zuraidah binti alias€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran lukisan...

26
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH AKADEMIK : SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GUNTONG DAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MANIR, KUALA TERENGGANU ZURAIDAH BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 04-Jan-2020

30 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR

DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH AKADEMIK :

SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT

GUNTONG DAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MANIR,

KUALA TERENGGANU

ZURAIDAH BINTI ALIAS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya
Page 3: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya
Page 4: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

i

FAKTOR-FAKTOR YANG MENPENGARUHI PELAJAR DALAM LUKISAN

KEJURUTERAAN DI SEKOLAH AKADEMIK : SATU KAJIAN DI SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GUNTONG DAN SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN MANIR, KUALA TERENGGANU,

TERENGGANU

ZURAIDAH BINTI ALIAS

Tesis ini dikemukakan sebagai

Memenuhi syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

ii

Page 6: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

iii

DEDIKASI

Teristimewa Buat,

Ayahanda dan Bonda yang dikasihi…

(Alias Mohammed dan Tun Hasnah Tun Salim)

yang sentiasa mendoakan kejayaanku….jasa dan pengorbanan kalian membesarkanku

selama ini akan ku kenang hingga ke akhir hayat…segala doa, pengorbanan, kerinduan dan

kesabaran kalian besar ertinya buatku…

Khas Buat,

Abang-abang serta Kakak-kakak tersayang…

terima kasih di atas nasihat serta dorongan yang diberikan selama ini…nasihat dan doa

kalian membakar semangat untuk ku mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi…

Jua Buat,

Saudara dan Sahabat handai…

yang telah banyak membantu…jasa dan pengorbanan kalian tidak akan

ku lupakan…

Semoga Kalian diberkati Allah S.W.T

Page 7: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T

Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya

akhirnya saya berjaya menyelesaikan Projek Sarjana Muda ini dengan sempurna.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada penyelia saya Tn. Hj. Mohd Mohsin B.

Uzir di atas kesungguhan beliau membimbing dan memberi tunjuk ajar di

sepanjang perjalanan kajian ini sehingga selesai.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang

memberikan bantuan samaada secara langsung ataupun tidak langsung

khususnya pengetua dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit

Guntong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Manir yang terlibat dalam kajian

ini.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada pihak Jabatan Pelajaran

Negeri Terenggganu (Unit Perhubungan) di atas kerjasama yang diberikan dalam

usaha melancarkan dan menjayakan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan buat rakan-rakan seperjuangan yang

banyak membantu dalam mengeluarkan pendapat bagi menjayakan kajian ini.

Sekian, Terima Kasih.

Page 8: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Mata pelajaran ini adalah salah satu

mata pelajaran yang ditawarkan kepada para pelajar di Sekolah Menengah Akademik

kini. Soalan-soalan yang berkaitan gaya pengajaran guru, minat pelajar, sikap pelajar

dan kemudahan pembelajaran ditekankan di dalam kajian ini. Kajian dibuat di dua buah

sekolah di Kuala Terengganu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong dan

Sekolah Menengah Kebangsaan Manir. Sampel kajian terdiri daripada 54 pelajar

tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya lebih

praktikal serta menjimatkan masa. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini adalah α =

0.82. Data yang dikumpul, dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package

For Social Science) 12.0 untuk mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Dapatan

kajian mendapati aspek-aspek yang dikaji berada di tahap sederhana. Daripada dapatan

kajian jelas membuktikan bahawa aspek-aspek yang dikaji telah memainkan peranan

yang penting dalam mendorong pelajar untuk menguasai mata pelajaran ini di sekolah.

Page 9: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

vi

ABSTRACT

The aim of this research was to identify the factors that influences form

five students achievement in Engineering Drawing, is one of the subject offered to

students in ordinary daily secondary school. The main focus of this research is to look at

various aspects such as teaching styles, student interest, student attitude and study

facilities in order to have good examination result. This research was done at two

secondary schools in Kuala Terengganu. The school involved were Sekolah Menengah

Kebangsaan Bukit Guntong and Sekolah Menengah Kebangsaan Manir. The pupils

involved were 54 students, all from form five student, who studied in Engineering

Drawing in 2006. The instrument was questionnaire which were more practical and save

time. The reliability of the instrument is α = 0.82. Data collected was analysed using

the SPSS (Statistical Package For Social Science) 12.0 for windows to obtain

frequencies, percentages and means. The result shows that the factors such as teaching

styles, student interest, student attitude and study facilities are at medium level.

