siri tokoh baka · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari...

32
SIRI TOKOH BAKA

Upload: others

Post on 29-Oct-2020

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

SIRI TOKOH BAKA

Page 2: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

AHMAD BUJANG

MOHD.SAHARI NORDIN

IBsINTERNATIONAL BOOK SERVICE

petalingjaya,selangor,malaysia

seorangRazak

Dengan

Page 3: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

INTERNATIONAL BOOK SERVICE33, Jalan 20/16Petaling JayaSelangor

Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidakboleh dihasilkan balik, disimpan dalam sistem simpankekal; ataudipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara sama adaelektronik, sawatan, salinfoto, rakaman dan sebagainya tanpaterlebih dahulu mendapat izin dari penerbit dan pihak ProjekBAKA. Jabatan Pendidikan Bahasa, Fakulti Pendidikan UniversitiMalaya.

© Projek BAKA Ahmad Bujang. Mohd. Sahari Nordin 1985

Cetakan Pertama 1985

ISBN 967 950 015 2 (Siri)

ISBN 967 950 0179

Projek BAKAPengarah dan Ketua Editor : Prof. Madya Azman Wan ChikTimb. Pengarah (Penyelidikan): Dr. Khadijah Rohani Mohd YunusTimb. Pengarah (Teknikal): Raja Maznah R. Hussain

465945APB

26 JUL1988?erpu«takaan Negara

Malaysia

Page 4: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

TUN RAZAK:BAPA PEMBANGUNAN

Di kenang SemuaSebut sahaja nama Tun Abdul Razak, hati rakyatMalaysia akan terasa terhutang budi padanya. Sete-ngah-setengah rakyat Malaysia pula akan terbayang dikepala mereka pokok-pokok kelapa sawit dan pokok-pokok getah yang menghijau subur memenuhi bumibertuah Malaysia.

'Tun Abdul Razak pada hayatnya memimpin negara,bekerja bersungguh-sungguh untuk meninggikan tarafhidup rakyat terutama golongan bumiputra.' Sebabitulah apabila sahaja berita kematiannya diumumkanmelalui RTM, semua rakyat merasa begitu terharudan sayu. Mereka seolah-olah terasa seperti kehilanganseorang anggota keluarga yang amat dikasihi.

Tidak syak lagi, Tun Abdul Razak ialah seorangpemimpin kesayangan rakyat. Tun Abdul Razaksememangnya Perdana Menteri yang berjasa. Denganjasa-jasanya itu rakyat sentiasa merasa terhutang bu

Page 5: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

\ Bagi mengenangkan jasa-jasa beliau itu, namanyadiabadikan dengan nama-nama jalan, bandar, anuge-rah, bangunan dan bermacam-macam cara. Sebagaicontohnya ada jalanraya yang memakai namanya,Jalan Tun Razak, sebuah pekan di Maran, Pahang ber-nama Bandar Tun Razak, hadiah untuk tokoh-tokoh pa-ling menonjol juga diberikan sempena namanya iaitu,

('Anugerah Tun Abdul Razak'.) Salah seorang tokohyang pernah menerima 'Anugerah Tun Abdul Razak'ialah Profesor Diraja Ungku Aziz.

Siapakah Tun Razak?

Abdul Razak telah dilahirl^an di dalam sebuah desaterpenciJjdl jiaerah Pekan, negeri Pahang.Desa itubernama Pulau Keladi.Tariknya ialah pada 11Mac 1922. Ibu Abdul Razak bernama Hajah Teh bte

Page 6: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

Ayah Abdul Razak bernama Orang Kaya InderaShahbandar Datuk Hussein bin Mohammad Tib. Diabertugas sebagai seorang pegawai kerajaan negeriPahang. Gelaran "Orang Kaya Indera Shahbandar"yang telah dikurniakan oleh Sultan Pahang menjadikandia seorang yang penting di dalam pentadbiran negeritersebut Salah satu daripada peranan Orang KayaIndera Shahbandar ialah menguruskan upacara-upaca-ra menyampaian pingat di hari-hari kebesaran SultanPahang. Abdul Razak, ketika kecilnya pernah diberipeluang menyaksikan upacara-upacara tersebut yangdiadakan di dalam istana.

