sistem kewangan islam dan sistem kewangan konvensional

6
sistem kewangan islam dan sistem kewangan konvensional contoh amalan riba pada masa kini pinjaman wang daripada ah long Apabila seorang yang memerlukan pinjaman bagi memenuhi keperluan hariannya seperti makan dan sebagainya, maka cara paling mudah ialah membuat pinjaman daripada mereka yang kaya dan mempunyai wang yang banyak. Mereka yang kaya pula tidak rela untuk memberi bantuan secara sukarela tanpa sebarang imbuhan. Sebaliknya meletakkan syarat bahawa semasa memulangkan pinjaman tersebut, maka perlu dibayar dengan jumlah yang lebih besar sebagai satu bentuk imbuhan kepada pemberi pinjaman. Manakala peminjam pula, kerana kesempitan hidup terpaksa menerima syarat yang dikenakan oleh pemberi pinjaman meskipun ianya menambah beban yang terpaksa ditanggung olehnya. Si kaya bertambah kaya tetapi ianya terhasil dari kesusahan dan penderitaan orang lain. Amat jelas di sini bahawa terdapat unsur- unsur kezaliman dan penindasan secara halus terhadap peminjam. Jelas sekali tambahan yang berlaku dalam transksi ini amat patut diharamkan kerana ianya menjadi punca ketidakadilan dalam masyarakat. impak negative dari amalan riba -menyusahkan peminjam kerana terpaksa membayar lebih daripada jumlah pinjaman yang sebenar -menzalimi diantara satu sama lain.hal ini kerana peminjam akan mendapat kerugian kerana kadar bayaran semula adalah lebih tinggi dan pemberi pinjaman akan mendapat keuntungan kerana mendapat bayaran semula daripada peminjam dengan kadar yang lebih. -mengikis sifat kemanusiaan .contohnya,apabila bayaran yang mempunyai riba tidak diselesaikan dalam tempoh masa yang disyaratkan,ianya akan dituntut oleh pemberi pinjaman dengan cara yang kasar seperti memukul,membunuh,merogol anak atau isteri peminjam dan pelbagai lagi kekasaran yang dilakukan. -menciptakan ekonomi suatu negara menjadi goyah dan tidak stabil. serta akan terjadi inflasi didalam sistem kewangan Negara dan ini akan menimbulkan keadaan huru-hara diantara rakyat serta masalah sosial serta kadar penganggur akan meningkat.

Upload: mohamad-hafiz

Post on 30-Jun-2015

254 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: sistem kewangan islam dan sistem kewangan konvensional

sistem kewangan islam dan sistem kewangan konvensional

contoh amalan riba pada masa kini

pinjaman wang daripada ah long

Apabila seorang yang memerlukan pinjaman bagi memenuhi keperluan hariannya seperti makan dan sebagainya, maka cara paling mudah ialah membuat pinjaman daripada mereka yang kaya dan mempunyai wang yang banyak. Mereka yang kaya pula tidak rela untuk memberi bantuan secara sukarela tanpa sebarang imbuhan. Sebaliknya meletakkan syarat bahawa semasa memulangkan pinjaman tersebut, maka perlu dibayar dengan jumlah yang lebih besar sebagai satu bentuk imbuhan kepada pemberi pinjaman. Manakala peminjam pula, kerana kesempitan hidup terpaksa menerima syarat yang dikenakan oleh pemberi pinjaman meskipun ianya menambah beban yang terpaksa ditanggung olehnya. Si kaya bertambah kaya tetapi ianya terhasil dari kesusahan dan penderitaan orang lain. Amat jelas di sini bahawa terdapat unsur-unsur kezaliman dan penindasan secara halus terhadap peminjam. Jelas sekali tambahan yang berlaku dalam transksi ini amat patut diharamkan kerana ianya menjadi punca ketidakadilan dalam masyarakat.

impak negative dari amalan riba

-menyusahkan peminjam kerana terpaksa membayar lebih daripada jumlah pinjaman yang sebenar

-menzalimi diantara satu sama lain.hal ini kerana peminjam akan mendapat kerugian kerana kadar bayaran semula adalah lebih tinggi dan pemberi pinjaman akan mendapat keuntungan kerana mendapat bayaran semula daripada peminjam dengan kadar yang lebih.