However, those aspects are important factors in motivating the students in learning the

subject at school.

Page 10: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan vi

Abstrak v

Abstract vi

Senarai Kandungan vii

Senarai Lampiran xi

Senarai Jadual xii

Senarai Singkatan xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang 2

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Persoalan Kajian 8

1.5 Objektif Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 10

Page 11: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

viii

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Istilah 10

1.10 Penutup 13

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

2.1.1 Gaya Pengajaran 14

2.1.2 Faktor Minat 16

2.1.3 Faktor Sikap 18

2.1.4 Faktor Kemudahan Pembelajaran 19

2.2 Kesimpulan 21

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 22

3.2 Rekabentuk Kajian 22

3.3 Populasi dan S ampel Kajian 23

3.4 Instrumen Kajian 23

3.4.1 Bahagian A 23

3.4.2 Bahagian B 24

3.5 Kajian Rintis 25

3.6 Kesahan Soal Selidik 26

3.7 Prosedur Pengumpulan Data 26

3.7.1 Pengedaran Soal Selidik 27

3.7.2 Pengumpulan Data 27

Page 12: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

ix

3.8 Analisis Data 27

3.9 Penutup 29

BAB IV ANALISIS

4.1 Pendahuluan 30

4.2 Analisis Data Bahagian A

(Latar Belakang Responden) 31

4.2.1 Sekolah 31

4.2.2 Jantina 32

4.2.3 Bangsa 32

4.3 Analisis Bahagian B 33

4.3.1 Gaya Pengajaran Guru 34

4.3.2 Minat Pelajar 38

4.3.3 Sikap Pelajar 42

4.3.4 Kemudahan Pembelajaran 46

4.4 Analisis Keseluruhan 49

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Rumusan 51

5.3 Perbincangan 54

5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 54

5.3.2 Perbincangan Berdasarkan Persoalan Kajian 55

5.3.2.1 Persoalan Kajian 1 56

5.3.2.2 Persoalan Kajian 2 58

Page 13: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

x

5.3.2.3 Persoalan Kajian 3 60

5.3.2.4 Persoalan Kajian 4 63

5.4 Cadangan

5.4.1 Pelajar 65

5.4.2 Guru 66

5.4.3 Pihak Sekolah 66

5.5 Cadangan Lanjutan 67

5.6 Penutup 68

BIBLIOGRAFI

Bibliografi 69

LAMPIRAN

Lampiran A - E 73 - 83

Page 14: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

xi

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal Selidik 73

B Surat Kebenaran Kementerian

Pelajaran Malaysia (EPRD) 79

C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran

Negeri Terengganu (JPN) 81

D Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 82

E Kesahan Soal Selidik 83

Page 15: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

xii

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Mata pelajaran pilihan bagi Sijil Pelajaran Malaysia 3

yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia

1.2 Analisa Keputusan Peperiksaan Lukisan Kejuruteraan SPM 2004

Mengikut Bilangan Pelajar Bagi

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong 5

1.3 Analisa Keputusan Peperiksaan Lukisan Kejuruteraan SPM 2004

Mengikut Bilangan Pelajar Bagi

Sekolah Menengah Kebangsaan Manir 5

3.1 Susunan Item-Item Dalam Set Soal Selidik 24

3.2 Skala Likert 25

3.3 Skala Pemeringkatan 28

3.4 Julat Min Bagi Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian

Pelajar Dalam Lukisan Kejuruteraan 29

4.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut Sekolah 31

4.2 Jantina Responden 32

4.3 Taburan Responden Mengikut Peratus dan

Min Bagi Gaya Pengajaran Guru Yang Dapat

Mempengaruhi Pencapaian Pelajar 34

4.4 Taburan Responden Mengikut Peratus dan

Min Bagi Minat Pelajar Dalam Lukisan Kejuruteraan

Mempengaruhi Pencapaiannya 38

Page 16: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

xiii

4.5 Taburan Responden Mengikut Peratus dan

Min Bagi Sikap Pelajar Dalam Lukisan Kejuruteraan

Mempengaruhi Pencapaiannya 42

4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus dan

Min Bagi Kemudahan Pembelajaran Yang Dapat

Mempengaruhi Pencapaiannya 46

4.7 Analisis Keseluruhan 49

Page 17: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

xiv

SENARAI SINGKATAN

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package For Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

% - Peratus

f - Frekuensi

EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 18: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan satu keperluan dalam kehidupan. Ianya melibatkan satu

proses pengajaran dan pembelajaran samaada secara formal ataupun tidak formal.

Menurut Ralph W.Tyler (1991), pendidikan ialah satu proses menukarkan pola tingkah

laku manusia di mana ianya bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas,

termasuk pemikiran dan perasaan serta perbuatan nyata. Robiah Sidin (1994) pula

menyatakan pendidikan adalah bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai yang diingini

untuk suatu sistem pendidikan yang dianggap baik atau berguna kepada masyarakat. Siti

Fatimah Yakob (2000), dalam kajiannya menyatakan pendidikan sebagai satu kaedah

atau pendekatan yang dikenalpasti dapat membantu dalam melahirkan masyarakat yang

berkebolehan dan mahir dalam bidang teknikal serta mampu menjana sebagai

penyumbang teknologi kepada masyarakat dan negara.

Bagi merealisasikan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju

menjelang 2020, pelbagai usaha dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran dalam

memastikan sistem pendidikan di Malaysia tidak ketinggalan jauh berbanding dengan

negara luar. Antara langkah yang diambil oleh pihak kementerian ialah dengan

memperkenalkan Sistem Pensijilan Terbuka bagi Sijil Pelajaran Malaysia. Sistem ini

Page 19: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

2

diperkenalkan pada tahun 2000 yang mana menawarkan mata pelajaran vokasional,

teknikal dan teknologi kepada pelajar-pelajar sebagai mata pelajaran pilihan. Salah satu

daripada mata pelajaran yang ditawarkan sebagai mata pelajaran pilihan ialah Lukisan

Kejuruteraan (Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2001).

Lukisan Kejuruteraan diperkenalkan dalam sistem pensijilan terbuka bertujuan

melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran asas dalam bidang kejuruteraan awam,

elektrik dan jentera. Ini kerana sektor kejuruteraan menjadi antara sektor yang

menawarkan banyak pekerjaan di negara kita. Kepesatan industri negara secara tidak

langsung meningkatkan permintaan untuk jurutera dan juruteknik. Dengan

memperkenalkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah akademik, secara

tidak langsung ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran

dalam bidang kejuruteraan dan juga dapat membantu pelajar-pelajar ke arah kerjaya

yang lebih cerah (Sumber : Kementerian Pelajaran, 2001).

1.2 Latar belakang

Lukisan Kejuruteraan telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar di sekolah

akademik yang terpilih pada tahun 1995 sebagai mata pelajaran elektif baru bagi

tingkatan empat dan lima dalam program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM). Bagaimanapun pada tahun 2000, Kementerian Pelajaran mula

memperkenalkan Sistem Pensijilan Terbuka di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

dan menjadikan Lukisan Kejuruteraan sebagai mata pelajaran pilihan untuk pelajar yang

berminat dalam bidang kejuruteraan. Lukisan Kejuruteraan ini diperkenalkan bertujuan

untuk melahirkan generasi yang cenderung dalam bidang kejuruteraan ( Sumber :

Kementerian Pelajaran, 2001). Jadual 1.1 di bawah menunjukkan sebahagian senarai

mata pelajaran pilihan yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran untuk pelajar-

pelajar tingkatan 4 dan 5 di sekolah-sekolah akademik.