Nyatalah ayah Abdul Razak adalah seorang bangsa-wan dan berada. Dia juga rapat dengan sultan dan ista-na. Oleh itu, sejak kecil lagi Abdul Razak telahterdedah kepada cara hidup yang berdisiplin.

Tidak lama selepas Abdul Razak dilahirkan, DatukHussein telah dinaikkan pangkat menjadi Penolonr

3

Page 7: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

Pegawai Daerah. Dia telah ditukarkan ke Temerloh.Oleh kerana itu, Abdul Razak terpaksa dihantar kerumah datuknya di Jambu Langgar. Lantaran ituAbdul Razak diasuh dan dididik oleh datuknya. Pendi-dikan dan cara asuhan yang diberi kepada AbdulRazak adalah sama seperti kanak-kanak lain di kam-pung itu.

Kampung Jambu Langgar terletak di tebing sungaiPahang, sungai yang terpanjang di SemenanjungMalaysia. Penduduk di kampung itu mendapatkanrezeki menerusi kegiatan menanam padi. menangkapikan, menternak dan bertenun kain. Setiap orang didalam kampung itu rajin bekerja. Abdul Razak, walau-pun masih kecil lagi, telah disuruh oleh datuknya untukmenjaga kerbau-kerbau mereka. Dengan hati yanggirang, dia menunggang kerbau menghala kesawah padi untuk makan rumput. Apabila hari menje-lang senja, dia menghalau kerbau-kerbau itu pulang.

Sementara itu, Abdul Razak dihantar ke surau di•kampungnya. Di surau itu dia belajar mengaji Quran,

Page 8: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

rukun-rukun sembahyang dan menulis jawi. Pelajaranasas mengenai Islam yang diperolehinya sejak darikecil lagi ini telah membentuk keperibadian yang tinggidi dalam diri Abdul Razak.

Bersek

Ketika umurnya enam tahunj, Abdul Razak mulabersekolah. Dia telah dihantar beiajar ke sekolah Mela-yu di Kampung Jambu Langgar. Sekolah itu terletakkira-kira enipat kilometer dari rumah datuknya. Padamasa ltu,hanya murid-murid lelaki sahaja yang diteri-ma bersekolah di situ. Keadaan sekolah tersebutadalah menyedihkan. Sekolah itu berdindingkanpapan beratapkan nipah dan berlantaikan tanah.Memandangkan keadaan sekolah yang begitu rupa,tiada siapa pun yang boleh menyangka bahawa iamampu menghasilkan bakal Perdana Menten Malay-sia.

Abdul Razak pandai menyesuaikan diri. Dia hanyaberkaki ayam ke sekolah kerana pada masa itu tidakberkasut ke sekolah adalah menjadi perkara biasa.Walaupun ayahnya mampu menyediakan kasut

Page 9: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

sekolah, Abdul Razak lebih sukaberkaki ayam memijaktanah yang berlumpur seperti kawan-kawannya.

Abdul Razak bersekolah enam hari seminggu.Hari Jumaat adalah hari kelepasan. Bagi setiap haripersekolahan, dia belajar membaca, menulis danmengira. Di sebelah petangnya pula, di tempat yangsama, dia belajar pelajaran-pelajaran berkaitan denganagama Islam.

Abdul Razak adalah seorang murid yang cerdas danpintar. Dia juga telah menunjukkan sikap tekun danrajin berusaha. Sifatnya sebagai seorang pemimpintelah dapat dilihat oleh kawan-kawan dan guru-gurusejak berada di sekolah lagi. Memandangkan keboleh-an yang ada padanya, dia dilantik menjadi KetuaMurid.

