sirah usrah

3
Pada peringkat awal permulaan da’wah Islamiyah, Rasulullah SAW yang telah bermula dengan seorang diri. Lalu ia dikongsikan dan disebarkan kepada keluarganya terapat, di dalamnya termasuk Khadijah, zaujah baginda dan Ali, anak saudaranya. Selain dari itu, beberapa sahabat RasuluLlah yang terapat juga telah disampaikan dengan risalah agung ini, contohnya Abu Bakar as-Siddiq dan datang daripadanya pula Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain lagi. Zaman awal tersebut merupakan suatu zaman yang tertumpu kepada penjernihan fikrah; penjernihan aqidah Islam kepada yang tulen. RasuluLlah SAW pada ketika itu banyak berjumpa dan mengajar sahabat-sahabatnya yang baru memeluk Islam, tetapi suasananya penuh dengan kerahsiaan. Sebabnya mudah; kaedah da’wah yang dilakukan adalah da’wah fardiyah dan setiap orang ingin menjaga keselamatan masing-masing. Ayat-ayat yang paling awal diturunkan pula pendek-pendek. Mesejnya jelas. Setiap hentian membawa seseorang kepada memikirkan keindahan ayat-ayat tersebut. Rentaknya pula sangat kena dengan hati yang berkarat, yang dipenuhi dengan anasir jahiliyah. Apa yang kita dapat perhatikan ialah kebanyakan ayat tersebut berada di dalam bahagian Mufassal al-Qur’an (dari Qaf, 50 hingga an-Nas, 114). Isinya tidak lain dan tidak bukan untuk membersihkan pemikiran manusia dari cengkaman keindahan hidup yang merosakkan, agar mereka mengetahui tujuan hidup mereka, ke mana mereka akan dikembalikan, siapakah tuhan mereka dan persoalan-persoalan asasi yang perlu diketahui oleh makhluk yang bernama manusia (juga jinn). Dalam konteks tersebut, RasuluLlah telah membuat pertemuan-pertemuan di rumah beberapa sahabat. Antara yang paling masyhur sekali kisahnya ialah pertemuan di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Satu majlis yang kecil yang terdiri daripada beberapa orang sahabat tertentu dibuat untuk membentuk nilai-nilai Islamik ahlinya. Tetapi, pada ketika itu ia tidak disebut sebagai usrah. Selepas berlalunya zaman tersebut, Islam kembali menjadi asing. Suatu janji yang disebutkan sendiri oleh RasuluLlah SAW: “Islam datang dalam keadaan gharib (asing) dan akan kembali menjadi gharib (asing)…” (Muslim). Dan kita melihat jahiliyyah kembali berleluasa, lagi-lagi ia berlaku dengan lebih rancak lagi setelah kejatuhan Khilafah Islamiyah yang terakhir pada tahun 1924M. Hassan al-Banna (1906-1949) yang menyedari hakikat ini telah memulakan usaha-usaha untuk mengembalikan sistem Khilafah tersebut. Antara perkara yang diperhatikan ialah bagaimana institusi keluarga itu telah gagal di dalam membentuk peribadi muslim yang tulen. Ibu bapa gagal mendidik anak-anak mereka dengan tarbiyah

Upload: wani

Post on 20-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

usrah

TRANSCRIPT

Page 1: Sirah Usrah

Pada peringkat awal permulaan da’wah Islamiyah, Rasulullah SAW yang telah bermula dengan

seorang diri. Lalu ia dikongsikan dan disebarkan kepada keluarganya terapat, di dalamnya

termasuk Khadijah, zaujah baginda dan Ali, anak saudaranya. Selain dari itu, beberapa sahabat

RasuluLlah yang terapat juga telah disampaikan dengan risalah agung ini, contohnya Abu Bakar

as-Siddiq dan datang daripadanya pula Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain lagi.

Zaman awal tersebut merupakan suatu zaman yang tertumpu kepada penjernihan fikrah;

penjernihan aqidah Islam kepada yang tulen. RasuluLlah SAW pada ketika itu banyak berjumpa

dan mengajar sahabat-sahabatnya yang baru memeluk Islam, tetapi suasananya penuh dengan

kerahsiaan. Sebabnya mudah; kaedah da’wah yang dilakukan adalah da’wah fardiyah dan setiap

orang ingin menjaga keselamatan masing-masing.

Ayat-ayat yang paling awal diturunkan pula pendek-pendek. Mesejnya jelas. Setiap hentian

membawa seseorang kepada memikirkan keindahan ayat-ayat tersebut. Rentaknya pula sangat

kena dengan hati yang berkarat, yang dipenuhi dengan anasir jahiliyah. Apa yang kita dapat

perhatikan ialah kebanyakan ayat tersebut berada di dalam bahagian Mufassal al-Qur’an (dari Qaf,

50 hingga an-Nas, 114). Isinya tidak lain dan tidak bukan untuk membersihkan pemikiran manusia

dari cengkaman keindahan hidup yang merosakkan, agar mereka mengetahui tujuan hidup

mereka, ke mana mereka akan dikembalikan, siapakah tuhan mereka dan persoalan-persoalan

asasi yang perlu diketahui oleh makhluk yang bernama manusia (juga jinn).

