sistem berstruktur

1
Sistem berstruktur (morfologi) terdiri daripada ciri-ciri fizikal yang formal yang bergabung untuk membentuk suatu bahagian fizikal yang beroperasi. Bagi setiap unit sistem ini terdapat unsur-unsur atau parameter yang saling berinteraksi. Misalnya morfologi bagi unit sistem pantai terdiri daripada cerun pantai, taburan bijian pasir, keteguhan pantai, kekuatan ombak, arus, pasang surut dan sebagainya membentuk unit morfologi pantai tersebut. Proses yang penting dalam sistem morfologi ini ialah jika sekiranya berlaku perubahan terhadap salah satu unsur atau parameternya maka unsur-unsur yang lain juga akan turut berubah bagi mancapai keseimbangan yang baru. Sistem berfungsi (sistem lata) pula lebih bersifat sehala. Ia merujuk kepada rantaian subsistem yang mengandungi input, storan dan output bahan dan tenaga. Output bahan dan tenaga dari satu subsistem akan menjadi input kepada subsistem yang lain. Misalnya dalam konteks kitar hidrologi, output dari sistem atmosfera dalam bentuk kerpasan akan menjadi input kepada sistem geomorfologi (apabila air hujan memasuki tanih, tasik, kolam dan sebagainya). Output dari sistem geomorfologi ini (dalam bentuk wap air yang disejatkan) akan menjadi input kepada sistem atmosfera untuk diproses menjadi output kepada sistem geomorfologi kembali. Semasa proses pertukaran input dan output ini akan melibatkan storan (simpanan) dalam sistem lata tersebut. Oleh sebab itu bagi sistem lata wujud satu jujukan input-output yang berterusan.

Upload: haslinda-linda

Post on 26-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Berstruktur

Sistem berstruktur (morfologi) terdiri daripada ciri-ciri fizikal yang formal yang bergabung untuk membentuk suatu bahagian fizikal yang beroperasi. Bagi setiap unit sistem ini terdapat unsur-unsur atau parameter yang saling berinteraksi. Misalnya morfologi bagi unit sistem pantai terdiri daripada cerun pantai, taburan bijian pasir, keteguhan pantai, kekuatan ombak, arus, pasang surut dan sebagainya membentuk unit morfologi pantai tersebut. Proses yang penting dalam sistem morfologi ini ialah jika sekiranya berlaku perubahan terhadap salah satu unsur atau parameternya maka unsur-unsur yang lain juga akan turut berubah bagi mancapai keseimbangan yang baru.  

Sistem berfungsi (sistem lata) pula lebih bersifat sehala. Ia merujuk kepada rantaian subsistem yang mengandungi input, storan dan output bahan dan tenaga. Output bahan dan tenaga dari satu subsistem akan menjadi input kepada subsistem yang lain. Misalnya dalam konteks kitar hidrologi, output dari sistem atmosfera dalam bentuk kerpasan akan menjadi input kepada sistem geomorfologi (apabila air hujan memasuki tanih, tasik, kolam dan sebagainya).Output dari sistem geomorfologi ini (dalam bentuk wap air yang disejatkan) akan menjadi input kepada sistem atmosfera untuk diproses menjadi output kepada sistem geomorfologi kembali. Semasa proses pertukaran input dan output ini akan melibatkan storan (simpanan) dalam sistem lata tersebut. Oleh sebab itu bagi sistem lata wujud satu jujukan input-output yang berterusan.