Kemudiannya, dia telah dihantar menuntut diMaktab Melayu Kuala Kangsar. Pada ketika itu Mak-tab Melayu Kuala Kangsar hanyalah untuk anak-anak

Page 10: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

orang berada sahaja. Abdul Razak dapat belajar diMaktab Melayu Kuala Kangsar kerana dia adalah anakseorang "Datuk". Lagi pun,dia telah dipilih olehResiden Inggeris di Pahang untuk belajar di sana bagimenggantikan tempat ayahnya kelak)sebagai pegawaikerajaan. Ketika itu, pentadbiran negeri Pahang di-uruskan oleh orang Inggeris.Semasa menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar,

Abdul Razak di anggap sebagai penuntut yang cemer-lang.Di dalam bidang pelajaran dia pernah melompatnaik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan)dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalambidang sukan pula, dia telah dipilih menjadi ketuarumah sukan dan penolong ketua pasukan bola sepakMaktab. Abdul Razak juga telah dilantik menjadiPresiden Persatuan Bahasa Inggeris maktab tersebut.

Memandangkan kebolehannya inilah maka maktabtersebut telah melantiknya menjadi Ketua Murid.

Page 11: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

Tanpa disedarinya, beliau telah membiasakan diri danmengasah bakatnya untuk menjadi seorang pemimpin.

Pengetua Maktab Melayu Kuala Kangsar, Mr.Bazell telah mencatatkan pernyataan berikut di dalamsijil berhenti sekolah Abdul Razak: "....budak yangberwatak tegas. Dia seorang pemimpin yang baik danboleh diharapkan...."/ Setelah tamat bersekolah, Abdul Razak mendapatbiasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Dia terus bela-jar di Raffles College, Singapura. Antara bidangpengajian yang dipelajari ialah ekonomi, undang-undang dan sejarah.

Oleh kerana bilangan penuntut-penuntut Melayusangatlah kecil, pelajar-pelajar Melayu di RafflesCollege terpaksalah bersatupadu. Persatuan Muslimtelah ditubuhkan untuk merapatkan hubungan antarascsama mereka. Abdul Razak menyertai persatuan itudan terus dilantik menjadi setiausahanya. Sementaraitu, dia sempat berkenalan dengan beberapa oranganak muda Melayu yang memperjuangkan semangatkebangsaan seperti Ghazali Shafie dan Sardon H[.Jubir. Pengalamannya ini telah menimbulkan rninatAbdul Razak terhadap politik.

CAbdul Ra/ak Sebagai Gerila

Sedang Abdul Razak mengikut pelajaran di RafflesCollege, meletuslah peperangan di antara Jepundengan In^geris. Dalam bulan Disember 1942, tenteraJepun telah melancarkan serangan ke Tanah Melayu.Oleh kerana Raffles College telah digunakan olehtentera British, kolej itu pun ditutup. Pelajar-pelajar-nya telah diarahkan pulang ke kampung masing-masing.

Sebagai seorang pe^ida yang cergas, Abdul Razak/nerasa bosan berdiani diri di Jambu Langgar. Lantas

Page 12: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

YA.

dia telah berusaha menerbitkan akhbar mingguan yangbernama "Gerakan Masa". Penerbitan akhbar itu tidaklama kerana dihalang oleh tentera Jepun. Sikap Jepunitu telah menimbulkan rasa bencinya kepada penjajah.Namun begitu, Abdul Razak akhirnya diterima olehJepun untuk bekerja di dalam bahagian pentadbiranBeliau diambil bekerja kerana pelajarannya yangtinggi.

Sementara itu, penduduk-penduduk Tanah Melayumendapati Jepun zalim. Tentera, Jepun adalah terlalu

Page 13: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

ganas. Mereka menganiaya dan membunuh rakyat jela-ta, terutamanya orang-orang Cina mengikut sesukahati mereka sahaja. Polis-polis berbangsa India diguna-kan oleh Jepun untuk menindas orang-orang Melayu.Oleh yang demikian, ramai pemuda di Tanah Melayuyang~masuk ~ke hutan menyertai gerila menentangtentera Jepun.Kerana bencinya kepada perbuatan Jepun, Abdul

Razak telah menyertai perjuangan pemuda-pemuda~Melayu tersebut.Dia membantu gerakan gerila dengancara menyampaikan maklumat mengenai pergerakantentera Jepun. Maklumat tersebut digunakan olehrakan-rakannya untuk mengadakan serangan hendapke atas tentera Jepun .Akhirnya Abdul Razak menyer-tai terus pasukan gerila di dalam hutan. Dia terusdiberikan pangkat "Kapten" serta mengetuai satukumpulan gerila di Bentong, Pahang.