-mengikis sifat kemanusiaan .contohnya,apabila bayaran yang mempunyai riba tidak diselesaikan dalam tempoh masa yang disyaratkan,ianya akan dituntut oleh pemberi pinjaman dengan cara yang kasar seperti memukul,membunuh,merogol anak atau isteri peminjam dan pelbagai lagi kekasaran yang dilakukan.

-menciptakan ekonomi suatu negara menjadi goyah dan tidak stabil. serta akan terjadi inflasi didalam sistem kewangan Negara dan ini akan menimbulkan keadaan huru-hara diantara rakyat serta masalah sosial serta kadar penganggur akan meningkat.

jalan penyelesaiaan

jalan penyelesaian yang sewajarnya untuk membasmi amalan riba pada masa kini adalah jabatan agama bagi setiap negeri perlu memainkan peranan yang penting.apa yang jelas sekarang,jabatan agama perlu memantau setiap urusan kewangan yang berlaku di semua tempat.hal ini dapat mengelakkan amalan riba daripada berleluasa seterusnya membasmi amalan buruk tersebut.

seterusnya,semua rakyat perlu mengamalkan budaya tolong-menolong diantara satu sama yang lain.hal ini perlu diterapkan dalam jiwa semua insan kerana jika sikap ini mampu diamalkan,maka amalan riba akan

Page 2: sistem kewangan islam dan sistem kewangan konvensional

berkurangan kerana tiada lagi seseorang yang akan menolong dan mengharapkan balasan seperti imbuhan yang lebih.

tambahan pula,keburukkan riba perlu didedahkan melalui semua sumber seperti media elektronik,media cetak dan sebagainya. Umat Islam di Malaysia hari ini perlulah menghindarkan diri dari terus terjerumus ke lembah riba yang mana ia adalah jarum-jarum suntikan dari Yahudi untuk memecahbelahkan dan melemahkan umat Islam.

Oleh itu secara kesimpulannya marilah kita beralihlah kepada Sistem Ekonomi Islam yang pasti selamat dan diredhai Allah SWT. Semoga kehidupan yang singkat ini kita manfaat sebaik-baiknya. Semoga juga amal kita berada dilingkungan perbuatan hambaNya yang hidup mengikut syariat Islam

sye dpt utk zina n mnum arakzina : hukum hudud- muhsan (sudah b'kahwin) : rejam (dibaling batu yg sederhanabesarnya sehingga mati )- bukan muhsan (belum b'kahwin ) : sebat 100 kali dan buang negeri selama setahun: hukum sivil- jika melakukan persetubuhan (zina) dengan rela hati,tiada hukuman dikenakan.

mnum arak : hukum hudud- sebat sebanyak 40 kali: hukum sivil- denda/sebat/penjara@ kesemua sekali @ mana-mana kombinasi yang dirasakan wajar.

Page 3: sistem kewangan islam dan sistem kewangan konvensional

Sistem kewangan islam • Fungsi-fungsi perantaraan kewangan dilaksansakan menerusi penawaran instrumen yang dibangunkan berdasarkan pelbagai prinsip Syariah yang dilihat mampu memenuhi keperluan sesuatu fungsi perantara kewangan• Perjalanan sistem yang bebas riba ”وأحل هلال البيع وحرم الربا“(البقرة 279)• Perjalanan sistem yang bebas gharar yang dilarang• Perjalanan sistem yang bebas maysir• Menekankan prinsip keadilan dan bebas dari berlaku kezaliman • Berdasarkan system muamalat islam yang berteraskan iman dan taqwa kepada Allah S.W.T.• Menitikberatkan konsep pahala dan dosa.• Kewujudan dan pelaksanaan merupakan satu tanggungjawab agama yang wajib dilaksanakan.• Menjalankan konsep jual beli dalam mendapatkan keuntungan.

sistem kewangan konvensionalFungsi-fungsi perantaraan kewangan dilaksansakan menerusi penawaran instrumen yang dibangunkan berdasarkan mekanisme kadar faedah (riba)• Tidak semestinya bebas daripada unsur gharar dan maysir.• Berdasarkan keuntungan yang tidak mengikut syariat islam• Tidak menitikberatkan konsep pahala dan dosa.• Tidak mengaitkan persoalan syariat di dalam urusan yang dilakukan.• Menggunakan konsep pinjaman atau hutang secara konvensional dalam menjalankan perniagaan.