Page 20: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

3

Jadual 1.1 : Mata Pelajaran Pilihan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang

ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia, (2001)

BIL KOD NAMA MATA PELAJARAN 1 2205 Literature In English 2 2215 Kesusasteraan Melayu 3 2280 Geografi 4 2361 Bahasa Arab Tinggi 5 2611 Pendidikan Seni 6 2621 Pendidikan Muzik 7 3472 Matematik Tambahan 8 3528 Sains Pertanian 9 3755 Perdangagan 10 3756 Prinsip Akaun 11 3757 Ekonomi Asas 12 3758 Ekonomi Rumah Tangga 13 3759 Lukisan Kejuruteraan 14 3760 Pengajian Kejuruteraan Jentera 15 3761 Pengajian Kejuruteraan Awam 16 3762 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 17 3763 Reka Cipta 18 3764 Teknologi Kejuruteraan 19 3765 Teknologi Maklumat 20 4531 Fizik 21 4541 Kimia 22 4551 Biologi 23 4561 Sains Tambahan 24 4571 Pengetahuan Sains Sukan 25 5226 Tasawwur Islam 26 5227 Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah 27 5228 Pendidikan Syariah Islamiah 28 6351 Bahasa Cina 29 6354 Bahasa Tamil 30 6362 Bahasa Arab (Komunikasi) 31 8811 Teknologi Bengkel Mesin 32 8812 Kerja Menggegas dan Memesin 33 8813 Lukisan Geometri dan Mesin

Page 21: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

4

Menurut Hatta Ismail (2001), Lukisan Kejuruteraan merupakan mata pelajaran

yang memerlukan pelajar mengaplikasikan segala kefahaman dan pengetahuan yang

dipelajari kepada bentuk atau geometri.

Lukisan Kejuruteraan dijadikan sebagai satu bahasa grafik atau juga dikenali

sebagai bahasa kejuruteraan. Lukisan Kejuruteraan ini digunakan sebagai media utama

terutamanya kepada jurutera, juruteknik dan pereka bentuk. Ketepatan, kejituan serta

mudah difahami adalah ciri-ciri penting dalam lukisan kejuruteraan kerana fungsinya

adalah untuk menerangkan atau menyampaikan sesuatu maksud bagi tujuan tertentu.

Bagi memenuhi ciri-ciri ini, seseorang pelajar perlu menguasai dan memahami tentang

kaedah untuk melukis serta berkemampuan untuk menghasilkan lukisan yang bersih,

jelas dan tepat (Mohd Razman Mainal, et al. 2000).

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, tahap penguasaan dan pemahaman

tentang kaedah untuk melukis seseorang pelajar dapat dinilai melalui keputusan

peperiksaan yang dijalankan oleh pihak sekolah dan pihak kementerian terutamanya

peperiksaan kebangsaan utama iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Proses penilaian

merupakan suatu proses bagi menentukan setakat mana objektif pendidikan dapat

dicapai melalui program kurikulum dan pangajaran (Ralph W.Tyler). Menurut Suria

Salleh (2000), setiap individu terutamanya para pelajar berhasrat untuk mempunyai

pencapaian yang cemerlang di dalam peperiksaan dan ianya dijadikan sebagai matlamat

utama hasil daripada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

“Di dalam bidang pendidikan, keperluan pencapaian ada kaitannya dengan

keinginan untuk mencapai kejayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan,

kemahiran dan sikap yang dikehendaki. Seseorang murid yang mempunyai

keperluan pencapaian yang tinggi sentiasa mahukan kejayaan di dalam pelajaran

dan tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilaksanakan. Ia sentiasa ingin

menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Dengan itu ia dapat mengekalkan

kedudukan pencapaian yang tinggi.” (Atan Long, 1982)

Page 22: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

5

Dalam memperkatakan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini, pencapaian di

dalam peperiksaan diambilkira bagi mengukur sejauhmana kejayaan suatu proses

pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan di sekolah samada ianya berjaya

ataupun tidak. Jadual 1.2 dan 1.3 di bawah menunjukkan pencapaian pelajar dalam

peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 tahun 2005 bagi mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan bagi dua buah sekolah akademik di Kuala Terengganu iaitu Sekolah

Menengah Kebangsaan Bukit Guntong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Manir.