Page 14: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

Tidak lama selepas itu, tentera Jepun telah menye-rah kalah. Jepun terpaksa berbuat demikian keranatentera Amerika telah menghancurkan bandar-bandarHiroshima dan Nagasaki, dengan menggunakan bomatom. Dengan itu, pihak British pulang semula keTanah Melayu.

Untuk menghargai jasa dan usahanya menentangJepun, Abdul Razak telah dihantar ke England bagimeneruskan pelajarannya oleh pihak British. DiUniversiti Cambridge, Abdul Razak sekali lagi telahmembuktikan kepintarannya. Dia telah berjaya lulusundang-undang dalam masa Iapan belas bulan sahaja.Biasanya, seorang pelajar itu mengambil masa tigatahun untuk lulus dalam pelajaran tersebut.

Sementara itu, Abdul Razak berpeluang berkawandengan seorang putera raja dari Kedah yang bernamaTunku Abdul Rahman Putra. Putera raja inilah yangmenjadi Perdana Menteri yang pertama Malaysiadan sahabat karibnya seumur hidup.

Page 15: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

Menteri Besar

Selepas memiliki Ijazah Undang-Undang, Abdul Razaktelah berura-ura untuk melanjutkan lagi pelajarannya.Cita-citanya terpaksa dibatalkannya kerana ayahnyaDatuk Hussein meninggal dunia. Abdul Razak perlupulang ke tanah air untuk menggantikan tempat ayah-nya sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar. Ini adalahkehendak Sultan Pahang sendiri. Abdul Razakmematuhi kehendak sultannya. Dengan itu juga diabergelar "Datuk Razak".

Sekembalinya ke Tanah Melayu, Datuk Razak telahdiberikan beberapa jawatan penting di dalam kerajaannegeri Pahang sesuai dengan kebolehannya yang luarbiasa. Datuk Razak telah dipilih menjadi MenteriBesar Pahang. Dari sini bermulalah _sejarah hidupDatuk Razak sebagai seorang pemimpin negara.

•13 .

Page 16: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

Seperti yang kita ketahui, Datuk Razak telah punberminat di dalam politik. ketika umurnya dua puluhlapan tahun, dia telah menjadi ahli U.M.N.O. UMNOadalah satu badan politik untuk orang Melayu. Partipolitik UMNO yang diketuai oleh Datuk Onn bin Jaafar,ditubuhkan dengan tujuan menentang rancangan pihakBritish daripada menguasai Tanah Melayu.

Peningkatan Datuk Razak di dalam arena politikadalah terlalu pantas. Dengan tidak disangka-sangka,dia telah dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO TanahMelayu. Perlantikan tersebut diadakan di dalamMesyuarat Agung Pertubuhan tersebut. Ini membukti-kan bahawa Datuk Razak dipercayai dan dipandangtinggi oleh masyarakat Melayu. Jawatan Ketua Pemu-da ini menjadikan Datuk Razak seorang yang sangatpenting di dalam UMNO.

, Dalam tahun 1951, Datuk Onn telah meletakkanjawatan sebagai Ketua UMNO Tanah Meiayu.Oleh itu

Page 17: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

:o

Page 18: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan
Page 19: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

ahli-ahii UMNO berpaling kepada Datuk Razak untukmenjadikannya pemimpin mereka. Datuk Razak me-rasakan dirinya masih belum layak untuk menjadiKetua UMNO. Umurnya masih terlalu muda. Lagi punpengalamannya masih belum mencukupi. Dengan ituDatuk Razak terpaksa menolak permintaan dari ahli-ahii UMNO. Namun dia bersetuju untuk mendapatkangantinya.