Page 4: sistem kewangan islam dan sistem kewangan konvensional

yg ne lain plk tw...pndai2 la hafiz pilih...1. Matlamat sistem kewangan islam• Matlamat keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhiratsistem kewangan konvensional• Kebebasan matlamat individu dan kepuasan maksimum.2. Keseimbangan antara kebendaan dengan kerohaniansistem kewangan islam• Kegiatan ekonomi manusia untuk mendapatkan kebendaan tidak boleh dipisahkan daripada kerohanian. Manusia berekonomi sebagai ibadat kepada Allah. Segala kegiatan ekonomi yang berjalan adalah atas dasar kepatuhan kepada segala perintah dan arahan Allah. Tidak wujud kegiatan ekonomi yang bertentangan dengan islamsistem kewangan konvensional• Matlamat berekonomi hanya untuk kepentingan kebendaan, masyarakat dan kerajaan semata-mata tanpa mengaitkan dengan tujuan ibadat.3. Kebajikansistem kewangan islam• kebajikan adalah asas utama dalam penggunaan dan pengeluaran. Keseimbangan antara kepentingan individu dengan masyarakat. Islam tidak mengabaikan kepentingan individu tetapi apabila berlaku pertembungan antara kepentingan individu dengan masyarakat maka kepentingan masyarakat diutamakan.sistem kewangan konvensional• Mementingkan individu secara mutlak tanpa menilai kepentingan orang lain atau masyarakat. Ini boleh menyebabkan berlaku penindasan dan penganiayaan.4. Cara hidupsistem kewangan islam• Cara hidup manusia berpandukan kepada iman dan sosialsistem kewangan konvensional• Cara hidup social yang berasaskan kepada rasional dan lojik.5. Harta sistem kewangan islam• Adalah milik Allah dan pemberian harta kepada manusia hanya sebagai amanah dan ujian yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Oleh itu, manusia hanya sebagai pemegang amanah dan bukan pemilik mutlak harta tersebut. Penerimaannya mestilah menunaikan hak-hak ke atasnya dan tidak boleh diperoleh atau dibelanjakan sesuka hati.sistem kewangan konvensional• Adalah milik mutlak individu dan boleh diperbelanjakan sesuka hatinya tanpa ada peraturan atau campur tangan sesiapa. Harta yang dimiliki juga adalah hak individu dan tidak boleh dikongsi dengan orang lain.

laporan kajian

sistem kewangan islam adalah amat baik berbanding daripada sistem kewangan konvensional.hal ini dapat saya buktikan berdasarkan laporan kajian saya terhadap kedua-dua sistem kewangan tersebut.

Page 5: sistem kewangan islam dan sistem kewangan konvensional

sistem kewangan islam berunsurkan kepada keadilan diantara kedua-dua belah pihak yang sedang menjalankan sesuatu urus niaga. perantaraan kewangan dilaksanakan berdasarkan prinsip syariah yang betul.seterusnya,perjalanan sistem yang bebas daripada riba.ianya juga menekankan prinsip keadilan dan bebas dari berlaku kezaliman dan ianya berteraskan iman dan taqwa kepada allah ta’ala.tambahan pula,ianya menitikberatkan konsep pahala dan dosa.

sistem kewangan konvesional pula berunsurkan kepada keuntungan terhadap satu pihak dan menzalimi pihak yang lain.hal ini dapat dilihat kerana perantaraan kewangan dijalankan berdasarkan kadar faedah iaitu riba.ianya berdasarkan keuntungan yang tidak mengikut syariat islam. tambahan pula,ianya tidak menitikberatkan tentang pahala dan dosa dan tidak memandang persoalan syariat didalam urusan yang dilakukan.hakikatnya, menggunakan konsep pinjaman atau hutang secara konvensional dalam menjalankan perniagaan.

akhir sekali,Bank-bank disarankan agar menyediakan sistem perbankan Islam selari dengan tuntutan syarak dan perkembangan ekonomi masa kini..sistem kewangan islam perlu diperluaskan bagi menghapuskan riba demi mengelakkan berlakunya masalah sosial dan sebagainya serta mendatangkan kesan negatif pada diri,masyarakat dan negara.

pinjaman wang daripad bank

peminjam meminjam sejumlah wang daripada bank untuk membeli keperluan harian dan tambahan.contohnya peminjam membuat pinjaman bank dan bank menggenakan kadar bunga yang tinggi.hal ini dapat dilihat melalui penggiraan berdasarkan bayaran bulanan yang mempunyai faedah yang melebihi jumlah pinjaman sebenar.