Dalam konteks tersebut, RasuluLlah telah membuat pertemuan-pertemuan di rumah beberapa

sahabat. Antara yang paling masyhur sekali kisahnya ialah pertemuan di rumah al-Arqam bin Abi

al-Arqam. Satu majlis yang kecil yang terdiri daripada beberapa orang sahabat tertentu dibuat

untuk membentuk nilai-nilai Islamik ahlinya. Tetapi, pada ketika itu ia tidak disebut sebagai usrah.

Selepas berlalunya zaman tersebut, Islam kembali menjadi asing. Suatu janji yang disebutkan

sendiri oleh RasuluLlah SAW: “Islam datang dalam keadaan gharib (asing) dan akan kembali

menjadi gharib (asing)…” (Muslim). Dan kita melihat jahiliyyah kembali berleluasa, lagi-lagi ia

berlaku dengan lebih rancak lagi setelah kejatuhan Khilafah Islamiyah yang terakhir pada tahun

1924M.

Hassan al-Banna (1906-1949) yang menyedari hakikat ini telah memulakan usaha-usaha

untuk mengembalikan sistem Khilafah tersebut. Antara perkara yang diperhatikan ialah

bagaimana institusi keluarga itu telah gagal di dalam membentuk peribadi muslim yang tulen. Ibu

bapa gagal mendidik anak-anak mereka dengan tarbiyah Islamiyah yang betul. Maka dari situ,

lahirlah satu sistem yang mengumpulkan orang-orang yang ingin berubah dan mengubah di dalam

satu kumpulan khusus bernama usrah.

Page 2: Sirah Usrah

PEMBENTUKAN USRAH ZAMAN RASULULLAH S.A.W.

Sebelum kedatangan ISLAM ke negeri ARAB,orang-orang arab jahiliyyah hidup

dalam keadaan yang penuh dengan kegelapan.Mereka mengamalkan

kepercayaan syirik dan penyembahan tuhan-tuhan palsu.Selain itu, orang-orang

kaya mengamalkan sikap menindas golongan yang miskin. Mereka telah lupa

ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail,begitu juga dengan

ajaran Nabi Musa dan Isa. Mereka telah mencampur-adukkan ajaran ALLAH

dan RASUL dengan ajaran yang lain.

Setelah Nabi Muhammad diangkat sebagai rasulullah saw,beliau telah

menjalankan dakwah secara berperingkat-peringkat,iaitu secara sembunyi-

sembunyi (dikhususkan kepada kaum keluarga dan sahabat yang terdekat) dan

secara terang-terangan (dakwah kepada masyarakat).

Di zaman RASULULLAH tidak wujud istilah USRAH,akan tetapi pada zaman

sekarang ia dikenali sebagai USRAH kerana kita melihat kepada dakwah

rasulullah saw dengan mengumpulkan sekumpulan penganut atau pengikut

ISLAM dan kelompok yang kecil.

Pembentukan USRAH yang pertama adalah dilakukan di DAR AL-ARKAM. Di

rumah AL-ARKAM BIN ABI AL-ARKAM, RASUL mengajar mereka yang hadir

setiap ayat al-Quran yang baru diturunkan.Kemudian dihafal serta diberi

huraian yang jelas.Ia bertujuan memberikan kefahaman yang jelas kepada para

sahabat tentang maksud sesuatu ayat yang diturunkan dan umat islam

mempraktikkannya dalam konsep IBADAH dalam kehidupan seharian.

Di dalam dakwahnya,baginda mengibarkan panji-panji risalah

TAUHID,mencuba menegakkan keadilan dan kebenaran bagi mencapai

kebahagiaan di dunia dan di akhiratsana.Di dalam dakwahnya juga baginda

menekankan di dalam diri umat islam ruh ubudiyyah bagi menjadikan umatnya

hidup untuk mengabdikan diri kepada ALLAH swt. Baginda juga menanamkan

ROH yang menjadikan umatnya tidak berputus asa dalam melaksanakan tugas-

tugasnya demi menegakkan kalimah ALLAH TAALA.Selain itu juga dalam

dakwahnya baginda menanamkan semangat bertanggungjawab terhadap apa

yang dipertanggungjawabkan,,dan beliau sanggup menerima risiko dalam

perjuangan dan tidak mudah putus asa dalam menyebarkan dakwah ALLAH

swt.

Page 3: Sirah Usrah

Selain itu,baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat baik seperti

baik hati, amanah,bertanggungjawab,bercakap benar,berani dan sebagainya

dalam diri para sahabat.Antara dalil menunjukkan kepentingan kedudukan

akhlak yang tinggi,firman ALLAH swt surah AL-QALAM ayat 3-4 yang

berbunyi,,”Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala-pahala yang amat

besar yang tidak putus-putus (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran ISLAM).

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang soleh dan

cemerlang.”

Dalam pentarbiahannya, baginda melaksanakan program-program akhlak yang

berterusan melalui contoh-contoh sifat mulia nabi-nabi yang terdahulu yang

diceritakan di dalam al-Quran dan melalui “QUDWAH HASANAH” baginda

sendiri. Rasulullah saw merupakan contoh utama dan ikutan yang terbaik bagi

semua umat ISLAM. Sewaktu saidatina AISYAH ditanya tentang akhlak

baginda,beliau menjawab:

“AKHLAK BAGINDA IALAH AL-QURAN”