Datuk Razak kemudiannya telah mengetuai saturombongan ahli-ahii UMNO pergi berjumpa dengankawan baiknya semasa belajar di England, TunkuAbdul Rahman Putra. Dia menawarkan Ketua UMNOkepada Tunku. Datuk Razak tidak berputus asa! Diamerayu agar Tunku menolong bangsa Melayu dengancara menerima jawatan tersebut. Atas kebijaksanaan-nya, Datuk Razak berjaya menarik Tunku menjadiKetua UMNO pada tahun 1951.

Page 20: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

Pertubuhan UMNO ini bergerak cergas untuk memer-dekakan Persekutuan Tanah Melayu. Badan ini mahu-kan Persekutuan Tanah Melayu diperintah oleh rakyat-nya sendiri dan bukan oleh pihak British.

Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,beberapa rundingan diadakan. Rundingan itu adalahdi antara kerajaan Tanah Melayu dengan kerajaanBritish.Segala perundingan penting diadakan dinegara British. Rombongan dari Persekutuan TanahMelayu sudah tentulah diketuai oleh Tunku AbdulRahman kerana dia ialah Ketua UMNO ketika itu. Punbegitu, Datuk Razak pasti ada bersama-sama dalamrombongan menuntut kemerdekaan di England.

Beberapa kali rombongan dari Tanah Melayu pergike England untuk berunding, Datuk Abdul Razak pastiada bersama. Ini ialah kerana Tunku selaku Ketua

Page 21: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

UMNO tahu benar yang Datuk Razak pandai berbicarauntuk menyakinkan pihak British agar memberikankemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Akhirnya selepas setahun berunding, KerajaanBritish sanggup memberikan kemerdekaan itu. Ke-gembiraan rombongan dari Persekutuan Tanah Me-layu, termasuklah Datuk Abdul Razak, bukan ke-palang.

Pada tanggal 31hb. Ogos,1957, Persekutuan TanahMelayu diistiharkan merdeka. Kemerdekaan Per-sekutuan Tanah Melayu adalah kemerdekaan yangtidak menumpahkan darah seperti setengah-setengahnegara. Ada negara yang telah berperang untukmendapatkan kemerdekaan. Tetapi kita merdekamelalui kepintaran kita berunding dengan pihakBritish.

Apabila negara kita merdeka, Tunku Abdul Rahmanmenjadi Perdana Menteri yang pertama. Datuk Abdul

Page 22: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

Razak pula menjadi Timbalan Perdana Menteri danjuga Menteri Pertahanan.

Semasa menjadi Menteri Pertahanan ini, dia telahmenambahkan lagi askar-askar di Persekutuan TanahMelayu. Askar-askar juga dibekalkan dengan senjata-senjata yang lengkap dan moden mengikut masa itu.Dia juga sering melawat kem-kem askar untuk mem-beri semangat berjuang menentang musuh negara.

Kebiasaannya Tunku Abdul Rahman menerimasegala syor yang dibuat oleh Timbalannya. PihakTunku pula amat senang hati kerana dengan adanyaDatuk Razak sebagai Timbalannya, segala kerja beresdan segala perjalanan parti dan tanah air bergeraklancar.

Pada tahun 1959, Datuk Razak dianugerahkan olehDuli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong bintangSeri Maharaja Mangku Negara (SMMN). BintangSMMN ini membawa gelaran 'Tun'. Sejak menerimaanugerah itu namanya kekal dengan Tun Abdul Razakhingga ke akhir hayatnya.

Pada tahun 1970, Tunku Abdul Rahman meletakjawatan. Di samping beliau uzur, beliau juga inginmemberi kesempatan kepada Tun Abdul Razak untukmenjadi Perdana Menteri. Katanya:

Page 23: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

"Biarlah Tun Abdul Razak pula menjadi PerdanaMenteri, saya pun dah lama memegang jawatanitu!".