Jadual 1.2 : Analisa Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2005

Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Mengikut Bilangan Pelajar bagi

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong.

Pangkat

Cemerlang Kepujian Lulus Gagal

%

Lulus

Jumlah

calon

Calon

Hadir 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G

24 24 0 0 0 0 0 2 3 3 16

33.3

Sumber : Setiausaha Peperiksaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala

Terengganu.

Jadual 1.3 : Analisa Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2005

Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Mengikut Bilangan Pelajar bagi

Sekolah Menengah Kebangsaan Manir.

Pangkat

Cemerlang Kepujian Lulus Gagal

%

Lulus

Jumlah

calon

Calon

Hadir 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G

30 30 0 1 0 0 0 1 1 4 23

22.58

Sumber : Setiausaha Peperiksaan Sekolah Menengah Kebangsaan Manir, Kuala

Terengganu.

Page 23: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

6

Daripada jadual dapat dilihat bahawa bilangan pelajar yang mendapat keputusan

cemerlang begitu kecil jika dibandingkan dengan bilangan pelajar yang mendapat

kepujian manakala keputusan gagal pula besar. Ini menunjukkan keputusan bagi mata

pelajaran Lukisan Kejuruteran di kedua-dua sekolah ini adalah di tahap yang kurang

memuaskan. Pencapaian yang kurang memuaskan akan memberikan impak yang

negatif kepada negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Ini

kerana bidang kejuruteraan telah menjadi satu bidang yang terpenting di negara kita.

Lukisan Kejuruteraan merupakan mata pelajaran yang berbentuk amali yang

memerlukan pelajar menguasai konsep, prinsip serta kemahiran di dalam pembelajaran.

Menurut Ahmad Zamri Abdul Rahman (2002), kelemahan menguasai konsep, prinsip

serta kemahiran dalam pembelajaran Lukisan Kejuruteraan akan memberi kesan kepada

pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka. Secara tidak langsung ianya akan

menjejaskan pencapaian seseorang pelajar. Pencapaian seseorang pelajar boleh

dikaitkan dengan beberapa faktor seperti gaya pengajaran guru, minat pelajar, sikap

pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan kemudahan pembelajaran di

sekolah itu sendiri.

Menurut Musa Daia (1978) dalam Noor Syuhaila Ismail Basha (2003), gaya

pengajaran seorang guru adalah penting dalam menentukan corak suatu pengajaran yang

teratur dan tersusun. Jika pengajaran guru tidak memberi semangat kepada pelajar, tidak

teratur, secara acuh tak acuh dan dengan perasaan yang tidak menyakinkan, sudah tentu

pelajar juga tidak berminat dengan mata pelajaran yang diajar. Dalam kajian Lim Twan

Pei (2000), mendapati mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan banyak bergantung kepada

guru kerana jika guru tidak mampu untuk mengendalikan pengajaran dengan baik, maka

pelajar tidak dapat menerima pengajaran guru.

Dalam kajian Ahmad Zamri Abdul Rahman (2002), minat juga boleh dikaitkan

dengan pencapaian pelajar. Menurut beliau, seseorang yang berminat terhadap sesuatu

perkara akan berusaha melakukannya dengan baik manakala seseorang yang tidak

berminat tentang perkara tersebut akan mengelakkan diri dari melakukannya.

Page 24: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

7

Berdasarkan kajian Nazibar Mustaffa (2003), menunjukkan bahawa melalui

minat, pelajar akan berusaha untuk mempelajari Lukisan Kejuruteraan dan akan sentiasa

rajin serta berusaha membuat latihan dan mengulangkaji pelajaran mereka untuk

mencapai kecemerlangan ilmu.

