa depan dapat

dilakukan dengan pantas dan mudah kerana maklumat penjejakan disusun dengan

baik.

Sistem ini juga menghasilkan laporan keseluruhan bagi penjejakan kenderaan

yang telah dilakukan. Melalui laporan ini, pentadbir sistem dapat mengetahui sejarah

kedudukan kenderaan sepanjang penjejakan dan ini amat membantu dalam

menjangka masa yang diperlukan bagi kenderaan untuk sampai ke suatu destinasi.