Dengan itu juga maka Tun Abdul Razak pun dipilihmenjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Tun Abdul Razak Sebagai BapaPembangunan

Malaysia ketika itu penub dengan hutan rimba. Jikahutan-hutan ini ditebang dan digantikan dengantanaman-tanatnan berfaedah, pasti akan menguntung-kan negara dan rakyat jelata. Perkara ini diketahui olehTun Abdul Razak.

y^/

•Tun Abd Razak mengadakan satu rancangan untuk menebanghutan-hutan ini. Apabila sudah bersih kelak, bolehlahditanam dengan pokok-pokok kelapa sawit dan getah.Rancangannya ini juga boleh menyebabkan satuperkembangan baru wujud.

Rancangan ini. bermula dengan memilih pemohon-pemohon yang layak. Mereka ini terdiri daripadagofongan yang berpendapatan rendah seperti buruh,petani dan nelayan. Mereka yang berjaya diberikantanah sebanyak sepuluh ekar untuk diusahakan. Ada

Page 24: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

di antara mereka dikehendaki menanam pokok kelapasawit dan ada juga dikehendaki menanam getah.

Rancangan ini lebih dikenali dengan ringkasnyasebagai rancangan 'Felda'. Sekarang ini berkat danusaha Tun Razak peserta Felda telah beroleh pen-dapatan sebanyak lebih kurang $1,000.00 pada tiap-tiap bulan.

Bukan sahaja Rancangan Felda telah berjaya, adalagi beberapa rancangan-rancangan yang lain jugaberjaya. Satu-satunya ialah untuk mengurangkanpengangguran. Kilang-kilang didirikan bukan sahajadi bandar-bandar besar tetapi di bandar-bandar keciljuga.

Beribu-ribu penuntut dari Malaysia juga dihantar keseberang laut untuk menuntut dalam berbagai-bagaibidang. Penuntut-penuntut ini telah menolong mema-jukan negara dengan ilmu pengetahuan yang dipelajaridi luar negeri.

Jalan-jalan raya di seluruh Malaysia ditambah untukmemudahkan perjalanan dan pengangkutan. Kuasa

Page 25: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

elektrik dan air telah sampai ke kampung dan desasupaya mereka semua merasa nikmat kemudahan asas.Pembangunan desa adalah menjadi matlamat utamapemerintahan Tun Razak.

Sememangnya Tun Abdul Razak seorang pemimpinyang mengambil berat terhadap penduduk desa.Sewajarnyalah orang kampung dan desa sentiasaberterima kasih padanya kerana dia adalah "BapaPembangunan" mereka.

Page 26: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

Perginya Seorang Negarawan

Menerusi berita-berita yang tersiar di radio danakhbar, rakyat Malaysia mengetahui bahawa kesihatanPerdana Menterinya telah terjejas. Mereka juga sedaryang Tun Abdul Razak telah pergi ke London untukmendapatkan rawatan perubatan. Bagi mereka, ituadalah perkara biasa sahaja. Tetapi, rakyat Malaysiatidak menduga Tun Abdul Razak berada di dalamkeadaan yang tenat. Dia telah lama mengidap penyakitbarah yang sukar diubati. Walaupun pakar-pakarperubatan di London berusaha bertungkus lumusmerawatnya, mereka gagal menentang takdir Ilahi.

.

Pada tanggal 14 Januari 1976, Tun Abdul Razakmenghembuskan nafasnya yang terakhir. Bapa Pem-bangunan telah meninggalkan kita semua.

Sebaik-baik sahaja berita kematiannya diumumkan,rakyat di Malaysia seolah-olah terpukau. Negara ini

Page 27: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

diselubungi kesedihan. Orang ramai terperanjatdengan berita itu. Ramai yang terus mengalirkan airmata dengan menangis teresak-esak.

Malah ada di antara mereka yang meragui beritatersebut. Beribu-ribu orang rakyat tertumpu kelapangan terbang Antara Bangsa Subang untukmenyambut, kepulangan jenazah Allahyarham TunAbdul Razak. Suasana di lapangan terbang itu sungguhmenyayat hati. Wajah mereka jelas menggambarkanperasaan sedih kerana kehilangan pemimpin yangsangat disayangi.