Sikap juga merupakan antara satu faktor yang dapat mempengaruhi pencapaian

seseorang pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan. Sikap secara keseluruhannya

menggambarkan tentang sifat-sifat diri atau tingkahlaku seseorang terhadap sesuatu

perkara (Suria Salleh , 2000). Menurutnya lagi, sikap pelajar adalah penting bagi

membantu menimbulkan minat dalam mata pelajaran yang dipelajarinya.

Selain itu, pencapaian juga bergantung kepada faktor kemudahan pembelajaran

di mana berlakunya sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai hasrat

Kementerian Pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) iaitu

untuk melahirkan insan yang baik dan berkembang secara harmonis serta seimbang dari

segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, suasana sekolah yang sesuai harus diwujudkan

(Asmah Hj. Ahmad, 1991). Menurut Zazalli Lazin (2000), kemudahan pembelajaran

perlulah sesuai dan menarik perhatian pelajar. Daripada hasil kajian Lim Twan Pei

(2000), kapur warna yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat

membantu pelajar mendapat kefahaman dalam Lukisan Kejuruteraan. Selain itu,

menurutnya kemudahan serta keselesaan dari segi kelengkapan meja lukisan dan kerusi

di dalam bilik Lukisan Kejuruteraan juga dapat menarik perhatian pelajar dalam

mempelajari mata pelajaran ini.

Daripada kajian-kajian yang dinyatakan di atas, didapati pelbagai faktor yang

boleh dikaitkan yang mungkin dapat mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam

Lukisan Kejuruteraan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dengan ini

pengkaji amat berminat dalam mengenalpasti serta mencari faktor sebenar yang dapat

mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan di sekolah

akademik pada masa kini.

Page 25: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

8

1.3 PENYATAAN MASALAH

Berdasarkan kepada masalah yang dikemukakan oleh Lim Twan Pei (2000),

Nazibar Mustaffa (2003), Suria Salleh (2000) dan Zazalli Lazin (2000) dalam kajian

mereka berkenaan dengan faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan, maka pengkaji ingin mengkaji kaitan antara gaya

pengajaran guru, minat pelajar, sikap pelajar dan kemudahan pembelajaran di sekolah

yang dapat mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan di

sekolah akademik.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Di

antara faktor-faktor yang menjadi persoalan kajian adalah:

1. Apakah gaya pengajaran seseorang guru mempengaruhi pencapaian

pelajar ?

2. Adakah minat seseorang pelajar dalam mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan mempengaruhi pencapaiannya?

3. Apakah sikap seseorang pelajar akan mempengaruhi pencapaiannya di

dalam Lukisan Kejuruteraan?

4. Adakah kemudahan pembelajaran di sekolah mempengaruhi pencapaian

pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan?

Page 26: ZURAIDAH BINTI ALIAS€¦ · tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya

9

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kepada penyataan masalah yang telah dibincangkan di atas, maka

secara khususnya objektif kajian ini adalah bertujuan untuk :

1. Mengetahui samaada gaya pengajaran seseorang guru mempengaruhi

pencapaian pelajar.

2. Mengenalpasti sejauhmana minat seseorang pelajar dapat mempengaruhi

pencapaiannya dalam Lukisan Kejuruteraan.

3. Mengenalpasti sikap seseorang pelajar dalam menentukan pencapaiannya

di dalam Lukisan Kejuruteraan.

4. Mengetahui samaada kemudahan pembelajaran di sekolah mempengaruhi

pencapaian seseorang pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Melalui kajian ini, pengkaji dapat menghuraikan faktor-faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar sekolah akademik dalam menguasai mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Kajian ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar

sekolah akademik dalam merancang dan menentukan matlamat utama pembelajaran

mereka untuk memperolehi pencapaian yang baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM). Selain itu, kajian ini juga bertujuan memberikan panduan kepada guru-guru

bagi mengenalpasti gaya pengajaran yang sesuai dan boleh digunakan bagi menarik

minat pelajar di dalam Lukisan Kejuruteraan. Kajian ini juga diharapkan dapat

membantu pihak pentadbiran sekolah dalam usaha menyediakan satu garis panduan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.