Page 28: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

Tempat kediaman Tun Abdul Razak, semasa menjadiperdana Menteri telah dijadikan sebagai bangunan"Memorial Tun Abdul Razak" di Kuala Lumpur. Didaiam bangunan inilah dipamerkan peninggaian TunAbdul Razak semasa hidupnya.

Sajak Untuk Tun Razak

Tekad mu, benar jujur!Rimba raya bertaburan intan.

Hasrat mu, nyata suci!Membahagi harta semua bangsa.

Niat mu, sumpah mulia!Kecil besar semua bahagia.

Kamitidaklupa!segala tekad,segala hasrat,

segala niat,Pasti jaya segala berusaha.Hanya balasan dari masyarakat!

Page 29: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

SO ALAN:

1. Tun Abdul Razak merupakan Perdana MenteriMalaysia ke berapa?

2. Di manakah Tun dilahirkan?3. Apakah gelaran yang diberikan kepada ayah Tun

Razak oleh Sultan Pahang?4. Di manakah Tun belajar mengaji Quran?5. Siapakah yang memilih Tun Razak belajar di

Maktab Melayu Kuala Kangsar?6. Bagaimanakah cara Tun Razak menentang tentera

Jepun?7. Apakah kelulusan Tun Abdul Razak?8. Semasa mencapai kemerdekaan, apakah jawatan

Datuk Abdul Razak?9. Bilakah pula dia menjadi Perdana Menteri Malay-

sia?10. Beri sebab mengapa Tun digelar "Bapa Pem-

bangunan?"

26 JUL 1988

Page 30: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

to/

Page 31: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

Siri Tokoh BAKABapa Kemerdekaan: TUNKUBapa Pembangunan :TUN RA2AKPejuang Rakyat; MAHATHIRCendekiawan Negara : UNGKU AZIZPendita Negara: ZAABASasterawan Negara: USMAN A WANGSeniman Negara: P. RAMLEE

IBsISBN%79500152(Siri)

INTERNATIONAL BOOK SERVICE ISBN 967 950 0179

Page 32: SIRI TOKOH BAKA · 2018. 5. 2. · naik darjah kerana kejayaannya di dalam peperiksaan) dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Tiga.Di dalam ... undang dan sejarah. Oleh kerana bilangan

PROJEK BAKA

Buku yang diterbitkan dalam siri Pengkayaan BAKA telah melaluiproses penulisan dan penyelidikan yang rapi bagi memastikankesesuaiannya untuk bacaan kanak-kanak berumur 6-9 tahun.Buku-buku ini selepas ditulis, diperbincangkan dalam BengkelBAKA. dicuba-uji di sekolah, dinilai indeks keboiehbacaannya dandiedit semula sebelum diterbitkan. Hanya buku-buku yang didapatisesuaidariaspek:

(a) indeks kebolehbacaan(b) menimbulkan minat kanak-kanak membaca(c) pengkayaan bahasa

dan (d) pengkayaan pengalamansaja yang dipilih untuk diterbitkan.

Buku-buku ini dibahagi kepada tiga kumpulan mengikut peringkatmembaca:

untuk kanak-kanak yang mulamembaca.untuk kanak-kanak yang peringkatmembaca mereka tahun dua.untuk kanak-kanak yang peringkatmembaca mereka tahun tiga dan ke atas.

Kumpulan A =

Kumpulan B =

Kumpulan C -

Peningkatan dari peringkat membaca tahun satu ke tiga adalahbergantung kepada kebolehan kanak-kanak membaca dan tidaklahkepada jangkamasa atau tahun mereka membaca.

Adalah diharapkan siri buku BAKA ini akan dapat menanamminat membaca seumur hidup di kalangan anak-anak kita.

Dicetak oleh New Artist Sdn. Bhd.11, Jalan 2l), Overseas Union Garden,

Jaian Klang, Kuala Lumpur.